Jalan masih tak berturap
2010/11/20
MASALAH yang membelenggu kami penduduk Bandar Tasik Puteri dan Desa Puteri di Rawang, Selangor seolah-olah tiada kesudahannya.
Sehingga kini kami terpaksa mengharungi jalan tanah merah yang berlopak-lopak sejak bertahun-tahun yang hanya sesuai untuk lori hantu dan kenderaan pacuan empat roda yang lasak untuk mendapatkan kemudahan kesihatan terdekat, iaitu Klinik Desa Kundang atau Klinik Kesihatan Kuang.
Keadaan Jalan Bandar Tasik Puteri-Desa Puteri ke Kundang ini amat menyedihkan masih tidak mendapat perhatian pihak berkaitan walaupun pelbagai aduan dibuat.
Apa yang pasti ialah jalan tanah merah ini langsung tidak menggambarkan kemudahan asas yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat negara yang sudah 53 tahun merdeka.
Misteri Etnik: Wanita Sikh teguh pertahan budaya, pantang larang
2010/11/20
Siri akhir: Cara hidup konservatif lebih kurang sama dengan masyarakat Melayu, amal pelbagai petua
ARUS pemodenan diakui banyak mempengaruhi perubahan tamadun sesuatu bangsa sehingga semakin hari semakin menghakis budaya serta cara hidup sesuatu masyarakat, namun ia tidak pula menenggelamkan ciri-ciri unik yang ada terutama ke pada golongan wanita mana-mana kaum sekalipun.
Wanita sering berperanan sebagai benteng paling kuat dalam mempertahankan budaya masyarakat mereka dan ia diakui turut dibuktikan wanita kaum Sikh yang terus memperlihatkan ciri-ciri unik masyarakat itu meskipun terus dihimpit kemodenan semasa.
Jika diperhatikan secara mendalam, ciri-ciri unik budaya kaum Sikh seperti pakaian, perhiasan diri dan pemakanan masih dapat dilihat pada wanita mereka, tidak kira tua atau muda, di mana saja, meskipun sudah ramai juga gadis muda terpengaruh dengan cara pemakaian moden.
Realitinya, mungkin juga disebabkan pengaruh filem Hindi yang mempopularkan kembali pakaian tradisi Punjabi, ia kini mendapat perhatian wanita Sikh tanpa mengira umur. Bagi kalangan lelaki mereka, mujurlah pemakaian serban menjadi ‘hukum’ agama, menyebabkan masih ramai mengekalkan ciri utama mereka.
Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Sikh Perak, Amarjid Kaur, berkata wanita Sikh paling kuat mempertahankan budaya mereka dan ia lebih ketara dalam kalangan wanita lebih berusia, tetapi turut diwarisi gadis muda. Selain itu, pemikiran dan pergaulan wanita Sikh juga lebih konservatif sekali gus turut mempengaruhi golongan muda masyarakat itu.
“Kini ramai juga gadis muda tidak begitu gemar mengikuti norma sedia ada ibu mereka. Ia mewujudkan satu perbezaan ketara terutama dalam aspek pergaulan dan cara hidup. Sebenarnya tidak banyak beza antara wanita Sikh dengan kaum lain. Paling ketara, kami lebih konservatif, sama seperti keluarga Melayu.
“Anak Sikh terutama gadis jarang diberi peluang bergaul bebas dengan lelaki. Dalam aspek ini memang jelas ketara persamaan kami dengan orang Melayu. Kami mementingkan agama dan menjadi perkara paling utama dalam hidup. Sejak kecil, anak Sikh sudah dibawa ke gurdwara dan mengetahui perkara asas mengenai agama. Ia menjadi perkara utama diberi perhatian terutama oleh kaum ibu masyarakat Sikh.
“Sebagai seorang guru, saya lihat nilai keagamaan dipupuk wanita Sikh kepada anak mereka sangat kuat dan berkesan. Wanita juga yang kuat mempertahankan aspek utama orang Sikh dipelihara. Sebagai contoh, larangan memotong rambut dalam masyarakat Sikh selalunya dijaga wanita atau ibu,” katanya.
Peranan wanita Sikh juga sangat kuat dalam mempertahankan amalan petua atau cara hidup konvensional masyarakat itu serta masih utuh mengamalkan pantang larang, meskipun dikatakan masyarakat itu pada hakikatnya tidak begitu mempercayai sesuatu yang bercanggah dengan tuntutan agama Sikh.
Sebagai contoh, ketika tiga wanita Sikh, Jaswinder Kaur, Phajan Kaur dan Meet Kaur berkongsi amalan petua yang kuat diamalkan masyarakat itu, sekali gus menunjukkan tradisi itu masih digunakan sehingga kini, termasuk golongan muda.
