\\Wanita sedia jadi perisai
|
|
| SEBAK... Shahrizat Abdul Jalil ketika berucap di Persidangan Perwakilan Wanita UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 di PWTC, semalam. |
KUALA LUMPUR 20 Okt. – Sesiapa yang mencabuli Perlembagaan Persekutuan bukan sahaja bersalah di sini undang-undang malah disifatkan sebagai menderhaka kepada ibu sendiri.
Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan, ini kerana Perlembagaan Persekutuan adalah ‘ibu’ segala undang-undang di negara ini.
“Perlembagaan Persekutuan melindungi hak dan kepentingan semua rakyat iaitu Melayu, Cina, India serta kaum lain. Sebagai pencinta negara serta srikandi berjasa, Wanita UMNO tidak akan membiarkan kemuliaan dan keluhuran Perlembagaan Persekutuan dicabuli dan dicemari.
‘‘Saya mewakili lebih 1.3 juta ahli Wanita UMNO akan mempertahan dan menjadi perisai serta benteng kepada Perlembagaan Malaysia terutama Perkara 3, Perkara 152 dan Perkara 153 daripada sebarang tentangan dan penghinaan,” katanya dalam ucapan dasar Persidangan Perwakilan Wanita UMNO di sini hari ini.
Tegas Shahrizat, pergerakan itu tidak akan berkompromi dengan tuntutan sesetengah pihak sehingga mencabuli peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan negara dan pada masa sama melindungi kepentingan sah kaum lain mengikut perkara sama.
Beliau turut mengajak semua pemimpin dan ahli Wanita UMNO supaya bersedia berkorban demi mempertahankan semua perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan daripada sebarang tentangan dan penghinaan.
“Janganlah kita mengabadikan diri kepada godaan cauvinisme yang murah. Janganlah sesiapa melampaui Perlembagaan negara mahupun prinsip-prinsip sepakat UMNO-Barisan Nasional (BN). Jangan kita terperangkap dengan politik rakus sesetengah pihak yang akan dan sedang memecahbelahkan rakyat Malaysia mengikut kaum dan agama,” katanya.
Menurutnya, Wanita UMNO juga akan mempertahankan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
“Sebenarnya Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan adalah intipati kepada kejayaan 1Malaysia kerana kepentingan semua kaum diambil kira,” katanya.
Dalam pada itu, suasana persidangan yang sentiasa gamat dengan tepukan gemuruh para perwakilan bertukar ‘irama’ apabila Shahrizat dalam nada sebak menyatakan bahawa seseorang pemimpin itu bukan dipandang mulia kerana pangkat, kuasa dan darjat, tetapi kerana keluhuran dan keperibadiannya.
“Pakaian pemimpin adalah akhlak, pakaian ketua adalah jiwa, pakaian tuai adalah nilai dan pakaian sejati adalah budi.
“Untuk orang lain menghormati orang Melayu, kita mesti membangkitkan semula kemuliaan kaum Melayu yang menjadi pedoman perjuangan zaman dahulu. Tanpa kemuliaan, kita umpama seorang tuan yang penat bekerja meminta orang lain untuk menghormati kita,” katanya.
Shahrizat turut mengajak semua ahli Wanita UMNO menggunakan kekuatan minda, modal intelek serta daya kreativiti dan inovasi untuk bersama-sama mentransformasikan Malaysia menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi
Pemuda bukan ancaman – Khairy
KUALA LUMPUR 20 Okt. – Golongan muda perlu diberi banyak peluang dalam parti dengan memegang dan memikul tanggungjawab lebih besar jika mahu melihat mereka sebagai pewaris untuk memperjuang dan membela nasib orang Melayu pada masa depan.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (gambar) berkata, meskipun rata-rata generasi muda menerima corak kepimpinan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak, masih ada lagi pihak dalam parti sendiri yang masih ragu dengan kredibiliti mereka.
Katanya, golongan tersebut amat berharap agar kepimpinan parti bersikap lebih terbuka kepada Pemuda UMNO.
“Namun, keterbukaan sama masih belum ditarikan oleh semua di mana masih ramai yang ragu-ragu dan takut untuk membuka ruang penyertaan lebih luas kepada orang muda.
“Anggaplah kami sebagai harapan dan bukan ancaman, berikanlah juga kami peluang dan kepercayaan, upayakanlah kami untuk memegang dan menggalas tanggungjawab lebih berat.
