05/12/2010 4:29pm
TEMERLOH 5 Dis. - Pihak pengurusan masjid di negara ini disaran supaya menubuhkan Koperasi Kariah Masjid yang dilihat mampu menjana ekonomi penduduk selain memberi sumber pendapatan kepada masjid.
Timbalan Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, koperasi seumpama itu mampu untuk berdaya maju dalam bidang perniagaan dan industri berasaskan Islam.
"Koperasi kariah masjid boleh menceburi bidang-bidang perniagaan seperti penyewaan khemah, katering, pengurusan jenazah, perniagaan kedai runcit, perniagaan barangan terkawal, pusat tuisyen dan sebagainya, yang secara tidak langsung dapat menjana ekonomi bersama antara komuniti dan koperasi terbabit," katanya kepada pemberita selepas menutup Seminar Koperasi Kariah Masjid Peringkat Negeri Pahang di sini, hari ini.
Beliau berkata, sehingga kini terdapat 43 buah masjid kariah di seluruh negara yang telah menubuh koperasi seumpama itu dan lima daripadanya ditubuhkan di Pahang.
"Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bersedia memberikan geran sebanyak RM30,000 kepada koperasi bagi memulakan perniagaan dan pinjaman berjumlah RM300,000 sehingga RM10 juta dengan kadar faedah yang rendah. - Bernama
Masjid disaran tubuh koperasi kariah
05/12/2010 4:29pm
TEMERLOH 5 Dis. - Pihak pengurusan masjid di negara ini disaran supaya menubuhkan Koperasi Kariah Masjid yang dilihat mampu menjana ekonomi penduduk selain memberi sumber pendapatan kepada masjid.
Timbalan Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, koperasi seumpama itu mampu untuk berdaya maju dalam bidang perniagaan dan industri berasaskan Islam.
"Koperasi kariah masjid boleh menceburi bidang-bidang perniagaan seperti penyewaan khemah, katering, pengurusan jenazah, perniagaan kedai runcit, perniagaan barangan terkawal, pusat tuisyen dan sebagainya, yang secara tidak langsung dapat menjana ekonomi bersama antara komuniti dan koperasi terbabit," katanya kepada pemberita selepas menutup Seminar Koperasi Kariah Masjid Peringkat Negeri Pahang di sini, hari ini.
Beliau berkata, sehingga kini terdapat 43 buah masjid kariah di seluruh negara yang telah menubuh koperasi seumpama itu dan lima daripadanya ditubuhkan di Pahang.
"Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bersedia memberikan geran sebanyak RM30,000 kepada koperasi bagi memulakan perniagaan dan pinjaman berjumlah RM300,000 sehingga RM10 juta dengan kadar faedah yang rendah. - Bernama
Dalam pentadbiran pula, Umar Abdul Aziz telah mengubah kerajaannya sehingga kebajikan rakyat menjadi matlamat utama. Sebelum Umar, perhatian negara hanya terhad kepada memungut hasil cukai dan pembangunan mate...rial tanpa memberi penumpuan kepada pembangunan rohani dan keagamaan. Sebaliknya, semasa pemerintahan beliau, sangat sukar untuk berjumpa dengan pengemis atau fakir miskin yang berhak menerima zakat. Pernah Yahya Ibn Sa’id meriwayatkan, Umar melantik beliau memungut zakat di Afrika, setelah selesai memungut zakat beliau mencari orang-orang yang berhajat kepada zakat, tetapi gagal bertemu seorang pun yang boleh diberi bantuan. Lalu beliau membeli beberapa orang hamba sahaya dan memerdekakan mereka bagi pihak kaum Muslimin. Dalam pentadbiran pula, Umar Abdul Aziz telah mengubah kerajaannya sehingga kebajikan rakyat menjadi matlamat utama. Sebelum Umar, perhatian negara hanya terhad kepada memungut hasil cukai dan pembangunan mate...rial tanpa memberi penumpuan kepada pembangunan rohani dan keagamaan. Sebaliknya, semasa pemerintahan beliau, sangat sukar untuk berjumpa dengan pengemis atau fakir miskin yang berhak menerima zakat. Pernah Yahya Ibn Sa’id meriwayatkan, Umar melantik beliau memungut zakat di Afrika, setelah selesai memungut zakat beliau mencari orang-orang yang berhajat kepada zakat, tetapi gagal bertemu seorang pun yang boleh diberi bantuan. Lalu beliau membeli beberapa orang hamba sahaya dan memerdekakan mereka bagi pihak kaum Muslimin.
Minda: Syukurilah masa lapang, sihat
Oleh Wan Mohd Ruzlan Wan Omar
MASA adalah modal kehidupan. Frasa kata ini menjelaskan kepada kita bahawa dengan masa manusia mampu melalui pelbagai kegiatan hidup. Jika ditinjau dalam al-Quran, kita akan dapati begitu banyak ayat Allah yang memperkatakan tentang masa. Hal itu sepatutnya kita sebagai umat Islam prihatin dalam mengurus dan menggunakan masa dengan aktiviti berfaedah.
Berapa ramai antara kita yang hanya melepaskan masa berlalu begitu saja tanpa sebarang kegiatan bermanfaat. Malah, berapa ramai antara kita yang menggunakan masa dengan perkara yang langsung tidak berfaedah kepada diri sendiri mahu pun untuk manfaat orang lain. Inilah dua keadaan sifat manusia dalam penggunaan masa. Islam memang secara konkrit telah memberi panduan yang jelas bagaimana menggunakan masa. Rasulullah s.a.w sejak awal lagi telah memberikan amaran kepada kita mengenai pengabaian masa. Kata Nabi: “Dua nikmat yang selalu dilalaikan iaitu masa sihat dan masa lapang.” (Hadis riwayat Bukhari).
Inilah satu peringatan penting buat setiap manusia agar memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin.
Kata Ibnu Jauzi: “Terkadang manusia berada dalam keadaan sihat, namun ia tidak memiliki waktu lapang disebabkan kesibukan mengerjakan urusan dunianya. Dan terkadang pula seseorang itu mempunyai masa lapang, tetapi ia dalam keadaan tidak sihat. Apabila terkumpul pada seseorang waktu lapang dan nikmat sihat, maka sungguh akan datang rasa malas dalam melaksanakan ketaatan.” Itulah manusia yang telah tertipu (terpedaya). Ini nasihat yang amat baik buat semua dan tetap relevan sepanjang zaman kerana kita sangat mudah terpedaya dengan masa sihat dan waktu lapang. Sepatutnya masa itu kita gunakan dengan urusan dunia dan akhirat.
Selain itu, Ibnu Jauzi juga memberi nasihat: “Dunia adalah ladang beramal untuk menuai hasil di akhirat kelak. Sesiapa memanfaatkan waktu lapang dan sihat dalam rangka agenda ketaatan, maka dialah yang akan berbahagia. Sebaliknya, sesiapa memanfaatkan kedua-duanya dalam kancah kemaksiatan, dialah yang betul-betul telah tertipu. Sesudah waktu lapang, akan datang waktu penuh dengan kesibukan. Begitulah pula sesudah masa sihat, maka akan datang pula kesakitan yang tidak menyenangkan.” Namun, jika dilihat senario semasa yang melanda anak-anak muda Islam kini, ternyata mereka kurang menghayati kehendak agama yang menganjurkan kepada penggunaan masa secara baik. Melakukan pelbagai gejala negatif menunjukkan betapa kurang pekanya generasi muda tentang kepentingan menggunakan masa dengan urusan bermanfaat. Saidina Umar al-Khattab pernah mengatakan: “Aku tidak suka melihat seseorang yang berjalan seenaknya tanpa mengendahkan ini dan itu, iaitu yang tidak mempedulikan urusan kehidupan dunianya dan tidak pula dengan urusan akhiratnya.” Jadi, kegiatan tidak berfaedah bukan satu urusan kehidupan dunia yang dituntut Islam dan sewajarnya setiap mukmin khususnya remaja menghindarinya. Semasa usia mudalah remaja Islam sepatutnya memanfaatkan masa dengan kegiatan bermanfaat seperti menerokai ilmu pengetahuan, bergiat dalam pertubuhan belia yang menjurus kepada kegiatan amar makruf dan nahi mungkar. Ingatlah pesanan Ibnu Mas’ud: “Aku sangat membenci orang yang menganggur, iaitu orang yang tidak mempunyai amalan untuk kehidupan dunia atau akhirat.” Sebenarnya banyak perkara boleh dilakukan anak-anak muda kita demi memanfaatkan masa. Tetapi disebabkan mereka dibelenggu hawa nafsu dan mudah terikut dengan gelodak rasa jiwa muda, masa muda dan sedang sihat dianggap akan berpanjangan. Ingatlah, selepas masa muda pasti akan tiba masa tua. Malah, bukan sedikit yang masih muda tidak sempat menjadi tua, kerana meninggal dunia dalam keasyikan hiburan dunia. Banyak berita dipaparkan di media massa mengenai remaja meninggal dunia ketika asyik berfoya-foya atau terbabit dalam kejadian tidak diingini. Ini sepatutnya menjadi iktibar.
Prof Dr Yusuf al-Qardhawi menegaskan soal waktu atau masa bukan sekadar salah satu daripada persoalan kehidupan Muslim, bahkan ia merupakan permasalahan utama. Waktu adalah kehidupan. Setiap detik dan saat, jam dan hari adalah umur seorang insan. Tokoh sufi terkemuka, Hasan al-Basri mengingatkan kita dengan kata-katanya: “Tiadalah suatu hari yang memancarkan sinar fajarnya melainkan diseru, “Wahai anak Adam! Akulah kejadian yang baru, aku menjadi saksi ke atas amalanmu. Maka ambillah bekalan daripadaku, sesungguhnya apabila aku berlalu pergi, aku tidak akan kembali lagi sehingga hari kiamat.” Daripada kata-kata dua tokoh Islam itu jelas bahawa mukmin seharusnya memperkasakan diri dengan sikap pandai mengurus masa secara efektif dan produktif. Ada syair Arab berbunyi: “Tiada yang lain bagi seseorang melainkan ‘penunggang’ umurnya, pada permusafiran yang membinasakan dirinya dengan hari dan bulan. Bermalam dan berpagi-pagian pada setiap hari dan malam, jauh dari dunia tetapi dekat dengan kubur.” Inti pati bait syair ini mengingatkan kita bahawa memanfaatkan masa sangat mustahak kerana sebarang pengabaian akan membawa natijah negatif. Kita juga diingatkan semakin hari semakin bertambah dekat kita dengan tarikh luput kehidupan kita di dunia, iaitu kematian. Oleh itu, untuk menjadikan kita umat terbaik dan mampu membina tamadun unggul sebagaimana yang pernah digarap generasi awal terdahulu, kita seharusnya memperkasakan nilai pengurusan masa secara optimum dan maksimum dengan amalan budaya yang berkesan.
Thursday, November 25, 2010
Produk’ Tadika Islam MAIWP
Oleh SITI AINIZA KAMSARI
Gambar DJOHAN SHAHRIN SHAH
Pengurus Bahagian Pembangunan Insan MAIWP, Zaiton Abdul Rahman (tengah, tudung putih) meraikan kejayaan murid-murid dalam akademik dan pertandingan pada Festival Kebudayaan Tadika Islam MAIWP di Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
SAAT ini, anak-anak kita sedang menikmati percutian sekolah sebelum kembali menempuh sesi persekolahan 2011 yang akan bermula awal Januari depan.
Walaupun dalam mood cuti sekolah, tidak salah untuk kita memperkatakan soal pendidikan kanak-kanak. Sebabnya, kita tidak mahu musim cuti menyebabkan kita alpa terhadap kepentingan pelajaran.
Tambahan pula, menuntut ilmu merupakan satu komitmen yang tiada penghujungnya. Daripada dalam buaian sehingga ke liang lahad.
Maka cuti persekolahan tidak boleh dijadikan alasan untuk break memperkatakan soal pendidikan. Terutama pendidikan prasekolah
Dalam dekad ini, pendidikan awal iaitu di peringkat prasekolah atau tadika menjadi wajib kepada anak-anak sebelum melangkah ke alam persekolahan sebenar pada usia tujuh tahun.
Inilah yang diberi perhatian oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) apabila melaksanakan sistem Tadika Islam MAIWP di 78 tadika di bawah pentadbiran mereka.
Daripada jumlah itu, 74 beroperasi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan empat lagi di Wilayah Persekutuan Labuan.
Usaha tarbiah awal itu baru-baru ini dituai hasilnya apabila 2,259 murid Tadika Islam MAIWP sesi 2009/2010 menamatkan pengajian masing-masing.
Kesemua mereka diraikan dalam satu majlis di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Mereka terdiri daripada murid-murid di enam zon iaitu Zon Titiwangsa, Zon Setapak, Zon Bangsar, Zon Batu, Zon Bandar Tun Razak dan Zon Labuan.
Untuk mentadbir tadika sebanyak itu, bukanlah satu tugas yang mudah. Namun MAIWP berjaya mempamerkan pelbagai keunikan malah setanding dengan keluaran tadika-tadika yang dikendalikan oleh pihak swasta.
Dengan bayaran RM20 sebulan, para pelajar Tadika Islam MAIWP mengikuti satu sistem pendidikan prasekolah yang bersepadu atau berintegrasi antara Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dengan komponen al-Quran, Bahasa Arab serta tulisan Jawi dalam usaha melahirkan generasi ulul albab.
Menurut tokoh pendidik, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba, generasi ulul albab tidak sekadar mengajak manusia memerhati, berfikir dan mengambil hikmah terhadap kejadian Allah tetapi melihat bagaimana faktor makrokosmos atau alam itu mempunyai hubungan dengan kehidupan manusia di muka bumi.
Ini kerana alam adalah ‘buku terbuka’ yang paling besar dan luas untuk dikaji oleh manusia.
Justeru, menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Anan C. Mohd., pendidikan prasekolah kanak-kanak Islam yang berusia lima dan enam tahun di Wilayah Persekutuan mendapat perhatian utama pihaknya.
Kata beliau, golongan kanak-kanak bakal menjadi pemimpin di masa akan datang.
“Lalu membekalkan mereka ilmu dan membentuk sahsiah diri mesti bermula dari usia kecil kerana anak-anak merupakan anugerah Allah kepada kita semua yang dilahirkan dalam keadaan suci bersih ibarat kain putih lembut lagi suci.
“Malah Imam Al Ghazali r.a pernah menyebut, Sesungguhnya anak-anak kita adalah umpama permata,” katanya.
DaQwaH lahirkan pewaris nabi
Oleh Ainol Amriz Ismail
|
|
| Pelajar-pelajar meluangkan masa membaca ayat suci al-Quran di Darul Quran wal Hadith yang terletak di Taman Tun Abdul Razak, Ampang, Selangor. |
SUATU perkembangan positif yang dapat dilihat dalam masyarakat kita mutakhir ini adalah peningkatan minat yang ketara terhadap al-Quran. Terutamanya aspek hafalan, tajwid, tarannum dan bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran.
Kecenderungan itu sedikit sebanyak disemarakkan lagi dengan pengaruh pelbagai program-program berkaitan al-Quran di media elektronik.
Antara kesan sampingan fenomena itu ialah muncul dan suburnya institusi tahfiz dan ilmu-ilmu al-Quran selari dengan permintaan yang semakin bertambah.
Dengan latar itu, kemunculan Darul Quran wal Hadith (DaQwaH), mungkin mudah disalahertikan sebagai sekadar menambah satu lagi pusat tahfiz biasa, tiada bezanya dengan institusi tahfiz yang lain.
Namun, apabila kita berpeluang mendampingi lebih akrab dengan DaQwaH, ternyata sangkaan itu meleset. Sebabnya, institusi tersebut merupakan satu usaha Yayasan Sofa Negeri Sembilan (YSNS) dan Masjid Darul Ehsan Taman Tun Abdul Razak, Ampang, Selangor untuk melahirkan kader ilmu yang cemerlang dalam al-Quran dan hadis.
Misi DaQwaH jelas, iaitu untuk melahirkan para pelapis ulama yang merupakan pewaris para ambia seperti maksud salah satu sabda baginda SAW.
Oleh kerana itu, DaQwaH tidak hanya memfokuskan kepada agenda hafazan al-Quran tetapi turut menggandingkannya dengan hafazan dan penguasaan hadis, regu kembar al-Quran sebagai sumber dan asas agama Islam.
Maka tidak hairanlah nama DaQwaH itu sendiri memberi mesej yang jelas tentang komitmen terhadap penguasaan hadis dan ilmu-ilmu berkaitannya.
Selain itu, di DaQwaH, penekanan secukupnya turut diberi terhadap pelbagai ilmu-ilmu Islam lain yang perlu dikuasai oleh seseorang yang mahu benar-benar mencapai martabat ulama pewaris Nabi SAW.
Sesiapapun boleh mendakwa bahawa mereka mahu melahirkan para pelapis ulama, tetapi dalam kes DaQwaH, kita boleh meletakkan lebih keyakinan bahawa ia bukan hanya gimik dan angan-angan kosong apabila mengenali tokoh utama di balik tabir DaQwaH.
Pastinya, tokoh utama yang mencetuskan idea serta bersungguh-sungguh menjelmakan DaQwaH ialah Sheikh Muhammad Fuad Kamaludin al-Maliki al-Ahmadi.
Beliau ialah tokoh ulama muda lulusan di bidang syariah daripada Universiti al-Azhar, Mesir.
Beliau turut mendapat perakuan sekian ramai gurunya daripada kalangan para ulama dunia Islam.
Pengerusi Lembaga Pengelola DaQwaH, Dr. Yusri Mohamad berkata, pelajar DaQwaH akan menyelesaikan hafalan al-Quran dalam peringkat tiga tahun pertama yang digelar I’dadiy (persediaan).
“Di tahap ini mereka juga akan dilatih untuk menguasai teks-teks asasi (matan) ilmu-ilmu Islam yang utama seperti bahasa Arab, Tajwid, Tafsir, Fiqh, Tasauf, Pengajian Hadis Bersanad, Mustalah Hadis, Sirah dan seumpamanya.
“Pada tahap kedua (Thanawi) selama dua tahun pula, para pelajar akan mula dilatih menguasai ilmu hadis dengan lebih intensif selain mengulangkaji hafalan al-Quran serta mempelajari teks-teks klasik ilmu-ilmu Islam yang lain.
“Mereka akan dipecahkan kepada dua aliran iaitu al-Quran dan hadis,” katanya ketika ditemui Mega di Seremban, baru-baru ini.
Tambah Yusri, apabila pelajar ini menamatkan pengajian, lulusan DaQwaH aliran hadis, insya-Allah turut menghafaz al-Quran dan kitab hadis Riyadh al-Solehin (hampir 2,000 hadis) serta mengkhatamkan pembacaan kitab Sahih Bukhari.
“Lulusan aliran al-Quran pula dimestikan menghafaz al-Quran, mengkhatamkan pengajian kitab Tafsir al-Jalalayn dan menghafal kitab hadis Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah (hampir 300 hadis),” katanya.
`ID AL-ADHA: MENANGKAP MESEJ PERJUANGAN IBRAHIM `A.S.
Siddiq Fadzil
Presiden
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر ولله الحمد
Kita mengingat nama Ibrahim `a.s. dan keluarga dalam selawat dan tahiyyat berkali-kali saban hari. Tetapi mengingatnya di tengah aura `id al-adha terasa ada kelainannya, lebih syahdu dan lebih mengharukan. Ibrahim `a.s. adalah nama besar, nama yang disebut dalam dua puluh lima surah al-Qur'an. Kisah Ibrahim `a.s. memang bukan sebuah karya fiktif, tetapi qissah Qur'aniyyah yang kerelevanannya merentas abad, melintas jagat. Para aktivis perjuangan Islam memaknai kisah tersebut bukan sekadar lipur lara, tetapi penyerlahan legacy agung seorang Rasul pejuang kebenaran, kisah yang membawa pesan wisdom perjuangan dan pendidikan hikmah kenabian.
Ibrahim `a.s. mewariskan sebuah model pendakwahan berasaskan dialog. Beliau tidak berkhutbah secara monolog, tetapi selalu mengajak khalayak untuk berdialog dan beradu argumentasi. Dialog adalah strategi bijak untuk menggugah akal dan merangsang orang agar berfikir. Justeru, hanya yang berakal dan yang berfikir yang dapat menghargai dan menilai kebenaran. Berhujah harus selamanya dengan akal sihat dan rasional, bukan dengan sentimen dan emosi. Demikianlah, kebenaran bukan untuk dipaksakan, tetapi didakwahkan dengan hujah yang meyakinkan (iqna`) akal rasional. Memang teras kekuatan dakwah bukan biaya, dan bukan juga kuasa, tetapi esensinya: kebenaran yang berasaskan hujah dan bukti.
Kekuatan dana, kuasa dan lain-lainnya bukan tidak penting, tetapi bukan kekuatan esensi hakikinya.
Memang tidak semua orang bersedia menerima hujah dan kebenaran. Penghalang utamanya adalah kepentingan. Suatu yang namanya "kepentingan" itu memang dahsyat. Demi mempertahankannya hujah sekuat mana pun, dan kebenaran sejelas mana pun tidak akan diterimanya. Demikianlah sikap kaumnya, rajanya dan malah bapanya sendiri pun. Hujah yang kuat dan lunak tidak dapat membangkitkan akal rasional seorang ayah yang berkepentingan sebagai seorang pengusaha industri berhala.
Demikian juga kaum bangsanya yang kalah berhujah lalu bertindak liar, cuba menghabisinya dengan melemparkannya ke dalam api yang sedang marak, semarak kemarahan mereka, sepanas hati mereka. Demikianlah, kepentingan selalu menjadikan orang hilang kewarasan, gagal melawan dengan hujah lalu mengganas, melakukan ke-brutal-an fizikal.
Begitulah yang selalu dilakukan oleh para penguasa teror sepanjang zaman, membunuh pencabar dan pengkritiknya. Tetapi dalam situasi seperti itulah pula terserlahnya keunggulan Ibrahim `a.s. sebagai pahlawan dakwah yang pantang menyerah, biar hangus menjadi arang, biar hancur menjadi abu. Komitmen seorang mujahid dakwah ialah mempertahankan risalah hingga ke titisan darah terakhir. Baginya tidak ada yang lebih berharga daripada kebenaran (al-haqq) petunjuk Tuhan.
Api yang sejatinya memang panas -- membakar, merentung dan menghanguskan, tiba-tiba berubah menjadi dingin, nyaman dan mesra terhadap khalil al-Rahman. Api pun ikut menyayangi Ibrahim, hamba kesayangan Tuhan. Demikian patuhnya api terhadap pesan Ilahi "selamatkan Ibrahim!". Yang sebenarnya diselamatkan tidak hanya batang tubuh Ibrahim, tetapi juga risalah dan fikrah perjuangannya. Seperti ada pesan khusus yang tersirat di balik peristiwa mukjizat yang mencengangkan itu: bahawa kezaliman hingga ke puncak paling dahsyat sekalipun, tidak akan mampu membunuh fikrah, idea dan idealisme yang benar dan murni.
Semarak takbir `id al-adha mengingatkan kita bagaimana Ibrahim `a.s. memaknai dua kata mulia Allahu Akbar lewat amal nyata. Allah Maha Besar, tidak ada yang lebih besar daripada Allah, Perintah-Nya dan Ajaran-Nya. Kata dikota dengan menjunjung perintah mengorbankan putera kesayangannya Isma`il `a.s. Demikianlah catatan suatu pembuktian iman: demi Tuhan, sanggup mengorbankan yang tersayang. Mudah-mudahan takbir kita kali ini lebih bererti.
Hamba Allah3:49 PM0 comments
Thursday, October 14, 2010
JARINGAN AMAL ISLAMI DI ALAM MELAYU: MENELUSURI JEJAK PENGARUH DA`I INDONESIA DI MALAYSIA
Siddiq Fadzil
Presiden
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
(Kertas Kerja di bentangkan di Seminar Pra Silaturrahim Nasional (Silatnas) Dewan Da'wah Islamiyyah Indonesia (DDII) pada 25 September 2010 di Jakarta)
Mukadimah
Meskipun telah terbelah-belah dari segi geo-politiknya, Alam Melayu masih dilihat sebagai sebuah zon kebudayaan Islam dengan ciri-ciri khas yang membezakannya daripada kebudayaan Islam daerah-daerah Dunia Islam lain seperti zon kebudayaan Islam Arab, Indo-Pakistan, Afrika dan lain-lain. Kebudayaan kita adalah kebudayaan kepulauan yang menyerlahkan ciri kepelbagaian dan keberagaman, tetapi tetap berkongsi ciri-ciri khas kesamaan dan keseragaman. Demikianlah hakikatnya, ada diversity kepulauannya, dan ada pula unity keislaman-kemelayuannya.
Jejak Para Perintis
Kesatuan tersebut adalah suatu yang sangat bererti, sehingga pada suatu ketika ia pernah merangsang gagasan politik kesatuan seperti Melayu Raya (Ibrahim Yakob dan Dr.Burhanuddin al-Helmi -- Malaysia) dan Indonesia Raya (Muhamad Yamin - Indonesia). Kesatuan budaya tersebut adalah hasil Islamisasi, suatu proses transformatif yang memesat di rantau ini dari abad 13-16M. Seawal era tersebut telah wujud jaringan amal Islami serantau yang melibatkan pusat-pusat pengembangan Islam seperti Pasai, Melaka, Aceh dan lain-lain yang bererti juga wujudnya jaringan di kalangan para penguasa Islam dan ulama-ulamanya. Di samping pemerataan dakwah, jaringan tersebut telah menghasilkan kesatuan kesatuan tradisi keintelektualan Melayu.
Kitab-kitab karangan ulama Melayu yang dikenali dengan sebutan kitab jawi tersebar luas merentasi persempadanan geografis, suku kaum dan dialek bahasa. Dengan menggunakan bahasa Melayu (kekitaban) dalam penulisan mereka, para ulama tersebut telah membina bahasa kesatuan yang kaya dan dapat berfungsi dengan berkesan sebagai bahasa komunikasi dan bahasa tamadun tinggi. Ternyata yang tersebar bukan hanya karya, malah para ulama itu sendiri juga menyebar. Gelar-gelar penisbahan kepada nama tempat asal tidak membatasi daerah mereka berkiprah. Dalam kaitan ini kiranya wajar dicatat bahawa al-Falimbani tidak hanya giat di tanah kelahirannya, tetapi telah ikut berjihad dan gugur syahid mempertahankan kedaulatan Kedah Dar al-Aman dari pencerobohan Siam.
Laut selat Melaka bukan pemisah Sumatera dengan Semenanjung Tanah Melayu. Ramai tokoh yang berulang-alik lalu menjadi milik bersama dua daerah Melayu tersebut. Syeikh Tahir Jalaluddin (Minangkabau) dan Syeikh Junid Tola (Mandailing) adalah contoh ulama milik bersama Malaysia-Indonesia. Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu memang berseberangan lokasi, tetapi tetap berkongsi budaya dan tradisi.
Pada satu ketika, selain Asia Barat, Indonesia menjadi pilihan anak-anak Malaysia untuk melanjutkan pengajian agama. Ada yang ke universitas, ada yang ke pondok/pesantren, dan ada juga yang ke madrasah seperti Diniah Puteri, Padang Panjang yang pernah melahirkan beberapa orang tokoh wanita dalam politik Malaysia. Sementara itu pada pertengahan abad ke-20 terdapat sejumlah insitusi pengajian pondok replika pesantren Jawa di daerah-daerah penempatan masyarakat (asal) Jawa di bahagian selatan pantai barat Semenanjung Tanah Melayu seperti Johor, Selangor dan Perak.
Partisipasi tokoh-tokoh da`i/agamawan Indonesia dalam amal dakwah dan pendidikan terus berlanjut hingga ke era kontemporer. Ketika Malaysia mula meningkatkan sistem pengajian Islamnya ke tahap universiti sejumlah cendekiawan Indonesia turut menyumbang sebagai tenaga akademik. Mereka termasuklah O.K.Rahmat di Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (Nilam Puri) yang kemudian menyambung khidmatnya di Universiti Sains Malaysia (Pulau Pinang), Mukhtar Lintang dan Sidi Gazalba di Fakulti Pengajian Islam Universiti kebangsaan Malaysia, dan Dr.Hasan Langgulung di Fakulti Pendidikan (UKM) yang kemudian melanjutkan khidmatnya di Universiti Islam Antarabangsa (Gombak). Bagaimanapun kertas ini hanya akan menumpukan sorotannya pada tiga orang tokoh yang telah memberikan sumbangan istimewa iaitu Muhamad Natsir, Hamka dan Dr. Ir. Imaduddin Abdul Rahim.
Muhamad Natsir
Muhamad Natsir memang tidak dikenal luas di kalangan massa umat, tetapi sangat dikenal dan dihormati di kalangan para aktivis gerakan Islam, juga di kalangan pimpinan politik Islam. Yang jelas beliau termasuk tokoh penyumbang kepada fenomena kebangkitan Islam di Malaysia yang menyemarak pada tahun-tahun 1970'an. Ungkapan the rising tide of Islamyang popular ketika itu sangat terkait dengan Natsir. Hubungan akrabnya dengan Anwar Ibrahim, pimpinan utama gerakan kepemudaan era tersebut, mendekatkan Natsir dengan warga ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia), wadah yang mempelopori kebangkitan Islam di Malaysia.
Teras aktiviti atau jawhar al-`amal gerakan Islam, khususnya ABIM tidak lain adalah dakwah, di samping pendidikan. Dakwah adalah amanah yang harus dilaksanakan menepati pesan dakwah bi 'l-hikmah dan dakwah `ala basirah. Semangat untuk berdakwah memang tinggi, tetapi cara, kaedah dan uslubnya belum dikuasai. Dalam konteks situasi dan kondisi seperti itulah buku Fiqh al-Da`wah Muhamad Natsir itu sangat membantu. Ketika itu hanya itulah satu-satunya buku berbahasa Melayu tentang ilmu dakwah. Atas pertimbangan keperluan buku tersebut diterbitkan semula di Malaysia dalam versi bertulisan jawi.
Gerakan Islam pada tahap awalnya berhadapan dengan realiti Islam yang telah direduksi menjadi sekadar ritual peribadi tanpa kaitan apa pun dengan urusan kehidupan yang lebih luas. Antara misi besar kaum da`i ialah untuk mengangkat semula Islam dalam bentuknya yang sempurna, taqdim al-Islam bisuratihi al-kamilah. Dalam rangka mengembalikanshumuliyyat al-Islam itulah tesebarnya ungkapan al-Islam din wa dawlah (Islam adalah agama dan negara). Dalam kaitan ini tulisan Natsir dalam Capita Selecta yang merakamkan polemiknya dengan Soekarno tentang isu agama dan negara telah turut memberikan pencerahan dan memberikan kekuatan argumentatif kepada para da`i.
Selain menjelaskan hakikat Islam, gerakan dakwah juga menghadapi tantangan faham-faham asing, terutama ideologi dan pemikiran Barat moden seperti sekularisme, demokrasi, nasionalisme dan lain-lainnya. Dalam menangani tantangan ini pemikiran Muhamad Natsir selalu menjadi rujukan dan panduan.
Para da`i muda Malaysia merasa mendapat bekalan modal pemikiran dari tulisan Natsir tentang demokrasi Islami yang diistilahkan sebagai theistic democracy atau demokrasi berTuhan itu. Demikian juga dalam menghadapi sekularisme kritikan Natsir terhadap faham tersebut dalam Capita Selecta sungguh bermanfaat dari segi mendalami kefahaman dan memperkuat argumentasi. Justeru, sekularisme adalah antara faham yang paling banyak merosak pemikiran dan cara hidup umat, dan Natsir adalah antara tokoh pemikir Islam yang terawal mendebat sekularisme secara ilmiah, sementara ABIM adalah gerakan Islam di Malaysia yang pertama menyerlahkan bahaya sekularisme sebagai faham yang secara diametrikal bertentangan dengan Islam dan akidah tauhidiknya.
Perjuangan dan eksperimen politik Natsir adalah suatu yang sangat inspiring. Terlepas dari soal sejauh mana keberhasilannya, kejayaan Natsir dan parti Masyuminya membentuk kabinet pada zaman seawal itu, yang jauh mendahului organisasi-organisasi Islam di seluruh rantau dunia lain adalah suatu yang membanggakan dan sekaligus menumbuhkan semangat percaya diri di kalangan pemuda-pemuda pergerakan di Malaysia. Meskipun ekperimen tersebut terjadi dalam masa yang relatif singkat, tetapi sesungguhnya ia sangat kaya dengan pengalaman, terutama pengalaman memperjuangkan aspirasi politik Islam dalam konteks pluraliti masyarakat dan demokrasi multiparti, merealisasikan idealisme perjuangan parti di samping harus mengakomodasi kepentingan pihak-pihak lain.
Natsir telah meninggalkan legasi amal Islami, perjuangan islahi, pemikiran tanwiri dan keteladanan misali. Pesan-pesan keramatnya, "ikan biar tertangkap, air jangan keruh", "yang mudah kita kerjakan sekarang, yang susah kita kerjakan nanti, yang mustahil kita kerjakan esok" adalah antara kata-kata pusakanya yang padat dengan wisdom kepemimpinan, dan ia akan abadi dalam ingatan para da`i generasi pelanjut perjuangannya di Malaysia.
Hamka
Hamka adalah ulama-sasterawan yang dikenal luas di Malaysia, kalangan massa dan penguasa, juga khalayak sastera. Hamka dikenali dan diminati ramai kerana novel-novelnya yang mengharukan dan ceramah-ceramahnya yang memukau. Tetapi yang lebih mengesankan adalah karya-karya ilmiahnya seperti tafsir al-Azhar, Sejarah umat Islam dan Tasawuf modennya. Bagi yang tidak dapat memahami kitab-kitab tafsir berbahasa Arab, tafsir al-Azhar selalu menjadi pilihan kerana keistimewaannya dari beberapa segi. Ia adalah tafsir berbahasa Melayu paling besar yang ditulis dengan gaya bahasa ceramah panjang. Selain itu al-Azhar juga mungkin satu-satunya tafsir yang dalam huraian-huraiannya paling banyak merujuk isu-isu lokal kemelayuan. Karyanya Sejarah Umat Islam pula adalah karya sejarah Islam yang paling lengkap liputannya. Ia memuatkan pemerian tentang sejarah Islam hampir di seluruh rantau dunia dari zaman ke zaman, termasuk perkembangan Islam di Alam Melayu. Tidak kurang pentingnya ialak karya tasawufnya, khususnya Tasawuf Moden, suatu usaha untuk memberikan jawapan islam terhadap masalah-masalah kerohanian manusia moden.
Hamka memang ilmuwan unik yang memberikan perhatian berat kepada pelbagai bidang ilmu yang sangat luas, termasuk khazanah kesusasteraan tradisional seperti karya agung Sejarah Melayu oleh Tun Sri Lanang. Tampaknya Hamka dapat menghargai karya yang oleh kebanyakan ulama dianggap tahyul melulu itu. Seperti yang dinyatakan oleh pengarangnya bahawa teks klasik tersebut mengandungi al-akhbar dan al-amthal (sejarah dan simbol). Di sinilah terserlahnya ketajaman Hamka yang dapat memilih dan memilah mana yang fakta dan mana yang simbol. Di sebalik simbol itulah tersiratnya mesej wisdom kepujanggaan bangsa. Dalam analisisnya tentang kejatuhan Melaka Hamka cuba menafsirkan simbol-simbol yang termuat dalam karya tersebut.
Hamka adalah tokoh Indonesia yang sangat dekat dengan umat di Malaysia. Sempena kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu (1957) beliau menulis buku Kenang-kenanganku di Malaya. Antara kandungan pentingnya ialah keprihatinannya terhadap bahasa Melayu. Memang Hamka adalah agamawan yang memiliki kepedulian yang sangat tinggi terhadap bahasa, khususnya bahasa Melayu. Antara sumbangannya dalam bidang kebahasaan termasuklah perjuangan memurnikan bahasa Melayu dari pencemaran kata-kata asing, dan mempertahankan bunyi-bunyi Melayu yang oleh sesetengah pihak dianggap kearaban.
Umat Malaysia memang mengenali Hamka. Seminar mengenai tokoh ini telah diadakan berkali-kali di pelbagai negeri Malaysia sehingga Pak Rushdi, putera Hamka yang sering hadir mewakili keluarga, pernah mengatakan bahawa beliau lebih banyak mengenal ayahnya di Malaysia berbanding di Indonesia. Mudah-mudahan anak-anak keturunan Minang di Malaysia tidak akan melupakan pesan Buya, "Orang Minang apabila tercabut dari Islam, akan hilang minangnya, yang tinggal hanya kabaunya".
Dr.Ir.Imaduddin Abdul Rahim
Imaduddin Abdul Rahim memiliki keunikan tersendiri. Beliaulah satu-satunya tokoh Indonesia yang mempunyai kader-kader yang ramai di Malaysia. Pada pertengahan tahun-tahun 70'an Ir. dari ITB itu dikirim ke Malaysia dengan tugas rasmi sebagai dosen di Institut Teknologi Kebangsaan (kemudian diangkat menjadi Universiti Teknologi Malaysia). Tetapi sebenarnya beliau dikirim dengan misi istimewa untuk membina kader dakwah. Kepiawaiannya dalam pembinaan kader memang diakui umum. Selama di Malaysia beliau banyak sekali mengadakan pelatihan kader dakwah yang dikenali dengan jenama Latihan Kader Dakwah (LKD) yang kemudian ditukar menjadi Latihan Mujahid Dakwah (LMD). Dalam waktu singkat ramai kalangan mahasiswa yang mengikuti pelatihan tersebut. Kesannya tentu sahaja sangat positif dari segi pengisian femomena kebangkitan Islam dengan kefahaman yang lebih mendalam dan komitmen perjuangan yang lebih kental terutama di kalangan mahasiswa.
Imaduddin banyak menggunakan terapi kejutan yang pada keseluruhannya cukup mengesankan. Bagaimanapun untuk satu ketika timbul juga kesan sampingannya apabila beliau mempromosikan fiqh kaum pembaharu yang sempat menghidupkan semula kontroversi lama "kaum tua-kaum muda". Tetapi hal itu masih dapat dikawal dalam kebijaksaan dasar saling hormat dan saling memaaf ketika berbeza pendapat yang menjadi amalan gerakan Islam khususnya ABIM. Setelah perkhidmatannya di ITK tamat Imaduddin pulang ke Bandung, tetapi dari semasa ke semasa beliau kerap datang ke Malaysia memenuhi undangan pelbagai institusi dan organisasi untuk mengadakan pelatihan dakwah.
Umum mengenali Imaduddin sebagai seorang yang berwatak keras, dan cara berfikirnya seringkali terkesan rasionalis. Citra sedemikian tentu sahaja ada pro-kontranya. Watak dan orientasi pemikiran sedemikian itu tidak pula bererti beliau seorang yang tertutup dan tidak mahu mendengar saran. Justeru sikap rasionalnya menjadikannya bersedia mendengar hujah. Segalanya bergantung kepada kemampuan meyakinkannya dengan hujah yang kuat. Tampaknya latar pendidikan sains-teknik menyebabkan Imad kurang pendedahan kepada bidang-bidang ilmu kemanusiaan dan kemasyarakatan seperti sejarah, kebudayaan, kebahasaan dan kesusasteraan. Kerana itu beliau tidak dapat menghargainya secara saksama. Untungnya, keadaan itu tidak berlarut lama. Ada seseorang yang telah membangkitkan minat beliau terhadap bidang-bidang tersebut. Sejak itu beliau sangat menghargai hakikat betapa kuatnya pengakaran budaya dan bahasa Melayu pada ajaran Islam. Sejak itu juga beliau memasukkan diskusi tentang peranan Islam dalam sejarah dan kebudayaan Melayu ke dalam komponen materi pelatihannya.
Khatimah
Demikianlah jaringan amal Islami pada masa lalu telah membentuk satu umat, membangun sebuah tamadun dan menjayakan suatu kebangkitan keagamaan, the rising tide of Islam. Generasi lalu telah berbuat sesuai dengan keperluan dan kemampuan. Kita pula bagaimana?
Kajang: 14 Syawal 1431H / 24 September 2010.
Hamba Allah5:30 PM0 comments
Amalan salih sumber kekuatan peribadi
Oleh Nik Salida Suhaila Nik Saleh
salidasuhaila99@yahoo.com
2010/12/02
Umat Islam berdisiplin, berilmu mampu capai kejayaan dunia, akhirat
DUNIA tanpa sempadan membenarkan kita menembusi setiap ceruk kehidupan manusia tanpa dapat dikawal undang-undang. Hanya peribadi salih boleh menghalang perbuatan maksiat kepada Allah seperti tidak amanah, tidak bertanggungjawab ataupun tidak menghormati hak orang lain.
Pembentukan dan pengembangan peribadi Muslim yang dikehendaki Allah dan disebut dalam al-Quran ialah sahsiah salih dari segi tutur kata dan perbuatan. Al-Quran menggariskan prinsip sama sejak mula diikuti oleh umat Islam.
Umat Islam perlu membina peribadi teguh dalam dunia tanpa sempadan ini. Jika tidak, mereka akan ketinggalan dalam soal agama, akhlak dan kepemimpinan. Ada bimbingan yang kita harapkan daripada orang yang arif dalam apa juga bidang.
Untuk membina personaliti Muslim dihormati ialah dengan akidah yang bersih. Muslim perlu mempunyai ikatan kuat dengan Allah supaya mereka percaya kepada qada dan qadar serta dunia selepas kiamat.
Muslim juga akan yakin dan cekal dengan ujian Allah jika mereka mempunyai akidah yang bersih serta bersedia menghadapi cabaran mendatang. Semua ini dapat dicapai melalui hubungan rapat dengan Allah melalui ibadat hakiki yang dilaksanakan.