Banyak juga amalan petua mereka terutama untuk wanita seperti ketika mengandung, tidak boleh makan buah berkembar yang dikatakan boleh menyebabkan mendapat anak kembar. Ia bukan masalah atau larangan mendapat anak kembar, tetapi mungkin membebankan bagi sesetengah keluarga.
“Bukan larangan, cuma bukankah susah untuk jaga dua anak kecil sekali gus. Malah, lebih membebankan jika dapat dua anak perempuan serentak. Kahwin nanti, banyak belanja perlu dikeluarkan. Sebab itulah jika boleh, mahu dielak.
“Selain itu, ibu mengandung tidak boleh memegang benda tajam seperti pisau atau gunting dan tidak boleh potong apa-apa ketika gerhana matahari kerana dikatakan bakal mendapat anak yang calar balar di muka. Nanti tak cantik pula, ada calar sana sini.
“Jika isteri mengidam sesuatu, suami semestinya perlu cuba adakan. Jangan pandang ringan sebab nanti anak yang lahir akan sentiasa meleleh air liurnya. Ia sama juga dengan kepercayaan orang Melayu,” kata Jaswinder ketika memulakan cerita.
Phajan berkata, memotong sesuatu ketika gerhana matahari turut boleh menyebabkan mendapat anak sumbing. Semua petua itu nampak konvensional, tetapi kuat diamalkan sehingga kini terutama jika masih ramai orang tua dalam sesebuah keluarga yang akan menurunkan petua itu kepada generasi muda.
Satu keunikan dalam amalan petua kaum Sikh ialah penggunaan ‘penjiri’ iaitu adunan pelbagai jenis rempah seperti biji badam, kuaci dan pelbagai herba lain dicampur dengan minyak sapi, gula dan tepung kacang kuda. Ia perlu dimakan setiap pagi ketika dalam pantang untuk mengecutkan rahim dan mengembalikan bentuk tubuh.
Tiada kaedah menanam uri anak baru lahir seperti diamalkan masyarakat Melayu. Menurut Meet Kaur, ada juga orang Sikh menanam uri satu ketika dulu kerana jika anak menangis, keluarganya akan ke tempat uri ditanam dan dipukul tanah itu untuk menghentikan tangisan, namun ia tidak lagi diamalkan kini.
Dalam kehidupan seharian kaum Sikh juga ada beberapa petua yang kuat dipercayai mereka terutama jika untuk memulakan sebarang pekerjaan. Mereka akan memilih Rabu sebagai hari terbaik memulakan sesuatu seperti menjahit baju baru atau mengadakan apa saja acara.
Mereka tidak gemar mencuci rambut pada Selasa, namun ia hanya satu kepercayaan yang sebenarnya tidak dibenarkan dalam agama mereka, tetapi kuat diamalkan kebanyakan orang Sikh. Lebih unik, jika dalam keluarga itu hanya ada seorang abang atau adik lelaki, gadis dalam keluarga itu juga tidak dibenarkan mencuci rambut.
“Lebih kurang sama juga dengan beberapa kaum lain, jika ada sesiapa bersin ketika kita mahu memulakan sebarang pekerjaan, ia dianggap petanda tidak baik dan tak sesuai diteruskan. Mungkin ada masalah jika diteruskan. Ada saja silapnya.
“Menyapu rumah atau menyikat rambut pada waktu malam juga tidak digalakkan kerana dikatakan seperti menolak rezeki. Apabila mahu meraikan hari lahir, tak boleh diraikan sebelum tarikh lahirnya. Mesti selepas atau pada hari lahirnya kerana ia boleh menyebabkan pendek umur,” kata Phajan.
Wanita Sikh juga hebat dalam mengamalkan petua tradisional dalam mengubati sesuatu penyakit seperti penggunaan daun ‘neem’ untuk penyakit kulit. Ia umpama pembasmi kuman untuk mengubati penyakit gatal. Susu kambing pula digunakan untuk mengubati sakit mata.
“Air rebusan jemuju atau terus dimakan begitu saja digunakan untuk mengeluarkan angin dalam badan. Satu keluarga kami gunakan biji jemuju ketika sakit perut. Madu dan herba kulit kayu digunakan untuk mengubati batuk. Banyak sebenarnya herba ini ada di India dan digunakan sejak dulu.
“Banyak sebenarnya petua dan amalan yang kami gunakan termasuk penggunaan krim susu lembu untuk melembutkan kulit muka. Petua tradisional untuk kecantikan masih digunakan secara meluas dalam masyarakat kami. Contohnya, susu masam dicampur madu boleh menghilangkan jerawat,” kata Jaswinder.
Leka juga mendengar pelbagai petua dan amalan diceritakan tiga wanita itu menunjukkan betapa wanita Sikh kuat berpegang kepada amalan petua tradisional sekali gus memecahkan rahsia bagaimana mereka menjaga kecantikan diri. Tidak dapat dinafikan, ramai wanita Sikh kelihatan seperti awet muda meskipun umur sudah mencecah setengah abad.