“Saya percaya, Pemuda UMNO hari ini bukan golongan yang mengejar jawatan, gila kuasa, tamak projek tetapi kami pendokong harapan, pembela nusa, pencetus semangat, satria setia,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Pergerakan Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Menurutnya, senario politik semasa adalah berteraskan pemikiran dan idea yang bertunjangkan ilmu, bukan bergantung pada kuasa eksekutif semata-mata.
“Anak-anak muda sekarang lebih gemar disajikan dengan pilihan politik yang menguji daya pemikiran mereka.
“Penyebaran maklumat melalui media sosial seperti Facebook dan Twitter sudah menjadi alternatif pilihan kepada media massa tradisi.
“Pemikiran golongan muda dibentuk bukan melalui kenyataan atau ulasan menteri dalam Buletin Utama TV3 atau Warta Perdana TV1 tetapi melalui apa yang mereka lihat dan dengar dalam YouTube yang tidak boleh dikawal atau dipengaruhi,” ujarnya.
Justeru, beliau memberitahu, usaha mendampingi mereka juga mesti melalui pendekatan berpaksikan pemikiran dan pandangan yang lebih kritis dari era dahulu.
Jelas beliau, golongan tersebut tidak boleh disumbat dengan propaganda berat sebelah, sebaliknya UMNO perlu mengamalkan budaya inklusif yang menghargai penyertaan belia dan remaja, bukan lagi budaya politik dari atas ke bawah.
Beliau menambah, pergerakan itu merupakan penyumbang keahlian baru terbesar kepada parti dengan pertambahan seramai 41,663 orang yang membentuk 43 peratus daripada keseluruhan ahli baru.
Anugerah pembakar semangat graduan
|
|
| Penerima Anugerah Jaizah Imtiyaz dari kiri, Aishah Yaakob, Ammar Badruddin Romli, Zulkairi Bidin dan Rabiatul Adawiyah Ismail di Alor Setar, semalam. |
ALOR SETAR 19 Okt. - Berbekalkan semangat untuk memajukan diri dan membahagiakan ibu setelah kematian ayah tersayang, seorang graduan Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) berjaya memperoleh Anugerah Jaizah Imtiyaz (Rektor) pada majlis konvokesyen ke-12 kolej tersebut hari ini.
Rabiatul Adawiyah Ismail, 21, yang mengambil Diploma Teknologi Maklumat berjaya memperoleh purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.79 dan menjadi graduan terbaik bagi jabatan tersebut.
Katanya, dia kasihankan ibunya, Sobiah Abu, 55, yang terpaksa bekerja keras menjadi tukang masak demi menyara keluarga selepas kematian ayahnya lima tahun lalu.
"Saya berazam untuk menjadi insan yang berjaya dan membahagiakan ibu dengan kejayaan ini.
"Hari ini saya berjaya juga mencapai impian untuk menjadi yang terbaik dan bercadang untuk memajukan diri dalam bidang teknologi maklumat dengan melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah pula," katanya selepas Majlis Konvokesyen Insaniah Ke-12 di sini hari ini.
Pada majlis tersebut Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyampaikan ijazah serta diploma kepada para graduan Insaniah.
Turut hadir Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidun dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Menurut Rabiatul, dia sentiasa berpegang dengan ayat 'bukan senang nak senang' bagi memastikan dirinya sentiasa bersemangat untuk menuntut ilmu.
"Saya akan mengulangkaji pelajaran pada waktu malam sehingga pagi dan tidak lupa berdoa kepada Allah supaya ilmu saya sentiasa diberkati.
"Anugerah Jaizah Imtiyaz (Rektor) yang diterima hari ini juga adalah hadiah kepada ibu saya yang banyak berkorban untuk kami sekeluarga," ujarnya.
Dalam pada itu, seorang lagi graduan yang menerima anugerah Jaizah Imtiyaz (Tuanku Canselor), Ammar Badruddin Romli, 24, berkata, tiada amalan khusus yang dilakukannya sepanjang bergelar penuntut sehingga berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam pelajaran.
Dia yang mengambil jurusan Pengajian Syariah berjaya memperoleh Anugerah Dekan pada setiap semester pengajian bermula dari semester pertama hingga semester akhir biarpun seorang yang aktif berpersatuan.
"Saya hanya belajar ikut mood dan tiada masa yang ditetapkan untuk mengulangkaji pelajaran.