Beza kehambaan kepada Pencipta bukan diukur dengan pakaian buruk dan jalan tunduk, tetapi keikhlasan beribadah serta tidak berbangga melakukan perbuatan baik atau mempunyai niat sebaliknya.
Peribadi salih termasuk juga kekuatan fizikal yang memungkinkan umat Islam menjalankan ibadah dan perintah Allah dengan sempurna tanpa bergantung kepada pertolongan orang. Kesihatan yang baik, memungkinkan umat Islam memenuhi amanah dengan baik.
Peribadi Muslim juga perlu kepada cara berfikir yang intelek. Antara sifat Rasulullah ialah cerdas dan tangkas membuat keputusan disebabkan keintelektualan Baginda yang tinggi. Jika direnungkan, setiap apa akan dilakukan, diperkatakan atau diam sekalipun, ia bermula dengan berfikir. Sebab itu individu Muslim cemerlang ialah yang bijaksana dan bertimbang rasa.
Firman Allah bermaksud: “Katakanlah: Samakah orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakal yang dapat menerima pelajaran.”
Satu aspek lain tidak kurang pentingnya dalam membina peribadi seorang Islam ialah mesti berjuang memerangi hawa nafsu yang jahat. Sebagai manusia, kita mempunyai kecenderungan terjebak hasutan nafsu dan daya juang tinggi membolehkan kita melawan daripada melakukan maksiat.
Setiap Muslim juga perlu memastikan peribadi mereka terjaga dengan menepati masa dan tidak membazirkan masa. Allah banyak mengingatkan manusia supaya menjaga masa 24 jam yang diperuntukkan sehari semalam.
Muslim juga perlu berdisiplin dan profesional selain tekun, bijak berinteraksi, berintegriti dan amanah. Umat Islam sepatutnya menjadi contoh terbaik kepada bangsa lain kerana Islam adalah agama sempurna yang mendidik umatnya ke arah kebaikan.
Muslim harus mempunyai kuasa supaya peribadi mereka tidak terhalang oleh penafian atau doktrin kuasa lain yang membantutkan kegemilangan tamadun Islam dikecapi berabad lalu.
Akhirnya, setiap Muslim mesti memastikan dirinya bermanfaat kepada orang lain. Kebajikan, kebaikan dan amalan baik yang dilakukan perlulah saling dirasai oleh umat Islam lain khasnya atau seluruh manusia amnya.
Dunia ini akan gelap gelita jika tidak ada lagi umat Islam kerana umat Islam adalah bangsa yang terpilih dan sebab itulah Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.”
Penulis ialah Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia, kini melanjutkan pelajaran di United Kingdom
Tafsir Ayat: Wanita beragama jamin kelangsungan rumah tangga bahagia
Oleh Engku Ahmad Zaki Engku Alwi
2010/12/02
FIRMAN Allah bermaksud: “Dan kahwinkanlah orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang yang salih daripada hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka daripada limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Nur: 32).
Ibnu Kathir menegaskan, ayat itu mengandungi beberapa hukum yang jelas dan suruhan wajib ditaati. Ayat itu perintah supaya mengahwinkan sesiapa dalam kalangan umat Islam yang mampu dan bersedia.
Sebahagian ulama berpendapat, wajib kahwin bagi setiap yang mampu. Mereka mengambil dalil sabda Nabi bermaksud: “Wahai sekalian pemuda, barang siapa daripada kalangan kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka hendaklah ia berkahwin. Sesungguhnya ia (perkahwinan) boleh menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa kerana ia (puasa itu) menjadi penawar baginya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Imam al-Qurtubi mentafsirkan perintah berkahwin termasuk dalam bab pengawalan kehormatan diri dan kebaikan maslahah ummah. Dengan kata lain, kahwinkan orang yang tiada pasangan dalam kalangan kamu kerana sesungguhnya ia adalah jalan menjaga kehormatan diri.
Kemudian ayat tadi menerangkan hukum mengenai hamba. Dikatakan juga bahawa makna ayat itu ialah hendaklah keinginan untuk mengahwinkan hamba itu mesti hamba yang baik, maka harus mengahwinkannya.
Rasulullah bersabda maksudnya: “Dinikahi seorang wanita kerana empat perkara iaitu harta, keturunan, rupa paras dan agamanya. Utamakan yang punya agama, kamu akan memperoleh keuntungan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Rasulullah bersabda lagi maksudnya: “Bila anda didatangi oleh orang yang ada agama dan berakhlak baik, maka terimalah jangan dipersiakan nanti kamu ditimpa bencana dan malapetaka.” (Hadis riwayat Tirmizi dan Ahmad)
Allah berfirman maksudnya: “Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui.”
Imam al-Qurtubi mentafsirkan, ayat itu merujuk kepada orang yang merdeka. Maknanya, janganlah kamu halang daripada mengahwinkan mereka dengan sebab kemiskinan si lelaki atau perempuan. Ayat ini adalah janji Allah dengan kekayaan kepada orang berkahwin yang mencari keredaan Allah dan memelihara diri daripada maksiat.
Rasulullah bersabda maksudnya: “Tiga perkara yang setiap mereka itu adalah hak ke atas Allah menolongnya, iaitu orang yang berjuang pada jalan Allah, orang yang ingin berkahwin yang ingin memelihara kehormatan, dan hamba mukatab yang mahu merdeka.” (Hadis riwayat Ibnu Majah).
Nabi Muhammad pernah mengahwinkan seorang perempuan yang datang kepada Baginda menyerahkan dirinya kepada seorang yang tidak berharta melainkan sehelai kain. Tidak lama selepas itu, perempuan tadi menuntut fasakh nikah kerana kemiskinan, kerana ia pernah atau biasa susah.
Adapun yang sering berlaku demikian (fasakh) ialah apabila seorang perempuan yang sebelumnya hidup senang, tiba-tiba hidup susah selepas berkahwin, kerana biasanya rasa lapar membuatkan orang itu tidak boleh bersabar.
An-Naqqaasy berkata, ayat ini menjadi hujah terhadap orang yang berkata: “Sesungguhnya kadi boleh memisahkan antara suami isteri jika suami itu miskin yang menyebabkan dia tidak mampu memberi nafkah kepada isterinya.”
Ini adalah pendapat yang daif. Ayat ini bukan hukum pada orang yang tidak mampu memberi nafkah, tetapi ia adalah janji akan diberikan kekayaan bagi orang yang berkahwin orang miskin. Adapun orang yang kahwin orang senang, tetapi menjadi susah selepas daripada itu, maka boleh dipisahkan antara kedua-duanya.
Allah berfirman: “Jika keduanya bercerai, maka Allah akan memberi kecukupan kepada masing-masing dari limpah kurnia-Nya.” (Surah An-Nisa: 130)
Penulis ialah Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) Fakulti Pengajia
Melepak perbuatan melalaikan perlu dijauhi Muslim
2010/12/02
DARIPADA Abu Sai’d Al-Khudri, Nabi bersabda bermaksud: “Hindarilah daripada duduk-duduk di pinggir jalan. Jawab sahabat: Kami terpaksa duduk-duduk di situ membincangkan hal yang perlu. Sabda Rasulullah SAW: Jika memang perlu kalian duduk-duduk di situ berikan hak jalanan. Mereka bertanya: Apa haknya, ya Rasulullah. Jawab Baginda: Tundukkan pandangan, jangan mengganggu, jawab salam (orang yang lalu) menganjurkan kebaikan dan mencegah yang mungkar.” (Hadis riwayat Muslim).
Mengikut Kamus Dewan, melepak memberi makna suatu tabiat negatif dalam kalangan masyarakat seperti remaja dan dewasa yang menghabiskan masa dengan duduk tanpa melakukan kegiatan berfaedah. Pada peringkat awalnya kegiatan ini adalah budaya yang dilakukan kutu jalanan.
Melepak yang bertujuan untuk kebaikan seperti berbual perkara bermanfaat adalah dibenarkan dalam Islam tetapi mestilah tidak sampai menghalang orang yang lalu-lalang dan membuat sesuatu mengganggu masyarakat sekeliling seperti membuat bising, mengata orang, mengusik dan sebagainya kerana sedemikian sudah terkeluar daripada adab bersosial.
Setiap Muslim seharusnya menjauhi perbuatan yang melalaikan kerana Islam amat membenci perkara menggambarkan sikap orang yang suka membuang masa. Lepak bukan budaya Islam!
Judi gadai akidah, jejas keharmonian masyarakat
Oleh Khairunneezam Mohd Noor
2010/12/02
Pertaruhan, tikam ekor perlu dibanteras secara menyeluruh demi kesejahteraan ummah
BERJUDI adalah satu jalan singkat yang salah untuk mengejar kekayaan dan wang ringgit. Judi atau al-maisir ditafsirkan sebagai suatu bentuk permainan beradu nasib yang menggunakan wang atau harta benda sebagai taruhan dan pemenang pertaruhan akan mendapat hasil berlipat kali ganda.
Perjudian amnya dimainkan dalam pelbagai bentuk. Antaranya menggunakan dadu dan daun terup, tikam, loteri, pertaruhan permainan sukan, mesin slot atau nombor ekor. Lebih canggih lagi, mutakhir ini berjudi turut boleh dilaksana dengan mudah melalui internet.
Baru-baru ini, penulis berkesempatan membuat tinjauan secara langsung berkenaan perangai keji tahi judi yang mengunjungi sebuah premis menjual nombor ramalan di kampung halaman dan melihat sendiri masih ramai umat Islam yang ghairah mengunjungi premis perjudian itu.
Walaupun tertera jelas di hadapan kaunter premis nombor ramalan peringatan bahawa ‘Umat Islam adalah dilarang memasuki premis ini’ dan pernyataan ‘Berjudi adalah haram di sisi Islam’, namun tidak diendahkan pengunjung beragama Islam ini.
Kira-kira sejam kajian itu, daripada 26 orang pengunjung, 12 daripadanya beragama Islam. Secara statistiknya, pengunjung kedai nombor ramalan yang beragama Islam dalam tempoh sejam ini hampir mencecah 50 peratus.
Lebih memilukan, sesetengah mereka yang kental mengunjungi premis perjudian ini boleh dikategorikan sebagai warga emas yang ada kala membawa bersama cucu mereka singgah untuk membeli nombor atau bertaruh tanpa ada perasaan malu dan segan.
Apabila berjudi, seseorang tidak perlu mengerah keringat dan tulang empat kerat. Bahkan modal yang diperlukan tidaklah besar. Bak kata orang, goyang kaki pun boleh dapat hasil lumayan. Inilah antara faktor yang menyemarakkan semangat kaki judi untuk terus terjebak dengan gejala buruk itu.
Apatah lagi, jika pernah sekali dua ‘tuahnya terkena’ dan menang sejumlah wang, bertambah galak dan bersemangatlah si kaki judi melaburkan wangnya ke premis judi kononnya untuk mengaut keuntungan lebih besar lagi.
Jika si kaki judi beranggapan judi adalah satu bentuk usaha untuk memperbaiki taraf kehidupan, mereka sememangnya silap kerana matlamat tidak akan sesekali menghalalkan cara. Demi mengejar sesuatu matlamat, kita sepatutnya berusaha bersungguh-sungguh, menggunakan saluran yang betul dan mengerah sepenuh akal fikiran dan tenaga.
Islam meletakkan keutamaan kepada pencarian rezeki dan nafkah hidup yang bersih lagi halal. Bukannya mencari jalan singkat mengumpul harta melalui judi yang hukumnya adalah haram daripada perspektif Islam.
Islam menegah umatnya daripada bergelumang dengan perjudian yang ternyata bersifat keji dan amalan warisan syaitan.
Firman Allah bermaksud: “Wahai orang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan solat. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?” (Surah al-Maidah: 90-91).
Dari segi akhlak, seseorang kaki judi akan menjadi lalai beramal ibadah, malas berusaha, tamak dan haloba, iri hati, dendam, khianat, suka berhutang, membazir, bercakap bohong dan berputus harap kepada Allah. Apabila penyakit berjudi semakin kronik membelenggu, kaki judi sanggup pula menggadaikan akidah dengan melakukan perbuatan syirik dan menyekutukan Allah seperti menilik nasib, memuja kubur, mendapatkan bantuan bomoh atau memakai azimat.
Buktinya seperti ditunjukkan seorang pengunjung kedai nombor ramalan yang kelihatan mencium-cium sebentuk batu yang dibuat rantai berkali-kali sebelum dan selepas memasuki premis perjudian sambil mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu. Perbuatan syirik seperti ini dimurkai Allah dan akan menerima balasan setimpal dengan perbuatan terkutuknya.
Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT tidak mengampunkan dosa orang yang menyekutukan-Nya dan dia akan mengampunkan dosa selain itu bagi mereka yang dikehendaki-Nya.” (Surah an-Nisa’: 48)
Andai kata, seseorang meraih hasil daripada perjudian, ketahuilah ia adalah sumber yang haram dan tidak diberkati Allah. Maka kesan seterusnya yang terpaksa ditanggung akibat berjudi adalah ahli keluarga sendiri. Apabila rezeki haram disogok ke mulut isteri serta anak dan sebati menjadi darah daging mereka, tidak mustahil kesan negatif akan terserlah sama ada dalam jangka masa pendek atau panjang.
Sebagai umat Islam yang bertanggungjawab, kita harus membendung gejala judi secara menyeluruh dalam kalangan masyarakat merentasi pelbagai umur. Mereka harus dibimbing dan dikawal dari usia muda untuk tidak berjinak dengan dunia perjudian serta sedar akan kesan buruknya.
Friday, September 3, 2010
MUJAHADAH RAMADHAN: PENJANAAN DAYA JUANG
Oleh: Dato' Dr Siddiq Fadzil
Ramadhan dengan segala amal penghayatannya memberikan sejenis pengalaman rohaniah yang unik dan istimewa. Kita semacam dalam keasyikan menjalani pelbagai amal yang disebut ihya' Ramadhan, sehingga peralihan waktu dari hari ke hari terasa begitu cepat. Andainya Ramadhan itu suatu deraan, tentu perjalanan waktunya terasa lambat dan panjang. Mungkin itulah yang namanya kelazatan ibadah atau ladhdhatu 'l-`ibadah. Mudah-mudahan kita dapat menikmati tahap kelazatan yang setinggi-tingginya.
Selain itu, kita juga dapat merasakan bangkitnya motivasi dari pedalaman hati nurani untuk melakukan self-improvement, meningkatkan kualiti diri menerusi penghayatan nilai-nilai unggul yang terumus dalam istilah inklusif taqwa. Memang sudah selayaknya bulan ini disebut madrasatu Ramadan, persekolahan Ramadhan yang intensif, padat dan terfokus pada komponen-komponen utama pendidikan nabawi: tilawah, tazkiyah dan ta`lim (3T).لقد منّ الله على المؤمنين إذ بعث فيهم رسولا من أنفسهم يتلو عليهم آياته ويزكيهم ويعلّمهم الكتابوالحكمة وإن كانوا من قبل لفى ضلال مبين. - آل عمران:164
Hari-hari Ramadhan sedapat mungkin kita padati dengan amal yang meliputi tiga tonggak misi tarbawi tersebut: tilawah yang kita hayati dengan amal tadarrus,membaca ayat-ayat kitab suci Ilahi secara yang lebih serius dan intensif; tazkiyah yang kita hayatidengan amal pemurnian dan penyihatan hati serta peningkatan kewaspadaan batin demi menghindari hal-hal yang mencemarkan kejernihan hati yang sedang berpuasa; sementara ta`lim pula kita hayati dengan pelbagai kegiatan keilmuan -- ceramah, taklim, tazkirah dan yang sejenisnya.
3T adalah gabungan padu kekuatan transformatif (quwwah taghyiriyyah), pencetus perubahan mendasar yang ditandai perbezaan nyata antara sebelum dengan sesudahnya. Kata min qabl… (meskipun sebelumnya…) dalam ayat tersebut adalah kata yang kental dengan makna transformasi, radical departure, perubahan radikal kaum mukminin generasi nabawi - dari gelita kesesatan kepada benderang cahaya kebenaran. Memang al-Rasul s.`a.w. adalah model terunggul pemimpin transformatif yang melahirkan umat baru, umat yang memiliki segala ingredients untuk memimpin dan menyelamatkan dunia.
Umat baru tersebut adalah generasi pejuang yang setia bersama Nabi s.`a.w., responsif terhadap perintah Allah dan Rasul-Nya dalam keadaan bagaimana sekalipun, termasuk ketika menempuh kegawatan sa`at al-`usrah melawan gempuran musuh. Demikianlah kualiti para lulusan madrasatu Muhammad, persekolahan nabawi Pembina tough generation, generasi yang tangguh dan perkasa. Mereka bukan generasi yang dimanjakan dalam keadaan serba selesa, tetapi generasi yang dididik dengan mujahadah, hempas pulas perjuangan melawan hawa-nafsu. Falsafahnya mudah: jika mampu mengalahkan nafsu, akan mampu mengalahkan yang lain-lain; sebaliknya jika gagal melawan nafsu, takkan berdaya menghadapi selainnya.
Mereka tidak hanya berjihad dalam erti tampil di medan tempur, lalu pulang setelah musuh dapat dikalahkan. Memang jihad juga memerlukan pembinaan watak pejuang dan fighting spirit yang tinggi. Tetapi mujahadah adalah perjuangan dalaman yang berterusan, dilaksanakan sepanjang masa, diulang-ulangi tanpa henti. Demikianlah makna mujahadah, kata yang terbentuk mengikut wazan mufa`alah. Memang kata tersebut mengandungi makna perulangan -- al-tikrar marratan ba`da ukhra. Justeru, musuh di medan tempur tidak akan bangkit setelah terpenggal kepalanya, tetapi lain halnya dengan musuh yang bernama hawa nafsu, sekali tumbang tidak bererti segalanya sudah berakhir. Biar berapa kali tumbang, ia tetap bangkit kembali.
Ternyata mujahadah adalah antara muatan madrasatu Ramadan yang paling kental. Bukankah sepanjang bulan ini urusan besar kita adalah melawan? Melawan nafsu, dan melawan kebiasaan. Kerana perlawanan itulah segalanya jadi berubah -- ibadat, makan, tidur, kerja harian, watak dan perilaku, segalanya berubah sesuai dengan semangat Ramadhan. Dan ternyata kita sebenarnya mampu berubah, tetapi bukan berubah sekadar untuk berubah. Berubah dalam konteks mujahadah adalah untuk menjadi al-mu'min al-qawiy (mukmin yang kuat), tough generation yang daya juangnya tak terkalahkan.
Mujahadah adalah salah satu teras pendidikan nabawi yang terbukti telah melahirkan generasi tangguh yang sanggup melawan ribut, berani menentang badai. Mereka adalah generasi yang telah menyebatikan mujahadah menjadi cara hidup hingga mendarah-daging, bergerak bersama denyut nadi, bergetar bersama degup jantung. Pendidikan mujahadah telah melahirkan pahlawan segagah `Ali (k.w.), pemuda berusia 20 tahun yang menyanggupi tugas mempertaruhkan nyawa menempati kamar bahaya (tempat tidur al-Rasul s.`a.w.) dalam peristiwa Hijrah.
Bukan beliau tidak tahu risiko menempati kamar yang menjadi sasaran mata liar kumpulan teroris Quraysh, tetapi tetap disanggupinya dengan rela kerana pendidikan mujahadah telah melumpuhkan nafsu mementingkan diri dan keinginan bersenang-senang. Orang yang dikuasai nafsu takkan sanggup mengambil risiko seberat itu. Nafsulah yang sebenarnya menyebabkan seseorang menjadi pengecut. `Ali (k.w.) tidak takut kerana beliau adalah pahlawan yang terbina dalam pendidikan mujahadah. Pada suatu ketika beliau ditanya bagaimana perasaannya pada malam bahaya tersebut, katanya, "Itulah malam paling damai pernah kurasakan sepanjang hayatku".
Pendidikan mujahadah juga telah menampilkan wanita pejuang sehebat Asma' bint Abi Bakr (r.`a.). Dalam peristiwa Hijrah beliau diberi tugas menghantar bekalan makanan ke Gua Thawr, tempat persembunyian al-Rasul (s.`a.w.) dan pendamping setianya Abu Bakr al-Siddiq (r.`a.). Tugas ini juga tidak kurang berat dan bahayanya, mengingat bahawa selama tempoh persembunyian tersebut pihak Quraysh menjalankan operasi besar-besaran memburu Junjungan (s.`a.w.).
Untuk melaksanakan tugas tersebut Asma', wanita muda berusia 23 tahun yang sedang sarat mengandung (7 bulan) itu harus berjalan kaki setiap hari sejauh sekitar 5 kilometer, terdedah kepada risiko tertangkap di tengah maraknya operasi jahat Quraysh. Dari mana datangnya kekuatan dan keberanian luar biasa wanita muda tersebut melaksanakan tugas berat dan berbahaya seperti itu? Dari mana lagi kalau bukan dari pendidikan mujahadah, melawan nafsu mementingkan diri, mengenyah keinginan hidup bersenang-senang. Justeru, pendidikan mujahadah telah menjadikan Asma' bint Abi Bakr (r.`a.) seorang tough lady dengan keluarbiasaan yang mencengangkan orang sepanjang sejarah.
Sesungguhnya pendidikan mujahadah telah menciptakan umat dan tamadun yang religious, bersih dan berintegriti moral yang tinggi. Demikianlah hakikatnya sebagaimana yang kita saksikan pada catatan sejarah umat generasi seratus tahun pertama (dari bi`thah hingga ke pertengahan era Umawi). Sepanjang tempoh tersebut hukum hudud zina hanya dilaksanakan sebanyak enam kali, walhal pada tahun-tahun menjelang pengutusan al-Rasul s.`a.w. kota Makkah merupakan sarang budaya maksiat.
Di sana-sini berkibar bendera merah, yang menandakan bahawa di situ tersedia pelayanan seksual bagi yang menginginkannya. Sementara itu hukum hudud ke atas pencuri hanya dilaksanakan sebanyak empat kali sepanjang tempoh seratus tahun tersebut, walhal jenayah rompak-samun memang berleluasa dalam masyarakat Arab pra-Islam. Masyarakat yang mengamalkan cara hidup mujahadah adalah masyarakat yang beradab, damai dan santun.Diriwayatkan bahawa setelah dua tahun menduduki jawatan Hakim, `Umar ibn al-Khattab menemui Khalifah Abu Bakr (r.`a.) memohon untuk mengundurkan diri kerana sepanjang tempoh tersebut tidak siapa pun datang mengadukan sebarang pertikaian.
Sempena Ramadhan bulan intensifikasi mujahadah wajar kita merenung isu ini secara serius, bagaimana mengembalikan mujahadah ke ranah pendidikan umat, dan mengembalikan mujahadah sebagai bahagian integral cara hidup kaum Muslimin. Sikap serius dalam isu ini akan membuka pelbagai jalan penyelesaian:
والذين جاهدوافينا لنهدينّهم سبلنا -- العنكبوت:69
Hamba Allah7:33 PM0 comments
Tuesday, August 10, 2010
MENDAULATKAN SYARI`AT, MEMARTABATKAN UMAT:
Realisasi Keadilan Sebagai Nilai Teras Pembangunan
Siddiq Fadzil
Presiden
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH).
Kami dahului dengan merafakkan sembah tahmid kesyukuran al-hamdu li 'Llah atas kurnia nikmat keupayaan mencipta sejarah, penyelenggaraan ijtimak harakiy I, sebuah perhimpunan akbar keluarga besar rangkaian gerakan Islam PKPIM-ABIM-WADAH, suatu gemblengan kekuatan dinamika kepemudaan dan wisdom kedewasaan dalam perkongsian aspirasi perjuangan mendaulatkan syari`at dan memartabatkan umat. Mudah-mudahan peristiwa unik dan strategik ini membawa barakah berupa pemugaran bay`ah perjuangan melestarikan gerakan Islam sebagai kekuatan transformatif, quwwah taghyiriyyiah yang berintikan misi pencerahan, pembebasan dan pemberdayaan.
Komitmen kita untuk mendaulatkan syari`at, tidak hanya sekadar melaksanakan hukum-hakamnya, tetapi lebih daripada itu harus meliputi pencapaian objektif dan matlamat hakikinya yang terungkap dalam istilah maqasid al-shari`ah. Esensimaqasid al-shari`ah sebenarnya tidak lain adalah maslahah yang dapat diertikan sebagai menyejahterakan umat dengan manfaat, dan menyelamatkan mereka dari mudarat. Memang tujuan syari`at adalah untuk menyelamatkan, membahagiakan dan memberdayakan umat manusia sehingga mampu melaksanakan amanah istikhlaf atau misi kekhalifahan. Maqasid al-shari`ah sebagaimana yang dirumuskan oleh al-Ghazaliy adalah untuk memelihara al-din (agama),al-nafs (jiwa), al-`aql (akal), al-nasl (keturunan) dan al-mal (harta). Demikianlah lima komponen maqasid yang selalu disebut sebagai al-daruriyyat al-khamsa, al-kulliyyat al-khamsa dan al-usul al-khamsah. Andainya kelima-lima objektif tersebut tidak tercapai, bererti syari`at yang kita laksanakan bukan esensinya, tetapi hanya kerangkanya yang kering dan tidak substantif. Ternyata kelima-lima komponen maqasid tersebut adalah suatu set prinsip yang tidak boleh dikompromikan. Justeru, ia adalah soal hidup-mati sehingga kita dituntut mempertaruhkan nyawa demi mempertahankannya. Itulah mesej tersirat hadith nabawi yang menyebut syahidnya mereka yang mati kerananya:
من قتل دون دينه فهو شهيد، ومن قتل دون دمه فهو شهيد، ومن قتل دون ماله فهو شهيد،
ومن قتل دون أهله فهوشهيد. (رواه أصحاب السنن وصححه الترمذي)
Peri pentingnya maqasid dijelaskan oleh Imam al-Maqasid Abu Ishaq al-Shatibiy bahawa ia adalah arwah al-a`mal. Ertinya, bersyari`at tanpa maqasid adalah beragama tanpa ruh. Sebagai kaum da`i yang ingin mendakwahkan Islam secara utuh, yang memaknai syari`at sebagai wahana pencapaian hayatan tayyibah (kehidupan berkualiti), dan yang komited untuk mengangkat fiqh sebagai ilmu yang dinamik dan kemaskini, kita sama sekali tidak boleh mengabaikan maqasid. Seperti yang dinyatakan oleh al-Shaykh Ibn `Ashur bahawa pengabaian terhadap maqasid al-shari`ah termasuk antara faktor kebekuan fiqh. Dan membekunya fiqh adalah malapetaka besar bagi umat yang menghadapi masalah-masalah yang sentiasa berubah dan berkembang. Kehilangan maqasid akan memandulkan fiqh dan menumpulkan kompetensinya menyelesaikan masalah umat. Akibatnya mereka akan mencari jawapan di luar syari`at.
Gerakan dakwah memang tidak dapat mengelak dari persoalan maqasid. Justeru, maqasid al-shari`ah adalah juga maqasid al-da`wah. Perjuangan para anbiya' dan mursalin sepanjang sejarah adalah untuk melaksanakan hal-hal yang terliput dalam istilah inklusif maqasid al-shari`ah. Para da`i harus dapat menepati pesan dakwah `ala basirah. Untuk itu mereka perlu memahami serba-serbi tentang agama, termasuk maqasidnya. Demikian juga untuk menepati pesan dakwah bi 'l-hikmahpara da`i harus memahami sedalam mungkin makna yang terliput dalam kata hikmah, termasuk hikmah di sebalik hukum-hakam syari`at. Dan semuanya itu tidak lain adalah maqasid al-shari`ah dalam erti luas, tidak hanya lima kulliyat yang berkaitan dengan keperluan asasi individu, tetapi meliputi juga maqasid al-shari`ah yang berkaitan dengan keperluan asasi umat secara kolektif.
Antara yang termasuk dalam kategori maqasid al-shari`ah fima yakhussu 'l-ummah seperti yang disebut oleh Dr. Jamal al-Din `Atiyyah ialah iqamat al-`adl (menegakkan keadilan) dengan liputannya yang inklusif. Dr. Yusuf al-Qaraddawiy pula menyebutkan bidang-bidang liputan keadilan termasuklah keadilan kehakiman (al-`adl al-qada'iy), keadilan sosial (al-`adl al-ijtima`iy) dan keadilan antarabangsa(al-`adl al-dawliy). Demikianlah perlunya para da`i memahami dan menghayati pemikiran maqsadiy, iaitu pemikiran yang memberikan perhatian kepada segala yang berkaitan dengan maqasid dan berpegang dengan kaedah-kaedahnya :
فالفكرالمقاصدى هوالفكرالمتبصّربالمقاصد،المعتمدعلى قواعدها المستثمرلفوائدها.
Memang keadilan adalah prinsip dan nilai teras yang termasuk dalam al-maqasid al-`amah seperti yang dirumuskan oleh `Allal 'l-Fasiy bahawa objektif umum syari`at Islam ialah untuk memastikan terimarahnya alam, terwujudnya ketertiban, dan terpeliharanya bumi dari kerosakan. Objektif tersebut hanya mungkin tercapai dengan kebaikan manusia sebagai pemikul amanah istikhlaf, kepatuhan mereka kepada perintah syari`at, termasuk melaksanakan keadilan. Ternyata keadilan sebai objektif utama syari`at adalah asas kehidupan. Tanpa keadilan tidak akan ada kedamaian dan kesejahteraan. Dengan demikian, pendaulatan syari`at hanya terlaksana apabila keadilan tegak berdaulat di segenap bidang kehidupan, termasuk bidang ekonomi.
Di tengah maraknya wacana tentang ekonomi dunia pasca krisis 2008, dan tentang model ekonomi pasca DEB, kita bangkit menyuarakan model ekonomi yang menepati maqasid al-shari`ah, khususnya objektif iqamat al-`adl (menegakkan keadilan) yang merupakan salah satu tunjang utama maqasid. Dengan semangat itulah kita mengangkat isu penggagasan model ekonomi berkeadilan sebagai tema seminar ini. Ekonomi berkeadilan yang kita maksudkan tentunya bukan sekadar kitaran semula model ekonomi neo-lib, tetapi model ekonomi faith-based (didasari iman, disinari wahyu), ekonomi kerakyatan yang pro-kaum dhu`afa', ekonomi yang komited kepada dasar pemerataan kuih negara, ekonomi yang memenuhi dua keperluan pokok: al-kifayah (kecukupan) dan al-amn (kebebasan dari ketakutan) sebagaimana yang diisyaratkan dalam ayat 3 dan 4 surah Quraysh:
فليعبدوا ربّ هذاالبيت الذى أطعمهم من جوع وآمنهم من خوف.
Dengan latar kegiatan Quraysh dalam bidang ekonomi perdagangan, ayat tersebut memerintahkan mereka mengabdi Tuhan Pengurnia dua anugerah penting: kemakmuran ekonomi yang memungkinkan mereka hidup kecukupan (bebas dari kemiskinan dan kelaparan), dan keselamatan yang membebaskan mereka dari ketakutan. Justeru, yang kita dambakan adalah model ekonomi bersemangat pengabdian (kepada Tuhan Maha Pengurnia) dan kebaktian (pembebasan manusia dari kemiskinan dan ketakutan). Demikianlah seperti yang dirumuskan oleh al-Qaradhawiy:
أنّ تحقيق الكفاية والأمن مقصدعام، وهوما امتن الله به على قريش وأسس عليه أمرهم بعبادته سبحانه.
Pelbagai bencana kemanusiaan yang sedang menimpa dunia ketika ini seharusnya menginsafkan kita semua betapa berertinya ayat-ayat tentang kelaparan (ju`) dan ketakutan (khawf) dalam surah Quraysh tersebut. Sebagaimana yang dinyatakan oleh David C.Korten, Presiden dan pengasas People-Centered Development Forum dalam bukunya Agenda for a New Economy - From Phantom Wealth to Real Wealth, bahawa kita menghadapi masa depan yang sangat menakutkan. Justeru, pada saat ini manusia sedang menempuh jalan menuju jurang kehancuran diri (self-destruction). Antara gejala kehancuran yang disebut termasuklah kerosakan yang berlaku kepada iklim dunia, pencemaran sungai, kebinasaan sektor perikanan, kemusnahan (jiwa dan harta-benda) akibat perang hancur-hancuran, keruntuhan sistem kewangan, kepupusan pelbagai spisis, kematian sejumlah tiga puluh ribu kanak-kanak setiap hari akibat kemiskinan dan pelbagai bencana lainnya lagi sehingga beliau membuat kesimpulan, "We have good reason to fear for aur future". (Korten D.C., 2009: 9-10). Semua gejala tersebut jelas terkait langsung dengan ekonomi kapitalis yang zalim dan serakah, sistem yang telah sekian lama berleluasa mengeksploitasi kaum mustah`afin, memiskinkan majoriti besar rakyat, dan menjerumuskan mereka ke dalam jebakan beban hutang yang tidak ada jalan keluarnya kecuali mati. Memang kapitalisme telah melahirkan ekonomi hutang dan ekonomi riba yang mencekik dan menindas. Di mana-mana syarikat-syarikat gergasi kapitalis yang terbeban hutang selalu dibail-out dengan wang rakyat, tetapi rakyat kecil yang terbelit hutang siapa yang mahu membantu? Nasib malang kaum tertindas dan terabai inilah yang diserlahkan oleh Barbara Enrenreich dalam makalahnya The Suicide Solution,bunuh diri sebagai jalan penyelesaian. Katanya, "Suicide is becoming an increasingly popular response to debt. … India may be the trendsetter here, with an estimated 150,000 debt-ridden farmers succumbing to suicide since 1997. With guns in short supply in rural India, the desperate farmers have taken to drinking the pesticides meant for their crops." (Heuvel, Katrina vanden, 2009: 207-209).
Memang, yang sedang kita dambakan adalah ekonomi model baru yang benar-benar baru, bukan sekadar wajah baru mazhab ekonomi neoliberal yang telah mencetuskan krisis ekonomi paling buruk selepas Great Depression 1930'an. Liberalisasi seperti yang berlaku dalam sistem kapitalisme gaya Amerika bererti keleluasaan kuasa pasar menentukan segala-gala dengan asumsi bahawa pasar adalah waras, rasional, mampu mendisiplinkan diri dan dapat melakukan self-correction. Ternyata pasar bebas itu berpuaka, dikuasai nafsu tamak, rakus dan curang. Liberalisasi hanya akan menciptakan syurga bagi jerung-jerung kapitalis mengaut untung sebesar-besarnya, dan menjadikan jurang kaya-miskin semakin melebar. Yang kita perlukan bukan liberalisasi, tetapi tawazun atau keseimbangan yang merupakan ciri penting ekonomi Islam. Tawazun dalam konteks ini ialah keseimbangan peranan semua pihak yang terlibat: pemerintah, individu dan pasar. Pakar-pakar ekonomi umumnya sependapat bahawa antara faktor berlakunya krisis ekonomi hari ini adalah kegagalan negara melaksanakan tanggungjawabnya terhadap institusi-institusi kewangan. Seperti yang dinyatakan oleh Joseph Stiglitz, pemenang Hadiah Nobel Ekonomi 2001 bahawa kawalan perundangan dan pemantauan kerajaan adalah dua faktor utama yang memungkinkan pasar berfungsi sebagaimana semestinya. Tanpa dua faktor tersebut krisis ekonomi akan terus berulang. Beliau mengatakan lagi bahawa krisis kali ini mengajar kita bahawa pasar yang tidak ditertibkan dengan undang-undang adalah amat berbahaya. (Al-Qarahdaghiy, 2009: 180).
Pemenang Hadiah Nobel tersebut juga mengatakan bahawa pasar bebas merupakan lahan subur pelbagai bentuk eksploitasi. Katanya,
Free market ideology turned out to be an excuse for new forms of
exploitation. "Privatization" meant that foreigners could buy mines
and oil fields in developing countries at low prices. It also meant they
could reap large profits from monopolies and quasi-monopolies,
such as in telecommunications. "Financial and capital market
liberalization" meant that foreign banks could get high on their loans,
and when loans went bad, the IMF forced socialization of the losses,
meaning that the screws were put on entire populations to pay the
the foreign banks back. Then, at least after the 1997 crisis, some of
the same foreign banks made further profits in the fire sales that the
IMF forced on the countries that needed their money. Trade
liberalization meant, too, that foreign firms could wipe out nascent
industries, suppressing the development of entrepreneurial talent.
(Stiglitz, Joseph, 2010: 221)
Model ekonomi yang memenuhi kriteria keadilan dan menepati maqasid al-shari`ah memerlukan perubahan yang mendasar terutama dari segi persepsi terhadap hakikat insan, yang bukan sekadar homo economicus yang materialistik, tamak dan mementingkan diri. Manusia adalah makhluk yang dimuliakan dengan al-nafkhu 'l-Ilahiy, hembusan ketuhanan yang melayakkannya memikul amanah istikhlaf -- menjadi wakil Tuhan di bumi dengan misi pengimarahan dan pengislahan. Selain itu ia juga melibatkan perubahan persepsi terhadap alam dan segala khazanah kekayaannya sebagai amanah Tuhan untuk dimanfaatkan secara yang benar, menepati prinsip dan nilai samawi.
Sesungguhnya kita memerlukan model ekonomi yang didasari semangat memelihara ketinggian martabat dan maruah kemanusiaan, di samping semangat memelihara amanah memakmurkan bumi. Untuk itulah perlunya penggagasan model ekonomi maqasidiy demi mencapai kualiti hidup hayatan tayyibah berasaskan iman dan `amal salih. Ini bererti ia adalah model ekonomi yang faith-based dan value-based (berasaskan prinsip-prinsip ketuhanan dan nilai-nilai kudus keagamaan). Dan kerana itu pula ia harus berteraskan prinsip dan nilai keadilan. Justeru, keadilan adalah esensi ajaran semua agama, khususnya agama samawi sebagaimana yang terumus dalam ayat 25 surah al-Hadid,
لقدأرسلنارسلنابالبيّنات وأنزلنامعهم الكتاب والميزان ليقوم الناس بالقسط، ...
Prinsip dan nilai keagamaan adalah al-mizan, ukuran dan neraca pengimbang bagi menegakkan al-qist, yakni keadilan. Prinsip dan nilai inilah yang harus diterjemahkan secara nyata dalam segala bidang kehidupan, termasuk bidang ekonomi. Keadilan dengan erti "memberikan hak kepada yang berhak" harus menjadi dasar dan amalan dalam pemilikan dan pengagihan kekayaan. Keadilan juga harus mendasari segala perundingan dan perjanjian demi mencapai kesepakatan `an taradin (saling merelakan) untuk menang bersama (win-win), tidak berat sebelah atau mahu menang sendiri. Ekonomi berkeadilan jelas berimplikasi penolakan terhadap kapitalisme kroni yang diskriminatif dan pandang bulu. Selama ini kita telah sama-sama merasakan bahana crony capitalism yang memperkaya segelintir kapitalis kroni, dan melemparkan majoriti besar rakyat ke jurang kemiskinan. Ramai yang sekarang baru mengaku bahawa dasar ekonomi tersebut telah memperluas jurang kaya-miskin, lalu yang kaya bertambah kaya, yang miskin semakin papa. Banyak sekali terjadi manipulasi dalam pengurusan ekonomi, dan banyak sekali syarat-syarat yang tidak bertulis sehingga akhirnya yang kenyang hanya kaum kroni, sedang rakyat hanya didendangkan dengan dongeng prestasi ekonomi.
Model ekonomi maqasidi bukan jenis ekonomi yang berorientasi pemaksimaan keuntungan, tetapi lebih disemangati objektif memenuhi keperluan rakyat dengan segala pentahapannya: daruriyyat, hajiyyat dan tahsiniyyatnya. Demikianlah ciri asasi ekonomi kerakyatan yang kental dengan nilai-nilai kasih-sayang kemanusiaan. Memang ekonomi kerakyatan adalah jelmaan nyata idealisme pemerataan dan penyejagatan rahmat (rahmatan li al-`alamin). Pembelaan terhadap kaummustad`afin (golongan yang lemah atau dilemahkan) dalam konteks ekonomi kerakyatan jelas tidak sama dengan sumbangan lip-service para usahawan kapitalis. Konsep infaq fi sabili 'Llah dalam konteks ekonomi kerakyatan yang Islami mengandung semangat yang jauh lebih murni. Tanpa menafikan adanya kebaikan pada sumbangan kemanusiaan yang kini memakai pelbagai nama: CSR (Corporate Social Responsibility), Creative Capitalism, Philanthrocapitalism dan Social Business, namun semuanya itu masih dalam kerangka pemikiran dan semangat kapitalisme yang lebih mengutamakan keuntungan berbanding tanggungjawab kemanusiaan. Jumlah peruntukan untuk khidmat masyarakat rata-rata masih terlalu kecil berbanding jumlah keuntungan yang dikaut. Malah ramai yang menafsirkan bahawa khidmat kemasyarakatan badan-badan korporat itu pada hakikatnya adalah bahagian daripada strategi bisnes mereka. Sementara itu tidak sedikit pula yang beranggapan bahawa ia adalah usaha terdesak kaum kapitalis untuk menyelamatkan diri setelah melakukan "dosa besar" menjerumuskan dunia ke jurang krisis ekonomi terparah sejak 1930'an. Kapitalisme tampaknya masih bernafsu untuk bangkit dan tampil kembali dengan sedikit perubahan kosmetik. Seharusnya kapitalisme sudah lama kita talkinkan. Sekarang adalah masa menggagas model ekonomi alternatif yang berkeadilan dan berperikemanusiaan. Anggapan bahawa kapitalisme adalah pilihan terakhir yang sudah muktamad, dan itulah the end of history sebenarnya tidak lebih dari mimpi siang hari seorang Fukuyama.
