Wednesday, December 22, 2010

'Mereka mahu bunuh kerjaya Raja Lawak'

SEMENTARA itu, Qasha yang pernah membintangi sebuah drama, Lukisan Hati dan menjayakan komersial TV antaranya Ajinomoto, DiGi dan Petronas, sedia memberikan kerjasamanya apabila dia sempat hadir ke Balai Berita, petang Rabu lalu untuk melihat sendiri kesahihan tiga keping foto aksi panas yang dikatakan mirip dirinya bersama Nabil dalam salah satu ‘adegan’ sedang bercium mulut.

“Apabila saya diberi peluang melihat ketiga-tiga keping foto aksi panas itu, saya menafikan sekeras-kerasnya ia milik saya dan Nabil. Pun begitu, saya tidak menafikan kedua-dua individu terbabit mempunyai wajah seiras kami, namun saya yakin ia dihasilkan dengan menggunakan kepakaran teknik superimpose berteknologi tinggi sehingga saya sendiri gagal menemui sebarang kecacatan pada foto berkenaan.

“Bagi saya, perbuatan berunsur khianat itu dilakukan pihak yang berniat jahat menjatuhkan karier Nabil berdasarkan popularitinya berbanding saya yang baru hendak mengenali dunia seni. Nabil ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, dia baru saja putus cinta dengan Irma, kini berdepan pula dengan isu foto lucah.

“Seperkara lagi, selepas diamati, saya yakin foto aksi panas berkenaan belum pernah disiarkan di mana-mana blog atau lama web hiburan sebelum ini. Tiga keping foto itu kali pertama saya lihat, justeru saya berasa sangat sedih dan malu apabila ada pihak yang tergamak menyebarkan foto superimpose kami berdua.

“Namun, terpulanglah kepada masyarakat untuk membuat pelbagai andaian selepas ini sama ada mereka hendak mempercayainya atau tidak. Mereka berhak untuk bercakap apa saja. Seandainya masyarakat terus-terusan mendakwa foto cium mulut itu dilakukan saya bersama Nabil, saya tidak mampu menutup mulut mereka,” kata Qasha dalam nada sangat kecewa.

Sebagai pendatang baru dunia hiburan, Qasha mengakui kesal atas segala kesilapan yang mungkin dilakukannya selama ini, sekali gus memohon maaf agar diberi peluang memperbaiki kelemahan diri. Dia juga berharap agar dirinya tidak terus dipersalahkan sebagai pihak ketiga yang menjadi punca putus cinta Nabil bersama Irma.

“Saya masih terlalu mentah, banyak perkara yang perlu saya pelajari untuk mematangkan diri. Saya juga memohon agar peminat Nabil tidak berterusan menyalahkan saya sebagai punca perpisahan antara Nabil dan Irma. Saya mengenali Nabil selepas dia membuat pengakuan tidak lagi mempunyai apa-apa hubungan istimewa dengan bekas kekasihnya itu, itupun selepas kami dipertemukan oleh beberapa teman,” kata Qasha.

Menerusi beberapa laman web hiburan sudah tersebar foto mesra Nabil bersama beberapa anggota keluarga Qasha, selain dikatakan berpimpin tangan ketika ditemui di Phuket baru-baru. Justeru, adakah situasi itu boleh dijadikan bukti cinta Qasha bersama Nabil?

“Kemesraan saya bersama Nabil belum cukup dijadikan bukti kami bercinta. Dalam usia semuda ini, saya tidak mahu terjebak dengan cinta, antara saya dan Nabil kami hanya selesa sebagai kawan. Saya juga tidak pernah bermimpi untuk menjadi pengganti Irma. Sebenarnya antara saya dan Nabil, kami masih dalam proses mengenali diri masing-masing. Buat masa ini, biarlah saya berjaya dalam pelajaran dan karier saja,” katanya lagi.

Sutera kemegahan
Oleh Nor Shahfizan Hasim
nshahfizan@bharian.com.my
2010/11/07

« sebelum selepas »


Waris pengusaha sutera bekerjasama menguruskan perniagaan.


Bahyjeh mengumpul benang sutera yang siap diproses.


Throne Hall merupakan takhta, bilik mandi dan pertemuan di antara pahlawan beristirahat.


Pasar lama menjadi lokasi perniagaan utama di Aleppo.

Tekstil golongan bangsawan Syria jadi produk wajib sebagai cenderahati

REPUBLIK Arab Syria terletak di barat daya Timur Tengah, juga digelar gedung khazanah dunia berpaksikan sejarah tamadun manusia yang penuh dengan pelbagai keunikan.

Walaupun Syria kini menuju arus pemodenan, kesan sejarah menjadikan negara ini antara lokasi pelancongan sukar ditandingi, malah tidak keterlaluan untuk Syria mendabik dada atas kelebihan yang ada.

Kelebihan negara ini adalah kerana lokasinya di laluan pertemuan dunia, sekali gus menjadi titik pertemuan kalangan pedagang Laluan Sutera dari timur ke pasaran Mediterranean melalui Asia Tengah.

Sutera adalah bahan amat bernilai dan sering digunakan golongan diraja, bangsawan serta pegawai tinggi kerajaan. Penemuan arkeologi menunjukkan bahawa sutera menjadi bahan mewah yang sangat dihargai dan sudah wujud sebelum adanya Laluan Sutera yang dipelopori pedagang China pada abad kedua.

Kajian arkeologi juga menemui aktiviti penenunan sutera Syria sebenarnya sudah pun bermula di kota lama Palmyra di tengah Syria pada abad pertama lagi.