"Pengurusan waktu yang baik amat penting jadi tidak salah untuk kita aktif dalam persatuan asalkan pelajaran tetap menjadi keutamaan," katany
Halaman:Tazkirah Remaja & Cinta
Bercouple Atau Jual Mahal
Rab, 20 Okt 2010 13:48 | Zaffan Khalid | Editor: aeyie®
Masa kecil saya pernah memikirkan, memang perlukah seorang yang dewasa ber'dating' sebelum melangkah ke alam perkahwinan?
Kenapa saya bingung akan hal ini? Kecil-kecil lagi sudah gatal?
Bukan begitu. Naluri kanak-kanak saya pada waktu itu merasakan tidak selesa dengan apa yang ditayangkan dikaca televisyen.
Jikalau ceritanya tentang pasangan kekasih, sudah pasti ada adegan keluar makan berdua-duaan sebelum punya ikatan yang sah.
Cerita tempatan apatah lagi luar negara, babak kekasih dilamun cinta sebelum berkahwin disusun dengan penuh teliti.
Tetapi saya memang bingung.
Memang perlukah begitu? Perlukah bercouple sebelum berkahwin? Nyata saya tidak selesa di awal usia kanak-kanak.
Cinta Monyet
Alhamdulillah, semasa di sekolah rendah mahupun sekolah menengah saya jauh dari memahami erti ataupun mengalami cinta monyet.
Istilah yang biasa tetapi sekadar mendengar.
Ada sahaja rakan-rakan yang ber'cinta' seawal darjah lima.
Saya bingung. Memang terlalu muda untuk memahami tentang perkara ini.
Maka tidak hairanlah mengapa saya bingung ketika itu.
Pelik dan mencari-cari sebab mengapa ada yang bercinta seawal usia di darjah lima.
Di sekolah menengah, lain pula ceritanya. Kisah bercinta menjadi lebih hebat.
Mungkin merasakan diri lebih matang sedangkan baru menginjak remaja.
Kisah cinta disekeliling saya bermacam-macam.
Kenyataan-kenyataan seperti; batch kami bercinta seperti tukar baju (pelajar batch tersebut sering bertukar-tukar pasangan ibarat menukar baju setiap hari), ada senior mengaku dia bercinta untuk mencari pengalaman.
Aduh! Saya menjadi semakin bingung.
Benarkah ini semua?
Erti couple, cinta dan perkahwinan
Kini setelah saya berusia dua puluh dua tahun, saya semakin mengerti.
Kisah pasangan berdua-duaan yang saya fikirkan semasa kecil, bukanlah sesuatu yang dianjurkan oleh Islam.
Bahkan, Islam sebagai cara hidup menggariskan cara yang cukup indah dan sempurna untuk mengikat pertalian antara adam dan hawa.
Kisah cinta monyet yang membingungkan semasa di zaman sekolah juga dapat saya cari jawapannya.
Buku Tentang Cinta karangan Ustaz Pahrol banyak membantu saya untuk memahami isu ini.
Tambahan pula, semasa saya di Kolej Yayasan UEM Lembah Beringin, forum Tentang Cinta telah diadakan. Panel-panel terdiri daripada Ustaz Pahrol sendiri, Ustaz Hashim (trainer Fitrah Perkasa) dan Ustaz Hasrizal.
Panel yang hadir cukup berpengalaman kerana mereka jauh lebih dewasa dan sudah berkeluarga.
Islam dan Cinta
Islam menganjurkan lelaki dan wanita bertaaruf iaitu berkenal-kenalan sebelum mengikat pertunangan.
Cara bertaaruf menjaga adab dan syariat. Pasangan tidak berdua-duaan tetapi ditemani oleh orang tengah mahupun ibu bapa sendiri.
Bercinta pula perlu punya tujuan. Apa tujuan cinta monyet?
Sekadar suka-suka atau untuk mencari pengalaman? Jika benar, bukankah itu alasan-alasan yang menyedihkan?
Bercinta adalah berkasih sayang.
Mampukah untuk kita berkasih sayang dengan seseorang yang asing jika kita belum mampu menyayangi ahli keluarga sendiri?
Maka jika benar, kita berkasih sayang dengan orang luar perlu sama seperti berkasih sayang dengan ahli keluarga sendiri.
Tetapi adakah perkara ini benar-benar berlaku di antara pasangan yang menyatakan diri mereka bercinta?
Bagi saya, untuk memahami istilah cinta, saya perlu memahami erti mencintai diri sendiri, mencintai ahli keluarga, mencintai rakan-rakan dan yang lebih utama mencintai Allah dan RasulNya.
