Wednesday, December 22, 2010

Aku Datang

Oleh AMINHAD

SETIAP kali kutatap wajahnya yang legam sekujur, aku seperti melihat susuk dalamanku sendiri. Bukan bermaksud aku merendahkan kesuciannya tetapi warna hitamnya kubandingkan dengan hatiku yang setitik hitam, kian lama kian menghitam seibu jari kemudian melebar setapak tangan dan kemudian, ah, barangkali sekujur hatiku telah menjadi segelap pekat kopi!

Ya, susuk tubuhnya yang ini benar-benar mengagumkan. Berbeza pada nama, buatan dan tanpa kiswah. Di situlah orang boleh minum-minum malah dituntut untuk melakukannya dengan niat.

Sebebal-bebal aku, aku tahu niat mereka - bukan memuji keistimewaan sekian kukuh sejarah Ibrahim bersama-sama Ismail memperteguh dirian. Atau sekurang-kurangnya mereka tahu bahawa melalui satelit, tanah terletaknya makhluk segi empat hitam itu jelas bercahaya dari angkasa sedangkan kawasan sekitarnya gelita. Atau barangkali mereka menyedari bahawa di situlah lambang perpaduan umat manusia apabila Yakjuj dan Makjuj tidak berupaya untuk masuk kerana setiap pintu dan jisim dijagai malaikat. Dan tidakkah mereka tahu sepasang kekasih yang melakukan maksiat di tanah haram telah menjadi batu? Seketul dihantar ke Bukit Safa dan seketul lagi di Bukit Marwah. Tidakkah mereka sedar bahawa sepuluh ribu tentera Abrahah terkorban oleh batu neraka dari burung ababil kerana mahu merobohkannya? Dan sekarang, binaan itu dibina sebagai simbol untuk mereka menghina dan membakar al-Quran juga?

Dahsyatnya!

Hitam. Kehitaman yang lembut seperti kegelapan yang asyik dan nikmat bagaikan merangkulku dalam selimut dan membuatkan aku tidak reda berpisah dengan keadaan serupa itu lagi - kuakui setelah kutinggalkan negeri itu.

Pada awalnya, memang aku telah jauh terhunjam ke dalam kegelapan yang dahsyat amat. Akhirnya aku gagal dalam segala hal - mahu menjadikan diriku dianggap berilmu, up to date atau juga aku konon bakal mentereng dengan topi sarjana dalam foto kurnia ijazah luar negara. Kejutan atau pertembungan yang menjadi penyebabnya? Salah pesta-pestaan atau foya-foya di luar batas kemanusiaan? Bukankah aku anak jahil dan masih remaja sewaktu aku dihantar ke sana? Salahkah aku yang jahil lalu sesat barat entah di mana pangkal budaya entah di mana hujung tata susila? Salahkah papa? Salahkah mama? Aeronautical Engineering bukan kehendakku tetapi papa. Akukah robot yang boleh diprogramkan mengikut arahan papa?

Ahhhh!

Setelah disahkan tidak boleh mengulang lagi, aku terus angkat kaki. Biarlah aku menjadi orang misteri konon jasad di sana tetapi sebenarnya sudah tiada. Atas desakan hidup, aku dikenalkan dengan seseorang - matanya sepet, mukanya bujur dan percakapannya telo sekali sungguhpun aku pasti dia sama warganegara sepertiku dan usianya mengatasiku. Apa yang menarik, dia fasih berbahasa asing seperti yang kugunakan selalu. Entah bagaimana, aku menjadi amat terpesona dengan tawarannya walaupun jawatanku hanya jurucakap merangkap jurugoda, katanya. Lucu bunyinya, tetapi aku tak kisah. D-u-i-t terlalu penting bagiku pada saat itu.

Seminggu suntuk aku diberikan kursus intensif. Aku perlu menghafaz beberapa produk dengan pelbagai tawaran dan potongan istimewa. Caraku bertutur, gaya memujuk, intonasi suara dan bahasa badanku semestinya perlu berupaya meyakinkan calon klien. Selain gaji harian, aku juga memperoleh bonus satu persen daripada jumlah belian atau wang masuk syarikat pada hari tersebut. Wah, lumayan. Ghairahku melonjak-lonjak!

