Wednesday, December 22, 2010

Minda Pengarang: Terapkan semangat Hijrah untuk lakukan perubahan, pembaharuan

2010/12/07 HARI ini umat Islam menyambut tahun Hijrah 1432. Kita di Malaysia tidak ketinggalan menyambut kedatangan awal Muharam, tahun Hijrah dengan pengisian keagamaan dan kerohanian sebagai mengingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari kota Makkah ke Madinah. Mulai petang semalam, sebelum solat Maghrib umat Islam mengadakan majlis bacaan yassin, tahlil dan doa selamat akhir tahun dan awal tahun Hijrah. Hari ini berlangsung sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan bertemakan ‘1Malaysia, 1Ummah’. Bersesuaian sambutan kali ini, takwim rasmi Islam yang mengambil sempena perpindahan Nabi Muhammad dan sekumpulan pengikut Baginda perlu diingati dan dihayati oleh semua umat Islam. Ia adalah antara peristiwa penting dalam sejarah Islam serta tamadun manusia. Banyak pengajaran dan iktibar boleh diambil daripada peristiwa hijrah Nabi Muhammad pada 20 September 622 Masihi itu. Ia pencetus kepada pengukuhan dan peningkatan iman, takwa dan pasrah Baginda serta kelompok kecil pengikutnya kepada Allah. Kehidupan sebagai perantau di bumi orang mendorong mereka menjadi lebih tabah, gigih, strategis dan berperancangan, selain mengubah pendekatan dan corak pemikiran. Hasil transformasi fizikal, minda dan sahsiah itu, Nabi Muhammad dan pengikutnya berjaya mencetuskan pembinaan peradaban dan tamadun insan yang bersifat universal. Cahaya kecemerlangan hijrah akhirnya berjaya meletakkan Islam sebagai perintis zaman gemilang manusia bukan saja di tanah Arab, malah ke segenap alam maya yang gelap sehingga membawa perubahan di dunia Barat. Semangat dan roh hijrah Rasulullah masih relevan serta boleh diterjemahkan dalam pelbagai disiplin kehidupan. Makna yang tersirat dalam peristiwa hijrah mesti digarap dan diterapkan dalam setiap aspek kehidupan, terutama ketika komuniti Islam berhadapan dengan transformasi dalam landskap sosial, ekonomi serta politik global.

Hasil karya itu boleh dibawa kepada masyarakat dan dijadikan panduan untuk melakukan perubahan pemikiran mahupun sahsiah. Sebagai peristiwa direncanakan Allah, hijrah mengandungi pelbagai hikmah yang boleh diguna pakai insan sejagat. Hikmah, teladan dan rohnya tidak lapuk dek peredaran masa. Kaji serta hayati inti pati dan roh Piagam Madinah, yang terhasil daripada peristiwa hijrah itu. Menurut tafsir dan rumusan kalangan sarjana Islam, piagam itu adalah satu peristiwa mengandungi empat teras iaitu penyatuan seluruh umat Islam yang pelbagai suku dan kaum dalam satu ikatan, menyalakan semangat penerimaan dan bekerjasama di kalangan sesama penduduk walau berbeza latar sosialnya, tanggungjawab dan kewajipan setiap warga negara mempertahankan tanah tumpah darahnya, serta jaminan persamaan dan kebebasan setiap individu, walaupun berbeza sosial, resam budaya mahupun agama. Jika diamati tanpa prasangka dan emosi, semangat Piagam Madinah juga sentiasa dalam perjuangan dan dijulang kepemimpinan kita melalui Perlembagaan mahupun dasar nasional yang terbukti berjaya meletakkan Malaysia di atas hamparan perpaduan, kemajuan serta kemakmuran. Hijrah turut dikaitkan dengan pembaharuan tekad dan azam. Kedua-duanya dizahirkan oleh kepemimpinan kerajaan sekarang melalui pelbagai program transformasi – pentadbiran awam, ekonomi, politik dan sosial – dengan matlamat untuk merubah keadaan menjadi lebih baik dan ini sama dengan tujuan Rasulullah berhijrah, iaitu untuk membawa keluar pengikutnya ketika itu daripada kepayahan dan penindasan masyarakat Arab jahiliah di Makkah demi mencari dan membina kehidupan baru yang lebih sejahtera di Madinah.

Peristiwa Hijrah pencetus semangat ukhuwah, transformasi
Oleh Mohd Ayop Abd Razid

2010/12/07

Ummah perlu pertingkat keimanan, bekerja keras bentuk sebuah negara maju supaya tidak ketinggalan

HARI ini, umat Islam mula melangkah masuk tahun 1432 Hijriah. Di negara kita, Maal Hijrah disambut pada setiap 1 Muharam. Sambutan Maal Hijrah tahun ini bertema '1Malaysia, 1Ummah'. Hijrah adalah perkataan Arab yang bermaksud meninggalkan negara atau berpindah dari 'badiah' (padang pasir) ke kampung atau kota. Sejarawan Islam merujuk hijrah sebagai peristiwa perpindahan Nabi Muhammad dan umat Islam dari Makkah ke Madinah.

Peristiwa itu mencatatkan bahawa Rasulullah berjaya menjejakkan kakinya di bumi Madinah pada 16 Rabiulawal, bersamaan 20 September 622 Masihi. Justeru, bagi sejarawan dan ulama Islam, peristiwa itu menjadi garis pemisah antara ‘zaman Makiyyah’ dan ‘zaman Madinah’. Jika di Makkah, umat Islam ditekan dan ditindas tetapi di Madinah pula umat Islam berjaya menjadi umat cemerlang dan dihormati.

Satu perkara yang harus difahami ialah peristiwa hijrah dilaksanakan atas perintah Allah. (al-Isra’:76 dan an-Nisa’:97). Sebelum perintah berhijrah ke Madinah diturunkan, Rasulullah pernah mengizinkan pengikutnya yang disiksa dan dizalimi berhijrah ke Habsyah secara sulit. Hijrah ke Habsyah berlaku sebanyak dua kali, iaitu pada 615 Masihi dan pada 617 Masihi. Raja Habsyah ketika itu adalah seorang Nasrani yang meyakini akan kelahiran rasul akhir zaman. Raja Habsah terkenal sebagai raja yang bersifat adil dan bersedia memberikan perlindungan kepada orang yang dizalimi.