Di sebalik kegawatan ekonomi sebenarnya ada krisis lain yang lebih mendasar. Yang sedang terjadi bukan hanya krisis kewangan, tetapi yang lebih serius adalah krisis kemanusiaan. Di mana-mana orang berbicara tentang fiscal deficit, tetapi tidak ramai yang berbicara tentang moral deficit, walhal itulah salah satu punca utama bencana yang menimpa. Sektor ekonomi seakan telah kehilangan etika. Entah apa yang telah terjadi kepada business ethics yang diajarkan di sekolah-sekolah bisnes selama ini. Yang jelas pelbagai amalan tidak bermoral begitu berleluasa: rasuah, penipuan, keserakahan, penindasan, pemerasan, pembolotan dan bedebah-bedebah lainnya lagi yang mengesankan seolah-olah moral bukan urusan ekonomi. Bujur lalu melintang patah, yang penting jangan sampai tertangkap. Tidak sedikit kalangan pemimpin institusi ekonomi yang hanya mementingkan diri dan lari dari tanggunggungjawab. Ketika mendapat untung besar mereka mendakwa ia adalah hasil usaha mereka, tetapi ketika mengalami rugi besar mereka berdalih ia adalah akibat faktor-faktor di luar kawalan mereka. Sudahnya, yang selalu menjadi mangsa adalah pelanggan-pelanggan, orang awam. Masalahmoral deficit inilah yang harus ditangani secara serius. Sebaik mana pun model ekonomi yang digagaskan, tidak akan ada gunanya jika rasuah, penipuan, kecurangan dan penyakit-penyakit moral lainnya terus berleluasa dan membudaya.
Ekonomi tidak hanya tentang wang dan saham, gedung dan gudang, projek dan kontrak; tetapi ia juga amat terkait dengan integriti dan reputasi. Dalam kaitan ini Malaysia sebagai suatu jenama sungguh amat memprihatinkan. Akhbar The Star 4 Feb 2010 menyiarkan makalah pendek Dennis Ignatius tentang Brand Malaysia. Dalam ruangan Diplomatically Speaking beliau membicarakan isu apa ada pada jenama, "A brand name is more than an image; it is the essence of what a brand represents." Yang jelas memang ada suatu yang sangat bermakna di sebalik jenama, suatu yang sangat mahal, dan kerana itu negara-negara dan syarikat-syarikat rata-rata menjaga jenama mereka dengan penuh rasa cemburu. Sayangnya kata beliau kita tidak bersungguh-sungguh mempertahankan citra jenama kita. Beliau lalu menyebut sejumlah aib yang mencemarkan citra Malaysia di mata dunia, "Over the the years, scandal, corruption and mismanagement, as well as misguided policies, have seriously left brand Malaysia reeling from a thousand cuts. The Kugan case, the death in custody of Teoh Beng Hock and other high profile cases brought us a great deal of unsavoury international attention. This, together with equally sensational scandals involving our judiciary, seems to convey the view that our whole justice system is in crisis. As well, the massive PKFZ fiasco, the brazen theft of RMAF jet engines and other outrageous public sector corruption scandals have convinced many foreign observers and businessmen that corruption is now out of hand in Malaysia."
Memang cukup beralasan apabila rasuah di Malaysia dianggap telah sampai ke tahap yang sangat parah, "It is not for no reason that Transparency International recently gave Malaysia its worst corruption ranking ever.", lalu beliau bertanya, "Are we now destined to become a chronically corrupt state?". Mengenai politik Malaysia pula Dennis Ignatius juga menyebut tentang berterusannya amalan kejam penahanan tanpa bicara dan kekangan terhadap hak-hak kebebasan asasi yang sudah pasti menjejaskan credentials demokrasi kita di mata dunia. Selain itu beliau juga menyerlahkan isu penghijrahan 300,000 rakyat Malaysia pada tahun 2008/09 untuk mencari penghidupan yang lebih baik di luar negara, "What does it say to the rest of the world about brand Malaysia when many, including some of our best and brightest, are leaving?". Beliau menyimpulkan, "It is clear to those of us who closely monitor Malaysia's image abroad that brand Malaysia is in trouble. One commentator even went so far as to call us a 'failed rich state!' It is nonsense of course, but it is a sign of the shifting perception of Malaysia."
Mahu mengakuinya atau tidak, demikianlah persepsi orang tentang Malaysia. Dengan reputasi buruk seperti itu pembangunan ekonomi model apa pun tidak akan terlaksana dengan jaya. Benar kata orang bijaksana, "losing money is bad, but losing reputation is worse." Michael Backman, penulis buku Asia Future Shock -- Business Crisis and Opportunity in the Coming Years dalam analisisnya tentang Malaysia di bawah judul From Malaysia Boleh to Malaysia Bodoh?Memulakan bicaranya dengan kata, "Malaysia is in trouble. It shouldn't be." Kata-kata seperti tentunya menyebabkan kita tersentak, dan sekaligus mendorong kita bertanya apa alasannya? Antara yang beliau sebut ialah cara kita mengurus kekayaan negara, "Instead of being successful, too often Malaysia has tried to buy the ornaments of success -- the world's tallest building, the unnecessarily large international airport, and so on. But in 2025, the one commodity that has paid for much of this -- oil -- is due to run out." Selain itu beliau pelbagai aib yang menyebabkan orang tidak berminat melabur di Malaysia. Antaranya termasuklah rasuah dan ketidaktelusan. Tentang ketidaktelusan beliau mengeluh bahawa untuk mendapat gambaran yang jelas tentang apa yang sesungguhnya terjadi dalam dunia korporat di Malaysia adalah suatu yang hampir mustahil, "…because of the use of endless nominee companies." Untuk menggambarkan bahawa ketidaktelusan itulah citra Malaysia, pembicaraannya tentang isu ini diberinya judul kecil dengan menggunakan kata-kata sinis, "Transparency? No Thank You, We are Malaysian". Tentang keleluasaan rasuah di Malaysia Michael Backman menyatakan kekecewaannya terhadap pimpinan atasan negara yang tidak berupaya membanterasnya. Akibatnya rasuah merajalela menyerap ke seluruh sektor dan institusi, termasuk institusi yang menjadi tonggak sistem undang-undang Malaysia iaitu institusi kepolisan. Malah institusi ini dinilai pengidap barah rasuah paling parah. Dalam tinjauannya Transparency International mendapati bahawa masyarakat awam dan kalangan bisnes menilai institusi kepolisan sebagai "Malaysia's most corrupt institution, …". Beliau mengakhiri pemeriannya tentang Malaysia dengan saranan agar Malaysia mengambil tindakan korektif, termasuk memperbaiki institusi-institusinya, meningkatkan tahap ketelusannya, dan menghapuskan gangguan-gangguan terhadap kegiatan bisnes terutama rasuah yang disebutnya sebagai, "…and endless, implied petty demands from government officials for gifts and favors done for nephews, cousins and the like …". Banyak yang harus dilakukan oleh Malaysia mengingat bahawa minyaknya akan segera habis dan dengan demikian ia tidak boleh terus-menerus bergantung kepada pembiayaan Petronas. (Backman, Michael, 2008: 132-139).
Memang benar, banyak yang harus dilakukan terutama dalam konteks pemberdayaan ekonomi rakyat. Antara yang paling mendesak adalah pembinaan budaya ekonomi (al-thaqafah al-iqtisadiyyah), termasuk budaya keusahawanan yang sihat dan kuat. Justeru, pembangunan ekonomi tidak terbatas hanya pada pembinaan infrastruktur fizikal dan institusi-institusi kewangan. Yang tidak kurang pentingnya adalah pembinaan the right culture atau budaya yang tepat. Budaya yang berintikan set nilai yang secukup dan setepatnya pada hakikatnya merupakan invisible infrastructure yang sangat menentukan. Ada sesuatu yang menarik pada tulisan Daniel J. Isenberg, Profesor pengurusan di Babson College, tentangHow to Start an Entrepreneural Revolution. Makalah yang tersiar dalam Harvard Business Review, isu Jun 2010 itu memberikan sembilan preskripsi pembinaan ekosistem keusahawanan. Yang beliau maksudkan dengan ekosistem keusahawanan ialah "… a set of individual elements -- such as leadership, culture, capital markets, and open-minded customers -- that combine in complex ways." Unsur-unsur yang membentuk ekosistem tersebut adalah suatu sistem yang holistik, utuh dan padu. Tanpa tergabung dengan unsure-unsur lain, sesuatu unsur tidak dapat berdiri sendiri. Maksudnya, tidak dapat berfungsi. Kesilapan yang selalu terjadi di mana-mana ialah pemusatan pada satu atau dua unsur tertentu, tetapi mengabaikan yang lain. Kesilapan inilah juga yang berlaku di Malaysia. Dan yang jelas terabai adalah adalah unsur budaya. Dalam kaitan inilah pentingnya peranan pendidikan sebagai agen pembudayaan dalam pembinaan sikap, minat dan watak keusahawanan yang baik --- berilmu, berketrampilan, gigih, jujur, berani, kreatif dan berwawasan. Sayangnya sistem persekolahan kita hanya dapat melahirkan generasi yang lemah, tidak mampu berdikari, kemampuannya hanya sebatas membawa seberkas sijil/ ijazah minta dikasihani agar diberikan pekerjaan (makan gaji).
Selain sektor pendidikan, media seharusnya dapat memainkan peranan membina budaya keusahawanan yang sihat dan kuat. Pemaparan kisah-kisah kejayaan usahawan tulen yang berintegriti tinggi tentunya dapat membangkitkan minat dan semangat keusahawanan. Sayangnya bahan-bahan seperti itu, kalaupun ada, selalu tenggelam dalam lambakan bahan-bahan hiburan dan propaganda politik. Mungkin ada kebenarannya apabila dikatakan bahawa media kita tidak banyak mendidik, sebaliknya media kita seringkali berperanan sebagai agen pembodohan dan alat propaganda politik -- mendedah-dedahkan aib, membesar-besarkan orang kecil, dan mengecil-ngecilkan orang besar.
Sekali lagi, memang banyak yang harus dilakukan. Sekarang bukan lagi zaman muscle economy atau ekonomi tulang empat kerat. Ekonomi hari ini adalah ekonomi ilmu, ekonomi inovasi dan ekonomi kreativiti. Ini satu lagi cabaran berat, dan untuk menanganinya tidak cukup hanya dengan kerja kuat, tetapi juga harus dengan kejujuran dan jiwa besar. Untuk membina bangsa yang kreatif harus ada kesediaan untuk melakukan perubahan-perubahan sosio-budaya yang mendasar. Yang pertama harus dilihat ialah sistem pendidikan kita, sejauh mana keupayaannya membina generasi kreatif. Sebenarnya sudah lama dan sudah banyak disuarakan tentang ketidakupayaan sistem persekolahan kita membina kemampuan berfikir. Akibatnya sistem yang berorientasi mengingat dan menghafal itu telah menjadikan generasi muda kita rata-rata tidak mampu berfikir secara analitikal, kritis dan kreatif. Politisasi pendidikan dengan segala macam sekatan dan halangannya telah menciptakan generasi pak turut yang berfikiran tertutup, terbelenggu, sempit dan tumpul. Institusi pendidikan harus selamanya non-partisan. Andainya kita jujur mahu membina generasi yang berdaya fikir kreatif-inovatif, mereka harus dibebaskan dari belenggu politisasi yang merugikan itu. Mulai sekarang pembinaan daya kreativiti harus diangkat menjadi agenda nasional yang diprioritikan.
Di mana-mana ketika ini orang sedang memprihatinkan daya kreatifi generasi muda, termasuk di Amerika. MajalahNewsweek, 19 Julai 2010 mengangkat masalah kreativiti di Amerika sebagai isu utamanya. The Creativity Crisis -- For the First Time, Research Shows that American Creativity is Declining. What Went Wrong -- and How We Can Fix it.Demikianlah judul makalah Po Bronson dan Ashley Merryman yang memprihatinkan gejala kemerosotan daya kreatif generasi muda Amerika. Mungkin tinjauan mereka relevan untuk kita renung, misalnya beberapa andaian mereka tentang penyebabnya,
It's too early to determine conclusively why U.S. creativity scores
are declining. One likely culprit is the number of hours kids now
spend in front of the TV and playing videogames rather than
engaging in creative activities. Another is the lack of creativity
development in our schools. In effect, it's left to the luck of the
draw who becomes creative: there's no concerted effort to
nurture the creativity of all children.
Sementara itu akhbar New Straits Times, 23 Ogos 2005, memuatkan ucapan kenegaraan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong yang menyeru rakyat republik tersebut menjadi bangsa yang kreatif. Demi survival Hsien Loong mengajak rakyat harus mampu membina Singapura baru,
It must be a totally different Singapore. Because if it's the same
Singapore (as) today, we're dead. … We have to remake
Singapore -- our economy, our education, our midsets, our
city.
Untuk itu mereka diajak belajar dari Las Vegas dan mengambil semangatnya, "Out of nothing in a desert, they built a city. Forty million people visit every year… We don't want to become Las Vegas, but we should learn from their spirit." Apa mungkin rakyat pulau tersebut menjadi sekreatif yang diharapkan oleh pemimpin mereka? Akhbar tersebut mengulas, "Such a change could be hard in Singapore, where critics says tight controls on free speech stifle creativity." Ulasan tersebut wajar direnung dalam konteks aspirasi pembinaan bangsa Malaysia yang kreatif. Dengan segala kekangan terhadap kebebasan bersuara dan hak-hak kebebasan lainnya, bangsa kita akan terus-menerus membeku. Justeru, kreativiti tidak mungkin berlaku tanpa kebebasan.
Untuk menangani persoalan ini maqasid al-shari`ah memberikan petunjuk jelas bahawa memelihara akak -- penyihatan dan penyuburannya -- termasuk dalam al-daruriyyat al-khamsa atau lima keperluan asasi manusia. Sebarang gangguan terhadap perkembangan akak, termasuk daya kreatifnya adalah pencabulan terhadap maqasid al-shari`ah. Selain itu, dilihat dari perspektif Islam kreativiti adalah salah satu ciri utama keinsanan. Kerana daya kreatifnyalah makhluk berakal ini layak mengemban misi kekhalifahan -- memakmurkan bumi, membangun dan membudayakannya. Daya ibda` atau kreativiti memang sangat dihargai kerana ia adalah bahagian daripada realisasi amanah kekhalifahan.
Jalan menuju ekonomi berkeadilan ternyata penuh ranjau. Keadilan hanya mungkin terlaksana di tengah umat berintegriti. Memang integriti itu tinggi, tetapi kekuasaan lebih kuat. Kerana itu Integriti selalu dikalahkan oleh kekuasaan. Keadilan hanya mungkin terlaksana dalam pemerintahan rule of law. Malangnya nasib keadilan selalu terkorban apabila the rulers overrule the rule of law. Betapa pun keadaannya perjuangan melawan kezaliman kapitalisme tetap diteruskan. Rakyat harus diyakinkan bahawa mereka sebenarnya lebih kuat. Gerakan kerakyatan adalah kekuatan yang mampu menundukkan kesombongan, when the people lead, the leaders will follow.
الله أكبرولله الحمد
Bangi: 7 Ogos 2010
Senarai Bacaan:
Al-Qarahdaghiy, `Aliy Muhyi al-Din. 2009. Al-Azmah al-Maliyyah al-`Alamiyyah. Beirut: Dar
al-Basha'ir al-Islamiyyah.
Al-Raysuniy, Ahmad et. al. 2002. Huquq al-Insan Mihwar Maqasid al-Shari`ah. Al-Duhah:
Wizarat al-Awqaf wa al-Shu'un al-Islamiyyah.
Al-Raysuniy, Ahmad. 2009. Al-Fikr al-Maqasidiy: Qawa`iduhu wa Fawa'iduhu. Al-
Mansurah: Dar al-Kalimah li al-Nashr wa al-Tawzi`.
-------------------------- 2010. Madkhal ila Maqasid al-Shari`ah. Al-Qahirah: Dar al-Salam.
`Atiyyah, Jamal al-Din. 2003. Nahw Taf`il Maqasid al-Shari`ah. `Amman: Al-Ma`had al-
`Alamiy li al-Fikr al-Islamiy.
Backman, Michael. 2008. Asia Future Shock -- Business Crisis and opportunity in the
Coming Years. New York: Palgrave Macmillan.
Heuvel, Katrina Vandel. 2009. Meltdown -- How Greed and Corruption Shattered Our
Financial System and How We Can Recover. New York: Nation Book.
Korten, David C. 2009. Agenda for a New Economy -- From Phantom Wealth to Real
Wealth. San Francisco: Berrett-Koehler.
Lahasasinah, Ahsan. 2008. Al-Fiqh al-Maqasidiy `Inda al-Imam al-Shatibiy. Al-Qahirah: Dar
Al-Salam.
Stiglitz, Joseph. 2010. Freefall -- Free Market and the Sinking of the Global Economy.
London: Allen Lane.
Hamba Allah5:26 PM0 comments
Labels: wadah
LESEN JUDI: MODEL EKONOMI APA?
Dato' Dr. Siddiq Fadzil,
Presiden
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
ومن أعرض عن ذكرى فإن له معيشة ضنكا ونحشره يوم القيامة أعمى
Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sungguh,
dia akan menjalani kehidupan yang sempit, dan Kami akan
Mengumpulkannya pada hari Kiamat dalam keadaan buta.
(Taha: 124).
Pada suatu ketika seorang tokoh Melayu-Muslim mendakwa tidak menemukan ayat larangan berjudi dalam al-Qur'an, lalu ramai yang menanggapinya sebagai suatu kelucuan. Tetapi sebenarnya ia adalah hal yang malang dan menyedihkan. Mungkin dakwaan tersebut agak sukar diterima akal, tetapi demikianlah cara pengarah casino terkenal itu berhelah untuk mempertahankan kredibilitinya. Di tengah heboh isu lesen judi ketika ini, terlintas suatu kemungkinan bahawa beliau tidak keseorangan, tetapi ada lagi orang-orang kenamaan Melayu-Muslim yang tidak mengenal ayat judi, atau tidak dapat melihat bahaya dan keburukan judi. Kemungkinan lain ialah lemahnya penguasa politik Melayu-Muslim sehingga tidak berdaya berkata "tidak!" kepada lobi dan tekanan taukeh-taukeh judi. Tentu ada pula sebabnya mengapa mereka menjadi selemah itu apabila berhadapan dengan kekuatan wang. Sikap terhadap judi dan maksiat-maksiat lain sebenarnya sangat ditentukan oleh faktor iman dan ilmu. Kedua-dua faktor itulah yang dapat memberikan kekuatan dan keberanian bersikap dengan benar, sesuai tuntutan iman dan kebenaran ilmu.
Andainya kita melihat segala sesuatu dari perspektif Qur'ani, dan andainya Tuhan dan Ayat-Ayat-Nya masih mempunyai erti dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara persoalan ini tidak akan sampai menjadi isu. Tidak ada alasan apa pun yang boleh dipakai untuk menjustifikasikan judi dalam segala bentuk dan modelnya. Larangan berjudi diungkapkan dalam al-Qur'an dengan nada yang cukup jelas, tegas dan keras sekali:
يآأيّها الذين آمنوا إنّما الخمروالميسروالأنصاب والأزلام رجس من عمل الشيطان
.فاجتنبوه لعلّكم تفلحون
Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi,
(berkorban untuk) berhala, dan mengundi nasib dengan anak
panah, adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan.
Maka jauhilah (perbuatan-perbuatan) itu agar kamu beruntung.
(Al-Ma'idah:90).
Ayat tersebut bermula dengan ungkapan panggilan (wahai orang-orang yang beriman!), suatu gaya panggilan istimewa yang penuh penghormatan. Mereka yang memiliki sensitiviti keimanan akan tersentak mendengar panggilan tersebut. Justeru, kita dipanggil dengan kalimat yang mengungkapkan sikap dan pendirian bijak yang telah kita ambil iaitu pendirian untuk beriman. Kesan semerta gaya panggilan sedemikian ialah timbulnya kesedaran tentang perlunya sikap konsisten seorang mukmin iaitu peka dan responsif terhadap apa jua perintah Tuhan yang diimani. Orang mukmin tulen akan berasa malu andainya gagal menepati tuntutan iman. Mengaku beriman dengan Allah, tetapi kemudiannya mengingkari perintah-Nya adalah sikap tidak konsisten dan tidak jujur. Demikianlah al-Qur'an mempersiapkan jiwa dan minda mukmin untuk menerima perintah yang segera akan menyusul pada kalimat-kalimat berikutnya.
Panggilan tersebut diikuti dengan sebutan sejumlah amalan keji yang mencirikan budaya masyarakat jahiliah, termasuk judi (al-maysir). Demikianlah hakikatnya, judi bukan amalan masyarakat maju dan bertamadun tinggi. Ia adalah sisa kejahiliahan masa lalu yang jijik dan memalukan. Dalam ayat tersebut judi jelas-jelas disebut rijsun, suatu yang keji, kotor dan menjijikkan. Meskipun mungkin dilakukan di ruang casino yang serba moden, megah dan meriah dengan gemerlap pencahayaan yang berwarna-marni, hakikatnya ia tetap kotor dan menjijikkan. Orang yang mempunyai maruah akan berasa malu terlibat dengan judi, melakukan amalan berjudi, atau bersikap pro-judi.
Setelah disifatkan sebagai rijsun dengan segala kekejian dan kekotorannya, disebut pula hakikat judi sebagai produk pekerjaan syaitan (min `amal al-shaytan). Andainya ada orang yang melihat judi itu baik dan cantik, sebenarnya ia tertipu dengan pesona hasil gubahan syaitan. Memang syaitan memiliki kemahiran tinggi membungkus dan mengemas kekejian sehingga tampak bagaikan kebajikan. Memang itulah keahliannya: mempedaya manusia dengan kejahatan yang dihias indah dan megah sehingga disangka kebaikan tulen dan asli. Orang mukmin yang sentiasa ingat dan sedar tentang permusuhan abadinya dengan syaitan akan sangat alergik dengan apa sahaja yang terkait dengan syaitan, lalu sentiasa mewaspadai segala bentuk jebakan dan jerangkap samar syaitan. Mereka yang melihat judi sebagai suatu yang baik dan menguntungkan, pada hakikatnya bukan orang bijak, tetapi orang naïf, tidak dapat membaca tipu-daya syaitan dan rakan-rakan kongsinya.
Pemakaian kata shaytan dalam al-Qur'an ada yang meliputi makna manusia dan jin yang jahat, menipu orang dengan kata-kata propaganda yang penuh tipu-daya sebagaimana dalam ayat:
وكذالك جعلنا لكل نبيّ عدوّا شياطين الإنس والجنّ يوحى بعضهم إلى بعض
...زخرف القول غرورا
Dan demikianlah untuk setiap nabi Kami menjadikan musuh
yang terdiri daripada syaitan-syaitan manusia dan jin,
sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang
lain perkataan yang indah sebagai tipuan. … (Al-An`am:112).
Demikianlah kata syaitan yang mungkin berwujud sebagai manusia (al-ins) yang memusuhi nabi-nabi, menolak dan mengenepikan ajaran-ajaran mereka. Manusia-manusia syaitan ini juga selalu bekerjasama, saling membantu dalam menciptakan propaganda, dakyah dan slogan indah yang motifnya adalah penipuan dan pembodohan. Ungkapan "perkataan yang indah" (zukhrufa 'l-qawl) mungkin meliputi juga alasan-alasan rekaan untuk menjustifikasikan sesuatu perbuatan atau amalan keji, termasuk dakwaan kononnya ada judi kebajikan yang bermaksud baik, untuk mengumpul dana yayasan membantu golongan miskin. Andainya dasar menjadikan judi sebagai sumber pendapatan itu adalah sejenis model ekonomi, maka nama paling tepat ialah model ekonomi kesyaitanan atau satanomics.
Walau dikemas secantik mana, dan berikan label seindah mana, selagi hakikatnya adalah judi, al-Qur'an tetap tegas, "maka jauhilah ia!" (fa 'jtanibuhu). Kata "jauhilah" mengisyaratkan makna betapa keji dan berbahayanya judi sehingga tidak boleh dihampiri, apa lagi dilakukan. Al-Qur'an tidak mengatakan jangan lakukan!, tetapi jauhilah!. Ertinya, menghampirinya sahaja sudah salah, belum melakukannya lagi. Implikasi gaya pengungkapan sedemikian ialah bahawa yang dilarang bukan hanya berjudi, tetapi juga mewujudkan suasana yang merangsang orang berjudi, membuka ruang untuk orang berjudi, dan memberikan lesen kepada syarikat perjudian.
Ayat tersebut dihujungi dengan ungkapan pembawa harapan semoga "kamu beruntung" (la`allakum tuflihun). Jelas yang diberikan harapan akan beruntung bukan mereka yang berjudi, tetapi yang menjauhi judi. Bukankah ada juga orang berjudi yang beruntung? Sebenarnya tidak ada. Yang ada ialah orang yang tertipu, berasa beruntung walhal pada hakikatnya ia kerugian, terjerumus dalam kekejian dan menanggung dosa berat dunia-akhirat. Demikianlah ketololan manusia tahi judi, berasa mendapat, walhal hakikatnya ia kehilangan. Hilang dan musnahnya harapan untuk mencapai kejayaan dan keberuntungan hakiki. Demikianlah antara mesej tersirat ayat al-Ma'idah tersebut: Berjaya tanpa judi!.
Sebagai produk kemasan syaitan, judi membawa pelbagai kerosakan moral-sosial yang serius. Demikianlah seperti yang dijelaskan dalam ayat berikutnya:
إنّمايريدالشيطان أن يوقع بينكم العداوة والبغضاء فى الخمروالميسرويصدّكم
عن ذكرالله وعن الصلاة فهل أنتم منتهون.
Dengan arak dan judi itu, syaitan hanyalah bermaksud
menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu,
dan menghalang-halangi kamu dari mengingat Allah dan
dan melaksanakan solat, maka tidakkah kamu mahu
berhenti?. (Al-Ma'idah:91)
Judi yang berkesudahan mengambil harta orang secara tidak benar, bukan upah dan bukan keuntungan perniagaan, menyebabkan kerugian di pihak lain. Seterusnya kecurangan inilah pula yang membangkitkan rasa marah, benci dan dendam permusuhan seperti yang terluah dalam caci-maki dan sumpah-seranah pihak yang berasa dirugikan. Apalah erti slogan 1 Malaysia jika judi yang jelas-jelas menjadi pencetus permusuhan dan kebencian dibenarkan? Berjudi memang selalu mengasyikkan kerana dimeriahkan dengan sorak-sorai dan rangsangan syaitan. Keasyikan itulah pula yang melalaikan orang sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap Tuhan, termasuk tanggungjawab utamanya iaitu solat, dan tanggungjawab lainnya seperti keluarga dan masyarakat. Berapa banyak rumah-tangga yang runtuh dan keluarga yang menjadi porak-poranda gara-gara ketagihan judi.
Apabila segala kerosakan tersebut terjadi, bererti tercapailah tujuan syaitan, dan berjayalah rencana jahat mereka. Bayangkan betapa meriahnya syaitan berpesta ketika lesen judi diluluskan, dan bayangkan betapa gegak-gempitanya sorak-sorai syaitan nanti apabila ramai orang Islam terjerumus dalam jebakan judi. Secara realitik dapat dipastikan bahawa mekanisme yang ada ketika ini tidak akan berdaya, dan mungkin sekali tidak akan berminat menghalang orang Islam daripada terlibat dengan judi yang diangkat menjadi sejenis pesta besar. Persoalan ini mengingatkan kita kepada penglibatan orang Melayu-Muslim dalam syarikat perjudian ternama di negara ini. Catatan Joe Studwell dalam bukunyaAsian Godfathers: Money and Power in Hong Kong and Southeast Asia wajar kita renung dengan penuh rasa prihatin,
Lim Goh Tong's casino empire keeps its Malay shareholders
under very close wraps since gambling is an anathema to
Islam; almost all the large shareholders in his main listed
vehicles are nominee companies. But Lim cannot hide his
dependence on close relationships with Malaysia's powerful
police force. Retired officers take many jobs at his giant
casino, while directors and executives of Genting, his main
company, have included a former inspector general and
deputy inspector general of the national police force. (Hlm.
75-76).
Hampir semua orang tahu, termasuk yang bukan Islam bahawa judi adalah suatu kemungkaran besar yang membawa akibat buruk. Tetapi kenapa dibenarkan juga? Al-Qur'an dengan jelas dan tegas menyebutkan antara tanggungjawab penguasa ialah melaksanakan amar makruf nahi munkar, mendorong kemakrufan dan mencegah kemungkaran (al-Hajj:41). Apakah bisikan taukeh judi sudah mengatasi pesan Ilahi? Agama memberikan panduan jelas kepada pemerintah Muslim agar menjadikan maslahah sebagai asas apabila membuat sesuatu dasar atau keputusan.
تصرّف الإمام منوط بالمصلحة
Tetapi apa yang terjadi jelas bertentangan dengan prinsip tersebut. Meluluskan lesen judi bererti menjadikan mafsadah(kerosakan) sebagai asas pijakan dalam membuat dasar dan keputusan. Bagaimana rakyat dapat merasa damai, tenang dan yakin jika pemerintahnya sudah tidak komited kepada prinsip maslahah, malah sebaliknya sudah hilang kepedulian terhadap tanggungjawab melindungi rakyat dari mafsadah dan kebejatan moral-sosial.
Melihat hal-hal di sekitar isu ini, rakyat mulai bertanya siapa sebenarnya yang berkepentingan dalam kelulusan lessen judi ini? Kenapa pemimpin-pemimpin politik kelihatan tidak berdaya menolak kemahuan syarikat-syarikat perjudian sehingga pesan Tuhan tidak dipedulikan dan suara rakyat tidak diindahkan. Apakah ini satu lagi bukti yang membenarkan dakwaan Noreena Hertz tentang berlakunya gejala pengambilalihan kuasa secara senyap? Dalam bukunya The Silent Takeover: Global Capitalism and the Death of Democracy beliau mengatakan,
Politicians are increasingly seen as impotent, irrelevant,
and dishonest. People see their governments as unable
to deliver what they promise, obsessed with unimportant
issues and internal politicking, riddled with corruption,
clinging to outmoded notions of authority, and increasingly
in the pockets of businesspeople. (hlm. 121).
Alangkah malangnya jika benar bahawa pemimpin-pemimpin politik yang mewakili rakyat sudah …increasingly in the pockets of businesspeople, sudah semakin jauh berada dalam poket tokoh-tokoh dan taukeh-taukeh perniagaan, termasuk pemilik-pemilik syarikat perjudian.
Mungkin ada yang mempertahankan dasar membenarkan perjudian atas perkiraan ekonomi, bahawa Judi adalah sumber penting pendapatan negara. Mungkin ada negara atau pihak-pihak lain yang menjadikan judi sebagai sumber pendapatan, tetapi yang pasti judi tidak boleh dan tidak mungkin menjadi sumber kesejahteraan. Sebaliknya ia adalah punca kesengsaraan. Tidak mempedulikan pesan dan peringatan Tuhan bererti menempah kesengsaraan. Itulah yang dimaksudkan dengan ma`isyatan danka (kehidupan yang sempit) sebagaimana diperingatkan dalam ayat 124 surah Tahadi atas. Meskipun mungkin ditimbuni harta yang melimpah ruah, tetapi ia adalah kehidupan yang terputus dari rahmat Tuhan dan tersisih dari naungan-Nya. Sumber kesejahteraan adalah Allah, Tuhan yang bernama al-Salam. Tidak ada kesejahteraan, kedamaian dan keteduhan selain dalam kehidupan yang sirami rahmat Ilahi dan diteduhi naungan-Nya. Tanpa rahmat dan naungan-Nya yang ada hanya keresahan, ketegangan, keraguan dan ketakutan. Hidup tanpa rahmah dan barakah itulah yang disebut hidup yang malang dan celaka dalam hikmah kepujanggaan bangsa:
Bergantung kepada Yang Satu
Berpegang kepada Yang Esa
Tuah hidup sempurna hidup
Hidup berakal mati beriman
Malang hidup celaka hidup
Hidup tak tahu halal haram.
BANGI: 9 Jun 2010.
sumber: WADAH
Hamba Allah5:23 PM0 comments
Labels: wadah
Sunday, August 1, 2010
Pendidikan Al-Hikmah dan misi pencerahan (2)
Oleh Dr Siddiq Fadzil
Tragedi keilmuan:Quo Vadis IPT!-Teks ucapan Konvokesyen ke 12 KDH
-‘Hari pengijazahan adalah hari bersejarah dalam hayat seorang pemburu ilmu.Ia harus dimaknai secara yang benar sesuai dengan tingginya nilai ilmu dan beratnya amanah keilmuan.Bagi kami para pendidik,istiadat konvokesyen ini tidak hanya bererti kesempatan berkongsi rasa gembira,tetapi ia juga sebenarnya menyiratkan sebuah harapan,mudah-mudahan tertunailah amanah berat membina generasi anak bangsa dengan ilmu yang bermanfaat dan dengan pendidikan yang memanusiakan.Membina manusia dalam realiti hari ini sering kali terasa seperti menongkah arus.Justeru,zaman ini adalah zaman dehumanisasi ,krisis penghakisan nilai-nilai kemanusiaan.Dengan kata lain,sudah banyak sistem pendidikan masa kini yang gagal melaksanakan misi hakiki pendidikan.Benarlah seperti yang disebut oleh pemikir Islam kontemporari,Malik Ben Nabi bahawa sistem pendidikan kita hanya mampu memberikan kemahiran(maharah/skill) tetapi gagal memberikan kesedaran(al-wa’y/awareness)Demikianlah kenyataan yang sedang kita saksikan ketika ini.Generasi muda kita rata-rata memang cukup terampil dalam bidang pekerjaan yang diceburi tetapi sebahagian mereka tidak lagi memiliki kesedaran kemanusiaan ,kesedaran keislaman dan kesedaran kerakyatan.’
-Memang sejak hari pertama kami sudah komited dengan misi ‘pembinaan generasi ilmuwan ulu-l-albab’,manusia cendekia pemadu zikir dengan fikir,pemilik daya renung yang tembus ke inti hakiki’.Zikir dalam konteks ini merujuk pengertian kesedaran ketuhanan(God consciousness) yang meliputi kesedaran kehambaan,kepekaan terhadap hukum hakam dan nilai-nilai ketuhanan.Sementara fikir pula merujuk pengertian kekuatan daya renung sehingga dapat menyerlahkan makna di balik tanda termasuk segala hikmah dan rahsia alam ciptaan Tuhan.
-‘Hingga ke saat ini masih berleluasa amalan mengenepikan criteria ilmu ketika meletakkan seseorang pada sesuatu posisi.Di tengah gembar-gembur,’knowledge is power’,sebenarnya kita sedang ditimpa krisis nilai yang ditandai dengan kegagalan meletakkan nilai ilmu di puncak urutan sistem nilai budaya kita’
-‘Kiranya dapat dibayangkan,pada era knowledge based sekarang ini,apa yang akan terjadi kepada bangsa yang tidak memiliki budaya ilmu,tidak memiliki budaya membaca dan tidak menghargai para ilmuwan’
-‘Dalam masyarakat traditional kematian seorang ilmuwan dirasakan sebagai kehilangan besar yang selalu diekspresikan dengan ungkapan ‘padamnya sebuah pelita’.Justeru,ilmuwan adalah lantera zaman.Fungsi para ilmuwan adalah untuk memberikan khidmat penyuluhan dan pencerahan’
-‘Ilmu memberikan mereka makna maruah,martabat dan kehormatan diri sehingga terbentuk sikap pantang ilmuwan menunduk-nunduk kepada ahlu’d-dunya(golongan berkuasa dan berharta).Sikap mulia diri tersebut terbentuk dari kesedaran bahawa ilmuwan adalah pemilik khayran kathira(kebaikan yang banyak) sementara ahl al-dunya(para penguasa,hartawan dan lain-lain sejenisnya)hanya memiliki mata’un qalil(kesenangan yang cuma sedikit)’
-‘Implikasi lain dasar ilmu yang disebut market driven itu ialah beranjaknya fungsi institusi-institusi pendidikan dari membina manusia kepada mengaut keuntungan’
-‘Justeru,di mana-mana dapat ditemukan pimpinan IPT yang tidak lagi memiliki citra sebagai sarjana tetapi sudah berubah menjadi pencari dana’
-‘Warga IPT rata-rata tidak lagi berasa bernaung di bawah naungan teduh seorang sarjana besar,sebaliknya lebih berasa berada di bawah arahan CEO sebuah syarikat’
‘-Kepada seluruh para graduan kami amanahkan pesan fa’staqim kama umirta(setialah selamanya kepada idealisme dan ajaran yang telah diberikan).Tampillah ke tengah umat dengan sikap percaya diri sebagai manusia terdidik dan ilmuwan yang berpendirian.Anda(para graduan) adalah generasi harapan untuk mendaulatkan nilai ilmu,menyemarakkan gerakan perubahan ke arah tamadun yang Islami dan masyarakat yang madani’
sumber: FB Wasif
Hamba Allah7:48 AM0 comments
Subscribe to: Posts (Atom)
Thursday, October 14, 2010
JARINGAN AMAL ISLAMI DI ALAM MELAYU: MENELUSURI JEJAK PENGARUH DA`I INDONESIA DI MALAYSIA
Siddiq Fadzil
Presiden
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
(Kertas Kerja di bentangkan di Seminar Pra Silaturrahim Nasional (Silatnas) Dewan Da'wah Islamiyyah Indonesia (DDII) pada 25 September 2010 di Jakarta)
Mukadimah
Meskipun telah terbelah-belah dari segi geo-politiknya, Alam Melayu masih dilihat sebagai sebuah zon kebudayaan Islam dengan ciri-ciri khas yang membezakannya daripada kebudayaan Islam daerah-daerah Dunia Islam lain seperti zon kebudayaan Islam Arab, Indo-Pakistan, Afrika dan lain-lain. Kebudayaan kita adalah kebudayaan kepulauan yang menyerlahkan ciri kepelbagaian dan keberagaman, tetapi tetap berkongsi ciri-ciri khas kesamaan dan keseragaman. Demikianlah hakikatnya, ada diversity kepulauannya, dan ada pula unity keislaman-kemelayuannya.
Jejak Para Perintis
Kesatuan tersebut adalah suatu yang sangat bererti, sehingga pada suatu ketika ia pernah merangsang gagasan politik kesatuan seperti Melayu Raya (Ibrahim Yakob dan Dr.Burhanuddin al-Helmi -- Malaysia) dan Indonesia Raya (Muhamad Yamin - Indonesia). Kesatuan budaya tersebut adalah hasil Islamisasi, suatu proses transformatif yang memesat di rantau ini dari abad 13-16M. Seawal era tersebut telah wujud jaringan amal Islami serantau yang melibatkan pusat-pusat pengembangan Islam seperti Pasai, Melaka, Aceh dan lain-lain yang bererti juga wujudnya jaringan di kalangan para penguasa Islam dan ulama-ulamanya. Di samping pemerataan dakwah, jaringan tersebut telah menghasilkan kesatuan kesatuan tradisi keintelektualan Melayu.
Kitab-kitab karangan ulama Melayu yang dikenali dengan sebutan kitab jawi tersebar luas merentasi persempadanan geografis, suku kaum dan dialek bahasa. Dengan menggunakan bahasa Melayu (kekitaban) dalam penulisan mereka, para ulama tersebut telah membina bahasa kesatuan yang kaya dan dapat berfungsi dengan berkesan sebagai bahasa komunikasi dan bahasa tamadun tinggi. Ternyata yang tersebar bukan hanya karya, malah para ulama itu sendiri juga menyebar. Gelar-gelar penisbahan kepada nama tempat asal tidak membatasi daerah mereka berkiprah. Dalam kaitan ini kiranya wajar dicatat bahawa al-Falimbani tidak hanya giat di tanah kelahirannya, tetapi telah ikut berjihad dan gugur syahid mempertahankan kedaulatan Kedah Dar al-Aman dari pencerobohan Siam.
Laut selat Melaka bukan pemisah Sumatera dengan Semenanjung Tanah Melayu. Ramai tokoh yang berulang-alik lalu menjadi milik bersama dua daerah Melayu tersebut. Syeikh Tahir Jalaluddin (Minangkabau) dan Syeikh Junid Tola (Mandailing) adalah contoh ulama milik bersama Malaysia-Indonesia. Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu memang berseberangan lokasi, tetapi tetap berkongsi budaya dan tradisi.
Pada satu ketika, selain Asia Barat, Indonesia menjadi pilihan anak-anak Malaysia untuk melanjutkan pengajian agama. Ada yang ke universitas, ada yang ke pondok/pesantren, dan ada juga yang ke madrasah seperti Diniah Puteri, Padang Panjang yang pernah melahirkan beberapa orang tokoh wanita dalam politik Malaysia. Sementara itu pada pertengahan abad ke-20 terdapat sejumlah insitusi pengajian pondok replika pesantren Jawa di daerah-daerah penempatan masyarakat (asal) Jawa di bahagian selatan pantai barat Semenanjung Tanah Melayu seperti Johor, Selangor dan Perak.
Partisipasi tokoh-tokoh da`i/agamawan Indonesia dalam amal dakwah dan pendidikan terus berlanjut hingga ke era kontemporer. Ketika Malaysia mula meningkatkan sistem pengajian Islamnya ke tahap universiti sejumlah cendekiawan Indonesia turut menyumbang sebagai tenaga akademik. Mereka termasuklah O.K.Rahmat di Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (Nilam Puri) yang kemudian menyambung khidmatnya di Universiti Sains Malaysia (Pulau Pinang), Mukhtar Lintang dan Sidi Gazalba di Fakulti Pengajian Islam Universiti kebangsaan Malaysia, dan Dr.Hasan Langgulung di Fakulti Pendidikan (UKM) yang kemudian melanjutkan khidmatnya di Universiti Islam Antarabangsa (Gombak). Bagaimanapun kertas ini hanya akan menumpukan sorotannya pada tiga orang tokoh yang telah memberikan sumbangan istimewa iaitu Muhamad Natsir, Hamka dan Dr. Ir. Imaduddin Abdul Rahim.