Malah, sebagai bukti wanita Sikh kuat mempertahankan budaya tradisional ialah pembabitan mereka dalam aktiviti kesenian di mana ketika penulis melawat mereka, nyata lebih ramai wanita yang membuat persembahan berbanding hanya sebahagian kecil lelaki. Malah, kebanyakan wanita yang terbabit datang daripada pelbagai tahap usia iaitu kanak-kanak hinggalah mereka yang sudah layak digelar nenek.
Capati, prata hidangan wajib
2010/11/20
CAPATI dan prata adalah makanan asasi mereka dan ia perlu ada setiap hari sebagai memenuhi menu utama orang Sikh. Tidak lengkap hidup mereka jika dalam sehari tidak berjumpa sekurang-kurangnya satu jenis roti itu. Itulah uniknya kaum Sikh, tidak jemu walau saban hari menjamah menu sama.
Isteri Ketua Kampung Sikh Tanjung Tualang, Baljit Kaur, berkata dua jenis roti itu selain beberapa jenis roti lagi menjadi makanan popular dalam masyarakat Sikh seperti roti lobak putih, roti kentang, roti kubis dan pelbagai lagi bergantung kepada kreativiti wanita di rumah.
“Makan malam dan sarapan pagi mesti ada roti. Selalunya, malam makan capati dan pagi makan prata. Tengah hari saja makan nasi. Roti sebagai menu utama dengan pelbagai jenis kuah seperti dalca. Dalca pun ada pelbagai jenis dibezakan menggunakan berlainan ramuan iaitu kacang.
“Tak semestinya dalca kerana roti boleh dimakan dengan kuah dan lauk lain. Kadangkala dengan kari ayam atau ikan. Uniknya, orang Sikh banyak menggunakan minyak sapi buatan sendiri untuk memasak roti. Ia dibuat daripada susu lembu yang menjalani beberapa proses.
“Proses secara tradisional dan ada yang moden boleh dapat pelbagai bahan daripada susu lembu. Ia boleh jadi mentega, minyak sapi dan susu masam. Bahan daripada susu lembu sangat popular dalam makanan harian kami. Kadangkala ada yang makan begitu saja dengan roti,” katanya.
Nyata memang produk daripada susu lembu digunakan secara kerap dalam makanan harian orang Sikh kerana dapat dilihat setiap masa dalam hidangan orang Sikh di Tanjung Tualang. Mereka kelihatan begitu berselera menjamu selera dengan campuran mentega atau keju segar buatan sendiri.
Terlintas juga mengapa orang Sikh begitu sihat dan kuat bekerja kerana diperhatikan menu dan rutin harian mereka setiap pagi dan malam sentiasa dihidangkan roti panas dengan susu lembu. Seperti di rumah Baljit, wanita di rumah itu akan memasak roti dan terus dihidangkan kepada suaminya.
Pengamalan makanan roti dan susu lembu setiap hari sebenarnya sudah diamalkan sejak dulu, malah difahamkan orang Sikh tidak pernah makan nasi sebelumnya dan hanya menjadikan roti sebagai makanan wajib setiap masa. Sebab itulah tak ramai orang Sikh menghidap penyakit serius terutama diabetes.
Seperkara lagi, menjamu selera dengan capati segar dimasak dan dihidang dengan dalca dan mentega buatan sendiri diakui sangat sedap dan menyelerakan. Tak hairanlah penulis dan rakan jurugambar berselera menghabiskan empat keping roti sekali hidangan.
Lelaki lumpuh mohon bantuan
Oleh OPAT RATTANACHOT
uspetani@utusan.com.my
|
|
| TAJUL Urus Md. Zain (kanan) melihat keadaan Zainon Ahmad yang lumpuh akibat kemalangan di Kampung Belakang Balai, Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah, semalam. |
MERBOK 19 Nov. - Seorang bekas juruteknik kilang kayu dekat sini merayu bantuan orang ramai bagi mengubati penyakit lumpuhnya selepas terbabit dalam kemalangan pada Ogos lalu.
Zainon Ahmad, 40, dari Kampung Belakang Balai, Bukit Selambau, dekat sini turut memohon sekiranya ada pihak yang sudi membantu menampung kos perubatan dan keperluan asas yang semakin meningkat.
Lelaki yang masih bujang dan tinggal bersama ibu serta neneknya itu memberitahu, dia lumpuh dari paras pinggang ke bawah setelah terjatuh motosikal ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Merbok pada 8 Ogos lalu.
"Selepas terjatuh pada hari berkenaan, badan saya terus kaku. Saya dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan.
"Berdasarkan pemeriksaan awal, doktor kata bahagian belakang saya retak. Bagaimanapun, setelah dirujuk kepada pakar, saya diberitahu bahawa bahagian urat saraf tulang belakang mengalami kerosakan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas dikunjungi Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Md. Zain, di sini hari ini.
