Syor pelajar ijazah tinggi turut diberi bantuan kewangan
2010/11/24
MEMETIK usul dalam Perkara 64, Bajet 2011, saya melihat ada cadangan menambah peratusan staf akademik berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) kepada 75 peratus bagi universiti penyelidikan dan 60 peratus bagi Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lain.
Merujuk perkara itu, ramai yang berfikir bahawa mutu pembelajaran pada peringkat tinggi adalah pada tahap baik sehingga ramai mahasiswa tempatan mampu menyambung pengajian mereka lantas mengurangkan kuota pengambilan staf akademik PhD kepada 75 peratus. Syor pelajar ijazah tinggi turut diberi bantuan kewangan
2010/11/24
MEMETIK usul dalam Perkara 64, Bajet 2011, saya melihat ada cadangan menambah peratusan staf akademik berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) kepada 75 peratus bagi universiti penyelidikan dan 60 peratus bagi Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lain.
Merujuk perkara itu, ramai yang berfikir bahawa mutu pembelajaran pada peringkat tinggi adalah pada tahap baik sehingga ramai mahasiswa tempatan mampu menyambung pengajian mereka lantas mengurangkan kuota pengambilan staf akademik PhD kepada 75 peratus. Konsep 4P bantu erat hubungan polis, masyarakat
2010/11/24
YAYASAN Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) mengalu-alukan saranan Ketua Polis Negara kepada anggota polis mengamalkan 4P iaitu People Oriented (berorientasikan masyarakat), Protective (melindungi), Performance (Pencapaian) dan Proactive (proaktif) bagi meningkatkan profesionalisme pasukan itu dan sebagai landasan mengurangkan kadar jenayah.
Tiada sesiapa yang patut mempertikaikan konsep 4P ini, sebaliknya semua rakyat Malaysia ingin melihat bahawa konsep itu dapat dipraktikkan oleh semua anggota polis daripada pihak atasan ke peringkat bawahan.
Antara 4P pada pandangan saya apa yang patut diutamakan ialah untuk menjadikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) betul-betul berorientasikan masyarakat.
Melalui pendekatan ini, kita boleh memperbetulkan persepsi negatif masyarakat terhadap usaha dan langkah yang dilakukan dalam mengurangkan kadar jenayah.
Perkara ini perlu ditekankan oleh pihak polis kerana masih ramai membuat komen sinikal terhadap polis dan mereka memperkecilkan usaha yang diambil dan mempunyai kesangsian atau tidak percaya apa-apa perangkaan dikeluarkan polis.
Melalui konsep People Oriented ini, polis perlu merapatkan hubungan dengan masyarakat agar segala maklumat mudah disalurkan dan ia secara tidak langsung dapat mengekang kadar jenayah di negara ini.
Di MCPF, kami akan mengundang pihak polis dalam apa juga aktiviti atau program kami. Ini adalah peluang terbaik mereka (polis) untuk berinteraksi dengan orang ramai dan bertanya seberapa banyak soalan atau keraguan kepada mereka.
Melalui aduan, kenyataan dan kesangsian ini, pihak polis secara tidak langsung dapat mengkaji usaha atau mekanisme yang boleh dilakukan agar dapat menangani masalah itu, yang akhirnya memberi kepuasan kepada masyarakat.
Apabila polis membuat rondaan di kawasan perumahan, mereka (polis) boleh mengambil kesempatan itu untuk berinteraksi dengan orang ramai termasuk bertanya hal kebajikan serta persepsi mengenai jenayah di tempat mereka.
Konsep People Oriented itu seharusnya dapat dilaksanakan ke peringkat akar umbi PDRM kerana pada akhirnya masyarakat juga yang akan menilai tahap, usaha dan pencapaian PDRM dalam mengekang jenayah di negara ini.
Saya mencadangkan perkara ini kerana ia adalah satu tindakan yang sepatutnya diambil oleh polis. Saya rasa mereka mesti mengambil tindakan proaktif bagi memastikan mereka boleh membina hubungan yang baik dan mesra dengan masyarakat.
Apa yang penting pada akhirnya ialah mereka mesti memastikan bahawa polis dan masyarakat bekerjasama, dengan demikian boleh memahami antara satu sama lain dengan lebih baik.
Setiap anggota polis juga perlu memastikan diri mereka boleh dijadikan contoh terbaik kepada masyarakat jika mahu dipandang tinggi, dihormati dan menerima persepsi positif daripada mereka.
Dalam hubungan ini, PDRM perlu mementingkan dan menekankan penganjuran kursus berkaitan kemahiran berkomunikasi, termasuk pelbagai bahasa, sebagai langkah menyerapkan rasa mesra dan melindungi terutama ketika berhadapan dengan orang awam.
Mereka (polis) harus dilatih dengan latihan ataupun kursus yang berkaitan dengan komunikasi agar ketika berhadapan dengan masyarakat, hubungan itu menjadi semakin erat dan orang ramai sendiri tidak akan takut untuk membuat laporan polis atau menyalurkan sebarang maklumat.
Dengan latihan sebegitu, jika ada pengadu yang membuat laporan polis, anggota yang bertugas tahu bagaimana untuk berinteraksi dengan pengadu secara profesional dan mesra tanpa menyinggung perasaannya sekali gus tiada tuduhan bukan-bukan daripada masyarakat.
LEE LAM THYE,
Parlimen Mahasiswa USM bukti suara pelajar tidak disekat AUKU
Oleh Mohammad Shafiq Abdul Aziz
2010/11/24
PARLIMEN Mahasiswa direalisasikan buat kali pertama di Universiti Sains Malaysia (USM) pada 23 Oktober lalu. Persidangan Parlimen Mahasiswa di USM membahaskan 20 usul yang menyentuh isu dalam kampus dan isu nasional. Antara isu yang menjadi usul perbahasan ialah isu partisipasi mahasiswa dalam politik kepartian, kecaman kepada penganjuran Festival Fesyen Islam (IFF), mendesak parlimen negara Malaysia menggubal satu rang undang-undang berkenaan masalah menghidu gam, menuntut kerajaan negeri membanteras isu merempat di kalangan rakyat, pembabitan suara mahasiswa dalam penentuan dasar universiti dan kemudahan prasarana di desasiswa tidak memuaskan.
Usul ini dibahaskan oleh ahli dewan dengan mengemukakan hujah dan fakta yang disediakan sebelum bersidang.
Pada 22 November lalu, berlangsung perbahasan di Dewan Rakyat mengenai kewujudan Parlimen Mahasiswa. Ahli dewan yang berbahas bersetuju mewujudkan Parlimen Mahasiswa secara menyeluruh. Namun, masih menunggu pelaksanaannya daripada semua universiti dalam mewujudkan Parlimen Mahasiswa di setiap institusi pengajian tinggi (IPT).
Ada dakwaan menyatakan Parlimen Mahasiswa disekat Akta Universiti/Kolej Universiti (AUKU). Pada pandangan saya, selaku Speaker Parlimen Mahasiswa, mereka boleh berbahas apa saja diinginkan. Kuasa diletakkan sepenuhnya pada Speaker dewan yang dilantik ahli dewan berkuasa untuk menerus atau menghentikan perbahasan.
Pada persidangan lalu saya dapati tiada halangan yang berlaku ketika atau selepas persidangan. Ada pelbagai hujah kritikal dan bersifat membangkang diberikan ahli dewan ketika usul dibahaskan. Bukti Parlimen Mahasiswa USM tidak disekat oleh AUKU ialah ahli dewan bebas berhujah ketika dalam persidangan dan tiada yang didakwa atas kesalahan AUKU sehingga kini.