Muhamad Natsir
Muhamad Natsir memang tidak dikenal luas di kalangan massa umat, tetapi sangat dikenal dan dihormati di kalangan para aktivis gerakan Islam, juga di kalangan pimpinan politik Islam. Yang jelas beliau termasuk tokoh penyumbang kepada fenomena kebangkitan Islam di Malaysia yang menyemarak pada tahun-tahun 1970'an. Ungkapan the rising tide of Islamyang popular ketika itu sangat terkait dengan Natsir. Hubungan akrabnya dengan Anwar Ibrahim, pimpinan utama gerakan kepemudaan era tersebut, mendekatkan Natsir dengan warga ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia), wadah yang mempelopori kebangkitan Islam di Malaysia.
Teras aktiviti atau jawhar al-`amal gerakan Islam, khususnya ABIM tidak lain adalah dakwah, di samping pendidikan. Dakwah adalah amanah yang harus dilaksanakan menepati pesan dakwah bi 'l-hikmah dan dakwah `ala basirah. Semangat untuk berdakwah memang tinggi, tetapi cara, kaedah dan uslubnya belum dikuasai. Dalam konteks situasi dan kondisi seperti itulah buku Fiqh al-Da`wah Muhamad Natsir itu sangat membantu. Ketika itu hanya itulah satu-satunya buku berbahasa Melayu tentang ilmu dakwah. Atas pertimbangan keperluan buku tersebut diterbitkan semula di Malaysia dalam versi bertulisan jawi.
Gerakan Islam pada tahap awalnya berhadapan dengan realiti Islam yang telah direduksi menjadi sekadar ritual peribadi tanpa kaitan apa pun dengan urusan kehidupan yang lebih luas. Antara misi besar kaum da`i ialah untuk mengangkat semula Islam dalam bentuknya yang sempurna, taqdim al-Islam bisuratihi al-kamilah. Dalam rangka mengembalikanshumuliyyat al-Islam itulah tesebarnya ungkapan al-Islam din wa dawlah (Islam adalah agama dan negara). Dalam kaitan ini tulisan Natsir dalam Capita Selecta yang merakamkan polemiknya dengan Soekarno tentang isu agama dan negara telah turut memberikan pencerahan dan memberikan kekuatan argumentatif kepada para da`i.
Selain menjelaskan hakikat Islam, gerakan dakwah juga menghadapi tantangan faham-faham asing, terutama ideologi dan pemikiran Barat moden seperti sekularisme, demokrasi, nasionalisme dan lain-lainnya. Dalam menangani tantangan ini pemikiran Muhamad Natsir selalu menjadi rujukan dan panduan.
Para da`i muda Malaysia merasa mendapat bekalan modal pemikiran dari tulisan Natsir tentang demokrasi Islami yang diistilahkan sebagai theistic democracy atau demokrasi berTuhan itu. Demikian juga dalam menghadapi sekularisme kritikan Natsir terhadap faham tersebut dalam Capita Selecta sungguh bermanfaat dari segi mendalami kefahaman dan memperkuat argumentasi. Justeru, sekularisme adalah antara faham yang paling banyak merosak pemikiran dan cara hidup umat, dan Natsir adalah antara tokoh pemikir Islam yang terawal mendebat sekularisme secara ilmiah, sementara ABIM adalah gerakan Islam di Malaysia yang pertama menyerlahkan bahaya sekularisme sebagai faham yang secara diametrikal bertentangan dengan Islam dan akidah tauhidiknya.
Perjuangan dan eksperimen politik Natsir adalah suatu yang sangat inspiring. Terlepas dari soal sejauh mana keberhasilannya, kejayaan Natsir dan parti Masyuminya membentuk kabinet pada zaman seawal itu, yang jauh mendahului organisasi-organisasi Islam di seluruh rantau dunia lain adalah suatu yang membanggakan dan sekaligus menumbuhkan semangat percaya diri di kalangan pemuda-pemuda pergerakan di Malaysia. Meskipun ekperimen tersebut terjadi dalam masa yang relatif singkat, tetapi sesungguhnya ia sangat kaya dengan pengalaman, terutama pengalaman memperjuangkan aspirasi politik Islam dalam konteks pluraliti masyarakat dan demokrasi multiparti, merealisasikan idealisme perjuangan parti di samping harus mengakomodasi kepentingan pihak-pihak lain.
Natsir telah meninggalkan legasi amal Islami, perjuangan islahi, pemikiran tanwiri dan keteladanan misali. Pesan-pesan keramatnya, "ikan biar tertangkap, air jangan keruh", "yang mudah kita kerjakan sekarang, yang susah kita kerjakan nanti, yang mustahil kita kerjakan esok" adalah antara kata-kata pusakanya yang padat dengan wisdom kepemimpinan, dan ia akan abadi dalam ingatan para da`i generasi pelanjut perjuangannya di Malaysia.
Hamka
Hamka adalah ulama-sasterawan yang dikenal luas di Malaysia, kalangan massa dan penguasa, juga khalayak sastera. Hamka dikenali dan diminati ramai kerana novel-novelnya yang mengharukan dan ceramah-ceramahnya yang memukau. Tetapi yang lebih mengesankan adalah karya-karya ilmiahnya seperti tafsir al-Azhar, Sejarah umat Islam dan Tasawuf modennya. Bagi yang tidak dapat memahami kitab-kitab tafsir berbahasa Arab, tafsir al-Azhar selalu menjadi pilihan kerana keistimewaannya dari beberapa segi. Ia adalah tafsir berbahasa Melayu paling besar yang ditulis dengan gaya bahasa ceramah panjang. Selain itu al-Azhar juga mungkin satu-satunya tafsir yang dalam huraian-huraiannya paling banyak merujuk isu-isu lokal kemelayuan. Karyanya Sejarah Umat Islam pula adalah karya sejarah Islam yang paling lengkap liputannya. Ia memuatkan pemerian tentang sejarah Islam hampir di seluruh rantau dunia dari zaman ke zaman, termasuk perkembangan Islam di Alam Melayu. Tidak kurang pentingnya ialak karya tasawufnya, khususnya Tasawuf Moden, suatu usaha untuk memberikan jawapan islam terhadap masalah-masalah kerohanian manusia moden.
Hamka memang ilmuwan unik yang memberikan perhatian berat kepada pelbagai bidang ilmu yang sangat luas, termasuk khazanah kesusasteraan tradisional seperti karya agung Sejarah Melayu oleh Tun Sri Lanang. Tampaknya Hamka dapat menghargai karya yang oleh kebanyakan ulama dianggap tahyul melulu itu. Seperti yang dinyatakan oleh pengarangnya bahawa teks klasik tersebut mengandungi al-akhbar dan al-amthal (sejarah dan simbol). Di sinilah terserlahnya ketajaman Hamka yang dapat memilih dan memilah mana yang fakta dan mana yang simbol. Di sebalik simbol itulah tersiratnya mesej wisdom kepujanggaan bangsa. Dalam analisisnya tentang kejatuhan Melaka Hamka cuba menafsirkan simbol-simbol yang termuat dalam karya tersebut.
Hamka adalah tokoh Indonesia yang sangat dekat dengan umat di Malaysia. Sempena kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu (1957) beliau menulis buku Kenang-kenanganku di Malaya. Antara kandungan pentingnya ialah keprihatinannya terhadap bahasa Melayu. Memang Hamka adalah agamawan yang memiliki kepedulian yang sangat tinggi terhadap bahasa, khususnya bahasa Melayu. Antara sumbangannya dalam bidang kebahasaan termasuklah perjuangan memurnikan bahasa Melayu dari pencemaran kata-kata asing, dan mempertahankan bunyi-bunyi Melayu yang oleh sesetengah pihak dianggap kearaban.
Umat Malaysia memang mengenali Hamka. Seminar mengenai tokoh ini telah diadakan berkali-kali di pelbagai negeri Malaysia sehingga Pak Rushdi, putera Hamka yang sering hadir mewakili keluarga, pernah mengatakan bahawa beliau lebih banyak mengenal ayahnya di Malaysia berbanding di Indonesia. Mudah-mudahan anak-anak keturunan Minang di Malaysia tidak akan melupakan pesan Buya, "Orang Minang apabila tercabut dari Islam, akan hilang minangnya, yang tinggal hanya kabaunya".
Dr.Ir.Imaduddin Abdul Rahim
Imaduddin Abdul Rahim memiliki keunikan tersendiri. Beliaulah satu-satunya tokoh Indonesia yang mempunyai kader-kader yang ramai di Malaysia. Pada pertengahan tahun-tahun 70'an Ir. dari ITB itu dikirim ke Malaysia dengan tugas rasmi sebagai dosen di Institut Teknologi Kebangsaan (kemudian diangkat menjadi Universiti Teknologi Malaysia). Tetapi sebenarnya beliau dikirim dengan misi istimewa untuk membina kader dakwah. Kepiawaiannya dalam pembinaan kader memang diakui umum. Selama di Malaysia beliau banyak sekali mengadakan pelatihan kader dakwah yang dikenali dengan jenama Latihan Kader Dakwah (LKD) yang kemudian ditukar menjadi Latihan Mujahid Dakwah (LMD). Dalam waktu singkat ramai kalangan mahasiswa yang mengikuti pelatihan tersebut. Kesannya tentu sahaja sangat positif dari segi pengisian femomena kebangkitan Islam dengan kefahaman yang lebih mendalam dan komitmen perjuangan yang lebih kental terutama di kalangan mahasiswa.
Imaduddin banyak menggunakan terapi kejutan yang pada keseluruhannya cukup mengesankan. Bagaimanapun untuk satu ketika timbul juga kesan sampingannya apabila beliau mempromosikan fiqh kaum pembaharu yang sempat menghidupkan semula kontroversi lama "kaum tua-kaum muda". Tetapi hal itu masih dapat dikawal dalam kebijaksaan dasar saling hormat dan saling memaaf ketika berbeza pendapat yang menjadi amalan gerakan Islam khususnya ABIM. Setelah perkhidmatannya di ITK tamat Imaduddin pulang ke Bandung, tetapi dari semasa ke semasa beliau kerap datang ke Malaysia memenuhi undangan pelbagai institusi dan organisasi untuk mengadakan pelatihan dakwah.
Umum mengenali Imaduddin sebagai seorang yang berwatak keras, dan cara berfikirnya seringkali terkesan rasionalis. Citra sedemikian tentu sahaja ada pro-kontranya. Watak dan orientasi pemikiran sedemikian itu tidak pula bererti beliau seorang yang tertutup dan tidak mahu mendengar saran. Justeru sikap rasionalnya menjadikannya bersedia mendengar hujah. Segalanya bergantung kepada kemampuan meyakinkannya dengan hujah yang kuat. Tampaknya latar pendidikan sains-teknik menyebabkan Imad kurang pendedahan kepada bidang-bidang ilmu kemanusiaan dan kemasyarakatan seperti sejarah, kebudayaan, kebahasaan dan kesusasteraan. Kerana itu beliau tidak dapat menghargainya secara saksama. Untungnya, keadaan itu tidak berlarut lama. Ada seseorang yang telah membangkitkan minat beliau terhadap bidang-bidang tersebut. Sejak itu beliau sangat menghargai hakikat betapa kuatnya pengakaran budaya dan bahasa Melayu pada ajaran Islam. Sejak itu juga beliau memasukkan diskusi tentang peranan Islam dalam sejarah dan kebudayaan Melayu ke dalam komponen materi pelatihannya.
Khatimah
Demikianlah jaringan amal Islami pada masa lalu telah membentuk satu umat, membangun sebuah tamadun dan menjayakan suatu kebangkitan keagamaan, the rising tide of Islam. Generasi lalu telah berbuat sesuai dengan keperluan dan kemampuan. Kita pula bagaimana?
Kajang: 14 Syawal 1431H / 24 September 2010.
Hamba Allah5:30 PM0 comments
Subscribe to: Posts (Atom)
Thursday, October 14, 2010
JARINGAN AMAL ISLAMI DI ALAM MELAYU: MENELUSURI JEJAK PENGARUH DA`I INDONESIA DI MALAYSIA
Siddiq Fadzil
Presiden
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
(Kertas Kerja di bentangkan di Seminar Pra Silaturrahim Nasional (Silatnas) Dewan Da'wah Islamiyyah Indonesia (DDII) pada 25 September 2010 di Jakarta)
Mukadimah
Meskipun telah terbelah-belah dari segi geo-politiknya, Alam Melayu masih dilihat sebagai sebuah zon kebudayaan Islam dengan ciri-ciri khas yang membezakannya daripada kebudayaan Islam daerah-daerah Dunia Islam lain seperti zon kebudayaan Islam Arab, Indo-Pakistan, Afrika dan lain-lain. Kebudayaan kita adalah kebudayaan kepulauan yang menyerlahkan ciri kepelbagaian dan keberagaman, tetapi tetap berkongsi ciri-ciri khas kesamaan dan keseragaman. Demikianlah hakikatnya, ada diversity kepulauannya, dan ada pula unity keislaman-kemelayuannya.
Jejak Para Perintis
Kesatuan tersebut adalah suatu yang sangat bererti, sehingga pada suatu ketika ia pernah merangsang gagasan politik kesatuan seperti Melayu Raya (Ibrahim Yakob dan Dr.Burhanuddin al-Helmi -- Malaysia) dan Indonesia Raya (Muhamad Yamin - Indonesia). Kesatuan budaya tersebut adalah hasil Islamisasi, suatu proses transformatif yang memesat di rantau ini dari abad 13-16M. Seawal era tersebut telah wujud jaringan amal Islami serantau yang melibatkan pusat-pusat pengembangan Islam seperti Pasai, Melaka, Aceh dan lain-lain yang bererti juga wujudnya jaringan di kalangan para penguasa Islam dan ulama-ulamanya. Di samping pemerataan dakwah, jaringan tersebut telah menghasilkan kesatuan kesatuan tradisi keintelektualan Melayu.
Kitab-kitab karangan ulama Melayu yang dikenali dengan sebutan kitab jawi tersebar luas merentasi persempadanan geografis, suku kaum dan dialek bahasa. Dengan menggunakan bahasa Melayu (kekitaban) dalam penulisan mereka, para ulama tersebut telah membina bahasa kesatuan yang kaya dan dapat berfungsi dengan berkesan sebagai bahasa komunikasi dan bahasa tamadun tinggi. Ternyata yang tersebar bukan hanya karya, malah para ulama itu sendiri juga menyebar. Gelar-gelar penisbahan kepada nama tempat asal tidak membatasi daerah mereka berkiprah. Dalam kaitan ini kiranya wajar dicatat bahawa al-Falimbani tidak hanya giat di tanah kelahirannya, tetapi telah ikut berjihad dan gugur syahid mempertahankan kedaulatan Kedah Dar al-Aman dari pencerobohan Siam.
Laut selat Melaka bukan pemisah Sumatera dengan Semenanjung Tanah Melayu. Ramai tokoh yang berulang-alik lalu menjadi milik bersama dua daerah Melayu tersebut. Syeikh Tahir Jalaluddin (Minangkabau) dan Syeikh Junid Tola (Mandailing) adalah contoh ulama milik bersama Malaysia-Indonesia. Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu memang berseberangan lokasi, tetapi tetap berkongsi budaya dan tradisi.
Pada satu ketika, selain Asia Barat, Indonesia menjadi pilihan anak-anak Malaysia untuk melanjutkan pengajian agama. Ada yang ke universitas, ada yang ke pondok/pesantren, dan ada juga yang ke madrasah seperti Diniah Puteri, Padang Panjang yang pernah melahirkan beberapa orang tokoh wanita dalam politik Malaysia. Sementara itu pada pertengahan abad ke-20 terdapat sejumlah insitusi pengajian pondok replika pesantren Jawa di daerah-daerah penempatan masyarakat (asal) Jawa di bahagian selatan pantai barat Semenanjung Tanah Melayu seperti Johor, Selangor dan Perak.
Partisipasi tokoh-tokoh da`i/agamawan Indonesia dalam amal dakwah dan pendidikan terus berlanjut hingga ke era kontemporer. Ketika Malaysia mula meningkatkan sistem pengajian Islamnya ke tahap universiti sejumlah cendekiawan Indonesia turut menyumbang sebagai tenaga akademik. Mereka termasuklah O.K.Rahmat di Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (Nilam Puri) yang kemudian menyambung khidmatnya di Universiti Sains Malaysia (Pulau Pinang), Mukhtar Lintang dan Sidi Gazalba di Fakulti Pengajian Islam Universiti kebangsaan Malaysia, dan Dr.Hasan Langgulung di Fakulti Pendidikan (UKM) yang kemudian melanjutkan khidmatnya di Universiti Islam Antarabangsa (Gombak). Bagaimanapun kertas ini hanya akan menumpukan sorotannya pada tiga orang tokoh yang telah memberikan sumbangan istimewa iaitu Muhamad Natsir, Hamka dan Dr. Ir. Imaduddin Abdul Rahim.
Muhamad Natsir
Muhamad Natsir memang tidak dikenal luas di kalangan massa umat, tetapi sangat dikenal dan dihormati di kalangan para aktivis gerakan Islam, juga di kalangan pimpinan politik Islam. Yang jelas beliau termasuk tokoh penyumbang kepada fenomena kebangkitan Islam di Malaysia yang menyemarak pada tahun-tahun 1970'an. Ungkapan the rising tide of Islamyang popular ketika itu sangat terkait dengan Natsir. Hubungan akrabnya dengan Anwar Ibrahim, pimpinan utama gerakan kepemudaan era tersebut, mendekatkan Natsir dengan warga ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia), wadah yang mempelopori kebangkitan Islam di Malaysia.
Teras aktiviti atau jawhar al-`amal gerakan Islam, khususnya ABIM tidak lain adalah dakwah, di samping pendidikan. Dakwah adalah amanah yang harus dilaksanakan menepati pesan dakwah bi 'l-hikmah dan dakwah `ala basirah. Semangat untuk berdakwah memang tinggi, tetapi cara, kaedah dan uslubnya belum dikuasai. Dalam konteks situasi dan kondisi seperti itulah buku Fiqh al-Da`wah Muhamad Natsir itu sangat membantu. Ketika itu hanya itulah satu-satunya buku berbahasa Melayu tentang ilmu dakwah. Atas pertimbangan keperluan buku tersebut diterbitkan semula di Malaysia dalam versi bertulisan jawi.
Gerakan Islam pada tahap awalnya berhadapan dengan realiti Islam yang telah direduksi menjadi sekadar ritual peribadi tanpa kaitan apa pun dengan urusan kehidupan yang lebih luas. Antara misi besar kaum da`i ialah untuk mengangkat semula Islam dalam bentuknya yang sempurna, taqdim al-Islam bisuratihi al-kamilah. Dalam rangka mengembalikanshumuliyyat al-Islam itulah tesebarnya ungkapan al-Islam din wa dawlah (Islam adalah agama dan negara). Dalam kaitan ini tulisan Natsir dalam Capita Selecta yang merakamkan polemiknya dengan Soekarno tentang isu agama dan negara telah turut memberikan pencerahan dan memberikan kekuatan argumentatif kepada para da`i.
Selain menjelaskan hakikat Islam, gerakan dakwah juga menghadapi tantangan faham-faham asing, terutama ideologi dan pemikiran Barat moden seperti sekularisme, demokrasi, nasionalisme dan lain-lainnya. Dalam menangani tantangan ini pemikiran Muhamad Natsir selalu menjadi rujukan dan panduan.
Para da`i muda Malaysia merasa mendapat bekalan modal pemikiran dari tulisan Natsir tentang demokrasi Islami yang diistilahkan sebagai theistic democracy atau demokrasi berTuhan itu. Demikian juga dalam menghadapi sekularisme kritikan Natsir terhadap faham tersebut dalam Capita Selecta sungguh bermanfaat dari segi mendalami kefahaman dan memperkuat argumentasi. Justeru, sekularisme adalah antara faham yang paling banyak merosak pemikiran dan cara hidup umat, dan Natsir adalah antara tokoh pemikir Islam yang terawal mendebat sekularisme secara ilmiah, sementara ABIM adalah gerakan Islam di Malaysia yang pertama menyerlahkan bahaya sekularisme sebagai faham yang secara diametrikal bertentangan dengan Islam dan akidah tauhidiknya.
Perjuangan dan eksperimen politik Natsir adalah suatu yang sangat inspiring. Terlepas dari soal sejauh mana keberhasilannya, kejayaan Natsir dan parti Masyuminya membentuk kabinet pada zaman seawal itu, yang jauh mendahului organisasi-organisasi Islam di seluruh rantau dunia lain adalah suatu yang membanggakan dan sekaligus menumbuhkan semangat percaya diri di kalangan pemuda-pemuda pergerakan di Malaysia. Meskipun ekperimen tersebut terjadi dalam masa yang relatif singkat, tetapi sesungguhnya ia sangat kaya dengan pengalaman, terutama pengalaman memperjuangkan aspirasi politik Islam dalam konteks pluraliti masyarakat dan demokrasi multiparti, merealisasikan idealisme perjuangan parti di samping harus mengakomodasi kepentingan pihak-pihak lain.
Natsir telah meninggalkan legasi amal Islami, perjuangan islahi, pemikiran tanwiri dan keteladanan misali. Pesan-pesan keramatnya, "ikan biar tertangkap, air jangan keruh", "yang mudah kita kerjakan sekarang, yang susah kita kerjakan nanti, yang mustahil kita kerjakan esok" adalah antara kata-kata pusakanya yang padat dengan wisdom kepemimpinan, dan ia akan abadi dalam ingatan para da`i generasi pelanjut perjuangannya di Malaysia.
Hamka
Hamka adalah ulama-sasterawan yang dikenal luas di Malaysia, kalangan massa dan penguasa, juga khalayak sastera. Hamka dikenali dan diminati ramai kerana novel-novelnya yang mengharukan dan ceramah-ceramahnya yang memukau. Tetapi yang lebih mengesankan adalah karya-karya ilmiahnya seperti tafsir al-Azhar, Sejarah umat Islam dan Tasawuf modennya. Bagi yang tidak dapat memahami kitab-kitab tafsir berbahasa Arab, tafsir al-Azhar selalu menjadi pilihan kerana keistimewaannya dari beberapa segi. Ia adalah tafsir berbahasa Melayu paling besar yang ditulis dengan gaya bahasa ceramah panjang. Selain itu al-Azhar juga mungkin satu-satunya tafsir yang dalam huraian-huraiannya paling banyak merujuk isu-isu lokal kemelayuan. Karyanya Sejarah Umat Islam pula adalah karya sejarah Islam yang paling lengkap liputannya. Ia memuatkan pemerian tentang sejarah Islam hampir di seluruh rantau dunia dari zaman ke zaman, termasuk perkembangan Islam di Alam Melayu. Tidak kurang pentingnya ialak karya tasawufnya, khususnya Tasawuf Moden, suatu usaha untuk memberikan jawapan islam terhadap masalah-masalah kerohanian manusia moden.
Hamka memang ilmuwan unik yang memberikan perhatian berat kepada pelbagai bidang ilmu yang sangat luas, termasuk khazanah kesusasteraan tradisional seperti karya agung Sejarah Melayu oleh Tun Sri Lanang. Tampaknya Hamka dapat menghargai karya yang oleh kebanyakan ulama dianggap tahyul melulu itu. Seperti yang dinyatakan oleh pengarangnya bahawa teks klasik tersebut mengandungi al-akhbar dan al-amthal (sejarah dan simbol). Di sinilah terserlahnya ketajaman Hamka yang dapat memilih dan memilah mana yang fakta dan mana yang simbol. Di sebalik simbol itulah tersiratnya mesej wisdom kepujanggaan bangsa. Dalam analisisnya tentang kejatuhan Melaka Hamka cuba menafsirkan simbol-simbol yang termuat dalam karya tersebut.
Hamka adalah tokoh Indonesia yang sangat dekat dengan umat di Malaysia. Sempena kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu (1957) beliau menulis buku Kenang-kenanganku di Malaya. Antara kandungan pentingnya ialah keprihatinannya terhadap bahasa Melayu. Memang Hamka adalah agamawan yang memiliki kepedulian yang sangat tinggi terhadap bahasa, khususnya bahasa Melayu. Antara sumbangannya dalam bidang kebahasaan termasuklah perjuangan memurnikan bahasa Melayu dari pencemaran kata-kata asing, dan mempertahankan bunyi-bunyi Melayu yang oleh sesetengah pihak dianggap kearaban.
Umat Malaysia memang mengenali Hamka. Seminar mengenai tokoh ini telah diadakan berkali-kali di pelbagai negeri Malaysia sehingga Pak Rushdi, putera Hamka yang sering hadir mewakili keluarga, pernah mengatakan bahawa beliau lebih banyak mengenal ayahnya di Malaysia berbanding di Indonesia. Mudah-mudahan anak-anak keturunan Minang di Malaysia tidak akan melupakan pesan Buya, "Orang Minang apabila tercabut dari Islam, akan hilang minangnya, yang tinggal hanya kabaunya".
Dr.Ir.Imaduddin Abdul Rahim
Imaduddin Abdul Rahim memiliki keunikan tersendiri. Beliaulah satu-satunya tokoh Indonesia yang mempunyai kader-kader yang ramai di Malaysia. Pada pertengahan tahun-tahun 70'an Ir. dari ITB itu dikirim ke Malaysia dengan tugas rasmi sebagai dosen di Institut Teknologi Kebangsaan (kemudian diangkat menjadi Universiti Teknologi Malaysia). Tetapi sebenarnya beliau dikirim dengan misi istimewa untuk membina kader dakwah. Kepiawaiannya dalam pembinaan kader memang diakui umum. Selama di Malaysia beliau banyak sekali mengadakan pelatihan kader dakwah yang dikenali dengan jenama Latihan Kader Dakwah (LKD) yang kemudian ditukar menjadi Latihan Mujahid Dakwah (LMD). Dalam waktu singkat ramai kalangan mahasiswa yang mengikuti pelatihan tersebut. Kesannya tentu sahaja sangat positif dari segi pengisian femomena kebangkitan Islam dengan kefahaman yang lebih mendalam dan komitmen perjuangan yang lebih kental terutama di kalangan mahasiswa.
Imaduddin banyak menggunakan terapi kejutan yang pada keseluruhannya cukup mengesankan. Bagaimanapun untuk satu ketika timbul juga kesan sampingannya apabila beliau mempromosikan fiqh kaum pembaharu yang sempat menghidupkan semula kontroversi lama "kaum tua-kaum muda". Tetapi hal itu masih dapat dikawal dalam kebijaksaan dasar saling hormat dan saling memaaf ketika berbeza pendapat yang menjadi amalan gerakan Islam khususnya ABIM. Setelah perkhidmatannya di ITK tamat Imaduddin pulang ke Bandung, tetapi dari semasa ke semasa beliau kerap datang ke Malaysia memenuhi undangan pelbagai institusi dan organisasi untuk mengadakan pelatihan dakwah.
Umum mengenali Imaduddin sebagai seorang yang berwatak keras, dan cara berfikirnya seringkali terkesan rasionalis. Citra sedemikian tentu sahaja ada pro-kontranya. Watak dan orientasi pemikiran sedemikian itu tidak pula bererti beliau seorang yang tertutup dan tidak mahu mendengar saran. Justeru sikap rasionalnya menjadikannya bersedia mendengar hujah. Segalanya bergantung kepada kemampuan meyakinkannya dengan hujah yang kuat. Tampaknya latar pendidikan sains-teknik menyebabkan Imad kurang pendedahan kepada bidang-bidang ilmu kemanusiaan dan kemasyarakatan seperti sejarah, kebudayaan, kebahasaan dan kesusasteraan. Kerana itu beliau tidak dapat menghargainya secara saksama. Untungnya, keadaan itu tidak berlarut lama. Ada seseorang yang telah membangkitkan minat beliau terhadap bidang-bidang tersebut. Sejak itu beliau sangat menghargai hakikat betapa kuatnya pengakaran budaya dan bahasa Melayu pada ajaran Islam. Sejak itu juga beliau memasukkan diskusi tentang peranan Islam dalam sejarah dan kebudayaan Melayu ke dalam komponen materi pelatihannya.
Khatimah
Demikianlah jaringan amal Islami pada masa lalu telah membentuk satu umat, membangun sebuah tamadun dan menjayakan suatu kebangkitan keagamaan, the rising tide of Islam. Generasi lalu telah berbuat sesuai dengan keperluan dan kemampuan. Kita pula bagaimana?
Kajang: 14 Syawal 1431H / 24 September 2010.
Hamba Allah5:30 PM0 comments
Subscribe to: Posts (Atom)
Friday, September 3, 2010
MUJAHADAH RAMADHAN: PENJANAAN DAYA JUANG
Oleh: Dato' Dr Siddiq Fadzil
Ramadhan dengan segala amal penghayatannya memberikan sejenis pengalaman rohaniah yang unik dan istimewa. Kita semacam dalam keasyikan menjalani pelbagai amal yang disebut ihya' Ramadhan, sehingga peralihan waktu dari hari ke hari terasa begitu cepat. Andainya Ramadhan itu suatu deraan, tentu perjalanan waktunya terasa lambat dan panjang. Mungkin itulah yang namanya kelazatan ibadah atau ladhdhatu 'l-`ibadah. Mudah-mudahan kita dapat menikmati tahap kelazatan yang setinggi-tingginya.
Selain itu, kita juga dapat merasakan bangkitnya motivasi dari pedalaman hati nurani untuk melakukan self-improvement, meningkatkan kualiti diri menerusi penghayatan nilai-nilai unggul yang terumus dalam istilah inklusif taqwa. Memang sudah selayaknya bulan ini disebut madrasatu Ramadan, persekolahan Ramadhan yang intensif, padat dan terfokus pada komponen-komponen utama pendidikan nabawi: tilawah, tazkiyah dan ta`lim (3T).لقد منّ الله على المؤمنين إذ بعث فيهم رسولا من أنفسهم يتلو عليهم آياته ويزكيهم ويعلّمهم الكتابوالحكمة وإن كانوا من قبل لفى ضلال مبين. - آل عمران:164
Hari-hari Ramadhan sedapat mungkin kita padati dengan amal yang meliputi tiga tonggak misi tarbawi tersebut: tilawah yang kita hayati dengan amal tadarrus,membaca ayat-ayat kitab suci Ilahi secara yang lebih serius dan intensif; tazkiyah yang kita hayatidengan amal pemurnian dan penyihatan hati serta peningkatan kewaspadaan batin demi menghindari hal-hal yang mencemarkan kejernihan hati yang sedang berpuasa; sementara ta`lim pula kita hayati dengan pelbagai kegiatan keilmuan -- ceramah, taklim, tazkirah dan yang sejenisnya.
3T adalah gabungan padu kekuatan transformatif (quwwah taghyiriyyah), pencetus perubahan mendasar yang ditandai perbezaan nyata antara sebelum dengan sesudahnya. Kata min qabl… (meskipun sebelumnya…) dalam ayat tersebut adalah kata yang kental dengan makna transformasi, radical departure, perubahan radikal kaum mukminin generasi nabawi - dari gelita kesesatan kepada benderang cahaya kebenaran. Memang al-Rasul s.`a.w. adalah model terunggul pemimpin transformatif yang melahirkan umat baru, umat yang memiliki segala ingredients untuk memimpin dan menyelamatkan dunia.
Umat baru tersebut adalah generasi pejuang yang setia bersama Nabi s.`a.w., responsif terhadap perintah Allah dan Rasul-Nya dalam keadaan bagaimana sekalipun, termasuk ketika menempuh kegawatan sa`at al-`usrah melawan gempuran musuh. Demikianlah kualiti para lulusan madrasatu Muhammad, persekolahan nabawi Pembina tough generation, generasi yang tangguh dan perkasa. Mereka bukan generasi yang dimanjakan dalam keadaan serba selesa, tetapi generasi yang dididik dengan mujahadah, hempas pulas perjuangan melawan hawa-nafsu. Falsafahnya mudah: jika mampu mengalahkan nafsu, akan mampu mengalahkan yang lain-lain; sebaliknya jika gagal melawan nafsu, takkan berdaya menghadapi selainnya.
Mereka tidak hanya berjihad dalam erti tampil di medan tempur, lalu pulang setelah musuh dapat dikalahkan. Memang jihad juga memerlukan pembinaan watak pejuang dan fighting spirit yang tinggi. Tetapi mujahadah adalah perjuangan dalaman yang berterusan, dilaksanakan sepanjang masa, diulang-ulangi tanpa henti. Demikianlah makna mujahadah, kata yang terbentuk mengikut wazan mufa`alah. Memang kata tersebut mengandungi makna perulangan -- al-tikrar marratan ba`da ukhra. Justeru, musuh di medan tempur tidak akan bangkit setelah terpenggal kepalanya, tetapi lain halnya dengan musuh yang bernama hawa nafsu, sekali tumbang tidak bererti segalanya sudah berakhir. Biar berapa kali tumbang, ia tetap bangkit kembali.
Ternyata mujahadah adalah antara muatan madrasatu Ramadan yang paling kental. Bukankah sepanjang bulan ini urusan besar kita adalah melawan? Melawan nafsu, dan melawan kebiasaan. Kerana perlawanan itulah segalanya jadi berubah -- ibadat, makan, tidur, kerja harian, watak dan perilaku, segalanya berubah sesuai dengan semangat Ramadhan. Dan ternyata kita sebenarnya mampu berubah, tetapi bukan berubah sekadar untuk berubah. Berubah dalam konteks mujahadah adalah untuk menjadi al-mu'min al-qawiy (mukmin yang kuat), tough generation yang daya juangnya tak terkalahkan.
Mujahadah adalah salah satu teras pendidikan nabawi yang terbukti telah melahirkan generasi tangguh yang sanggup melawan ribut, berani menentang badai. Mereka adalah generasi yang telah menyebatikan mujahadah menjadi cara hidup hingga mendarah-daging, bergerak bersama denyut nadi, bergetar bersama degup jantung. Pendidikan mujahadah telah melahirkan pahlawan segagah `Ali (k.w.), pemuda berusia 20 tahun yang menyanggupi tugas mempertaruhkan nyawa menempati kamar bahaya (tempat tidur al-Rasul s.`a.w.) dalam peristiwa Hijrah.
Bukan beliau tidak tahu risiko menempati kamar yang menjadi sasaran mata liar kumpulan teroris Quraysh, tetapi tetap disanggupinya dengan rela kerana pendidikan mujahadah telah melumpuhkan nafsu mementingkan diri dan keinginan bersenang-senang. Orang yang dikuasai nafsu takkan sanggup mengambil risiko seberat itu. Nafsulah yang sebenarnya menyebabkan seseorang menjadi pengecut. `Ali (k.w.) tidak takut kerana beliau adalah pahlawan yang terbina dalam pendidikan mujahadah. Pada suatu ketika beliau ditanya bagaimana perasaannya pada malam bahaya tersebut, katanya, "Itulah malam paling damai pernah kurasakan sepanjang hayatku".
Pendidikan mujahadah juga telah menampilkan wanita pejuang sehebat Asma' bint Abi Bakr (r.`a.). Dalam peristiwa Hijrah beliau diberi tugas menghantar bekalan makanan ke Gua Thawr, tempat persembunyian al-Rasul (s.`a.w.) dan pendamping setianya Abu Bakr al-Siddiq (r.`a.). Tugas ini juga tidak kurang berat dan bahayanya, mengingat bahawa selama tempoh persembunyian tersebut pihak Quraysh menjalankan operasi besar-besaran memburu Junjungan (s.`a.w.).
Untuk melaksanakan tugas tersebut Asma', wanita muda berusia 23 tahun yang sedang sarat mengandung (7 bulan) itu harus berjalan kaki setiap hari sejauh sekitar 5 kilometer, terdedah kepada risiko tertangkap di tengah maraknya operasi jahat Quraysh. Dari mana datangnya kekuatan dan keberanian luar biasa wanita muda tersebut melaksanakan tugas berat dan berbahaya seperti itu? Dari mana lagi kalau bukan dari pendidikan mujahadah, melawan nafsu mementingkan diri, mengenyah keinginan hidup bersenang-senang. Justeru, pendidikan mujahadah telah menjadikan Asma' bint Abi Bakr (r.`a.) seorang tough lady dengan keluarbiasaan yang mencengangkan orang sepanjang sejarah.
Sesungguhnya pendidikan mujahadah telah menciptakan umat dan tamadun yang religious, bersih dan berintegriti moral yang tinggi. Demikianlah hakikatnya sebagaimana yang kita saksikan pada catatan sejarah umat generasi seratus tahun pertama (dari bi`thah hingga ke pertengahan era Umawi). Sepanjang tempoh tersebut hukum hudud zina hanya dilaksanakan sebanyak enam kali, walhal pada tahun-tahun menjelang pengutusan al-Rasul s.`a.w. kota Makkah merupakan sarang budaya maksiat.
Di sana-sini berkibar bendera merah, yang menandakan bahawa di situ tersedia pelayanan seksual bagi yang menginginkannya. Sementara itu hukum hudud ke atas pencuri hanya dilaksanakan sebanyak empat kali sepanjang tempoh seratus tahun tersebut, walhal jenayah rompak-samun memang berleluasa dalam masyarakat Arab pra-Islam. Masyarakat yang mengamalkan cara hidup mujahadah adalah masyarakat yang beradab, damai dan santun.Diriwayatkan bahawa setelah dua tahun menduduki jawatan Hakim, `Umar ibn al-Khattab menemui Khalifah Abu Bakr (r.`a.) memohon untuk mengundurkan diri kerana sepanjang tempoh tersebut tidak siapa pun datang mengadukan sebarang pertikaian.
Sempena Ramadhan bulan intensifikasi mujahadah wajar kita merenung isu ini secara serius, bagaimana mengembalikan mujahadah ke ranah pendidikan umat, dan mengembalikan mujahadah sebagai bahagian integral cara hidup kaum Muslimin. Sikap serius dalam isu ini akan membuka pelbagai jalan penyelesaian:
Wednesday, February 3, 2010
GERAKAN ISLAM: MENOLEH MASA LALU, MENYOROT MASA DEPAN
Dato’ Dr. Siddiq Fadzil
Presiden
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
Menoleh Masa Lalu
1961 PKPIM lahir dengan matlamat yang sangat sederhana iaitu untuk memperjuangkan “kepentingan pelajar-pelajar Islam”. Menjelang dekad 70’an PKPIM memasuki era kematangannya dengan memperlihatkan komitmen terhadap idealisme perjuangan “cita-cita Islamiah” dan “aspirasi nasional”. Hujung 60’an dan awal 70’an adalah era tumbuhnya kesedaran kemahasiswaan. Para aktivis PKPIM menyebut diri mereka sebagai “elemen yang sedar dari masyarakatnya” di samping sebagai the conscience of the majority. Kesedaran tersebutlah yang melatari pelbagai aksi kemahasiswaan termasuk demonstrasi tentang pelabagai isu semasa. Tetapi yang lebih penting adalah kegiatan-kegiatan yang beresensi pemikiran dan keilmuan seperti Kongres Kamajuan Islam di Malaysia, Seminar Peradaban Islam, Seminar Pendidikan di Malaysia, dan Kongres Universiti Islam.
1971 ABIM lahir sebagai wadah pelanjut perjuangan pasca kemahasiswaan. Kemunculan ABIM ternyata suatu yang cukup fenomenal. Justeru, ABIM adalah badan dakwah yang pertama berciri dan berjati diri sebagai gerakan Islam (harakah Islamiyah) dengan keanggotaan yang merakyat dan bersifat nasional dalam erti meratai seluruh negara. ABIM berjaya menempa sejarah kepeloporannya dalam merealisasikan fenomena the rising tide of Islam atau kebangkitan Islam di Malaysia kerana pelbagai faktor, termasuk:
Kekuatan wadah pesediaan (PKPIM)
Ketepatan waktu kemunculannya (sebagai wadah penyambut era kebangkitan Islam)
Karisma pemimpin utamanya
Kepimpinan jama`iy yang memadukan pelbagai latar pendidikan
Keupayaan memanfaatkan dinamika keislaman dan kepemudaan
Kekuatan fikrah (budaya ilmu)
Keberkesanan skema tarbiyah (ilmiah-rohaniah-harakiah).
Keberkesanan mekanisme dan kekuatan keorganisasian.
Keterbukaan dan toleransi terhadap kepelbagaian aliran mazhab dan pemikiran.
Komitmen yang tinggi terhadap misi perjuangan amar makruf nahi munkar.
Tidak benar mempersepsikan ABIM sebagai wadah pelarian penderita penyakit rendah diri pelajar-pelajar aliran Melayu yang gagal menguasai bahasa Inggeris. Perlu dicatat bahawa sebahagian yang tidak kecil daripada barisan pimpinan awal ABIM adalah mereka yang berlatar pendidikan Inggeris. Demikian juga tidak benarnya anggapan bahawa ABIM adalah jelmaan keresahan kaum Melayu yang berasa jati dirinya sedang terhakis. Dengan kata lain, fenomena keislaman yang dipromosikan oleh ABIM itu hanyalah suatu usaha pemantapan jati diri Melayu. Hakikatnya, fenomena keislaman di Malaysia adalah sebahagian daripada fenomena global al-sahwah al-Islamiayyah. Yang membentuk pemikiran para aktivis ABIM bukan tokoh-tokoh racist Melayu, tetapi karya tulis para pemikir dan pemimpin gerakan Islam seperti Hasan al-Banna, Sayyid Qutb, Muhammad Qutb, Maududiy, an-Nadwi, Fathi Yakan, Sa’id Hawwa, Muhammad Natsir, Malik Bennabi, Isma’il R.al-Faruqi dan lain-lain lagi. Dari kalangan ilmuwan-pemikir tempatan yang turut berperanan membentuk pemikiran para aktivis tersebut termasuklah Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas. Beliau sangat berjasa dalam konteks pengukuhan idea Islamisasi dan dewesternisasi. Kritiknya terhadap Barat, tamadun dan kesarjanaannya, telah meruntuhkan hegemoni pemikiran Barat di kalangan generasi muda terpelajar. Penyerlahannya terhadap peranan besar Islam dalam sejarah dan kebudayaan Melayu memberikan cultural confidence dalam perjuangan pendaulatan Islam dan tamadunnya di Malaysia. Selain beliau, Prof. Syed Husein Alatas adalah public intellectual yang turut memberikan sumbangan besar dalam membangkitkan kepedulian sosial dan pemikiran kritis. Kritiknya terhadap Dasar Ekonomi Baru dan idea kapitalistik buku Revolusi Mental mendapat perhatian luas di kalangan pimpinan dan warga ABIM.