Zainon memberitahu, dia menjalani rawatan di HSAH lebih tiga bulan sebelum dibenarkan pulang dan kini berulang-alik untuk pemeriksaan.
"Saya kini tidak mampu berbuat apa-apa kerana lumpuh. Sedih juga kerana tidak dapat mencari rezeki untuk sara hidup emak dan nenek yang sudah uzur," katanya.
Menurutnya, dia membuat permohonan untuk dapatkan wang pampasan insurans.
"Bagaimanapun, sehingga kini belum mendapat sebarang jawapan," katanya.
Sementara itu, ibunya, Khotijah Hassan, 60, berkata, dia dan keluarga kini hanya bergantung kepada anak-anaknya yang lain untuk menghulurkan bantuan kewangan.
"Sebahagian duit simpanan banyak dihabiskan untuk merawat Zainon," katanya.
Khotijah berkata, selain kos perubatan, dia terpaksa menghabiskan lebih RM300 sebulan untuk membeli lampin dan makanan Zainon.
"Dia tidak mampu buat apa-apa selain terlantar di atas katil. Selain, sakit-sakit sendi, dia juga mengalami masalah lelah dan kahak berlebihan.
"Kami terpaksa berikhtiar cari duit. Adakalanya, ahli keluarga terdekat juga menghulurkan bantuan," katanya.
Sementara itu, Tajul Urus yang juga Pegawai Penyelaras Parlimen Merbok berkata, pihaknya akan meminta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyegerakan bantuan bulanan kepada keluarga tersebut.
Beliau juga merayu orang ramai atau sesiapa sahaja untuk menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban keluarga Zainon itu untuk mendapatkan rawatan secara berterusan di hospital.
"Di samping itu, saya juga berharap kes ini dapat dipanjangkan kepada pakar perubatan atau mereka yang mempunyai mahir dalam perubatan tradisional untuk tindakan lanjut," katanya.
Orang ramai yang ingin membantu Zainon sekeluarga boleh menghantarkan sumbangan mereka melalui Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) menggunakan akaun Zainon Ahmad iaitu 03-072-02-097040-0.
Mereka juga boleh menghubungi Khotijah di alamat: Kampung Belakang Balai, Bukit selambau, 08010 Sungai, Kedah atau menelefon di talian 012-5591412.
Utara: Muatan lebih
Oleh Nurhayati Abllah
2010/11/15
Risikan SPRM kesan lori langgar peraturan, menggaji remaja jadi pemandu
IPOH: Beberapa pihak tidak bertanggungjawab disyaki menyalahgunakan permit lori dan kenderaan perdagangan apabila membawa muatan berlebihan termasuk membawa keluar pasir tanpa kebenaran sah untuk komersial sekitar daerah Kampar, Gopeng dekat sini serta beberapa lokasi sekitar Simpang Pulai di sini.
Risikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini mengesan tindakan pengusaha lori treler 22 tayar yang dibenarkan membawa muatan 30 tan metrik tetapi melanggar peraturan itu apabila membawa muatan sehingga 60 tan metrik sekali gus mengundang risiko berlaku kemalangan sehingga mendatang musibah kepada pengguna jalan raya lain.
Lebih mengejutkan apabila syarikat terbabit menggaji remaja berusia 18 tahun yang dipercayai masih bersekolah dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 22 November, sebagai pemandu lori terbabit.
Ia sekali gus menyalahi peraturan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) yang menguatkuasakan hanya mereka berusia 21 tahun ke atas yang layak memohon lesen kelas kenderaan membawa barang (GDL) seterusnya membawa lori.
Perkara ini akhirnya terdedah menerusi Operasi Bersepadu SPRM Putrajaya bersama Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) di sekitar Bandar Seri Botani bermula jam 12 tengah malam Khamis lalu sehingga awal pagi Jumaat.
Operasi berkenaan dianggotai seramai 42 anggota penguatkuasa terdiri 14 SPRM, 15 pegawai PTG, lapan JPJ dan lima anggota RELA. Ia bagi membendung sebarang penyelewengan dan kegiatan menyalahi undang-undang membabitkan kerja mengeluarkan hasil bumi.
Ia dilaksanakan selepas beberapa pegawai dan kakitangan SPRM melakukan tugasan risikan pada beberapa minggu lalu bagi mengumpul maklumat berkaitan.
Sumber SPRM berkata, remaja ditahan itu didapati turut tidak memiliki lesen memandu sekali gus melanggar peraturan JPJ dan hanya menunjukkan kad pengenalan ketika diminta menunjukkan dokumen sah membawa muatan atau lesen GDL.
“Ketika ditahan, pemandu lori remaja itu mendakwa hanya memandu lori treler berkenaan untuk diletakkan di kawasan berhampiran kerana menolong pemandu asalnya yang mempunyai hal peribadi yang perlu diuruskan.
