Wednesday, December 22, 2010

Mohd Rashidi Hasan MOHD RASHIDI HASSAN | rashidi@harakah.net.my SELEPAS dua tahun tiga bulan Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa beliau diliwat Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008. Tiba-tiba timbul pula nama Rahimi Osman dan Rasid Rosdi.

Rahimi dan Rasid mendakwa mereka dipaksa menandatangani akuan bersumpah (Statutory Declaration-SD), yang mengaitkan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes liwat. Rahimi mendakwa dia dipaksa menandatanganinya oleh peguam Anwar, manakala Rasid pula mendakwa beliau tidak mengetahui kandungan SD tersebut?

Pengakuan kedua-duanya, dilakukan secara tiba-tiba selepas lebih 28 bulan, mengundang pelbagai persoalan di sebaliknya.

Reaksi awal rakan-rakan ada yang pening, ada yang risau Anwar banyak terhimpit dengan pelbagai masalah, malah ada juga yang menjangkakan perkara sebegini, yang berkait dengan tuduhan liwat akan berterusan.

Tetapi menurut Naib Presiden KeADILan, Tian Chua, beliau sebenarnya, menjangkakan Rahimi dan Rasid akan tampil bersekali dengan Saiful pada Jun 2008 yang lalu.

Semasa berbual dengan penulis di Parlimen, Tian memberitahu Saiful, Rahimi dan Rasid adalah kawan baik. Selepas Saiful membuat tuduhan terhadap Anwar, maka peguam-peguam Anwar meminta kedua-duanya membuat pengakuan bagi mengelakkan fitnah yang lebih buruk timbul.

Pengakuan diminta secara baik. Bukannya paksa, bukan dengan ugutan atau secara yang tidak baik.

Justeru, mengapa sekarang ini keduanya mendakwa mereka dipaksa. Mengapa sekarang mereka baru muncul?

Maka kehadiran kelibat Rahimi dan Rasid dalam kes ini, yang secara 'reverse'nya mahu memerangkap Anwar, watak kedua-duanya dipercayai diwujudkan oleh pihak-pihak tertentu.

Persoalannya di sini, mengapa watak kedua-dua mereka baru sekarang diwujudkan?

Watak mereka baru sahaja diwujudkan berpunca kerana, teori konspirasi kedua (Sodomi II) untuk memerangkap Anwar tidak menjadi. Semuannya habis kelam kelibut selepas pelbagai keraguan timbul dalam perbicaraan mahkamah.

Mari kita perincikan beberapa persoalan meragukan yang timbul dari kes sodomi II ini.

Pertama, jika kita mengimbas kembali rentetan peristiwa di mana, pada mulanya penuduh aksi liwat, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang tampil ke balai polis pada 28 Jun 2008, membuat dakwaan bahawa beliau diliwat pada 26 Jun, iaitu dua hari sebelumnya.

Dalam laporannya, kenyataan dan persaksian yang diberikan, beliau mendakwa begitu trauma dengan Anwar Ibrahim, yang didakwa meliwat beliau secara paksa.

Malangnya dibuktikan pada 27 Jun, beliau masih berkunjung ke rumah orang yang didakwa meliwatnya, menghidangkan minuman dengan penuh senyuman kepada tetamu yang hadir.

Bagaimana mungkin orang yang trauma, mendakwa dipaksa, tidak merelakan adengan liwat berlaku, boleh sebumbung, bekerja dengan penuh gembira dengan 'penjenayah' yang melakukan kesalahan ke atasnya?

Kedua, Saiful berkunjung ke Pusrawi untuk membuat pemeriksaan. Selepas doktor Pusrawi membuat pemeriksaan, beliau mendapati tiada sebarang kesan tusukan (tiada penetrasi), tiada luka dan sebagainya.

Kemudian apabila Saiful tidak berpuashati beliau pergi ke Hospital Kuala Lumpur. Jarak HKL hanya 5 minit berjalan kaki dari Pusrawi. Seberang jalan sahaja sudah sampai. Tetapi Saiful mengambil masa dua jam lebih untuk sampai.

Ok, jarak bukan persoalan. Tetapi hasil testimoni atau laporan perubatan Pusrawi, dengan jelas mencatatkan bahawa tiada sebarang tusukan atau kesan liwat berlaku di dubur Saiful, bagaimana mungkin selepas lebih dua jam, pihak doktor di HKL boleh mendapati adanya tusukan? mengapa laporan HKL bercanggah dengan Pusrawi?

Peliknya, hal-hal teknikal sebegini, apakah mungkin doktor tidak tahu membuat pemeriksaan, atau mungkin doktor dipaksa membuat laporan palsu, atau mungkin Saiful yang membuat tusukan sendiri?

Banyak hal-hal teknikal yang tidak harus disentuh kerana mungkin ia menjejaskan perbicaraan. Cukup penulis paparkan sedikit, sekadar lontaran keraguan yang berlaku.

Ketiganya, sewaktu pertuduhan dibuat ke atas Anwar di mahkamah,

salinan pertuduhan yang diberikan, senarai saksi pendakwa tidak mahu diperincikan, banyak lagi perkara berkaitan dan dokumen berkaitan perundangan tidak diberikan.

Permintaan pihak yang tertuduh, memang menepati prosedur undang-undang. Anwar harus dibekalkan maklumat tersebut kerana ia bertujuan untuk menyediakan jawapan pembelaan.

Bagaimana dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, pertuduhan dibuat ke atas seseorang, tetapi hak tertuduh untuk membuat pembelaan sewajarnya disekat sama sekali?

Jika kes ini pure criminal, tanpa campurtangan politik, seharusnya pihak pendakwaraya tidak perlu takut untuk membekalkan kepada peguam Anwar, senarai dokumen pertuduhan.

Keempat, dalam membicarakan soal konspirasi politik. Ianya bukan semata-mata mainan mulut Pakatan Rakyat. Ianyanya benar-benar wujud.

Sewaktu kes ini hangat diperkatakan, Saiful berjumpa dengan Pegawai Khas Najib (semasa TPM), Khairil Anas di pejabat TPM waktu itu. Maka timbul desas desus bahawa Najib terbabit, sama ada terlibat dalam kes atau ada menerima kunjungan Saiful, beberapa hari sebelum 28 Jun 2008.

Apabila Saiful dikaitkan dengan Najib, beliau membuat penafian. Selepas didesak dan gambar Saiful bersama Khairil didedahkan, Najib membuat pengakuan, bahawa beliau menerima kunjungan Saiful kerana

untuk mendapatkan sokongan permohonan biasiswa kerajaan untuk melanjutkan pelajaran'.

Apabila dibangkitkan persoalan, bagaimanakah seorang bekas mahasiswa yang menamatkan pengajian awal atau yang gagal boleh memohon biasiswa, maka akhirnya Najib terpaksa mengaku Saiful datang kepadanya mengadu diliwat Anwar.

