ubahan untuk pelamin
Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my
|
|
| PELAMIN tampil moden dan mewah. |
MEMBELEK semula album perkahwinan lama pasti menampilkan pelamin yang dihias ringkas dengan kain baldu berserta sejambak bunga sambil pengantin berpakaian songket sedondon. Mungkin itu gaya lama yang dikelaskan sebagai klasik.
Namun hari ini, rata-rata bakal pengantin memilih konsep moden, kontemporari dan berjiwa Inggeris.
Berpegang pada falsafah itu, Mohd. Faizul Abdul Karim yang lebih mesra dengan panggilan Zul Mohd. menghimpun pelbagai idea pelamin.
Hiasan yang dipilih diharap terpahat sebagai memori indah yang dikenang sepanjang hayat bukan saja oleh pasangan pengantin bahkan tetamu.
Bagi pengasas The Persada ini, hiasan pelamin antara elemen terpenting bagi keseluruhan dekorasi sesuatu majlis perkahwinan.
Atas dasar ingin mencari kelainan, kebanyakan pelamin rekaannya bermain dengan daun-daun dan bunga-bunga segar.
Biarpun terpaksa berbelanja lebih, The Persada berjaya mengekalkan nilai-nilai eksklusif dalam setiap rekaannya.
Uniknya, bunga-bunga segar yang sudah digunakan tidak boleh diulang pakai untuk rekaan lain.
The Persada boleh dihubungi di talian 012-2304426 atau berkunjung ke Jalan Excella 1, Taman Ampang Hilir, Ampang, Kuala Lump
Laman web mampu luaskan pasaran
|
|
| Seorang peserta MAHA 2010, Wan Izzana (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Chua Tee Yong sambil diperhatikan Mohd. Salleh Ismail semasa pelancaran laman web NFC di Tapak MAEP di Serdang, semalam. |
KUALA LUMPUR 3 Dis. - Penggunaan teknologi terkini dalam memasarkan produk berasaskan daging mampu meningkatkan penjualan idustri tersebut kerana mempunyai lebih banyak ruang bagi menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Chua Tee Yong berkata, penggunaan teknologi Internet mempunyai manfaat yang besar dalam mempromosikan barangan dan produk tempatan.
Menurutnya, melalui penggunaan teknologi juga dapat meningkatkan produktiviti dan efisiensi dalam meluaskan capaian pasaran untuk industri daging.
"Penggunaan Internet merupakan satu usaha bagi mendekatkan diri dengan pembeli-pembeli bagi memudahkan mereka membeli secara dalam talian.
"Dalam masa yang sama juga dapat mempromosikan produk-produk tempatan bukan sahaja untuk pasaran tempatan malah menjangkau hingga ke pasaran antarabangsa," katanya.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan laman web Gemas Gold Meat pada Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2010 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) dekat sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NCF), Datuk Dr. Mohamad Salleh Ismail.
Laman web tersebut merupakan usaha pengeluar daging lembu halal terkemuka Malaysia, NFC untuk menyampaikan maklumat kepada pengguna berkaitan maklumat proses penternakan dan pengeluaran daging syarikat itu serta memudahkan pengguna untuk memesan produk syarikat melalui internet.
Tambah Tee Yong, pihak kementerian sangat menyokong inisiatif yang diambil oleh syarikat tempatan untuk meneroka pasaran yang lebih besar dengan menggunakan teknologi moden dalam mempromosikan produk tempatan.
"Kementerian mengharapkan agar penjualan daging lembu dapat dipertingkatkan dengan penggunaan teknologi Internet dan dalam masa yang sama dapat meneroka pasaran tempatan dan antarabangsa," ujarnya.
Sementara itu, Mohamad Salleh berkata, pelancaran produk laman web itu bermatlamat untuk meluaskan tawaran produk syarikat bagi memenuhi permintaan tempatan.
