Wednesday, December 22, 2010

Terowong mercu tanda
Oleh Nurhayati Abllah
edisimingguan@bharian.com.my
2010/11/21

« sebelum selepas »




Pembinaan Jejambat Marin Bukit Merah yang 95 peratus siap juga sebahagian daripada PLBE.


Antara jentera digunakan dalam pembinaan Terowong Berkembar Berapit.

Binaan Terowong Berkembar Berapit, Perak terpanjang di Asia Tenggara dan setaraf negara maju

SEJARAH penciptaan terowong bermula sejak permulaan peradaban di mana manusia menyediakannya sebagai akses atau laluan ke makam, kuari bawah tanah atau lencongan aliran air di permukaan berbatu.

Definisi kamus menyatakan terowong adalah laluan yang dibina menembusi bukit, gunung dan terusan. Sesebuah terowong boleh menjadi laluan pejalan kaki, laluan kenderaan, jalan raya atau lebuh raya, kereta api mahupun laluan air.

Terowong boleh dikorek menembusi pelbagai jenis tanah atau batuan dan cara pembinaan terowong bergantung kepada struktur tanah serta batuan di sesuatu kawasan.

Masyarakat Rom satu ketika dulu dikatakan mahir dalam mencipta terowong sehingga mampu membina sebuah terowong sepanjang kira-kira 5.6 kilometer bagi tujuan menyalur keluar air dari Tasik Fucino yang terletak di Timur Rom, bagi mengelak masalah banjir.

Ketika itu, kira-kira 30,000 pekerja dikerah bagi membina terowong itu yang memakan tempoh masa sehingga 10 tahun untuk disiapkan.

Kini, berbekalkan kepakaran manusia dibantu kecanggihan teknologi terbukti banyak membantu dalam pembinaan lebih banyak terowong moden.
Malah, Malaysia sendiri melakar sejarah apabila membina terowong lebuh raya pertama iaitu Terowong Genting Sempah berukuran 900 meter yang menghubungkan kawasan Gombak di Selangor dengan Genting Sempah di Pahang, yang dibuka secara rasmi pada 1979.

Malaysia turut membina terowong jalan raya terpanjang di negara ini iaitu Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (SMART) sepanjang empat kilometer (km) yang mula beroperasi pada 2007.

Terbaru, Malaysia mencipta nama dengan pembinaan terowong lebih canggih iaitu Terowong Berkembar Berapit di Taiping, Perak, sepanjang 3.3 km yang diiktiraf sebagai sebagai terowong kereta api terpanjang di Asia Tenggara.

Terowong itu sebahagian komponen projek infrastruktur terbesar negara setakat ini bernilai RM12.5 bilion iaitu Projek Landasan Berkembar Elektrik (PLBE) Ipoh-Padang Besar. Terowong berkenaan kini siap 70 peratus sejak dimulakan pada awal 2008.

Tanggal 1 November lalu menjadi detik awal sejarah terowong itu apabila bahagian terakhir terowong itu dipecahkan dan majlis itu disempurnakan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Apa yang menarik, terowong berkenaan berkonsepkan berkembar dengan satu landasan yang setiap satu mempunyai sembilan laluan silang antara terowong kiri dan kanan bagi tujuan keselamatan dan penyelenggaraan. Ia dibina dalam bentuk seperti ladam kuda berukuran tinggi 9 meter x 9 meter lebar.

Lebih membanggakan, ilham reka bentuk dan binaan struktur itu dibuat sepenuhnya hasil kerjasama pakar, jurutera dan pekerja mahir anak tempatan di bawah syarikat penerajunya, MMC-GAMUDA Joint Venture (MMC-GAMUDA JV).

Pembinaan terowong itu menggunakan kaedah pembinaan seperti gerudi dan letupan terkawal di bawah bukit, memotong dan menimbus di kawasan terbuka serta pengorekan mikro di bawah laluan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Jalan Persekutuan.

Pengarah MMC-GAMUDA JV, Datuk Azmi Mat Nor, berkata pembinaan Terowong Berkembar Berapit berhadapan banyak cabaran seperti pengorekan dibuat di bawah PLUS dan Jalan Persekutuan 1 (Taiping ke Kuala Kangsar) ketika kedua-dua laluan itu tidak ditutup kepada lalu lintas.