Pada suatu hari, aku mula berpanas terik di tempat letak kereta pekan Bang. Hampir lewat pukul 3.00 aku baru menaruh harapan terhadap seorang lelaki yang tergesa-gesa mengiring empat orang anaknya mahu ke kereta.

Aku hulurkan sekeping kad. Dia menyambut tetapi mahu segera berlalu. Aku tangkas bertindak untuk mendesak. Itulah peluang untukku mendapat duit pada hari itu kerana sedari tadi tidak ada seorang pun yang sudi berhenti atau menghiraukan pelawaanku. Tetapi, tidak dia. Apakah dia seorang yang benar-benar dungu sehingga mudah untuk kugoda dan kuperdaya?

Mula-mula kutunjukkan keratan akhbar. Ada gambar klien yang bersetuju menderma sedikit untuk syarikat yang semakin berkembang (kononnya) tetapi dalam waktu yang sama juga mendapat hadiah undian bertuah. Kemudian, kugores kad di tangannya. Kukatakan, dia telah memenangi hadiah tilam istimewa, sayang bukannya sebuah kereta mewah seperti yang disaksikannya pada keratan akhbar ternama tadi. Kukatakan lagi, dia perlu ke syarikat kami kerana di sana lebih banyak peluang dia memperoleh hadiah selain melihat foto-foto para pemenang yang barangkali ada orang yang dikenali.

Tanpa banyak bicara, aku masuk ke keretanya bersama-sama seorang lagi rakan. Dalam pada itu, aku meminta izin untuk menggunakan telefon selularnya (sedang sebenarnya aku mahu majikanku bersedia di pejabat sekali gus mendapatkan nombornya). Rakanku pula memainkan peranan dengan cerita yang muluk-muluk dan janji-janji lemak manis serta bayangan gunungan keuntungan jikalau dia melabur dengan kami nanti.

Bilik berhawa dingin, dengan muzik menggegarkan kepala menyambutnya anak-beranak. Teman-temanku Dragon, Snake, Tiger dan Lily, masing-masing memainkan peranan. Sehinggalah pada suatu ketika, aku berjaya memujuknya untuk membeli barangan yang akan dijual kembali dengan harga tujuh kali ganda setelah dia mendapati di dalam kotak hadiahnya terdapat sehelai kertas peluang untuknya memenangi cabutan bertuah RM70 ribu di Johor Bahru! Sebelum petang memanjat angka 6.00, dia telah mengeluarkan tiga kad kreditnya dan aku berjaya menggodanya untuk membeli barangan elektrik kami dengan jumlah RM19,800. Gosok dan tanda tangan. Wow! Bonus berkilau-kilau sudah kubayangkan bakal kuterima.

Memang benar. Aku gembira amat dengan tugas baru ini. Setiap minggu aku menerima bonus. Aku juga tidak kering poket, malah dalam diam-diam aku mahu menebus kegagalanku dan berusaha untuk memperoleh sekurang-kurangnya diploma dari mana-mana kolej berkembar di sini. Itu azamku untuk mengelakkan aku diseranah oleh papa atas kegagalanku memenuhi impiannya.

Sebulan, dua bulan, tiga bulan, aku masih aktif dengan tugasku yang pada hakikatnya menjual mimpi kosong kepada calon klien yang seterusnya menjadi klien dan akhirnya berasa tertipu. Kata majikanku, aku tidak bersalah kerana aku cuma pekerja. Aku tidak akan disabitkan atas akta apa pun. Aku hanya jurugoda. Syarikat itu sah. Berlesen. Aku memakluminya semasa aku mula-mula berkursus dahulu.

Wah, selamatlah aku! Tapi, benarkah itu bukan cara dia memerangkapku?

Masuk bulan keempat, dadaku menjadi goyah. Pada suatu hari jumaat, aku didatangi oleh dua orang lelaki bersongkok yang menyerahkan sepucuk surat. Salah seorang mengaku hanya sebagai penghantar surat. Dan kebetulan aku yang berada di situ, dengan tangan terketar-ketar kusambutnya.

Aneh.

Kutandatangani surat berdaftar AR sepantas mungkin sehingga pen plastikku terpelanting sebelum aku selesai menulis. Kenapa aku harus berdebar dan gentar? Bukankah nama syarikat telah ditukar kira-kira dua minggu lalu? (Ditukar setelah beberapa pegawai dari Bukit Aman menggeledah dan mengarahkan syarikat ditutup).