“Pemeriksaan lanjut mendapati treler berkenaan hanya mempunyai permit membawa muatan 30 tan tetapi ketika diperiksa ia bermuatan 60 tan. Treler berkenaan dipercayai membawa muatan batu kuari yang diambil dari Simpang Pulai dipercayai untuk dihantar ke kawasan pembinaan dalam negeri ini,” katanya.
Operasi sama turut dilakukan di Kota Bharu dan Malim Nawar di Kampar yang menyaksikan sebuah treler dan tiga lori diperiksa dengan dua daripadanya dikenakan kompaun kerana menyalahgunakan permit dengan membawa muatan berlebihan, manakala dua lagi ditahan dan dibawa ke Pejabat Tanah dan Daerah Kampar selepas didapati tidak memiliki dokumen sah untuk membawa muatan pasir.

Perlu patuhi 5K
Oleh Azrul Affandi Sobry
azr@bharian.com.my
2010/11/14
Lelaki Punjabi harus akur elemen penting keagamaan termasuk tidak potong rambut, bergelang besi dan seluar pendek seperti cawat
PASTINYA etnik ini marah apabila ada individu memanggil mereka sebagai Benggali. Namun, tidak ramai yang tahu sejarah hidup mereka. Sebagai kelompok minoriti berjumlah kira-kira 126,000 orang di seluruh negara, sebenarnya banyak sejarah penting mengenai mereka boleh diketengahkan untuk pengetahuan umum.
Sekali pandang, mereka tidak jauh bezanya dengan orang India lainnya. Sejarah kemasukan mereka ke negara ini lebih menjurus kepada soal keselamatan, bertindak mengawal ketenteraman negara dengan tugas utama lebih bertumpu di balai polis.
"Sikh sama sekali tidak sama dengan Hindu. Punjabi pula tidak ada hubungan langsung dengan Benggali. Benggali adalah satu kaum dari Banggala di India. Masyarakat perlu faham siapa kami dan apa agama kami"
Santokh Singh
Presiden Khalsa Diwan
Selepas mendekati budaya dan cara hidup masyarakat Sikh di sekitar Ipoh, nyata sekali banyak kekeliruan dan salah faham yang berjaya dirungkai, sekali gus memperlihatkan keunikan kaum Sikh sebagai masyarakat yang sarat dengan budaya serta sejarah tersendiri.
Perkataan Sikh asalnya bahasa Punjabi yang diambil daripada bahasa Sanskrit iaitu Sishya bermaksud pengikut atau penganut.
Di negara kita, majoriti penganut Sikh berketurunan Punjabi, satu masyarakat dari daerah Punjab di utara India yang kini sudah berpecah kepada dua bahagian iaitu di Pakistan dan India.
Namun apa kaitan mereka dengan Benggali? Penghijrahan mereka ke Tanah Melayu ketika itu dengan menaiki kapal dari sebuah pelabuhan di Bangla, India sekali gus semua yang datang dari lokasi itu digelar Benggali.
Hakikatnya, mudah sebenarnya untuk mengenali masyarakat Sikh di negara ini atau di mana negara sekalipun. Wajah orang dari India tetapi mempunyai kulit cerah sedikit berbanding mereka dari selatan India. Paling mudah untuk mengecam mereka ialah melalui identiti pakaian iaitu serban untuk lelaki dan pakaian Punjabi selain selendang di bahu atau sesekali di kepala wanita mereka.
Meskipun kini semakin ramai lelaki Sikh tidak memakai serban tetapi boleh dikatakan majoriti mereka mengenakan tutup kepala itu yang sebenarnya bukan sekadar budaya, sebaliknya salah satu kepercayaan agama yang tidak boleh dilanggar sesiapa saja.
Dalam konteks keagamaan, masyarakat Punjabi yang menganut Sikh ini sebenarnya mempunyai pegangan sangat kuat dan perlu dipatuhi terutama membabitkan lima K iaitu Kes (rambut tidak dipotong), Kirpan (pisau seperti sabit), Kara (gelang besi), Kanga (sikat) dan Kachhera (seluar pendek seperti cawat).
Semua lima perkara itu menjadi kemestian yang perlu dipatuhi dan sentiasa ada di badan masyarakat Sikh. Tidak seorang pun orang Sikh dibenarkan menggunting walau sehelai bulu di badan mahupun di kepala. Jika satu daripada lima perkara itu tidak dipatuhi, penganut Sikh itu boleh dikatakan ‘murtad’ atau terkeluar daripada agamanya.
Meskipun kemasukan orang Punjabi ke Malaysia bermula di Pulau Pinang, kebanyakan perkampungan dan penempatan semula masyarakat itu di sekitar Perak bermula dari Taiping dan kemudian berpusat di Ipoh. Kemunculan banyak balai polis yang mempunyai gurdwara (tempat ibadat) menunjukkan kemunculan mereka turut berkait rapat dengan kerjaya sebagai anggota polis.