Saya perlu menguasai erti cinta ini sebelum mencintai seseorang yang asing - lelaki dalam hidup seorang wanita.
Terlalu teoritikal? Pandai-pandailah mencari cara untuk amalinya.
Semakin dewasa saya semakin memahami dan lihat sendiri teori-teori cinta secara praktikalnya (bukan saya yang bercinta, tetapi melihat realiti disekeliling).
Cinta itu perlukan kepercayaan dan tanggungjawab. Cinta itu memberi tanpa mengharap balasan.
Teori ini memang benar untuk menyelesaikan masalah-masalah perkahwinan yang saya ketahui(bukan menjaga tepi kain orang, tetapi mungkin diri sudah cukup dewasa memahami permasalahan ini).
Perkahwinan yang memang bergelora.
Sesekali terasa takut pula memikirkannya. Tetapi seperti kata emak; Jalan ini mudah sahaja jika manusia ambil jalan yang lurus. Tetapi hakikatnya, ada yang memilih yang bengkang-bengkok.
Jual mahal?
Setelah berusia dua puluhan dan masih tidak berpunya atau tidak pernah ber'boyfriend', maka masyarakat amnya masih mempunyai stigma bahawa tuan punya badan mungkin jual mahal.
Nasihat seperti , jangan jual mahal nanti tidak laku dan sebagainya dilontarkan.
Persoalannya, setelah beberapa perkara seperti di atas dibangkitkan, adakah benar bahawa seseorang yang tidak ber'boyfriend' itu wajar dikategorikan sebagai jual mahal atau memilih?
Atau mungkin tuan punya badan sekadar menongkah norma masyarakat kerana tidak bersetuju dengan gejala couple yang dipandang sebagai satu kemestian dan kebiasaan?
Atau mungkin tuan punya badan benar-benar memikirkan erti sebenar cinta dan berkasih sayang?
Isu yang berat untuk difikirkan bersama.
Masakan tidak, di dalam hadis daripada Nabi s.a.w. yang menegaskan dengan maksud bahawa :
"Sesiapa yang telah berkahwin dikalangan kamu maka dia telah sempurnakan separuh dari urusan agamanya dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada setengah atau separuh urusan agama yang selebihnya".
Masakan cinta dan perkahwinan perkara yang main-main sekiranya sebesar ini ganjaran yang dijanjikan Allah.
Tulisan ini sekadar perkongsian yang sudah mula saya fikirkan sejak kecil lagi. Mencari-cari apakah formulanya sedangkan Islam memang ada jawapannya.
Tulisan ini juga sekadar muhasabah diri dan mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan mendoakan kakak kandung saya yang bakal melansungkan pernikahan Sabtu ini.
Juga buat senior mahupun junior yang selamat diijabkabulkan sepanjang cuti ini.
Tahniah dan selamat menempuh alam baru!
Info Penulis
Puan Nuur Zaffan Khalid merupakan seorang penulis yang cukup profilik. Anak kelahiran Raub, Pahang ini berkelulusan dalam Seni Bina dari sebuah Institusi di luar negara kini merupakan English Coach di Coaching Zone Sdn Bhd dan juga Perunding Latihan di iluvislam.com. - http://zaffankhalid.iluvislam.com/, http://www.facebook.com/zaffan.khalid
Kesibukan bukan penghalang curah bakti
|
|
| Pemuda dan siswazah UniKL menanam pokok kelat merah sumbangan Jabatan Perhutanan Daerah Kota Tinggi di pintu masuk Surau Kampung Gembut, Tanjung Sedili, Kota Tinggi, baru-baru ini. |
KOTA TINGGI 19 Okt. - Kesibukan menelaah pelajaran selaku insan bergelar pelajar bukan penghalang bagi 55 mahasiswa Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Pasir Gudang untuk menyemai bakti di Kampung Gembut, Tanjung Sedili, di sini baru-baru ini.
Ia terbukti apabila Program Khidmat Masyarakat yang disertai mereka berjalan dengan jayanya bahkan memberi kesan positif yang mendalam kepada mereka.
Pengarah projek itu, Mohd. Farid Muslan, 18, berkata, antara program tersebut ialah mengecat surau Kampung Gembut anjuran bersama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Tinggi dan Unit Peladang Kampung Gembut.