Di Madinah, Rasulullah berjaya membina negara Islam Madinah yang kuat. Untuk membina negara Islam yang kuat, Baginda terlebih dulu membina perpaduan yang kukuh di kalangan penduduknya. Ia bermula dengan mempertautkan persaudaraan atau ukhuwah Islamiah antara kumpulan al-Muhajirin dari Makkah dan golongan al-Ansar di Madinah. Kemudian, baginda turut memikirkan penyatuan seluruh penduduk Madinah yang bersifat majmuk itu.

Untuk tujuan itu Rasulullah menggubal perlembagaan bertulis yang dikenali sebagai ‘Shahifah Madinah’ atau Piagam Madinah. Isi Piagam Madinah dapat disimpulkan kepada empat asas utama iaitu: mempersatukan seluruh umat Islam dari berbagai suku menjadi satu ikatan; menghidupkan semangat penerimaan serta saling bekerjasama sesama penduduk (warga); menetapkan bahawa setiap penduduk Madinah mempunyai kewajipan melindungi dan mempertahankan tanah air serta keamanan negara, dan menjamin persamaan serta kebebasan bagi semua kaum dan kepercayaan agama.

Asas itu jelas menggambarkan bahawa Piagam Madinah turut memasukkan orang bukan Islam ke dalam kesatuan ummah. Misalnya dalam Pasal 25 Perlembagaan itu menyebut, “Kaum Yahudi Bani 'Auf bersama dengan warga yang beriman adalah satu ummah.”
Dalam fasal Pasal 44 pula disebut: “Semua warga akan saling bahu membahu dalam menghadapi serangan pihak lain yang melancarkan serangan terhadap Yasthrib.”

Jelaslah bahawa, walaupun dari segi sejarahnya, istilah negara (state) dan bangsa (nation) mula muncul pada awal abad ke-20, namun konsep ummah seperti yang terkandung dalam Piagam Madinah itu mencerminkan wujudnya semangat faham negara atau faham kebangsaan. Konsep ummah itu telah berjaya menyatukan masyarakat Madinah menjadi suatu masyarakat yang saling bertanggungjawab mempertahankan tanah air serta bertanggungjawab mempertahankan keamanan dan kesejahteraan sosial mereka bersama.

Justeru, tema sambutan Maal Hijrah ’1Malaysia, 1Ummah’ adalah sesuai dalam konteks negara kita dan selari dengan konsep 1Malaysia.

Kandungan Piagam Madinah juga mengandungi ‘perjanjian sosial’. Ini dapat difahami apabila perlembagaan itu menetapkan bahawa setiap penduduk Madinah tanpa mengira keturunan dan agama bertanggungjawab mempertahankan Madinah dari sebarang ancaman. Dalam kehidupan sosial pula, mereka berjanji akan hidup bersatu padu, toleransi dan saling bantu membantu antara satu sama lain. Mana-mana penduduk yang didapati tidak setia, khianat atau melanggar perlembagaan maka hukuman setimpal akan dikenakan terhadap mereka.

Piagam itu adalah satu-satu perlembagaan bertulis yang pernah berdaulat sepenuhnya dalam sejarah dan tamadun manusia. Prof Muhammad Hamidullah (1973), menyebut bahawa walaupun sudah wujud perlembagaan tertua di Greek, China dan India ketika itu, namun semua perlembagaan itu tidak dapat dianggap sebagai perlembagaan sebenar (a true constitution).

Phillip K Hitti dalam bukunya History of the Arabs pula menyebut, walaupun di Athens sudah wujud sebuah negara kota (city state) yang pernah melakukan beberapa pindaan dan pembaharuan perlembagaan mereka tetapi ia bukanlah perlembagaan yang sebenar. Ia hanyalah kumpulan undang-undang lisan yang berasaskan adat resam.

Umat Islam patut mengambil pengajaran dan hikmah dari peristiwa besar itu. Antara pengajaran yang perlu difahami dari peristiwa Hijrah itu ialah perlunya kita memiliki misi dan visi dalam sesuatu perjuangan. Kita juga perlu memahami secara realistik tentang cabaran dan tentangan yang dihadapi supaya kita dapat menyediakan rangka strategi dan bertindak yang berkesan. Setiap anggota masyarakat harus memainkan peranan masing-masing secara berkesan serta patuh kepada perlembagaan dan peraturan negara.

Peristiwa Hijrah juga membuktikan bahawa Rasulullah berjaya meletakkan asas utama dalam perkara berkaitan politik dan pemerintahan, menegakkan hak rakyat dan hak asasi manusia, mengatur sistem ekonomi dan sosial serta hubungan diplomatik dengan negara luar. Kejayaan membina peradaban dan tamadun di Madinah yang menjadikan Islam sebagai peneroka zaman pencerahan turut membawa perubahan di dunia Barat. Fakta ini diakui oleh banyak sejarawan Barat.

Misalnya, Edward Mc Nall Burns, Robert E Lesner dan Standish dalam buku Western Civilization, Their History and Culture menyebut bahawa Islam yang pada asalnya diterima penduduk gurun pasir di Makkah, akhirnya berupaya dan berjaya mencetuskan idea pembaharuan di Eropah sejak abad ke-12. Arthur Glyn Leonard dalam bukunya Islam, Her Moral and Spiritual Value: a Rational and Psychological Study pula menyebut bahawa dunia Barat terhutang budi kepada Islam kerana agama inilah yang membuatkan Barat mengenal dan membangun ilmu pengetahuan moden.

Peristiwa ini bukan sekadar persoalan menyelamat dan menegakkan akidah tauhid tetapi juga bagaimana kecemerlangan kehidupan dunia diatur oleh Rasulullah melalui pembentukan negara Islam Madinah.

Oleh itu, dalam konteks moden hari ini, umat Islam sepatutnya bukan saja menghayati makna hijrah dari konteks akidah semata-mata. Malah sambutan Maal Hijrah sewajarnya difahami sebagai landasan untuk melakukan transformasi ke arah membentuk sebuah negara maju yang memiliki kekuatan dalam segenap aspek kehidupan supaya umat Islam tidak terus tinggal dalam kebekuan dan keterbelakangan dalam kehidupan duniawi.