"Melalui laman web tersebut kami berupaya untuk memajukan perniagaan syarikat serta memudahkan pelanggan kami untuk memesan produk melalui talian," jelasny
10 ahli Pengasih jadi usahawan kebab
|
|
| Noh Omar menunjukkan produk keluaran WMFI sambil diperhatikan oleh Mohd. Yunus Pathi (dua dari kanan) di MAHA 2010, semalam. |
KUALA LUMPUR 3 Dis. - Seramai 10 peserta yang terdiri daripada ahli Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) dipilih menyertai Program Perniagaan Kiosk Kebab di bawah Program Pembangunan Industri Asas Tani.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, program yang dijalankan di bawah Pembangunan Usahawan Industri Asas Tani itu dilaksanakan melalui konsep mentor-mentee dengan kerjasama Wan Malinja Food Industri Sdn. Bhd. (WMFI)
"Mereka yang terpilih diberikan bantuan sebanyak RM10,000 yang meliputi geran, latihan, peralatan, kiosk bergerak dan juga promosi.
"Ini membuktikan kesungguhan kerajaan membantu bekas penagih membina kehidupan baru dan saya berharap mereka dapat menggunakan peluang ini dengan baik," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan geran kepada 10 penerima terlibat di hadapan tapak pameran Dewan B pada Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Perlancongan Malaysia (MAHA) 2010 dekat sini hari ini.
Turut hadir Yang Dipertua Pengasih, Datuk Mohd. Yunus Pathi dan Pengarah Urusan (WMFI), Zurawan Surip.
Dalam pada itu, Noh memberitahu, jika perniagaan kebab itu menunjukkan kejayaan, kementeriannya bercadang meneruskan lagi jalinan kerjasama dengan Pengasih bagi mencari ahli francais untuk membekalkan makanan sejuk beku yang dibangunkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).
"Makanan sejuk beku yang diusahakan oleh MARDI mempunyai potensi sangat besar kerana ia mempunyai rasa seperti baru dimasak selepas dipanaskan.
"Oleh itu jika peserta Program Perniagaan Kiosk Kebab membuktikan mereka serius dan berjaya, saya tidak akan teragak-agak untuk menawarkan peluang menjadi pengedar makanan sejuk beku ini pula," katanya

MARDI, Perez Design beri nilai tambah pengusaha tempatan
|
|
| ABDUL Razak Omar (kanan) bertukar dokumen dengan Ariffin Tawang (kiri) sambil diperhatikan oleh Noh Omar selepas menandatangani MoU antara Perez Design MARDI di MAHA 2010, Serdang, kelmarin. |
KUALA LUMPUR 2 Dis. - Kerjasama pintar antara Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dengan syarikat pengeluar karavan perniagaan bergerak, Perez Design Sdn. Bhd. mampu memberi nilai tambah kepada perkembangan konsep dapur pusat dan karavan di negara ini.
Pengerusi Eksekutif Perez Design, Prof. Datuk Dr. Abdul Razak Omar berkata, menerusi perkongsian teknologi dalam bidang ini, ia akan meningkatkan lagi mutu produk jualan pengusaha tempatan.
"Usaha ini adalah sejajar dengan visi kerajaan untuk mencapai negara berpendapatan tinggi melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dengan memodenkan pengusaha pasar tani, komuniti dan pasar malam dengan menyasarkan 6,000 pengusaha setahun terlibat dalam perniagaan karavan," katanya.
Menurut Abdul Razak, teknologi konsep dapur pusat dan produk sejuk beku akan disediakan oleh pihak MARDI, manakala syarikatnya bertindak mengurus dan mereka bentuk kenderaan mengikut jenis perniagaan kepada pengusaha yang berminat.
Beliau berkata demikian selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara MARDI dan Perez Design sempena Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2010), kelmarin.
Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; Timbalan Pengarah Pemindahan dan Pengkomersialan Teknologi MARDI, Ariffin Tawang dan Pengarah Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi MARDI, Datuk Masri Mohamad.