Dalam pembinaan tradisi keilmuannya ABIM bersikap terbuka, sedia memanfaatkan ilmu dari siapa sahaja termasuk dari kalangan bukan Islam seperti Paulo Freire, pemikir dan pejuang pendidikan kaum tertindas dari Brazil. Bagaimanapun ABIM tidak pernah terikat dengan sesiapa. Dengan demikian khazanah keintelektualannya menjadi lebih kaya dan beragam. Kekayaan dan keragaman seperti itu memang sangat diperlukan untuk pengentalan mesej dan misi perjuangan membina masyarakar yang religious dan sekaligus rakyat yang cerdas dan berfikiran kritis. Latar keintelektualan sedemikian itulah juga yang membawa pencitraan ABIM bukan hanya sebuah badan dakwah dalam pengertian sempit, tetapi juga suatu kekuatan sosial dan agen perubahan yang tidak boleh diremehkan.
Menyorot Masa Depan
Demikianlah pengkisahan ringkas sebuah gerakan yang menjadi ikon dalam sejarah kebangkitan Islam di Malaysia. Kehadirannya selalu dikitari kontroversi, yang mendukung menyintainya sepenuh hati, yang menentang membencinya setengah mati. Kita adalah pewaris dan pelanjut sebuah gerakan besar. Yang kita warisi bukan cuma kebesarannya, tetapi juga beban memelihara kebesarannya dan mempertahankan kerelevanannya.
Apabila dikatakan bahawa quality means survival bererti kualiti kader gerakan adalah penentu kerelevanan dan survival. Kerana itu dalam keadaan bagaimana sekalipun, kualiti (khususnya kualiti kepimpinan jamaah) tidak seharusnya dikompromikan. Justeru, pemimpin adalah imej gerakan/jamaah keseluruhannya. Kerana itu kepimpinan Jamaah harus memiliki sejumlah kriteria keunggulan terutama keperibadian yang inspiring, integriti moral dan ketaatan beragama, kompetensi keilmuan yang tinggi, kemampuan mengartikulasikan fikrah dan gagasan keislaman dengan petah, indah dan meyakinkan; juga ketrampilan berorganisasi termasuk kemampuan menjadi problem solver.
Kepimpinan gerakan ini harus kaya dengan idea dan gagasan. Peranan tradisi gerakan ini sebagai opinion leader perlu dipertahankan. Demikian juga dengan peranan kepeloporannya dalam menghasilkan gagasan-gagasan baru seperti konsep pembangunan, pendidikan bersepadu, Islam dan masyarakat majmuk dan lain-lain lagi. Dalam konteks hari ini seharusnya kita mampu memasyarakatkan gagasan-gagasan yang kemaskini seperti Islam dan pluraliti, pendidikan demokrasi, ekonomi kerakyatan, pendidikan liberatif dan seumpamanya. Gagasan-gagasan besar ini tidak hanya untuk diwacanakan sesama sendiri, tetapi harus diangkat menjadi wacana nasional dan seterusnya diarusperdanakan
Kehadiran kita selama ini bukan sekadar bak melukut di tepi gantang, tetapi sebagai suatu kekuatan, sebagai a formidable force. Kekuatan ini harus dipertahankan dan ditingkatkan. Justeru, ada ketikanya kita perlu berbicara dan bertindak dengan kekuatan. Hanya dengan memiliki kekuatan yang secukupnya kita dapat berperanan sebagai agen perubahan, sebagai kekuatan pengimbang, sebagai jambatan dan sebagai kekuatan penentu.
Kegiatan pendakwahan yang selama ini menjadi core business kita perlu ditinjau semula keintensifan dan keberkesanannya terutama dalam konteks krisis moral akibat keleluasaan budaya hiburan dan kegiatan maksiat. Dalam kaitan inilah timbulnya kewajaran melihat kemungkinan memanfaatkan keanggotaan gerakan ini dalam Majlis-Majlis Belia untuk meningkatkan gerakan mendidik dan membina generasi muda umat dengan budaya ilmu dan nilai-nilai keagamaan.
Memang banyak yang memerlukan tinjauan semula, termasuk institusi-institusi pendidikan yang telah kita bangunkan sebagai memenuhi tuntutan dakwah bi ‘l-hal dengan menawarkan alternatif keislaman atau al-bada’il al-Islamiyyah. Yang harus ditinjau semula adalah kerelevanannya dalam konteks masa kini, kualitinya sebagai program alternatif yang memakai label Islam. Institusi-institusi ini seharusnya berkembang kuantiti dan kualitinya, tidak membeku pada tahap eksperimental yang serba seadanya. Perlu diambil ingatan bahawa pihak-pihak lain telah juga telah mendirikan institusi-institusi yang hampir sama, yang kualitinya mungkin lebih baik.
Konsolidasi Dalaman
Keperluan semerta yang paling mendesak adalah konsolidasi dalaman, pemantapan dan pemapanan rangkaian jamaah yang telah kita bina dengan susah-payah. Untuk tujuan itu langkah-langkah yang perlu segera diambil harus meliputi:
Pengukuhan institusi syura.
Pemantapan amalan qiyadah jama`iyyah dan budaya amal jama`iy
Penegasan sikap menolak gejala pemecahan jama`ah (splinter group)
Pengemaskinian skema tarbiyah harakiyah jama`iyah dan pelestarian tradisi belajar bersama.
Penyegaran nilai-nilai luhur perjuangan: keikhlasan, persaudaraan, kasih-sayang dst.
MUZAKARAH QIYADAH 2
30 JANUARI 2010
sumber: wadah online
Hamba Allah4:58 PM0 comments
GERAKAN ISLAM: MENOLEH MASA LALU, MENYOROT MASA DEPAN
Dato’ Dr. Siddiq Fadzil
Presiden
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
Menoleh Masa Lalu
1961 PKPIM lahir dengan matlamat yang sangat sederhana iaitu untuk memperjuangkan “kepentingan pelajar-pelajar Islam”. Menjelang dekad 70’an PKPIM memasuki era kematangannya dengan memperlihatkan komitmen terhadap idealisme perjuangan “cita-cita Islamiah” dan “aspirasi nasional”. Hujung 60’an dan awal 70’an adalah era tumbuhnya kesedaran kemahasiswaan. Para aktivis PKPIM menyebut diri mereka sebagai “elemen yang sedar dari masyarakatnya” di samping sebagai the conscience of the majority. Kesedaran tersebutlah yang melatari pelbagai aksi kemahasiswaan termasuk demonstrasi tentang pelabagai isu semasa. Tetapi yang lebih penting adalah kegiatan-kegiatan yang beresensi pemikiran dan keilmuan seperti Kongres Kamajuan Islam di Malaysia, Seminar Peradaban Islam, Seminar Pendidikan di Malaysia, dan Kongres Universiti Islam.
1971 ABIM lahir sebagai wadah pelanjut perjuangan pasca kemahasiswaan. Kemunculan ABIM ternyata suatu yang cukup fenomenal. Justeru, ABIM adalah badan dakwah yang pertama berciri dan berjati diri sebagai gerakan Islam (harakah Islamiyah) dengan keanggotaan yang merakyat dan bersifat nasional dalam erti meratai seluruh negara. ABIM berjaya menempa sejarah kepeloporannya dalam merealisasikan fenomena the rising tide of Islam atau kebangkitan Islam di Malaysia kerana pelbagai faktor, termasuk:
Kekuatan wadah pesediaan (PKPIM)
Ketepatan waktu kemunculannya (sebagai wadah penyambut era kebangkitan Islam)
Karisma pemimpin utamanya
Kepimpinan jama`iy yang memadukan pelbagai latar pendidikan
Keupayaan memanfaatkan dinamika keislaman dan kepemudaan
Kekuatan fikrah (budaya ilmu)
Keberkesanan skema tarbiyah (ilmiah-rohaniah-harakiah).
Keberkesanan mekanisme dan kekuatan keorganisasian.
Keterbukaan dan toleransi terhadap kepelbagaian aliran mazhab dan pemikiran.
Komitmen yang tinggi terhadap misi perjuangan amar makruf nahi munkar.
Tidak benar mempersepsikan ABIM sebagai wadah pelarian penderita penyakit rendah diri pelajar-pelajar aliran Melayu yang gagal menguasai bahasa Inggeris. Perlu dicatat bahawa sebahagian yang tidak kecil daripada barisan pimpinan awal ABIM adalah mereka yang berlatar pendidikan Inggeris. Demikian juga tidak benarnya anggapan bahawa ABIM adalah jelmaan keresahan kaum Melayu yang berasa jati dirinya sedang terhakis. Dengan kata lain, fenomena keislaman yang dipromosikan oleh ABIM itu hanyalah suatu usaha pemantapan jati diri Melayu. Hakikatnya, fenomena keislaman di Malaysia adalah sebahagian daripada fenomena global al-sahwah al-Islamiayyah. Yang membentuk pemikiran para aktivis ABIM bukan tokoh-tokoh racist Melayu, tetapi karya tulis para pemikir dan pemimpin gerakan Islam seperti Hasan al-Banna, Sayyid Qutb, Muhammad Qutb, Maududiy, an-Nadwi, Fathi Yakan, Sa’id Hawwa, Muhammad Natsir, Malik Bennabi, Isma’il R.al-Faruqi dan lain-lain lagi. Dari kalangan ilmuwan-pemikir tempatan yang turut berperanan membentuk pemikiran para aktivis tersebut termasuklah Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas. Beliau sangat berjasa dalam konteks pengukuhan idea Islamisasi dan dewesternisasi. Kritiknya terhadap Barat, tamadun dan kesarjanaannya, telah meruntuhkan hegemoni pemikiran Barat di kalangan generasi muda terpelajar. Penyerlahannya terhadap peranan besar Islam dalam sejarah dan kebudayaan Melayu memberikan cultural confidence dalam perjuangan pendaulatan Islam dan tamadunnya di Malaysia. Selain beliau, Prof. Syed Husein Alatas adalah public intellectual yang turut memberikan sumbangan besar dalam membangkitkan kepedulian sosial dan pemikiran kritis. Kritiknya terhadap Dasar Ekonomi Baru dan idea kapitalistik buku Revolusi Mental mendapat perhatian luas di kalangan pimpinan dan warga ABIM.
Dalam pembinaan tradisi keilmuannya ABIM bersikap terbuka, sedia memanfaatkan ilmu dari siapa sahaja termasuk dari kalangan bukan Islam seperti Paulo Freire, pemikir dan pejuang pendidikan kaum tertindas dari Brazil. Bagaimanapun ABIM tidak pernah terikat dengan sesiapa. Dengan demikian khazanah keintelektualannya menjadi lebih kaya dan beragam. Kekayaan dan keragaman seperti itu memang sangat diperlukan untuk pengentalan mesej dan misi perjuangan membina masyarakar yang religious dan sekaligus rakyat yang cerdas dan berfikiran kritis. Latar keintelektualan sedemikian itulah juga yang membawa pencitraan ABIM bukan hanya sebuah badan dakwah dalam pengertian sempit, tetapi juga suatu kekuatan sosial dan agen perubahan yang tidak boleh diremehkan.
Menyorot Masa Depan
Demikianlah pengkisahan ringkas sebuah gerakan yang menjadi ikon dalam sejarah kebangkitan Islam di Malaysia. Kehadirannya selalu dikitari kontroversi, yang mendukung menyintainya sepenuh hati, yang menentang membencinya setengah mati. Kita adalah pewaris dan pelanjut sebuah gerakan besar. Yang kita warisi bukan cuma kebesarannya, tetapi juga beban memelihara kebesarannya dan mempertahankan kerelevanannya.
Apabila dikatakan bahawa quality means survival bererti kualiti kader gerakan adalah penentu kerelevanan dan survival. Kerana itu dalam keadaan bagaimana sekalipun, kualiti (khususnya kualiti kepimpinan jamaah) tidak seharusnya dikompromikan. Justeru, pemimpin adalah imej gerakan/jamaah keseluruhannya. Kerana itu kepimpinan Jamaah harus memiliki sejumlah kriteria keunggulan terutama keperibadian yang inspiring, integriti moral dan ketaatan beragama, kompetensi keilmuan yang tinggi, kemampuan mengartikulasikan fikrah dan gagasan keislaman dengan petah, indah dan meyakinkan; juga ketrampilan berorganisasi termasuk kemampuan menjadi problem solver.
Kepimpinan gerakan ini harus kaya dengan idea dan gagasan. Peranan tradisi gerakan ini sebagai opinion leader perlu dipertahankan. Demikian juga dengan peranan kepeloporannya dalam menghasilkan gagasan-gagasan baru seperti konsep pembangunan, pendidikan bersepadu, Islam dan masyarakat majmuk dan lain-lain lagi. Dalam konteks hari ini seharusnya kita mampu memasyarakatkan gagasan-gagasan yang kemaskini seperti Islam dan pluraliti, pendidikan demokrasi, ekonomi kerakyatan, pendidikan liberatif dan seumpamanya. Gagasan-gagasan besar ini tidak hanya untuk diwacanakan sesama sendiri, tetapi harus diangkat menjadi wacana nasional dan seterusnya diarusperdanakan
Kehadiran kita selama ini bukan sekadar bak melukut di tepi gantang, tetapi sebagai suatu kekuatan, sebagai a formidable force. Kekuatan ini harus dipertahankan dan ditingkatkan. Justeru, ada ketikanya kita perlu berbicara dan bertindak dengan kekuatan. Hanya dengan memiliki kekuatan yang secukupnya kita dapat berperanan sebagai agen perubahan, sebagai kekuatan pengimbang, sebagai jambatan dan sebagai kekuatan penentu.
Kegiatan pendakwahan yang selama ini menjadi core business kita perlu ditinjau semula keintensifan dan keberkesanannya terutama dalam konteks krisis moral akibat keleluasaan budaya hiburan dan kegiatan maksiat. Dalam kaitan inilah timbulnya kewajaran melihat kemungkinan memanfaatkan keanggotaan gerakan ini dalam Majlis-Majlis Belia untuk meningkatkan gerakan mendidik dan membina generasi muda umat dengan budaya ilmu dan nilai-nilai keagamaan.
Memang banyak yang memerlukan tinjauan semula, termasuk institusi-institusi pendidikan yang telah kita bangunkan sebagai memenuhi tuntutan dakwah bi ‘l-hal dengan menawarkan alternatif keislaman atau al-bada’il al-Islamiyyah. Yang harus ditinjau semula adalah kerelevanannya dalam konteks masa kini, kualitinya sebagai program alternatif yang memakai label Islam. Institusi-institusi ini seharusnya berkembang kuantiti dan kualitinya, tidak membeku pada tahap eksperimental yang serba seadanya. Perlu diambil ingatan bahawa pihak-pihak lain telah juga telah mendirikan institusi-institusi yang hampir sama, yang kualitinya mungkin lebih baik.
Konsolidasi Dalaman
Keperluan semerta yang paling mendesak adalah konsolidasi dalaman, pemantapan dan pemapanan rangkaian jamaah yang telah kita bina dengan susah-payah. Untuk tujuan itu langkah-langkah yang perlu segera diambil harus meliputi:
Pengukuhan institusi syura.
Pemantapan amalan qiyadah jama`iyyah dan budaya amal jama`iy
Penegasan sikap menolak gejala pemecahan jama`ah (splinter group)
Pengemaskinian skema tarbiyah harakiyah jama`iyah dan pelestarian tradisi belajar bersama.
Penyegaran nilai-nilai luhur perjuangan: keikhlasan, persaudaraan, kasih-sayang dst.
Friday, January 8, 2010
Isu Kalimah Allah - Dr. Siddiq Fadzil
Khamis, Januari 7
KONTROVERSI PEMAKAIAN KALIMAT ALLAH:
SUATU PERNYATAAN KEPRIHATINAN
Dato’ Dr. Siddiq Fadzil
Presiden
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
Selama berabad-abad negara Malaysia (dan sebelumnya Tanah Melayu) yang terbentuk daripada gabungan Negeri-Negeri Melayu (Malay States) ini dirujuk sebagai model negara berbilang kaum dan agama yang rukun, harmonis dan penuh tolerasi. Kejayaan mencipta kerukunan hidup antara agama adalah suatu prestasi ketamadunan dan kemanusiaan yang tidak ternilai. Faktor kunci kejayaan ini tidak lain adalah sikap ramah bangsa Melayu-Muslim yang menjadi golongan majoriti dan sekaligus “tuan rumah”. Keramahan luar biasa yang memang menjadi watak bangsa inilah yang memungkinkan penganut pelbagai agama (Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain) di negara ini menikmati kebebasan dan keselesaan mengamalkan agama masing-masing tanpa gangguan. Selama ini kerukunan hidup sedemikian itu dapat dipertahankan kerana adanya sikap menghargai keramahan (Melayu-Muslim) tersebut, di samping adanya rasa hormat terhadap kedudukan istimewa agama Islam sebagai agama Persekutuan, juga kerana adanya kesedaran terhadap realiti kesejarahan dan kebudayaan negara ini. Memang dalam sejarahnya Negeri-Negeri Melayu adalah bahagian daripada warga rumpun besar Dar al-Islam. Kesedaran tentang hakikat-hakikat inilah yang melatari keharmonian hubungan antara kaum dan agama selama ini. Justeru, kesedaran tersebutlah yang membentuk sikap saling memahami dan menghormati batas dan sempadan daerah keagamaan masing-masing. Kaum bukan Muslim umumnya cukup memahami daerah sensitiviti masyarakat Melayu-Muslim, dan demikian pula sebaliknya. Kerana itu hal-hal yang berkaitan dengan kedudukan Melayu dan Islam biasanya tidak diusik atau diganggu.
Ketegangan di sekitar isu pemakaian kalimat Allah ketika ini adalah akibat kegagalan menghayati tradisi menjaga sensitiviti umat Melayu-Islam. Mereka yang berkeras mahu menggunakan kalimat Allah dalam konteks agama Katolik bukan tidak tahu tentang keberatan umat Islam terhadap tuntutan mereka. Sikap tersebut tidak lain adalah gejala hilangnya kepedulian terhadap perasaan dan pendirian orang lain. Seharusnya mereka berusaha untuk cuba memahami keberatan umat Melayu-Muslim terhadap pemakaian nama Allah dalam konteks agama selain Islam.
Bagi umat Islam Allah adalah di atas segala-gala. Demikianlah hakikatnya, Allah selamanya merupakan ultimate concern bagi kaum Muslimin. Syahadat pertama keislaman mereka adalah kesaksian tentang hakikat ketiadaan tuhan selain Allah (Yang Maha Esa). Hanya Dia yang bernama Allah, nama yang dipilih sendiri oleh Allah khusus untuk diri-Nya, tidak siapa pun boleh memakainya selain Allah sendiri. Ia adalah al-Ism al-A`zam, Nama Agung bagi Dhat yang wajib al-wujud. Ia adalah nama yang merujuk Dhat yang meliputi seluruh sifat ketuhanan. Sebagai nama khusus-Nya, ia berbeza daripada nama-nama-Nya yang lain seperti al-Qadir, al-`Alim, al-Rahim yang boleh dipakai oleh yang lain-lain. Kerana kekhususannya itu jugalah nama-nama-Nya yang lain itu dinisbahkan kepada nama Allah lalu disebut asma’u ‘Llah (nama-nama Allah). Al-Sabur, al-Shakur, al-Qadir misalnya disebut sebagai nama-nama Allah, tetapi tidak boleh disebut sebaliknya, Allah adalah nama al-Shakur atau al-Sabur. Demikianlah hakikat kalimat Allah sebagai nama khas (`alam) yang tidak dipakai untuk selain-Nya.
Allah bukan nama am yang siapa sahaja boleh memakainya, dan bukan juga kata umum tanpa makna dan definisi tertentu sehingga siapa sahaja boleh memaknainya. Andainya kalimat Allah dimaknai lain daripada makna dan definisi hakikinya, jelas akan menimbulkan kekacauan semantik yang serius. Bagi umat Melayu-Muslim sejak mula kalimat Allah sudah sedia terpadu dengan definisi yang mantap dan muktamad, definisi yang diungkapkan oleh Allah sendiri dalam surah al-Ikhlas, “Katakanlah: Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia.”. Penurunan surah tersebut dilatari peristiwa kedatangan sekumpulan orang Yahudi meminta Nabi s.`a.w. memberikan pemerian tentang Tuhannya. Kerana itu surah ini bermula dengan kata Qul (Katakan) yang kemudian diikuti dengan ayat-ayat yang mengandungi rumusan definisi tentang Allah. Ternyata Allah adalah nama yang menyebatikan makna tauhidik, nama yang menolak syirik, dan sekaligus nama yang menafikan faham trinity (Tidak beranak dan tidak diperanakkan). Kerana itu surah ini disebut juga dengan nama Suratu ‘t-Tawhid. Memang ia adalah surah yang merumuskan faham tauhid yang semurni dan semutlaknya. Ayat-ayat dalam surah ini juga dengan jelas mengungkapkan makna bahawa Allah adalah “...a Personality”, bukan sekadar suatu konsep falsafi yang abstrak.
Surah al-Ikhlas adalah antara sekian banyak surah dan ayat al-Qur’an yang membawa mesej conceptual correction terhadap pemakaian nama Allah di kalangan masyarakat pra-Islam termasuk sebahagian suku-suku Arab jahiliah dan kaum Nasrani. Mereka memakai nama Allah dalam konteks faham syirik, termasuk faham al-tathlith atau trinity. Ayat-ayat korektif tersebut rata-rata membawakan makna dan nada ketidakrelaan Allah terhadap pemakaian nama-Nya dalam konteks yang menyimpang daripada prinsip kemurnian dan kemutlakan tauhid. Demikianlah kalimat dan nama Allah yang difahami oleh umat Melayu-Muslim umumnya, lalu bagaimana mungkin mereka yang saban hari membaca dan menghayati surah al-Tawhid akan dengan senang merelakan Nama Suci dan Agung ini dipakai dalam konteks faham syirik.
Sikap berkeras mahu menggunakan juga kalimat Allah (sekalipun dengan mengguris perasaan sebahagian besar umat Melayu-Muslim) menimbulkan tanda tanya, ada apa sebenarnya? Selama ini, sejak ratusan tahun, tanpa memakai nama Allah, para penganut Katolitik telah dapat mengamalkan agama mereka dengan leluasa. Ajaran Katolik dapat difahami oleh para penganutnya, malah telah dikembangkan tanpa masalah. Lalu kenapa sekarang isu ini dibangkitkan dan diperjuangkan dengan cara yang begitu provokatif. Mereka bukan tidak tahu betapa sensitif dan eksplosifnya isu ini. Mereka juga bukan tidak tahu bahawa isu ini menyentuh jantung ajaran agama Islam.
Rasanya wajar sekali kita merenung kata-kata Gopal Raj Kumar yang kami petik di bawah ini:-
What Catholics appear to be seeking here is an extension to that form of racism that whatever non Malays and non Muslims wish to do in the name of religion has to be tolerated in the name of a half written constitution. Whilst at the same time arguing against everything that the Malays as a majority in a democracy do as wrong and racist.
Catholics must learn to reciprocate in kind to a people in whose country they have been treated with much reverence, dignity and respect over centuries. Malaysia although fundamentally a Muslim state has, advocated for and advanced Catholic (and other religious causes and purposes) without the let or hindrance of religious intolerance like that imposed on them by the Thais, Burmese, Philippines, Australians, Chinese and more recently the Swiss.
Much of the reason we are able to debate such issues and to read and write about it today it is often argued is the result of a good Catholic education. Wrong! It is equally the result of Malay Muslim generosity in allowing the propagation of the faith, its schools and other institutions to thrive and its tolerance of their values.
It is a pity that in return all that the Catholic church has to offer is an insult to the Malays and Malay Muslims in persuing such a worthless policy of provocation.
In a demonstration of its faith in its own credo of Good Christian Charity and goodwill, the Catholic Church ought to withdraw the ridiculous and provocative demand now legitimised by a flawed decision. It should demonstrate that it ought not to be allowed the sinister use of one Arabic word Allah which is clearly a thorn in the side of its Malay majority hosts.
The church may do so without any embarrassment to itself. On the contrary with one fell act of goodness and respect it would build a bridge of understanding likely to last forever as a monument to its credo, rather than for the blemishes in its record of insults, abuse, its betrayal to the colonials and the undermining of the cultural and religious sensitivities and heritage of Malaysia’s majority (http://takemon.wordpress.com/about/).
Isu ini seharusnya diselesaikan secepat dan sebijaksana mungkin. Semakin lama dipolemikkan, akan semakin panjang rentetan persoalannya. Sikap berkeras mahukan sesuatu yang jelas-jelas tidak dapat diberikan akan menimbulkan dugaan adanya agenda terselubung di balik tuntutan tersebut. Ia akan ditafsirkan sebagai strategi “lulus jarum, lulus kelindan”, selepas kalimat Allah akan banyak lagi istilah-istilah Islam yang dikatolikkan seperti kalimat syahadat, solat, zakat, haji dan lain-lain lagi. Isu ini akan memarakkan spekulasi bahawa ia adalah bahagian daripada agenda besar mendistorsikan Islam dengan memakai istilah-istilah Islam yang dirubah erti dan isinya. Masyarakat Islam akhirnya akan mengalami kekeliruan yang serius dan tidak lagi mengenal Islam yang murni. Lebih jauh lagi isu ini akan membangkitkan semula kenangan pedih masa lalu, zaman awal kedatangan penjajah Barat yang membawa agenda pengkristianan rakyat pribumi Melayu. Arkitek penjajahan Inggeris di rantau ini, S. Raffles tidak datang hanya untuk mengaut kekayaan, tetapi juga datang dengan misi dan cita-cita pengembangan Bible Society. Kegiatan menyebarkan agama Kristian di kalangan pribumi Melayu itu dilakukan atas nama “...cultivating the waste and barren soil of the native mind”. Usaha mengkristiankan orang Melayu telah dilakukan dengan bersungguh-sungguh, termasuk dengan menterjemahkan Bible ke dalam bahasa Melayu. Untuk itu mereka telah mendapatkan khidmat Abdullah Munsyi. Bagaimanapun orang Melayu berpegang kuat dengan Islam. Abdullah Munsyi yang terlibat dalam penterjemahan Bible mendapat gelar ejekan “Abdullah Paderi”.
Catatan tersebut seharusnya sudah menjadi "perkara masa lalu" yang sudah tidak relevan lagi dalam konteks semangat masa kini, era membina kesatuan dalam kepelbagaian. Provokasi-provokasi keagamaan seharusnya dihindari, dan tuntutan yang menjadi keberatan umat Melayu Islam ini harus dihentikan. Apa pun yang berlaku pada pemakaian kalimat Allah di luar Malaysia tidak semestinya relevan dengan masyarakat kita. Isu ini harus dilihat secara kontekstual. Realiti sejarah dan budaya Malaysia memang tidak memungkinkan pemakaian kalimat Allah di luar konteks keislaman. Fiqh kita mengambilkira " uruf ahl al-balad " (budaya warga setempat). Antara yang harus menjadi pertimbangan utama dalam isu ini ialah " mafsadah " atau kesan buruknya yang perlu dihindari.
Salah faham amalan gantung ayat al-Quran
Oleh - Nawawi Subandi
Sedar atau tidak apabila kita berjalan dan singgah di restoran-restoran atau kedai-kedai tertentu, akan melihat beberapa bentuk mushaf (lembaran) atau gambar-gambar ayat-ayat suci al-Quran digantung dengan pelbagai bentuk dan corak. Biasanya ia digantung pada dinding, sama ada bersebelahan atau di belakang kaunter bayaran. Amalan ini begitu popular di kebanyakan premis-premis perniagaan orang Melayu dan restoran-restoran mamak negara kita.
Ayat-ayat al-Quran yang menjadi pilihan seperti Surah ath-Thalaq dari ayat dua hingga ayat tiga, atau lebih dikenali “ayat seribu dinar”. Wallahualam, tidak diketahui dari mana nama tersebut diambil. Ada juga beberapa ayat al-Quran lain digunakan dari Surah al-Fatihah dan ayat al-Kursi. Tujuan menggantung ayat-ayat ini menurut mereka, antaranya bagi meraih hasil perniagaan yang baik (sebagai pelaris dan mengelakkan kerugian), sebagai penolak bala, dan juga perhiasan.
Terlebih dahulu, kita perlu faham al-Quran sebuah kitab diturunkan dengan penuh barakah dan petunjuk bagi mereka yang membaca, mempelajari, memahami, dan mengamalkannya. Allah SWT berfirman (maksudnya): “Ini adalah sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan barakah (kebaikan) supaya mereka memerhatikan (mentadabbur) ayat-ayatnya agar mendapat pelajaran bagi orang-orang yang berakal.” (Surah Shaad, 38: 29)
Pada ayat yang lain, Allah menyatakan al-Quran itu sebagai huda (petunjuk), al-furqon (pemberi peringatan), penjelas (mubin), busyro (berita gembira), rahmat, dan juga sebagai syifa (penyembuh bagi penyakit hati). (Rujuk: Syaikh Manna’ al-Qaththan, Mabaahis fii ‘Ulumul Qur’an, m/s. 17-21). Bukannya sebagai penangkal dan pelaris, mahupun sebagai barang-barang perhiasan.
Menjadikan ayat-ayat al-Quran sebagai penangkal, pelaris, dan perhiasan adalah di antara contoh salah faham terhadap al-Quran oleh sebahagian masyarakat Islam hari ini. Dalam masa sama, ia juga turut menyalahi tujuan asal al-Quran diturunkan.
Sekiranya perbuatan tersebut adalah suatu yang haq (benar), maka kita perlulah mengemukakan contoh (bukti penjelasan) daripada Rasulullah SAW dan para sahabat Nabi yang melakukan amalan-amalan seperti itu. Malah sekiranya kita meneliti dengan baik ayat-ayat al-Quran yang digunakan tersebut seperti contohnya “ayat seribu dinar” dipetik dari surah ath-Thalaq, maka kita akan mendapati maksudnya sebagaimana berikut:
“Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Sesiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendaki-Nya dan Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.” (ath-Thalaq, 65: 2-3)
Ayat ini menyentuh dan menekankan persoalan taqwa, yang dengan ketaqwaan tersebut Allah berjanji akan mengadakan jalan keluar (dari kesusahan), memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka, serta mencukupkan segala keperluan seseorang hamba. Adapun yang dimaksudkan dengan taqwa tersebut adalah sentiasa berusaha menjaga diri dari kemurkaan dan kemarahan Allah SWT, iaitu dengan melaksanakan segala apa diperintahkan dan menjauhi apa jua larangan dalam agama dengan bersungguh-sungguh.
Syaikh Dr Nashir Abdurrahman al-Judai hafizahullah berkata: “Sebilangan besar ulama generasi awal Islam, ketika memperkatakan adab-adab yang khusus terhadap al-Quran, mereka menetapkan secara mutlak dibencinya menulis al-Quran di dinding-dinding, di dalam masjid, dan selainnya, atau pada pakaian dan seumpamanya. Mereka tidak mengecualikan tulisan yang tujuannya mencari keberkatan.
Dengan ini, menulis ayat-ayat al-Quran di dinding-dinding dan seumpamanya atau menulisnya di atas lembaran, papan, medium tertentu, dan seumpamanya, kemudian menggantungkannya dengan tujuan mencari atau mengambil berkat kebaikan atau dengan harapan dapat menolak bahaya, maka perkara ini adalah tidak disyariatkan. Bahkan ia termasuk perkara yang diada-adakan (membuat bidaah) dan bertentangan dengan petunjuk Rasulullah SAW, para sahabat, para imam salaf (ulama generasi awal) yang diredhai.” (Syaikh Dr. Nashir B ‘Abdurrahman al-Judai’, at-Tabarruk Anwa’uhu wa Ahkamuhu, m/s. 239, Maktabah ar-Rosyad (Riyadh, 1411H))
Manakala berkenaan ayat al-Kursi, disebutkan pula melalui hadis-hadis yang sahih, bahawa sesiapa mengamalkan membacanya pada awal pagi atau awal malam, maka ia akan dilindungi daripada gangguan syaitan. Hadis ayat al-Kursi tersebut sama sekali tidak menyebutkan supaya kita menggantungkannya di dinding-dinding sebagai perhiasan mahupun sebagai tangkal, tetapi adalah dengan membacanya, memahaminya dan mengamalkannya.
Bahkan lebih bahaya, perbuatan menggantung ayat-ayat al-Quran tertentu ini sebenarnya boleh menjerumuskan pelakunya kepada syirik. Ini boleh berlaku sekiranya si pelaku berkeyakinan (mempercayai) bahawa dengan cara menggantung atau meletakkan ayat-ayat al-Quran, mampu mendatangkan barakah (kebaikan), dapat menolak bala atau sial, mendatangkan rezeki, memberi keuntungan dan seumpamanya. Sedangkan tiada dalil sama ada dari al-Quran mahupun as-Sunnah yang mendukung perbuatan seperti itu.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya ruqyah (bacaan mantera), tamimah (tangkal atau azimat – pent.), dan tiwalah (sihir pengasih) adalah syirik.” (Hadis Riwayat Ahmad, 6/110, no. 3615. Abu Daud, 10/386, no. 3385. Dinilai sahih oleh al-Albani dan Syu’ aib al-Arnauth). Dari itu adalah lebih baik perbuatan tersebut ditinggalkan melainkan padanya didukung oleh dalil yang jelas daripada al-Quran dan as-Sunnah.
Perlu kita ketahui bahawa ayat-ayat al-Quran bukanlah barang-barang perhiasan. Perbuatan menggantung pada dinding-dinding atau cermin-cermin kenderaan tertentu dengan tujuan perhiasan adalah termasuk perbuatan merendah-rendahkan al-Quran. Ini semua perlu dikembalikan kepada tujuan asal penurunan al-Quran. Adakah menjadikannya sebagai barang perhiasan termasuk di antara tujuannya? Pernahkah ia dicontohkan oleh Nabi SAW dan para ulama generasi awal di tiga kurun yang utama? Atau ia termasuk perkara baru yang diada-adakan dalam agama? Justeru, sama-samalah kita menilainya berpandukan ilmu di atas sumber yang benar.
Kesimpulannya:
1 – Ambillah ayat-ayat al-Quran dengan cara yang betul, iaitu dengan bimbingan ilmu, membaca, berusaha memahami dan mempelajarinya (mentadabbur), sekali gus mengamalkannya.
2 – Apa disarankan melalui ayat surah ath-Thalaq, 65: 2-3 itu sendiri menyuruh kita bertakwa yang dengannya Allah akan mengeluarkan dari kesusahan, memberi rezeki dari jalan tidak disangka-sangka, dan mencukupkan keperluannya. Bukan menggantungkan, sama ada di dinding-dinding sambil mengharap sesuatu.
3 – Ayat-ayat al-Quran bukan bahan untuk dijadikan tangkal dan alat pelaris. Perbuatan mempercayai tangkal itu sendiri termasuk dalam perkara syirik dan berdosa besar.
4 – Langkah terbaik untuk meminta pertolongan ialah dengan cara bertakwa dan berdoa kepada Allah SWT - Maha Pemurah, Maha Penyayang, dan Maha Pemberi Rezeki. Sentiasa berinisiatif meningkatkan daya usaha dan mempelbagaikan strategi pemasaran perniagaan yang betul. Wallahualam.
*Dari meja Biro Multimedia & Penerbitan Sekretariat Ulama Muda Umno (ILMU
Gambaran nikmat di syurga
Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI
Sheikh al-Maraghi berkata: "Semua ini menunjukkan bahawa makanan ahli neraka adalah sesuatu yang sesuai dengan keadaan di akhirat.
"Hal ini digambarkan dengan benda-benda yang ada di dunia adalah bermaksud untuk menggambarkan kepada kita betapa buruknya jenis makanan itu, agar kita menjauhi dan menghindari malapetaka tersebut, sehingga kita terjauh daripada perbuatan rosak dan merugikan."
Firman Allah SWT: (sebaliknya) Muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri.
Ibn Kathir berkata: Mereka mendapat kurniaan nikmat kerana usaha mereka di dunia.
Firman Allah SWT: Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di dunia).
Al-Hasan berkata: Dia akan reda dengan usahanya. Benarlah kata al-Maraghi: Mereka berasa puas kerana mereka dahulu beramal semata-mata kerana Allah SWT dan mereka diberi balasan baik.
Hal ini umpama seorang yang berbuat baik lalu mendapat hasil atau balasan baik dan pujian yang menyenangkan, maka tercetuslah ucapan: Alangkah baiknya amalku dahulu. Sesungguhnya amalku itu sesuai dengan kebenaran.
Firman Allah SWT: (Mereka tinggal menetap) di dalam syurga tinggi (tempat kedudukannya darjatnya).
Dalam hal ini al-Mawardi menyebut dua wajah bahawa syurga lebih tinggi dari neraka kedudukannya. Dengan sebab itu dinyatakan ketinggiannya seperti kata al-Dahak. Sedangkan pendapat kedua dengan maksud di syurga-syurga yang tinggi dan bilik-biliknya.
Atas asas inilah ketinggian mereka dalam dua bentuk, iaitu supaya mereka berlazat dengan kedudukan dan keduanya supaya mereka menyaksikan apa yang Allah SWT sediakan kenikmatan untuk mereka.
Firman Allah SWT: Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia.
Ulama telah khilaf berkenaan dengan tafsiran lagha di sini, di mana al-Farra' dan al-Ahfash berpendapat ahli syurga tidak mendengar walaupun sepatah kalimah lagha.
Berkenaan dengan lagha ada tujuh pendapat:
* Dusta. Seperti pendapat Ibn Abbas.
* Dosa. Seperti pendapat Qatadah.
* Mencela. Seperti pendapat Mujahid.
* Kebatilan. Seperti pendapat Yahya bin Salam.
* Maksiat. Seperti pendapat al-Hasan.
* Sumpah. Seperti pendapat al-Qalbi.
* Ahli syurga tidak mendengar dalam ucapan mereka kalimah lagha. Seperti pendapat al-Farra'.
Firman Allah SWT: di dalam syurga itu ada mata air yang mengalir.
Al-Maraghi berkata: Dalam syurga itu terdapat mata air yang selalu mengalir airnya. Air yang jernih menggembirakan hati dan mententeramkan mata yang memandangnya.
Firman Allah SWT: Di situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) yang tinggi (tempatnya).
Kedudukan tinggi ini ada tiga wajah:
* Kerana sebahagiannya berada lebih tinggi daripada yang lain.
* Kerana tempatnya berada di puncak.
* Tempat yang tinggi kerana kedudukannya dan martabatnya yang tinggi.
Ibn Syajarah berkata: Supaya mereka berlazat dengan kedudukannya.
Firman Allah SWT: dan piala-piala minuman yang disediakan (untuk mereka).
Sayid Qutub berkata: Gelas-gelas itu siap diatur dan siap disajikan untuk diminum tanpa perlu diminta dan disediakan.
Firman Allah SWT: dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar).
Al-Maraghi berkata: Dalam syurga terdapat juga bantal-bantal yang tersusun rapi. Mereka boleh mendudukinya, bersandar padanya atau berteleku di atasnya apabila dikehendaki.
Firman Allah SWT: serta hamparan-hamparan yang terbentang.
Al-Maraghi berkata: Ketika permaidani (hamparan) terhampar di tempat duduk, maka setiap tempat duduk dapat dilihat hamparan permaidani seperti yang terdapat di rumah-rumah kaum bangsawan lagi hartawan di dunia ini.
Sayid Qutub berkata: "Semuanya itu merupakan nikmat-nikmat kesenangan yang dapat dilihat manusia contoh-contoh seumpamanya di bumi."
Nikmat-nikmat itu disebut sedemikian rupa untuk mendekatkan kepada kefahaman manusia di bumi, sedangkan hakikat yang sebenar terpulanglah kepada selera di sana yang dikurniakan Allah SWT kepada golongan manusia yang berbahagia.
Di antara usaha yang sia-sia ialah membuat perbandingan dan penyelidikan yang halus mengenai bentuk dan sifat nikmat atau azab di akhirat kerana penduduk bumi berfikir dengan fikiran yang terikat dengan keadaan yang wujud di bumi ini.
Andainya mereka berada di akhirat, maka segala hijab dan dinding akan terhapus, segala roh dan fikiran terlepas bebas, segala makna akan berubah mengikut perubahan selera manusia di sana.
Ini kerana segala yang berlaku di akhirat di luar kemampuan kita untuk mengetahuinya.
Sifat-sifat nikmat yang dijelaskan oleh Allah SWT hanya berguna untuk menolong kita memahami dan menggambarkan kemuncak kelazatan, kemanisan dan kenikmatan hidup yang kita tidak mampu mencapainya selama kita berada di sini.
Ketika di akhirat barulah kita mengetahui dan mengenal hakikatnya apabila Allah SWT memuliakan dengan limpah kurnia dan keredaan-Nya.
Semoga Allah SWT mengurniakan kita syurga Firdaus sebagai nikmat-Nya. Amin
Cara Nabi SAW bergaul dengan bukan Islam
Soalan:
SAYA selalu mengalami masalah dalam pergaulan dengan rakan-rakan yang bukan Islam. Mohon penjelasan ustaz pendekatan terbaik yang disyorkan Islam seperti yang ditunjukkan oleh junjungan besar kita.