Bagaimanapun, China mendominasi pasaran sutera mewah dan mengeksport kain berkualiti tinggi ke Eropah dan negara di timur. Selepas Perang Salib, teknik pengeluaran sutera mula tersebar di Eropah Barat hingga peralatan tenun mereka juga dikatakan jauh lebih unggul ketika itu.
Hasil aktiviti perdagangan di laluan yang boleh dianggap `lubuk emas’ itu, terbinalah jalinan perniagaan yang turut memainkan peranan penting dalam menjana ekonomi, komoditi dan pembangunan di sesuatu tempat, malah kerana aktiviti itu jugalah, wujud kubu pertahanan, penyebaran pelbagai agama dan percambahan pelbagai budaya.

Baru-baru ini, penulis berpeluang ke negara berkenaan apabila dipilih menyertai program anjuran Kementerian Pelancongan Syria bagi memperkenalkan produk pelancongan negara itu kepada rakyat Malaysia.

Tuah bertambah apabila bertemu dengan sebuah keluarga yang begitu lama mengusahakan perniagaan sutera, lantas mengukuhkan keyakinan penulis terhadap kesan kehadiran pedagang sutera di Syria.

Keluarga Yousef Mouhamad Hasan, 73, dikenal pasti pewaris tertua yang masih menjalankan perniagaan sutera di republik terbabit.

Walaupun sudah dimamah usia, Yousef tewas kepada minat mendalam terhadap sutera yang mendorongnya untuk meneruskan perniagaan turun temurun keluarganya itu sambil bertemankan peralatan mesin kayu dianggarkan berusia ratusan tahun untuk menghasilkan sutera.

Sambil dibantu isteri, Bahyjeh Talamoon 68, pasangan suami isteri ini kelihatan amat berbangga apabila usaha mereka turut mendapat perhatian pelancong asing. Ia tidak menghairankan kerana sutera dihasilkan keluarga ini amat bermutu dan tidak putus-putus ditempah pelanggan.

Anak pasangan berkenaan, Jalal Hassan, 25, ketika ditemui, menjelaskan cara bagaimana sutera dihasilkan, bermula dari ulat yang kemudian menjadi pelindung pupa yang terhasil daripada serat dikeluarkan larva ketika membentuk kepompong.

"Bagi menghasilkan 25 gelung benang sutera sehari, kami memerlukan kira-kira 10 kilogram serat, tetapi segala penat lelah ini berbaloi kerana harga produk sutera yang begitu tinggi. Sifat sutera yang begitu lembut menjadikan harganya mahal, tetapi bagi sesiapa yang menggunakannya, ia adalah lambang kemegahan,” katanya.

Keluarga penghasil sutera di negara ini biasanya membela ulat sutera sendiri pada musim bunga dan menenun pada musim panas dan tetap bersemangat untuk memastikan tradisi sejak berkurun lamanya itu berterusan serta kekal sehingga keturunan berikutnya.

Walaupun pengusaha sutera di Syria dilaporkan semakin berkurangan dengan puncanya dikatakan akibat arus pemodenan yang menyebabkan kos kehidupan meningkat sehingga memaksa petani mengalih tumpuan menanam pokok buah-buahan atau zaitun, masih ada yang tetap bersemangat untuk menghasilkan sutera.

Pelanggan sasaran adalah pelancong asing yang mencari bahan seperti selendang sutera berkualiti tinggi yang rata-rata dijual pada harga daripada 3,000 hingga 8,000 pound Syria (RM22 hingga RM53 sehelai) dengan promosi biasanya hanya disampaikan daripada seorang pelanggan kepada pelanggan yang lain.

Dilaporkan, pengeluaran kepompong sutera di Syria meningkat daripada 2.6 tan pada 2009 kepada 3.1 tan tahun ini hasil skim galakan yang diperkenalkan kerajaan republik terbabit. Kini, Syria adalah satu-satunya negara di benua Arab yang melaksanakan semua peringkat penghasilan sutera.


Kesan sejarah di Aleppo

KEMBARA penulis ke Syria dari Kuala Lumpur melangkau jarak 7,544 kilometer semata-mata untuk mengimbau sejarah laluan pedagang purba melalui program Festival Laluan Sutera 2010 yang dianjurkan Kementerian Pelancongan Syria, baru-baru ini.

Menurut cendekiawan sejarah, Laluan Sutera adalah saluran penting pertukaran budaya, komersial dan teknologi antara peniaga, tentera, perantau dan penduduk dari China, India, Tibet, Parsi dan negara Mediterranean selama hampir 3,000 tahun.

Nama laluan itu jolokan daripada hasil sutera yang diperdagangkan pengembara dari China ke Syria bermula pada zaman Dinasti Han (206-220 Masihi).

Sempena festival berkenaan, penulis bersama petugas media lain dari seluruh dunia turut melawat beberapa lokasi pelancongan menarik di Syria. Rakan media dari Kyodo News, Tsuchiya Takeshi, nyata begitu kagum dengan tarikan Syria yang disifatkannya sangat kaya dengan tamadun yang lahir hasil gabungan timur dan barat.

“Sungguh mengagumkan melihat runtuhan bandar lama yang menggambarkan gabungan budaya benua timur, barat, utara dan selatan. Saya percaya Syria mampu bangkit menjadi antara negara tumpuan industri pelancongan di peringkat antarabangsa,” katanya.

Destinasi pertama dikunjungi ialah Citadel of Aleppo, sebuah istana purba di bandar Aleppo. Ia kini dianggap antara istana tertua dan terbesar di dunia. Kewujudan monumen arkeologi ini diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai Tapak Warisan Dunia pada 1986.

