Syaitan sukar gugat mereka beriman
HIDUP kita tidak sunyi daripada musuh dan antara musuh yang sering kita lupa ialah syaitan.
Syaitan adalah musuh yang agak 'pelik' kerana mereka tidak pernah berputus asa daripada rancangannya walaupun sedetik, sebaliknya sentiasa mencari kesempatan untuk menunaikan tugasnya.
Syaitan boleh melihat kita daripada sudut yang kita tidak dapat melihatnya. Mereka cuba pelbagai cara bagi memerangkap kita.
Salah satu daripada sifatnya ialah secara bersembunyi. Taktik dan perangkapnya mungkin berbeza kepada seseorang. Taktik yang digunakan juga bergantung kepada masa, tempat dan situasi.
Berlawanan daripada apa yang majoriti manusia fikir, syaitan bukanlah makhluk khayalan. Sebahagian daripada ujian di atas muka bumi ini, seorang itu perlu berjaga-jaga daripada syaitan.
Ini kerana selepas menderhaka kepada Allah, syaitan bersumpah untuk menyesatkan hamba Allah. Kedegilan syaitan ini dinyatakan di dalam al-Quran sebagai perkara penting untuk diingati.
Syaitan tidak mempunyai kuasa bebas tanpa Allah. Mereka diciptakan Allah dan berada di bawah kuasa Allah sepenuhnya. Syaitan juga hamba Allah dan hanya boleh melakukan sesuatu dengan keizinan daripada Allah.
Mereka ditugaskan untuk membezakan manusia yang benar-benar beriman daripada mereka yang tidak beriman. Mereka hanya boleh bertindak dengan izin Allah.
Apabila masa yang diberikan kepadanya tamat, dia akan dihumban ke dalam neraka bersama mereka yang disesatkannya.
Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku pasti akan memenuhi neraka jahanam dengan jenis kamu dan dengan orang-orang yang mengikuti kamu di antara mereka kesemuanya." (Surah S�d ayat 85).
Oleh itu, ingatlah bahawa syaitan sebenarnya tidak mempunyai kuasa ke atas orang-orang yang beriman. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam ayat berikutnya, mereka hanya mempunyai kuasa ke atas mereka yang tidak beriman dengan ikhlas dan
sebenarnya.
Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka." (Surah al-Hijr ayat 39-40)
Syaitan tidak boleh menyesatkan manusia yang beriman kepada Allah. Memang benar, orang-orang yang beriman juga cenderung melakukan kesalahan, tetapi mereka tidak pernah putus asa daripada mengharapkan rahmat daripada Allah, dan secepat mungkin meminta perlindungan kepada Allah dan bertaubat dengan seikhlasnya.
Kita diberitahu di dalam al-Quran mengenai mereka yang boleh disesatkan syaitan: Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakal kepada Tuhannya. Sesungguhnya kekuasaannya (syaitan) hanyalah atas orang-orang yang mengambilnya menjadi pemimpin dan atas orang-orang yang mempersekutukannya dengan Allah. (Surah an-Nahl ayat 99-100)
Ingatlah, syaitan mahu kita menjadi angkuh, sombong dan derhaka kepada Allah seperti dirinya. Mereka mengarahkan kita melakukan kejahatan melakukan sesuatu yang dimurkai Allah dan berkata sesuatu tentang Allah tanpa ilmu.
Syaitan cuba menghalang kita daripada memahami kebesaran dan kekuasaan Allah yang sebenarnya. Allah menerangkan tentang bahaya ini di dalam al-Quran seperti berikut: "Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Surah al-Baqarah ayat 168-169)
Usaha utamanya ialah untuk menakutkan manusia dengan kemiskinan iaitu matlamat yang boleh dicapai sekiranya mereka boleh membuatkan manusia lupa hari kiamat.
Tidak sedar bahawa semuanya di bawah kawalan Allah, dan tiada siapa yang boleh menghalang sebarang kebaikan yang Allah kehendaki, orang ini hidup tanpa sebarang perasaan bertanggungjawab dan mereka melakukan segala kesalahan
kepada Allah.