Jawapan:
Nabi Muhammad SAW adalah contoh terbaik dalam hal ini. Baginda bergaul dengan semua penduduk Mekah tidak kira yang miskin atau kaya, berpangkat atau tidak.
Lebih-lebih lagi dalam menggauli golongan yang bukan beragama Islam. Baginda sentiasa bergaul baik dengan golongan yang bukan beragama Islam.
Nabi SAW melihat setiap mereka sebagai aset agama, baginda juga melihat mereka sebagai anak Adam yang perlukan bimbingan dan tunjuk ajar ke arah agama Islam.
Sebelum diutus menjadi Rasul baginda telah dinobatkan dengan gelaran al-Amin, orang sangat dipercayai dan tidak pernah berdusta. Tidak ada yang berkecil hati dengan Rasulullah SAW.
Baginda tidak meninggikan suara di hadapan mad'u (golongan sasaran). Tidak ada dalam lipatan sejarah bahawa nabi SAW menyakiti hati orang bukan Islam, melainkan dalam urusan mempertahankan maruah agama dan kedaulatan Islam.
Sebab itulah Allah SWT berpesan kepada Rasulullah agar tidak bersikap keras atau keras ke atas golongan bukan Islam.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepada-Nya. (ali-'Imran: 159).
Sekiranya kita ada kawan dari kalangan yang bukan ajaklah dia berbincang mengenai keindahan agama, biar wujud kesefaham dalam beragama di antara kita dan kawan kita.
Sekali gus, dialog memahami agama sudah ada. Ustaz yakin dengan demikian kita akan lebih faham kawan kita dan agamanya. Mungkin dengan cara itu kita dapat elakkan salah faham atau tersalah anggap.
Menelusuri cara Rasulullah SAW melayan orang bukan Islam, kita akan terpegun dan percaya bahawa sikap ini yang menjadikan ramai manusia yang jatuh hati kepada agama Islam.
Antaranya riwayat daripada Anas bin Malik r.a, bahawa seorang budak lelaki yahudi yang berkhidmat (khadam) untuk Rasulullah tiba-tiba jatuh sakit, lalu baginda SAW menziarahi budak yahudi itu.
Ketika baginda duduk di sisi kepala budak tersebut, baginda berkata: Islamlah (masuklah Islam), lalu budak itu melihat ke arah ayahnya, lantas ayahnya berkata kepada anaknya: taatlah engkau kepada Abu al-Qasim (Nabi SAW dengan menganut Islam), tanpa berlengah budak itu menganut Islam.
Setelah baginda keluar dari rumah budak itu, baginda berkata: Segala puji bagi Allah yang menyelamatkannya dari neraka. (riwayat al-Bukhari)
Daripada Abi Hurairah r.a telah berkata, telah dikatakan kepada Rasulullah SAW, Wahai Rasulullah! Doalah supaya orang musyrikin diturunkan musibah. Baginda membalas: sesungguhnya aku tidak diutus untuk melaknat (meminta suatu yang buruk), akan tetapi aku diutus sebagai pembawa rahmat. (riwayat Muslim)
Soalan 2:
Apa hukumnya mengucapkan Selamat Deepavali kepada mereka yang beragama hindu dan menghadiri jemputan rumah terbuka mereka?
Jawapan:
Di sini ustaz menterjemahkan satu kenyataan Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi dari laman web Islam-0nline tentang memberi ucapan pada hari-hari kebesaran orang bukan Islam, Maksudnya: Dan dia (al-Qaradawi) berkata tentang mengucap tahniah kepada perayaan Yahudi dan Kristian: "Ini (ucap tahniah) termasuk daripada hak-hak bersama. Jika seorang ahli kitab datang dan mengucapkan tahniah kepada kamu dengan perayaan kamu, dan dia berkongsi kedukaan dan musibah kamu, dan dia mengucapkan takziah kepada kamu dengan kedukaan dan musibah tersebut.
"Maka apakah pula yang melarang kamu memberi tahniah dengan perayaannya dan dalam kegembiraannya dan kamu ucap takziah dalam musibah yang menimpanya.
Allah berfirman: Apabila kamu dihormati dengan satu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah dengan yang serupa. (al-Nisa': 86 )
Ini tidaklah bermakna kita menyambut perayaan mereka bersama mereka. Sebaliknya kita hanya mengucapkan tahniah sahaja. Inilah daripada kebaikan dan keadilan yang datang bersama agama ini (Islam)".
Jelas, bahawa mengucapkan selamat deepavali kepada kenalan dan kawan-kawan kita yang beragama hindu tidak dihalang dalam Islam.
Apa yang mustahak dalam hal ini ialah tujuan kita mengucapkannya bukan untuk menyambutnya bersama. Malah yang demikian adalah demi menghormati budaya dan adat orang lain.
Saya juga yakin dengan menghormati hari-hari kebesaran orang bukan Islam sedikit sebanyak dapat memecahkan tembok salah faham Islam.
Dengan demikian agama Islam akan menambat hati-hati mereka kerana keindahan ajarannya yang sarat dengan ihsan dan kebijaksanaan sekali gus menjadikan Islam agama yang dihormati.
Ada juga suara-suara yang agak lantang dalam hal ini, sehingga menghalang kita mengucapkan apa-apa ucapan, kononnya dengan mengucap selamat deepavali, selamat krismas atau apa-apa ucapan hari kebesaran orang bukan Islam semacam kita mengiktiraf dan menyambutnya.
Alasan ini sangat tidak patut, ini kerana kalau musim deepavali tidak ucap happy deepavali nak ucap apa untuk kenalan dan jiran tetangga?
Bukannya ada ucapan lain yang boleh menggantikan happy deepavali. Kalau ada bolehlah kita mengucap dengannya.
Setahu ustaz, itulah ucapan yang ada untuk kita ucapkan kepada masyarakat india yang beragama hindu.
Teringat saya pada pesanan seorang guru saya, katanya: "Buatlah baik pada manusia wahai Farid nescaya kamu dapat memperhambakan hatinya".
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Yudi tenang berzikir
Susunan SITI AINIZA KAMSARI
Tidak sebagaimana lazimnya, azan subuh yang berkumandang di dinihari yang hening hari itu menyebabkan hati seorang paderi bagai disayat-sayat, begitu menyakitkan.
Jantung turut berdegup dengan lebih deras dan kencang sehinggakan Yudi Mulyana bagaikan 'lumpuh' sekujur badannya.
Benar-benar beliau tidak mampu bangun. Hatta untuk mengangkat tangan pun dirasakan sangat berat. Seolah-olah semuanya keras bertukar seperti batu.
"Saya tidak tahu apa yang terjadi pada diri saya pada pagi itu," katanya yang menceritakan kembali kejadian yang disifatkan aneh pada awal Ogos tahun 2008.
Lazimnya, Yudi sudah terbiasa bangun seawal subuh untuk beribadat iaitu membaca doa pagi dan membaca kitab Injil sebagai pembuka hari.
Namun pada pagi itu, tidak semena-mena beliau bagaikan 'lumpuh' kesan azan subuh yang berkumandang dari masjid berhampiran.
Meskipun agak panik, Yudi kembali bertenang dengan mengatur nafas memulihkan semula ingatan.
Apabila dia mampu melangkahkan kaki, Yudi terus menghidupkan televisyen yang kebetulan sedang menyiarkan program berzikir yang dipimpin oleh Ustaz Arifin Illham.
Lantas tanpa dia sedari, bibirnya terus kumat kamit mengikuti zikir yang dibacakan oleh ustaz itu.
Apabila tersedar ekoran apa yang dilakukan, dia merasakan dirinya lebih tenang.
Yudi terus bicara sendiri: "Tuhan, apa yang telah terjadi pada ku ini! Sedangkan aku seorang paderi Kristian tetapi hati ini lebih tenang selepas berzikir memuji-muji Allah, tuhan yang disembah oleh umat Muhammad yang sekian menjadi musuhku selama ini!"
Dia yang juga seorang tenaga pengajar Kristian di sebuah sekolah rendah di Cirebon, Jawa Indonesia masih tidak beroleh jawapan daripada persoalan itu. Namun kejadian yang sama hampir berulang tiap kali dia mendengar azan berkumandang.
Dia tidak benci pada seruan memanggil untuk mengerjakan solat itu.
Tetapi sekujur tubuhnya bergetar dengan kuat dan setiap kali cuba mencapai kitab Injil. Bukan sahaja hatinya gelisah namun yang lebih peliknya tangannya juga turut menggeletar menyebabkan Injil itu tidak dapat disentuhnya.
Lalu Yudi terpaksa menemui Ustaz Nudzom, iaitu anak ketua Majlis Ulama (MU) Cawangan Kabupaten Cirebon bagi mendapatkan nasihat dan bantuan. Ini kerana apa yang dialaminya sangat berkaitan dengan soal agama.
Lalu diceritakan segala pengalamannya kepada Nudzom dan akhirnya terkejut apabila ustaz itu berkata: "Anda sebenarnya telah mendapat hidayah (Islam) dari Allah!"
Mendengarkan itu, Yudi terus terdiam namun hatinya memberontak berkata: "Tuhan, saya tidak ingin menjadi Muslim!"
Namun apa yang berlaku setiap kali azan berkumandangnya itu tetap menghantui fikiran Yudi. Malah dia sendiri dapat merasakan gereja bukan tempati yang menjanjikan ketenangan di jiwanya.
Ini kerana ketenangan itu akan hanya menjadi miliknya setiap kali dia melalui masjid atau kadang kala apabila Yudi curi-curi masuk sehingga ke halaman masjid.
Sekadar lalu di hadapan masjid sahaja, dia bagai dihembus angin nyaman lagi menenangkan.
Sehinggalah pada 7 Ogos 2008, sedang Yudi mengajar anak-anak muridnya, tiba-tiba dia terdengar suara azan yang semakin merdu berkumandang di telinganya di saat masih belum masuk waktu solat.
"Saat itu juga rasanya saya ingin terus mengucapkan syahadah namun saya berjaya tahan sehinggalah saya mengadu sendiri kepada Guru Besar, Dr. Sri Hayatun mengenai hidayah Allah yang begitu memburu diri ini," katanya.
Ini menyebabkan guru besar menjadi sangat hairan kerana sepanjang pengetahuannya, Yudi merupakan seorang paderi yang sangat tegar.
Namun tekad Yudi untuk memeluk Islam sudah tidak boleh ditahan-tahan lagi dengan terlebih memberitahu kepada ibu yang melahirkannya ke dunia ini
Sembahyang ingatkan kita kepada Allah
SOLAT tidak diterima jika solat itu tidak dapat menahan seseorang daripada melakukan maksiat. Bolehkah Dr jelaskan perkara berkenaan?
Selain itu, hukum melakukan hubungan kelamin ketika isteri haid adalah haram. Bagaimanakah cara terbaik suami menyesali perbuatan itu?
ANITA
Selangor
BAGI seorang Muslim, solat adalah kewajipan utama yang wajib ditunaikan kerana perintah mengerjakan solat jelas terdapat dalam al-Quran dan sunnah.
Dalam al-Quran disebut bahawa solat berupaya mencegah seorang itu daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran. Allah berfirman yang bermaksud: “...Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); ...” (Surah al-’Ankabut ayat 45).
Antara sebabnya ialah solat sentiasa mengingati kita kepada Allah. Mereka yang sentiasa mengingati Allah akan menjauhi kejahatan dan maksiat.
Hanya mereka yang lupa kepada Allah dan ajarannya akan melakukan sesuatu yang dilarang Allah. Sekiranya masih melakukan maksiat, ia tanda solat masih belum sempurna dan mungkin ditolak Allah.
Seorang Muslim hendaklah sentiasa berusaha memperbaiki amalan solatnya supaya penuh khusyuk.
Allah berfirman, maksudnya: “Sesungguhnya berjaya orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya; dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia.” (Surah al-Mukminun ayat 1-3)
Melakukan hubungan kelamin ketika haid hukum�nya haram. Sekiranya pernah terlanjur hendaklah banyak beristighfar dan memohon keampunan Allah dan berazam tidak melakukannya lagi.
Itu pendapat menurut Imam Malik, Syafie dan Abu Hanifah. Bagaimanapun, Imam Ahmad mensyaratkan suami bersedekah sebanyak satu dinar atau separuh selain beristighfar.
Ahli hadis menambah jika berlaku persetubuhan ketika masih berdarah, hendaklah bersedekah satu dinar dan sekiranya ketika sudah putus darah, separuh dinar (Ibn Rushd, 2000: I: 96).
Nikmat ditimpa kesakitan, kepayahan
JIKA kita ditimpa kesakitan atau kesukaran itu adalah satu nikmat daripada Allah.
Sabda nabi yang bermaksud: “Tidaklah seorang mukmin ditimpa penyakit, bencana dan kesedihan sehingga berdukacita kecuali Allah menghapuskan dosa-dosanya.” (Hadis Riwayat Assyaikhani dan Tirmidzi)
Selama ini kita hanya tahu nikmat itu ialah kekayaan, kesenangan, muda, sihat tubuh badan, kebahagiaan yang semuanya menyenangkan hati kita.
Bagaimana sakit dan kesusahan itu boleh menjadi menjadi nikmat? Cuba kita lihat generasi orang beriman terdahulu, mereka adalah orang yang hidup dalam kesukaran dan kepayahan.
Mereka merasai kelaparan, kemiskinan, dihalau, disakiti, meninggalkan segala yang dicintai, diseksa bahkan dibunuh. Tetapi mereka mempunyai keimanan yang kukuh, hati yang baik, bahasa serta ilmu yang luas, lahir dari jiwa nuraninya.
Banyak kita mendengar individu yang hidup susah lebih tabah dan berdaya saing dalam kehidupan mereka. Contohnya pelajar yang hidup miskin dan susah mendapat keputusan cemerlang dalam pelajaran.
Jika ditanya apakah resipi kejayaan mereka, sudah tentu hidup dalam kemiskinan dan kepayahan itu membuatkan mereka lebih bersungguh, bersemangat dan banyak berdoa kepada Allah.
Biasanya jika ditimpa kesakitan dan kesusahan akan melahirkan doa yang penuh keikhlasan dan pengharapan. Berbeza pula dengan yang kaya dan senang gaya hidupnya.
Semuanya sudah cukup dan tidak pernah pula berasa susah. Biasanya orang begini cenderung menjadi malas, malas berusaha serta mudah putus asa.
Lagi menakutkan jika iman di dada gagal dihayati dalam kehidupan lantaran alpa dengan kesenangan. Jadi tidak perlu menangisi diri jika kita perlu bersusah payah, tidak perlu berasa terhina, tidak perlu takut dengan beban hidup sebab mungkin beban dan susah itu akan memberikan kekuatan dan nikmat pada suatu hari nanti.
Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Rasulullah pernah meminta sahabat menghilangkan perasaan tidak percaya pada diri, rasa lemah dan takut, malah menanamkan sikap izzah iaitu harga diri yang mulia, berani mengungkapkan pendapat serta mengekspresikan pemikiran tanpa takut pada manusia jika kita benar.
Rasulullah menanamkan di dalam jiwa sahabat, setiap musibah, kesakitan serta kepayahan hidup adalah ujian Allah yang bertujuan meninggikan darjat manusia, menghapuskan dosa serta memberikan pahala.
Ajaran nabi itu menguatkan diri sahabat dengan sifat sabar, reda dan pasrah dengan qada dan qadar Allah.
Justeru, kesakitan dan kepayahan adalah nikmat jika kita menghadapinya dengan sabar, bersemangat, pasrah dan bergantung pada Allah serta qada-Nya (ketentuan-Nya).
Penyakit masih mempunyai peluang untuk dirawat, tetapi amat bahaya jika pemikiran dan iman kita yang sakit. Dalam al-Quran sendiri lebih banyak amaran mengenai penyakit akidah berbanding penyakit jasmani.
Firman Allah bermaksud: “Di dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya dan bagi mereka seksa yang pedih disebabkan mereka berdusta.”
Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang, jauh sekali takdir Allah untuk menyusahkan hamba-Nya.
Ujian melatih kita dengan sifat terpuji seperti sabar, reda, tawakal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, supaya kita makin susah makin dekat dengan Allah, makin mengharap pertolongan Allah.
Ujian juga mengajar kita merasai dunia hanya nikmat sementara selain menanamkan akidah betapa berkuasa Allah. Jadi, dengan ujian kita makin dekat dengan Allah.
Ia menanam sikap supaya kita sentiasa berasa diri dalam keadaan berdosa. Sebab itu bila kita susah, kita perlu sentiasa ingat Allah.
Ingat Allah satu rezeki, malah satu ibadat. Senang dan kaya kadang-kadang membawa alpa, maka dengan ujian kita ingat Allah.
Hukuman dosa di dunia itu ada pelbagai antaranya Allah didatangkan kesusahan, penderitaan, kesakitan, kemiskinan, kehilangan pengaruh, hilang kuasa dan bermacam-macam lagi.
Sekiranya kita bersabar dan kita bukan saja makin hebat, malah dosa digugurkan dan kedudukan kita di sisi Allah makin tinggi. Kalau mengeluh, tidak reda, merungut, memberontak akan menambahkan lagi dosa kita.
Jadi, kalau kita ditimpa kesusahan, anggaplah itu balasan yang menyelamatkan kita di akhirat. Kalau kita ditakdirkan miskin sebenarnya Allah nak latih diri kita sabar dan reda.
Allah tidak takdirkan kita kaya sebab Allah sudah tahu kalau kita kaya kita menjadi sombong, bakhil dan terdedah dengan dosa kekayaan.
Syaitan sukar gugat mereka beriman
HIDUP kita tidak sunyi daripada musuh dan antara musuh yang sering kita lupa ialah syaitan.
Syaitan adalah musuh yang agak 'pelik' kerana mereka tidak pernah berputus asa daripada rancangannya walaupun sedetik, sebaliknya sentiasa mencari kesempatan untuk menunaikan tugasnya.
Syaitan boleh melihat kita daripada sudut yang kita tidak dapat melihatnya. Mereka cuba pelbagai cara bagi memerangkap kita.
Salah satu daripada sifatnya ialah secara bersembunyi. Taktik dan perangkapnya mungkin berbeza kepada seseorang. Taktik yang digunakan juga bergantung kepada masa, tempat dan situasi.
Berlawanan daripada apa yang majoriti manusia fikir, syaitan bukanlah makhluk khayalan. Sebahagian daripada ujian di atas muka bumi ini, seorang itu perlu berjaga-jaga daripada syaitan.
Ini kerana selepas menderhaka kepada Allah, syaitan bersumpah untuk menyesatkan hamba Allah. Kedegilan syaitan ini dinyatakan di dalam al-Quran sebagai perkara penting untuk diingati.
Syaitan tidak mempunyai kuasa bebas tanpa Allah. Mereka diciptakan Allah dan berada di bawah kuasa Allah sepenuhnya. Syaitan juga hamba Allah dan hanya boleh melakukan sesuatu dengan keizinan daripada Allah.
Mereka ditugaskan untuk membezakan manusia yang benar-benar beriman daripada mereka yang tidak beriman. Mereka hanya boleh bertindak dengan izin Allah.
Apabila masa yang diberikan kepadanya tamat, dia akan dihumban ke dalam neraka bersama mereka yang disesatkannya.
Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku pasti akan memenuhi neraka jahanam dengan jenis kamu dan dengan orang-orang yang mengikuti kamu di antara mereka kesemuanya." (Surah S�d ayat 85).
Oleh itu, ingatlah bahawa syaitan sebenarnya tidak mempunyai kuasa ke atas orang-orang yang beriman. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam ayat berikutnya, mereka hanya mempunyai kuasa ke atas mereka yang tidak beriman dengan ikhlas dan
sebenarnya.
Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka." (Surah al-Hijr ayat 39-40)
Syaitan tidak boleh menyesatkan manusia yang beriman kepada Allah. Memang benar, orang-orang yang beriman juga cenderung melakukan kesalahan, tetapi mereka tidak pernah putus asa daripada mengharapkan rahmat daripada Allah, dan secepat mungkin meminta perlindungan kepada Allah dan bertaubat dengan seikhlasnya.
Kita diberitahu di dalam al-Quran mengenai mereka yang boleh disesatkan syaitan: Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakal kepada Tuhannya. Sesungguhnya kekuasaannya (syaitan) hanyalah atas orang-orang yang mengambilnya menjadi pemimpin dan atas orang-orang yang mempersekutukannya dengan Allah. (Surah an-Nahl ayat 99-100)
Ingatlah, syaitan mahu kita menjadi angkuh, sombong dan derhaka kepada Allah seperti dirinya. Mereka mengarahkan kita melakukan kejahatan melakukan sesuatu yang dimurkai Allah dan berkata sesuatu tentang Allah tanpa ilmu.
Syaitan cuba menghalang kita daripada memahami kebesaran dan kekuasaan Allah yang sebenarnya. Allah menerangkan tentang bahaya ini di dalam al-Quran seperti berikut: "Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Surah al-Baqarah ayat 168-169)
Usaha utamanya ialah untuk menakutkan manusia dengan kemiskinan iaitu matlamat yang boleh dicapai sekiranya mereka boleh membuatkan manusia lupa hari kiamat.
Tidak sedar bahawa semuanya di bawah kawalan Allah, dan tiada siapa yang boleh menghalang sebarang kebaikan yang Allah kehendaki, orang ini hidup tanpa sebarang perasaan bertanggungjawab dan mereka melakukan segala kesalahan
kepada Allah.
Syaitan menjanjikan (menakut-nakut) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir), sedang Allah menjanjikan untukmu keampunan daripada-Nya dan kurnia. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.
(Surah al-Baqarah ayat 268)
Taktik utama syaitan ialah melalui tipu daya. Allah menerangkan tentang tipu daya ini "...dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia." (Surah an-Nas ayat 4-5).
Sebagaimana diterangkan oleh ayat itu, syaitan mendekati manusia secara senyap-senyap, melalaikan manusia dengan perkara remeh dan tidak penting dan menampakkan kesalahan yang dilakukan seolah-olah baik kepada mereka.
"Maka mengapa mereka tidak memohon (kepada Allah) dengan tunduk merendahkan diri ketika datang seksaan Kami kepada mereka, bahkan hati mereka telah menjadi keras dan syaitan pun menampakkan kepada mereka bagus apa yang selalu mereka
kerjakan." (Surah al-An'am ayat 43)
Lebih penting lagi, mereka yang mempunyai hati yang keras dan berasa dirinya berada di dalam kebenaran, walaupun sebenarnya mereka terpesong, membawa diri mereka jauh daripada Al-Quran.
Dengan membelakangi Allah, mereka lebih rapat dengan syaitan, mengikuti caranya, dan menjadi semakin biadab.
Mutiara Doa
DOA apabila melihat s�esuatu yang menakutkan
“AKU berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada kemurkaan-Nya, �kejahatan hamba-Nya, daripada hasutan syaitan dan daripada kedatangan mereka kepada-Ku.”
DOA untuk mengelak �daripada bahaya
“APA yang dikehendaki Allah tetap berlaku, tiada daya �upaya melainkan dengan kuasa Allah.”
DOA apabila ditimpa kemalangan termasuk kematian
“SESUNGGUHNYA kami adalah bagi Allah dan kami sekalian akan kembali kepada-Nya.”
DOA memohon akhlak yang baik
“YA Allah, seperti Engkau mencantikkan kejadianku, maka perbaiki pula akhlakku.”
DOA apabila terganggu dan terkejut ketika tidur atau rasa kesepian
“AKU memohon �perlindu�ngan dengan kalimah Allah yang sempurna daripada kemurkaan-Nya, azab-Nya, daripada kejahatan hamba-Nya, �daripada hasutan syaitan dan daripada syaitan �mendekatiku.”
DOA ketika rasa takut atau terkejut
“AKU berlindung diri dengan kalimah Allah yang sempurna daripada kemarahan-Nya, seksaan-Nya, daripada kejahatan hamba-Nya, daripada gurisan syaitan dan daripada kehadiran mereka itu.”
DOA ketika sukar menyelesaikan sesuatu urusan
“Wahai Tuhanku, tidak ada yang mudah melainkan yang Engkau jadikannya mudah dan Engkau menghapuskan dukacita dengan mudah jika Engkau kehendaki”.
DOA apabila dalam keadaan kesusahan atau penderitaan
“ALLAH Dialah Allah Tuhanku, aku tidak menyekutui-Nya dengan sesuatu pun. Tiada Tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Engkau jua. Maha Suci Engkau sesungguhnya aku adalah orang yang menzalimi diri sendiri.”
DOA apabila melihat �sesuatu yang disukai
“SEGALA puji bagi Allah, yang dengan nikmat-Nya sempurnalah segala amalan yang baik.”
DOA taubat
“WAHAI Tuhanku, maafkan aku kerana sesungguhnya Engkau Tuhan yang Maha Pemaaf dan yang mempunyai Kemuliaan.”
DOA mohon ketetapan iman
“WAHAI Tuhanku, berikanlah kepadaku iman yang kuat dan keyakinan yang tidak lagi di pengaruhi kekufuran dan berikanlah kepadaku rahmat yang dengan dia aku mencapai kemuliaan dari kemuliaan-Mu di dunia dan akhirat.”
DOA mohon perlindungan daripada kerunsingan
“YA Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu �daripada kerunsingan dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan, aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan penakut dan bakhil dan aku berlindung kepada-Mu daripada belenggu hutang dan tekanan orang.”
Ibadat korban antara kaedah umat Islam tebus dosa
Oleh Mohd Shukri Hanapi
2010/11/16
Hikmah amalan sembelih haiwan bantu individu kikis sikap bakhil, wujudkan kerjasama
KITA kini melangkah ke bulan terakhir dalam takwim hijrah iaitu Zulhijjah. Pada bulan ini Allah SWT menganugerahkan kepada kita satu lagi hari kebesaran Islam iaitu Hari Raya Korban atau Aidiladha.
Dalam kegembiraan menyambut Hari Raya Korban itu, umat Islam yang berkemampuan dituntut melakukan ibadat korban.
Ibadat korban bermaksud menyembelih binatang tertentu seperti unta, kerbau, lembu atau kambing pada hari ke-10, ke-11, ke-12 atau ke-13 Zulhijjah. Islam mensyariatkan ibadat korban berkenaan sebagai antara ibadat mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah SWT. Di samping itu, ia mengingatkan kita terhadap kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sebagai satu ujian daripada Allah SWT kepada hamba-Nya yang taat.
Banyak hadis menekankan keutamaan ibadat korban ini. Antaranya ialah hadis diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah ra. bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Tiada sesuatu amalan anak Adam pada Hari Raya Haji yang lebih disukai oleh Allah SWT daripada menumpahkan darah (ibadat korban). Bahawasanya ia (binatang yang dikorbankan itu) datang pada Hari Kiamat dengan tanduk, bulu dan kukunya dan bahawasanya darah (korban itu) mendapat tempat yang mulia di sisi Allah SWT sebelum darah itu tumpah ke bumi. Oleh kerana itu hendaklah kamu berkorban dengan hati yang bersih.” (Riwayat al-Tarmizi)
Melalui hadis ini jelas bahawa korban adalah ibadat atau amalan yang disukai Allah SWT. Maka sudah tentu ia mendapat kemuliaan di sisi Allah SWT pada Hari Kiamat.
Justeru, melakukan ibadat korban menambah lagi amalan kebajikan yang kita lakukan, di samping menjadi penebus dosa kita.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Wahai Fatimah! Berdirilah di sisi korbanmu dan saksikan ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosamu yang lalu.” (Riwayat al-Bazzar dan Ibn Hibban)
Dipetik daripada Kitab Sabilal Muhtadin Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Perbesarkanlah korban kamu, kerana ia menjadi tungganganmu di atas titian siratulmustakim pada Hari Kiamat nanti.”
Begitulah besarnya ganjaran diberikan kepada orang yang melakukan korban. Allah SWT menjanjikan kebaikan kepada orang yang melakukannya dan ia menjadikan binatang sembelihannya itu sebagai tunggangan untuk meniti al-Sirat pada hari akhirat kelak.
Walaupun pada zahirnya ia cuma mengorbankan binatang sembelihan, jika dikaji dengan teliti, ia adalah ujian Allah SWT dalam melatih kita supaya sentiasa bersedia berkorban jiwa dan tenaga demi menegakkan agama Allah SWT di muka bumi ini.
Selain itu, ia juga ujian bagi melihat sejauh mana kita mensyukuri nikmat kemewahan yang dikurniakan Allah SWT.
Betapa Rasulullah SAW ketika hayat baginda dan juga sahabat sanggup mengorbankan harta, menggadai nyawa semata-mata mendaulatkan agama, inikan pula amalan yang cuma mengorbankan secebis harta demi mensyukuri nikmat yang diterima.
Ingatlah setiap pengorbanan yang kita lakukan hendaklah disertakan dengan niat ikhlas semata-mata kerana Allah SWT. Seandainya ibadat korban yang kita lakukan dicemari dengan sifat riak, takbur, membangga diri dan menunjuk-nunjuk kemampuan, maka tertutuplah rahmat Allah SWT dan nescaya sia-sia ibadat korban itu.
Rasulullah SAW amat menyukai amalan berkorban sehinggakan baginda sentiasa menyarankan sahabat melakukan ibadat korban pada setiap Hari Raya Korban.
Justeru, amalan korban itu bukan saja mempunyai kelebihan yang besar, bahkan dilihat dari sudut kerohanian, ia juga dapat mengikis sifat bakhil untuk membelanjakan harta ke arah kebaikan sekali gus membantu mereka yang kurang bernasib baik dengan memberi kegembiraan dan kesenangan dalam hati orang yang menerima terutama kepada golongan fakir miskin bagi turut merasai keriangan hari raya.
Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami menundukkan unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur.” (Surah al-Hajj ayat 36)
Melalui amalan ibadat korban ini jelas terbukti ia dapat mewujudkan semangat kerjasama serta saling bantu-membantu di antara semua pihak, sama ada pihak yang melakukan korban mahupun pihak yang menerima.
Wukuf waktu terbaik jemaah muhasabah diri, mohon keampunan
Oleh Ibrahim Abdullah
2010/11/16
PUNCAK ibadat haji jatuh pada 9 Zulhijjah dan pada waktu itu semua jemaah haji berkumpul di Padang Arafah, yang berlangsung pertemuan besar jemaah dari seluruh pelosok dunia bagi menggapai keampunan dan keredaan Allah SWT dengan melaksanakan ibadat wukuf.
Jemaah haji berkumpul di bawah khemah berwarna putih dan sekali gus Padang Arafah memutih dengan puncak ibadat haji. Mereka bersimpuh di hadapan Allah sambil berdoa dengan penuh pengharapan.
Walau terdapat perbezaan warna kulit, ras, etnik, bahasa dan adat, namun di Padang Arafah mereka bersepadu dalam kebesaran Allah dengan melupakan kebanggaan duniawi yang bersifat sementara.
Ulama sepakat falsafah yang perlu dihayati daripada ibadat haji adalah kesamaan darjat jemaah dalam pakaian ihram tidak berjahit dan warna putih menggambarkan kesucian di hadapan Allah.
Wukuf di Arafah juga mengingatkan manusia sejarah awal kehadirannya di dunia termasuk peristiwa turunnya Adam dan Hawa sebagai manusia pertama ke bumi dan bertemu di Padang Arafah setelah 200 tahun berpisah.
Semasa wukuf di Arafah, jemaah bermuhasabah diri menilai kekurangan, kelemahan, menyedari dosa yang ada seterusnya memohon keampunan Allah. Inilah saat hamba kembali kepada Penciptanya untuk mendapat keredaan.
Jika Allah menerima taubat mereka dan perjalanan hidup seterusnya mereka tidak lagi melakukan dosa, maka bayang-bayang syurga akan dapat digapai.
Wukuf adalah puncak ibadat haji, tanpa wukuf ibadat haji tidak berhasil. Bahkan yang sakit juga harus ikut ke Arafah untuk menunaikan rukun haji ini. Puncak wukuf di Arafah adalah khutbah wukuf.
Dalam setiap khutbah selalu diperdengarkan khutbah Rasulullah SAW yang disampaikan pada waktu mengerjakan haji terakhir (haji wada) kepada 100,000 jemaah yang turut serta dalam rombongan Baginda.
Ibnu Qaiyyim dalam Zaadul Ma'ad, menyebut, dalam khutbahnya Nabi Muhammad SAW mengingatkan kaedah Islam, menghancurkan sendi musyrik dan jahiliah. Baginda mewasiatkan perlakuan baik terhadap wanita, hak wanita harus dipenuhi dan kewajipannya.
Khutbah Baginda SAW: “Wahai manusia, Tuhanmu hanyalah satu dan asalmu juga satu. Kamu semua berasal dari Adam, dan Adam berasal dari tanah. keturunan, warna kulit, bangsa tidak menyebabkan seseorang lebih baik dari yang lain. Orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah yang paling takwa. Orang Arab tidak lebih mulia dari yang bukan Arab, sebaliknya orang bukan Arab tidak lebih mulia dari orang Arab. Begitu pula orang kulit berwarna putih dengan orang kulit hitam dan sebaliknya orang kulit hitam dengan orang kulit berwarna putih, kecuali kerana takwanya.”
Mesej khutbah ini adalah persaudaraan sejagat yang menafikan perbezaan sesama manusia. Di mata Allah, hanya takwa yang membezakan kedudukan hamba-Nya.
Khusus kepada kaum wanita, Rasulullah SAW berpesan, supaya mempertahankan kaum wanita dengan sebaik-baiknya. Ini kerana di zaman jahiliah wanita diperlakukan dengan buruk dan bayi perempuan dibunuh dengan kejam.
Banyak perkara perlu diberi perhatian kini kerana ketika jemaah haji berkumpul di Arafah melaksanakan rukun haji, kita di sini yang bersiap sedia meraikan Aidiladha yang jatuh pada esok harinya jangan lupa muhasabah diri.
Jangan reka kelebihan Jumaat
|
|
| DR. ABDUL HAYEI ABD. SUKOR |
MEGA: Tentang kelebihan hari Jumaat ini, adakah ia bersandarakan nas sahih atau sebaliknya?
DR. HAYEI: Memang tidak dinafikan hari Jumaat itu mempunyai banyak kelebihan berbanding hari lain. Antara kelebihannya adalah Nabi Adam diturunkan ke bumi pada hari Jumaat.
Demikian juga hari Jumaat adalah hari raya mingguan bagi umat Islam. Sebabnya kita berkumpul pada solat Jumaat setiap minggu untuk mendengar khutbah. Ini tidak ada pada hari lain kecuali pada hari raya puasa dan korban.
Hari Jumaat memang ada fadilat dan kelebihannya, namun fadilat tidak boleh direka sesuka hati, biarpun seorang itu merupakan ulama besar yang berpengetahuan luas.
Jika hal-hal yang berkaitan agama boleh direka orang-orang tertentu, maka apa perlu lagi kepada al-Quran dan hadis.
Nabi pernah bersenda dengan orang yang berani mereka-reka dalam agama dengan sabdanya yang bermaksud: Jika anda tidak menyimpan rasa malu, lakukan sahaja apa yang anda suka. (Bukhari, al-Abad 10/434).
Bagaimanapun, apabila diselidiki didapati ia bersandar lebih banyak hadis daif daripada hadis sahih.
Apakah antara hadis daif itu?
DR. HAYEI: Perlu dijelaskan bahawa hadis daif tidak boleh dijadikan hujah bagi perkara-perkara yang berkaitan akidah dan hukum-hukum asas dalam Islam, kecuali dalam hal-hal yang berkaitan fada'il amal (kelebihan-kelebihan amal). Itupun hendaklah hadis yang dipilih tidak terlalu daif.
Tentang hadis-hadis yang menyatakan fadilat hari Jumaat, ada yang sahih dan ada yang daif, bahkan ada juga yang palsu dan sengaja direka-reka oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
Saya sebutkan di sini beberapa contoh amalan yang berkaitan hari Jumaat dan keterangan yang berhubung dengannya dari segi sahih, daif dan maudu' (palsu).
Imam Malik dalam al-Muatta 1/108 meriwayatkan: Sebaik-baik hari yang menyingsing matahari padanya ialah hari Jumaat, padanya Adam dijadikan, dimasukkan ke syurga dan dikeluarkan daripadanya.
Hadis ini menyatakan sebab mengapa hari Jumaat itu afdal, iaitu kerana ada hubungannya dengan sejarah Nabi Adam yang dicipta, dimasuk dan dikeluarkan dari syurga.
Selain hadis sahih ada pula hadis daif yang hanya boleh dipakai pada fada'il amal, tetapi tidak boleh dalam perkara yang menyentuh akidah. Misalnya orang yang meninggal pada hari atau malam Jumaat akan terlepas daripada seksa kubur atau tidak disoal oleh malaikat Mungkar dan Nakir.
Hadis ini diriwayat oleh Abu Nu'aym dalam kitabnya Hilyah al-Awltya, tetapi sanadnya terlalu daif.
Persoalan terlepas daripada seksa kubur dan soalan Mungkar dan Nakir adalah termasuk dalam hal-hal akidah. Justeru, meninggal pada hari Jumaat tidak memberi apa-apa erti yang istimewa.
Jika ada keistimewaan diperoleh si mati itu, maka bukan disebabkan kematiannya pada hari Jumaat, tetapi kerana sebab lain, seperti amal ibadat, perjuangan dan jihadnya pada jalan Allah SWT.
Demikian juga dengan beberapa jenis syahid dunia, seperti kematian kerana sakit perut, lemas air, bersalin, kerana mempertahankan nyawa, ditimpa bangunan dan mati di luar negara, disenaraikan sebagai mati syahid yang terselamat daripada seksa kubur.
Saya berpendapat, di samping sebab kematian itu ada lagi faktor yang lebih utama bagi kematiannya, seperti jihad kerana mempertahankan agama Allah.
Kita sedia mengetahui, ramai para sahabat yang kanan dan kuat iman serta sumbangannya kepada Islam tidak meninggal dunia pada hari Jumaat, bahkan Nabi Muhammad SAW sendiri tidak diwafatkan pada hari itu.
Jika hari Jumaat merupakan hari terbaik untuk kematian, nescaya Allah memilih hari itu untuk diwafatkan nabi-nabi pilihannya.
Sebaliknya, kita dapati ramai orang bukan Islam, atau orang yang cara hidupnya tidak lurus dengan Islam, meninggal dunia pada hari Jumaat.
Apakah hari kematian itu suatu keistimewaan baginya, atau menyebabkannya terlepas daripada seksa kubur dan soalan Mungkar dan Nakir?
Bagaimana pula dakwaan tarikh wukuf jika jatuh pada hari Jumaat juga boleh diubah bagi mengelak berlakunya haji akbar?
DR. HAYEI: Saya pernah mengikuti ceramah yang menyebut kelebihan hari Jumaat dan fadilat wukuf pada hari itu.
Sayangnya, hujah-hujah yang diberi kebanyakannya lemah dan tidak bersandarkan al-Quran dan hadis sahih.
Ada juga penceramah mempersalahkan pihak-pihak tertentu jika wukuf tidak berlaku pada hari Jumaat. Misalnya kerajaan Arab Saudi sengaja ubah tarikh wukuf kepada hari-hari selain Jumaat, bagi elak terpaksa membebaskan ramai tahanan yang dipenjara akibat pelbagai kes jenayah dan yang dihukum dengan kerja-kerja berat.
Saya kurang pasti sejauh mana kebenaran fakta ini, sehingga tarikh wukuf boleh diubah. Sebabnya, ini adalah bulan Islam dan ibadat haji itu adalah peraturan Allah. Bukan kita boleh tukar tarikh sesuka hati.
Lagipun, cerita haji akbar itu memang lama wujud dalam kitab-kitab dan penulisan Islam. Kesahihannya ditolak oleh ulama dalam kitab-kitab dan penulisan mereka.
Sebagai contoh, Ibn al-Qayyim dalam kitabnya Zad al-Ma'ad 1/12 menyatakan, haji akbar dengan pengertian apabila hari wukuf berlaku pada hari Jumaat dan keistimewaan haji pada tahun itu menyamai 72 kali haji biasa adalah batil (salah dan tidak bersumberkan dalil-dalil yang sah, sama ada daripada Rasulullah, sahabat, mahupun tabiin).
Kenyataan Ibn al-Qayyim ini di samping menafikan propaganda oleh pihak tertentu, seharusnya menjadi hakim dan pemutus kata dalam isu haji akbar yang dibincangkan.
Penafian adanya haji akbar oleh Ibn al-Qayyim, tidak bermakna istilah itu tiada dalam al-Quran dan hadis. Memang ada istilah itu, tetapi dengan pengertian hari wukuf atau hari yang pada malamnya bermula wukuf di Arafah, bermalam di Muzdalifah, melontar jamrah dan beberapa amalan haji yang disempurnakan pada hari itu.
Haji akbar dengan pengertian ini kerap disebut dalam al-Quran dan hadis, iaitu dalam surah al-Taubah, ayat 3. Demikian juga dalam hadis riwayat Abu Daud yang membawa maksud: Pada suatu hari baginda Rasulullah berdiri di Mina, Baginda bertanya jemaah haji yang hadir berwukuf: Tahukah anda apakah hari ini? Para sahabat menjawab: Hari ini hari nahar (sembelihan korban). Sabda baginda: Hari ini juga dinamakan hari haji akbar.
Kesimpulannya, haji akbar dengan pengertian haji yang wukuf berlaku pada hari Jumaat tidak wujud dalam amalan Islam. Sebaliknya haji akbar berlaku pada setiap tahun, iaitu nama kepada amalan haji yang dikerjakan pada malam wukuf di Arafah dan kerja-kerja yang disempurnakan pada harinya.