Pengertian ini selari dengan maksud doa yang selalu dibaca oleh umat Islam yang bermaksud, ”Wahai Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat” . Ingatlah bahawa Rasulullah ketika membina negara Islam Madinah, bukan saja menekankan soal kerohanian (akidah) tetapi juga baginda turut membangunkan sistem sosioekonomi negara Islam yang maju.

Oleh kerana begitu signifikan peristiwa Hijrah ini, maka Saidina Umar Al-Khatab telah menjadikannya sebagai asas melahirkan kalendar Islam yang dikenali sebagai Tahun Hijrah (Hijriyah). Pada hakikatnya, kelahiran kalendar Islam itu adalah kesan daripada sebuah peristiwa sejarah yang penuh hikmah. Ia memiliki kedalaman agama kerana hijrah adalah perintah Allah yang menuntut kesabaran dan pengorbanan yang mulia.

Kesimpulan, sempena sambutan Maal Hijrah ini maka marilah kita tingkatkan keimanan dan ketakwaan. Untuk kepentingan negara pula, maka marilah kita mempertingkatkan usaha menjayakan transformasi seperti yang dihasratkan kerajaan. Produktiviti kerja harus dipertingkatkan, sama ada di sektor awam, sektor swasta atau mereka yang bekerja sendiri sebagai usahawan, peniaga, petani, penternak atau apa saja kerjaya yang halal.

Penulis adalah Ketua Unit Penerbitan di Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan

Hijrah panduan Muslim perkukuh jati diri Muslim


2010/12/07

LEMBARAN sejarah baru Hijrah 1432 bermula hari ini, yang bererti sudah 1431 tahun berlalu sejak Nabi Muhammad berhijrah meninggalkan kota Makkah ke Madinah, sehingga tidak sampai satu dekad sudah terbentuk negara Islam dalam keadaan umatnya menjadi kuasa dominan.

Begitulah, hijrah ke Madinah diizinkan sesudah sempurna baiah aqabah kedua dan Islam mendapat tapak asas bagi negara sendiri di tengah padang pasir yang berserabut dengan kekufuran, kejahilan dan bidaah.

Hari inilah masanya individu Muslim bermuhasabah berdasarkan hijrah Nabi Muhammad 1431 tahun lampau dengan renungan masa depan menjanjikan kecemerlangan dalam apa juga aspek kehidupan melalui perubahan mindset.

Persis kata tokoh Muslim, Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri dalam kitabnya, Sirah Nabawiyyah SAW (terjemahan Muhammad Ramzi Omar: “Hijrah tidak lain daripada membuang segala kepentingan dan berkorban harta benda. Ia juga bukan bermaksud seseorang dapat terlepas penderitaannya semata-mata, malah pada masa sama hatinya berkecamuk dengan kebimbangan kerana boleh jadi dalam permulaan perjalanan ataupun pada penghujung perjalanan, dia mungkin binasa.”

Muslim perlu mengambil iktibar daripada pandangan ini dalam pembaharuan azam dan tekad sempena awal Muharam, bulan yang dikeramatkan sebagai bulan pertama Hijrah untuk mengecapi kemajuan dan pembangunan disegani umat seluruh global.

Hijrah sendiri dengan risiko seperti dilalui Nabi Muhammad dan sahabat, bagaikan berjalan menuju masa depan tidak menentu dan penuh kebarangkalian.

Beberapa ciri mendasari kejayaan penghijrahan umat masa kini terutama kekentalan semangat juang dan jati diri berbekalkan ilmu pelbagai disiplin demi sumbangan pemikiran dan intelektual kepada tamadun Islam.
Ilmu dunia dan ukhrawi perlu bergandingan demi kekuatan ukhwah dalam penitian perjalanan sepanjang tahun ini bersandarkan peristiwa suka duka tahun lalu.

Perpaduan dapat merungkai permasalahan dan hambatan seperti halangan orang Musyrikin terhadap umat Islam yang berhijrah meninggalkan kota Makkah.

Kesan banjir di Perlis, Kedah dan Perak menuntut pengorbanan umat melalui sumbangan bagi meringankan bebanan mangsa, merungkai sikap individualistik dan kepentingan diri.

Firman Allah dalam Surah l-Anfal: 75, maksudnya; “Dan orang yang beriman sesudah itu, kemudian mereka berhijrah dan berjihad bersama kamu, maka adalah mereka daripada golongan kamu”.

Sama-samalah kita renungi maksud firman ini demi ketabahan umat dalam perjalanan meniti jambatan hidup sepanjang tahun hijrah 1432 baru berputik ini.

DR ILLIAS ZAIDI, Hijrah panduan Muslim perkukuh jati diri Muslim


2010/12/07

LEMBARAN sejarah baru Hijrah 1432 bermula hari ini, yang bererti sudah 1431 tahun berlalu sejak Nabi Muhammad berhijrah meninggalkan kota Makkah ke Madinah, sehingga tidak sampai satu dekad sudah terbentuk negara Islam dalam keadaan umatnya menjadi kuasa dominan.

Begitulah, hijrah ke Madinah diizinkan sesudah sempurna baiah aqabah kedua dan Islam mendapat tapak asas bagi negara sendiri di tengah padang pasir yang berserabut dengan kekufuran, kejahilan dan bidaah.

Hari inilah masanya individu Muslim bermuhasabah berdasarkan hijrah Nabi Muhammad 1431 tahun lampau dengan renungan masa depan menjanjikan kecemerlangan dalam apa juga aspek kehidupan melalui perubahan mindset.

Persis kata tokoh Muslim, Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri dalam kitabnya, Sirah Nabawiyyah SAW (terjemahan Muhammad Ramzi Omar: “Hijrah tidak lain daripada membuang segala kepentingan dan berkorban harta benda. Ia juga bukan bermaksud seseorang dapat terlepas penderitaannya semata-mata, malah pada masa sama hatinya berkecamuk dengan kebimbangan kerana boleh jadi dalam permulaan perjalanan ataupun pada penghujung perjalanan, dia mungkin binasa.”