Sementara itu, Abdul Razak berkata, Perez Design yang berfungsi sebagai pusat sehenti itu akan memberi perkhidmatan menyeluruh termasuk mereka bentuk logo dan jenama korporat, penyediaan dan pengubahsuaian kenderaan.
"Malah, permohonan pinjaman, penyediaan dan penjenamaan produk sehingga ke peringkat memperoleh lesen serta kebenaran daripada Puspakom dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
"Kami juga akan memberi perhatian dalam mereka bentuk dan modifikasi kenderaan sesuai dengan jenis produk yang akan dikomersialkan," katanya
Mereka yang berminat boleh menghantar e-mel datorazak.perez@gmail.com atau melayari laman web: www.perezdesign.com.my

Murtabak raja sejuk beku tahan disimpan lama
|
|
| SHEIKH Ahmad Dusuki Sheikh Mohammed menunjukkan murtabak raja sejuk beku keluaran syarikatnya di MAHA 2010, Serdang, semalam. |
KUALA LUMPUR 2 Dis - Murtabak raja terkenal di Kelantan tetapi mungkin tidak ramai yang pernah mendengar nama dan berpeluang merasai keenakannya.
Bersaiz besar dan mempunyai inti yang banyak, ia sememangnya menjadi makanan yang cukup popular di kalangan rakyat negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
Bagi mengembangkan populariti makanan itu ke serata Malaysia, Muslim Best Food Industries Sdn. Bhd, mengambil inisiatif menjadikannya sebagai produk sejuk beku yang mampu disimpan lama.
Menurut Pengarah Eksekutifnya, Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohammed, sejak dilancarkan kira-kira enam bulan lalu, produk yang mempunyai ketebalan dua inci dan berat melebihi 600 gram itu nyata membawa pulangan memberangsangkan.
"Paling membanggakan, sewaktu kami menyertai Karnival 1Malaysia Best di Perth baru-baru ini, semua 300 kotak yang dibawa habis dijual dalam masa hanya dua hari.
"Maklum balas diterima juga menggalakkan. Ia kerana kami amat mementingkan kualiti dengan menggunakan 100 peratus daging lembu tempatan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di gerainya di Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2010) dekat sini hari ini.
Murtabak itu boleh dimiliki dalam tiga perisa iaitu sardin berperisa nanas, kari ayam dan daging lada hitam.
Sheikh Ahmad menambah, sempena MAHA 2010, pengunjung berpeluang membeli murtabak tersebut pada harga RM14 berbanding harga biasa RM16.
"Produk ini tidak dijual di mana-mana pasar raya dan ia hanya dijual melalui stokis kami di seluruh negara. Kami juga sedang mencari stokis baru dan jika ada yang berminat mereka boleh hubungi saya di talian 03-80622781," katanya

Setanding santan kelapa
Oleh FATIMI NADIAH ZAINUDEEN dan NOR AZIRAN MOHAMED YUNUS

TUKANG masak terkenal, Chef Liza Zainol dan Chef Zam, masing-masing mengakui sajian yang dimasak menggunakan santan kelapa jauh lebih enak berbanding masakan yang dimasak tanpa santan kelapa.
“Memang tidak dapat dinafikan masakan yang dimasak dengan santan kelapa berasa lebih enak,” ujar Chef Zam.
“Ia menjadikan masakan berasa lebih berlemak,” tambah Chef Liza pula.
Lantaran itulah nasi lemak, kari ikan atau daging, masak lemak cili api, cendol, kuih tepung pelita dan banyak lagi hidangan lain sering menjadi menu ulangan dan kegemaran masyarakat Malaysia.
Malah, melangkaui sempadan negara, santan sebenarnya sudah mengisi masakan negara rantau Asia Tenggara sejak lama dahulu.
Namun, aroma dan rasanya yang sedap itu sering dibayangi kandungan lemak tepu yang tinggi.