Hakikat Asya'irah
Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN
|
|
| kejahilan menghuraikan sifat-sifat Allah SWT boleh menyebabkan berlakunya perpecahan di dalam ummah. - Gambar hiasan |
PERHENTIAN kita yang seterusnya dalam menelaah kitab Mafahim Yajib an Tusohhah (Kefahaman Yang Wajib DiPerbetulkan) karya al-Muhaddith Dr.Sayyid Muhammad bin 'Alawi al-Maliki ialah tentang salah faham terhadap mazhab akidah Asya'irah. Asya'irah adalah gelaran kepada mereka yang mengikut pegangan mazhab akidah yang dirumuskan oleh al-Imam Abu al-Hassan al-Asy'ariy RH. Ia merupakan mazhab akidah majoriti besar umat Islam sepanjang zaman.
Pun begitu, masih ramai umat Islam tidak mengetahui tentang mazhab Asya'irah. Mereka tidak mengenali siapakah yang dimaksudkan dengan al-Asya'irah dan kaedah mereka di dalam bidang akidah. Lantaran itu, sebahagian daripada mereka tidak berhati-hati meletakkan Asya'irah di dalam kesesatan dan melemparkan tuduhan bahawa Asya'irah telah terkeluar daripada agama Islam dan tergolong di dalam golongan mulhid (terpesong daripada kebenaran) di dalam menghuraikan sifat-sifat Allah.
Kejahilan inilah yang menyebabkan berlakunya perpecahan terhadap kesatuan Ahli Sunnah dan merobek kesatuan umat Islam sehingga sebahagian orang-orang jahil menganggap golongan Asya'irah tergolong di dalam golongan yang sesat.
Saya tidak tahu, bagaimana mereka menyamakan di antara golongan yang beriman dengan golongan yang sesat, dan bagaimana mereka boleh menyamakan di antara golongan Ahli Sunnah dengan pelampau Muktazilah yang merupakan golongan Jahmiyyah? (pengikut Jaham ibn Sofwan yang berasal dari Khurasan. Mazhabnya dikenali dengan Jabariah yang berpendapat tidak ada ikhtiar bagi makhluk.)
Firman Allah SWT: Patutkah Kami (berlaku tidak adil dengan) menjadikan orang-orang Islam (yang taat) sama seperti orang-orang yang berdosa (yang kufur dan ingkar)." (Apa sudah jadi dengan akal kamu?) Bagaimana kamu menetapkan hukum (yang terang-terang salahnya itu)? (al-Qalam: 35-36)
Asya'irah ialah pemimpin-pemimpin ulama Islam yang membawa petunjuk dan ulama yang mempunyai ilmu meliputi timur dan barat. Kelebihan, keilmuan dan keagamaan mereka disepakati oleh manusia pada zaman mereka. Mereka merupakan tokoh-tokoh ulama Ahli Sunnah berwibawa tinggi yang berdiri teguh menentang kesesatan fahaman Muktazilah. Dalam mengupas tentang mazhab Asya'irah, Ibnu Taimiyyah berkata: Ulama ialah golongan pembantu ilmu-ilmu agama, manakala Asya'irah ialah golongan pembantu usul agama. (Al-Fatawa: H: 16, Juzu' 4)
Sesungguhnya mereka merupakan tokoh-tokoh hadis, fekah dan tafsir dari kalangan tokoh-tokoh imam yang utama seperti Syeikh al Islam Ahmad Ibnu Hajar al 'Asqalani RH; syeikh dan pakar hadis yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Beliau juga merupakan pengarang kitab Fath al Bari 'ala Syarh al Bukhari yang tidak dapat tidak, diperlukan dan dipegang oleh semua ulama. Beliau berpegang dengan mazhab Asy'ari.
Begitu juga syeikh ulama Ahli Sunnah; Imam Nawawi RH, pengarang Syarah Sohih Muslim dan karya-karya lain yang masyhur, bermazhab Asy'ari. Syeikh Ahli Tafsir, Imam al Qurtubi RH pengarang kitab Tafsir al Jami' li Ahkam al Quran, bermazhab Asy'ari. Syeikh al Islam Ibnu Hajar al Haitami RH pengarang kitab al Zawajir 'an Iqtiraf al Kabair, bermazhab Asy'ari. Syeikh Feqah dan Hadith, al Imam al Hujjah al Thabat Zakaria al Ansari RH, bermazhab Asy'ari.
Imam Abu Bakar al Baqilani RH, Imam al Qustallani RH, Imam al Nasafi RH, Imam al Syarbini RH, Abu Hayyan al Nahwi RH pengarang tafsir al Bahr al Muhit, Imam Ibnu Juzaiy RH pengarang kitab al Tashil fi Ulum al Tanzil dan lain-lain lagi, kesemuanya merupakan tokoh-tokoh Asya'irah.
Sekiranya kita hendak mengira bilangan pakar ilmuwan dari kalangan ahli hadis, tafsir dan fekah yang bermazhab Asy'ari, pasti tidak muat untuk ditulis di dalam kitab ini dan tentunya memerlukan beberapa jilid kitab untuk memuatkan kesemua nama ulama ini yang ilmu mereka tersebar luas di timur dan barat dunia. Sesungguhnya menjadi kewajipan ke atas diri kita, menyifatkan mereka dengan sifat-sifat yang baik dan mengenali kelebihan ahli ilmu yang telah menaburkan khidmat mereka kepada syariat Rasulullah SAW
Emas 'penyelamat' di dunia dan akhirat
Oleh ZURAIDA MOHYIN
Gambar JEFFRI IRAN
|
|
| Azlina Che Abdullah (kiri) bermesra dengan peserta Bengkel Korporat Muslimah 2010 sambil diperhatikan Mohd. Rais Alias. |
DALAM Islam, antara dua ibadat yang sangat dititikberatkan iaitu; solat dan zakat. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 43 yang bermaksud: Dan dirikanlah kamu akan solat dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk. Solat ialah berhubungkait soal peribadi individu itu dengan Allah (hablun minallah) manakala zakat ialah hubungan dengan sesama manusia (hablun minannas).
Topik kewajipan mengeluarkan zakat bukanlah asing bagi setiap daripada kita. Ini diukur menerusi jumlah kutipan zakat setiap tahun yang meningkat dari semasa ke semasa, sekali gus membuktikan kesedaran telah mula ada dalam setiap individu Islam dan syarikat korporat. Apatah lagi kewajipan ini telah ditegaskan dalam surah at-Taubah ayat 103.
Kalau sedekad yang lalu, orang kurang mengetahui tentang kewajipan mengeluarkan zakat daripada pendapatan atau gaji yang diperoleh setiap bulan, tetapi kini dengan promosi agresif agensi-agensi berautoriti berkaitan zakat serta penyediaan pelbagai kaedah pembayaran, telah membolehkan mereka yang layak hanya melaksanakannya di waktu dan tempat tanpa perlu lagi pergi ke kaunter-kaunter pungutan zakat.
Selaras dengan perkembangan ekonomi dan peningkatan jumlah usahawan wanita yang berpotensi menjadi pembayar zakat, Pusat Pengutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) mengadakan Bengkel Korporat Muslimah 2010 awal November lalu.
Bengkel setengah hari itu, menyentuh topik 'Perspektif Zakat Niaga & Emas' dengan tema Kilauan Firdausi telah membawa tiga pembentang iaitu; Pengurus Kanan Operasi Runcit Habib Jewels, Mohd. Zaruddin Mahmud yang mengupas tajuk 'Pengenalan Emas dan Perkembangannya di Malaysia'.
Panel kedua ialah Pengasas & Pengarah Urusan D'Navechee Beauty (M) Sdn. Bhd., Datuk Azlina Che Abdullah, yang membicarakan tajuk, 'Usahawan dan Perniagaan: Zakat Dilaksanakan' serta pembentang yang tidak perlu diperkenalkan, penceramah bebas dan perunding motivasi, Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood dengan tajuk, 'Zakat dan Perhiasan'.
Pengurus Besar PPZ-MAIWP, Mohd. Rais Alias dalam ucapan perasmian berkata, wanita dan emas diibaratkan seperti irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan, ia begitu sinonim dengan kaum wanita. Begitu juga wanita dalam sektor perniagaan.
Maka, katanya, tidak hairanlah wanita masa kini dilihat mampu membantu meningkatkan ekonomi negara, khususnya dalam bidang keusahawanan.
Menurut beliau, jika dahulu orang mengatakan tempat wanita layaknya di dapur tetapi kini segalanya sudah berubah. Malah lebih membanggakan wanita mampu bersaing setanding dengan kaum lelaki.
"Namun, keghairahan usahawan wanita dalam meningkatkan ekonomi negara menjadikan mereka lupa bahawa sebenarnya mereka juga perlu menunaikan tanggungjawab berzakat.
"Atas dasar tanggungjawab itulah menyebabkan PPZ-MAIWP terpanggil mengadakan bengkel pagi ini, sekali gus memberi kesedaran kepada usahawan wanita kita," kata Mohd. Rais di hadapan hampir 200 peserta bengkel tersebut.
Sementara itu, dalam kertas kerjanya, Mohd. Zaruddin berkongsi maklumat mengenai perkembangan emas di Malaysia. Katanya, emas telah menjadi sebahagian daripada kaum wanita. Namun, sejak akhir-akhir ini, kaum lelaki juga mula berjinak-jinak dengan logam emas. Bukan untuk dipakai tetapi untuk pelaburan.
"Disebabkan nilai yang ada pada emas itulah maka ia amat berharga. Emas tidak terlalu terpengaruh dengan keadaan inflasi dan deflasi. Maka secara tidak langsung, orang gunakan emas sebagai alternatif menyimpan harta yang ada.
"Selain itu, emas juga menjadi menjadi simbol kekayaan dan kuasa. Emas juga boleh disimpan dalam bentuk nilai walau dalam keadaan ekonomi tidak menentu," katanya.
Terangnya lagi, trend semakin berubah iaitu daripada emas kuning kepada emas putih dan kini yang semakin diminati iaitu Rose Gold (emas yang berwarna ros). Perubahan cita rasa ini dikesan sejak tahun lepas. Pun begitu emas dengan reka corak sauh masih lagi diminati atau evergreen sampai sekarang.
Menyentuh perkembangan emas di Malaysia, sejak kebelakangan ini, ramai masyarakat tidak kira bangsa dan agama berlumba-lumba membeli emas sebagai satu alternatif untuk pelaburan.
"Ketika ekonomi negara merudum iaitu pada tahun 1997 dan 1998 dan dua tahun lepas, harga emas tidak jatuh tapi terus naik. "Meskipun, emas dianggap sebagai penyelamat semasa keadaan ekonomi tidak menentu. Namun, untuk tujuan pelaburan, seseorang itu kena bijak tentang selok-belok pelaburan emas," jelasnya.
Akui Mohd. Zaruddin, satu perkembangan yang sihat berlaku di mana kaum wanita sekarang ini semakin lama semakin bijak. Ini kerana mereka bukan sahaja membeli emas sebagai perhiasan tetapi sebagai pelaburan.
"Bagi saya, kita tidak perlu menunggu sehingga harga emas turun barulah merancang untuk membeli emas tetapi boleh bermula daripada sekarang.
"Malah, kita boleh mulakan dengan menggantikan duit simpanan atau duit hari raya anak-anak dengan membeli barangan kemas mereka.
"Cara ini secara tidak langsung, mendidik anak melabur secara bijak berbanding wang yang diperoleh dibeli telefon bimbit dan sebagainya," ujarnya.
Pada pagi itu juga, jutawan tanah air, Datuk Azlina Che Abdullah berkongsi beberapa rahsia kejayaan yang bermula dengan menjual kuih-muih, kemudian menjadi guru, kerani, setiausaha dan akhirnya, bergelar jutawan.
"Dulu saya memang penggemar emas sehingga pernah diperli oleh suami tetapi apabila saya jatuh tahun 1996, barang kemas itulah yang menjadi modal untuk meneruskan kesinambungan peniagaan.
"Adat orang berniaga, ada ketikanya mengalami naik turun di dalam perniagaan. Tetapi dengan melaksanakan kewajipan berzakat, banyak bersedekah, bersih hati serta ikhlas kerana Allah dalam setiap perbuatan, maka keberkatan rezeki itu memang sukar dinafikan," jelasnya.
Dahulu, kata Azlina, hati beliau selalu berkata, hendak bayar zakat nanti tunggu kaya dahulu. Apabila sudah kaya, masih tidak bayar dengan alasan sibuk.
"Saya tidak salahkan orang lain kerana pada masa itu saya jahil, saya ingatkan dengan membayar zakat sendiri kepada fakir miskin itu sudah mencukupi tetapi lama-kelamaan saya sedar yang selama ini, saya tidak melakukannya secara betul," akui Azlina apabila mula membayar zakat secara betul bermula tahun 2004, rezekinya terus bertambah.
Cerita wanita gigih ini lagi, ibunya seorang ibu tunggal dahulunya adalah seorang penerima zakat. Bermula daripada saat itulah, beliau sentiasa berdoa dan meminta Allah SWT memudahkannya agar dapat menaikkan martabat ibu yang juga tulang belakang mereka anak-beranak.
Salah satu ayat yang sentiasa menjadi pemangkin semangat kepadanya, kata Azlina ialah sepotong ayat daripada surah ar-Rad ayat 11 yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib yang ada pada diri mereka sendiri.
Begitu juga dalam surah al-Insyirah ayat 5 dan 6 yang bermaksud: Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
Tetamu malam
SEORANG sahabat datang menemui Rasulullah SAW mengadu kelaparan dan kesusahan yang dialaminya. Keadaan sahabat itu sangat daif dan miskin dengan pakaian yang compang-camping, rambut kusut-masai dan badannya kurus serta cengkung. Melihat keadaan sahabat itu, baginda menjadi sedih dan simpati.
Sebagai tetamu baginda menerimanya dengan seikhlas hati. Kebetulan pada ketika itu baginda tidak mempunyai apa-apa makanan dalam rumahnya untuk dirinya ataupun untuk diberikan kepada sahabat tersebut.
Baginda pun memanggil sahabat-sahabatnya lalu bertanya: "Adakah sesiapa yang sanggup melayani sahabat ini sebagai tetamu bagi pihakku pada malam ini?"
Mendengar pertanyaan baginda itu, seorang Ansar telah menyahut: "Ya Rasulullah saya sanggup melakukan seperti kehendak tuan itu."
Lantas tetamu itu pun dibawa pulang ke rumahnya dan beliau memberitahu isterinya bahawa orang itu adalah tetamu Rasulullah.
Oleh itu, mereka dikehendaki melayan dengan sebaik-baik layanan sekadar yang mampu. Mereka juga hendaklah menjamu orang itu dengan apa jua makanan yang ada.
Isteri orang Ansar itu memberitahu suaminya bahawa di rumah mereka tidak ada apa-apa makanan kecuali sedikit makanan untuk anak-anaknya sahaja.
Sambil berfikir, orang Ansar itu menyuruh isterinya bermain-main dengan anak-anaknya sehingga mereka tertidur. Jadi makanan yang ada itu dapatlah diberikan kepada tetamu tadi.
Orang Ansar itu juga berpesan kepada isterinya agar semasa tetamu itu sedang makan, dia hendaklah memadamkan pelita dan berpura-pura memperbaikinya. Isterinya hanya menurut kata suaminya itu dengan patuh dan taat.
Rancangan orang Ansar itu berjalan lancar. Dia pun menjemput tetamu itu untuk makan sambil duduk bersama-sama dengan tetamu tadi.
Apabila isterinya memadamkan pelita, si suami tadi berpura-pura mengambil dan mengunyah makanan. Tetapi sebenarnya dia langsung tidak mengambil makanan. Dia hanya berpura-pura di hadapan tetamu tadi.
Dalam keadaan yang gelap, tetamu tadi menyangkakan orang Ansar itu sedang makan bersamanya. Dia tidak tahu bahawa makanan itu hanyalah cukup untuk dirinya sahaja.
Keesokan harinya, pergilah orang Ansar ini menemui Rasulullah. Dia disambut baik oleh Rasulullah dan berkatalah baginda: "Wahai orang Ansar! Allah sangat menghargai layananmu semalam terhadap tetamu."
Sikap orang Ansar itu sangat menyenangkan hati Rasulullah. Baginda turut menasihati para sahabat dan seluruh kaum Muslimin supaya mencontohi sifat yang ada pada pemuda Ansar itu. Perbuatan menghormati tetamu sangat baik dan harus dipuji serta dicontohi.
Hidayah milik Allah
Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI
Mukadimah
Sheikh al-Maraghi berkata: "Sesungguhnya Allah SWT menerangkan bukti-bukti kekuasaan-Nya, menarik perhatian golongan pengingkar agar memerhatikan tanda-tanda kekuasaan dan kemampuan-Nya mengatur alam ini, kemudian Dia mencela keingkaran dan kegagalan mereka dalam kebatilan dengan hujah yang terang dan bukti jelas, lalu disusuli dengan perintah-Nya kepada Rasulullah SAW agar mengingatkan mereka dengan bukti-bukti ini yang tidak perlu diragukan lagi".
Firman Allah SWT: Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan.
Ibn Kathir berkata: "Iaitu beri peringatanlah kepada manusia dengan apa yang aku utuskan kepada mereka".
Syed Qutub menambah: "Oleh itu peringatkan mereka dengan alam akhirat dan segala isinya. Dan peringatkanlah mereka dengan kejadian dunia dan segala isinya. Tugasmu adalah memberi peringatan.
"Inilah sahaja batasan tugasmu dan ini sahaja perananmu dalam dakwah. Selain dari itu tiada lagi tugas dan tanggungjawabmu kerana engkau diberi kemudahan dan ditugaskan melaksanakannya".
Firman Allah SWT: bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu).
Al-Mawardi menukilkan tiga pendapat ulama berkenaan tafsiran ayat ini, iaitu:
* Kamu bukanlah penguasa yang boleh mengalahkan seseorang. Inilah pendapat al-Dahak.
* Kamu bukanlah orang yang bersifat perkasa. Inilah pendapat Ibn Abbas.
* Kamu bukanlah Tuhan. Inilah pendapat al-Hasan.
Ini semua menunjukkan bahawa Rasulullah SAW tidak mampu memaksa mereka beriman.
Al-Maraghi berkata: Ia memberi maksud wahai Muhammad, engkau adalah penyeru dan tidak mempunyai kuasa untuk menundukkan hati mereka. Allah SWT sendiri yang menguasai mereka dan mempunyai kekuasaan atas jiwa mereka.
Oleh sebab itu, sesiapa yang berpaling daripada peringatan dan mengingkari kebenaran yang dikemukakan kepadanya, Allah SWT akan mengazabnya di akhirat kelak.
Kadang-kadang Allah SWT menambahkannya dengan seksa di dunia seperti diperangi, ditawan keluarganya, dijajah harta kekayaannya dan bencana-bencana yang lain.
Firman Allah SWT: akan tetapi sesiapa yang berpaling (dari kebenaran) serta ia kufur ingkar.
Ibn Kathir berkata: "Berpaling daripada amalan dengan segala rukunnya dan kufur dengan kebenaran sama ada melalui hati atau lisannya".
Al-Mawardi berkata: "Ada dua tafsiran ulama, iaitu berpaling daripada kebenaran dan kufur dengan nikmat. Sedangkan yang kedua pula berpaling daripada mengikut rasul dan kufur dengan Allah SWT. Inilah pendapat al-Dahak.
Firman Allah SWT: maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya.
Sayid Qutub berkata: "Mereka pasti akan pulang kepada Allah dan Allah tetap akan menghukum mereka".
Al-Maraghi berkata: "Kadang-kadang Allah SWT menambahkannya dengan seksa di dunia seperti diperangi, ditawan keluarganya, dijajah harta kekayaannya dan bencana-bencana yang lain".
Firman Allah SWT: Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka, selain dari itu, sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka.
Ibn Kathir berkata: "Mereka akan kembali pada Allah dan Kami pasti menghisab serta membalas segala amalan mereka. Jika baik dibalas baik dan jika buruk dibalas buruk".
Al-Maghari berkata: "Tidak ada jalan untuk melarikan diri bagi orang yang berpaling dan tidak ada jalan melepaskan seksa yang dijanjikan itu. Ini kerana mereka bakal kembali kepada-Ku".
Sesungguhnya benarlah firman Kami akan menyeksa mereka dan menghisab semua perbuatan yang telah mereka kerjakan.
Firman ini sebagai penghibur hati rasul-Nya dan menghilangkan kesedihan dan penderitaannya akibat pendustaan mereka kepadanya dan penentangan mereka yang berterusan terhadap baginda.
Penutup
Syed Qutub berkata: "Dengan penjelasan ini peranan Rasulullah SAW di dalam dakwah dan peranan para pendakwah yang datang selepas beliau telah dihadkan pada batasnya yang tertentu, iaitu tugas engkau ialah memberi peringatan.
"Selepas itu terserah kepada Allah urusan menghisabkan amalan-amalan mereka. Mereka tetap akan kembali kepada Allah. Mereka tidak mungkin melepaskan diri daripada hisab dan hukuman Allah.
"Namun, hendaklah difaham bahawa setengah dari tugas menyampaikan dakwah adalah menghapuskan halangan dan rintangan supaya dakwah sampai kepada manusia.
"Inilah tugas jihad yang difahamkan daripada al-Quran dansirah Rasulullah SAW tanpa kecuaian dan keterlaluan".
Semoga Allah SWT menjadikan kita di kalangan hambanya yang soleh sentiasa berpegang dengan petunjuk dan hidayah-Nya. Amin.
Solat berjemaah bagi wanita
Soalan
SAYA hendak bertanya perihal solat bagi jemaah wanita yang berimamkan wanita, pada waktu Maghrib, Subuh dan Isyak adakah kita baca al-Fatihah setelah selesai imam baca al-Fatihah atau kita baca al-Fatihah serentak? Saya musykil sebab kaum perempuan baca secara perlahan di dalam sembahyang. Kita mungkin tidak mendengar imam perempuan membaca al-Fatihah. Atau bolehkah imam perempuan menguatkan suara di dalam sembahyang supaya boleh di dengar makmum?
Jawapan
Imam perempuan boleh kuatkan suara tapi tidak dengan nada yang nyaring malahan untuk didengari oleh para jemaah wanita sahaja. Keadaan ini berbeza dengan solat jemaah yang diimamkan oleh orang lelaki.
Imam bagi jemaah lelaki adalah dituntut supaya membaca dengan nyaring di dalam solat-solat yang dibaca dengan nyaring.
Sekiranya solat yang ditunaikan bersama imam wanita adalah solat-solat yang menuntut bacaan jahr (kuat) maka makmum daripada kalangan wanita hendaklah menunggu sehingga imam selesai membaca surah al-Fatihah.
Apabila kaum wanita melaksanakan solat berjemaah yang diimami oleh seorang wanita maka sebahagian ulama memandang baik, hal ini berdasarkan beberapa riwayat di antaranya riwayat daripada Raithah Al-Hanafiyah: "Bahawasanya Aisyah r.h.a pernah mengimami wanita pada salah satu solat wajib, dan beliau berdiri di antara mereka" (HR. Daraquthni).
Diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.h: "Bahawasanya beliau (Ummu Salamah, isteri Nabi SAW) mengimami para wanita; beliau berdiri di tengah (shaf)" (HR. Abdur Razzaq dan Al Baihaqi).
Berkata Syeikh Jibrin hafizahullah: "Ada pun solat berjemaah bagi wanita maka hal tersebut tidak mengapa dan bagi wanita yang memimpin solat tersebut berdiri di saf makmum, namun mereka tidak mendapatkan keutamaan solat berjemaah sebagaimana yang diperoleh oleh kaum lelaki yang melaksanakan di masjid, dan tidak dibenarkan bagi seorang lelaki untuk meninggalkan solat berjemaah di masjid dengan alasan akan melaksanakannya secara berjemaah di rumahnya bersama-sama dengan keluarga atau kaum wanita kerana mendatangi masjid untuk melaksanakan solat fardu adalah sangat dituntut bagi lelaki." (Lihat Fatawa Islamiyah 1:363)
Soalan
Adakah dikenakan dam bagi badal haji apabila ia dikerjakan secara haji tamattu'?
Jawapan
Ya, orang yang mengerjakan haji badal secara tamattu' juga dikenakan dam. Dam ini dikenakan ke atas orang yang masuk mekah pada bulan haji dengan mengerjakan umrah terlebih dahulu sebelum mengerjakan haji.
Tamattu' bermaksud berseronok dengan kelapangan dengan tiada keterikatan dengan ihram. Oleh yang demikian hendaklah orang yang mengerjakan haji secara tamattu' membayar dam. Dam ini wajib dibayar biarpun yang menunaikan haji tamattu' itu adalah haji badal.
Asal makna dam ialah darah. Kemudian dipakai sebagai nama binatang ternakan yang disembelih kerana menebus kesalahan atau menutupi kekurangan dalam masa mengerjakan haji atau umrah. Kemudian digunakan perkataan ini untuk sebarang denda ganti penyembelihan.
Dam yang dikenakan ke atas orang yang mengerjakan haji tamattu' ialah satu sahaja, yang boleh dibayar sebelum selesai mengerjakan haji atau selepasnya. Adapun umrah yang dikerjakan berulang-ulang kali selepas umrah wajib.
Bagi haji tamattu' tidak dikenakan Dam di atas pekerjaan itu kecuali kalau ia melanggar perkara-perkara yang dilarang semasa mengerjakan umrah itu, maka barulah dikenakan Dam. Dengan menyembelih seekor kambing sudah dikira tertunai kewajipan dam.
Apa yang menarik di sini ialah, membayar dam bererti memberi manfaat kepada diri sendiri dan juga orang lain. Ini kerana kambing yang disembelih boleh dimakan oleh orang yang menyembelih yang membayar dam atau disedekahkan dagingnya kepada mereka yang memerlukan. Kewajipan dapat ditunai kebajikan pun dapat sama
Didik anak cara Islam
Oleh ZUARIDA MOHYIN
WALAUPUN ibu bapa pada zaman sekarang mementingkan pendidikan anak, namun masih ramai yang hanya memberi menekankan kepada aspek akademik semata-mata berbanding pendidikan rohaniah dan sahsiah diri.
Hakikatnya kita sentiasa dipesankan agar menjaga diri dan keluarga sebagaimana dalam surah at-Tahrim ayat 6, Allah berfirman yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka.
Jelas di sini, dalam usaha kita menjauhkan diri kita dan keluarga daripada api neraka, maka kita perlu mendidik ahli keluarga dengan sebaik-baiknya. Maka itu, sebelum kita bergerak ke arah perubahan maka diri kita sendiri perlu diperkasakan dahulu.
Pendidikan ke atas anak-anak perlu bermula sejak kecil dan ibu, bapa atau penjaga wajib mengajarkan kepada anak-anak dan jagaan mereka mengenai perkara yang perlu mereka ketahui sebagai bekalan apabila mereka baligh.
Ibnu al-Qayyim menambahkan beberapa dalil lain yang menunjukkan kewajipan mendidik. Antaranya adalah seperti berikut:
"Ajarkan anak-anak kamu solat ketika mereka masuk usia tujuh tahun. Pukullah mereka sekiranya mereka melalikan solat apabila mereka berusia 10 tahun dan pisahkan tempat tidur mereka." (riwayat Ahmad dan Abu Daud)
"Tidak ada pemberian yang lebih baik daripada seorang tua kepada anaknya melebihi adab yang baik." (riwayat Ahmad dan Tirmidzi)
"Apabila kamu mendidik anakmu, ia adalah lebih baik bagimu daripada kamu bersedekah setiap hari sebanyak setengah cupak kepada orang-orang miskin." (riwayat Ahmad, Thabrani dan Baihaqi)
Sementara itu, Ibnu Umar pula berkata: "Ajar anakmu kerana kelak Allah bertanya kepadamu mengenai apa yang kamu ajarkan kepadanya. Allah juga akan bertanya kepada anakmu berkenaan bakti dan ketaatannya kepadamu."
Seperkara yang perlu ditakuti oleh setiap yang bergelar ibu dan bapa ialah Ibnu Said dan Ibnu Abbas menyatakan, Rasulullah SAW ada bersabda: Siapa yang mendapat anak, berikan dia nama yang baik kepada anaknya dan mendidiknya dengan baik. Apabila anak itu mencapai usia baligh, hendaklah dia dikahwinkan kerana sekiranya anak mencapai usia baligh tetapi tidak berkahwin dan kemudian dia berzina, orang tuanya yang menanggung dosa."
Apabila ibu bapa melaksanakan tanggungjawab mendidik dengan baik, bererti mereka menjaga diri sendiri dan anak-anak mereka daripada api neraka.
Ini menjelaskan kepada kita bahawa mendidik adalah kewajipan syariat bagi setiap orang yang menjadi pemimpin, sesuai dengan kadar tanggungjawab dan tahap kepimpinannya. Sekiranya ada yang menganggap ia perkara remeh, lantas mensia-siakan tugas mendidik itu, nescaya mereka tidak terhindar daripada api neraka.
Lantaran itu, dalam usaha melaksanakan pendidikan berlandaskan ajaran Islam, kita perlu mengetahui bagaimana kita hendak memulakannya dan apa yang diperlukan apabila kita berada di titik permulaan.
Kedua, kita perlu mengetahui siapakah jemaah pertama yang menerima didikan Nabi Muhammad secara langsung. Jemaah generasi inilah yang perlu dijadikan panduan dan rujukan kita dalam cara pendidikan selepas kitab Allah dan sunnah Nabi, bukannya meniru cara hidup ataupun masyarakat di Barat sana.
Ketiga, kita perlu menyedari tidak ada jalan lain selain jalan yang ditempuh oleh generasi pertama yang terkeluar daripada kejahilan. Generasi ini yang terdiri daripada para sahabat, akhirnya mencapai puncak tertinggi dalam Islam.
Oleh itu orang yang melaksanakan tugas mendidik perlu mempunyai sifat-sifat tertentu supaya mereka boleh melakukannya dengan baik. Antaranya; hikmah, soleh, mempunyai kemahiran dalam pengurusan manusia, mewujudkan kemaslahatan manusia, melakukan kebaikan, berpengetahuan, mengamalkan ilmu dan mengajarkannya kepada orang lain, mengajar secara berperingkat iaitu dimulakan daripada yang kecil ataupun yang mudah dan hanya mengamalkan dan mengajarkan ilmu yang diperintahkan oleh Allah.
Begitulah sebahagian ilmu-ilmu penting berkenaan pendidikan anak secara menyeluruh yang dikupas di dalam buku Mendidik Anak Perempuan. Ia bagi memastikan ibu bapa pada hari ini bersedia memberikan didikan rohani dan sahsiah diri kepada anak perempuan sejak lahir, sehingga mereka berumah tangga.
Buku tulisan Abdul Mun'im Ibrahim juga bertujuan;
l Menunjukkan betapa pentingnya perasaan malu yang harus dijaga oleh anak perempuan sama ada dalam ucapan, perbuatan mahupun sikap.
l Mengelakkan ramai wanita terlibat dalam aktiviti tidak bermoral yang berpunca daripada kurangnya didikan agama yang sempurna.
l Menambahkan pengetahuan ibu bapa mengenai didikan anak gaya Rasulullah SAW yang menitikberatkan cara didikan bersepadu dan holistik kepada anak perempuan.
l Menjelaskan ajaran Islam yang memuliakan dan menyelamatkan kaum wanita daripada kehinaan seperti yang wujud pada zaman jahiliah.
l Anak perempuan adalah pihak yang banyak mengundang fitnah seperti yang pernah nabi sebutkan.
Buku setebal 397 muka surat ini terbahagi kepada 13 bab yang mengandungi tajuk-tajuk; Definisi Baligh, Mendidik Anak Cara Islam, Bersikap Adil kepada Anak, Mendoakan yang Terbaik untuk Anak, Mendidik Anak Sejak Saat Kelahiran, Pengaruh Keadaan Sekeliling kepada Pendidikan Anak, Kaedah Ganjaran dan Hukuman, Mendidik Anak Perempuan Sebelum Berusia 3 Tahun Sehingga 6 Tahun, Mendidik Anak Perempuan Sebelum Berusia 9 Tahun Sehingga 10 Tahun, Mendidik Anak dengan Akhlak yang Baik, Menerangkan Perkara-Perkara yang Terlarang, Mengajar Ilmu Rumah Tangga dan Perkara Penting Mendidik Anak Perempuan.
Sementara itu dalam buku Didik Anak Gaya Rasulullah yang ditulis oleh Prof. Dr. Huzaemah membahaskan secara terperinci berkaitan hukum-hakam, hak-hak serta kewajipan-kewajipan yang dimiliki anak kecil yang disokong oleh nas daripada al-Quran dan hadis.
Antara kandungan yang dibicarakan;
* Hukum dan hak yang ditetapkan kepada anak mengikut peringkat usia
* Segala perkara yang berhubung dengan bayi yang baru dilahirkan.
* Hukum berkhatan dan hikmah disyariatkan.
* Hukum menyusukan anak serta penjelasan mengenai syariat mendapatkan hak penjagaan anak.
* Penjelasan mengenai nafkah anak serta hukum anak dalam bersuci, solat, zakat, puasa dan haji.
* Hukum anak kecil dalam hal jual beli serta hikmahnya.
* Perincian mengenai pernikahan anak kecil, talak, kesaksian serta perihal wali.
Hasil kupasan yang ditulis oleh penulis yang memiliki kepakaran dalam bidang Fikah dari Universiti al-Azhar ini menjanjikan kepuasan yang luar biasa buat semua pembaca, khususnya para ibu bapa yang mahu mempelajari seterusnya mendalami hak-hak serta kewajipan-kewajipan permata hati mereka bagi memastikan mereka mampu mengharungi kehidupan yang sempurna di dunia yang serba mencabar ini.
Oleh itu, jika mahu melihat masa depan sesebuah negara, lihatlah pada generasi mudanya. Ungkapan bicara yang biasa disebut-sebut acap kali menyentuh soal golongan yang bergelar orang muda, belia dan beliawanis.
Itulah hakikatnya yang perlu diterima oleh semua. Anak-anak pada hari ini kelak akan menjadi orang dewasa yang mempunyai peranan penting pada masa hadapan. Bahkan di bahu mereka tergantung nasib dunia ini kerana mereka adalah harapan generasi tua dan pewaris agama, bangsa dan negara.
Perkembangan ilmu falak
Oleh MOHD. RADZI MOHD. ZIN
SETIAP kejadian yang berlaku di alam ini sama ada hujan, ribut petir, gerhana dan sebagainya perlu dikaji dan direnung secara empirik untuk mendapat formula kejadiannya serta bagaimana ia berlaku.
Ini termasuk menghasilkan output dalam bentuk produk yang dapat membantu meningkatkan keimanan dan kualiti hidup.
Dalam kehidupan masa kini, teknologi angkasa lepas yang paling ketara adalah teknologi satelit yang digunakan untuk tujuan kaji cuaca, komunikasi, penyelidikan alam sekitar dan atmosfera serta bagi tujuan ketenteraan.
Semua ini menunjukkan potensi dan manfaat hasil kajian manusia tentang ilmu falak.
Ini sebagai mana firman Allah yang bermaksud: Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar dan bulan bercahaya, dan Dialah yang menentukan tempat-tempat peredarannya (masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan hak. Allah menjelaskan tanda-tanda kebesaran-Nya bagi kaum yang mahu mengetahui. (Yunus: 5)
Ternyata, manfaat yang selama ini kita nikmati tanpa disedari daripada perkembangan ilmu falak adalah penentuan tarikh. Ini menjadi lebih penting terutama dalam merancang bilakah mulanya puasa Ramadan. Seterusnya menentukan cuti bagi membolehkan kita merancang perjalanan pulang berhari raya ke kampung.
Sumbangan ahli falak Yunani
Ahli astronomi purba telah memulakan beberapa teori dan siri pencerapan yang berguna untuk kajian falak seterusnya.
Antaranya, Aristarchus (310 SM -230 SM) yang membuat pengukuran saiz serta jarak bulan can matahari.
Erathosthenes (240 SM) mula membuat pengukuran diameter bumi manakala Hipparchus (150 SM) menggunakan kaedah matematik trigonometri untuk perhitungan astronomi.
Ptolemy (120 SM) pula mengemukakan konsep alam sistem geosentrik. Ia menunjukkan bahawa bumi menjadi pusat alam dengan planet lain serta matahari beredar mengelilinginya dengan jarak dan halaju tetap.
Ilmu falak dalam zaman tamadun Islam
Ahli falak Muslim memainkan peranan penting dalam perkembangan dan kemajuan ilmu ini. Mereka telah mengubah skop kajian ilmu falak yang bercorak tradisi kepada saintifik.
Pada zaman khalifah al-Makmum (813-833 M), beliau memerintahkan supaya ukuran lilitan bumi dibuat dengan menggunakan kaedah astronomi dan matematik.
Ahli falak Islam telah berjaya mendapatkan ukuran lilit tersebut sebagai 40,253 kilometer (km). Ukur lilit bumi yang diperolehi dalam pengukuran moden adalah 40,084 km.
Al-Makmum menjadikan kota Baghdad, Kufah dan Basraj sebagai pusat penyelidikan unggul dengan membina kompleks penyelidikan dan makmal yang dikenali Baitul Hikmah.
Pada masa yang sama, terdapat sekurang-kurangnya empat balai cerap yang aktif membuat penyelidikan iaitu balai cerap Kaherah, Qaisun di Damsyik, Shammasiya di Baghdad dan Maraghah di Turkistan.
Antara tokoh cendekiawan Islam dalam bidang ini ialah al-Biruni, al-Khawarizmi, Ibnu Sina dan al-Kindi.
Al-Biruni selain mengkaji tentang geografi dan geologi turut memperbaiki teori qamari mengenai saiz bumi, matahari dan planet.
Al-Khawarizmi pula membuat kajian qamari dan kenampakan anak bulan. Ibnu Sina pula pakar dalam astro fizik manakala ak-Kindi dikenali sebagai pakar matematik dan geografi
Dakwah seni Peter
Susunan ZUARIDA MOHYIN
SIAPAKAH gerangannya insan yang bernama Peter Gould ini? Melihat kepada komen-komen yang diberikan kepadanya sedikit sebanyak menggambarkan bahawa dia memiliki bakat uniknya dalam melihat keindahan Islam menerusi medium seni.
Peter Gould ialah seorang pereka grafik dan artis digital yang beroperasi di Sydney, Australia.
Menerusi jelajah dan pengajiannya ke Asia Barat sejak tahun 2002, secara tidak langsung memberikan ilham kepada Peter akan keunikan pergabungan kebudayaan yang mana ia mampu memberi penjelasan kepada salah faham terhadap Islam.
Hasil kerja Peter, 28, telah sampai kepada banyak khalayak. Bukan sahaja di Sydney malah seluruh dunia menerusi pameran, penampilan, projek-projek rekaan grafik dan gabungan dengan artis-artis lain.
Antara negara yang pernah dia adakan pameran ialah Amerika Syarikat, Malaysia, Australia, Singapura dan beberapa acara di Eropah serta Asia Barat.
Maka tidak hairanlah, Peter pernah dinobatkan oleh Yayasan Etika dan Kasih yang berpusat di United Kingdom (UK) sebagai artis Muslim berbakat pada 8 Oktober lalu.
Peter juga diberi penghormatan antara individu terpilih dalam satu penerbitan Kerajaan Australia iaitu The Australian Journey: Muslim communities.
Malah, beliau juga telah diberi gelaran sebagai Muslim Creative Artist of the Year at Mission of Hope's 2009 Achievement Awards.
Kejayaan demi kejayaan yang diterima itu sehingga Peter memenangi beberapa anugerah rekaan antaranya, ISNA 2009 pertandingan penjenamaan.
Peter juga telah menjalin kerjasama dengan ramai artis kreatif Muslim terkemuka, termasuk pakar kaligrafi dari China, Haji Noor Deen; artis jalanan UK, Mohammed Ali; pereka bentuk, Abdullateef Whiteman dan memiliki koleksi kekal gambar-gambar yang dirakam olehnya yang terpame di Zaytuna Institute di Berkeley, California.
Dia juga mengetuai sebuah studio rekaan yang mengendalikan pembangunan jenama, identiti, bahan pemasaran dan laman web yang mampu memenuhi kehendak pelanggan seluruh dunia.
Peter yang memeluk Islam pada 2002 adalah individu yang mengasaskan laman blog Azaan dengan misi untuk meneroka keghairahannya kepada reka bentuk grafik kontemporari, kesenian, fotografi dan berkongsi kekayaan sisi kerohanian dan visual tradisi Islam.
Peter pernah datang ke Malaysia kira-kira dua tahun lalu kerana terlibat dengan pameran Austrade Lifestyle Australia yang berlangsung di KLCC.
Dalam satu temuramah yang dikendalikan sebuah majalah berbahasa Inggeris, anak kelahiran Sydney, Australia itu memberitahu, hijrah akidahnya bermula pada usia akhir remaja dan memeluk Islam pada usia 20 tahun.
"Saya tidak mempunyai latar belakang agama yang kukuh. Namun minat saya kepada agama mula berputik apabila mengenali seorang wanita.
"Dia seorang yang penyabar dengan setiap persoalan yang saya utarakan kepadanya, bijak dan sangat cantik.
"Lama-kelamaan saya mula mengenali serba sedikit tentang pegangan agama dan kepercayaannya.
"Malah saya juga mengikuti beberapa ceramah agama, membaca buku-buku berkaitan.
"Setelah lebih kurang setahun, saya akhirnya, mengakui bahawa agama Islam itu adalah satu-satunya agama yang logik dengan fitrah manusia," kata Peter, wanita yang memperkenalkannya kepada Islam kini bergelar isterinya yang sah.
Akuinya lagi, berpeluang melancong ke beberapa negara Islam, merupakan satu pengalaman dan peluang yang amat bermakna.