Sebenarnya, surat-surat saman jarang kuterima melainkan majikanku sahaja yang diwakili oleh sekretarinya yang montok gebu itu. Tertangkapkah aku apabila nama dan nombor kad pengenalanku tertera sebagai penerima surat? Alangkah! Kuhindari kegelisahan itu dengan mabuk-mabukan pada lewat malam itu. Sambil makan kacang goreng. Sambil joget-joget liar dan berbual entah apa-apa buah butirnya tak keruan, aku hanyut sampai ke pagi.

Tempat operasi kami bukanlah setempat. Ibu pejabat di Pulau Pinang. Tapi, pekerjaan itu semakin sulit kurasakan setelah syarikat menerima sepucuk lagi surat yang menyatakan tindakan saman akan diambil kerana tidak ada seorang pun wakil syarikat yang datang pada hari perbicaraan dengan orang yang mempunyai empat orang anak dulu. Lebih mengecutkan perutku apabila pada lampiran akhir surat itu, tertera enam keping gambarku yang dicetak berurutan, menunjukkan peristiwa aku sedang memujuknya dengan pelbagai aksi. Yang penting, wajahku jelas dan nampak benar tanda lahirku - tahi lalat besar hampir di tengah dahi.

“Ni, tahi lalat … tanda senang naik haji, Li,” suara nenekku dari negeri lampau.

“Nenek tu, awal naik haji, tapi tak ada pun tahi lalat kat kepala?”

Nenekku tersengih menampakkan kerapian giginya yang tetap utuh walaupun sudah mencecah 84 tahun kerana tabiat bersugi, katanya.

“Siapa kata tak ada? Fathli tak nampak ni?” luah nenek setelah menyelak serkup kepalanya di sebalik telekung termahal hadiah daripada ayah semasa bertemu sahabatnya di Bandung.

“Emmh, itu kebetulan saja kan nek?” balasku meraikan usikannya.

“Kebetulan duit nenek dah cukup. Semua tu, duit yang nenek kumpul sendiri hasil tanam padi dengan arwah Tuk kamu. Nak ke Mekah, mesti guna duit yang betul-betul halal. Barulah dapat haji yang mabrur.”

“Mab … rur tu apa?”

“Haji yang diterima Allah. Ada orang naik haji … tapi tak nampak Kaabah. Ada juga yang tak cukup rukun sebab jalan penuh dengan manusia. Bas pula tak bergerak, tak sempat bermalam di….”

Hati: Kenapa debaran ini semakin menggila dan terus menggila? Apakah ini balasan dosa atas segala perbuatanku terhadap kejujuran manusia? Atau disebabkan aku sengaja mempersenda keikhlasan dan kepercayaan manusia terhadap keyakinan yang diserahkan kepadaku atas sekian wang yang diserahkan melaluiku dan sekian janji-janji palsu yang kutaburkan ke halaman sengsaranya?

Akibat diminta mewakili syarikat untuk hadir di Mahkamah Klien, aku kabur. Ya, benar-benar aku menjadi pelarian mengikut Mastok dan Kasmun melalui Pulau Indah langsung ke seberang.

Aneh jalan hidup ini, fikirku selalu. Tidak guna aku membuka mataku selebar mungkin jikalau mata batinku kabur dan terus buta sebuta-butanya. Tidak guna aku menggerakkan tangan jikalau tangan itu hanya kugunakan untuk mencatat sesuatu yang memperbodoh dan menipu kewarasan manusia seperti aku juga. Dan sesudah kutemukan pelbagai bisikan aneh yang mercup di dalam kehitaman hati, di daerah asing itu aku benar-benar ditenggelamkan ke dalam sumur keinsafan maha dalam.

Di sebuah pesantren, kutemukan kesyahduan yang mendalam dan maha bening. Jikalau ketika kepanasan seharian maka diteguk air telaga jernih alangkah nikmat terasa kedinginan yang memukaukan, apatah lagi aku dibimbing untuk menekuni sejarah asal-usul tulisan khat dan kemudian sedikit demi sedikit belajar menulis jenis-jenis tulisan cantik itu. Tidak pernah kubayangkan aku akan tahu tentang tulisan Safawi, Samudi, Lebiyani dan Saba’. Juga tentang khat Kufi, Thuluth, Naskh, Rayhan, Muhaqqaq, Tauqi, Riqa‘ah dan selepas pemerintahan Monggol tercipta tulisan Ta‘liq (gabungan Riqa‘ah dan Tauqi’) dan Nasta‘liq ciptaan Khwaja ‘Ali Tabrizi.