Tulisan ini bukan hendak membela AUKU kerana saya percaya pada satu masa nanti AUKU akan dipinda. Pada saya, kewujudan Parlimen Mahasiswa pada setiap universiti adalah relevan dan boleh dijadikan satu platform berkesan untuk mahasiswa bersuara dan bertindak.
Hakikatnya, Parlimen Mahasiswa mempunyai beberapa prinsip utama yang sedikit sebanyak melahirkan pemimpin mahasiswa bersifat holistik. Prinsip utama Parlimen Mahasiswa ialah bersemuka dan bukan bermuka-muka. Parlimen Mahasiswa dianggotai tiga badan utama pimpinan mahasiswa, iaitu Majlis Perwakilan Pelajar, persatuan mahasiswa dan persatuan kolej kediaman. Ketiga-tiga badan ini akan bersemuka untuk berbahas dan berbincang mengenai isu diketengahkan.
Sebelum ini, wujudnya kekangan bagi mahasiswa daripada pelbagai badan kepemimpinan untuk bersemuka. Justeru, platform Parlimen Mahasiswa, kepemimpinan mahasiswa dari pelbagai penjuru dapat bersemuka dengan lebih tersusun dan terhormat.
Prinsip seterusnya ialah mahasiswa beridealisme dan berwibawa. Dalam perbahasan, mahasiswa dan pemimpin mahasiswa akan mewakili suara badan kepemimpinan masing-masing. Jika ada pertikaian atau kritikan terhadap badan kepemimpinan diwakili, mereka akan mempertahankan badan pimpinan mereka dengan hujah dan fakta yang dapat menyelamatkan mereka daripada fitnah atau kritikan tidak benar.
Jika suatu ketika dulu mahasiswa mampu berhujah di sudut pidato, apa salahnya jika mahasiswa sekarang mampu berhujah di dewan Parlimen Mahasiswa pula. Penubuhan Parlimen Mahasiswa adalah satu impian mahasiswa supaya suara mereka didengari pihak universiti.
Mudahnya, pemimpin persatuan mahasiswa dapat melatih diri menyampai dan mempertahankan idealisme mereka dalam berpersatuan. Bukan bekerja kerana melaksanakan persatuan yang akhirnya disambung kepemimpinan akan datang.
Penulis ialah Speaker Dewan Perundingan Pelajar, Parlimen Mahasiswa USM

Program Nilam WPKL
Oleh Noor Azlina Zainudin
azlina@nstp.com.my
2010/11/24
126 pelajar, empat PKG, dua pusat sumber terima anugerah cemerlang
MASYARAKAT negara ini terutama pelajar perlu membudayakan tabiat membaca dan menjadikannya suatu cara hidup yang tiada penghujungnya kerana membaca adalah proses pembelajaran sepanjang hayat ke arah melahirkan generasi muda berilmu serta boleh dijadikan sumber rujukan.
Menurut Pengarah Pelajaran WPKL, Mohd Adenan Deraman, berkata golongan yang rajin membaca akan meletakkan diri mereka pada martabat yang jauh lebih tinggi berbanding golongan yang malas membaca berikutan ketinggian ilmu dan pengetahuan yang ditimba menerusi pembacaan.
Justeru, katanya, pelajar yang selesai menduduki peperiksaan juga perlu terus menyentuh bahan bacaan bercorak ilmiah kerana membaca bukan sekadar untuk lulus peperiksaan tetapi paling penting membolehkan kita meneroka pelbagai ilmu yang terdapat di dalamnya.
“Buku-buku seperti ensiklopedia membuka ruang horizon kita kepada dunia yang lebih luas melampaui ilmu yang terdapat dalam buku teks atau buku akademik di sekolah.
“Menerusi pembacaan juga kita mampu mendekati negara luar dan menerokai keajaiban serta keindahan dunia tanpa sempadan ini,” katanya semasa Penyampaian Hadiah Pertandingan Membaca Program Nilam dan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang 2010 Peringkat WPKL, baru-baru ini.
Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Pengarah, Pejabat Pelajaran Bangsar/Pudu, Jamaluddin Abdullah. Hadir sama Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri WPKL, Mohd Sanusi Saseetharan Abdullah dan Ketua Sektor Pengurusan Sumber Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran, Lucia Quek Sai Gearn.
Pada majlis itu, seramai 126 pelajar menerima hadiah Nilam bagi kategori individu, empat hadiah Pusat Kegiatan Guru (PKG) Cemerlang dan dua Pusat Sumber Sekolah Cemerlang.
Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Mary, Selayang, Nareen Kaur Sidhu a/p Baktor Sing dan murid Tahun Lima Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) Naam Kheung, Cheras, Emily Haw dipilih sebagai Tokoh Nilam Negeri WPKL tahun ini.
Sementara itu, Tokoh Nilam Khas (Bermasalah Pembelajaran) dimenangi Ahmad Zulfaris Asmadi dari Sekolah Kebangsaan (SK) Polis Depot dan Muhammad Raffi MK Abdul Rahim dari SMK Bandar Baru Sentul.
Manakala Hanson Ang Ping Ting dari Sekolah Menengah Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan) Setapak memenangi kategori Khas - Menengah (Bermasalah Penglihatan) dan Nurul Shahirah Izzati Hamzah dari SK Pendidikan Khas Kg Baharu bagi kategori Khas - Rendah (Bermasalah Pendengaran).
Seterusnya PKG Bangsar dinobatkan sebagai PKG Cemerlang Keseluruhan dan penerima kategori Pengurusan PKG Terbaik, PKG Sentul (Pengurusan Aktiviti PKG Terbaik) dan PKG Pudu (Pengurusan Pusat Sumber PKG Terbaik).
Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang pula dimenangi SJKC Lee Rubber bagi kategori sekolah rendah dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan) Setapak bagi kategori sekolah menengah.
Sementara itu, Nareen yang bercita-cita untuk menjadi seorang Pakar Ekonomi dan Ahli Politik berkata, pembacaan memberinya persepsi baru mengenai banyak benda seperti apa yang terjadi di dunia luar, sejarah lalu serta fakta yang benar mengenai sesuatu perkara.
Dia yang memperuntukkan kira-kira RM50 sebulan untuk membeli pelbagai jenis bahan bacaan amat meminati buku berbentuk bukan fiksyen menyifatkan buku sebagai ejen ilmu terbaik dan seseorang akan lebih dihormati jika tinggi ilmunya.
'Perlu tegas pertahan bahasa Melayu'
Oleh Azrul Affandi Sobry
2010/11/24
KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta lebih tegas dalam memastikan Bahasa Melayu digunakan secara meluas dan tidak dicemari secara sewenang-wenangnya dengan memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Dewan Bahasa Pustaka (DBP) melaksanakan akta khusus melalui penubuhan Jawatankuasa Kabinet Pelaksanaan Bahasa Melayu.
Ia dilihat sebagai satu elemen penting dalam memartabatkan bahasa kebangsaan itu, sekali gus meningkatkan jati diri rakyat Malaysia ke arah merealisasikan gagasan 1Malaysia melalui bahasa dan budaya.
Cadangan itu adalah rumusan daripada Forum Jati Diri kali keempat anjuran bersama Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA), Persatuan Sarjana Komunikasi dan Media Malaysia (PERSKOM) serta Jabatan Penerangan di Dewan Bestari, Jabatan Penerangan, di sini semalam.