Beliau yang juga salah seorang pelajar UniKL itu berkata, matlamat program tercapai apabila semua pelajar semester satu yang diwajibkan menyertai aktiviti berkenaan telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang baik di samping mendapat pelbagai manfaat.
"Selain sebagai kredit atau nilai tambah kokurikulum kepada pelajar, kerjasama yang diberikan oleh penduduk kampung amat baik dan membantu mencapai objektif yang ditetapkan.
"Justeru berharap, program itu dapat menimbulkan kesedaran, menanam sifat penyayang di kalangan mahasiswa terhadap masyarakat untuk meningkatkan lagi kemahiran sosial mahasiswa yang menjadi nilai tambah kepada mereka," katanya yang ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Pada program itu mereka mengecat surau yang dibina dengan nilai RM100,000 pada tahun 2000 di bawah peruntukan Ahli Parlimen Kota Tinggi dan sebahagiannya adalah daripada sumbangan masyarakat setempat.
Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Tinggi, Mesran Tukiman berkata, golongan mahasiswa digalak mendekatkan diri dengan masyarakat desa bagi mempelajari aspek sosio budaya penduduk setempat.
"Saya yakin menerusi program seperti ini, ia mampu menjalin dan mendekatkan hubungan antara mahasiswa dengan masyarakat kampung semasa menjalankan aktiviti kemasyarakatan serta pertukaran budaya.
"Seterusnya dapat menerapkan nilai murni dan semangat kenegaraan dalam diri golongan pelajar," katanya.
Menurutnya, selain itu, program berkenaan diharap mampu membina kumpulan mahasiswa yang dapat menyumbang idea, tenaga, pemikiran dan pengetahuan serta kemahiran kepada golongan masyarakat.
Beliau yang membelanjakan lebih RM3,000 bagi menampung kos cat dan penyediaan makanan berkata, program itu juga sebagai teladan kepada ahli-ahli Pemuda UMNO di peringkat akar umbi supaya bergiat aktif dalam menjalankan kerja-kerja amal.
Katanya, sebarang penganjuran aktiviti sayap parti itu juga tidak seharusnya tertumpu kepada ahli-ahli sedia ada sahaja sebaliknya mereka yang bukan ahli.
Sehubungan itu, beliau mahu kepimpinan sayap peringkat akar umbi tersebut meneruskan usaha mendekati golongan belia dengan melibatkan mereka dalam apa juga penganjuran aktiviti.
Persoalan Agama: Amalan tabur bunga atas kubur harus
Bersama Ustaz Zahazan Mohamed
bminggu@bharian.com.my
2010/10/17
Tiada tegahan ziarah pusara asalkan iktikad untuk mendoakan si mati
Soalan: APAKAH pandangan ustaz mengenai adab menziarahi pusara? Bagaimana dengan perbuatan menabur bunga dan daun pandan di pusara dan bagaimana dengan bacaan ayat suci yang sepatutnya? Bagaimana pula dengan mereka yang tidak tahu di mana pusara ibu atau bapa kerana kematian berlaku ketika anak masih kecil? Apakah memadai dengan sedekahkan ayat suci al-Quran?
MD RADYUWAN, Kuala Lumpur.
Jawapan: Imam al-Bukhari meriwayatkan, daripada Ibn Abbas, bahawa Nabi Muhammad SAW melalui dua kubur. Lalu Baginda bersabda: “Sesungguhnya kedua-duanya sedang di azab dan tidaklah kedua-duanya di azab kerana dosa besar. Adapun yang ini di azab kerana tidak menjaga (kebersihan) daripada kencing manakala yang ini pula kerana suka mengadu domba.” Lalu Nabi SAW meminta pelepah dan mematahkannya (menjadi) dua bahagian. Kemudian Baginda memacakkan di atas (kubur) ini satu dan di atas (kubur) ini satu.
Kalangan sahabat Nabi bertanya: “Wahai Rasulullah, mengapa engkau melakukan hal ini?” Baginda menjawab: “Mudah-mudahan diringankan azab itu daripada kedua-duanya selama pelepah kurma itu belum kering.”
Hadis kedua pula riwayat Muslim daripada Jabir, Rasulullah SAW melalui dua kubur dan Baginda dengan mukjizatnya berkata, kedua-duanya penghuni kubur ini sedang diseksa...lalu Baginda meminta pelepah tamar yang masih basah dan mematahkan menjadi dua bahagian dan memacakkan pada setiap kubur, lalu bersabda,” Aku berharap syafaatku dapat meringankan azab kedua-duanya, selama pelepahnya masih basah.”