Muslim perlu mengambil iktibar daripada pandangan ini dalam pembaharuan azam dan tekad sempena awal Muharam, bulan yang dikeramatkan sebagai bulan pertama Hijrah untuk mengecapi kemajuan dan pembangunan disegani umat seluruh global.

Hijrah sendiri dengan risiko seperti dilalui Nabi Muhammad dan sahabat, bagaikan berjalan menuju masa depan tidak menentu dan penuh kebarangkalian.

Beberapa ciri mendasari kejayaan penghijrahan umat masa kini terutama kekentalan semangat juang dan jati diri berbekalkan ilmu pelbagai disiplin demi sumbangan pemikiran dan intelektual kepada tamadun Islam.
Ilmu dunia dan ukhrawi perlu bergandingan demi kekuatan ukhwah dalam penitian perjalanan sepanjang tahun ini bersandarkan peristiwa suka duka tahun lalu.

Perpaduan dapat merungkai permasalahan dan hambatan seperti halangan orang Musyrikin terhadap umat Islam yang berhijrah meninggalkan kota Makkah.

Kesan banjir di Perlis, Kedah dan Perak menuntut pengorbanan umat melalui sumbangan bagi meringankan bebanan mangsa, merungkai sikap individualistik dan kepentingan diri.

Firman Allah dalam Surah l-Anfal: 75, maksudnya; “Dan orang yang beriman sesudah itu, kemudian mereka berhijrah dan berjihad bersama kamu, maka adalah mereka daripada golongan kamu”.

Sama-samalah kita renungi maksud firman ini demi ketabahan umat dalam perjalanan meniti jambatan hidup sepanjang tahun hijrah 1432 baru berputik ini.

DR ILLIAS ZAIDI,

Harga penghijrahan
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
serima@bharian.com.my
2010/12/07



AMEER (belakang kiri) pada saat kemuncaknya bersama rakan dalam kumpulan Ruffedge.

Ameer hampir tinggalkan dunia seni sebelum muncul semula dengan album Seluruh Mahabbah

TIADA lagi seluar jeans besar atau kemeja mahupun baju T yang polos membaluti tubuhnya. Ameer Munawer Yusoff, 33, kini selesa dengan imej kemas serta berkopiah.

Malah ketika memenuhi sesi fotografi di Balai Berita baru-baru ini, bekas anggota Ruffedge itu hadir dengan gaya ringkas baju Melayu rona putih berserta kopiah.

Dia juga menolak permintaan kami supaya menanggalkan kopiah ketika fotografi, kononnya mahu menampakkan imejnya dalam gaya lebih kontemporari sekalipun sudah bergelar penyanyi berunsur kerohanian.

Permintaan kami ditolak secara baik oleh Ameer, dan kami pula harus menghormati kehendaknya itu. Bagaimanapun, dia tidak menghampakan jurugambar dengan memberikan gaya dan aksi istimewa.

Soalan pertama yang terkeluar dari bibir sebaik selesai fotografi tentulah mengenai penghijrahannya. Sukar untuk Ameer mengingati secara tepat bila dia memulakan perubahan itu.

“Saya sendiri tidak boleh mengingati bila sebenarnya membuat penghijrahan ini. Sejak dulu lagi saya mahukan perubahan tetapi sentiasa tertangguh, sebagai manusia setiap hari kita mahu berubah menjadi baik.
“Kita bertemu perkara seperti ini dalam mencari kebaikan. Perkahwinan juga salah satu impak kepada saya untuk menjadi lelaki yang baik. Menerusi alam rumah tangga menyebabkan saya menjadi lebih berhati-hati. Tanggungjawab saya besar kerana saya perlu membimbing wanita yang bergelar isteri dan juga zuriat kami kelak.

“Saya tidak boleh nafikan perkahwinan adalah hadiah yang paling hebat. Tanggapan saya terhadap wanita juga berbeza selepas berkahwin. Saya lebih faham ibu saya apabila melihat kesibukan isteri menguruskan rumah tangga. Saya juga mempunyai seseorang untuk menyokong saya, dan mempunyai teman kerana kebanyakan perkara dilakukan bersama-sama seperti pergi mengaji bersama,” katanya yang mendirikan rumah tangga pada Oktober tahun lalu.

Dek kerana kecintaan mendalami ilmu agama, Ameer pernah membuat keputusan meninggalkan terus dunia seni walaupun hiburan adalah sumber pendapatan utamanya.

Tanpa malu-malu Ameer mendedahkan, akibat tindakannya itu, dia mengalami kemerosotan ekonomi yang teruk hingga tunggakan kereta pun tidak mampu dijelaskan.

Walaupun diuji dengan hebat, dia percaya Tuhan mempunyai perancangan lain untuknya. Benar bagai disangka, dia menemui ketenangan yang tidak mungkin dapat dicapai jika tidak membuat keputusan itu.

“Langsung tidak timbul rasa menyesal dengan keputusan yang dibuat walaupun saya jatuh miskin. Apabila kita reda dengan ketentuan Tuhan, kita dijanjikan dengan kegembiraan. Ilmu yang saya kutip dengan menghadiri pelbagai kelas agama adalah perkara yang membuatkan saya bangkit dari kejatuhan.

“Bagaimanapun, apabila pergi menuntut ilmu, saya mula menyedari yang Allah membekalkan setiap individu dengan kemahiran berbeza-beza. Saya pun bertanyakan kepada ustaz bolehkan saya terus berkarya kerana saya adalah seorang penyanyi. Saya juga nyatakan hasrat untuk terus buat muzik, tetapi ditujukan buat Rasulullah dan lagu berunsur kerohanian, ternyata beliau memberikan galakan.

“Maka lahirlah album Seluruh Mahabbah ini. Alhamdulillah, Allah juga memudahkan proses pembikinan album ini yang berjaya disiapkan dalam tempoh tiga bulan saja.

“Album ini memuatkan dua lagu dan sebuah trek minus one. Seluruh Mahabbah ini saya tujukan khusus buat nabi junjungan kita atas rasa cinta saya terhadap Baginda. Sebuah lagi lagu yang termuat dalam album ini menyaksikan duet saya bersama UNQUE berjudul Maha Suci Allah,” katanya yang kini berdebar menantikan kehadiran cahaya mata sulung.