Forum itu menampilkan dua tokoh bahasa iaitu bekas Ketua Pengarah DBP, Datuk Aziz Deraman serta pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Lim Swee Tin.
Forum yang dipengerusikan Pengerusi Gapena, Datuk Dr Abdul Latif Abu Bakar, turut memfokuskan dua isu lain ke arah menjadikan bahasa sebagai agen penting 1Malaysia.
Aziz berkata, Kementerian Pelajaran wajar melihat secara mendalam kepentingan memperkenalkan subjek Kesusasteraan Melayu di peringkat sekolah rendah.
Katanya, langkah itu bukan sekadar untuk memenuhi keperluan akademik semata-mata, tetapi lebih kepada diskusi mengenai maksud tersirat dalam peradaban budaya Melayu.
Sebenarnya orang Melayu begitu kaya dengan peribahasa dan pelbagai lagi aspek budaya lain. Sebagai contoh, pantun kita cukup dikagumi masyarakat luar, tetapi kita sendiri mengabaikannya, katanya.
Pendapatnya dipersetujui Swee Tin yang melihat kurangnya pendedahan kepada budaya dan bahasa Melayu pada peringkat sekolah melahirkan masyarakat Malaysia yang semakin hilang nilai jati diri, selain semakin tipis rasa hormat dengan orang sekeliling.
Gelombang kemajuan dan perubahan teknologi begitu pantas. Anak kita boleh berbicara pelbagai topik dengan rakan di Tokyo dan pada masa sama boleh bersahabat dengan orang di Moscow serta Australia tetapi tidak kenal jiran sebelah rumah.
Dalam konteks 1Malaysia, kita perlu menjadikan budaya Melayu sebagai tonggak untuk semua kaum. Mereka bebas mengamalkan budaya sendiri tetapi perlu diberi penekanan terhadap bahasa dan budaya Melayu supaya semua kaum di negara ini lebih mudah disatukan, katanya.
Forum itu turut bersetuju supaya kerajaan memperkenal Anugerah Khas 1Malaysia bagi mengangkat individu yang mampu dijadikan model konsep sebenar gagasan itu untuk rujukan semua kaum di negara ini.
Hadir sama pada forum itu ialah Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid dan Pengarang Eksekutif Rencana, Zainor Said.
Bakal guru musykil status ijazah
2010/11/20
SAYA adalah seorang guru pelatih daripada sebuah Institut Pendidikan Guru (IPG). Saya ingin meminta penjelasan daripada pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pelajaran berkaitan status dan nilai sah taraf Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian (SR).
Ini kerana pada masa kini semua guru pelatih di IPG seluruh Malaysia sedang dan sudah mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) sama ada dengan Open University Malaysia (OUM) atau IPG sendiri.
Kemusykilan saya, adalah berdasarkan kenyataan dalam laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) yang menyatakan program pengajian Ijazah Sarjana Muda masih dalam proses mendapatkan pengiktirafan kerajaan.
Terbaru ialah status Ijazah Sarjana Muda di bawah program PISMP IPG yang baru saja melalui penilaian pihak MQA. Persoalan saya adakah ijazah di bawah program PISMK OUM dan PISMP IPG diiktiraf dan disahkan kerajaan terutamanya MQA?
Untuk pengetahuan pihak MQA dan Kementerian, suasana serta pengajaran dan pembelajaran (P&P) di IPG adalah sangat berbeza jika dibandingkan di universiti. Ini kerana suasana, cara dan kaedah yang digunapakai IPG adalah bersifat kursus dan latihan.
IPG bukanlah sebuah pusat untuk melahirkan graduan berijazah semata-mata tetapi lebih menekankan penerapan nilai keguruan dan kemahiran mengurus dan mentadbir sekolah. Di IPG, semua guru pelatih perlu membabitkan diri dalam program dan aktiviti di peringkat IPG dan negara.
Pelbagai program yang menjurus ke arah pengurusan sekolah perlu disertai seperti Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), praktikum, kajian dan ujian amali. Itu adalah program wajib yang terkandung dalam silibus PISMP.
Bagaimana pula dengan guru pelatih yang perlu menyertai program anjuran kementerian dan Bahagian Pendidikan Guru (BPG) seperti human graphic untuk sambutan Hari Kemerdekaan setiap tahun dan penyertaan dalam sesuatu sukan seperti Sukan Sekolah Asia?
Mereka ini perlu meninggalkan IPG dan kuliah selama berminggu-minggu, adalah mustahil untuk pensyarah mereka menggantikan kuliah kerana terdapat pelbagai halangan seperti kekurangan masa dan sebagainya disebabkan guru pelatih itu sendiri pula perlu menjalani PBS dan praktikum.
Kesemua program dan aktiviti yang dibuat oleh IPG dan BPG sebenarnya suatu bentuk latihan dan penerapan kemahiran sama ada secara formal atau tidak formal dalam usaha untuk menjadikan setiap guru lepasan IPG mempunyai pelbagai kemahiran dan ilmu untuk mentadbir dan mengurus sekolah serta mendidik. Oleh itu, pendekatan pembelajaran akademik yang menjurus ke arah gaya universiti adalah tidak sesuai untuk dilaksanakan di IPG.
Akhir sekali, saya berharap pihak kerajaan terutamanya kementerian dan MQA berbincang untuk mencari penyelesaian agar semua ijazah di bawah program PISMK dan PISMP diiktiraf oleh kerajaan.
GURU KOMITED,
KPT, MAQ lulus program pendidikan ditawar OUM
2010/11/20
SAYA ingin merujuk surat daripada 'lepasan sarjana muda pengajaran KPM-OUM dari Kuala Lumpur' yang disiarkan dalam ruangan ini bertarikh 18 November lalu.
Untuk makluman, program Sarjana Muda Pengajaran dengan Kepujian yang ditawarkan oleh Open University Malaysia (OUM) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran adalah program yang diluluskan penawarannya oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Selain itu, program ini juga mendapat perakuan akreditasi daripada MQA pada Ogos 2010.
Bagaimanapun, pengiktirafan program ini oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi guru yang memohon DG41 hanya akan diperoleh apabila ia diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Oleh kerana mesyuarat pengiktirafan JPA hanya diadakan beberapa kali setahun, maka semua program yang mendapat perakuan akreditasi akan dibawa oleh MQA ke mesyuarat ini untuk diiktiraf.
Sukacita dimaklumkan bahawa berdasarkan sumber yang dirujuk dan diperoleh, mesyuarat berkenaan akan diadakan pada hujung November ini tertakluk kepada pindaan oleh pihak JPA.
Diharapkan penjelasan ini dapat menerangkan status Ijazah KPM-OUM seperti yang dikemukakan oleh pengadu dan menjawab kekeliruan yang timbul.
Jika pengadu mempunyai sebarang pertanyaan atau mahukan maklumat lanjut, sila berhubung dengan Bahagian Pendaftar OUM melalui e-mel (kamariah@oum.edu.my).
Segala kerjasama dan sokongan yang diberikan amatlah kami hargai dan sanjung tinggi.
DATIN TEH RAQAMAH ABDULLAH,
Pengarah Unit
Perhubungan Korporat OUM.
Alimuddin tinggalkan legasi cemerlang
Oleh Azrul Affandi Sobry
bhnews@bharian.com.my
2010/11/06
Rangka kejayaan memajukan pendidikan negara ke tahap baru dengan pelbagai transformasi
PENDIDIKAN adalah ejen terpenting dalam pembangunan sesebuah negara kerana melaluinya tamadun negara terbina dan kerananya juga lahir pelbagai lapisan masyarakat yang mampu merencana hala tuju Malaysia.