Persoalan yang berbangkit di sini, jika benar Najib tidak terbabit dalam mengatur kes liwat Anwar, mengapa beliau terpaksa 'bersilat' dengan pelbagai penafian, akhirnya bila terdesak barulah beliau mengaku. Kalau tidak salah mengapa sekejap nafi, sekejap akui?

Okay, katalah kita beri lagi excuse, mungkin Najib tidak terbabit, tetapi beliau menerima Saiful sebagai rakyat bawahan yang kononnya teraniaya. Beliau mungkin menerima kehadiran Saiful atas sifatnya seorang pemimpin yang prihatin.

Persoalannya, semua orang tahu hendak berjumpa PM atau TPM merupakan sesuatu yang amat sukar. Mungkin juga mustahil.

Justeru, kabel mana yang diguna Saiful untuk mudah-mudah berjumpa PM atau TPM ? Ingat bukan sahaja TPM, Saiful juga ada nombor talian mudah-alih Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, yang beliau boleh call secara direct.

Ini menimbulkan keraguan, kabel mana yang bawa Saiful berjumpa Najib. Ada pihak mendakwa ianya ada kaitan dengan Senator Mohamed Ezam Mohd Nor?

Jika Najib menafikan terbabit dalam konspirasi, mengapa Ezam membawa atau mengaturkan Saiful berjumpa Najib. apakah agenda Ezam sebenarnya?

Apakah Ezam yang dibawa masuk ke dalam Umno melalui Khairy Jamaluddin Abu Bakar, mempunyai agenda tertentu untuk memalitkan Najib supaya terus bermusuhan dengan Anwar?

Kerja fasa pertama Ezam sudah beres. Beliau sudah mendapat kurnia Senator. Apakah kehadiran kelibat Rahimi dan Rasid juga akibat daripada kerja-kerja Ezam?

Maka jika diperincikan kes sodomi II ini, mula-mula didakwa kes jenayah, tetapi kini sudah menjadi konpirasi politik pula.

Ada banyak fakta boleh dikemukakan. Tetapi empat perkara asas yang dikemukakan secara umum di atas, sudah cukup untuk menunjukkan bahawa usaha pihak pendakwaraya untuk membuktikan Anwar bersalah dalam kes sodomi II tidak lagi credible. Kes sudah tidak kuat dan tiada substance.

Itu tidak lagi masuk fakta bagaimana dakwaan saksi utama iaitu Saiful, yang kredibilitinya dimusnahkan dengan pengakuan tidak mandi junub, tidak solat dan sebagainya.

Apabila banyak keraguan timbul, yang memungkinkan pendakwaan tidak kuat, maka pihak tertentu seolah-olahnya mencari jalan, bagaimana hendak 'mengenakan' Anwar. Bagi mereka, Anwar mesti dipersalahkan juga.

Maka dengan sebab itu, maka timbullah nama Rahimi dan Rasid, bagi memperkuatkan kes Saiful yang sudah goyah. Itu sahaja puncanya. Kes sodomi II ini sudah menjadi macam sarkas pun ada, macam kartun pun ada.

Tunggulah selepas ini siapa lagi hendak tampil, kot-kot ada mak nyah atau pondan Siam mana pula, selepas ini mengaku diliwat Anwar!

http://mutaligat.blogspot.com/

Apabila saya mengkritik pembukaan Sekolah Mengandung ramai pengampu Ali Rustam melenting menyatakan bahawa PAS hanya pandai mengkritik dan tidak berbuat apa-apa. Persoalannya sekarang siapa yang berkuasa di Melaka ini?

PAS sejak dari dahulu kini dan selama mencadang dan menasihatkan kerajaan negeri supaya menutup semua pusat maksiat dan menghentikan program maksiat supaya punca-punca maksiat ini dapat dikurang dan dibasmikan.

Kerajaan negeri Melaka yang mentadbir dan menguasai negeri mempunyai kuasa untuk menutup semua pusat maksiat seperti kelab malam, pub, rumah urut, pusat pelacuran, night club, dangdut, Spa dan sebagainya. Selain itu program-program maksiat yang melibatkan percampuran dan pergaulan bebas lelaki dan perempuan mesti dihentikan serta merta.

Pada masa yang sama kerajaan negeri mesti memperbanyakkan kelas-kelas pengajian agama di masjid dan surau, memperbanyakkan sekolah agama, menambah peruntukan untuk progam agama Islam dalam bajet negeri dan sebagainya.

Namun semua nasihat dan cadangan yang kita ajukan ditolak mentah-mentah malah kerajaan negeri menggalakkan pula program-program maksiat di negeri ini.

Cuba tuan-puan melawat Taman Melaka Raya pada malam hari .......sudah pasti tuan-puan akan melihat ianya bagaikan tempat pesta maksiat yang tidak kawal. Hotel-hotel murah yang menjadi tempat melampias nafsu tumbuh bagaikan cendawan tumbuh. Itu semua menjadi tempat maksiat dan zina yang sesetengahnya melahirkan anak luar nikah.....

PAS yang tidak mempunyai kuasa di negeri Melaka ini sememangnya hanya pandai bercakap dan menasihat sahaja kerana kami tidak ada kuasa. Namun kita hendaklah merujuk kepada Hadis Nabi....Barangsiapa yang melihat kemungkaran hendaklah dicegah dengan kuasa, Jika tiada kuasa cegahlah dengan lisan, jika tidak berkuasa dengan lisan bencilah dalam hati....itu adalah selemah-lemah iman.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

SM Mohamed Idris

Kenaikan sebanyak tujuh puluh sen bagi sebungkus rokok. Jadi apakah langkah yang dilakukan ini sejak ia dilaksanakan dua minggu yang lalu? Adakah ia telah menyebabkan lebih ramai orang meninggalkan tabiat buruk, tidak sihat dan boleh membunuh ini? Atau menambahkan lagi pendapatan kerajaan?

Perdebatan kami daripada bertahun-tahun mengkaji isu ini, ialah adalah 70 sen lebih itu tidak menjadi sebarang perbezaan kepada poket perokok. Sudah tentu ia akan menambah pendapatan kepada kedai runcit di setiap kejiranan yang menjual rokok sebatang atau dua atau lebih kepada perokok dan pelajar sekolah yang pada hari ini boleh dilihat merokok di kawasan taman dalam berpakaian sekolah!

Oleh sebab itu, kepada CAP tidak terdapat keikhlasan di pihak kerajaan untuk berusaha dengan ikhlas dan melaksanakan langkah anti merokok. Kami telah lama menggesa supaya langkah yang lebih produktif diambil untuk mengawal tabiat merokok yang semakin meningkat, memandangkan kenaikan harga yang minimum sahaja tidak mencukupi. Jadi kenapa kerajaan tidak bertindak? Adakah industri tembakau terlalu berkuasa?