Bagi kebanyakan lelaki Sikh, mereka menggunakan hujung nama Singh manakala wanita pula menggunakan Kaur. Ia sebenarnya berkait rapat dengan amalan keagamaan mereka dan tidak semua orang Sikh sebenarnya layak memakai gelaran itu kecuali melalui satu rutin khas yang akan dijelaskan nanti.
“Sikh sama sekali tidak sama dengan Hindu. Punjabi pula tidak ada hubungan langsung dengan Benggali. Benggali adalah satu kaum dari Bengala di India. Masyarakat perlu faham siapa kami dan apa agama kami. Bagi Sikh, Tuhan itu satu,” kata Presiden Khalsa Diwan, Santokh Singh Randhawa.
(Bersambung esok)
Fakta
· KEBANYAKAN orang Sikh berhijrah ke Tanah Melayu berasal dari lima wilayah di Punjab iaitu Mahja, Malwa, Main Doabia, Doabia dan Potholar Sikh.
· Sikh berpegang kepada lima elemen utama dalam kehidupan beragama iaitu disiplin Sikh yang bermaksud pelajar, Guru (pengajar), Gurdawara (tempat beribadat yang juga dianggap sebagai pintu kepada guru), Waheguru (nama Tuhan) dan Guru Granth Sahib Ji (kitab suci kaum Sikh yang mengandungi kompilasi tulisan daripada sembilan guru terdahulu).
· Ipoh menjadi titik tolak perkembangan Sikh di Malaysia terutama dengan penubuhan sebuah pertubuhan kaum Sikh tertua, malah dikhabarkan paling awal di Asia iaitu Khalsa Diwan.

Pengalaman ngeri hadapi Merapi
Oleh Syed Azwan Syed Ali
syedazwan@bharian.com.my
2010/11/14
Awan panas gunung berapi paling aktif sentiasa cari mangsa baru
TUGAS wartawan di medan perang atau wilayah konflik mungkin risikonya kurang kerana sudah menjangka apa yang bakal berlaku. Tetapi berdepan gunung berapi bukannya tugas mudah, kerana apa saja boleh berlaku.
Itulah pengalaman penulis apabila membuat liputan peristiwa meletusnya Gunung Merapi di Jawa Tengah, gunung berapi paling aktif di dunia berusia 400,000 tahun yang disifatkan pakar gunung berapi sebagai “amat sukar diramal”.
Kalau di wilayah konflik, siren mungkin dibunyikan untuk memberi amaran berlakunya serangan musuh, tapi bagi wilayah dilanda bencana alam seperti letupan gunung berapi, gempa bumi atau tsunami, mungkin sudah terlewat ketika siren dibunyikan.
Gunung Merapi juga tidak pernah memberi amaran bila ia mahu meletuskan. Awan panasnya yang mencecah 600 darjah celsius dan debu lahar, menjadi mimpi ngeri kepada lebih 280,000 penduduk di daerah sekitar Sleman, Klaten, Magelang dan Boyolali.
Ia juga menjadi mimpi ngeri penulis dan tiga rakan setugas dari kumpulan akhbar The New Straits Times Press (NSTP) yang membuat liputan bencana alam itu selama lapan hari, minggu lalu, sebelum kami selamat kembali ke tanah air pada 4 November, iaitu sehari sebelum Merapi meletuskan awan panas setinggi 8,000 meter dan mengorbankan lebih 100 mangsa.
Sepanjang berada di Yogyakarta, penulis berkesempatan mengutip seribu pengalaman berharga sebagai wartawan antara lain menjejakkan kaki ke Desa Kinahrejo iaitu perkampungan yang musnah selepas Merapi meletuskan awan panas dan debu lahar buat pertama kali pada 26 Oktober lalu.
Letusan pertama itu mengorbankan 32 nyawa termasuk 15 mangsa yang ditemui dalam bentuk mengerikan dan tidak boleh dikenal pasti kerana “dipanggang” dek awan panas berhampiran rumah juru kunci Merapi, Mbah Maridjan, di kaki gunung berapi itu.
Turut ditemui ialah mayat Mbah Maridjan yang berbaju batik, memakai kain dan berkopiah dalam keadaan sujud mengadap kiblat.
Keterujaan penulis dan jurugambar, Effendy Abdul Rashid membuak-buak ketika kami berjaya ke Kinahrejo, terletak hanya 4 kilometer (km) dari Gunung Merapi sehinggakan kami terlupa nyawa kami pertaruhkan kerana naik ke kawasan itu yang diklasifikasikan sebagai kawasan rawan bencana (kawasan bahaya).