Struktur kubu Aleppo yang terhasil daripada batuan kapur yang terletak di puncak bukit adalah lambang dalam sejarah kegemilangan tentera Islam. Di bahagian utama benteng ini terdapat ruang takhta dan bilik mandi, selain sebuah masjid kecil dikenali sebagai Masjid Ibrahim yang dibina di menara tinggi.

Lokasi seterusnya, Pasar Purba dan Khan Alshouna. Pasar lama ini terletak ke arah pintu masuk Citadel of Aleppo manakala Khan merujuk kediaman atau tempat rehat peniaga yang kini berubah menjadi pusat kraftangan dan lokasi utama perniagaan di Aleppo.

Kawasan seluas tujuh kilometer persegi ini menempatkan 39 gerai yang penuh dengan hasil perdagangan untuk dijual. Apa yang menarik, pelancong akan melalui laluan sepanjang 10 kilometer merentasi jalan sempit, tetapi berbaloi berkunjung ke sini kerana boleh membeli-belah pelbagai barangan, termasuk cenderahati untuk dibawa pulang.

Ada kedai menjual rempah ratus, sabun, pakaian dan tudung dengan peniaga sentiasa melemparkan senyuman menanti pembeli. Bangunan pasar lama ini yang dijaga rapi dan dinaik taraf seiring dunia moden, mempunyai pintu masuk melengkung tinggi yang diperbuat daripada kayu besar serta diperkuatkan dengan logam dan tembaga.

Kami kemudian ke Kimar, Brad (St Maroon) dan Ein Dara. Kawasan St Maroun adalah lokasi keagamaan dan paling penting dalam wilayah Aleppo. Di kawasan runtuhan ini terdapat makam St Maroon, bekas paderi Kristian yang dilahirkan di Syria. Sekeliling makam dikelilingi monumen bukti wujudnya aktiviti keagamaan dan kemusnahan arkeologi.

Candi Ein Dara pula adalah kuil yang terletak di barat laut Aleppo, dibina sekitar abad ke-10. Di sini ada dua artifak singa diukir daripada batu kapur, menggambarkan haiwan itu pernah menjadi objek pemujaan atas factor

DAP dicabar akui Perlembagaan Persekutuan

KUALA LUMPUR 15 Nov. - Gagasan Melayu Perak (GMP) mencabar DAP supaya mengakui bahawa Islam dan bahasa Melayu adalah agama dan bahasa kebangsaan bagi membuktikan parti itu benar-benar menghormati Perlembagaan Persekutuan.

Presiden GMP, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, DAP juga dicabar supaya mengakui bahawa tiada sesiapa atau mana-mana kaum boleh mempertikaikan hak dan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera seperti yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Sejarah telah membuktikan UMNO dan orang Melayu sama sekali tidak bersifat buta perlembagaan, buta sejarah seperti yang dituduh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

"Sejarah juga membuktikan bahawa UMNO dan orang Melayu tidak pernah sesekali lari dari landasan Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Guan Eng yang mengecam UMNO sebagai buta sejarah dan buta perlembagaan kerana tidak memperjuangkan kepentingan kaum-kaum lain sebaliknya mengutamakan 'Melayu pertama, rakyat Malaysia kedua' yang jelas melanggar Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Guan Eng, UMNO hanya mempertahankan kedudukan keistimewaan orang Melayu apabila bercakap soal Perlembagaan Persekutuan dan tidak bercakap tentang kepentingan kaum lain.

Katanya, Guan Eng harus sedar bahawa UMNO adalah pihak yang terlibat dalam membangunkan Malaysia secara mental dan fizikal setelah ia rosak teruk akibat permainan api perkauman ekoran peristiwa 13 Mei 1969.

Mohd. Hilmi berkata, Guan Eng sepatutnya mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang di dalamnya termaktub bukan sahaja hak-hak orang Melayu, agama dan bahasa rasmi negara tetapi juga hak kaum Cina dan India di negara ini.

"Beliau ternyata tidak mempunyai semangat mempertahankan sebuah dokumen undang-undang tertinggi negara walaupun sudah mengangkat sumpah untuk berbuat demikian. Maka beliau tidak layak menjadi seorang ahli Parlimen di sebuah negara berdaulat," katanya.

Katanya, Guan Eng masih memainkan isu kedudukan hak istimewa orang Melayu dan kaum lain walaupun Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan dengan jelas hak dan kedudukan setiap kaum di negara ini.

"Jelas kepada kita bahawa beliau sebenarnya tidak pernah belajar sejarah atau sengaja buat-buat tidak tahu tentang fakta sejarah," katanya.

Sidang kemuncak APEC dan mentaliti orang Jepun

oleh Zulkefli Hamzah

'Selamat datang ke Yokohama! Bersama-sama 3.68 juta warga, saya dengan tulus ikhlas mengucapkan selamat datang kepada setiap anda semua.'

Kad ucapan ringkas Datuk Bandar Yokohama, Fumiko Hayashi yang diletakkan di setiap bilik penginapan kira-kira 8,000 delegasi Sidang Kemuncak Kerjasama Asia Pasifik (APEC) itu, begitu menyentuh perasaan.

Bukan kerana ayat yang digunakan tetapi keikhlasan itu diterjemahkan oleh warga kota Yokohama. Daripada sukarelawan APEC, pasukan keselamatan sehinggalah peniaga, semuanya mempamerkan kemesraan yang ternampak tulus ikhlas, bukan dibuat-buat.

Mungkin itulah ciri-ciri dan mentaliti masyarakat negara maju, yang kita di Malaysia akan melaluinya pada tahun 2020. Memang Yokohama, sebuah bandar pelabuhan yang asalnya adalah desa nelayan telah mempersiapkan dirinya dengan teliti dan terperinci untuk menganjurkan sidang kemuncak 21 buah negara APEC ini.