Dengan lebih daripada 4,000 bahan kimia di dalam asap rokok, bahan kimia toksik, penyebab kanser atau penyebab sebagai iritasi, merokok telah diterima di seluruh dunia sebagai salah satu penyebab utama kanser.

Statistik hospital kerajaan menunjukkan kanser paru-paru merupakan bentuk kanser paling biasa dalam kalangan lelaki dan penyebab kanser ini adalah penggunaan tembakau. Kajian menunjukkan kanser paru-paru semakin meningkat pada kadar 17% setahun.

Merokok di Malaysia telah mencapai peringkat membimbangkan. Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 2001, kira-kira separuh daripada lelaki Malaysia merokok dan setiap hari kira-kira 50 remaja di bawah usia 18 tahun mula merokok.

Kajian menunjukkan kira-kira 30% remaja lelaki (berusia 12 hingga 18 tahun) merokok. Merokok dalam kalangan remaja perempuan juga semakin meningkat. Menurut dua kajian ke atas remaja yang dijalankan di Malaysia pada 1996 dan 1999, bilangan remaja perempuan yang merokok meningkat daripada 4.8% kepada 8%. Pada keseluruhannya, kajian 1999 mendapati hampir seorang daripada lima remaja Malaysia merokok.

Kajian WHO (http://www.wpro.who.int/media_centre_/fact_sheets/fs_20020528.htm) juga menggelar Malaysia sebagai “kota iklan tidak langsung” dunia. Sesetengah industri tembakau kebanyakannya dengan sewenang-wenangnya berusaha untuk mensasarkan golongan muda boleh dilihat di Malaysia.

Perbelanjaan untuk pengiklanan tembakau di Malaysia amat tinggi. Pada 1997, industri ini membelanjakan kira-kira US$90 juta, manakala pada tahun 2000, dua firma tembakau sahaja melaporkan membelanjakan lebih US$40 juta untuk pengiklanan.

Merokok telah menyebabkan kematian kepada kira-kira 10,000 orang setahun, belum dinyatakan kos yang besar yang menelan berbilion ringgit untuk merawat penyakit berkaitan tembakau.

Di seluruh dunia, kajian WHO memberi amaran: penyakit berkaitan merokok menyebabkan empat juta kematian setiap tahun dan jika aliran semasa ini berterusan, merokok akan membunuh seorang dalam setiap enam orang setiap hari menjelang tahun 2030.

Oleh sebab itu, CAP sekali lagi menggesa supaya merokok diharamkan di semua tempat awam termasuk taman, kawasan rekreasi, bangunan awam, semua restoran, disko dan bar.

Rokok tidak seharusnya dibenarkan untuk dijual di tempat awam seperti restoran, kedai kopi, pasar raya atau kedai runcit atau di mana-mana tempat yang menjadi tumpuan remaja. Hanya sebilangan tempat yang terhad perlu dibenarkan untuk menjual rokok serta jauh dari kawasan kediaman.

Kedai runcit seharusnya dikeluarkan lesen khusus yang tertakluk kepada pembaharuan setiap tahun dan dengan syarat yang disertakan untuk penjualan rokok. Peniaga yang didapati melanggar sebarang syarat seperti menjual kepada mereka di bawah umur, perlu dikenakan tindakan yang tegas dan hukuman yang keras termasuk denda yang berat serta hukuman penjara mandatori. Hanya dengan cara ini maka ia akan dipandang serius.

Harga rokok semasa perlu dinaikkan lagi, lebih tinggi untuk mencegah lebih ramai daripada penduduk negara ini membelinya. Membeli dua kotak sehari masih mampu kepada kebanyakan orang, jadi harga sekotak rokok perlu dinaikkan kepada RM30. Rakyat Singapura membayar RM35.40 sekotak dan rakyat Norway RM22.

Banyak kerajaan telah mengambil langkah untuk tidak menggalakkan merokok dengan menjadikan harga tembakau sebagai cukai larangan. Contohnya di Australia, jumlah cukai ke atas rokok pada 2007 merupakan 62.5% daripada harga akhir sekotak rokok. Langkah lain yang diambil oleh kerajaan Australia yang mensasarkan merokok ialah rokok mestilah dijual dalam kotak biasa yang kosong yang tidak menarik seperti sekarang menjelang 1 Julai 2012.

Kementerian Kesihatan terutamanya melambat-lambatkan usahanya terhadap merokok dan masalah yang disebabkan olehnya kepada negara.

Walaupun Malaysia menandatangani Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC) WHO yang menetapkan mekanisma untuk mengawalselia tindakan negara dan mempertanggungjawabkan kepada mereka.

Peruntukan FCTC akan mengukuhkan kemampuan negara untuk melaksanakan kawalan tembakau, menawarkan padang permainan yang sama rata bagi semua pihak dan lebih cepat serta perjanjian antarabangsa paling meluas dengan kira-kira 170 negara terlibat.

Kementerian Kesihatan telah menandatangani FCTC pada September 2003 dan dua tahun kemudian, pada September 2005, Malaysia telah meratifikasikannya dengan ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York.

Kementerian Kesihatan telah membincangkan FCTC WHO dengan penekanan kepada perlunya komitmen politik yang kuat untuk memajukan dan menyokong langkah kawalan tembakau, dengan masyarakat awam di seluruh negara, tetapi tiada sesuatu pun yang keluar daripada ini.

Dalam jangka panjang, ia adalah langkah yang wajar untuk mengharamkan rokok dan produk tembakau lain.

SM Mohamed Idris

Presiden

Persatuan Pengguna Pulau Pinang

No. 10 Jalan Masjid Negeri

11600 Pulau Pinang

Tel: 04 8299511 Faks: 04 8298109 emel: idrismd@tm.net.m

i jawatan Timbalan Presiden PKR melebihi 30 pencalonan. Walau bagaimanapun, masih banyak cabang PKR yang masih belum diketahui pencalonan mereka bagi kerusi No. 2 tersebut.

Namun, keyakinan ramai pihak bahawa YB azmin akan terus diberi pilihan untuk berganding bahu dengan DS Wan Azizah selaku Presiden parti.

Ezam Mohd Noor yang digelar `raja sesumpah' turut menaruh keyakinannya bahawa YB Azmin akan dipilih oleh ahli-ahli PKR sebagai Timbalan Presiden PKR. .

Di dalam laporan berita malam tadi, bekas Ketua AMK itu mengulas tentang pencalonan YB Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR. Beliau seperti biasa tidak akan lekang menyebut darihal DS Anwar mahupun DS Wan Azizah.

Beliau seperti sudah menjangka YB Azmin pasti dipilih oleh ahli-ahli PKR sebagai Timbalan Presiden PKR atas alasan kununnya MP Gombak tersebut mempunyai hubungan yang rapat dengan DS Anwar.