“Keadaan geoteknikal dengan beberapa faktor seperti struktur tanah, aliran air dan kecerunan bukit diambil kira bagi kaedah pengorekan-mikro di bawah lebuh raya. Selain itu, pengurusan trafik dan lencongan sejauh 1.5 km juga dilakukan bagi memastikan faktor keselamatan serta kesempurnaan binaan.

“Faktor penyumbang kepada kelancaran kemajuan projek dan pembinaan terowong dibantu dengan semangat dedikasi pasukan pengorekan terowong di kalangan rakyat Malaysia terlatih. Mereka mengaplikasikan pengalaman sebelum ini iaitu ketika terbabit dalam beberapa projek pengorekan terowong lain terutama Terowong SMART," katanya.

Sementara itu, Pengarah Projek PLBE, Yeoh Hin Kok, berkata kerja pembangunan Terowong Berkembar Berapit kini siap sekitar 70 peratus dan dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir 2011.

“Baki 30 peratus kerja pembinaan terowong itu masing-masing hanya membabitkan 15 peratus pembinaan infrustruktur dan 15 peratus pemasangan sistem dalam terowong.

"Pembinaan terowong itu juga memenuhi segala aspek keselamatan antarabangsa termasuk infrustruktur bertaraf dunia. Malah, sehingga kini kita mampu mencapai '19 Juta Jam Tenaga Manusia Tanpa Kehilangan Masa Akibat Kemalangan' untuk rekod keselamatan dan kesihatan PLBE," katanya.

Hin Kok berkata, dengan terbinanya terowong berkenaan, Malaysia kini mampu dilihat setanding dengan kemajuan sistem pengangkutan di negara maju lain kerana ia membolehkan kereta api elektrik memecut pada kelajuan 140 km/sejam, walaupun melalui terowong.

"Selain Terowong Berkembar Berapit, beberapa lagi mercu tanda PLBE Ipoh-Padang Besar yang bakal menjadi antara struktur menarik di negara ini ialah Jambatan Marin Bukit Merah di Bukit Merah, Taiping sepanjang 3.5 km yang kini 95 peratus siap, Terowong Larut yang berukuran 342 meter (m) bersaiz 13 m lebar dan 10 m tinggi (85 peratus siap) dan Jambatan Berbuai Prai di Pulau Pinang iaitu sepanjang 282 m," katanya.

INFO: Terowong di Malaysia

Terowong di Malaysia

· Terowong lebuh raya pertama negara
- Terowong Genting Sempah berukuran 900 meter yang dibuka secara rasmi pada 1979.

· Terowong jalan raya terpanjang di negara ini
- Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (SMART) yang beroperasi pada

Terowong Berkembar Berapit di Taiping, Perak

· Diiktiraf terowong kereta api terpanjang di Asia Tenggara.

· Sebahagian komponen projek infrastruktur negara iaitu Projek Landasan Berkembar Elektrik (PLBE) Ipoh-Padang Besar.

· Projek di bawah syarikat peneraju MMC-GAMUDA Joint Venture (MMC-GAMUDA JV), kini 70 peratus siap sejak dimulakan awal 2008.

· Setaraf negara maju kerana membolehkan kereta api pecut pada kelajuan 140 km/sejam.

· Dibina dalam bentuk ladam kuda, berukuran 9 m (tinggi) x 9 m (lebar).

· Pembinaan menggunakan kaedah gerudi dan letupan terkawal di bawah bukit, memotong dan menimbus di kawasan terbuka serta pengorekan mikro di bawah laluan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Jalan Persekutuan

Siapa yang benar, Anwar atau mereka?



Adakalanya gambar sudah boleh menceritakan segala-galanya. Begitu juga dengan PKR, parti politik yang diasaskan oleh Anwar Ibrahim. Lihatlah wajah-wajah ini. Suatu ketika mereka adalah pemimpin PKR dan sebahagiannya adalah sahabat Anwar tetapi kini tidak lagi. Mereka dan ramai lagi pemimpin peringkat pertengahan dan cabang bertindak keluar kerana sebab yang sama - hilang kepercayaan terhadap ketua pembangkang itu.