“Buat mereka yang menitikberatkan kesihatan, mereka akan memilih susu segar sebagai alternatif kepada santan. Tetapi rasanya berbeza kerana lemak susu lain rasanya.
“Kalau saya ke luar negara pun, saya tidak akan menggunakan santan kelapa ketika membuat demonstrasi masakan kerana orang di sana terutama Eropah secara terbuka akan menegur jika saya berbuat demikian.
“Maklumlah, mereka sangat prihatin dengan amalan makan secara sihat.
“Jadi chef di sana juga akan memasak menggunakan susu segar bagi mendapatkan rasa berlemak itu,” kongsi Chef Liza.
Daripada pengamatan Chef Zam pula, masakan menggunakan santan kelapa semakin mudah ditemui di Amerika Syarikat dan Britain berikutan restoran Asia yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan di sana.
“Orang Amerika dan Britain memang dikenali kerana berani mencuba segala macam makanan, jadi saya percaya mereka semakin terbuka untuk menerima masakan yang dimasak menggunakan santan,” luahnya.

TIDAK seperti santan kelapa, santan sawit perlu melalui proses penghasilan di kilang.
Kebaikan
Menariknya, pada tahun lalu, ketika negara berdepan dengan ‘kelumpuhan’ bekalan santan kelapa yang serius, sekumpulan pengkaji menemukan pengganti yang lebih hampir kepada santan kelapa berbanding susu segar.
Jika selama ini minyak masak dapat diperah daripada sabut kelapa sawit, Ketua Penyelidik, Bahagian Pemakanan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Dr. Zaida Zainal dan pasukannya berjaya memerah santan daripada sumber yang sama.
Menurut laporan mereka, santan baru itu setanding santan kelapa dari segi rasa dan rupa.
Chef Liza dan Chef Zam bersetuju.
“Jika dari segi rasa, memang tidak jauh beza. Malah, dari segi rasa berlemak, santan sawit dan santan kelapa boleh dikatakan setanding.
“Menariknya, santan sawit tahan lebih lama dan bebas kolesterol. Boleh dikatakan santan sawit ialah salah satu alternatif terbaik kepada santan kelapa,” hujah Chef Zam.
Chef Liza yang diberi peluang oleh Kumpulan Ramly, pengeluar burger terkenal, untuk memasak produk Ramly menggunakan santan sawit pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pertanian Antarabangsa 2010 (MAHA) di Serdang, Selangor yang berakhir hari ini mendapati santan sawit dua kali ganda lebih pekat berbanding santan kelapa.
“Jadi ia mungkin lebih menjimatkan dari segi penggunaan,” katanya.
Penghasilan santan sawit bermula apabila Zaida dan pasukannya berjaya menghasilkan santan sawit serbuk dengan teknik penyemburan kering pada tahun 1998.
|
|
| SELAIN minyak masak, buah kelapa sawit kini berpotensi dijadikan santan. |
Namun Zaida, Suid Abdul Aziz, Wan Rosnani Awg Isa, Dr. Nor Aini Idris dan Azman Ismail meneruskan kajian ke atas sumber yang sama dan akhirnya berjaya menghasilkan santan sawit dalam bentuk cecair pula.
Jelas Zaida, minyak kelapa sawit yang digunakan untuk membuat santan diproses daripada minyak sawit mentah yang berwarna jingga pekat daripada bahagian mesokarp (sabut) sehingga bertukar menjadi kuning keputihan selepas melalui proses penapisan.
Ia berbeza berbanding minyak kelapa sawit olein untuk masakan yang difraksinasikan dan ditapis sehingga menjadi kuning jernih.
Santan baru itu tidak meningkatkan kadar kandungan kolesterol LDL (tidak baik) dalam badan sekali gus tidak menjejaskan jantung, berlainan dengan santan kelapa yng mengandungi lemak tepu yang boleh meningkatkan kandungan LDL dan mengurangkan kolesterol HDL (baik) yang diperlukan badan.