Ezam sebenarnya mungkin tidak tahu bahawa pemilihan kali ini tidak sama seperti pemilihan sewaktu beliau berada di dalam PKR dahulu.

Pemilihan kali ini juga jauh berbeza dari pemilihan yang diamalkan oleh Umno berkurun lamanya. PKR satu-satunya parti yang berani mengamalkan demokrasi sebenar apabila menyerahkan keputusan memilih pemimpin kepada setiap satu kepala yang menyertai parti itu.

Justeru itu, tidak timbul soal kemenangan seseorang calon itu adalah kerana seseorang atau pengaruh sesiapa. Bukan juga seperti Ezam yang tidak pernah bertanding pilihanraya atas nama Umno, tiada jawatan di dalam Umno, baru menyertai Umno tetapi dilantik sebagai Senator. Atas dasar apa? Beliau tidak dipilih oleh ahli-ahli Umno pun.

Maka, Ezam seharusnya malu untuk memberi ulasan terhadap YB Azmin bekas sahabatnya dahulu. YB Azmin dipilih sebagai Wakil Rakyat melalui pilihanraya, dipilih menjadi Naib Presiden PKR jawatannya sekarang ini pun melalui pemilihan parti dan kini beliau masih dicalonkan oleh ahli-ahli parti untuk jawatan yang lebih tinggi.

Ahli-ahli PKR sendiri yang bakal menentukan jatuh bangunnya YB Azmin, begitu juga dengan lain-lain pemimpin. Ternyata pandangan dan komen Ezam jauh terpesong dan ini menunjukkan ada sedikit rasa `cemburu' atau `iti hati' raja sesumpah ini di atas kecemerlangan YB Azmin di dalam kerjaya politiknya.

Andainya demokrasi yang selama ini hebat diperjuangkan oleh Ezam, maka kita dapat lihat siapakah di antara YB Azmin dengan Ezam ini yang dinaikkan mengikut demokrasi sebenar. Jika Ezam merasa menyesal kerana meninggalkan PKR, beliau memang patut boleh menyesal.

Ini adalah kerana hampir kesemua rakan-rakannya dahulu yang berada di dalam PKR kini berjaya. Ezam saya anggap masih tidak berjaya di dalam Umno kerana beliau dinaikkan secara `manja' sekali. Melucukan apabila terdapat ahli-ahli Umno yang menggelarnya sebagai `Pendekar' sedangkan `Pendekar' ini mendapat jawatan secara `percuma'.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Cerpen: Leningrad-Tel Aviv-New York
Oleh Noor Tahir

2010/10/17

Mac 1986
ANGIN sejuk dari Teluk Finland bertiup kencang tatkala Aleksei membuka pintu menyambut kepulangan isterinya. Seorang wanita berumur dua puluhan berwajah lembut bermata biru laut bergegas masuk dan mencium pipinya. Wanita itu sedikit mencungap, kelihatan titisan-titisan air di rambutnya yang perang. Di luar hujan rintik-rintik mendinginkan atmosfera Universiti Leningrad. Senaskhah akhbar yang dipeluknya diletakkan di atas meja dan kemudian wanita itu menggantungkan jaketnya di belakang pintu. “Daniil dan Tatya?” Soalan pertama Nina. “Oh, Daniil menemani Tatya tidur. Kedua-duanya telah makan malam,” jawab Aleksei. Nina mengambil tempat di hadapan Aleksei di meja makan.

“Sudah dengar berita dari Moscow?”. Nina membuka lipatan akhbar yang dibeli dalam perjalanan balik dari Fakulti Kimia. Titis-titis air hujan membasahi helaian muka depan Uskoreniye. “Politik lagi?”. Aleksei memandang wajah isterinya sambil mencapai teko dan menuangkan teh panas untuk mereka berdua.

“Kita tidak boleh lari daripadanya, Aleks,”.

“Apa lagi yang Politburo mahu lakukan?” Aleksei menyoal tetapi nadanya seolah bukan meminta jawapan.

“Entahlah. Tetapi mereka berkata Gorbachev mahu membawa pembaharuan, perestroika!”
“Apa yang kita boleh harap jika perjuangannya masih berpaksi komunisme isteriku?. Walau kuakui komunisme itu cantik di atas kertas, nyata ia terlalu idealistik untuk dilaksanakan,”

“Benar Aleks, sudah bertahun-tahun kita hidup dalam kesukaran. Ekonomi kita beku, malah ahli keluarga kita yang dahulunya kaya-raya berniaga kini hidup merempat. Mujurlah kita ada pendidikan.”

“Namun isteriku, aku bertemu dengan seorang pakar radiologi dari Poland tempoh hari. Dia dijemput oleh penyeliaku untuk menyampaikan penemuan terbarunya kepada penyelidik fakulti kami. Katanya kemudahan di universiti kita jauh ketinggalan. Sejak peperangan tamat, Russia tidak mampu bangun dengan kadar segera.”
“Kita telah berhabis untuk peperangan. Kita masih keletihan,” Nina memandang wajah suaminya lembut.

“Apa yang ditulis mengenai agenda baru Gorbachev di dalam akhbar ini?” Aleksei bertanya sambil menghulurkan cawan teh kepada isterinya.

“Perestroika, glasnost dan demokratizatsiya. Reformasi,” jawab Nina dengan perasaan gundah gulana.

Jun 1987
SUARA penyampai berita di radio memenuhi segenap ruangan dapur sebuah bilik sempit di Asrama Pasca Siswazah Universiti Leningrad. Rusuhan di Moscow mungkin berlaku lagi. Defisit negara meningkat mendadak, makanan dicatu. Aleksei meneliti helaian iklan yang diberikan kepadanya oleh Pak Cik Kolmakov yang menjual susu dan keju di luar pagar asrama. Terngiang-ngiang lagi kata-kata orang tua itu di telinganya.

“Orang Yahudi ada masa hadapan gemilang. Tempat kita bukan di sini,” kata orang tua itu.

“Adakah pak cik akan ke sana?” Aleksei benar-benar ingin tahu. Setahunya tempat itu jauh.

“Pasti. Sebaik sahaja anak pak cik pulang dari Moscow, kami sekeluarga akan berhijrah,” mata orang tua itu bersinar-sinar, melimpah dengan harapan.
Rakan-rakannya di fakulti seperti Andrei dan Resheten juga membincangkan hal yang sama. Aleksei memandang ke luar jendela. Penghijrahan.

Julai 1987
ZAKHAROVA membetulkan kedudukan cermin matanya. Seakan tidak percaya dengan apa yang didengarnya.

“Nina, apa yang kamu mahu lakukan ini tidak masuk akal. Kamu mahu tinggalkan tanah air kamu untuk sesuatu yang kamu tidak tahu hujung pangkalnya?” soal Zakharova dengan nada sedikit keras. Nina adalah pelajarnya yang berpotensi tinggi.