Terbaru, tindakan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Zaid Ibrahim meninggalkan PKR kelmarin, mencetuskan tanda tanya besar tentang nasib parti itu. Siapa lagi yang akan keluar dan sampai bila PKR mampu bertahan?

Seperti biasa, Anwar dan orang kepercayaannya, Azmin Ali atau ada yang merujuk mereka sebagai rakan kongsi, sudah punya jawapan. Kedua-duanya akan mencari salah semua mereka yang meninggalkan parti. Malah ada yang dihina dan difitnah. Tetapi siapakah yang benar, sama ada Anwar bersama Azmin atau puluhan pemimpin serta ribuan lagi ahli PKR meliputi semua kaum yang bertindak keluar?

Tidak perlu Awang ulas panjang untuk mencari jawapan. Renungkanlah di mana salahnya. Parti yang masih baru sudah ditinggalkan sebegitu ramai pengikut. Sebenarnya terlalu banyak isu melingkari PKR daripada integriti dan moral Anwar, dasar yang bercelaru sehinggalah kepada kelemahan pengurusan parti sebagaimana kegawatan pemilihan parti itu sekarang. Tetapi yang lebih menarik untuk dikaji mengapa semakin kuat dorongan untuk keluar PKR. Seorang bekas pemimpin PKR memberitahu Awang, Anwar seorang yang hipokrit dan melakukan perkara yang tidak boleh diterima dek akal dan kewarasan. ``Sesiapa sahaja yang mengetahui siapa sebenarnya beliau, pasti terdorong kuat untuk membetulkan keadaan. Ini juga jihad,’’ katanya.

Awang menung panjang apatah lagi mendapat tahu satu demi satu kisah sisi gelapnya yang luar biasa. Keghairahan beliau mendapatkan campur tangan asing bagi menyelamatkan dirinya daripada kes liwat, amat memalukan. Rasanya, Anwar adalah ketua pembangkang di seantero dunia yang paling bermasalah dan mempunyai isu moral yang serius. Awang bersyukur kebenaran makin terserlah. Tahniah kepada semua yang berani menegakkan kebenaran dan meninggalkan Anwar. Semoga Allah menyelamatkan Malaysia. Benar, ini juga jihad kita.

Siapa yang benar, Anwar atau mereka?



Adakalanya gambar sudah boleh menceritakan segala-galanya. Begitu juga dengan PKR, parti politik yang diasaskan oleh Anwar Ibrahim. Lihatlah wajah-wajah ini. Suatu ketika mereka adalah pemimpin PKR dan sebahagiannya adalah sahabat Anwar tetapi kini tidak lagi. Mereka dan ramai lagi pemimpin peringkat pertengahan dan cabang bertindak keluar kerana sebab yang sama - hilang kepercayaan terhadap ketua pembangkang itu.

Terbaru, tindakan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Zaid Ibrahim meninggalkan PKR kelmarin, mencetuskan tanda tanya besar tentang nasib parti itu. Siapa lagi yang akan keluar dan sampai bila PKR mampu bertahan?

Seperti biasa, Anwar dan orang kepercayaannya, Azmin Ali atau ada yang merujuk mereka sebagai rakan kongsi, sudah punya jawapan. Kedua-duanya akan mencari salah semua mereka yang meninggalkan parti. Malah ada yang dihina dan difitnah. Tetapi siapakah yang benar, sama ada Anwar bersama Azmin atau puluhan pemimpin serta ribuan lagi ahli PKR meliputi semua kaum yang bertindak keluar?

Tidak perlu Awang ulas panjang untuk mencari jawapan. Renungkanlah di mana salahnya. Parti yang masih baru sudah ditinggalkan sebegitu ramai pengikut. Sebenarnya terlalu banyak isu melingkari PKR daripada integriti dan moral Anwar, dasar yang bercelaru sehinggalah kepada kelemahan pengurusan parti sebagaimana kegawatan pemilihan parti itu sekarang. Tetapi yang lebih menarik untuk dikaji mengapa semakin kuat dorongan untuk keluar PKR. Seorang bekas pemimpin PKR memberitahu Awang, Anwar seorang yang hipokrit dan melakukan perkara yang tidak boleh diterima dek akal dan kewarasan. ``Sesiapa sahaja yang mengetahui siapa sebenarnya beliau, pasti terdorong kuat untuk membetulkan keadaan. Ini juga jihad,’’ katanya.