Kami melepasi sekatan pihak berkuasa dengan bantuan dua penduduk tempatan, Eko, 27, dan Bluri, 26, penduduk Desa Umbulharjo yang mengambil risiko membawa kami ke Kinahrejo dengan menaiki dua motosikal melewati kampung itu yang diselubungi debu lahar beracun.
Dalam perjalanan selama 10 minit dari Umbulharjo ke Kinahrejo, Eko sempat memberitahu penulis, bahawa dia sanggup membawa kami ke atas kerana ‘membutuhkan’ (memerlukan) wang untuk meneruskan hidup.
Apa yang dikatakan Eko adalah manifestasi manusia sanggup melakukan apa saja untuk meneruskan kelangsungan hidup sekali gus mengingatkan penulis betapa rakyat Malaysia amat bertuah berbanding rakyat republik itu yang berdepan ancaman bencana ekoran kedudukannya terletak di atas Lingkaran Api Pasifik.
Sepanjang perjalanan itu, kelihatan bangkai haiwan seperti lembu dan angsa yang mati bergelimpangan di kiri kanan jalan. Penulis rasa seperti masuk ke alam “hitam putih”, kerana setiap bangunan, rumah, bangsal dan surau diliputi debu lahar menjadikan suasana sayu dan tidak bermaya.
Situasi itu amat berbeza dengan video klip kawasan terbabit yang sebelum ini kehijauan dengan warga desanya gembira bercucuk tanam, membanting tulang memberi makanan kepada ternakan sapi perah (lembu susu) yang juga antara aktiviti ekonomi utama di perkampungan kaki gunung berapi itu selain melombong pasir dan bertani.
Penulis juga terpandang sebuah masjid, tempat beberapa warga desa termasuk dua beradik ditemui mati dalam keadaan berpelukan kerana tidak sempat lari, selepas Merapi mula meletuskan awan panas pertamanya, kira-kira jam 5 petang, 26 Oktober lalu.
Ketika berada di Kinahrejo, penulis dan jurugambar tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar sebanyak mungkin sambil memakai kain sapu tangan menutup hidung kerana bau belerang yang kuat, sebelum dihalau anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) yang melaungkan “turun-turun Merapi (kembali) aktif”.
Kira-kira tiga jam selepas turun dari Kinahrejo, kira-kira jam 1 tengahari pada 29 Oktober lalu, apa yang kami khuatir berlaku apabila Merapi meletuskan awan panas yang dapat dilihat sejauh 15 km dari gunung berapi itu, sekali gus menyebabkan kami bertambah syukur kerana masih dipanjangkan umur oleh Allah SWT.
Apa Ceritanya: Nabil tersentak gambar cium mulut
Oleh Zubir Mohd Yunus
2010/11/14
Dakwa diri mangsa kecanggihan teknologi
KONTROVERSI demi kontroversi terus menghantui kehidupan peribadi juara Raja Lawak 2, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil, 27, apabila dirinya terus ‘ditelanjangi’ dengan satu persatu kisah panas sehingga mampu menggugat populariti beliau selepas dirinya dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008.
Bermula dengan tragedi putus cinta dengan pengacara dan aktres popular, Irma Hasmie, 28, diikuti kemunculan gadis belasan tahun dikenali sebagai Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen atau Qasha yang dikatakan sebagai kekasih baru Nabil, pelawak dan pengacara popular itu terus menerima tekanan apabila Qasha dituduh pula sebagai orang ketiga, namun Nabil sudah pun menafikan perkara itu, minggu lalu.
Qasha, 18, pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) USJ 13, Subang Jaya, Selangor, adalah kakak kepada aktres remaja, Nik Zaris Nelydia Senrose, 16, yang pernah membintangi beberapa drama siri popular antaranya Spa Q, Spa Q 2, Spa Qistina, Datin Wannabe dan terbaru, Ahmad Durrah yang kini masih disiarkan di TV3 setiap Jumaat, jam 9 malam menerusi slot Zehra.
Sebelum ini juga, Nabil dan Qasha yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan, dikatakan bercuti di Phuket, Thailand pada 27 Oktober lalu. Pun begitu, Nabil menafikan dia bercuti bersama Qasha di Phuket, sebaliknya mengakui mereka bertemu di sana selepas terbabit dengan acara masing-masing.Jika Gunung Merapi di Pulau Jawa memuntahkan lahar panasnya beberapa minggu lalu, awal minggu ini pula penulis berdepan ‘bahang gunung berapi’ apabila menerima kiriman cakera padat (CD) yang mengandungi salinan tiga keping foto aksi panas membabitkan dua individu dikatakan persis Nabil dan Qasha! Difahamkan, antara ‘adegan’ panas berkenaan ialah aksi cium mulut kononnya antara mereka.