“Ya, Prof. Saya dan suami telah setuju untuk pergi,” Nina tunduk, tidak sanggup memandang wajah Profesor Zakharova yang telah banyak berjasa kepadanya sepanjang pengajiannya di Fakulti Kajian Kimia.

“Nina, saya mahu kamu meneruskan pengajian pada peringkat doktorat. Kami akan kehilangan penyelidik, Nina. Negara kita akan mengalami penghijrahan cendekiawan.”

“Saya faham Prof, maafkan saya. Tetapi saya tidak yakin dengan masa depan negara ini. Saya mahu anak-anak saya mempunyai kehidupan yang lebih baik, yang tidak dapat Kesatuan Soviet sediakan,“

“Saya kecewa kerana kamu tidak lagi merasakan yang kamu ini anak watan Soviet. Kamu hanya mementingkan diri kamu sebagai seorang Yahudi. Selama bertahun-tahun saya menjaga kamu dari prasiswazah lagi, tidak pernah saya berasakan kamu individu yang berbeza daripada saya. Malangnya hari ini kamu telah menunjukkan kepada saya yang kamu lebih sayangkan kaum kamu dari negaramu sendiri Nina.“
Nina meninggalkan bilik penyelianya itu dengan hati yang hiba dan berat. Air matanya diseka. Wanita itu telah menjadi seperti ibunya, mendapatkan tempat tinggal di universiti dan menggajinya dengan wang sendiri sebagai pembantu. Belanjawan untuk penyelidikan sudah tidak diberikan kepada universiti sejak bertahun-tahun lalu. Mereka telah memuktamadkan kajian pengujaan multifoton tanpa radiasi bersama-sama dalam pelbagai kepayahan. Sungguh dia sayangkan profesor itu. Namun Nina harus cekalkan perasaannya. Dia dengar pakar-pakar kimia Yahudi dari seluruh Eropah telah berhijrah ke sana. Dan dia akan berjumpa lagi dengan saintis-saintis hebat seperti Profesor Zakharova.

Ogos 1987
ALEKSEI membetulkan leher kot Daniil sebaik sahaja mereka duduk di dalam koc kereta api kelas kedua ke Kharkiv. Tatyana selesa di dalam pelukan erat Nina.

“Adakah tindakan kita betul suamiku?“

“Sudah terlambat untuk kita berpatah balik. Kita telah membuat pilihan,”. Ada lapis-lapis gementar di dalam jawapan tegas Aleksei.
Nina memandang ke luar jendela kaca. Di dalam kejauhan dia melihat landskap hutan birch, kabin-kabin kayu dan gunung-ganang hijau kehitaman buat kali terakhir.

‘Demi anak-anakku, selamat tinggal tanah airku Russia .… Aku datang kepadamu Israel.’

Oktober 1987
ALEKSEI mengelap peluh di dahinya dengan sapu tangan. Sudah beberapa kali dia ke pejabat Kementerian Imigran tetapi gagal menyelesaikan urusannya. ’Ah, birokrasi ada di mana-mana,’ getus hati Aleksei. Sudah sebulan mereka tiba di Israel. Mereka masih lagi tinggal di penempatan sementara dan masih lagi keliru dengan bahasa Hebrew kerana hanya boleh bertutur dan memahami bahasa Russia. Hanya jika huruf-huruf rumi dituliskan bersama barulah mereka dapat mengikuti papan-papan tanda dan mengisi pelbagai borang. Pernah Nina memecahkan tangisnya di Pejabat Pengajian Tinggi kerana begitu tertekan dan hampir berputus asa dengan segala-galanya. Aleksei hanya mampu menenangkan Nina sambil memeluknya. Imigran-imigran yang lain hanya melemparkan pandangan dingin. ‘Begitulah nasib orang Yahudi yang meninggalkan bahasa ibunda mereka,’ mungkin itu yang mereka mahu katakan pada pasangan Dzeniskevich dari Russia ini.
Akhirnya setelah bersusah payah, Nina dan Aleksei Dzeniskevich diterima untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Tel Aviv. Mereka menangani perjanjian sewa beli sebuah rumah batu di lereng bukit di bekas sebuah ladang zaitun di utara Tel Aviv. Pasti rakan-rakan mereka di Leningrad tidak percaya bahawa mereka mampu membeli rumah batu dua tingkat tanpa wang pendahuluan, hanya dengan surat penerimaan kemasukan pengajian doktorat menjanjikan mereka bakal profesional. Namun urusannya tetap tidak Aleksei senangi, tiada toleransi. Lokasi rumah itu sungguh jauh dari universiti. Jika mereka enggan menerima rumah yang didaftarkan, maka mereka terpaksa terus tinggal di asrama penempatan sementara.
Sesampainya mereka sekeluarga di rumah itu, Aleksei seperti merasai suatu perasaan hiba, kesayuannya dapat dirasakan menerobos ke ruang hati. Adakah dia merindui bilik kecil mereka di asrama pelajar di Leningrad? Nina juga merasakan perkara yang sama namun mereka kemudiannya sama-sama memujuk diri agar rasional, tambahan lagi rumah baru mereka jauh lebih besar, pemandangannya pula sungguh indah. Kelihatan Laut Mediterranean menggamit mereka. Menurut pegawai di Kementerian Imigran, rumah ini telah lama ditinggalkan oleh waris seorang peladang zaitun yang telah berpindah, lalu ia diisyhtiharkan sebagai milik kerajaan. Agak menghairankan menurut pandangan Aleksei kerana kesan kebakaran di sekeliling rumah ini agak baru, jari-jemari Aleksei hitam apabila menyentuh tunggul-tunggul pohon-pohon zaitun yang terbakar di sekitar rumahnya. Bau cat, plaster dan simen juga masih dapat dihidu di sekeliling rumah.