Syaitan menjanjikan (menakut-nakut) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir), sedang Allah menjanjikan untukmu keampunan daripada-Nya dan kurnia. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.
(Surah al-Baqarah ayat 268)
Taktik utama syaitan ialah melalui tipu daya. Allah menerangkan tentang tipu daya ini "...dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia." (Surah an-Nas ayat 4-5).
Sebagaimana diterangkan oleh ayat itu, syaitan mendekati manusia secara senyap-senyap, melalaikan manusia dengan perkara remeh dan tidak penting dan menampakkan kesalahan yang dilakukan seolah-olah baik kepada mereka.
"Maka mengapa mereka tidak memohon (kepada Allah) dengan tunduk merendahkan diri ketika datang seksaan Kami kepada mereka, bahkan hati mereka telah menjadi keras dan syaitan pun menampakkan kepada mereka bagus apa yang selalu mereka
kerjakan." (Surah al-An'am ayat 43)
Lebih penting lagi, mereka yang mempunyai hati yang keras dan berasa dirinya berada di dalam kebenaran, walaupun sebenarnya mereka terpesong, membawa diri mereka jauh daripada Al-Quran.
Dengan membelakangi Allah, mereka lebih rapat dengan syaitan, mengikuti caranya, dan menjadi semakin biadab.
Mutiara Doa
DOA apabila melihat s�esuatu yang menakutkan
“AKU berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada kemurkaan-Nya, �kejahatan hamba-Nya, daripada hasutan syaitan dan daripada kedatangan mereka kepada-Ku.”
DOA untuk mengelak �daripada bahaya
“APA yang dikehendaki Allah tetap berlaku, tiada daya �upaya melainkan dengan kuasa Allah.”
DOA apabila ditimpa kemalangan termasuk kematian
“SESUNGGUHNYA kami adalah bagi Allah dan kami sekalian akan kembali kepada-Nya.”
DOA memohon akhlak yang baik
“YA Allah, seperti Engkau mencantikkan kejadianku, maka perbaiki pula akhlakku.”
DOA apabila terganggu dan terkejut ketika tidur atau rasa kesepian
“AKU memohon �perlindu�ngan dengan kalimah Allah yang sempurna daripada kemurkaan-Nya, azab-Nya, daripada kejahatan hamba-Nya, �daripada hasutan syaitan dan daripada syaitan �mendekatiku.”
DOA ketika rasa takut atau terkejut
“AKU berlindung diri dengan kalimah Allah yang sempurna daripada kemarahan-Nya, seksaan-Nya, daripada kejahatan hamba-Nya, daripada gurisan syaitan dan daripada kehadiran mereka itu.”
DOA ketika sukar menyelesaikan sesuatu urusan
“Wahai Tuhanku, tidak ada yang mudah melainkan yang Engkau jadikannya mudah dan Engkau menghapuskan dukacita dengan mudah jika Engkau kehendaki”.
DOA apabila dalam keadaan kesusahan atau penderitaan
“ALLAH Dialah Allah Tuhanku, aku tidak menyekutui-Nya dengan sesuatu pun. Tiada Tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Engkau jua. Maha Suci Engkau sesungguhnya aku adalah orang yang menzalimi diri sendiri.”
DOA apabila melihat �sesuatu yang disukai
“SEGALA puji bagi Allah, yang dengan nikmat-Nya sempurnalah segala amalan yang baik.”
DOA taubat
“WAHAI Tuhanku, maafkan aku kerana sesungguhnya Engkau Tuhan yang Maha Pemaaf dan yang mempunyai Kemuliaan.”
DOA mohon ketetapan iman
“WAHAI Tuhanku, berikanlah kepadaku iman yang kuat dan keyakinan yang tidak lagi di pengaruhi kekufuran dan berikanlah kepadaku rahmat yang dengan dia aku mencapai kemuliaan dari kemuliaan-Mu di dunia dan akhirat.”
DOA mohon perlindungan daripada kerunsingan
“YA Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu �daripada kerunsingan dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan, aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan penakut dan bakhil dan aku berlindung kepada-Mu daripada belenggu hutang dan tekanan orang.”