Aku begitu asyik jadinya. Membelek-belek al-Quran kemudian mencipta gubahan sendiri menurut tulisan kegemaranku - Kufi. Apabila ditanya mengapa aku meminati gaya tulisan ini, kukatakan bahawa inilah tulisan yang dianggap mula-mula berkembang dan diutamakan untuk menulis al-Quran hingga akhir abad ke-5 Hijrah. Tersebarnya tulisan Arab pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab, dan di bandar Kufah pada zaman Khalifah Ali bin Abu Talib, tulisan Arab kian diperelok. Biarlah aku mengenang konsep ‘memperelok’ itu sebagaimana aku berusaha memperelok tingkah lakuku.

Pada suatu ketika, aku ditegur oleh guruku kerana terlalu banyak menulis daripada membaca. Katanya, cukuplah dengan usahaku, banyak tempahan diambil untuk menampung sekian jumlah pembiayaan di pesantren sedangkan matlamatnya untukku ialah agar aku mahir membaca al-Quran. Syukur. Akhirnya aku juga serius belajar mengaji.

Tiga tahun kemudian, masya-Allah. Kepulanganku disambut oleh orang yang aku geruni dengan linangan air mata. Semenjak aku “hilang”, ayahku sudah jauh berubah. Dan lebih mengejutkan, dia yang dahulunya terlalu memikirkan tumpukan harta kini mengajakku ke tanah haram.

“Apabila kiamat nanti, Kaabah pun akan hilang. Para malaikat akan mengajak Kaabah masuk ke syurga tapi Kaabah enggan bergerak….”

“Kenapa jadi macam tu, nek?”

“Kaabah minta malaikat membawa orang-orang yang pernah tawaf dibawa sama.”

“Jadi, Kaabah pun hilang dari muka bumi?”

“Setelah malaikat menghimpunkan semua orang, Kaabah masih enggan berganjak….”

“Kenapa?”

“Ada lagi orang yang pernah tawaf mengelilinginya masih berada di neraka. Kaabah tidak peduli, Kaabah mahu mereka mengiringinya masuk ke syurga.”

“Jadi … orang yang pernah tawaf akan diajak oleh kaabah masuk syurga? Untunglah nenek pernah tawaf!”

Tapi … aku….

Hati: Mengapa semakin berasa terhimpit dan pedih?

Layakkah aku mengunjungi rumahMu ya, Tuhanku? Dapatkah aku saksikan keanggunannya atau aku hanya akan menjadi mangsa himpitan jemaah atau juga menjadi mangsa “ulat” yang memegang sejadah untukku mendapat tempat berdoa paling mustajab di sana? Bagaimana agaknya tawafku nanti? Tapi, aku benar-benar mahu datang dengan jiwa dan ragaku, ya Allah. Kakiku sudah mulai melangkah sekarang.

Mata: Mengapa kaubiarkan airmu semakin mengucur deras membasahi ketandusan hatiku yang legap hitam ini?

Inilah aku datang mematuhi Engkau, ya Allah,

Inilah aku datang.

Lukisan pelukis Malaysia di Chicago

Oleh ANI AWANG

Suzlee Ibrahim tekun menghasilkan lukisannya.

PELUKIS abstrak tanah air, Suzlee Ibrahim melakar sejarah tersendiri apabila dipilih antara 16 pelukis menyertai pameran Dari Laman Belakang Saya Sendiri, Saya Dapat Melihat Dunia yang diadakan di Zhou-B, Pusat Seni di Chicago, Amerika Syarikat pada 14 hingga 17 Oktober lalu.

Pameran itu turut disertai lapan pelukis dari Chicago iaitu Ceasr Conde, Kate Friedman, Ginny Sykes, Connie Noyes, Gabriella Boros, Sergio Gomez dan Harry Sudman.

Suzlee merupakan antara lapan pelukis antarabangsa yang aktif di peringkat global yang dipilih.

Yang lain ialah Yvette Dunn (Afrika Selatan), Roland Orepuk (Perancis), Simeon Todev (Bulgaria), Petronilla Hohenwarter (German) dan Regina Peieira Lopes (Brazil).