November 1987
NINA sibuk menyediakan makan malam seorang diri. Jadual mereka agak padat di universiti dan jarang sekali mereka dapat pulang bersama-sama. Nina kini menjalankan penyelidikan bersama Profesor Ullstein, imigran dari Jerman manakala Aleksei diselia oleh seorang pakar fizik yang berasal dari Perancis. Setelah roti siap dibakar Nina mendapatkan Daniil dan Tatyana di tingkat atas. Kelihatan kedua-dua anaknya sedang leka bermain di suatu sudut berhampiran dinding bilik tidur. Tatyana yang baru belajar bertutur menghulurkan sekeping plaster dinding ke arah Nina di muka pintu. Daniil kemudiannya berdiri dan menanggalkan lebih banyak kepingan dari dinding. Apabila Nina merapati mereka, dia ternampak sesuatu di belakang kepingan-kepingan plaster yang ditanggalkan anak-anaknya. Lantas mereka bertiga mengopak kepingan plaster dan cat itu bersama-sama. Nina melangkah setapak ke belakang. Lukisan di dinding itu amat mengejutkannya. Daniil dan Tatyana dipeluk erat.
Aleksei berang dan keliru. Dia yakin bahawa dia ditipu mengenai rumahnya. Lukisan bangunan-bangunan ibadat orang-orang Islam di dalam bilik tidur anak-anaknya dan kesan darah di bawah longgokan bahan binaan sudah cukup membuat dia sangsi. Pohon-pohon zaitun yang dibakar menguatkan lagi telahan Aleksei dalam menyimpulkan keadaan sebenar rumah yang baru dia duduki. Aleksei mahu tahu siapakah pemilik rumah itu dan mengapa pemilik itu kononnya menjual rumah tersebut. Tanah dan rumah itu bukan milik asal orang Yahudi. Pegawai di pejabat itu menuduhnya tidak bersyukur kerana mempersoal pemberian kerajaan. Ramai lagi imigran dari Perancis, Itali dan Britain menunggu giliran untuk mendapatkan tempat tinggal. Tidak semena-mena, seorang lelaki meluru masuk ke dalam ruang pejabat dalam keadaan menggeletar. Mukanya pucat lesi. Dahinya yang luas dipenuhi manik-manik peluh. Dia meluru ke hadapan dan berdiri di sebelah Aleksei. Beberapa helai dokumen diletakkan di atas meja. Aleksei terpana dan ngeri. Sebuah laporan polis -penemuan mayat seorang kanak-kanak di ruang stor yang disimen. “Di rumah anda?“ Aleksei bertanya dan memandang wajah lelaki yang menerpa masuk tadi. Lelaki itu memandang pegawai di hadapannya kemudian kepada Aleksei. Mulut lelaki itu mahu mengucapkan sesuatu tetapi seakan dikunci. Sungguh, Aleksei tidak menjangkakan semua ini. Apakah dia dan Nina terlalu naif?

Januari 1988
PESAWAT mula meninggalkan landasan. Tatyana yang kini berumur dua tahun menarik lengan baju Nina lantas tangannya menunjuk ke arah bangunan-bangunan yang kelihatan semakin mengecil apabila mereka semakin tinggi di angkasa. Pipi Tatyana diciumnya lantas Nina menoleh ke arah suaminya di tempat duduk bahagian tengah. Aleksei tersenyum tawar dan rambut Daniil yang duduk di sebelahnya diusap lembut. Mereka memberitahunya bahawa Israel itu syurga. Tanah yang tidak dihuni bangsa lain kerana merekalah yang selayaknya kembali memilikinya. Benarkah, benarkah? Lamunan mereka terganggu apabila pengumuman dibuat, ‘ ...kita baru sahaja berlepas dari Lapangan Terbang Ben Gurion dan kita adalah 4932 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Newark, New Jersey’....

Glosari
Glasnost – keterbukaan
Perestroika – penstrukturan
Demokratizatsiya – pendemokrasian

Biodata Penulis
NOOR Tahir, nama pena bagi Noor Idayu Tahir, pendatang baru dalam dunia penulisan kreatif tanah air. Seorang ahli sains yang sangat meminati dunia penulisan kreatif dan bahasa. Penulis adalah seorang saintis namun mempunyai minat mendalam di dalam bidang penulisan dan bahasa.

Sangat meminati karya Arena Wati dan menulis atas semangat kesejagatan keamanan\\

Sanggar Kreatif: Kerana Takdir Itu
Oleh Hasni Jamali

2010/10/03

“ILHAM, mari masuk. Dah senja.”
“Tak mahu. Ilham mahu tunggu ibu dan adik.”
“Ilham. Ilham sayang .…”

Aidilfitri kali ini seperti hilang maknanya buat keluarga kami. Sebuah pemergian yang masih kejap dalam ingatan. Belum separuh purnama umat Islam menunaikan fardu Ramadan, kakak pergi meninggalkan kami. Pergi buat selamanya. Pergi yang tidak akan kembali lagi. Sebagai adik, aku bakal melengkapi tawa dan duka Ilham.

Anak sulung kakak yang berusia lima tahun. Ilham masih belum mengerti makna kematian. Ilham masih mentah apabila hidupnya disinggahi babak pemergian. Ibu dan adiknya kini tiada lagi di dunia fana. Mereka diragut nyawa dalam sebuah kemalangan yang ketika itu dalam perjalanan pulang ke kampung. Aidilfitri mahu disambut sekeluarga. Namun, hanya Allah Maha Mengetahui. Sudah begini suratan ajal mereka.

Ilham masih menanti di birai jendela. Masih bermenung melihat jalan raya yang sunyi. Wajah anak comel ini tidak sekali mencerminkan ria. Rindunya masih tertahan di balik kelopak mata yang ada kalanya terlihat sinar jernih. Sudah mula mengertikah dia, bahawa yang dinantinya itu tidak akan datang memeluk? Sudah mula mengertikah dia, bahawa yang dinantinya itu tidak akan datang melunas janji? Janji untuk beraya bersama-sama.
“Ilham .…”

“Mak Su, Ilham mahu tunggu adik. Ilham dan adik sudah berjanji untuk beraya bersama-sama. Kami mahu kumpul duit raya banyak-banyak.”
Ilham kembali merenung luar jendela. Menanti kalau-kalau yang diharapkan bakal menjelma. Sungguh. Ilham membawa rintih pedih buat kami yang mengerti makna kematian ini. Hingga petang ini yang berlalu, aku biarkan dia bermenung begitu. Biarlah, esakan ini tertangguh kerana Ilham, aku perlu kuat menghadapi dunia yang ditinggalkan ibu dan adiknya.
“Mak Su. Kenapa ibu dan adik masih belum pulang?”

“Ilham ...,” sendu itu aku tahan agar tidak terburai di hadapan anak kecil ini.
“Lama Ilham tunggu. Ilham letih. Waktu berbuka sudah hampir. Mak Su masak apa hari ini?”

Segera Ilham menarik lenganku menuju ke kamar makan. Di situ, ummi melihat pantas gelagat cucunya. Tercuit rasa hati apabila Ilham memeluk belakang ummi. Aku, masih menahan sendu. Lirik mata ini tidak mahu berkedip. Kerana aku tahu, jika berkedip walau sekali pasti ada butiran jernih bakal tumpah. Di hadapan Ilham dan akan dipersoalkan lanjut olehnya. Tidak, aku perlu kuat dan tabah. Anak kecil ini masih jauh untuk mengerti.

Ilham dibawa bapanya ke kamar mandi. Riang nakalnya menggema ruang teratak. Ummi yang sejak tadi memandang aku, melirik tajam agar jangan merintih lagi.
“Sudah-sudahlah menangis Su. Kakak kamu sudah tiada. Sudah takdirnya dipanggil Ilahi.”