Justeru, bukan sesuatu yang janggal apabila setiap kali pembentangan belanjawan negara dan ketika Rancangan Malaysia dibacakan, sektor pendidikan sentiasa diberi keistimewaan dengan menerima peruntukan besar.
Pendidikan juga menjadi sektor kerjaya terbesar dengan memiliki kakitangan sama ada akademik atau sokongan demi memastikan ia dapat bergerak lancar bagi menyalurkan ilmu kepada jutaan pelajar seluruh negara.
Pernah juga kata-kata dilontarkan setiap masa, malah di sesetengah lokasi seperti sekolah mencatatkannya di dinding bangunan - ‘Lahirnya seorang menteri bermula dari sekolah dan orang yang bertanggungjawab mendidik mereka adalah guru’.
Ia sekali gus memberi gambaran betapa besarnya peranan sektor ini dan ia juga menandakan siapa saja yang ditugaskan memimpin Kementerian Pelajaran mempunyai tanggungjawab yang berat untuk dipikul.
Lantaran itu, selepas lebih tiga tahun mencurah keringat mengepalai jabatan di Kementerian Pelajaran, Ketua Pengarahnya, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom secara rasminya bertugas untuk hari terakhir sebagai Ketua Pengarah kelmarin, wajar diiktiraf pejuang tulen dalam sektor pendidikan.
Bukan calang-calang cabaran yang dipikulnya sejak mula mengambil alih kerusi nombor satu dalam kalangan pegawai pendidikan itu daripada bekas Ketua Pengarah yang lama, Datuk Ahmad Sipon pada pertengahan 2007.
Cabaran paling besar dalam tempoh memegang jawatan itu pastinya untuk merealisasikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang diilhamkan Menteri Pelajaran terdahulu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein kerana mengikut pelan itu, ia akan tamat pada 2010 yang mana turut menjadi tahun terakhir perkhidmatan beliau dalam Kementerian.
Justeru, pasti mata masyarakat, mereka mahu melihat sejauh mana beliau mampu memberikan impak besar kepada sektor berkenaan sekali gus turut mewujudkan satu penanda aras khusus kepada penggantinya selepas ini yang pastinya akan ‘tertekan’ untuk mempertahankannya.
Alimuddin bukan sekadar berjaya membina kerjaya cemerlang dalam sektor pelajaran dengan menyelesaikan banyak misi kementerian tetapi turut mampu mewujudkan hubungan baik dengan semua pihak termasuk pihak media, sekali gus membolehkan segala isu ditangani dengan berhemah, apatah lagi umum cukup maklum bahawa sangat banyak isu membabitkan pendidikan.
Ketika ditemubual Berita Harian mengenai pandangannya terhadap perkembangan sektor pendidikan selama perkhidmatan beliau, jelas PIPP menjadi antara topik utama yang diperkatakan kerana ia projek bernilai RM25.2 bilion dalam menjana masa depan negara.
“Dengan enam teras utama iaitu membina negara bangsa, membangunkan modal insan, memperkasakan sekolah kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar, memartabatkan profesion keguruan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan, saya lihat ia berjaya secara keseluruhannya.
“Dalam rancangan itu, terutama dalam sasaran pelaksanaan 13,015 projek pembangunan luar bandar, Kementerian sudah melaksanakan pelbagai inisiatif pengantarabangsaan pendidikan dan hasilnya ialah kejayaan murid negara ini dalam pertandingan bercorak akademik dan kokurikulum pada peringkat antarabangsa.
“Antara kejayaan yang dapat dibanggakan ialah Kementerian sedang merintis pelaksanaan transformasi pendidikan di 500 sekolah rendah seluruh negara untuk mengubah pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran supaya lebih berpusatkan murid dan berorientasikan tema serta modular,” katanya.
Malah, sebenarnya ketika beliau bakal menamatkan khidmatnya selepas mula bertugas pada 30 Mei 1976 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Menteri, Changkat Jering, Perak, beliau masih sempat mengadakan persidangan kajian semula PIPP yang pada kali ini menekankan konsep ‘1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’.
Rasionalnya, kajian semula itu dibuat untuk menjadikan pendidikan di negara ini setara dengan negara lain yang lebih pesat dan pantas. Harapannya untuk melihat perluasan dalam bidang vokasional makin menjadi nyata dengan sasaran utama kementerian. Kali ini ialah menambah pengambilan pelajar jurusan teknik dan vokasional sebanyak 100 peratus pada 2015.
“Kursus di sekolah teknik dan vokasional akan ditambah baik kualitinya sebanyak 80 peratus, selain menambah lebih 95 peratus pelajar yang mendapat dua sijil dan semua itu akan dilaksanakan sebelum 2015,” katanya.
Apapun, dalam kalangan pemerhati pendidikan melihat antara kejayaan dan perubahan penting yang dibuat ketika perkhidmatannya ialah pemansuhan penggunaan bahasa Inggeris dalam subjek Sains dan Matematik dan dijangka dijalankan secara berperingkat bermula dengan murid tahun satu seawal 2011.
Namun, perubahan itu tidak pula meminggirkan bahasa Inggeris yang turut diperkukuhkan dengan penambahan seramai 13,933 guru subjek itu termasuk 1,000 dari luar negara, 600 guru bersara dan selebihnya ialah guru keluaran Institusi Pendidikan Guru (IPGM) dan institusi pengajian tinggi lain.
“Masa yang diperuntukkan untuk bahasa Inggeris juga ditambah, semua itu adalah persiapan bagi menghadapi pelan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bermula 2012,” katanya.
Sebenarnya banyak lagi boleh diperkatakan mengenai pencapaian dan perubahan yang berlaku ketika zaman Alimuddin, termasuk pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan penubuhan sekolah kluster.
Menyorot perjalanan kariernya dalam bidang pendidikan, beliau sebenarnya banyak berkhidmat sebagai guru di sekitar Perak dengan beberapa kali berubah jawatan sebelum memegang jawatan pertama sebagai pengetua pada 1989 di SMK Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut, Perak. Bukan itu saja, beliau sudah berpengalaman menjadi pengetua di lima sekolah sebelum dilantik sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah pada 2003.
Nyata rezekinya begitu murah. Mungkin juga berkat sikap merendah dirinya yang menyaksikan beliau dilantik menjadi Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Swasta pada 2003, itupun tidak sampai setahun sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah di Sektor Pengurusan IPTS.
Setahun selepas itu, portfolionya berubah dan pada 2005, beliau diamanahkan memimpin Jemaah Nazir selama dua tahun dan dilantik pula sebagai Timbalan Ketua Pengarah di Jabatan Sekolah pada 2007 dan hanya untuk empat bulan sebelum secara rasmi menjadi Ketua Pengarah pada 16 Julai 2007.
Meskipun 4 November 2010 adalah hari terakhir beliau bertugas di Kementerian Pelajaran, pastinya sumbangan besar beliau dalam memastikan nasib guru terbela akan menjadi ingatan sampai bila-bila dan diyakini ideanya akan terus dituntut demi terus mengangkat martabat pendidikan negara.
ARKIB : 19/11/2010
Siapa perjuangkan bahasa Melayu?
Oleh Aznan Bakar
aznan.bakar@utusan.com.my
|
|
| SIAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MEMBETULKAN KESALAHAN EJAAN BAHASA MELAYU SEPERTI INI? |
KETIKA berkunjung ke Fakulti Pengajian Melayu di Beijing Foreign Studies University tidak lama dahulu seorang pelajarnya menyapa: “Encik, kalau encik mahu duduk, encik boleh duduk di dalam. Di dalam ada kerusi.”