Lemak tidak tepu dalam santan sawit itu juga, kata Zaida, tidak menggalakkan pembentukan mendakan kolesterol pada dinding arteri yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan strok.
Selain itu, santan sawit juga kaya dengan vitamin A dan E semula jadi yang baik untuk kesihatan.
Komersial
Ciptaan Zaida dan kumpulannya itu turut memenangi beberapa anugerah.
Antaranya diiktiraf Pertandingan Reka Cipta Antarabangsa Geneva 2000, Anugerah Inovasi 1998 daripada MPOB yang dikenali sebagai Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) pada waktu itu dan memenangi pingat emas dalam Pameran Reka Ripta, Inovasi, Rekaan Industri dan Teknologi 1999.
Pengarah Urusan Premium Food Corporation Sdn. Bhd. (PFC), Jasri Mohd. Rashid, 50, bagaimanapun berdepan sedikit tentangan apabila cuba mengkomersialkan santan sawit itu pada tahun lalu.
Usahanya menggantikan santan kelapa dengan santan sawit pernah ditepis mentah-mentah sebagai tidak sedap.
“Saya masak nasi lemak menggunakan santan daripada kelapa sawit dan memberi seorang kenalan merasanya.
“Saya memberitahunya ia tidak menggunakan santan kelapa tetapi sebaliknya santan sawit. Dia dengan cepat mengatakan nasi lemak itu tidak sedap.
“Saya keluarkan satu lagi hidangan nasi lemak yang sama tetapi saya katakan ia dimasak menggunakan santan kelapa. Terus dia kata, ‘Ha, ini barulah sedap’.
“Jadi sebenarnya ia tentang mentaliti orang kita yang sudah terlalu biasa dengan santan kelapa,” ujar Jasri.
Menjalankan ujian demi ujian untuk melihat penerimaan orang ramai terhadap santan sawit, selain mengajak teman-teman makan di rumah, Jasri juga pernah meminta tuan rumah yang mengadakan sebuah kenduri untuk menggunakan santan baru itu dalam masakannya tanpa memberitahu tetamu terlebih dulu.

ZAIDA (kanan) berjaya ‘memerah’ santan daripada kelapa sawit sejak tahun 1998.
“Selepas mereka makan barulah saya beritahu mereka bahawa makanan yang mereka makan itu dimasak menggunakan santan sawit.
“Reaksi mereka sangat positif. Ada yang mengatakan tidak dapat membezakan rasa masakan itu berbanding masakan yang dimasak menggunakan santan kelapa.
“Ada yang kata lebih enak daripada biasa. Pendek kata mereka dapat menerimanya,” kongsi Jasri yang turut menyertai MAHA 2010.
Menurut Jasri, hampir 95 peratus pengunjung gerai mereka di tapak ekspo itu mengatakan mereka tidak pernah mendengar tentang santan sawit.
“Daripada ribuan orang yang mencuba sampel masakan kami hanya seorang dua yang mengatakan ia tidak sedap,” ujar Jasri.
Seorang akauntan secara profesional, Jasri yang sebelum ini berkhidmat di bahagian kawalan kewangan untuk syarikat gergasi, Nestle Malaysia selama lebih 10 tahun, yakin dengan potensi santan sawit sebagai pengganti santan kelapa.
“Bukan saja bebas kolesterol dan rendah lemak, sifat kimianya membuatkan ia lambat rosak atau basi.
“Sifat itu mampu memberi sumbangan yang besar terutama kepada peniaga makanan kerana makanan mereka akan lambat rosak atau basi,” ujarnya.
Dalam kajian Zaida, santan sawit mampu bertahan sehingga beberapa hari tanpa berubah bau dan warna serta rasa kerana kandungan asid lemak berangkap panjang (C-IU) ke atas.
Berbeza berbanding santan kelapa yang mempunyai jangka hayat kurang dari lima jam dalam suhu bilik.
Air castella berkesan rawat sakit jantung

No comments:
Post a Comment