Awang menung panjang apatah lagi mendapat tahu satu demi satu kisah sisi gelapnya yang luar biasa. Keghairahan beliau mendapatkan campur tangan asing bagi menyelamatkan dirinya daripada kes liwat, amat memalukan. Rasanya, Anwar adalah ketua pembangkang di seantero dunia yang paling bermasalah dan mempunyai isu moral yang serius. Awang bersyukur kebenaran makin terserlah. Tahniah kepada semua yang berani menegakkan kebenaran dan meninggalkan Anwar. Semoga Allah menyelamatkan Malaysia. Benar, ini juga jihad kita.

Apa agenda ekonomi Melayu?

Oleh Dr. Noor Azlan Ghazali

Saya mengajukan persoalan ini kepada orang Melayu dan juga keseluruhan rakyat Malaysia. Apakah agenda ekonomi orang Melayu? Soalannya ringkas tetapi jawapannya mungkin tidak semudah yang disangka.

Mencabar dan menguji keupayaan kita untuk berbicara mengenai sesuatu yang amat penting secara terbuka. Mungkin bukan sahaja orang Melayu, tetapi rakyat berbangsa Cina, India, dan lain-lain juga ingin tahu.

Bukan perkara asing lagi untuk semua rakyat Malaysia. Kedudukan ekonomi Melayu adalah perkara pokok dalam proses pembangunan negara. Sejauh mana kemajuan yang dicapai dianggap memuaskan sebahagian besarnya secara langsung atau tidak tertakluk kepada sejauh mana ia mampu melonjakkan status sosio-ekonomi orang Melayu. Apa tidaknya, asalnya Malaysia adalah Tanah Melayu. Sekitar 54 peratus penduduk Malaysia berbangsa Melayu.

Sejarah telah menempatkan orang Melayu dan beberapa bangsa yang lain sebagai masyarakat bumiputera tanpa mengenepikan hak rakyat Malaysia dari bangsa lain. Pastinya sebarang perubahan yang dilaksanakan semestinya mengambil perhatian yang besar kesannya ke atas orang Melayu. Tajuk ini tajuk negara. Ia wajar dibincangkan di pelantar utama di Putrajaya bukan sekadar di medan-medan kecil dan terpinggir. Semua rakyat Malaysia khususnya barisan pemimpin harus memahami, berasa selesa dan bertanggungjawab membincangkan tajuk ini.

Dalam setiap aspek pembangunan; sistem pendidikan, pembangunan industri, kemajuan wilayah, pembangunan keusahawanan, dasar kewangan, proses globalisasi dan sebagainya, penilaian bagaimana ia mengesani masyarakat Melayu sering menjadi pengukur penting, dalam menggubal dan membuat keputusan sama ada untuk diteruskan ataupun sebaliknya.

Begitulah hakikatnya rentak pembangunan negara kita. Tiada apa yang perlu diselindungi. Di samping konteks negara, polisi pembangunan sememangnya perlu dianalisis dalam konteks kemajuan bangsa Melayu. Adakah kita mempunyai kepakaran untuk melaksanakan penilaian ini? Secara sistematik dan profesional didasari pada asas ekonomi dan fakta yang kukuh.

Kesepakatan dalam pembangunan

Namun, ini bukannya lesen untuk membantutkan pertumbuhan ekonomi negara. Ini bukan juga lesen untuk menghalang rakyat berbangsa lain dari terus melonjak ke hadapan. Dalam negara berbilang bangsa seperti Malaysia, semangat maju bersama mesti dipupuk dan dipegang kukuh. Perhatian utama ialah bagaimana kek ekonomi negara dapat diperbesarkan. Sebaik yang boleh semuanya menang belaka, Melayu suka, Cina gembira, India ceria, Kadazan girang, Iban riang.