“Tapi, ummi .…”
“Umi mengerti. Umi faham. Bila-bila masa sahaja kita bakal dijemput-Nya. Walaupun dia amat kita sayang, tetapi sayangnya Allah pada dia lebih daripada segalanya.”

Aku meninggalkan ummi seorang diri menyediakan juadah berbuka di kamar makan. Cukup sekali itu nasihat dan amanat yang diberi ummi. Dalam hati yang walang seperti ini, apa-apa sahaja ungkapan sukar mengubat hati. Aku goyah dimamah bicara ummi supaya aku tabah dan menerima takdir pemergian kakak. Aku sayang kakak. Kenapa kakak pergi secepat ini.

Kerana takdir itu kakak pergi meninggalkan Ilham. Kerana takdir itu kakak juga meninggalkan suami tercinta. Kakak juga meninggalkan aku. Aku seorang adik yang sering mendambakan kasih seorang kakak. Tangisku lebih hebat daripada Ilham. Biarpun kesannya lebih berat kepada Ilham yang kehilangan ibu tempat bermanja, tetapi aku. Aku merindukan kakak lebih daripada segala-galanya.

Masih kejap dalam ingatan, setiap kali abi ingin menghukum aku kerana lewat pulang ke rumah kakak sedia menadah tubuhnya. Rotan abi hinggap di tubuh kakak ketika kakak melindungi aku daripada terkena bias-bias sakit itu. Setiap kali aku tertumpahkan air minuman, kakak lekas-lekas datang mengelap lantai. Setiap kali aku gagal dalam peperiksaan, kakak tempat aku bergantung harap agar mendengar luahan hati.

Segalanya tinggal kenangan. Kakak tiada lagi ketika ini. Kakak sudah tiada untuk mendengarkan rintihan hati.
“Mak Su. Kenapa menangis?”

“Eh, Ilham. Sudah siap mandi? Mari Mak Su sarungkan baju.”
“Ilham mahu baju yang itu. Baju itu ibu belikan untuk Ilham. Cantik.”
“Baju Melayu ini? Tapi .…,” Ilham lekas mengangguk.

“Tapi, ini baju untuk raya.” Aku serba salah untuk menyatakan bahawa baju Melayu ini hanya tinggal kenangan. Tiada keseragaman yang bakal disarung untuk Ilham dan kakak di pagi Syawal.

Ilham akur. Lemah yakannya.
“Kenapa Mak Su menangis?”

Perlukah aku menyatakan, aku rindukan kakak di hadapan anak kecilnya ini?
“Mak Su rindu ibu ya?”

“Ilham .…”

“Mak Su ini, manjanya lebih daripada Ilham. Ilham pun rindu ibu juga. Tapi Ilham kuat. Ilham tak menangis pun.”

Rindu kamu rindu yang tidak pasti Ilham. Kamu masih belum mengerti segala yang terjadi. Mak Su rindukan ibu kamu, kerana Mak Su tahu bahawa pemergian ini adalah pasti. Pemergian yang tidak akan kembali lagi.

Ilham berlari-lari anak menuju ke pangkuan bapanya. Abang Ilyas turut melirik mataku. Aku tahu, dia cuba menyelami hati walang seorang adik yang kini kehilangan kakak yang amat disayangi.

Kata-kata abi suatu masa ketika kakak bergesa untuk pulang terngiang-ngiang dipuput bayu. Abi lantang bersuara menyatakan tindakan kakak untuk pulang awal di teratak kami adalah suatu yang mustahil dan jarang dilakukan orang. Aku yang melonjak riang menyatakan rasa tidak puas hatiku kepada pandangan abi, “Biarlah kakak mahu pulang awal. Kakak dapat cuti panjang daripada majikannya. Abang Ilyas pun sudah beri kebenaran untuk kakak pulang bersama Intan. Kenapa abi mahu musykilkan pula?”

“Aku tahu, kakak kau pulang awal sebab dia mahu pengaruh otak Ilham ini. Dia nak bawa balik Ilham tinggal bersamanya. Bukan aku tak tahu semua rancangan dia mahu pisahkan kita dengan Ilham.”

“Abi, sampai hati abi tuduh kakak. Apa salahnya kalau kakak mahu bawa Ilham tinggal bersamanya. Ilham ini anak kandung kakak.”

“Memang anak kandung, tetapi masa susah dulu siapa yang jaga anak dia ini? Aku … aku yang berhak untuk jaga Ilham selamanya.”

Astagfirullah. Abi sepertinya tidak ikhlas membantu kakak dengan bicara seperti ini. Abi .…”

Aku kehilangan kata-kata. Abi terus pergi dengan wajah merah padamnya. Begitu lunak abi mempertahankan fikiran yang bertakung dalam mindanya selama ini tentang kepulangan kakak. Tidak terdetik walau sekali pun di hati, bahawa kakak akan mengambil Ilham daripada pangkuan umi dan abi. Kakak seorang anak yang taat dan berpegang pada janji. Sudah kakak janjikan dahulu, bahawa Ilham adalah hak umi dan abi untuk menjaganya.

“Abi, kakak bukan seorang yang mudah lupa ketika susah dan senangnya. Mengertilah abi.”

Sepuluh Ramadan berlalu dengan barakahnya ketika aku menghitung hari ke-11 bahawa kakak akan pulang ke teratak kami. Malam sebelum kakak bertolak, ada panggilan telefon yang mendesak hati untuk aku sabarkan.

“Kakak bimbang andai kata-kata abi itu tidak merestui kepulangan kakak. Tetapi, kakak mahu pulang ke kampung lebih awal sebab kakak mahu tunaikan solat Tarawih bersama-sama adik. Kakak rindu zaman kita masa-masa dahulu. Setiap kali Ramadan, pasti kita akan ke surau dan solat terawih bersama-sama. Kemudian, kita pulang ke rumah dengan sekali sekala tubuh kita dibauri bauan asap bunga api yang kita main bersama rakan-rakan. Adik ingat lagi?”
“Sudah tentu adik ingat. Tak akan adik lupa, kak.”

“Syukur dik, majikan kakak tiba-tiba baik hati luluskan cuti kakak seawal ini. Boleh juga nanti kakak bawa Ilham solat Tarawih bersama-sama. Sudah besar dia sekarang kan.”

“Iya kak. Pasti kita bawa dia rasa suasana seperti kita masa muda dulu kan. Kakak jangan bimbang, teruskan perjalanan untuk pulang ya. Hati-hati memandu.”
Panggilan akhir daripada kakak. Ketika itu langsung tiada riak untuk hati mengetahui bahawa kakak akan pergi selamanya selepas itu.