Kata Suzlee, dia menghantar beberapa karya seperti Spirit, Cloth of Red, Pine-green dan Painted Stories pada pameran berkenaan.

"Saya berasa pameran ini mempunyai keunikan yang tersendiri. Ini kerana kumpulan pelukis yang dinamakan ARG (Artists Respond Globally) melibatkan kerjasama antara pelukis dari Chicago dan lapan pelukis antarabangsa," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Suzlee berkata, kebanyakan mereka tidak pernah mengenali antara satu sama lain kerana dipilih secara rambang untuk digandingkan pada pameran itu.

Menurutnya, mereka diberi panduan, topik dan berusaha menyelesaikan masalah yang timbul dalam mencari persefahaman tanpa ada batasan.

"Melalui teknologi komunikasi terkini, pameran ini telah menempatkan pelukis dalam jarak ribuan batu dalam 'satu' studio," katanya.

ARG telah dilancarkan secara rasmi pada Mei lalu.

Apa yang menarik kata Suzlee, laman-laman sosial seperti Facebook, Skype dan Jajah menjadi penghubung komunikasi untuk mendekatkan jarak antara mereka bagi memudahkan sebarang perbincangan bagi merealisasikan karya-karya yang mereka hasilkan.

Kata beliau, kaedah dokumentasi video digunakan untuk memantau perkembangan kerjasama antara pelukis untuk mendapatkan keserasian hasil karya akhir antara mereka.

"Pendokumentasian di dalam dan di luar studio artis dilakukan di antara artis dan pihak penaja bersama krew dan 16 pelukis lain dengan skala yang lebih besar.

"Rakaman video, fotografi dan nota-nota kiriman antara pelukis menjadi bukti kepada kesungguhan usaha mereka untuk menjadikan produk kreatif mereka berjaya," ujarnya yang merupakan pensyarah sepenuh masa di Fakulti Seni Halus, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Kuala Lumpur.

Beliau yang telah lama mencipta nama mula melukis secara serius sejak lebih dari 20 tahun.

Suzlee terkenal menerusi karya seni seperti Movement Series dan terbaru ialah siri Monsoon.

Karya-karya beliau pernah dipamerkan antaranya di negara-negara seperti England, Denmark, Germany, Cuba, Canada, Japan, Greece, Poland dan Emeriah Arab Bersatu (UAE).

Dia telah mengadakan 17 pameran perseorangan dan lebih 500 pameran berkumpulan sejak melibatkan diri dalam bidang seni lukis.

Karya-karya beliau boleh dihayati melalui laman web http://www.suzleefineart.paint.at.

Sementara itu, pengarah projek itu, Connie Noyes berkata, ARG menjadi satu badan yang menjalankan projek dan aktiviti-aktiviti antara pelukis dan masyarakat di peringkat antarabangsa.

Menurutnya, tujuan utama ARG adalah untuk memaksimumkan aktiviti seni dalam masyarakat dengan hubungan antarabangsa melalui teknolgi komunikasi masa kini.

"Badan ini dapat menjana dialog, pandangan, kesefahaman masyarakat dunia dan menyokong kesedaran sosial, politik dan estetik melalui proses dan latihan kreativiti," tambahnya.

Dengan kehadiran ramai artis luar dalam projek itu, ARG berharap ia dapat menghubung dan memperkenalkan budaya bangsa luar kepada masyarakat Chicago di pelbagai peringkat umur.

Justeru, karya-karya pelukis yang mengambil bahagian dalam pameran itu telah di lelong di Beviamo berhampiran University Village, Chicago dengan tujuan untuk mengumpul dana bagi menjalan aktiviti-aktiviti kelolaan ARG pada masa akan datang

Mewah Bahasa: Pade Bdonno
Bersama Prof Madya Dr Nor Hisham Osman
bhsastera@bharian.com.my
2010/11/24

HASYIM seorang pelajar Singapura yang sedang menuntut di sebuah institut pengajian tinggi swasta (IPTS) di Kuala Lumpur. Pada cuti Disember, beliau mengikut rakan sekursusnya pulang ke kampung di Kelantan untuk merasai suasana hidup di perkampungan Melayu. Kebetulan pada waktu itu musim hujan dan banjir ....

Hasyim: Macam ni ke rupa banjir kat Kelantan ni?!

Ramli: Macam ni laa ... macam mana pulak lagi?