Pengukuhan ekonomi negara memerlukan kesepakatan. Umpama dalam peperangan, yang nak ditewaskan musuh bukannya rejimen yang lain. Malaysia berhadapan dengan cabaran besar. Arus globalisasi dan kemajuan teknologi yang begitu pantas menghambat kita. Strategi perlu diatur segera. Sedar atau tidak, negara Vietnam yang dahulunya di tahun 1980 hampir tidak langsung ( 0 peratus) menerima pelaburan asing yang melabuh ke Asia Tenggara kini sudah menerima pelaburan asing yang hampir sama jumlahnya dengan jumlah yang diterima oleh Malaysia. Terkejut, gundah, pedih, risau, semuanya ada.

Malaysia kini di persimpangan yang amat penting. Model Baru Ekonomi (MEB) menjadi pertaruhan besar kita. Tahun 2020 hanya tinggal 10 tahun lagi, tempoh yang pendek bagi tujuan pembangunan. Sejarah mengatur medan politik negara berdasarkan kumpulan bangsa. Selagi ini medannya, maka wajarlah setiap bangsa mengatur strategi masing-masing tetapi bersyarat mesti seiring dengan strategi pembangunan negara. Kemudiannya diharmonikan agar jangan ada yang tertembak sesama sendiri. Mungkin ini satu cabang 1 Malaysia yang perlu digembelengkan.

Strategi 'co-opetition', berkerjasama dan bersaing secara serentak secara sihat baik untuk Malaysia. Dengan 53 tahun kemerdekaan, Malaysia sudah cukup matang untuk membangun secara majmuk, berkompromi dan memenuhi kehendak semua pihak secara saksama. Di sudut mata dunia, inilah antara keunikan dan kekuatan Malaysia yang disegani. Serata dunia kita menjaja Malaysia Truly Asia. Kalau ia berjaya untuk pelancongan, mengapa tidak untuk kemajuan semua bangsa. Jangan beremosi tetapi meletakkan fakta dan asas yang jelas bagi menterjemahkan sesuatu hasrat.

Ke manakah ekonomi orang Melayu?

Ke mana agaknya nak kita tuju? Apakah hasrat ekonomi orang Melayu? Apakah ukuran terbaik mengukur kejayaan ekonomi orang Melayu? Kalau ditanya sebahagian besar rakyat Malaysia, jawapannya, 30 peratus! Versi terkini ada pula yang kata 50 peratus, 60 peratus dan bermacam lagi. Benarkah kalau penguasaan ekuiti 30 peratus dicapai kita dianggap berjaya dan selesa? Bagaimanakah semua ini akan tercapai? Apakah strategi dan agenda kita? Masih tidak jelas. Apa pun pengiraan dan kewajaran di sebalik angka-angka peratusan penguasaan ekuiti ini, apa yang perlu dilaksanakan masih samar untuk diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan yang berkesan.

Kalau kita membina rumah tentu ada pelan dan susun atur pembinaannya. Sebelum mula membina kita sudah mula melakar dan membayangkan bagaimanakah bentuknya apabila siap nanti. Pembinaan dirancang dan dilaksanakan secara berperingkat. Cepat atau lambat bergantung pada usaha kita. Mesti ada koordinasi yang baik. Tidak boleh dibina bumbung tanpa ada tiangnya. Tidak boleh dibina tiang tanpa ada tapaknya. Siapakah yang melakar pelan rumah ekonomi orang Melayu? Bagaimanakah rupanya rumah ekonomi orang Melayu yang hendak dibina? Siapa yang bertanggungjawab membina dan memantau pembinaannya? Di manakah tiang dan tapak rumah ekonomi orang Melayu?

Kita memerlukan satu pelan strategik yang komprehensif dengan terjemahan keberhasilan yang jelas, difahami dan disokong semua. Kita seharusnya mempunyai kesepakatan dalam pelan ini. Rumah ekonomi orang Melayu besar sifatnya-bagai istana. Banyak 'pekerja' yang terlibat-pendidik, usahawan, ilmuan agama, ahli sains dan teknologi, pakar kewangan, perancang pembangunan, pembina infrastruktur, aktivis budaya, dan sebagainya. Setiapnya berfungsi secara berbeza tetapi dengan pelan yang jelas kita mampu membina, memantau, menilai dan menyemak kemajuan sepanjang pembinaan istana ini. Tidaklah istana yang diharap tetapi pondok jadinya.