Pelbagai program dianjurkan yang melibatkan warga untuk menyambut delegasi APEC. Antaranya bengkel di seluruh bandar ini untuk mengambil gambar 'senyum' yang diabadikan dalam gambar mozek setinggi 1.5 meter dan juga poster APEC. Mereka yang tidak berpeluang menghadiri bengkel ini boleh menghantar gambar 'senyum' melalui telefon bimbit.

Dari Jun hingga Julai lalu pula, wakil daripada 14 negara terpilih APEC membuat lawatan di 20 buah sekolah rendah untuk berinteraksi dengan pelajar. Mereka akan memperkenalkan sejarah, bahasa, muzik, makanan, permainan dan seni mempertahankan diri kepada pelajar. Tujuannya untuk menanam minat generasi masa depan mengenai sejarah dan budaya negara anggota pertubuhan berusia 21 tahun itu.

Selari dengan peranannya sebagai bandar pintar, syarikat gergasi Nissan, Panasonic, Toshiba, Tokyo Electric, Tokyo Gas, Accenture dan Meidensha Corp., yang bergabung tenaga dengan kerajaan dan warga membangunkan model kota masa depan, turut terlibat mempromosikan sistem dan teknologi hijau mereka.

Projek bandar pintar, satu eksperimen untuk mencapai pertumbuhan mampan melalui inovasi dan perubahan gaya hidup penduduk, yang modelnya akan dijual kepada negara berminat, begitu dirasai.

Usah fikirkan aspek penggunaan sumber alternatif seperti angin, matahari dan tenaga nuklear mahupun penjimatan tenaga elektrik dan air. Bandar ini memang jauh ke depan. Soal pelepasan karbon yang dikatakan menjadi punca pemanasan global menjadi keutamaan bukan sahaja kepada kerajaan dan industri tetapi warganya.

Hal sekecil rokok pun menjadi perhatian sehinggakan ramai mengeluh susahnya untuk merokok di bandar ini.

Larangan merokok hampir tersebar di seluruh kawasan terutama di Minato Mirai 21 yang seluas 186 hektar itu. Di setiap tempat (jumlahnya tidak banyak) disediakan pondok khusus untuk penagih rokok. Minato Mirai 21 ialah kawasan pelabuhan yang dibangunkan semula sebagai bandar canggih sejak 1983 yang menjadi lokasi berlangsungnya mesyuarat APEC.

Begitu juga di hotel, perokok tidak boleh sewenang-wenangnya melepaskan gian mereka walaupun di kawasan perkarangan. Kaedahnya sama di lapangan terbang, yang hanya boleh merokok di bilik khusus perokok sahaja. Perokok dianggap sebagai perosak alam sekitar.

Hampir tidak ada restoran yang menyediakan tempat untuk merokok. Tetapi mujurlah bagi kaki rokok yang harganya masih murah di negara mereka, peraturan itu dilonggarkan di beberapa buah restoran sebaik sahaja APEC berakhir.

Menariknya, warga bandar ini begitu patuh dengan peraturan termasuk hal kecil berkaitan rokok itu. Mungkin mereka boleh ditakrif sebagai masyarakat rigid tetapi kesannya begitu membanggakan.

Orang Jepun seperti diketahui ramai juga amat sensitif dalam soal mengurus masa. Dalam hal mengisi perut pun tiada kompromi. Semasa seminar Invest Malaysia 2010 di Tokyo, makanan disajikan di dalam kotak yang diletakkan di setiap meja peserta. Sambil makan tengah hari, mereka mendengar taklimat. Praktikal dan tidak membuang masa.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengetuai delegasi Malaysia juga melalui pengalaman 'cepat dan tepat waktu' orang Jepun ini semasa majlis makan tengah hari pemimpin APEC pada hari terakhir persidangan.

Katanya: "Tadi kita makan tengah hari paling cepat dalam sejarah, setengah jam selesai. Presiden Peru kata ini adalah majlis makan tengah hari paling pantas yang pernah dia hadiri. Ada sesetengah negara duduk sampai dua jam bersembang."

Seperti imej bandar maju lainnya, tiada sampah dan tiada pula tong sampah. Mungkinkah suasana seperti ini boleh berlaku di Malaysia 10 tahun lagi? Yokohama bersama Curitiba (Brazil), Stockholm (Sweden), Singapura dan Brisbane (Australia) yang dipilih oleh Bank Dunia sebagai model bandar ekologi juga sangat efisien dalam pengurusan sisa pepejal.

Pendekatan bersepadunya telah berjaya mengurangkan 38.7 peratus sisa pepejal walaupun populasi penduduk meningkat kepada 170,000 orang. Bayangkan sahaja pendekatan itu dilaporkan telah menyelamatkan kos AS$1.1 bilion (RM3.41 bilion). Jika tidak, dua insinerator terpaksa diperbaharui yang sekali gus menjimatkan kos operasi dan penyelenggaraan tahunan sebanyak AS$6 juta (RM18.6 juta).

Seperkara lagi ialah sikap kebertanggungjawaban orang Jepun yang sentiasa bersungguh-sungguh dengan apa juga kerja yang mereka lakukan. Pengemas bilik hotel umpamanya, walaupun sudah berumur tetapi sentiasa terkejar-kejar untuk menyiapkan tugasnya. Setiap tugas mahu dibereskan dengan cepat dan cekap. Jauh sekali untuk curi tulang. Mungkin sebab itu kita selalu mendengar seorang Pegawai Ketua Eksekutif (CEO) negara ini rela membunuh diri jika gagal dalam tugasnya. Seorang menteri sanggup melepaskan jawatan atas kejadian buruk yang menimpa kementeriannya.