Daripada kisah hadis itu, sebenarnya kalangan ulama berselisih pendapat atau pandangan mengenai hukum meletakkan pelepah di atas kubur. Pandangan segolongan ulama yang menegah menyatakan perbuatan itu disyariatkan khusus untuk Nabi Muhammad SAW.
Keberkatan ada pada Nabi SAW saja. Syaikh Ahmad Syakir (dalam syarah Sunan al-Tirmizi) berpendapat amalan menabur bunga dan meletak kalungan bunga ini diambil dari amalan masyarakat Kristian.
Pandangan ulama yang mengharuskan pula mengatakan perbuatan itu diharuskan kepada semua orang Islam. Syeikh Atiyah Saqar (iaitu seorang Mufti Lajnah Fatwa al-Azhar) berkata: “Ini adalah masalah antara golongan mengharuskan dan golongan yang menegah. Saya melihat tiada tegahan pada perkara ini selagi mana ia beriktikad (menyakini) bahawa yang memberi manfaat dan mudarat itu hanyalah Allah SWT. Apa yang kita hadiahkan kepada si mati seperti doa, sedekah dan lain-lain lagi adalah ‘min babil asbab’ semata-mata mengharapkan rahmat Allah SWT.
Justeru, perbuatan menaburkan bunga sebagai menggantikan pelepah dan ranting basah adalah harus. Bagaimanapun, jika bunga itu dibeli dengan harga mahal semata-mata untuk melakukan perbuatan itu, dibimbangi ia akan jatuh kepada haram disebabkan membazir.
Selain itu ketika menziarahi pusara, anda juga harus membaca al-Fatihah dan surah Yasin. Nabi SAW menganjurkan kita agar membaca surah Yasin bagi masyarakat Muslimin (yang akan atau sudah) meninggal dunia. Wallahua’lam.
SEBARANG kemusykilan sila hantarkan soalan ringkas menerusi e-mel bminggu@bharian.com.my atau melalui pos di alamat Berita Minggu, Berita Harian Sdn Bhd, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur
Persoalan Agama: Ibadah korban sunat, cukup sekali dilaksanakan seumur hidup
2010/10/17
Soalan: KETIKA ini, banyak iklan mengenai ibadat korban dipaparkan. Bolehkah ustaz menjelaskan hukum melakukan korban? Apakah ada dalam al-Quran dan hadis?
YUSRI,
Ukay Perdana. Jawapan: Allah SWT berfirman dalam surah al-Haj ayat 36 yang bermaksud: “Dan Kami jadikan unta sebahagian daripada syiar agama Allah untuk kamu, menyembelih unta yang ada kebaikan bagi kamu, oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas 3 kakinya, maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang yang tidak meminta dan yang meminta..”
Dalam surah lain, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban.” (surah al-Kauthar ayat 2).
Berkorban atau mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan menyembelih haiwan tertentu pada Aidiladha dan dua atau tiga hari sesudahnya adalah antara tuntutan agama yang ditegaskan dalam ayat al-Quran di atas.
Imam Abu Hanifah menilainya wajib bagi setiap orang yang mampu berdasarkan sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Ibn Majah daripada Abu Hurairah beliau berkata: “Sesiapa yang memiliki kemampuan dan tidak mahu berkorban, maka hendaklah ia tidak mendekati tempat solat kami.”
Menurut fahaman penganut mazhab Hanafi, ancaman ini menunjukkan wajibnya berkorban. Mazhab lain pula menilainya sebagai sunat muakkad (iaitu sunat yang amat ditekankan melakukannya) berdasarkan sekian banyak hadis. Antaranya yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi, “Aku diperintahkan berkorban, sedangkan itu sunat bagi kamu sekalian.”
Ibn Abbas berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Tiga perkara yang menjadi kewajipan atas diriku dan ketiganya adalah sunat bagi kamu sekalian, iaitu (solat) witir, menyembelih korban dan solat Duha.”
Menurut Mazhab Syafie, sunat ini cukup dilaksanakan sekali seumur hidup. Di samping itu, disunatkan pula setiap ketua keluarga atau seorang ahli keluarga berkorban untuk dirinya (sekiranya belum dilakukan) atau atas nama seorang ahli keluarganya. Kalangan ulama juga sepakat bahawa haiwan yang boleh dikorbankan mestilah unta, lembu atau kerbau. Haiwan-haiwan itu boleh dikongsi iaitu seekor bagi tujuh orang. Kambing pula tidak boleh dikongsi iaitu seekor seorang.