Bahasa Melayu yang keluar dari mulut pelajar China tersebut begitu lancar dan fasih. Cara ayat dibina dan perkataan dipilih boleh dikatakan cukup sempurna.
Bahasa Melayu yang digunakan dalam Ayat itu juga lengkap. Tidak ada campur aduk dengan bahasa lain seperti mana yang sering dipertuturkan oleh rakyat negara ini terutama generasi muda.
Rasanya, di kalangan rakyat Malaysia sendiri yang bahasa Melayu bahasa kebangsaan rasanya tidak ada yang bertutur seperti itu.
Itu menunjukkan rakyat negara kita termasuk orang Melayu sendiri sudah tidak mampu bertutur menggunakan bahasa Melayu dengan betul.
Dalam setiap ayat yang dituturkan mesti terselit perkataan Inggeris. Jika tidak, orang tidak faham.
Sedar atau tidak bahawa kita tidak pernah cuba untuk menggunakan bahasa Melayu dengan betul kecuali dalam bentuk penulisan.
Penggunaan perkataan campur aduk dalam perbualan harian sudah menjadi amalan.
Seolah-olah tanpa perkataan Inggeris ayat Melayu yang kita tuturkan tidak lengkap dan tidak akan difahami orang.
Sedangkan daripada pertuturan para pelajar pengajian Melayu di universiti di Beijing itu membuktikan bahasa Melayu boleh berdiri dengan sendiri.
Malah karya-karya Melayu lama seperti Sejarah Melayu dan Misa Melayu telah membuktikan bahawa penulisnya tidak perlu bergantung kepada perkataan-perkataan Inggeris.
Malah, bahasa Melayu jugalah yang menjadi bahasa perhubungan oleh para pedagang asing yang berdagang di alam Melayu satu ketika dahulu.
Tetapi jika dilihat kepada perkembangan dan persekitaran hari ini, bahasa Melayu seolah-olah tidak mempunyai masa depan.
Bahasa yang pernah menjadi lingua franca pada zaman empayar Melaka itu kini kedudukannya semakin tergugat di bumi sendiri.
Slogan Bahasa Jiwa Bangsa yang satu ketika dahulu sering meniti bibir rakyat negara ini juga nampaknya bakal berkubur.
Slogan itu menggambarkan betapa pentingnya peranan bahasa dalam membentuk identiti sesuatu bangsa.
Rasanya, bahasa yang dirujuk oleh slogan itu sudah tentu bahasa Melayu - bahasa yang diangkat sebagai bahasa rasmi negara. Seperti yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan.
Pada masa kini seolah-oleh seperti terdapat penolakan terhadap bahasa kebangsaan itu. Ibu bapa kini lebih suka dan bangga jika anak-anak mereka berbahasa Inggeris.
Mereka akan berusaha untuk memastikan anak-anak bertutur dalam bahasa Inggeris dengan betul. Tetapi pada masa yang sama kita tidak kisah jika bahasa Melayunya tunggang-langgang dan salah daripada segi tata bahasa dan nahu.
Itu nasib yang menimpa bahasa Melayu pada hari ini.
Kewujudannya tidak begitu dihargai. Selain tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai bahasa Rasmi dan sebagai bahasa pengantar di sekolah kebangsaan, selebihnya ia tidak begitu dipedulikan.
Malah, semakin hari ia perkataan-perkataan asing semakin bertambah dalam kamus bahasa Melayu.
Bahasa-bahasa Melayu yang asal yang sedia ada kini diganti dengan perkataan dan istilah Inggeris terutamanya.
Sebab itu kesan kini diganti dengan impak (impact). Detik, ketika dan saat diganti dengan momen (moment). Sementara yuran atau bayaran di ganti dengan fi (fee).
Malah ‘simple’ kini telah diterima sebagai perkataan Melayu walaupun kita ada perkataan yang lebih tepat seperti mudah dan ringkas.
Ia sekadar hanya beberapa contoh banyak lagi yang kini gunakan secara berleluasa terutama oleh media.
Persoalan yang timbul di sini ialah, tidakkah ini semua akan menyebabkan perkataan-perkataan Melayu itu pupus?
Satu lagi persoalan ialah pada masa ini siapa yang memperjuangkan kewujudan bahasa Melayu ini?
Masing-masing seolah-olah reda bahasa Melayu sedikit demi sedikit di telan bahasa asing.
Sedangkan di negara ini terdapat banyak dialek daerah yang boleh diangkat dan dimasukkan ke dalam kamus bagi memperkayakan bahasa Melayu
Budayakan pembelajaran sepanjang hayat
Oleh Khaled Nordin
mkhaled.mohe@gmail.com
2010/11/19
PSH instrumen penting mewujudkan rakyat berkemahiran tinggi untuk kemajuan negara
UMUM mengetahui hasrat kerajaan menjadikan Malaysia negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020. Hasrat murni ini sememangnya mendapat sambutan baik rata-rata rakyat kerana ia bakal melonjakkan pendapatan negara. Apa yang lebih penting, menaikkan mutu dan kualiti hidup rakyat Malaysia secara keseluruhan.
Bagi mencapai hasrat itu, kita harus mengakui sudah tiba masa mengubah paradigma dan cara berfikir. Kita tidak boleh hanya bergantung kepada sumber bumi semata-mata untuk membangunkan negara, sebaliknya perlu berusaha menggembleng tenaga bagi menghasilkan sumber modal insan berkemahiran dan berkualiti. Apatah lagi penggunaan sumber bumi semata-mata tidak membawa pembangunan negara yang lestari kerana lama-kelamaan ia akan habis.
Bagi menghasilkan modal insan berkemahiran dan berkualiti yang menjadi asas kepada negara maju berpendapatan tinggi, rakyat harus diberi peluang menimba ilmu dan kemahiran dalam jangka masa panjang. Sehubungan itu, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) dijadikan tunggak ketiga dalam Sistem Pendidikan Negara selain peringkat sekolah dan pengajian tinggi. Kita percaya tunggak ketiga PSH ini memperlengkapkan sistem pendidikan negara. Ia bukan saja berupaya mendemokrasikan pendidikan kepada rakyat Malaysia, malah meningkatkan keupayaan mereka selain mencapai potensi sebenar supaya mampu menyertai proses pembangunan dan kemajuan negara.
Dalam konteks di Malaysia, PSH sememangnya mendapat tempat. Setakat ini, enrolmen pelajar yang mengambil bahagian dalam PSH mencecah angka 90,000 pelajar. Difahamkan terdapat enam institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dan enam lagi institusi pengajian tinggiaAwam (IPTA) menawarkan PSH. Mereka ialah Open University of Malaysia (OUM), Wawasan Open University, Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR), Asia E-University (AEU), International Centre for Education in Islamic Finance (INCIEF), Al-Madinah International University, Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS). Kita berharap, jumlah IPT yang menawarkan PSH akan bertambah pada masa depan.
Bagaimana pun, kita tidak boleh hanya bergantung kepada universiti awam mahupun swasta dalam menawarkan PSH kerana pengisiannya lebih berbentuk akademik. Justeru, kita perlu mengarusperdanakan peranan pendidikan teknikal dan latihan vokasional kerana ia mampu menjana sumber modal insan berkemahiran tinggi dan diperlukan sektor industri mahupun perkhidmatan.