Sikap kerja bersungguh-sungguh ini juga ditunjukkan oleh para sukarelawan APEC yang sentiasa tekun melayani kerenah delegasi asing termasuk daripada media. Mereka komited dengan tugas yang diamanahkan walaupun hanya sebagai sukarelawan. Tumiko, sukarelawan yang terlibat menguruskan perjalanan bas perantara ke lokasi mesyuarat umpamanya, sentiasa bersungguh-sungguh menunjukkan arah jalan atau apa sahaja soalan yang diajukan. Dia sanggup ikut sama berjalan bagi memastikan destinasi yang dituju betul. Jangan terperanjat, dia adalah seorang banker.

Begitu juga Asaki, sukarelawan di lapangan terbang Narita yang sanggup membantu mengangkat beg untuk dimasukkan ke dalam bas. Juga jangan terperanjat, pesara ini mempunyai perniagaan di Amerika Syarikat. Bagi Tumiko dan Asaki, demi maruah Jepun, mereka sanggup 'menggantung' status yang ada.

Pengalaman di Yokohama dan Tokyo memberikan pelajaran bahawa status negara maju bukan sahaja tertakluk kepada tahap kemajuan yang ada. Ia mesti diiringi dengan mentaliti masyarakatnya. Negara kelas pertama juga mesti mempunyai masyarakat bermentaliti kelas pertama. Yokohama dan warganya telah menunjukkan teladan. Contohilah mereka

Lihat dalam konteks positif kenyataan Zahid Hamidi

MUNGKIN apa yang dikatakan baru-baru ini di Parlimen oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tentang bangsa bukan Melayu yang kurang patriotik kerana tidak ramai menyertai tentera telah menimbulkan kontroversi, sehinggakan ramai yang mempertikaikan kenyataan itu. Kontroversi itu juga menyebabkan Kabinet mendesak Zahid menjelaskan isu ini.

Kalau nak berbahas tentang isu ini, sampai bila pun tidak akan habis. Apa kata kita ambil hikmah daripada kenyataan Zahid ini.

Sama ada apa yang dikatakan oleh Zahid ini sesuatu yang betul ataupun tidak, kita lihat pada fakta di bawah ini.

Fakta: 90 peratus daripada rekrut tentera untuk tahun 2009 ialah bangsa Melayu, manakala 1.1 peratus terdiri daripada kaum Cina dan kaum India. Dan yang selebihnya (lebih kurang 8.8%) terdiri daripada beberapa kaum di Sabah dan Sarawak.

Persepsi: Daripada kenyataan di atas, ternyata persepsi umum ialah kaum lain di Malaysia selain daripada kaum Melayu tidak banyak yang menganggotai tentera.

Sememangnya semangat patriotisme tidak boleh diukur daripada berapa ramai yang menjadi tentera. Penulis pun tidak pernah memohon untuk menjadi tentera, tetapi tidak bermakna penulis seorang yang tidak patriotik.

Sungguhpun begitu, kita masih tidak boleh menyangkal persepsi umum yang kaum lain mungkin 'kurang patriotik' berdasarkan bilangan yang masuk tentera. Saya jelaskan sekali lagi, bahawa ini hanyalah persepsi umum dan bukannya sesuatu yang dipastikan.

Itu sebabnya kenyataan Zahid Hamidi perlu dilihat dalam konteks yang positif yang mana kita semua boleh mengambil iktibar daripadanya. Mungkin kenyataan Zahid telah membuka mata dan minda kita semua yang isu ini perlu dibuat kajian yang terperinci.

Jadi dalam hal ini, saya cadangkan ditubuhkan satu badan neutral yang membuat kajian "Sejauh manakah semangat patriotisme di kalangan remaja Malaysia hari ini?

Kajian yang menyeluruh ini mungkin diterajui oleh sebuah badan khas yang bebas daripada sebarang pengaruh. Badan tersebut perlu diberi tanggungjawab dan telus dalam kajian mereka. Ini disebabkan kajian yang dilakukan mungkin boleh dianggap sebagai sesuatu yang sensitif.

Badan ini mesti bertanyakan kepada golongan remaja hari ini, tidak kira kaum, "mengapa anda ingin masuk tentera?". Adakah kerana tidak ada pilihan lain atau sememangnya anda seorang yang patriotik?

Dan kepada yang tidak ingin masuk tentera pula, adakah disebabkan 'tidak ada daya penarik yang menyebabkan anda ingin masuk tentera", atau mungkin anda boleh memperoleh pendapatan yang lebih tinggi dalam pekerjaan lain. Ataupun mungkin anda memang tidak mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.

Badan ini juga perlu menjelaskan keputusan dan hasil kajian secara terperinci tanpa disekat. Bayangkanlah jika kajian mendapati yang sememangnya generasi kita kurang semangat patriotik? Tidakkah itu amat menyedihkan.

SHAHBUDIN HAJI EMBUN

Lihat dalam konteks positif kenyataan Zahid Hamidi

MUNGKIN apa yang dikatakan baru-baru ini di Parlimen oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tentang bangsa bukan Melayu yang kurang patriotik kerana tidak ramai menyertai tentera telah menimbulkan kontroversi, sehinggakan ramai yang mempertikaikan kenyataan itu. Kontroversi itu juga menyebabkan Kabinet mendesak Zahid menjelaskan isu ini.

Kalau nak berbahas tentang isu ini, sampai bila pun tidak akan habis. Apa kata kita ambil hikmah daripada kenyataan Zahid ini.

Sama ada apa yang dikatakan oleh Zahid ini sesuatu yang betul ataupun tidak, kita lihat pada fakta di bawah ini.