Apa salahnya menyamai Maher Zain

Kehadiran albumnya yang muncul hampir serentak dengan penyanyi dari Sweden berketurunan Lubnan, Maher Zain pastinya menyebabkan dia tidak lari daripada disamakan dengan penyanyi itu. Namun kata Ameer, konsep yang dibawakan mereka jelas sekali berbeza.

Muziknya lebih berunsurkan r&B soul, manakala Maher Zain pula pop soul. Namun dia tidak kisah jika ada yang ingin mengatakan dia meniru tetapi dia hanya mengambil kesempatan di atas fenomena yang melanda industri muzik itu.

“Saya tidak meniru, sebaliknya sekadar mengambil kesempatan. Apabila Maher Zain sudah buka pintu, kenapa tidak kita ambil peluang itu untuk memperbanyakkan lagi lagu berunsur kerohanian?” katanya yang turut sibuk dengan projek Click A Child iaitu portal yang memberi peluang kepada anak-anak yatim mempelajari pelbagai jenis ilmu.

Selain itu, Ameer turut memiliki syarikat Al Maulid yang menyediakan kandungan program televisyen untuk stesen Al Hijrah.

Pengisian yang disediakan oleh Al Maulid ialah Majlis Rasulullah iaitu program ala marhaban yang dilakukan sebulan sekali di Kuala Lumpur. Program selawat beramai-ramai ke atas nabi itu dirakamkan dan kemudiannya akan disiarkan menerusi stesen televisyen Islam yang pertama itu.

Lakukan hijrah dr ekonomi riba kpd ekonomi yg
diredhai Allah SW, dari
sistem pendidikan merit & sijil kpd sistem pendidikan berteraskan wahyu yg
berorientasikan pembentukan minda & akhlak baik. Ganti politik sekular kpd politik
Islam yg mengambil kira soal dosa &
...pahala di dlm gerak kerja. Seterusnya dlm semua bdg kehidupan agar selari dgn tuntutan mencari
keredhaan Allah SWT

Masihkah kau ingat pada waktu itu...’

Oleh Hassan Mohd Noor

KL ‘menjerit!’ Begitulah SMS (khidmat pesanan ringkas) daripada seorang sahabat mengenai kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur semalam. Semuanya gara-gara pakatan pembangkang menganjurkan perhimpunan mengenai isu air Selangor.

Suasana seperti ini bukan kali pertama. Keadaan itu turut mengganggu kelancaran orang ramai yang hendak mengunjungi Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS 2010) dan Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2010.

Lebih menyedihkan ada majlis kenduri kahwin yang tidak mendapat sambutan disebabkan kesukaran orang ramai menempuh kesesakan lalu lintas.

Apakah tidak ada kaedah lain untuk menyuarakan bantahan? Kenapa tidak dilakukan di stadium supaya tidak menyusahkan orang ramai?

Sampai bila keadaan ini akan berlaku? Adakah sehingga kerajaan Barisan Nasional (BN) diganti dengan kerajaan yang diterajui Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang? Nampaknya seperti ada usaha untuk mempercepatkan pilihan raya umum (PRU).

Pembangkang pun dah tak sabar walaupun beberapa negeri pimpinan mereka khabarnya tidak mahu mengikut jejak kerajaan Pusat jika diadakan PRU lebih awal. Cakap tak serupa bikin.

Apapun tinggalkan dulu KL ‘menjerit’ semalam. Semoga tidak berulang lagi.

Berkait dengan politik pembangkang - PKR, Pas, DAP - isu yang menarik perhatian minggu lalu ialah mengenai Anwar sebagai anugerah tuhan, menghapuskan ketuanan Melayu dan janji jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) kepada Kit Siang.

Anwar dan isteri, Dr. Wan Azizah Wan Ismail dikecam hebat kerana kenyataan mereka. Pelbagai desakan disuarakan. Ada yang mahu mereka diusir dan ada pula yang mahu mereka pulangkan pingat dan ganjaran. Begitulah kemarahan yang berlaku dan itulah anugerah tuhan terhadap orang Melayu yang tiba-tiba berubah haluan gara-gara politik. Jika dulu mereka lantang mempertahankan Melayu dan begitu keras mengecam pembangkang, kini berlaku di sebaliknya. Kadang-kadang kita menggeleng kepala dan senyum sendirian membaca kenyataan seperti ini.

Cuba selak kembali beberapa kenyataan atau ucapan ‘Encik Anwar Ibrahim’ yang ketika itu belum bergelar Datuk.

Contohnya di Arau pada 1990, dalam satu majlis perjumpaan di Institut Teknologi Mara (ITM) (kini UiTM), Anwar yang ketika itu sebagai Menteri Pendidikan menyentuh mengenai kenyataan pemimpin pembangkang yang menaburkan pelbagai janji semasa kempen PRU.

Anwar membidas pemimpin parti Semangat 46 (S46). Katanya, untuk memberi janji manis memang mudah semata-mata hendak menarik hati pengundi seterusnya mengundi mereka tetapi semasa menjadi menteri, perkara itu tidak diusahakan.

Mengenai janji S46 untuk melantik Kit Siang sebagai Ketua Menteri (KM) Pulau Pinang sekiranya pakatan pembangkang memenangi PRU, kenyataan Anwar memang menarik.

Katanya: ‘‘Ini merupakan suatu kenyataan yang amat menyinggung orang Melayu di Pulau Pinang”.

Entah apa yang boleh menyinggungkan. Memanglah jika pembangkang menang di Pulau Pinang ketika itu, Kit Siang layak menjadi KM. Usahlah bermimpi Melayu jadi KM. Maka janji itu bukanlah luar biasa.

Tetapi bagaimana pula agaknya kenyataan balas Encik Anwar ketika itu jika Kit Siang ditawarkan jawatan No. 2 dalam kerajaan Pusat?

Lebih mengejutkan, beliau melabelkan orang yang membuat tawaran itu sebagai menjual maruah bangsa semata-mata kerana mahu mencari pengaruh undi. Sekarang selepas berlaku putaran politik, apa yang boleh kita sifatkan terhadap kenyataan itu? Mungkin menjilat ludah sendiri atau kata dulang paku serpih?