Haiwan itu selayaknya yang sihat dan sempurna, baik jantan mahupun betina. Mengenai hukum memakan daging korban yang disembelih, majoriti ulama membolehkannya. Jika korban itu dilakukan untuk memenuhi nazar, maka imam Abu Hanifah dan imam Syafie melarang orang yang bersangkutan dan keluarganya memakan dagingnya. Dalam mazhab Maliki, Hambali dan Hanafi disunatkan bagi orang yang berkorban untuk menggabungkan antara memakannya dan membahagikannya. Bahkan, seandainya dia memakan semuanya atau menyimpannya selama tiga hari kemudian, maka yang demikian itu dibolehkan menurut Mazhab Hanafi dan Maliki, walaupun hukumnya makruh.
Bagi Mazhab Hanafi dan Hambali, disunatkan untuk membahagi daging korban, iaitu sepertiga untuk diri dan keluarganya, sepertiga untuk teman-teman (walaupun kaya) dan sepertiga untuk fakir miskin.
Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam ayat 36 surah al-Haj yang bermaksud: “...Kemudian jika ia (haiwan yang dikorbankan itu) tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang yang tidak meminta dan yang meminta…”
Imam Malik tidak menetapkan kadar tertentu. Penganut mazhab ini berpegang pada sekian banyak hadis yang menganjurkan agar memakan, memberi makan dan menyisihkannya untuk disimpan. Hadis yang dimaksudkan itu terkandung dalam kitab, antaranya Kitab Nayl al-Awtar yang diriwayatkan Imam Muslim bahawa Nabi SAW bersabda: “Aku tadinya melarang kamu semua menyimpan daging korban lebih tiga hari kerana adanya addhafat. Kini, sudah datang kelapangan daripada Allah. Maka simpanlah semahu kamu.”
Menjual sesuatu yang berkaitan dengan haiwan korban tidak dibenarkan sama ada kepala, daging, kulit atau bulunya. Seperti sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesiapa menjual daging haiwan korban, maka tidak ada (iaitu tidak sah) korbannya.” Hadis ini riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi. Begitu juga tidak dibenarkan memberikannya sebagai upah kepada penyembelih. Tetapi harus memberikannya sebagai hadiah kepadanya atau kepada orang yang wajar menerimanya.
Selain itu, yang berkorban atau yang lainnya dapat memanfaatkan kulit haiwan korban untuk dibuat rebana atau produk lain. Wallahua’l
BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN - semasa duduk antara dua sujud
by Hafiza Adnan حفظا عدنان on Monday, September 13, 2010 at 12:24am
Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon dalam solat kita tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami. Sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.
Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku). Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah.
Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua, Warhamni (sayangi aku). Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.
Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..
Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)
Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita betapa besarnya nilai doa ini, sebuah doa yang kita hanya remehkan begitu sahaja
12 BARISAN MANUSIA .. MENUJU KE AKHIRAT ( JANGAN SOMBONG UNTUK BACA DAN JANGAN KEDEKUT UNTUK BERKONGSI )
by Nor Abu on Friday, August 6, 2010 at 6:57pm
Barisan pertama:
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :
"Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".
Firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".
Barisan ke-2:
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah
"mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."
Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.
Barisan ke-3:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking
"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.
Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut
"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.
Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar
"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.
Barisan ke-6:
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.
Barisan ke-7:
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Me reka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.
Barisan ke-8:
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. M ereka adalah orang yg melakukan zina.
Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".
Barisan ke-9:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.
Barisan ke-10:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. M ereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.
Barisan ke-11:
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.
Barisan ke-12:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.
Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.
Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.
Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"
BACALAH YASSIN
RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.
Sesiapa yang menerima mesej ini tolong forwardkan kepada teman seagama yang lain.
Untuk renungan semua,
Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.
Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar ilmu ini dan tidak berkongsi pada orang lain.
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain..