Fakta: 90 peratus daripada rekrut tentera untuk tahun 2009 ialah bangsa Melayu, manakala 1.1 peratus terdiri daripada kaum Cina dan kaum India. Dan yang selebihnya (lebih kurang 8.8%) terdiri daripada beberapa kaum di Sabah dan Sarawak.

Persepsi: Daripada kenyataan di atas, ternyata persepsi umum ialah kaum lain di Malaysia selain daripada kaum Melayu tidak banyak yang menganggotai tentera.

Sememangnya semangat patriotisme tidak boleh diukur daripada berapa ramai yang menjadi tentera. Penulis pun tidak pernah memohon untuk menjadi tentera, tetapi tidak bermakna penulis seorang yang tidak patriotik.

Sungguhpun begitu, kita masih tidak boleh menyangkal persepsi umum yang kaum lain mungkin 'kurang patriotik' berdasarkan bilangan yang masuk tentera. Saya jelaskan sekali lagi, bahawa ini hanyalah persepsi umum dan bukannya sesuatu yang dipastikan.

Itu sebabnya kenyataan Zahid Hamidi perlu dilihat dalam konteks yang positif yang mana kita semua boleh mengambil iktibar daripadanya. Mungkin kenyataan Zahid telah membuka mata dan minda kita semua yang isu ini perlu dibuat kajian yang terperinci.

Jadi dalam hal ini, saya cadangkan ditubuhkan satu badan neutral yang membuat kajian "Sejauh manakah semangat patriotisme di kalangan remaja Malaysia hari ini?

Kajian yang menyeluruh ini mungkin diterajui oleh sebuah badan khas yang bebas daripada sebarang pengaruh. Badan tersebut perlu diberi tanggungjawab dan telus dalam kajian mereka. Ini disebabkan kajian yang dilakukan mungkin boleh dianggap sebagai sesuatu yang sensitif.

Badan ini mesti bertanyakan kepada golongan remaja hari ini, tidak kira kaum, "mengapa anda ingin masuk tentera?". Adakah kerana tidak ada pilihan lain atau sememangnya anda seorang yang patriotik?

Dan kepada yang tidak ingin masuk tentera pula, adakah disebabkan 'tidak ada daya penarik yang menyebabkan anda ingin masuk tentera", atau mungkin anda boleh memperoleh pendapatan yang lebih tinggi dalam pekerjaan lain. Ataupun mungkin anda memang tidak mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.

Badan ini juga perlu menjelaskan keputusan dan hasil kajian secara terperinci tanpa disekat. Bayangkanlah jika kajian mendapati yang sememangnya generasi kita kurang semangat patriotik? Tidakkah itu amat menyedihkan.

SHAHBUDIN HAJI EMBUN

Tuntut pampasan lewat siap

Oleh Roslah Othman
kota@utusan.com.my

Johor: Taman Pulai Bestari busuk
Oleh Mohd Zin Ali

2010/11/16

SWM didakwa gagal selenggara sisa pepejal domestik

KANGKAR PULAI: Penduduk Taman Pulai Bestari, di sini mendakwa terpaksa berdepan masalah busuk apabila sampah domestik mereka tidak dipungut syarikat penyelenggara sisa pepejal sejak seminggu lalu.

Penduduk, Huzaifah Rahmat, 24, berkata pihaknya kesal kerana masalah sampah yang tidak dipungut itu dihadapi penduduk sejak lebih sebulan lalu dengan lori sampah hanya datang apabila mendapat aduan penduduk.

Beliau berkata, syarikat penyelenggara sisa pepejal itu sepatutnya memantau kontraktor dengan memastikan mereka ke taman berkenaan untuk mengutip sampah beberapa kali seminggu .

"Namun, kami kecewa kerana sampah dikumpul penduduk dalam tong sampah tidak dikutip lebih satu minggu hingga bertimbun dengan sebahagiannya bersepah apabila bungkusan plastik mengandungi sampah dikoyak anjing yang mencari sisa makanan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Pulai Bestari 9, taman berkenaan, kelmarin.

Suri rumah, Samah Sitam, 54, pula berkata sampah domestik yang mengandungi sisa makanan mengeluarkan busuk serta ulat yang menggelikan apabila dibiarkan tidak dikutip selama beberapa hari.

Beliau berkata, kegagalan SWM Environment Sdn Bhd (SWM) atau kontraktor syarikat berkenaan mengutip sampah mengikut jadual menyebabkan beliau terpaksa mengikat bungkusan plastik mengandungi sampah dengan kemas.

"Namun, ia tetap mengeluarkan bau kurang menyenangkan menyebabkan saya terpaksa menutup ruangan sampah di depan rumah serta sesekali menyembur racun serangga untuk mengurangkan bau berkenaan," katanya.
Samah berkata, pihaknya juga berharap Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) menjaga kebersihan kawasan taman berkenaan yang didapati terabai sejak ia mula dibuka lebih empat tahun lalu.

Katanya, kawasan padang permainan taman berkenaan didapati dipenuhi sampah dan tidak dibersihkan menyebabkan ia menyakitkan mata memandang dan penduduk yang sering berjoging serta beriadah di situ.

"Ada masanya, saya terfikir untuk membawa penyapu dan membersihkan padang permainan yang tidak diselenggara dengan baik sehingga mencacatkan pemandangan pengunjung yang sering ke sini," katanya.

Johor: Taman Pulai Bestari busuk
Oleh Mohd Zin Ali

2010/11/16

SWM didakwa gagal selenggara sisa pepejal domestik

KANGKAR PULAI: Penduduk Taman Pulai Bestari, di sini mendakwa terpaksa berdepan masalah busuk apabila sampah domestik mereka tidak dipungut syarikat penyelenggara sisa pepejal sejak seminggu lalu.