Hasyim: Selama hari ni aku bayangkan banjir kat sini macam kat luar negeri yang selalu tunjuk dalam TV tu.

Ramli: Macam mana?

Hasyim: Yalah! Air laju membuak-buak ... habis hanyut semua rumah dan ramai yang mati. Tapi kat sini aku tengok orang tak risau sangat pun ... siap main air lagi tak kira besar kecil, tua muda!

Ramli: Ha! Ha! Ha! Kat sini memang tak terasa sangat ... kawasan ni tinggi sikit. Tengok rumah aku ni, tak kena banjir pun ... tapi yang tepi sungai sana dan kat kawasan yang rendah, teruk juga. Kan dah ramai yang kena pindah tu!! Tapi tulah ... kau ikut aku balik kampung ni tak kena masa.
Hasyim: Tak kena masa??

Ramli: Yalah!! Datang musim hujan macam ni, kena banjirlah!! Tak boleh nak jalan-jalan gi tempat lain ... nak gi Rantau Panjang tak boleh, nak gi Pengkalan Kubo tak boleh, nak gi Kota Bharu pun tak boleh!!

Hasyim: Tak apa, ni pengalaman pertama aku alami banjir ... kat tempat aku tak pernah banjir. Lagipun kawasan rumah kau ni tak kena banjir pun, dah tentu selamat ... apa nak dirisaukan!!

Ramli: Pasal keselamatan memang tak perlu risau, cuma aku risau kau rasa boring aje la ....

Hasyim: Boring??

Ramli: Ha’ a ... boring! Tak ada apa yang boleh dibuat ... terperangkap banjir kat sini.

Hasyim: Ha laa boring gak! Eh! Petang-petang macam ni jom kita main bola, ajak le kawan-kawan kau yang lain tu ...

Ramli: Tak boleh!

Hasyim: Kenapa pulak tak boleh?

Ramli: Pade bdonno!

Hasyim: Padi??

Ramli: Bukan padilah ... pade!! Pade tu padang ... padang bdonno!!

Hasyim: Dono?

Ramli: Ha la ....

Hasyim: Ish!! Tak tau?? Ni kan ke kampung kau ... tak kan kau tak tau padang kat mana?!

Ramli: Eh! Apa pulak tak taunya ... tempat aku main sejak kecil.

Hasyim: Tadi kata tak tau?

Ramli: Bila pulak aku kata tak tau?

Hasyim: Aii ... tadi kau yang kata don’t know ....

Ramli: Aku bukan kata don’t know, tapi donno ....

Hasyim: Samalah tu ....

Ramli: Lain ... kat sini lain! Orang sini maksudnya becak, lecak bergelumang.

Hasyim: Maknanya ....

Ramli: Padang bdonno tu maknanya padang lecak ...musim hujan ni banyak padang dah tenggelam bah. Kat rumah aku ni tak kena bah, ada padang kat sekolah belakang tu, tapi tak boleh main sebab bdonno ... lecak! Hujan turun hari-hari ... air bertakung!

Hasyim: Oooo ... aku ingat kau don’t know padang kat mana. Tapi memang aku tengoklahkan ... bahasa orang kat kampung kau ni lainlah dari di KL ... banyak yang aku tak faham ....

Ramli: Dah datang sini, kau kenalah belajar bahasa orang sini ... senang nanti kut jadi menantu orang sini ... he! he! he! ....

Hasyim: He! he! he! ... betul gak tu ... aku tengok awek sini lawa-lawalah!!

Ramli: Tak! Kat sini tak da yang lawa ... tapi come lote!! He! he! he!

Hasyim: He! he! he! he! come lote ... eh! Kita nak buat apa sekarang ni?! Boring gak kalau macam ni je ....

Ramli: Tak! Tak boring ... masih banyak aktiviti yang boleh kita buat.

Hasyim: Buat apa?

Ramli: Main airlah! Apa lagi .... bukan senang nak dapat peluang main air macam ni ... setahun sekali je.

Hasyim: Jom ... gerek sey!!