Ramadan ke-11, jenazah kakak dan Intan dibawa pulang dalam sayu. Aku kehilangan kata-kata. Ummi menangis hiba. Ilham masih biasa dan didakap erat saudara mara yang hadir. Ilham hanya mengerti ibu dan adiknya tidur lena di dalam tanah. Adakalanya dia akan menanti di birai jendela akan kepulangan ibu dan Intan.
Kerana takdir itu, kakak pergi dan tidak akan kembali. Takdir yang sudah tertulis untuk kakak, Intan dan seorang insan yang amat aku sayang. Abi jua pergi bersama-sama.

“Motosikal yang ditunggang Pak Sarhan dikatakan cuba mengelak pelepah kelapa di atas jalan, lalu terbabas dan menghentam kereta Myvi kepunyaan kakak kamu. Lori balak di belakang kereta kakak kamu tidak sempat menekan brek, lalu terbabas dan menghempap keretanya.” Hanya tinggal beberapa simpang untuk kakak bertemu kami. Namun ajalnya sudah disuratkan takdir. Salman yang menyampaikan berita duka ini berlalu dengan hati yang pedih. Kerana takdir itu, dia kehilangan kakak yang dulunya pernah mengisi ruang hatinya. Bukan sementara kerana kakak sudah berumahtangga, tetapi untuk selamanya bersama Maha Pencipta.

Kerana takdir itu, tangis ini akan terus mengisi ruang hati. Sayangnya aku kepada kakak tiada tara dan gantinya.

“Adik, kerana takdir itu relakan kakak pergi dengan aman dan tenang. Relakan ia bersemadi bersama merdu alunan doa dan kalam suci Allah yang pernah kakak ajarkan kepada adik dahulu. Relakan segalanya dalam bahagia. Adik, kakak sentiasa ada bersamamu. Di sini.” Bicara Abang Ilyas mematikan lamunan dan air mata. Wajah Ilham disuakan dalam ribaanku.

“Kerana takdir itu, masih ada kakak di sini. Ilham sayangku.”

BIODATA
HANNA JOHAN, nama pena bagi Hasni Jamali, pendatang baru dalam dunia penulisan kreatif tanah air Lulusan Sarjana Muda Persuratan Melayu dengan Kepujian, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini pernah menyertai Bengkel Penulisan, Kelab Penulisan Zaharah Nawawi (KEPEZI). Puisinya mendapat tempat dalam Tunas Cipta, Dara.Com, Berita Minggu dan Berita Harian. Puisi Naib Juara Akademi Sastera Siri Kedua pada 2009 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pernah menjadi latar episod dokumentari dalam Rancangan Rampai Pagi di Radio Televisyen Brune

Persoalan Agama: Amalan tabur bunga atas kubur harus
Bersama Ustaz Zahazan Mohamed
bminggu@bharian.com.my
2010/10/17

Tiada tegahan ziarah pusara asalkan iktikad untuk mendoakan si mati

Soalan: APAKAH pandangan ustaz mengenai adab menziarahi pusara? Bagaimana dengan perbuatan menabur bunga dan daun pandan di pusara dan bagaimana dengan bacaan ayat suci yang sepatutnya? Bagaimana pula dengan mereka yang tidak tahu di mana pusara ibu atau bapa kerana kematian berlaku ketika anak masih kecil? Apakah memadai dengan sedekahkan ayat suci al-Quran?

MD RADYUWAN, Kuala Lumpur.

Jawapan: Imam al-Bukhari meriwayatkan, daripada Ibn Abbas, bahawa Nabi Muhammad SAW melalui dua kubur. Lalu Baginda bersabda: “Sesungguhnya kedua-duanya sedang di azab dan tidaklah kedua-duanya di azab kerana dosa besar. Adapun yang ini di azab kerana tidak menjaga (kebersihan) daripada kencing manakala yang ini pula kerana suka mengadu domba.” Lalu Nabi SAW meminta pelepah dan mematahkannya (menjadi) dua bahagian. Kemudian Baginda memacakkan di atas (kubur) ini satu dan di atas (kubur) ini satu.

Kalangan sahabat Nabi bertanya: “Wahai Rasulullah, mengapa engkau melakukan hal ini?” Baginda menjawab: “Mudah-mudahan diringankan azab itu daripada kedua-duanya selama pelepah kurma itu belum kering.”

Hadis kedua pula riwayat Muslim daripada Jabir, Rasulullah SAW melalui dua kubur dan Baginda dengan mukjizatnya berkata, kedua-duanya penghuni kubur ini sedang diseksa...lalu Baginda meminta pelepah tamar yang masih basah dan mematahkan menjadi dua bahagian dan memacakkan pada setiap kubur, lalu bersabda,” Aku berharap syafaatku dapat meringankan azab kedua-duanya, selama pelepahnya masih basah.”
Daripada kisah hadis itu, sebenarnya kalangan ulama berselisih pendapat atau pandangan mengenai hukum meletakkan pelepah di atas kubur. Pandangan segolongan ulama yang menegah menyatakan perbuatan itu disyariatkan khusus untuk Nabi Muhammad SAW.

Keberkatan ada pada Nabi SAW saja. Syaikh Ahmad Syakir (dalam syarah Sunan al-Tirmizi) berpendapat amalan menabur bunga dan meletak kalungan bunga ini diambil dari amalan masyarakat Kristian.

Pandangan ulama yang mengharuskan pula mengatakan perbuatan itu diharuskan kepada semua orang Islam. Syeikh Atiyah Saqar (iaitu seorang Mufti Lajnah Fatwa al-Azhar) berkata: “Ini adalah masalah antara golongan mengharuskan dan golongan yang menegah. Saya melihat tiada tegahan pada perkara ini selagi mana ia beriktikad (menyakini) bahawa yang memberi manfaat dan mudarat itu hanyalah Allah SWT. Apa yang kita hadiahkan kepada si mati seperti doa, sedekah dan lain-lain lagi adalah ‘min babil asbab’ semata-mata mengharapkan rahmat Allah SWT.

Justeru, perbuatan menaburkan bunga sebagai menggantikan pelepah dan ranting basah adalah harus. Bagaimanapun, jika bunga itu dibeli dengan harga mahal semata-mata untuk melakukan perbuatan itu, dibimbangi ia akan jatuh kepada haram disebabkan membazir.

Selain itu ketika menziarahi pusara, anda juga harus membaca al-Fatihah dan surah Yasin. Nabi SAW menganjurkan kita agar membaca surah Yasin bagi masyarakat Muslimin (yang akan atau sudah) meninggal dunia. Wallahua’lam.

SEBARANG kemusykilan sila hantarkan soalan ringkas menerusi e-mel bminggu@bharian.com.my atau melalui pos di alamat Berita Minggu, Berita Harian Sdn Bhd, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur
Lubuk Yob
Oleh Hafizzul Mohamad
edisimingguan@bharian.com.my
2010/10/17

« sebelum selepas »

No comments:

Post a Comment