Penduduk, Huzaifah Rahmat, 24, berkata pihaknya kesal kerana masalah sampah yang tidak dipungut itu dihadapi penduduk sejak lebih sebulan lalu dengan lori sampah hanya datang apabila mendapat aduan penduduk.

Beliau berkata, syarikat penyelenggara sisa pepejal itu sepatutnya memantau kontraktor dengan memastikan mereka ke taman berkenaan untuk mengutip sampah beberapa kali seminggu .

"Namun, kami kecewa kerana sampah dikumpul penduduk dalam tong sampah tidak dikutip lebih satu minggu hingga bertimbun dengan sebahagiannya bersepah apabila bungkusan plastik mengandungi sampah dikoyak anjing yang mencari sisa makanan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Pulai Bestari 9, taman berkenaan, kelmarin.

Suri rumah, Samah Sitam, 54, pula berkata sampah domestik yang mengandungi sisa makanan mengeluarkan busuk serta ulat yang menggelikan apabila dibiarkan tidak dikutip selama beberapa hari.

Beliau berkata, kegagalan SWM Environment Sdn Bhd (SWM) atau kontraktor syarikat berkenaan mengutip sampah mengikut jadual menyebabkan beliau terpaksa mengikat bungkusan plastik mengandungi sampah dengan kemas.

"Namun, ia tetap mengeluarkan bau kurang menyenangkan menyebabkan saya terpaksa menutup ruangan sampah di depan rumah serta sesekali menyembur racun serangga untuk mengurangkan bau berkenaan," katanya.
Samah berkata, pihaknya juga berharap Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) menjaga kebersihan kawasan taman berkenaan yang didapati terabai sejak ia mula dibuka lebih empat tahun lalu.

Katanya, kawasan padang permainan taman berkenaan didapati dipenuhi sampah dan tidak dibersihkan menyebabkan ia menyakitkan mata memandang dan penduduk yang sering berjoging serta beriadah di situ.

"Ada masanya, saya terfikir untuk membawa penyapu dan membersihkan padang permainan yang tidak diselenggara dengan baik sehingga mencacatkan pemandangan pengunjung yang sering ke sini," katanya.


PENDUDUK mendengar penerangan mengenai penubuhan persatuan penduduk bayangan sempena majlis suai kenal antara penduduk di Bandar Saujana Putra, baru-baru ini. - UTUSAN/HAFIZH KHOSMAT


KUALA LANGAT 15 Nov. - Disember ini genap sepuluh bulan pembeli dan penyewa projek perumahan Bandar Saujana Putra Fasa 5A dan 5B menduduki kediaman sendiri selepas beberapa masalah melibatkan perumahan mereka berjaya diselesaikan.

Bagaimanapun, terdapat satu isu penting yang akan terus mereka perjuangkan sehingga selesai walaupun ia mungkin memakan masa yang lama iaitu hak untuk mendapatkan Pampasan Denda Lewat Siap Rumah (LAD) daripada pemaju.

Perkara itu diputuskan pada majlis ramah mesra dan dialog pertama kali anjuran pihak Jawatankuasa Bertindak Sementara (Protem) yang diadakan baru-baru ini.

Pada majlis itu, Protem yang sebelum ini berjaya menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi penduduk, berpendapat sudah tiba masanya untuk menubuhkan persatuan penduduk.

Naib Pengerusi 2 Protem, Azhar Ahmad, 36, berkata, sebagai pihak yang ditubuhkan untuk menyelesaikan masalah rumah yang tidak siap di Fasa 5A dan 5B, pihaknya berasa sudah tiba masa tanggungjawab seterusnya diserahkan kepada persatuan penduduk.

Katanya, dengan pelantikan pengerusi penaja bayangan dan barisan ahli jawatankuasanya, keyakinan terhadap persatuan untuk mengambil alih tugas Protem cukup tinggi.

"Walaupun bekalan air yang disalurkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) hanya sementara, begitu juga Sijil Layak Menduduki (CF), sekurang-kurangnya masalah utama yang membelenggu penduduk selama ini berjaya diselesaikan," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Azhar berkata, penyerahan tugas kepada persatuan penduduk nanti juga akan membolehkan Protem menumpukan pula kepada usaha menyelesaikan masalah empat fasa lain iaitu Fasa 1B, 1C, 3A dan 3B sehingga selesai dan serahan kunci dibuat.

Bagaimanapun, kata Azhar, selepas pelantikan secara sah telah dibuat, pihak Protem masih bersedia memberi kerjasama serta dijadikan pihak rujukan oleh persatuan.

Pada majlis itu, selain sesi pelantikan pengerusi dan AJK bayangan, penerangan mengenai tanggungjawab serta cara bagaimana untuk mendaftar persatuan (ROS) turut diberikan.

Turut mengisi agenda pertemuan itu sesi penerangan mengenai masalah tuntutan Pampasan Denda Lewat Siap Rumah (LAD) kepada penduduk.

Menurut Azhar, walaupun pemaju berdolak dalih mengenai LAD, pihak Protem dengan kerjasama penduduk akan terus berjuang bagi mendapatkan hak mereka.

Katanya, terdapat tiga cara boleh dibuat iaitu saman iaitu melalui peguam, tuntutan melalui tribunal Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta rundingan terus dengan pemaju untuk memperoleh situasi menang-menang.

Sementara itu Setiausaha Protem, Rozida Mat Johan, 34, berkata, banyak kelebihan sekiranya taman perumahan di situ menubuhkan persatuan penduduk sendiri.