Menerusi risikan, penulis difahamkan, tiga keping foto berkenaan mungkin ‘dicuri’ dari komputer riba milik Nabil oleh individu yang tidak bertanggung jawab dengan niat menjatuhkan nama baiknya, sekali gus menjahanamkan karier seni beliau yang kini berada di kemuncak. Foto berkenaan juga difahamkan belum pernah tersiar di mana-mana blog atau laman web hiburan sebelum ini.
Bagi mendapatkan penjelasan mengenai kesahihan foto aksi panas berkenaan, penulis menemui Nabil petang Selasa lalu di lokasi penggambaran filem terbarunya, Bujang Terlajak arahan Profesor Madya Razak Mohaideen di Glenmarie, Shah Alam, Selangor. Apabila Nabil ditunjukkan foto berkenaan, dia kelihatan tersentak. Sejurus kemudian, beliau terus menafikan dua individu persis wajahnya dan Qasha itu adalah diri mereka.
“Selepas melihat sendiri foto yang dipertontonkan tadi, saya sangat sedih, kecewa dan terkejut. Saya tak faham, bagaimana foto seumpama ini boleh tersebar begitu cepat di kalangan media massa. Pun begitu, saya menafikan sekeras-kerasnya foto aksi panas yang dikatakan antara saya dan Qasha adalah milik kami berdua.
“Muka kedua-dua individu berkenaan memang sama dengan wajah kami, namun saya tidak mampu menafikan teknologi hari ini terlalu hebat apabila teknik superimpose boleh digunakan untuk tujuan mengaibkan diri seseorang itu. Bagi saya, mungkin ada pihak ketiga yang cuba mengambil kesempatan ekoran kisah peribadi saya yang kurang enak dipaparkan media masa sejak dua minggu berturut-turut.
“Barangkali apa yang dilakukan pihak berkenaan bertujuan menyedarkan saya mahupun artis lain supaya lebih berhati-hati dalam menjalin perhubungan. Mungkin juga saya dijadikan ‘tikus makmal’ oleh pihak berkenaan menjalankan uji kaji supaya orang lain mendapat iktibar. Bagi saya, apabila gambar seumpama ini tersebar, orang akan menilai dan lazimnya mereka mendakwa ia betul walaupun kita membuat penafian.
“Pun begitu, apa yang boleh saya nyatakan, penghasilan foto aksi panas itu dibuat menerusi teknik superimpose yang begitu teliti pembikinannya. Apabila diamati ketiga-tiga foto berkenaan, memang sukar kita menemui kelemahannya. Justeru, saya kagum dengan hasil kerja pihak berkenaan,” kata Nabil mempertahankan dirinya dan Qasha daripada terus menjadi mangsa keadaan.
Apabila diajukan soalan, adakah dia berasakan dirinya teraniaya apabila ada pihak yang iri hati dengan populariti beliau, Nabil menjelaskan, “Bagi saya, rezeki ditentukan Tuhan. Namun, mungkin orang beranggapan saya playboy, sebaliknya saya hanya manusia biasa yang kadang kala membuat kesilapan. Kepada mana-mana pihak yang pernah terguris hati dan perasaan dengan kata-kata mahupun perbuatan saya, saya mohon maaf.
“Tolonglah terima saya sebagai manusia yang tidak sempurna. Kisah saya dan Irma (Hasmie) putus cinta adalah masalah peribadi kami, janganlah ditokok tambah dengan isu foto lucah saya dan Qasha pula. Keadaan ini benar-benar membuatkan saya tertekan. Namun, kehidupan perlu diteruskan. Apa saja pandangan masyarakat terhadap diri ini, saya terima dengan hati terbuka.
“Sekiranya saya tidak diduga dengan ujian sebesar ini, mungkin saya akan terus lalai. Manusia apabila berada di atas, ada nama, ada banyak wang, mereka alpa. Saya akui perkara itu. Barangkali dugaan yang berlaku ke atas diri saya adalah titik permulaan supaya saya kembali ke pangkal jalan. Mungkin sudah tiba masanya saya memulihkan diri dan memperbanyakkan amal ibadat. Saya sayang kerjaya ini,” kata Nabil berterus-terang.
Nabil juga menegaskan dia tidak mengesyaki mana-mana pihak yang mungkin menyimpan perasaan dendam terhadap dirinya sehingga tergamak menyebarkan foto superimpose beliau bersama Qasha dalam aksi mengghairahkan itu.
Mengulas perhubungannya dengan Qasha, Nabil menjelaskan, “Sebaik saja kisah kontroversi saya, Irma dan Qasha didedahkan media massa, saya lebih senang dengan situasi silent treatment dengan diri beliau (Qasha). Kami dah lama tak bertemu, bercakap di telefon pun hanya untuk bertanya khabar. Apa yang boleh saya nyatakan, saya dan Qasha hanya berkawan, kami tidak pernah berbicara soal cinta, hati dan perasaan dengan serius.”
No comments:
Post a Comment