Seperti dilaporkan, 100,000 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau 22 peratus tenaga kerja memasuki pasaran pekerjaan setiap tahun tanpa latihan kemahiran. Angka ini tidak memberi kelebihan kepada Malaysia untuk menarik pelaburan asing. Berikutan itu, kita perlu mempunyai tenaga kerja yang berkemahiran tinggi. Yang membimbangkan, hanya 23 peratus daripada tenaga kerja kita yang berkemahiran tinggi. Peratusan ini jauh lebih rendah berbanding negara maju lain. Kita perlu meningkatkan komposisi itu kepada sekurang-kurangnya 37 peratus menjelang 2015 bagi menjadi negara maju.
Tidak dinafikan PSH adalah instrumen penting dalam memenuhi keperluan individu mahupun guna tenaga di samping mewujudkan rakyat aktif dan memastikan kesaksamaan sosial. Perkembangan ini menjadikan PSH sebahagian daripada polisi penting dalam rangka membangunkan negara. Melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (2001-2010) misalnya, ia secara jelas memberi penekanan kepada penggalakan PSH dengan menyediakan kemudahan menguasai ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran meskipun selepas tamat latihan dan pendidikan secara formal.
Pada peringkat Kementerian Pengajian Tinggi, berlandaskan objektif menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu dan hab pengajian tinggi antarabangsa serta melahirkan modal insan minda kelas pertama, pembudayaan PSH diangkat sebagai satu daripada tujuh teras Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN). Menerusi teras pembudayaan PSH itu, kementerian menggariskan empat strategi bertujuan mengarusperdanakan PSH.
Ia termasuk pertama, meningkatkan mekanisme dan prasarana PSH; kedua, memperkemaskan kerangka pengiktirafan PSH; ketiga, mempertingkatkan promosi bagi menggalakkan orang awam menyertai PSH dan keempat, menyediakan pembiayaan secukupnya untuk menyokong program pembudayaan PSH.
Selain itu, di OUM Jun lalu, beberapa tindakan yang boleh difikirkan khususnya dalam usaha kementerian menggalak dan ‘merak yatkan’ PSH sudah dikenal pasti. Antaranya ialah pertama, kemungkinan pihak kerajaan atau kementerian memberi pengiktirafan kepada majikan yang banyak mendorong pekerjanya menyambung pengajian; kedua, memastikan program pengajian direkabentuk supaya relevan dengan keperluan masyarakat, industri tempatan dan antarabangsa, serta negara, untuk memperluaskan lagi penyertaan dalam PSH.
Ketiga, mewujudkan perkongsian pintar antara pihak industri dan pembekal program PSH, di mana setiap pekerja yang mengikuti pengajian atas keperluan majikan; akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak pekerja dan majikan; keempat, menyemak semula dasar yang mungkin menjadi penghalang kepada PSH; dan kelima, kerajaan menjadi ‘role model’ dalam agenda PSH di mana kakitangannya amat digalakkan aktif dalam kegiatan PSH, dan pembabitan itu dihebahkan.
Untuk membudayakan PSH di kalangan rakyat secara lebih sistematik dan bersifat jangka panjang, satu pelan tindakan PSH bagi tempoh 2011 hingga 2020 akan dilaksanakan tidak lama lagi. Kita menjangkakan, melalui pelan tersusun ini, ia bakal merangsang dan akan menjadi pemangkin kepada pembudayaan PSH di kalangan rakyat Malaysia.
Tidak dinafikan, PSH adalah mekanisme ampuh dan efektif dalam mengupayakan potensi rakyat Malaysia yang sebenar secara lebih terbuka dan demokratik. Rakyat Malaysia yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi akan memanfaatkan setiap potensi mereka untuk pembangunan dan kemajuan negara menuju status negara maju berpendapatan tinggi. Insya-Allah. Budayakan pembelajaran sepanjang hayat

Tidak dinafikan, PSH adalah mekanisme ampuh dan efektif dalam mengupayakan potensi rakyat Malaysia yang sebenar secara lebih terbuka dan demokratik. Rakyat Malaysia yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi akan memanfaatkan setiap potensi mereka untuk pembangunan dan kemajuan negara menuju status negara maju berpendapatan tinggi. Insya-Allah.
Status ijazah KPM-OUM
2010/11/18
SAYA memohon Kementerian Pelajaran Malaysia menjelaskan status pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda Pengajaran KPM-OUM 2009.
Adakah benar ijazah ini tidak diiktiraf? Apabila diajukepada Universiti Terbuka Malaysia, mereka mengatakan sudah mendapat pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia tetapi apabila guru-guru memohon DG41 daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, mereka mengatakan ijazah kami tidak diiktiraf Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Peluang kenaikan pangkat kurang
2010/11/16
SUKA saya mengulas cadangan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menganjurkan pendidikan sepanjang hayat ke atas seluruh warga. Dengan cara ini, keperluan guna tenaga manusia akan menjadi lebih baik, berkualiti selari dengan aspirasi kerajaan untuk menjana ekonomi berpendapatan tinggi sesuai dengan keputusan peperiksaan atau sijil kelayakan profesional.
Pun begitu, di manakah pula peluang kepada mereka yang menyambung pengajian ini pada akhirnya? Suka saya memaklumkan bahawa saya antara sebahagian daripada kakitangan yang sudah berkhidmat atau bekerja dan menyambung pengajian secara separuh masa untuk meningkatkan kualiti dan mutu pendidikan saya sebelum ini.
Dengan mengambil kursus separuh masa, pelbagai dugaan dan pengorbanan terpaksa dibuat demi menggenggam sijil yang lebih tinggi bahkan yang terbaik dalam disiplin ilmu.
Tetapi sehingga kini, peluang kenaikan pangkat, atau setidak-tidaknya untuk mencari pekerjaan yang baru dan mempunyai gaji serta peluang yang lebih baik tidak semudah kata-kata.
Ada di kalangan kami tidak dapat meningkatkan kerjaya hanya kerana syarikat tidak mampu membayar gaji yang tinggi atau berbaloi kerana mempunyai pengalaman kerja dan sijil yang telah dipertingkatkan.
Mereka lebih rela mengambil graduan muda dan boleh membayar gaji yang lebih rendah yang boleh didapati dengan mudah di pasaran kerja.
Baru-baru ini, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa tidak ramai graduan menganggur di pasaran kerja. Kenyataan daripada seorang Timbalan Menteri itu dilihat amat umum serta tidak menyeluruh.
Bagi graduan ini, asalkan dapat bekerja dan membayar bil serta pinjaman pendidikan sudah cukup berbanding kelulusan dan sijil yang mereka genggam.
Bukan semua tenaga kerja peringkat rendah itu lepasan SPM, malah ada yang mempunyai diploma bahkan ijazah sekalipun demi meneruskan peningkatan hidup yang kian mendesak ini.
Oleh itu, kajian, cadangan dan pelan penambahbaikan perlulah dibuat dan dirancang dengan baik dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) kerajaan agar semua usaha murni ini pada akhirnya melahirkan satu masyarakat maju dan berpendapatan tinggi sesuai dengan hasrat dan aspirasi kerajaan.
Kajian lapangan serta pelan menyeluruh perlulah disediakan dan dibuat dengan lebih mendalam sebelum berhujah dengan begitu retorik hendaklah difikirkan terlebih dulu.
DBP terbit, Dawama simpan buku
2010/11/16
Sampai bila karya bermutu dapat dibaca rakyat jika banyak tersadai di stor daripada dipasarkan?