Ada lagi kecaman yang dibuat terhadap pemimpin politik pembangkang ketika itu termasuk lupa kepentingan bangsa Melayu yang pernah menaikkannya (pemimpin S46) hingga ke peringkat menteri semata-mata atas sikap tamak kuasa nak jadi PM. Sekadar catatan, tokoh yang dibelasah itu sekadar jawatan menteri tetapi Anwar sehingga TPM.

Lebih menarik lagi kenyataan ini:

Jika hendak mencari pengaruh atau hendak popular sekalipun janganlah sampai menjual maruah dan menjatuhkan bangsa sendiri kerana sekali Melayu terjatuh tidak mungkin mereka akan dapat bangun lagi.

Adakah Saudara Anwar masih ingat pada waktu itu komennya apabila Kit Siang menawarkan kepada Gerakan untuk membentuk kerajaan Cina di Pulau Pinang selepas DAP dan Gerakan mendapat jumlah kerusi besar sementara UMNO 12 kerusi dan MCA, MIC tanpa kerusi?

Masihkah ingat komennya apabila Kit Siang kata jangan beri peluang orang Melayu berkuasa?

Anwar juga pada satu ceramah di Kubang Menderong, Kepala Batas menyifatkan S46 dan Pas ketika itu sebagai perkakas DAP kerana meletak calon masing-masing bagi mengganggu kemenangan UMNO dalam PRU 21 Oktober.

Katanya, kerjasama itu tidak dapat diterima oleh Melayu Pulau Pinang kerana S46 awal-awal lagi mengiktiraf Kit Siang sebagai KM jika pembangkang menang.

Mengenai DAP, Anwar ketika itu juga hairan bagaimana masih ada Melayu yang sanggup bekerja dengan DAP sedangkan Lee Lam Thye (bekas Timbalan Setiausaha Agung DAP) yang telah lama berada dalam DAP tidak boleh bekerja dengan Kit Siang.

KETUANAN MELAYU

Penulis ingin menyelak kembali ucapan TPM, Ghafar Baba pada satu majlis perasmian Pusat GiatMara Bukit Payong, Marang pada 18 Oktober 1990. Dalam ucapannya yang dibacakan oleh Pengerusi Mara, Ismail Said, TPM kesal kerana ketuanan Melayu diancam oleh orang Melayu dengan bantuan bukan Melayu.

‘‘Pilihan raya umum ini (1990) akan menentukan sama ada kesinambungan ketuanan Melayu akan terus kukuh atau menuju kehancuran. Pilihan raya bukan sekadar kita keluar beramai-ramai untuk memilih kerajaan dan pemimpin tetapi yang lebih penting ialah mempertahankan ketuanan Melayu.

‘‘Tanpa perpaduan dan UMNO sebagai tonggak kerajaan, ketuanan Melayu terdedah kepada pelbagai ancaman.

‘‘Dalam politik pelbagai kaum yang terdapat di negara ini, pelbagai kemungkinan boleh berlaku jika UMNO tidak dapat mengekalkan kekuatannya.

‘‘Peristiwa 13 Mei 1969 adalah pengajaran yang paling berguna kepada orang Melayu dan bukan Melayu tentang betapa pentingnya konsep perkongsian kuasa melalui persepakatan BN.

‘‘Orang Melayu perlu ingat sejarah apabila mereka tidak mendapat balik benda yang hilang atau terlepas daripada genggaman mereka.

‘‘Melayu hilang Kesultanan Melaka dan hingga hari ini Melaka tidak mempunyai raja dan begitu juga dengan kehilangan wilayah Setol dan Patani di selatan Thai serta Singapura pada 1965, satu kehilangan yang menyayat hati dan mungkin tidak dapat diambil kembali”.

Tetapi itu semuanya cakap-cakap 20 tahun lalu. Masa sudah berubah. Tidak perlu diingati lagi sejarah itu. Bagaimanapun tidak salah jika kita menyelak kembali dan masih mengingati ucapan dan kenyataan pada waktu itu.

Bengkel latihan saudara Muslim


Sebahagian peserta Training of Trainers saudara Muslim di Institut Latihan Islam Malaysia Bangi, Selangor, baru-baru ini.


DAKWAH adalah ungkapan yang mudah disebut tetapi sukar dilaksanakan. Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan usaha dakwah kepada golongan bukan Islam daripada pelbagai kaum yang ada di negara kita.

Justeru, Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengadakan bengkel bagi melahirkan pendakwah profesional di kalangan saudara baru.

Bengkel Training of Trainers (TOT) itu diadakan selama tiga hari di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi mulai 26 November 2010.

Ia disertai oleh seramai 31 peserta yang mewakili lapan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Antaranya, Pertubuhan Kebangsaan Islam Malaysia (Perkim), Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma), Persatuan Tionghua Muslim Melaka (PERTIM), Pertubuhan Ansarul Islam Malaysia (AL-ANSAR) dan Persatuan Darul Saadah.

Antara fokus utama TOT kali ini adalah penumpuan kepada pemahaman dan pelaksanaan Sistem dan Modul Pengajaran dan Pembelajaran Saudara Muslim (SMPPSM).

Selain itu, peserta turut mendalami kaedah-kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang bersesuaian agar meningkatkan keberkesanan pendidikan kepada golongan sasaran.

Antara penceramah yang menjayakan bengkel ialah pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Madya Dr. Abdul Ghafar Don dan Anuar Puteh, Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Fardilah Mustaffa dan wakil Perkim, Amran Ambarassu Abdullah.

Perasmian penutupannya dilakukan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim, Abdul Halid Sintol.

Diperguna atau langsung tidak berguna

Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee

MINGGU lalu laman web MalaysianInsider menyerang saya melalui tajuk berita “Chinese MPs slam Ridhuan Tee‘s publicity stunt”. Wartawan web ini meminta pendapat ahli-ahli Parlimen ultra kiasu DAP, tidak ketinggalan Ketua Pemuda MCA.

Saya dituduh menggunakan identiti Cina untuk menyerang saudara sebangsa saya. Jahat sekali tuduhan biadab ini. Namun, saya tidak hairan dengan tuduhan emosi wanita itu dan juga sekutunya.