Katanya, selain lebih memudahkan penduduk menyuarakan permasalahan mahupun isu kepada mana-mana pihak berkaitan, ia juga membuktikan kesepakatan di kalangan penduduk.

Pada majlis yang berlangsung selama tiga jam itu turut menyaksikan pelantikan Mohd. Fadli Jaafar, 32 sebagai pengerusi penaja AJK bayangan serta beberapa penduduk mewakili barisan ahli jawatankuasa penaja.

Mohd. Fadli yang ditemui berkata, dalam tempoh terdekat dia akan memanggil penduduk bagi mengadakan mesyuarat agung penaja bertujuan membincang dan mendapatkan persetujuan pelantikan pengerusi dan AJK secara sah.

Dia yang merupakan pembeli kediaman bagi Fasa 5A itu mengakui turut berasa kecewa dengan apa yang berlaku kepada mereka sebelum ini.

Sementara itu bagi Salmah Basri, 42, pembeli rumah Fasa 5A turut menyambut baik penubuhan persatuan penduduk di taman perumahan itu.

Katanya, apa yang diharapkan persatuan dapat meneruskan kesinambungan apa yang diperjuangkan oleh Protem selama ini terutama dalam membantu penduduk mendapatkan hak mereka.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Tuntut pampasan lewat siap

Penduduk desak pemaju segera buka pagar

SUNGAI BESI 15 Nov. - Penduduk Apartmen Desa Tasik di Sungai Besi di sini mendesak pihak berkenaan membuka tembok yang mengelilingi kawasan tasik berhampiran kediaman mereka.

Ini kerana, dakwa penduduk, tanah tersebut adalah milik kerajaan dan ia bakal dimajukan sebagai kawasan rekreasi, bermakna pihak berkenaan tiada hak memagari kawasan tersebut dan cuba menjadikannya projek persendirian.

Tinjauan Utusan Malaysia di sini mendapati, rata-rata penduduk membantah dan tidak puas hati sama sekali dengan tindakan pihak itu memagar kawasan tersebut.

Rata-rata mereka mengharapkan sebuah kawasan rekreasi yang sudah dijanjikan pihak berkenaan kepada mereka sejak mula membeli rumah di kawasan itu diwujudkan segera.

Pengerusi Persatuan Penduduk Apartmen Desa Tasik Fasa 6B, Noor Azam Salleh berkata, dia turut berharap agar kerajaan segera menjadikan kawasan itu sebagai sebuah kawasan rekreasi dengan segera seperti mana yang telah dijanjikan.

Ujarnya, tindakan memagar kawasan itu dilakukan oleh sebuah syarikat pemaju sejak kira-kira dua tahun lalu.

"Pada asalnya tanah tersebut sememangnya hak pemaju, namun setelah kawasan ini dibangunkan, ia telah pun diserahkan kepada kerajaan.

"Pemaju itu tidak sewajarnya melakukan apa-apa di atas tanah itu walaupun ia bersambung dengan tanah milik mereka yang sudah dibangunkan," katanya.

Tambah Azam, jika pemaju membuat juga projek persendirian di sini, bagi penduduk ia merupakan satu tindakan menceroboh.

Seorang Penduduk, Tan Ban Seng, 53, berkata, tiada sebarang kawasan rekreasi berdekatan kediaman mereka bagi membolehkan penduduk melepaskan tekanan.

Ujarnya, dia juga berasa kasihan dengan nasib kanak-kanak di kawasan itu yang tiada tempat untuk bermain.

Katanya, ini menyebabkan kanak-kanak itu menjadikan jalan raya dan ruang kosong di hadapan lif sebagai kawasan mereka bermain.

"Bukan sahaja kanak-kanak ini, saya juga buntu dan tidak tahu hendak ke mana apabila tidak bekerja.

"Masa lapang saya hanya dihabiskan di rumah, jika ada kawasan rekreasi boleh juga saya beriadah dan melakukan aktiviti senaman," katanya.

Katanya lagi, semasa dia membeli rumah ini dahulu, sememangnya sudah dijanjikan sebuah kawasan rekreasi.

Ujarnya, namun hakikatnya masih tiada sehingga sekarang dan lebih menyakitkan ianya di pagar pula oleh pihak pemaju untuk dijadikan pembangunan lain atas tujuan peribadi.

Seorang lagi penduduk, Mahayon Shamsudin, 62, pula berkata, pagar tidak berkaitan yang memagar kawasan tersebut hendaklah dibuka segera.

Katanya, dia juga berharap kerajaan tidak meluluskan sebarang permohonan daripada pihak pemaju untuk mendapatkan tanah tersebut.

Ujarnya, tanah tersebut sememangnya sesuai dijadikan kawasan rekreasi dan kerajaan sewajarnya mengambil tindakan segera membangunkannya.

"Di kawasan lain, rata-ratanya semuanya sudah mempunyai kawasan rekreasi sendiri untuk kegunaan penduduknya.

"Di sini sahaja tiada walaupun penduduk di sini mengharap sangat kewujudan sebuah kawasan rekreasi untuk mereka beriadah," katanya.

Katanya lagi, dengan pembinaan kawasan rekreasi ini, kanak-kanak di sini bakal mempunyai tempat bermain yang lebih selamat berbanding sebelumnya.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan penduduk mempertikaikan tindakan sebuah syarikat pemaju yang memagar satu kawasan tanah milik kerajaan berhampiran sebuah tasik di situ yang sebelumnya dikatakan bakal dimajukan sebagai kawasan rekreasi.

Pejabat Tanah dan Galian Wilayah, Persekutuan Kuala Lumpur (PTGWP) turut mengesahkan tanah tersebut masih lagi milik kerajaan.


No comments:

Post a Comment