Pendidikan awal kanak-kanak MSU
Oleh Ruhaiza Rusmin
MENGETAHUI pendekatan yang betul dalam memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak membantu menjana kecemerlangan, sekali gus membentuk personaliti seimbang, yakin dan bijak di masa depan.
Permintaan tinggi kerjaya dalam bidang pendidikan sedemikian mendorong Management & Science University (MSU) menawarkan program ini di peringkat ijazah sarjana muda dan diploma.
Pelajar dalam program ini akan diberikan pendedahan pelbagai aspek berkaitan pendidikan awal kanak-kanak seperti pengurusan kurikulum, penilaian, permainan peringkat awal kanak-kanak, kesihatan, keselamatan dan pemakanan, kemahiran mengajar serta mengurus dan memimpin.
Program ini mampu melahirkan graduan yang dapat berinteraksi secara efektif dengan kanak-kanak dalam situasi pembelajaran moden.
Mereka turut didedahkan peranan kognitif, perkembangan fizikal, perkembangan emosi, kreativiti, bahasa dan estetika kanak-kanak.
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak adalah program tiga tahun yang ditawarkan MSU yang ditawarkan kepada lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau diploma diiktiraf.
Program diploma mengambil masa dua setengah tahun dengan kelayakan asas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/SPMV).
Pelajar akan didedahkan dengan suasana pembelajaran amali dan teori bagi membantu mereka mengaplikasi ilmu dengan lebih berkesan selain belajar dalam prasarana lengkap, kondusif serta merasai suasana sebenar dunia kerjaya.
Maklumat lanjut mengenai program ditawarkan MSU, hubungi Unit Kaunseling & Komunikasi di talian 03-55216868, SMS dengan menaip MSUINFOnama dan e-mel kepada 019-3419152/016-3568251/012-2496551 atau layari www.msu.edu.my
Penduduk abai larangan bahaya
2010/11/16
SEORANG penduduk kampung di Sleman, Yogyakarta mengutip barangan di sekitar rumahnya yang musnah ekoran letusan Gunung Merapi.
Ribuan keluarga di Yogyakarta pulang ke rumah
YOGYAKARTA: Beribu-ribu keluarga dilaporkan kembali ke perkampungan mereka semalam walaupun saintis memberi amaran Gunung Merapi masih lagi menjadi ancaman.
Sambil membawa barangan menaiki motosikal dan trak pikap, lebih 30,000 penduduk meninggalkan kawasan penempatan sementara selepas kerajaan mula mengurangkan zon bahaya 20 kilometer kepada separuh daripada jarak itu di beberapa daerah.
Bagaimanapun pihak berkuasa berkata gunung berapi paling aktif di Indonesia itu masih lagi menjadi ancaman ketika pasukan menyelamat membawa keluar 17 lagi mayat dari kawasan perkampungan di Jawa tengah itu yang terbabit dalam siri letupan bermula 16 Oktober lalu.
“Proses letusan masih lagi berterusan tetapi ia semakin berkurangan. Status masih lagi di tahap berjaga-jaga,” kata pakar gunung berapi, Subandrio kepada AFP.
Jurucakap agensi pengurusan bencana, Sutopo Purwo Nugroho berkata seramai 367,548 penduduk masih lagi tinggal di kawasan penempatan sementara semalam, kira-kira 30,000 berkurangan berbanding Ahad.
Kebanyakan mereka yang pulang adalah dari daerah Boyolali, Klaten dan Magelang di mana zon bahaya sudah dikurangkan.
“Kami menjangkakan lebih ramai akan pulang hari ini,” katanya.
Gunung Merapi sehingga semalam sudah meragut 259 nyawa sejak menjadi aktif semula lebih dua minggu lalu.
Angka kematian meningkat berikutan pasukan mencari mula memasuki zon bahaya dan menemui lebih banyak mayat dalam debu di mana mereka terperangkap berikutan gas dan batuan yang dimuntahkan gunung terbabit.