Agenda Strategik Ekonomi Melayu: Penyertaan-Pemilikan-Penguasaan (3P)

Dalam tempoh 53 tahun Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah memberi impak yang besar kepada peningkatan sosio-ekonomi orang Melayu. Jangan dinafikan kemajuan yang dicapai. Hidup kita lebih selesa. Pada tahun 2009, pendapatan bulanan purata isi rumah bumiputera ialah RM3,624. Benar, dari segi jumlah masih lebih rendah dari bangsa China (RM5,011) dan India (RM3,999). Ini bukan bererti kita lemah. Jangan salah tafsir data purata ekonomi ini. Bumiputra merupakan komposisi terbesar dan begitu tersebar sifatnya. Yang lebih penting walaupun komposisi kita besar, dalam tempoh lima tahun yang lepas (2004-2009), berbanding bangsa lain, pertumbuhan tahunan purata pendapatan bumiputra mencatat kadar tertinggi iaitu enam peratus (China: 2.5 peratus dan India:3.0 peratus). Ini petanda yang amat baik menuju ke arah keserataan nilai.

DEB serampang bermata dua. Yang pertama jelas kemajuannya. Pada tahun 2009 kadar kemiskinan ialah 3.8 peratus jauh menurun dari lebih dari 50 peratus awal 70-an. Usaha membasmi kemiskinan perlu diteruskan. Perhatian dan tenaga kita perlu dikerah pada yang mata yang kedua, perihal struktur dan penguasaan kek ekonomi rakyat Malaysia.

Agenda ekonomi Melayu perlu bersifat strategik. Keberhasilan apa jua langkah memajukan ekonomi orang Melayu perlu menuju ke matlamat akhir yang sama iaitu mencapai kedudukan ekonomi yang mantap dan lestari, mempunyai organiknya yang tersendiri untuk terus mengukuh. Dengan pencapaian ini kita perlu secara teratur dan dan terancang berani melepaskan tongkat polisi afirmatif kerajaan tanpa menjejaskan apa yang telah dicapai. Polisi afirmatif jangan dibuang langsung tetapi digunakan sebagai jaringan keselematan bagi yang memerlukan. Untuk menjadi strategik dan membenih sifat organik, agenda ekonomi Melayu perlu mensasarkan kepada 3P: Penyertaan, Pemilikan, dan Penguasaan.

elajar malaysia wira Merapi

GUNUNG Merapi masih menghamburkan debu panas sejak letusan kuat pada 26 Oktober lalu sehingga lebih 200 nyawa terkorban. Walaupun hari demi hari letusannya makin melemah, namun pihak berkuasa tetap mengingatkan penduduk di kawasan terbabit supaya tidak memandang mudah ancaman gunung berapi itu.

Letusan tempoh hari bukan sahaja telah mengorbankan Juru Kunci Merapi, Mbah Maridjan, bahkan wartawan dan anggota pasukan sukarelawan juga turut menjadi korban.

Bagaikan ledakan bom nuklear ia tidak mengira atau memilih mangsa, ribuan haiwan ternakan juga terkorban. Puluhan hektar ladang khususnya yang ditanam dengan pokok salak semuanya musnah begitu sahaja.

Sehingga kini sebahagian besar kota di sekitar Gunung Merapi masih dihujani debu volkanik hampir setiap hari sehingga pekan-pekan kecil menjadi usang seperti telah lama ditinggalkan penduduk.

Dalam menangani bencana sedemikian, selain pihak berkuasa tempatan, tenaga yang paling penting ialah sukarelawan. Tanpa tenaga sukarelawan banyak kerja yang tidak dapat dilaksanakan seperti pemindahan mangsa, bantuan perubatan dan pelbagai lagi.

Tidak dapat dibayangkan apa akan terjadi tanpa tenaga sukarelawan itu. Bayangkan terdapat lebih 500 pelajar Malaysia di Universitas Gadjah Mada, beberapa pusat pengajian tinggi lain di sekitar Yogyakarta dan lebih 30 pelajar lagi di Pesantren Sirojul Mukhlasin yang terletak di Magelang.