Mereka mungkin mendapat maklumat melalui pelajar-pelajar yang mengikuti Seminar Pemimpin Muda di Parlimen baru-baru ini. Dalam forum tersebut, saya mengatakan segelintir golongan ultra kiasu akan menjadi penghalang kepada program tranformasi kerajaan, jika mereka dibiarkan berleluasa. Hujah saya, golongan ini tidak pernah puas dan sentiasa mempertikaikan perkara-perkara sensitif.. Semua yang dilakukan oleh kerajaan salah. Mereka sahaja yang betul.

Mereka menuduh saya dipergunakan. Kadang kala, fikir punya fikir, elok juga dipergunakan, sekurang-kurangnya kita dapat merasakan diri kita berguna. Daripada tidak dipergunakan, menunjukkan diri kita langsung tidak berguna. Mungkin Ahli Parlimen tersebut merasai sedemikian. Apa pun, saya tidak begitu bodoh untuk dipergunakan oleh orang Melayu, apatah lagi UMNO.

Saya boleh menyertai UMNO jika saya mahu, sebab saya adalah Melayu dari segi perlembagaan, perkara 160 (2), tetapi saya tetap Cina dari segi penciptaan oleh Allah Yang Maha Kuasa. Saya lebih memilih memberikan pandangan akademik daripada berpolitik. Saya menjunjung surah al Hujurat ayat 13 mengenai kejadian berbilang bangsa oleh Allah untuk kita saling mengenali antara satu sama lain. Yang paling mulia di kalangan kita adalah orang yang bertakwa, bukan bangsa atau keturunannya. Allah tidak akan tanya kita di akhirat nanti, apa bangsa kita. Tetapi yang akan ditanya, siapa Tuhan kamu, siapa Nabi kamu dan apa agama kamu. Persoalan bangsa sudah tidak wujud apabila berhadapan dengan Rabbul Jalil.

Mesej saya jelas, hanya menyeru orang Melayu Islam bersatu, sebagaimana bangsa saya bersatu atas nama bangsa. Saya tidak menyeru Melayu bersatu atas nama Melayu. Bodohlah saya, kerana saya adalah orang Cina. Tetapi saya menyeru bersatu atas nama Islam kerana Melayu beragama Islam. Apabila Islam berada di atas, semua boleh duduk sekali, tidak kira Melayu, Cina, India mahupun bumiputera Sabah dan Sarawak atau mungkin juga makhluk lain. Kerana semuanya diciptakan Allah SWT. Saya tidak mahu umat Islam berpecah-pecah sehingga ultra kiasu atau DAP menangguk ikan di air yang keruh atau menahan lukah di pergentingan.

Jika tidak tahu adab, belajar dan bergaul dengan orang Melayu lebih lama. Kenali hati budi mereka. Orang Melayu, bangsa yang saya kenali amat lembut dan beradab sopan. Namun, jangan ambil kesempatan atas ‘kelemahan’ tersebut. Nilai-nilai Islam telah menyantuni mereka. Itulah yang menjadi mereka dapat memberi dan menerima, sehingga terlalu banyak memberi, sedikit sahaja yang diterima, tetapi mereka tetap menerima. Ditakdirkan Melayu masih tidak Islam sehingga ke hari ini, bagaimanakah kedudukan kita hari ini?

Kenapa kita perlu mengungkit perkara sensitif tersebut. Sedangkan kewujudannya tidak sama sekali menggugat kedudukan kita. Apakah dengan adanya perkara 3 (1), 152, 153, dan sebagainya menjadikan kita miskin dan papa kedana? Apakah istilah atau laungan ketuanan Melayu telah melahirkan begitu ramai hamba di kalangan kita? Tidak juga. Ringkasnya, sama ada ketuanan Melayu wujud atau tidak, keadaan tidak banyak berubah. Yang kaya bertambah ramai, yang miskin terus merubah hidup. Tidak ada apa yang menghalang. Jadi, di manakah isu sebenarnya kalau bukan mencari publisiti murahan?

Bayangkan jika dahulu, ketika penghijrahan berlaku, orang Melayu menggunakan kekerasan, memaksa kita mengasimilasikan diri kita menjadi Melayu, sudah tentu hari ini kita sudah menjadi minoriti di Thailand, Indonesia dan Filipina, yang langsung tidak mempunyai identiti bangsa sendiri melainkan telah diserapkan ke dalam identiti majoriti. Berlainan sekali dengan negara tercinta ini. Kita tidak ada beza langsung dengan negara asal kita dalam apa jua aspek sekalipun, melainkan berlainan negara dan perlembagaan sahaja. Inilah ‘asimilasi’ perlembagaan yang saya cadangkan tetapi sengaja disalahfahamkan.

Membangkitkan

Malangnya, kita bukan sahaja menolak ‘asimilasi’ tersebut, amalah secara sengaja membangkitkan isu-isu sensitif, malah terus menuntut supaya sekolah, universiti, bandar, akhbar, televisyen, radio, nama jalan, nama lebuhraya dan lain-lain lagi berasaskan identiti bangsa supaya diperbanyakkan. Sekiranya dibenarkan, sudah tentu ia akan menenggelamkan identiti penduduk pribumi. Tindakan sebegini akan mengundang perasaaan tidak puas hati.

Apa yang saya lihat pada hari ini, orang Melayu hanya boleh berbangga dengan peruntukan perlembagaan pada teorinya sahaja. Realiti dan perlaksanaannya, tidak banyak kelihatan atau lebih kepada ilusi. Mereka hidup serba sederhana, bukan tidak ada yang kaya, tetapi lebih sibuk untuk mengahwini artis. Pendek kata, di Tanah Melayu, identiti Melayu tidak mendominasi. Tidak ada sekolah Melayu atau universiti Melayu. Jika adapun contoh yang selalu dihujahkan ultra kiasu adalah UiTM. Itupun tidak banyak membantu, kerana graduan ini mungkin hanya popular dalam sektor kerajaan tetapi tidak sektor swasta. Sektor swasta yang dikuasai bukan Melayu, mereka lebih berminat dengan graduan-graduan universiti tertentu sahaja.