PENULIS menerima surat daripada Ketua Bahagian Harta Intelek, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Asiah Daud yang memaklumkan ‘tidak dapat membuat sebarang bayaran pada kali ini’ kerana ‘jumlah royalti kurang daripada RM982.80.’
Surat bertarikh 29 Oktober 2010 merujuk kepada kumpulan puisi Khalayak Sejagat yang menghimpunkan 100 sajak dihasilkan dalam tempoh 25 tahun (1980-2005). Sudah beberapa tahun penulis menerima surat yang hampir sama dan tidak terperanjat apabila ada di kalangan sasterawan tempatan merungut mengenai proses pengedaran buku DBP.
Buku itu sudah empat tahun diterbitkan, tetapi anehnya tiada di kedai buku. Kecuali seketika terselit di rak buku di tingkat bawah bangunan DBP, kemudian ia lenyap tanpa alasan.
Beberapa puisi dalam Khalayak Sejagat pernah dinilai dan meraih hadiah ternama termasuk Hadiah Sastera Malaysia (1988/89), Hadiah Utusan-Public Bank, Hadiah Puisi DBKL dan beberapa sayembara lain.
Buku itu juga mendapat reaksi baik daripada beberapa sarjana dan pengkritik sastera sejak diterbitkan DBP pada 2006. Pelajar beberapa pusat pengajian tinggi juga pernah merujuk buku itu untuk menilai proses kreatif penulis tempatan. Perpustakaan Universiti Leiden, Belanda dan Perpustakaan Nasional di Australia juga menempatkan Khalayak Sejagat di rak karya Melayu Nusantara.
Bagaimanapun aneh, kenapa buku tidak dijual? Apakah kerana minat masyarakat kepada puisi dan karya Melayu makin lemah, atau proses pemasaran buku terbitan DBP yang terencat?
Setiap tahun DBP menyediakan bajet yang besar untuk membayar penulis, panel penilai karya dan pegawai yang menyelenggara urusan penerbitan. Tetapi kenapa urusan pengedaran karya diabaikan? Apakah DBP sekadar menerbitkan buku dan pihak lain menyimpan di dalam stor?
Pada 2009, Presiden Persatuan Penulis Nasional (PENA), Saleeh Rahamad juga merungut isu yang sama di dalam blognya kerana tidak menerima royalti daripada DBP sejak beberapa tahun.
Beliau merungut banyak buku terbitan DBP tersadai di stor Dawama di Hulu Klang, tanpa sebarang pengedaran yang lengkap.
Sasterawan Marsli NO juga menyuarakan isu sama kerana ada karya beliau yang tidak dibayar royalti kerana masalah pemasaran.
Sasterawan Negara, Datuk Dr A Samad Said pula mengambil daya usaha sendiri menerbitkan karya besar beliau kerana tidak sanggup melihat novel dan kumpulan puisinya tersadai dan tanpa usaha memasarkannya.
Samad pernah melancarkan mogok seni pada dekad 80-an kerana kesal dengan birokrat seni yang ‘kurang rasa, kurang reti dan kurang visi’. Kini beliau terpaksa menubuhkan Syarikat Wira Bukit untuk menerbit dan memasarkan buku sendiri.
Penulis pernah ke kedai buku DBP untuk mendapatkan karya sendiri namun malangnya diberi alasan ‘karya encik tiada dalam stok simpanan. Barangkali sudah habis dijual!’. Bagaimanapun apabila menjenguk ke gudang Dawama di Hulu Klang, keadaan sebaliknya yang berlaku. Banyak karya penulis ternama tersadai di sana.
Kita rasa aneh, kenapa buku terbitan DBP terlalu lesu pengedarannya? Kenapa karya penulis tempatan termasuk Sasterawan Negara tersadai sedangkan ia sebahagian daripada proses membentuk nilai intelektual bangsa menjelang 2020?
Rungutan penulis tempatan sudah beberapa kali tersiar di media dan pernah diajukan ke peringkat tertinggi, tetapi malangnya tiada tindakan susulan. DBP perlu bertindak tegas kerana industri buku negara sudah mencatat RM1.5 bilion setahun.
Mengikut statistik, negara menerbitkan 6,500 judul buku setahun membabitkan 200 penerbit. Angka ini terlalu kecil kalau dinisbahkan dengan jumlah penduduk ketika ini.
Masyarakat tentunya mengharapkan DBP untuk menerbit dan memasarkan karya bermutu kerana sektor swasta lazimnya dikaitkan dengan karya popular yang mutunya boleh dipersoalkan. Banyak karya tidak bermutu memenuhi pasaran. Banyak juga novel picisan, cabul dan popular menjadi wadah pembacaan generasi muda sedangkan Malaysia sudah memiliki prasarana pembangunan setanding negara maju.
Jika ada buku agama pun, banyak karya yang boleh dipersoalkan diterbitkan pihak swasta. Cerita jin, pedoman malam pertama dan panduan jimak cara Islam lebih diutamakan syarikat kecil untuk meraih laba segera.
Justeru, masyarakat mengharapkan DBP sebagai lambang penerbitan karya bermutu. DBP perlu aktif memasarkan karya terbaik, bukannya sekadar menerbitkan buku dan membiarkan berlapuk di dalam gudang.
Jika China sudah berjaya menerbitkan 181,000 judul buku setahun dan Korea Selatan 42,000 judul buku, kita sepatutnya sudah berjaya menerbitkan 20,000 judul buku setahun. Tentunya DBP diharapkan lebih cergas agar budaya membaca seiring proses pembacaan karya yang baik.
Di kalangan penulis pula tentunya berharap, DBP terbit buku, sila pasarkan kepada masyarakat, jangan tersadai di dalam gudang!
Gagasan penyemarak obor memperkasa pendidikan
Oleh SYED ANUAR SYED MOHAMAD
TIDAK ada sesiapa menduga, dalam diam telah lahirnya satu lagi pertubuhan yang memperjuangkan masa depan pendidikan negara atas asas kepentingan Melayu yang kini sedang dilingkari pelbagai cabaran yang semakin kritikal.
Kelahirannya dilihat sangat tepat di saat isu pendidikan Melayu semakin mendapat perhatian umum, apatah lagi rancangan pembentukan sistem pendidikan secara berkesan sentiasa berhadapan dengan karenah pelbagai pihak khususnya ahli politik sehingga kebanyakan usaha murni kerajaan menjadi terbantut.
Dengan janji bukan untuk menjadi pertubuhan ekstremis Melayu, pertubuhan ini mahu membantu melalui penyatuan idea demi memastikan sektor pendidikan negara terus berkembang secara sihat dan terancang.
Diilhamkan oleh sekumpulan pemikir Melayu yang sayangkan pendidikan yang diketuai Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang juga bekas aktivis pendidikan, Datuk Hasan Malek, maka tertubuhlah Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan).
Penubuhan Gagasan di saat pendidikan kini semakin menjadi perhatian umum, manakala pendidikan Melayu pula kian mencabar dan tercabar, maka kelahiran Gagasan dianggap mempunyai signifikannya yang tersendiri dalam mengisi slot perancangan pembangunan pendidikan negara.
Malah tidak keterlaluan jika dikatakan, Gagasan adalah pelengkap kepada agenda memperkasakan pendidikan Melayu itu sendiri sesuai dengan matlamat penubuhannya untuk melahirkan generasi Melayu cemerlang, bersahsiah dan berkepimpinan.