Mesti ramai suka makan taugeh. nak pulak campur dlm char kuey teow.
hmmm rangup... tapi nak beli taug...eh tu kene buat eksperimen dulu la.
beli sket, jgn makan dulu sebaliknya simpan dulu utk 3 hari. pastu cuba bau taugeh tu lepas 3 hari camane. dan kalau boleh jgn beli taugeh yg kaler putih berseri tu.
kepututsan yg mungkin boleh didapati...
lepas 3 hari bau taugeh tu hanching semacam.
bermakna taugeh tu disiram dgn urine aka air kencing.
dan air urine tu la jugak menyebabkan kaler putih berseri.
kalau nak tau taugeh keluaran bumiputera senang aje.
kaler dia mcm kekuningan sket dan cepat layu serta kurang rangup, sebabnya
langsung tak guna urine sebagai baja.
ni info dari pegawai opis aku yg pernah buat lawatan ke pusat2 penanaman
taugeh dibeberapa negeri tertentu yg diusahakan oleh cha ya nun alip.
siap terjumpa satu bilik khas simpan air kencing utk disiram pada pokok2
taugeh tu.
dan kenapa taugeh jodik mangsa?
sebabnya taugeh ni jenis pokok menyimpan air siraman bulat2 terus dlm
batangnya.
tak spt sayuran lain iaitu sayuran2 berdaun hijau yg mengalami fotosintesis
semasa proses
penyerapan baja atau dgn erti kata lainnya air siraman masuk ke tanah dulu
barulah akar menyerap dan proses fotosintesis berjalan utk penyerapan zat2
dari baja.
tak mcm taugeh dia serap terus ape yg kita siram sebab pertumbuhan
tumbesaran bukan secara fotosintesis.
tu sbbnya kalau simpan dlm masa 3 hari bau dia wangiiiiiii semacham...
so bagitau la kat sedara mara, kengkawan pasal nak mengenal taugeh2
hanching
dgn taugeh2 bumiputera.
Wahai, sahabat-sahabatku & saudara-saudaraku... baca dan hayatilah.. kongsi dan sebarkanlah... semoga kita mendapat keberkatan dariNYA bersama2.. insyallah..
Ya Allah Ya Rahman.. Ya Rahim.. Kuatkanlah Imanku, Kuatkan lah Ingatanku, Terangilah Hatiku dengan cahayaMu dan Jauhkanlah aku dari sifat pelupa.. Semoga lulus dengan cemerlang.. Amiin Ya Rabbalallamin.. (",).."
by X10der MUSLIMAH FASHION on Friday, October 15, 2010 at 7:34am
1. Bau mulut atau tubuh anak-anak adalah sebahagian dari angin syurga.
2. Syurga adalah sebuah kampung ketenangan, tidak akan masuk ke dalamnya kecuali orang yang menyukai anak-anak.
3. Barangsiapa menyenangkan anak perempuannya, maka darjatnya bagaikan orang yang sentiasa menangis kerana takut kepada Allah. Orang yang menangis kepada Allah maka api neraka diharamkan menyentuh tubuhnya.
4. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat di syurga. Nisbah di antara dua darjat adalah 500 tahun.
5. Barangsiapa keluar ke pasar untuk membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan mambawa buah tangan untuk anaknya, nescaya dia akan mendapat rahmat dari Allah swt dan tidak akan disiksa di akhirat kelak.
6. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak laki-laki. Barangsiapa menyenangkan anak perempuannya, maka seolah-olah memerdekakan anak Nabi Ismail.
7. Perintahkanlah anak-anakmu mengerjakan solat ketika berusia 7 tahun dan pukullah mereka apabila meninggalkan solat ketika berusia 10 tahun.
8. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.
9. Barangsiapa meninggalkan anak-anaknya dalam keadaan jahil, maka orang tua ikut menanggung setiap dosa yang dilakukan oleh anaknya.
10. Barangsiapa membekalkan nanak-anaknya dengan adab dan ilmu agama, maka orang tua akan mendapatkan pahala seperti pahal anak-anak.
11. Setelah anak perempuan berusia 16 tahun, maka nikahkanlah dia. Ketika itu sang ayah memegang tangan anak gadisnya sambil berkata " Anakku, kau telah kudidik, kuajar dan kunikahkan. Semoga Allah melindungiku dari bencana kerana dirimu di dunia dan akhirat".
12. Muliakanlah anak-anak kerana anak akan menjadi taming atau penghalang untuk masuk neraka.
13. Anak-anak adalah taming neraka, makan bersama mereka akan membebaskan kita dari neraka dan memuliakan mereka menyebabkan kita selamat ketika menyeberangi titian shirath.
Ada layar,bukan bahtera
Ada muka dihadap sentiasa
Menghibur hati tua dan muda
No comments:
Post a Comment