Semua para pelajar berkenaan dipindahkan ke Solo dalam masa dua jam. Dua hari kemudian sebahagian diterbangkan pulang ke Malaysia, manakala sebahagian lagi dipindahkan ke Jakarta sementara menunggu letusan Merapi reda.

Perkenalan penulis dengan para pelajar dari Universiti Sebelas Maret di Solo dan Universiti Gadjah Mada bermila ketika menghadiri beberapa program di Jawa Tengah. Pastinya yang paling penulis kenali ialah Pengerusi Kelab UMNO Yogyakarta, Mohd. Hafielzuniezam Mohd. Hasdin dan Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Solo, Mohd. Nazaruldin Mat Nazir.

Mereka berdua memainkan peranan utama dalam menggerakkan aktiviti para pelajar di kawasan berkenaan dan sehingga Mohd. Nazaruldin bersama-sama rakannya menubuhkan Pasukan Bantuan Perubatan Sukarelawan Bencana Alam di Magelang.

Mereka berdua adalah wira yang tidak dinamakan atau yang berperanan di sebalik tabir dalam melaksanakan arahan kerajaan berhubung keselamatan dan pemindahan pelajar Malaysia di kawasan terancam bencana itu.

Bagi Mohd. Nazaruldin pengalamannya melibatkan diri dalam pelbagai persatuan sukarela sejak dari sekolah rendah memudahkan beliau membuat keputusan dalam situasi genting.

"Bayangkan saya dan Hafiz (Hafielzuniezam) terpaksa menempah bilik untuk lebih 400 orang termasuk pelajar dan rakyat Malaysia yang terkandas di Yogyakarta akibat pembatalan penerbangan ke tanah air, tanpa berbekal wang walaupun satu sen sekalipun.

"Sebaik menerima arahan Daripada Pengarah Education Malaysia, Indonesia, Datuk Dr. Junanidy Abu Bakar supaya memindahkan para pelajar terbabit, kami berdua langsung mencari bilik hotel serta asrama.

''Hanya menggunakan janji mulut akhirnya kami berjaya menyakinkan pemilik hotel dan asrama penginapan di Solo untuk memberi semua bilik yang ada kepada kami bagi menempat lebih 400 orang mangsa," katanya ketika ditemui di Magelang baru-baru ini.

Mencari bilik merupakan satu masalah, tetapi masalah lain yang tidak kurang rumit adalah untuk memindahkan para pelajar.

Menurut Hafielzuniezam, pada 5 November sebaik menerima arahan daripada Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia supaya memindahkan para pelajar keluar dari Yogyakarta sekitar pukul 8 pagi dia terus menyebarkan berita tersebut melalui Facebook dan khidmat pesanan ringkas (SMS). Ternyata tidak mudah untuk mengumpulkan kira-kira 500 pelajar di Yogyakarta.

"Nak cari seorang demi seorang memang tak mungkin dengan keadaan yang huru-hara ketika itu.

''Semua pelajar empat fakulti iaitu perubatan, pergigian, farmasi dan veterinar akhirnya berjaya dikumpulkan dan 10 buah bas telah tersedia untuk memindahkan mereka ke Solo kerana ketika itu Kota Yogyakarta telah dihujani debu volkanik yang tebal," katanya.

Pada pukul 9 pagi dia terus naik kereta api menuju Solo dan di sana dia bergabung dengan Nazaruldin. Mereka perlu mengejar masa untuk mencari tempat penginapan dalam masa dua jam kerana para pelajar dijangka tiba selepas solat Jumaat.

Tanpa disedari dalam kesibukan itu mereka sebenarnya tidak tidur dua hari dua malam. Walaupun badan keletihan, demam dan mengalami cirit birit, namun kedua-dua pelajar perubatan itu tidak pernah putus asa. Semua arahan yang diterima dilaksanakan sebaik mungkin. Sehingga di pagi Hari Raya Aidiladha mereka masih lagi sibuk menguruskan program ibadah korban di Pesantren Sirojul Mukhlasin

No comments:

Post a Comment