Hakikatnya dengan keahlian awal seramai 1,000 orang yang melibatkan 24 buah Parlimen di seluruh negara, Gagasan bukanlah satu pertubuhan perkauman sempit tetapi ia lahir atas nama kesedaran yang kuat betapa sebenarnya pendidikan Melayu itu bukan sahaja wajib dipertahankan, malah dibantu untuk dipertingkatkan, apatah lagi di saat konflik atau pertikaian yang berkaitan Melayu kian terbuka.
Apa yang jelas, Gagasan yang telah dilancarkan penubuhannya, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail di Taman Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur baru-baru ini bakal menjadi benteng utama terhadap cabaran pendidikan Melayu itu sendiri, selain berperanan sebagai 'think-tank' kerajaan dalam mendepani isu-isu pendidikan.
Pastinya dalam tempoh tiga tahun mendatang ini, apabila jumlah keahlian dijangka meningkat kepada 100,000 orang, peranan Gagasan akan lebih terserlah dalam mewarnai perjuangan yang dimaksudkan, sekali gus meletakkannya sebagai pertubuhan yang penting di negara ini.
Ya, kita semua sedar mengenai cabaran serta isu-isu pendidikan negara tetapi kebanyakannya diolah mengikut acuan politik semata-mata selain ia menjadi tajuk perbahasan di warung kopi. Jadi, pendidikan kita mahu ke mana sebenarnya?
Gagasan bukanlah satu objek di padang permainan tetapi ia adalah payung kepada masa depan pendidikan Melayu, yang akan menjadi pembetuk kepada acuan pendidikan yang kita semua inginkan.
Berbeza dengan pertubuhan yang berteraskan kepada perjuangan memartabatkan bidang pendidikan yang lain, Gagasan tampil dengan keupayaan serta kemahuan yang tinggi untuk melihat pendidikan negara diberikan perhatian dan dihidupkan dengan segarnya.
Kelahiran Gagasan juga tidak wajar dilihat dari perspektif sempit kononnya ia bakal membawa perpecahan terhadap kepentingan Melayu itu sendiri tetapi Gagasan wajar dilihat dari konteks penyatuan idea kumpulan yang sayang dan cintakan pendidikan Melayu di negara ini.
Apakah penubuhan Gagasan bermaksud lahirnya satu lagi kumpulan ekstremis Melayu?. Sebenarnya tidak, Gagasan adalah pertubuhan yang sangat terbuka dan mempunyai hasrat murni untuk melahirkan generasi pelajar dan pendidik yang bukan sahaja cemerlang di dalam negara tetapi hebat di luar negara.
Kami membawa obor Melayu Glokal yang pernah dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebelum ini dan berpegang kuat kepada iltizam Gagasan 1Malaysia dalam menzahirkan impian dan harapan tanpa bersifat ekstrem.
Gagasan adalah pertubuhan yang berteraskan beberapa konsep Melayu Budiman yang dianggap penting dan cukup membantu dalam membentuk serta membina jati diri pertubuhan tersebut sebagaimana berikut:
WASATIAH: mengamalkan kaedah sederhana iaitu mencari kesempurnaan dengan nilai yang tidak terlalu tinggi tetapi juga tidak terlalu rendah atau dengan terjemahan yang lain, ia bermakna pertengahan atau seimbang.
BERAKAL: bijaksana dan berkeupayaan dalam penguasaan ilmu berdasarkan kepada kefahaman untuk membentuk nilai serta acuan kita sendiri.
BIJAKSANA: Atau juga dipanggil sebagai wasotiah yang akan menjadi pelengkap kepada kejayaan perancangan, strategi serta keupayaan itu tadi agar setiap apa yang dimahukan mencapai matlamat secara berkesan dan tepat.
BERBUDI: membina jati diri cemerlang berteraskan kepada nilai akhlak, budi pekerti yang tinggi sebagai pembantu kepada pembentuan sahsiah diri yang menjadi matlamat atau tujuan penubuhan Gagasan.
Gagasan berjanji akan meletakkan dirinya sebagai "hamba pendidikan" yang akan membantu kerajaan serta rakyat melalui pelbagai kaedah dan strategi bagi memastikan pendidikan Melayu sentiasa berada di tempatnya secara wajar.
Gagasan juga akan membantu kerajaan dalam memastikan keputusannya untuk memperkenalkan Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjelang tahun 2014 dan memulakan mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah pada 2013 akan menjadi kenyataan dalam suasana teratur dan berkesan.
Kami mahu generasi sekarang dan akan datang lebih mengenali sejarah kerana hanya dengan cara itu, ia dapat membantu pembentukan jati diri dan sahsiah dalam kehidupan mereka.
Kemerosotan kefahaman generasi hari ini terhadap sejarah negara, khususnya perjuangan menuntut kemerdekaan misalnya akan menyebabkan pemikiran mereka menyongsor turun tanpa arah dan tujuan.
Dan, ini juga menjadi sebahagian daripada perjuangan Gagasan melalui beberapa strategi yang akan diatur selepas ini.
Berasaskan betapa sebenarnya pertubuhan ini dianggotai kumpulan pemikir Melayu yang berlatarbelakangkan sebagai aktivis pelajar dan nilai akademik yang tinggi, adalah dipercayai Gagasan bakal membawa obor baharu dalam dunia pendidikan negara.
Gagasan mahu menjadi mata dan telinga kerajaan yang bertindak untuk mengutip semua idea itu secara bebas dan kemudiannya diproses menjadi produk pendidikan yang mungkin boleh bersifat dasar atau sebagainya kepada kerajaan.
Tindakan untuk merelakan pendidikan menjadi bahan dagangan politik semata-mata mesti ditamatkan secara muktamad kerana tidak pernah ada sejarah mengenainya yang menjanjikan keuntungan kepada negara dan rakyat. Itu jelas.
Justeru, Gagasan mahu menjuarai perjuangan itu, menjadi pasukan paling depan dalam menyediakan produk pendidikan Melayu negara, selain menjadi pihak yang akan sentiasa memerangi mana-mana pihak yang mahu menjadikan pendidikan sebagai bahan dagangan politik mereka.
PENULIS ialah Setiausaha Agung Gagasan
13 Mei Hari Muafakat
KEPADA masyarakat Malaysia yang lahir sebelum tahun 60-an, peristiwa berdarah di tanah air pada tarikh 13 Mei 1969 barangkali amat menggerunkan mereka.
Tetapi kepada generasi yang lahir selepas tarikh tersebut, mereka tidak sepatutnya dihukum secara sinis oleh politikus yang ketandusan idea dengan menjadikan tarikh tersebut sebagai tarikh malang.
Bagi generasi yang tidak melalui peristiwa itu, tarikh tersebut barangkali adalah tarikh kesyukuran bagi meraikan hari kelahiran, pertunangan, perkahwinan, graduasi dan peristiwa yang manis untuk dibuat kenangan semasa hayat mereka. Di mana tarikh tersebut akan dilalui dengan cara hormat dan ceria sepanjang hayat.
Oleh itu, tokoh-tokoh politik yang ketandusan modal perlulah berlaku adil kerana sudah tentu ada di antara mereka mempunyai anak, cucu atau saudara mara yang meraikan tarikh keramat itu sepanjang tahun.
Sebagai generasi yang sudah matang, angkatlah martabat tarikh tersebut sebagai tarikh bermulanya semangat permuafakatan.
Saya cadangkan tarikh 13 Mei dinamakan Hari Permuafakatan atau Hari Muafakat untuk seluruh rakyat Malaysia.
TENGKU MAN
.
No comments:
Post a Comment