Glosari

Dialek Kelantan/Terengganu

Berdonor/bdonno: lecak, bergelumang, bergelimang

Nota Kaki

Kolum Mewah Bahasa memperlihatkan adanya beberapa cara untuk menyampaikan sesuatu konsep yang sama dengan perkataan berbeza disebabkan perbezaan slanga, dialek, taraf sosial dan generasi. Dialog menggunakan dialek dan juga bahasa pertuturan yang mungkin tidak sama dengan tatabahasa baku. Prof Madya Dr Nor Hisham Osman adalah Pensyarah Jabatan Linguistik, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya.

Munajat di Tinta Khat

2010/11/24

TUJUH puluh karya seniman khat tanah air dipamerkan pada Pameran Seni Khat: Munajat di Tinta Khat di Muzium Etnografi Melayu, Akademi Pengajian Melayu (APM) ,Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur, berlangsung sehingga 30 November ini.

Kurator Muzium Etnografi Melayu, Mohd Anis Abdul Samad, berkata pameran yang mendapat kerjasama Persatuan Seni Khat Kebangsaan (PSKK) itu, turut menampilkan karya khat koleksi khas Muzium Seni Asia, Muzium Negara, Muzium Kraf dan Yayasan Restu.

“Pemilihan ‘doa’ sebagai tema utama bertujuan mengajak pengunjung untuk menikmati keindahan karya seni khat dan menghayati doa yang sangat dianjurkan dalam Islam.

“Antara karya yang dipamerkan ialah doa yang ditulis dengan menggunakan khat thuluth pada kain Dewangga Hizam Kaabah yang menjadi koleksi Muzium Seni Asia, selain karya penulis khat seperti Zainurrahman Afandi, Mohammed Yusof Abu Bakar, Ahmad Safuan Embong dan Moonair Nazir,” katanya dalam kenyataannya kepada Sastera melalui e-mel, baru-baru ini.

Mohd Anis berkata, khat yang bermaksud tulisan atau garisan yang indah dalam bahasa Arab, sering dikaitkan dengan penulisan ayat suci al-Quran di atas lembaran kertas yang kemudian dibukukan dalam bentuk mashaf.

“Seni khat juga dihasilkan daripada penulisan hadis Rasulullah SAW, surat-menyurat antara pemerintah pada zaman khilafah Islam, penulisan surat perjanjian dan kitab agama.

“Seni khat juga boleh dinikmati dalam bentuk seni rupa lain seperti diukir pada batu dan kayu, dilukis pada tembikar serta ditenun dan ditekat pada kain dan pakaian, selain turut menerima pengaruh seni dan teknologi kontemporari,” katanya.
Mohd Anis berkata, dalam konteks budaya Melayu karya khat lazimnya membabitkan penggunaan kalimah suci yang menjadi penghias dinding bukan saja di masjid dan surau, bahkan turut menjadi penghias dinding rumah mahupun pejabat sehingga kekal lestari dengan makna dan simbol suci dalam kehidupan sosial orang Melayu.

Dialog Teluk

2010/11/24

DIALOG Teluk bertema Sastera Kebangsaan: Perjuangan Yang Belum Bernoktah yang bertujuan merapatkan hubungan karyawan dalam pelbagai genre penulisan dan mengembangkan gagasan serta fikiran melalui pelbagai pengisian seperti seminar, randau karya, forum dan wacana akan berlangsung di Miri, Sarawak, pada 17 hingga 19 Disember ini.

Program yang menampilkan penulis, aktivis sastera, budayawan dan karyawan seluruh Nusantara anjuran Persatuan Penulis Utara Sarawak (PUTERA) turut membuka peluang kepada peserta untuk mendekati budaya serta cara hidup etnik Sarawak.

Ketua I PUTERA, Zainal Abidin Suhaili berkata, program itu tidak sekadar menghidangkan peserta dengan pengisian dialog malah program itu akan turut dimeriahkan dengan persembahan syair, pantun, gurindam dan bermukun oleh karyawan tempatan.

“Orang ramai yang berminat menyertai program itu boleh menghubungi Urus Setia Panitia Dialog Teluk 2010 di alamat e-mel pnbisya@yahoo.com dan dikehendaki membuat pembayaran sebanyak RM30.00 bagi setiap individu tidak termasuk kos penginapan dan pengangkutan peserta,” katanya yang juga merangkap Pengerusi Dialog Teluk 2010.

Maklumat mengenai atur cara program, alamat urus setia, prosedur permohonan, borang penyertaan dan borang persetujuan akan dikepilkan kepada setiap peserta yang sudah mendaftar.

No comments:

Post a Comment