Apapun berlaku, bukan Melayu tidak rugi kerana mereka sudah pergi jauh meninggalkan orang Melayu, terutama dalam aspek ekonomi dan penguasaan kekayaan. Inilah faktor utama yang menyebabkan orang boleh menguasai dunia. Yang rugi orang Melayu, sudahlah ketinggalan serba serbi, asyik bergaduh dan berpecah tidak habis-habis. Mungkinkah sehingga kucing bertanduk?

Saya yakin, apabila artikel ini disiarkan, saya akan dituduhkan merosak program kerajaan seperti gagasan 1Malaysia dan program tranformasi. Kenapa kita katakan bahawa kewujudan puak ultra kiasu DAP ini juga menimbulkan masalah program kerajaan kerana selalu menimbulkan rasa tidak puas yang boleh menggugat ketenteraman? Orang Cina tidak perlu risau dengan setiap penulisan saya dalam Mingguan Malaysia. Saya tidak bahaya, apatah lagi membahayakan bangsa saya sendiri. Jika ada orang Cina yang dianiayai oleh bangsa lain, saya akan tampil membela.

Hikmah setiap ujian

MASALAH yang dihadapi Puan Norsara minggu lalu menarik perhatian saya untuk memberi pandangan. Pengalaman beliau sama seperti apa yang ditempuh oleh ibu saya, hinggakan hidup ibu saya sentiasa merana kerana melalui pelbagai penderitaan setiap hari.

''Bukan semua isteri boleh bersabar dengan kerenah suami yang suka main kayu tiga dari muda sampai tua. Lebih teruk lagi tidak pernah mengaku kesalahan yang dilakukan. Itulah perangai ayah saya. Puas ibu memujuk supaya mengaku, dan bertaubatlah sebelum terlambat. Tetapi ayah berubah baik untuk beberapa bulan dan tahun sahaja, lepas ibu saya kembali buat tabiat lamanya.

Menangis

''Akhirnya kami adik-beradik sama menanggung penderitaan ibu. Siapa boleh tahan lihat ibu sentiasa menangis, walaupun ibu menafikan bila kami bertanya, tapi kami faham, sebab kami bukan kecil lagi. Bila keadaan sudah sampai ke kemuncak, ibu memberi kata dua lantas merujuk kesnya ke mahkamah syariah. Sebab kata ibu sampai bila-bila pun ayah tidak akan berubah.

''Kata ibu apa gunanya hidup jika hati terseksa, kita mahukan kedamaian dan kebahagian hidup, tetapi jika suami kita hanya mahukan kebahagiaan untuk dirinya sahaja, untuk apa berumahtangga?,

''Sebenarnya saya seorang anak yang menjadi mangsa penceraian. Ibu saya juga mengalami nasib yang sama seperti Puan Norsara. Tetapi dia meninggalkan ayah kerana ayah terang-terang menjalinkan hubungan dengan isteri orang.

''Walaupun diasak dengan pelbagai soalan dan ditunjukkan pelbagai bukti yang nyata namun ayah tetap berkeras menafikannya. Ayah sanggup tertengkar dengan ibu bermati-matian menafikan hubungan sulitnya. Akhirnya ayah gantung ibu tak bertali selama setahun lebih dan tidak duduk sebumbung dengan kami anak-beranak.

''Ketika itu kehidupan ibu saya dengan ayah banyak meninggalkan kesan luka yang teramat perit. Namun ibu hadapinya dengan penuh tabah dan cekal. Tidak pernah ibu menunjukkan kesedihannya kepada anakanaknya. Pada awalnya ibu cuba menjerihkan keadaan tetapi ibu gagal.

''Ibu sering menghantar mesej dan mengajak ayah untuk berbincang, tetapi sikap ayah sungguh pelik, semakin ibu cuba berbuat baik, dia semakin menjauhkan diri, malah ayah sering tidak mengendahkan permintaan ibu.

''Apabila sudah tidak tertahan lagi dengan perangai ayah yang sering tak pulang ke rumah, sebaliknya semakin kerap membuat hubungan dengan wanita lain, barulah ibu beranikan diri menuntut fasakh ke mahkamah. Proses perceraian bukannya mudah, tetapi ibu tabah semuanya kerana hatinya ketika itu sudah bulat tidak sanggup lagi menanggung penderitaan akibat perbuatan ayah yang bergelumang dengan dosa.

''Akhirnya ibu dilepaskan dengan talak satu. Sebagai anak, saya sokong apa yang ibu lakukan, kerana saya tidak sanggup melihat kesedihan dan penderitaan ibu berlanjutkan selagi ibu hidup bersama ayah.

''Untuk pengetahuan Puan Mona dan pembaca semua, selepas perceraian yang mulanya memang ibu merasa khuatir dan takut, tetapi dengan izin Allah juga kehidupan ibu semakin membahagiakannya. Rezeki ibu semakin mencurah-curah.

''Sebagai anak pasti saya dapat menikmati dan melihat kesenangan yang ibu lalui. Bukan sahaja hidupnya bertambah senang dan mewah, sebaliknya wajahnya semakin ceria dan gembira. Dan lebih penting ibu dapat memberikan kehidupan yang baik kepada kami berempat beradik tanpa merasa sedih dan takut.

''Ayah pula walaupun cuba mengelak, dia terpaksa menjalankan tanggungjawabnya kepada kamisama ada dsuka atau tidak. Saya juga bersyukur di atas kehendak Allah kerana kini ayah telah menjalin hubungan dengan wanita tersebut setelah diceraikan suaminya. Saya gembira kerana ayah tida

k terus bergelumang dengan dosa yang memalukan kami juga.

''Kepada pembaca yang senasib dengan ibu saya atau puan Norsara janganlah takut dengan ujian Allah, Dia Maha Mengetahui setiap perkara yang berlaku ke atas hamba-Nya. Dan Dia tidak akan membiarkan hamba-hambaNya berseorangan tatkala menghadapi masalah. Pasti akan ada jalan terbaik untuk dilaluinya kemudian harMasjid disaran tubuh koperasi kariah

1 comment:

  1. assalamualaikum...saya nak minta izin kongsi ilmu di atas ttg hijrah...terima kasih ..

    ReplyDelete