Kebanyakan mereka mati ketika gunung berapi itu meletup pada 5 November yang disifatkan sebagai letupan paling besar dalam tempoh lebih satu abad. – AFP
Kita mesti serius tangani gejala merokok
2010/11/16
SAYA mewakili Persatuan Kesihatan Remaja Malaysia (MAAH) amat bersetuju dengan kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang memandang serius gejala merokok di kalangan remaja di Malaysia.
Kami di MAAH menyokong penuh langkah yang sudah serta yang akan diambil Kementerian Kesihatan khasnya dan kerajaan amnya, bagi menangani gejala merokok dikalangan golongan remaja dan dewasa
di negara kita. Kami di MAAH amat prihatin mengenai isu merokok di kalangan remaja kerana ia dikenal pasti sebagai punca utama bagi penularan gejala penagihan yang lain, khususnya najis dadah.
Remaja merokok juga berisiko tinggi untuk terjerumus ke dalam pelbagai masalah sosial lain, termasuk masalah mat rempit, minum arak, berjudi, samseng, buli, seks bebas dan sebagainya.
Justeru, langkah pencegahan yang terbukti efektif perlu diteruskan, seperti menaikkan lagi kadar cukai dan harga rokok serta produk tembakau lain supaya menjadi lebih mahal untuk dibeli golongan remaja yang kebanyakannya tiada punca pendapatan.
Kadar cukai rokok yang disarankan Bank Dunia adalah sekurang-kurangnya 65 peratus daripada harga jualan. Jelas masih ada ruang untuk menaikkan lagi harga rokok di Malaysia yang masih lebih murah berbanding negara lain yang mempunyai bilangan perokok yang lebih rendah, seperti Singapura.
Penguatkuasaan melalui agensi bertanggungjawab perlu dilaksana dan dipertingkatkan untuk memastikan agar tiada penjualan rokok yang tidak dibayar cukai atau diseludup serta secara sebatang-sebatang atau ‘loose sticks’.
Tambahan lagi, penjualan rokok bebas cukai seperti di lapangan dan dalam kapal terbang, di Pulau Langkawi dan Labuan juga perlu dihentikan serta-merta sebagai bukti pihak kerajaan benar-benar serius untuk menyelamatkan rakyat daripada pelbagai penyakit kronik akibat merokok.
Kami sarankan agar pendedahan pelbagai kesan buruk merokok dan tembakau diberi secara formal pada peringkat awal sekolah melalui kurikulum dan aktiviti kokurikulum di semua sekolah rendah, menengah mahupun universiti.
Penjual rokok juga mestilah mempunyai lesen khas untuk menyimpan dan menjual rokok kerana rokok mengandungi pelbagai racun termasuk arsenik, amonia dan plumbum.
Akta Racun 1952 sehingga hari ini memberi pengecualian kepada nikotina dalam produk tembakau daripada diklasifikasi sebagai Racun C, sedangkan nikotina dalam produk terapi gantian nikotina (NRT) yang digunakan untuk tujuan rawatan berhenti merokok tidak!
Hal ini amat pelik kerana nikotina hanya dapat diperoleh dari satu sumber, iaitu daun tembakau dan seharusnya semua produk yang mengandungi nikotina dikawal sebagai racun berjadual.
Menteri Kesihatan diharap dapat membetulkan perkara ini pada kadar segera agar nikotina dalam rokok tidak disalah anggap sebagai lebih ‘selamat’ berbanding produk NRT sedangkan rokok jauh lebih berbahaya kerana asap rokok mengandungi ribuan bahan kimia beracun termasuk lima puluh bahan yang dikenal pasti penyebab pelbagai jenis kanser.
Kami juga ingin mencadangkan agar penjualan rokok secara terbuka di ‘point of sales’ tidak lagi dibenarkan. Kerajaan boleh mengambil contoh satu lagi negara jiran kita, Thailand yang melarang rokok yang dijual daripada dipamerkan secara terbuka.
Seperti yang Menteri sedia maklum, di Australia sekarang ini giat diusahakan agar kotak generik bagi rokok dan produk tembakau diperkenalkan, di samping amaran kesihatan bergambar yang lebih besar.
DR NAZELI HAMZAH,
No comments:
Post a Comment