Ini kerana bermula dari hijrah itulah, dia bukan sahaja bergerak dari satu lokasi ke lokasi, tetapi yang lebih berharga hijrah akidah daripada batil kepada benar.
"Sepanjang perantauan itu, saya mula memproses rakaman dan meluahkan setiap koleksi pengalaman menerusi bidang seni dan fotografi.
"Namun yang menjadi titik-tolak perubahan kepada saya ialah ketika melawat ke Alhamra, Andalusia, Sepanyol pada tahun 2003.
"Perasaan yang wujud ketika itu sukar hendak digambarkan. Ada semacam satu tarikan yang akhirnya membawa minat saya kepada pengkajian yang lebih mendalam tentang kesenian Islam," kata Peter.
Wasatiah dalam diri remaja
Oleh MOHD. FARID MD. ALIAS
|
|
| Bersikap sederhana dalam melakukan pelbagai aktiviti perlu diterapkan agar kita tidak terlalu taksub kepada sesuatu pekerjaan atau amalan. - Gambar hiasan |
WASATIAH atau bersederhana adalah sesuatu yang dituntut dalam Islam. Islam mengajar pendekatan wasatiah dalam setiap perkataan, pemikiran, tingkah laku, perlakuan serta amalan.
Namun begitu, adakah dengan bersikap sederhana ini akan menjadikan umat kita tidak maju dan ke hadapan?
Kebanyakan umat Islam kini menyalahgunakan istilah sederhana lalu tidak mahu maju dan berserah kepada nasib dan takdir. Bagaimana remaja boleh menghayati sikap wasatiah yang sebenarnya?
Bukan ambil mudah
Ajaran Islam mengajar kita supaya bersederhana pada percakapan dan pertuturan, pemikiran dan amalan. Waima begitu, wasatiah tidaklah melunturkan seseorang manusia daripada prinsip yang benar dan yang salah.
Sebagai remaja yang baru hendak meniti alam dewasa, remaja seringkali membuat keputusan secara terburu-buru tanpa mengambil pandangan semua pihak terdekat.
Kadangkala, remaja cepat melenting dan melatah dengan sesuatu isu yang menimpa mereka, lalu mengambil jalan melampau dengan memberontak dan melakukan sesuatu yang kurang elok.
Tidak kurang juga ada remaja yang berpura-pura tidak ambil tahu masalah yang menimpa, tetapi tanpa disedari ia membarah di kemudian hari jika tidak diselesaikan.
Remaja Islam yang mengamalkan sikap wasatiah akan berupaya menyaring sesuatu hikmah kejadian dan berusaha untuk menyelesaikan sesuatu isu sebaik-baik mungkin.
Selepas perang Badar misalnya, Rasulullah SAW bersetuju membebaskan tawanan perang dengan syarat mengajar anak-anak umat Islam ketika itu untuk membaca.
Sekiranya baginda bersikap melampau dan terlalu tegas, masakan tawanan perang itu dibebaskan begitu sahaja.
Daripada sini kita dapat melihat sikap keterbukaan dan bersederhana Rasulullah, walaupun dengan pihak musuh.
Oleh itu, bersikap sederhana membawa banyak kebaikan dan manfaat sekiranya dilakukan dengan hikmah dan bijaksana.
Bersikap sederhana tidaklah bermaksud meremeh sesuatu perkara atau mengambil mudah akan sikap dan pendirian.
Bersikap terbuka juga berkait rapat dengan sifat wasatiah. Sikap wasatiah juga mengimbangi akal pemikiran dan perlakuan daripada perbuatan melampau.
Bersikap sederhana bukan bermaksud mengambil mudah akan sesuatu perkara dan hanya berserah kepada takdir dan nasib untuk menentukan segalanya, tetapi ia lahir daripada ilmu yang benar, tahu membezakan yang mana benar dan yang batil serta bertolak ansur.
Menolak perkembangan ilmu, sains dan teknologi daripada Barat secara mutlak atas alasan ia berasal daripada sistem sekular dan menindas tidak harus dijadikan alasan untuk bersikap ekstrem terhadap sesuatu.
Barat suatu ketika dahulu mengambil manfaat daripada tamadun Islam terdahulu dan diadaptasikan untuk memajukan tamadun mereka sendiri.
Yang menjadi cabaran hari ini bagi remaja adalah mengimbangi antara mana benar dan mana yang salah. Jalan tengah seringkali dianggap jalan yang selamat, tetapi ia haruslah berlandaskan prinsip dan ajaran yang betul dan bijaksana.
Yang penting diinsafi oleh remaja ialah Islam prinsipnya adalah agama damai. Ada sesetengah kes-kes orang Islam yang mempamerkan imej negatif terhadap Islam.
Tetapi itu bukanlah gambaran sebenar terhadap ajaran Islam itu sendiri. Konsep salama membawa maksud sejahtera.
Islam tidak menolak kemajuan dan kesejahteraan, tetapi menuntut supaya umatnya sentiasa bersikap sederhana dan wasatiah dalam menjalani setiap jalan kehidupan tanpa mengenepikan prinsip-prinsip asas syarak dan tradisi
Wanita boleh bersolat dengan berpakaian tentera
SAYA seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang aktif dan bergiat dalam pasukan Askar Wataniah.
Kegiatan ini memerlukan saya mengikuti latihan di kawasan hutan.
Waktu juga terhad kerana saya terpaksa mengikuti jadual latihan yang padat. Kadangkala waktu untuk mengerjakan solat terbatas dan terganggu kerana saya hanya menggunakan pakaian yang dipakai ketika latihan.
Ini kerana saya tidak berkesempatan menukarkan pakaian bersih.
Kemudian jarak antara kawasan latihan dan penginapan tidak terlalu jauh sebagaimana yang disyaratkan untuk melakukan solat jamak dan qasar perlu lebih dua marhalah.
Adakah sah solat saya de�ngan pakaian yang kotor terkena lumpur, tanah (tidak pasti kebersihannya) dan mengambil kira faktor masa yang terbatas, adakah dibolehkan untuk saya melakukan solat jamak atau qasar?
NURUL AIN
Kedah
SOLAT fardu tetap wajib dilaksanakan dalam semua keadaan sama ada bermukim, bermusafir atau dalam latihan ketenteraan.
Memandangkan anda kadang-kadang kesuntukan masa, berpakaian tentera sepenuhnya tidak menghalang anggota wanita untuk bersolat.
Anggota wanita boleh berpakaian tentera untuk bersolat tanpa perlu menukar kepada pakaian khusus solat. Aspek utama yang perlu dipastikan ialah menutup aurat.
Syarat sah solat yang perlu dipatuhi iaitu (1) suci daripada hadas besar dan kecil, (2) suci daripada najis yang tidak boleh dimaafkan pada badan, pakaian dan tempat dan (3) menutup aurat iaitu bagi wanita seluruh tubuh badan termasuk rambut kecuali muka dan dua tapak tangan.
Pakaian yang semata-mata terkena lumpur dan tanah tidak najis. Mengenai solat qasar dan jamak pula dalam masa latihan terbabit diberi beberapa panduan.
(1) Solat qasar tidak boleh ditunaikan kerana anda bukan dalam musafir.
(2) Solat jamak hanya boleh ditunaikan dalam keadaan tertentu seperti musafir, sakit, hujan lebat dan kesuntukan masa kerana terlalu sibuk.
Bagaimanapun, solat jamak mempunyai syarat tertentu dan tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya kerana Nabi Muhammad s.a.w tidak melakukannya secara berterusan sebagaimana solat qasar dalam musafir.
Lebih afdal menunaikan solat secara biasa dan bukan jamak kecuali keadaan amat memerlukan. Biasanya lakukan jamak takdim dan bukan jamak ta’khir
2.5j selamat berwukuf
JEMAAH haji menunaikan solat Zuhur di Masjid Namira, di Padang Arafah, semalam.
ARAFAH: Kira-kira 2.5 juta umat Islam lengkap berpakaian ihram serba putih berkumpul di Arafah, perhimpunan tahunan terbesar di dunia ketika ibadah haji mencapai kemuncaknya di tempat di mana Nabi Muhammad (SAW) menyampaikan khutbah terakhir baginda.
Sambil melaungkan talbiah yang bermaksud “Ya Allah, hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu,” jemaah mula bergerak sebelum waktu Subuh untuk tiba di padang itu.
KIRA-kira 2.5 juta umat Islam dari pelbagai negara dan bangsa berwukuf semalam di Padang Arafah, tempat Rasulullah (SAW) menyampaikan khutbah selamat tinggalnya lebih 1400 tahun lalu.
SISTEM kereta api aliran ringan, Mecca Metro, memulakan operasi julung kalinya semalam untuk mengangkut sebahagian jemaah haji dari Mina ke Arafah. Untuk musim ini, kereta api itu hanya digunakan untuk mengangkut jemaah tempatan dan negara teluk saja. Jemaah terbabit juga akan menggunakan perkhidmatan kereta api ini untuk ke Muzdalifah dan kembali ke Mina hari ini. Dengan adanya kereta api itu, kesesakan di jalan raya antara tempat suci itu berkurangan.
SEBAHAGIAN jemaah yang mengambil kesempatan mendaki Jabal Rahmah ketika berwukuf di Arafah.
HAJI KECIL...seorang kanak-kanak dipimpin ibunya di Padang Arafah.
Ramai jemaah yang menyelusup melalui lautan manusia untuk sampai di puncak bukit yang dikenali sebagai Jabal Rahmah.
Mereka duduk di tebing bukit sambil membaca ayat al-Quran dan ada juga yang bersolat.
Sesetengahnya pula menggunakan telefon bimbit untuk mengambil gambar kawasan sekitar sementara yang lain duduk di atas hamparan tikar yang dibentang di atas batu-batan di situ.
“Sukar untuk menggambarkan perasaan saya,” kata jemaah warga Syria, Mossaad Mheymeed yang berdiri di atas puncak Jabal Rahma.
“Saya rasa seperti berada pada hari pembalasan. Terima kasih Ya Allah atas rahmat-Mu,” kata teman Mossaad, Hussein al-Alawi, 55, juga dari Syria.
Bukit batu granit setinggi 60 meter di kawasan padang yang luas itu dan berkeluasan tidak lebih 200 meter lebar mempunyai tiang setinggi empat meter di puncaknya di mana Rasulullah (SAW) menyampaikan khutbah haji terakhirnya di situ.
Jemaah berebut-rebut untuk menyentuh struktur simen tiang itu dengan sesetengah daripada mereka menangis walaupun ia tidak mempunyai makna dari sudut keagamaan.
Di bawah bukit kelihatan pemandangan serba putih yang menakjubkan terbentuk oleh lautan manusia yang berkumpul di Arafah.
Berpuluh-puluh bas yang terhenti cuba mencari ruang untuk bergerak di jalan raya empat lorong yang turut dipenuhi jemaah yang berjalan kaki.
Di satu sudut Arafah, wanita yang berkerusi roda dan kanak-kanak di dalam kereta tolak terperangkap di tengah-tengah lautan jemaah yang menuju ke pelbagai arah.
Pada waktu tengah hari pula, jemaah memenuhi Masjid Namira dan jalan raya serta khemah berhampiran untuk menunaikan solat menjadikan pemandangan di jalan utama Arafah bagaikan hamparan putih sejauh tiga kilometer.
Ada juga jemaah yang memanjat bumbung pondok komunikasi dan tandas awam kerana tidak menemui ruang kosong di kawasan itu untuk menunaikan solat.
Sebaik solat selesai, kebanyakan jemaah dilihat bertindihan antara satu sama lain ketika mereka bergerak ke arah haluan bertentangan.
Perhimpunan di padang Arafah adalah puncak kepada ibadah haji yang bermula Ahad lalu apabila lebih dua juta jemaah dari Makkah menuju ke Mina, bandar yang dipenuhi khemah dan akan ‘hidup’ hanya ketika ibadah haji selama lima hari.
Tiada laporan insiden buruk berlaku berikutan kawalan ketat petugas keselamatan.
Selepas terbenam mata hari semalam, jemaah mula keluar menuju ke Muzdalifah yang terletak di tengah-tengah perjalanan antara Arafah dengan Mina dan akan mabit di situ, satu daripada wajib haji.
Di situ juga mereka akan mengutip batu sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Mina dan melakukan kerja melontar jamrah peringkat pertama dan melaksanakan penyembelihan korban.
Sepanjang baki tiga hari ibadah haji bermula esok, jemaah akan tyerus bermalam di Mina dan melontar tiga jamrah sebelum kembali ke Makkah untuk mengerjakan tawaf, sekaligus menamatkan ibadah Rukun Islam kelima itu. - Agens
Lupa diri sendiri jika lupakan Allah
MANUSIA sering lupa. Ia menjadi kelemahan manusia yang menyebabkan hilang fokus terhadap amalan dan pekerjaan yang mereka lakukan.
Lupa juga berlaku kerana isteri ramai, asyik memikirkan cara untuk mengelak daripada dimarahi dan strategi sebagai penyelamat daripada diserang.
Namun, punca lupa yang paling menakutkan ialah apabila banyak lupa kepada Allah. Dalam al-Quran Allah berfirman yang bermaksud: "Janganlah kamu menjadi seperti orang yang melupai Allah, nanti Allah akan membuatkan kamu lupa diri kamu sendiri."
Lupa diri sendiri menurut ulama antara maksudnya ialah lupa pada hari akhirat. Ada yang lupa amalan dosa yang dilakukan hingga tidak terasa untuk bertaubat.
Selain itu, mereka lupa tanggungjawab sebagai suami, isteri dan anak, sehinggakan lupa fungsi hidup, lupa sebagai seorang pekerja, lupa tugas, lupa tanggungjawab dan amanah, lupa pada janji dan sebagainya.
Disebabkan terlalu banyak lupa, kita mesti selalu mengingati Allah dengan memberi peringatan serta melakukan analisis (muhasabah) terhadap diri sendiri.
Nasihat Imam al-Ghazali yang sangat mendalam, semoga ia menjadi bahan muhasabah kita. Suatu hari, Imam al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya.
Imam al-Ghazali bertanya (pertama): "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?" Murid-muridnya ada yang memberikan jawapan orang tua, guru, teman dan kerabatnya.
Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita adalah 'mati'. Sebab itu sudah janji Allah setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Lihat Surah Ali-Imran ayat 185).
Lalu Imam al-Ghazali meneruskan pertanyaan kedua: "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?" Murid-muridnya ada yang menjawab China, bulan, matahari dan bintang.
Imam al-Ghazali menjelaskan semua jawapan yang mereka berikan adalah benar, tetapi yang paling benar adalah 'masa lalu.'
Walau bagaimana hebat sekalipun kita, kita tidak boleh kembali kepada masa lalu. Oleh itu, kita perlu menjaga hari ini dan hari akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.
Lalu Imam al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan ketiga: "Apa yang paling besar di dunia ini?" Ada muridnya yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar, kata Imam al-Ghazali.
Tetapi, katanya, yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah 'nafsu' (sila rujuk Surah al-A'raaf ayat 179). Oleh itu, kita perlu berhati-hati dengan nafsu, jangan sampai nafsu menjerumuskan diri ke lembah neraka.
Pertanyaan keempat: "Apa yang paling berat di dunia ini?" Ada yang menjawab baja, besi dan tidak kurang yang mengatakan gajah.
Imam al-Ghazali berkata semua jawapan itu namun yang paling berat adalah 'memegang amanah.' (lihat Surah al-Ahzab ayat 72).
Tumbuhan, haiwan, gunung malah malaikat juga semuanya tidak mampu ketika Allah t meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini.
Bagaimanpun, manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah sehingga ramai manusia masuk ke neraka kerana tidak dapat memegang amanahnya.
Pertanyaan yang kelima: "Apa yang paling ringan di dunia ini?" Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan dedaun. Semua itu benar, kata Imam al-Ghazali, tetapi yang paling ringan di dunia ini ialah 'meninggalkan solat.'
Gara-gara keletihan dengan tugasan seharian kita meninggalkan solat. Pertanyaan keenam ialah: "Apakah yang paling tajam di dunia ini?" Murid-muridnya menjawab dengan serentak iaitu pedang.
Benar kata Imam al-Ghazali, tetapi menurutnya yang paling tajam ialah 'lidah manusia.' Ini kerana melalui lidah manusia dengan mudah menyakiti hati dan melukai perasaan rakan sendiri
Syaitan sukar gugat mereka beriman
HIDUP kita tidak sunyi daripada musuh dan antara musuh yang sering kita lupa ialah syaitan.
Syaitan adalah musuh yang agak 'pelik' kerana mereka tidak pernah berputus asa daripada rancangannya walaupun sedetik, sebaliknya sentiasa mencari kesempatan untuk menunaikan tugasnya.
Syaitan boleh melihat kita daripada sudut yang kita tidak dapat melihatnya. Mereka cuba pelbagai cara bagi memerangkap kita.
Salah satu daripada sifatnya ialah secara bersembunyi. Taktik dan perangkapnya mungkin berbeza kepada seseorang. Taktik yang digunakan juga bergantung kepada masa, tempat dan situasi.
Berlawanan daripada apa yang majoriti manusia fikir, syaitan bukanlah makhluk khayalan. Sebahagian daripada ujian di atas muka bumi ini, seorang itu perlu berjaga-jaga daripada syaitan.
Ini kerana selepas menderhaka kepada Allah, syaitan bersumpah untuk menyesatkan hamba Allah. Kedegilan syaitan ini dinyatakan di dalam al-Quran sebagai perkara penting untuk diingati.
Syaitan tidak mempunyai kuasa bebas tanpa Allah. Mereka diciptakan Allah dan berada di bawah kuasa Allah sepenuhnya. Syaitan juga hamba Allah dan hanya boleh melakukan sesuatu dengan keizinan daripada Allah.
Mereka ditugaskan untuk membezakan manusia yang benar-benar beriman daripada mereka yang tidak beriman. Mereka hanya boleh bertindak dengan izin Allah.
Apabila masa yang diberikan kepadanya tamat, dia akan dihumban ke dalam neraka bersama mereka yang disesatkannya.
Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku pasti akan memenuhi neraka jahanam dengan jenis kamu dan dengan orang-orang yang mengikuti kamu di antara mereka kesemuanya." (Surah S�d ayat 85).
Oleh itu, ingatlah bahawa syaitan sebenarnya tidak mempunyai kuasa ke atas orang-orang yang beriman. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam ayat berikutnya, mereka hanya mempunyai kuasa ke atas mereka yang tidak beriman dengan ikhlas dan
sebenarnya.
Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka." (Surah al-Hijr ayat 39-40)
Syaitan tidak boleh menyesatkan manusia yang beriman kepada Allah. Memang benar, orang-orang yang beriman juga cenderung melakukan kesalahan, tetapi mereka tidak pernah putus asa daripada mengharapkan rahmat daripada Allah, dan secepat mungkin meminta perlindungan kepada Allah dan bertaubat dengan seikhlasnya.
Kita diberitahu di dalam al-Quran mengenai mereka yang boleh disesatkan syaitan: Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakal kepada Tuhannya. Sesungguhnya kekuasaannya (syaitan) hanyalah atas orang-orang yang mengambilnya menjadi pemimpin dan atas orang-orang yang mempersekutukannya dengan Allah. (Surah an-Nahl ayat 99-100)
Ingatlah, syaitan mahu kita menjadi angkuh, sombong dan derhaka kepada Allah seperti dirinya. Mereka mengarahkan kita melakukan kejahatan melakukan sesuatu yang dimurkai Allah dan berkata sesuatu tentang Allah tanpa ilmu.
Syaitan cuba menghalang kita daripada memahami kebesaran dan kekuasaan Allah yang sebenarnya. Allah menerangkan tentang bahaya ini di dalam al-Quran seperti berikut: "Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Surah al-Baqarah ayat 168-169)
Usaha utamanya ialah untuk menakutkan manusia dengan kemiskinan iaitu matlamat yang boleh dicapai sekiranya mereka boleh membuatkan manusia lupa hari kiamat.
Tidak sedar bahawa semuanya di bawah kawalan Allah, dan tiada siapa yang boleh menghalang sebarang kebaikan yang Allah kehendaki, orang ini hidup tanpa sebarang perasaan bertanggungjawab dan mereka melakukan segala kesalahan
kepada Allah.
Syaitan menjanjikan (menakut-nakut) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir), sedang Allah menjanjikan untukmu keampunan daripada-Nya dan kurnia. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.
(Surah al-Baqarah ayat 268)
Taktik utama syaitan ialah melalui tipu daya. Allah menerangkan tentang tipu daya ini "...dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia." (Surah an-Nas ayat 4-5).
Sebagaimana diterangkan oleh ayat itu, syaitan mendekati manusia secara senyap-senyap, melalaikan manusia dengan perkara remeh dan tidak penting dan menampakkan kesalahan yang dilakukan seolah-olah baik kepada mereka.
"Maka mengapa mereka tidak memohon (kepada Allah) dengan tunduk merendahkan diri ketika datang seksaan Kami kepada mereka, bahkan hati mereka telah menjadi keras dan syaitan pun menampakkan kepada mereka bagus apa yang selalu mereka
kerjakan." (Surah al-An'am ayat 43)
Lebih penting lagi, mereka yang mempunyai hati yang keras dan berasa dirinya berada di dalam kebenaran, walaupun sebenarnya mereka terpesong, membawa diri mereka jauh daripada Al-Quran.
Dengan membelakangi Allah, mereka lebih rapat dengan syaitan, mengikuti caranya, dan menjadi semakin biadab
Nuridah Mohd Salleh
Seringkali kita dipaparkan dengan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. bersama anaknya Nabi Ismail a.s. apabila menjelang kedatangan Eidul Adha. Peristiwa yang menggambarkan keimanan yang kental dan keyakinan yang jitu, ketaatan dan pengorbanaan diantara seorang ayah dan anak lelakinya terhadap perintah Allah s.w.t merupakan suatu kisah teladan yang unggul bagi panduan kita mengharungi kehidupan di dunia ini.
Sayangnya kita jarang sekali mendengar ataupun terlalu sedikit saja para penceramah yang telah menyentuh dengan huraian yang mendalam peranan dan pengorbanan Siti Hajar sebagai seorang isteri dan ibu dalam peristiwa tersebut. Seharusnya kita hayati bagaimana ketabahan dan ketaatan seorang isteri bersama anak yang masih kecil ditinggalkan oleh suaminya di suatu lembah padang pasir yang kering kontang tanpa penduduk semata-mata untuk menyempurnakan perintah Allah s.w.t.
Sesungguhnya jika kita mengambil iktibar dari peristiwa tersebut di dalam konteks kegiatan dakwah haraki, peranan dan tanggungjawab Muslimat adalah amat besar serta tidaklah mudah tanpa pergantungan kepada pertolongan dari Allah s.w.t. Peranan, sikap dan tindakan yang telah ditunjukkan oleh Siti Hajar itu sudah cukup untuk kita teladani. Tanpa keimanan yang penuh ikhlas, keyakinan yang jitu, kesetiaan kepada suami, dapat diragui bahawa Siti Hajar berjaya mengharungi segala cabaran yang terbentang di depan matanya.
Sebenarnya dari teladan yang ditunjukkan oleh Siti Hajar itu peranan besar Muslimat adalah sebagai pembantu dan pelengkap terhadap amanah dan tanggungjawab perjuangan Islam bukannya pesaing.
Firman Allah s.w.t , pada surah at-Taubah, ayat 71 yang bermaksud:“ Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang dari berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.”
Jelaslah juga dari pengertian ayat tersebut bahawa Allah s.w.t mengiktiraf peranan besar yang mesti dilaksanakan oleh Muslimat walaupun bentuk tugas dan skop yang berlainan. Bagi Muslimat PAS, kita yakini bahawa segala perancangan dan usaha-usaha yang telah dan akan kita laksanakan adalah selari dengan semangat ini. Natijahnya adalah bahawa tiada siapa yang boleh meragui kesetiaan dan sumbangan besar Muslimat terhadap perjuangan PAS dalam mengharungi segala cabaran yang mendatang.
Justeru itu, dalam kita perlu sedari juga bahawa di dalam usaha-usaha kita meneruskan perjuangan ini kita sentiasa memerlukan pertolongan dari Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t, pada surah Muhammad, ayat 7 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu menolong (agama) Allah, nescaya Allah akan menolong kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”
Pada pandangan jumhur ulama bahawa tindakan kita bergerak dalam jamaah Islam, isitiqamah dan bersungguh-sungguh melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita adalah satu manifestasi “menolong agama Allah”. Jika kita dapat menghayati dan berjaya melaksanakan tututan jamaah dengan ikhlas, maka layaklah kita mendapat pertolongan dari Allah s.w.t.
Oleh itu dalam era Pakatan Rakyat kini di mana PAS adalah komponen sebuah parti pemerintah di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor, peranan Muslimat adalah berlainan daripada masa-masa lampau. Kita perlu pastikan bahawa peranan kita didalam melaksanakan tugas selaku Ahli Parlimen, anggota Exco, Adun atau Ahli Majlis kerajaan tempatan serta JKK selaras dengan matlamat parti kita dan tuntas dengan permuafakatan dalam tuntutan Pakatan Rakyat.
Peranan PAS adalah penting dalam memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Tetapi perlu diingat bahawa didalam kegairahan kita melaksanakan tugas-tugas kepada rakyat semua aktiviti dan tuntutan jamaah kita juga perlu berjalan seiring dan tidak dikesampingkan. Parti kita mesti diperkukuhkan agar ianya dapat berperanan dengan efektif pada permuafakatan kerajaan Pakatan Rakyat. Parti yang lemah akan mengakibatkan kerajaan jadi kucar kacir. Tiada kerajaan tanpa parti.
Akhir kata pada kesempatan ini saya bagi pihak Dewan Muslimat PAS Pusat ingin mengucapkan selamat menyambut Eidul Adha dan hayatilah pengorbanan serta ketabahan Siti Hajar dalam semua aspek kehidupan kita, kepada seluruh kepimpinan Dewan Muslimat di pelbagai peringkat, pendokong dan penyokong PAS di seluruh Malaysia.
Pedoman: Korban manifestasi kesyukuran kepada Allah
RABU ini Aidiladha bakal menyusul, sekali gus meraikan kejayaan umat Islam dalam mengerjakan haji di Tanah Suci Makkah.
Sebagaimana kita sedia maklum, Aidiladha juga berkait dengan pelaksanaan ibadat korban bagi umat Islam sebagai tanda keikhlasan dan lambang pengorbanan terhadap Allah SWT, tuhan yang satu serta wajib disembah.
Korban berasal daripada perkataan ‘qoruba’ yang bermakna dekat. Korban adalah ibadat dalam bentuk pendidikan dan mendekatkan diri kepada Allah menjadi manifestasi rasa syukur kepada Allah atas segala nikmatnya.
Allah SWT berfirman: “Dan bagi tiap-tiap umat sudah Kami syariatkan penyembelihan (korban) supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang direzekikan Allah kepada mereka.” (Surah al-Hajj, 34)
Malah, Rasulullah SAW juga bersabda bahawasanya: “Barang siapa mempunyai kemampuan tetapi tidak berkorban, janganlah ia menghampiri tempat solat kami.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah daripada Abu Hurairah)
Tujuan korban adalah semata-mata mengagungkan syariat Allah selain merebut peluang mencapai ketakwaan di sisi-Nya di mana hukumnya adalah sunat ‘muakkad’ (yang ditekankan untuk melakukannya).
Namun, Imam Abu Hanifah menyatakan hukum melaksanakan ibadat korban adalah ‘wajib’ bagi yang berkemampuan melaksanakannya dan yang bernazar.
Jika melakukan korban sunat, sunat bagi yang berkorban memakan sebahagian daging korban dan sebahagian lagi dihadiahkan atau disedekahkan kepada jiran tetangga, sahabat handai dan fakir miskin.
Imam Syafie dalam pendapat awalnya (qawl jaded) menyatakan, sebaik-baiknya satu pertiga dimakan dan yang lainnya dihadiahkan kepada sahabat, jiran tetangganya dan fakir miskin.
Namun, pendapat paling sahih dan jelas ialah wajib bersedekah dengan sebahagian daripada daging korban, walaupun sedikit, kepada orang Islam yang fakir walaupun hanya seorang.
Lebih afdal, disedekahkan semuanya kecuali memakan beberapa suap untuk mengambil berkat.
Begitupun, mengikut pendapat jumhur ulama, Hanafi, Maliki dan Hambali, korban sunat, harus dimakan sebahagiannya, tetapi jika ia korban wajib (nazar) haramlah dimakan dagingnya oleh yang berkorban.
Berdasarkan hadis Riwayat Al-Hakim, seseorang yang ingin melakukan korban itu disunatkan menyembelih sendiri binatang korban itu namun jika tidak mampu melakukannya, hendaklah mereka menyaksikan sendiri ketika ia (binatang korban) disembelih sebagaimana perintah Rasulullah SAW yang menyuruh Fatimah melihat binatang korbannya ketika disembelih.
Sabda baginda bermaksud: “Pergilah engkau melihat binatang korbanmu, sesungguhnya titis darahnya yang pertama itu Allah akan ampunkan dosa-dosamu yang terdahulu.
Lalu Fatimah bertanya: “Ini untuk kita Ahlul Bait saja atau juga untuk semua orang Islam? Kemudian Rasulullah SAW menjawab: “Bahkan untuk kita dan semua orang Islam.”
Justeru, ibadat korban sangat dituntut kerana manfaatnya kepada orang yang melaksanakan ibadat korban itu sendiri berkorban.
Selain keampunan dosa, ibadat korban membuka ruang dan peluang meningkatkan sikap peka serta prihatin terhadap kebajikan sesama insan, terutama golongan fakir dan miskin.
Oleh itu, dalam meraikan Aidiladha atau Hari Raya Korban, hendaklah kita sentiasa memperingatkan diri dan meningkat amalan, semoga sama-sama mendapat rahmat dan keredaan Allah SWT.
Madrasah rumah tangga
Oleh Mohd Fadly Samsudin
KETIKA hangat bercinta, pasangan ibarat belangkas, ke mana sahaja asyik berkepit. Ketika itu semuanya indah dan wangi belaka, tiada ada cela di antara satu sama lain.
Namun, selepas berkahwin, lain pula ceritanya. Ada saja yang tidak kena, seolah-olah suami isteri mencari kesalahan masing-masing.
Fenomena bercinta setahun berkahwin sehari kian mencengkam masyarakat Islam di negara ini. Ia seperti kudis yang menunggu masa mengeluarkan nanah busuk.
Punca utama berlakunya 'perkahwinan singkat' ini kerana kurangnya komunikasi, pasangan panas baran, masalah kewangan serta campur tangan orang ketiga.
Justeru, adakah setiap pasangan faham matlamat perkahwinan dan bersyukur dengan anugerah Ilahi?
Jika masalah kewangan dikatakan punca perkahwinan singkat, bagaimana halnya dengan pasangan yang mampu bertahan walaupun mereka hidup dalam kekurangan?
Jelas ia bertitik tolak daripada keberkatan yang Allah kurniakan kepada rumah tangga yang dibina berpaksikan kasih sayang serta kesederhanaan sehingga mampu mendidik anak serta keluarga bersifat qanaah (cukup) dan reda dengan apa yang dimiliki.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya lelaki mukmin yang sempurna imannya ialah mereka yang baik tingkah lakunya dan lemah lembut terhadap isteri dan anak-anaknya." (Riwayat At-Tirmizi)
Perkahwinan ibarat 'pelayaran' di lautan yang tidak dapat diduga dengan tepat geloranya. Justeru, sebagai nahkoda yang mengemudi bahtera itu, perkahwinan perlu dibaja dengan kasih sayang dan saling memahami.
Ada juga perkahwinan berpunca daripada memilih pasangan yang tidak bersandarkan apa yang dianjurkan Rasulullah s.a.w.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Dikahwini akan perempuan itu kerana empat perkara: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah dari kalangan mereka yang beragama, nescaya akan selamat." (Muttafaqun Alaih).
Malah, gambaran terhadap keluarga yang bahagia memerlukan keluarga yang beragama. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Apabila datang kepada kamu orang yang kamu redai agama dan akhlaknya maka hendaklah kamu mengahwinkannya, jika kamu tidak melakukannya nescaya akan berlaku fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar". (Riwayat at-Tarmizi, Ibnu Majah dan Al-Hakim).
Bagaimana mahu mewujudkan keluarga bahagia jika masing-masing tidak mahu mengalah dan saling mempertahankan ego sendiri?
Isteri yang mempunyai suami panas baran perlu mencari jalan mengelak kemarahan dengan bersabar dan reda.
Contohnya, jika ada isteri dimarahi kerana lambat menyediakan makanan, isteri perlu segera berubah. Istiqamah dalam melakukan tugasan menjaga kebajikan suami.
Pastikan suami diberi layanan paling istimewa sehingga mereka tiada lagi ruang untuk marah atau mencari kesalahan isteri. Akhirnya pasti ia membuka jalan penyelesaian kepada masalah rumah tangga yang dihadapi.
Daripada Abu Sayid Bin al-Khudri, Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang suami menatap isterinya dan isterinya pula membalas pandangan dengan pandangan cinta dan kasih, lalu Allah menatap mereka dengan pandangan kasih mesra. Jika suami membelai isteri, lalu dosa mereka jatuh berguguran di celah-celah jari mereka.
Perang mulut jangan dibiarkan berterusan kerana kerana gagal mengawal kemarahan menyebabkan ada suami tanpa berfikir panjang terus melafazkan talak.
Pensyarah Kolej Islam Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah, Ustaz Muhd Zainul Asri, berkata perkahwinan menjadikan setiap pasangan itu mendapat ketenangan.
"Itulah bukti kekuasaan dan kebesaran Allah yang perlu kita syukuri.
Perkahwinan menerbitkan perasaan saling sayang menyayangi (mahabbah) serta bersatu (mawaddah) untuk membentuk keluarga bahagia.
"Ada empat perkara yang amat penting dijadikan ukuran dalam hal asas pembinaan rumah tangga iaitu harta, keturunan, kecantikan dan agama. Namun pemilihan dari segi agamanya adalah paling utama," katanya.
Muhd Zainul berkata bagi mengekalkan perkahwinan tiada rahsia lain melainkan memberikan sepenuh kasih sayang terhadap pasangan sehingga ia menjadi satu ibadat untuk merapatkan diri kepada Allah.
"Itulah kehebatan Allah yang menciptakan manusia, lelaki dan perempuan yang setiap satunya tidak serupa.
"Maksud perkahwinan sebenar mampu menjadikan seseorang itu tambah taat kepada Allah. Ia ibadah yang disyariatkan Islam dan perlu dilaksanakan dengan sempurna," katanya.
Beliau berkata, menjadi perkara biasa dalam perkahwinan jika berlakunya salah faham, selesaikan cara bijaksana.
"Suami perlu menjalankan tugas sebagai ketua dengan mendidik keluarga. Isteri pula perlu menunjukkan sifat takwa, mentaati suami, berhias diri untuk suami, memelihara kehormatan diri menjaga rahsia rumah tangga.
"Tanda seorang wanita solehah boleh dinilai, antaranya apabila suami melihat wajah isteri, hatinya senang, patuh perintah suami dan apabila suami tiada di rumah, si isteri tetap menjaga kehormatan diri," katanya.
Berbicara soal talak, Muhd Zainul berkata jika perkahwinan gagal diselamatkan, talak adalah jalan terakhir.
"Mungkin ada yang tidak mendapat kebahagiaan dalam perkahwinan itu, maka dibenarkan menjatuhkan talak namun ia perlu 'diadili' atas empat perkara asas iaitu haram, makruh, wajib dan sunat.
"Haram menjatuhkan talak ketika isteri dalam haid kerana Islam tidak mahu menzalimi wanita. Manakala sunat menjatuhkan talak ke atas isteri ketika dia tidak mengikut perintah suami, celupar, suka memaki hamun dan tidak menjaga nama baik keluarga.
"Walaupun talak dibenarkan dalam Islam, apabila suami melafazkan talak, arash Allah akan bergoncang," katanya.
Pengacara dan pendakwah bebas, Ustazah Asni Mansor, berkata sebagai perancang keluarga suami perlu menanggung segala tuntutan seperti memberi perlindungan tempat tinggal, makan dan minum serta perbelanjaan lain.
"Tugas isteri adalah untuk membantu suami. Dalam kehidupan sekarang sudah ramai isteri yang bekerja membantu keluarga dan ia pengorbanan mulia isteri dalam mengurangkan bebanan yang ditanggung suami.
"Suami dan isteri perlu mengetahui peranan masing-masing walaupun mempunyai karier sendiri dan tidak boleh sesekali mengabaikan tanggungjawab yang diamanahkan," katanya.
Asni berkata dalam merencana kehidupan yang penuh cabaran pasangan suami isteri perlu sentiasa mewujudkan keseronokan dalam rumah tangga mereka.
"Jadi keluarga contoh yang boleh menjadi ikutan orang lain dengan menjalani kehidupan sebagai pasangan yang mengamalkan interaksi secara sopan dan menggunakan panggilan mesra.
"Wujudkan persekitaran Islamiah di dalam rumah iaitu sentiasa mengucapkan salam kepada pasangan, memohon maaf jika melakukan kesilapan, solat berjemaah bersama, bercuti serta sentiasa mempertingkatkan ilmu berkaitan alam rumah tangga," katanya.
Beliau berkata, amat kejam ada kes isteri dianiaya dan dizalimi suami malah membiarkan isteri dalam keadaan tidak terbela.
"Selain memberi nafkah, suami juga pelindung kepada keluarga. Jika suami tergamak melakukan kekerasan terhadap isteri, suami berkenaan memang tidak membawa manfaat kepada keluarganya.
"Cuba bawa unsur madrasah di dalam rumah tangga iaitu dengan menyemai benih tauhid dan iman kepada anak-anak. Ajarkan mereka al-Quran supaya hati mereka terdidik untuk membentuk keluarga yang hebat dalam dan luaran," katanya.
Minda Pengarang: Umat Islam mesti sedia berkorban, tabah hadapi dugaan
2010/11/17
KETIKA kita di tanah air meraikan Aidiladha, kira-kira 2.5 juta jemaah dari seluruh pelosok dunia termasuk 26,000 dari Malaysia menunaikan ibadat haji dalam suasana harmoni dan penuh syahdu. Aidiladha juga dikenali sebagai Hari Raya Korban kerana ia adalah hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan juga kesabaran anaknya, Nabi Ismail memenuhi perintah Ilahi. Perintah Allah ke atas Nabi Ibrahim supaya menyembelih anaknya, Ismail, bertujuan menguji ketabahan, ketaatan serta kesatuan hati seorang ayah, seorang isteri dan ibu, iaitu Siti Hajar, dan Ismail sebagai anak, dalam melaksanakan suruhan itu tanpa ragu-ragu. Ibrahim bersikap tegas kerana kebenaran, tabah menghadapi dugaan serta bertanggungjawab, manakala Siti Hajar pula taat kepada Allah dan suami, walaupun Ismail adalah anak kesayangan. Ismail pula terbukti seorang anak yang baik hasil bimbingan ibu bapanya. Justeru, Aidiladha disambut oleh umat Islam di seluruh dunia sebagai satu hari kebesaran serta mengambil teladan daripada kisah pengorbanan itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam perutusannya sempena sambutan Aidiladha semalam, mahu umat Islam mengambil iktibar daripada contoh keimanan dan pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail dalam melaksanakan perintah Allah. Jika umat Islam mahu dihormati dan menjadi contoh kepada bangsa lain mereka mesti sanggup berkorban seperti yang dilakukan dalam kisah Nabi Ibrahim itu. Pada masa sama, umat Islam perlu bersyukur terhadap segala nikmat yang dikurniakan Allah itu bukan saja untuk kehidupan di dunia, malah di akhirat. Sikap tidak mahu bersyukur terhadap segala nikmat yang dilimpahi Allah hanya membawa kepada sifat kufur nikmat, seterusnya melemahkan umat Islam itu sendiri.
Dalam konteks di negara ini, kebiasaannya umat Islam menyambut Aidiladha dengan penuh semangat pengorbanan dan keinsafan ketika menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran. Banjir besar yang melanda utara tanah air terutama di Kedah dan Perlis baru-baru ini sama ada dianggap sebagai ujian atau musibah seharusnya menginsafi kita terhadap kekuasaan Allah. Sesungguhnya setiap bencana yang melanda tentunya ada hikmah di sebaliknya. Kita melihat semangat sukarelawan yang tinggi di kalangan rakyat dalam membantu mangsa banjir terbabit. Membantu tanpa mengharapkan ganjaran juga adalah satu daripada aspek pengorbanan. Selain berkorban tenaga membantu mangsa yang memerlukan, derma wang ringgit oleh individu dan syarikat korporat turut datang mencurah-curah. Ia menunjukkan bahawa rakyat Malaysia bersifat pemurah dan sanggup berkorban sama ada tenaga, wang ringgit dan masa bagi membantu golongan yang memerlukan. Umat Islam di negara ini sewajarnya mengambil iktibar daripada bencana itu. Kejadian yang berlaku tidak semestinya melemahkan semangat kita dan sekadar melihat apa yang berlaku tanpa ada usaha membantu. Walaupun negara kita tidak terkecuali daripada bencana seperti banjir, tanah runtuh atau ribut, ia tidaklah seburuk yang berlaku di beberapa negara lain di dunia. Kita sepatutnya bersyukur kerana umat Islam di negara ini masih dapat menyambut Aidiladha dalam keadaan aman dan selamat, tanpa rasa bimbang kemungkinan diserang atau diganggu gugat oleh kumpulan tertentu, mahupun berhadapan dengan musibah teruk yang sukar diramal.
Konsep korban sesuai bagi negara berbilang bangsa
Oleh Noor Mohamad Shakil Hameed
2010/11/17
UMAT Islam di negara ini sekali lagi merayakan Aidiladha atau Hari Raya Korban dalam suasana sederhana tetapi meriah, tenang dan aman berbanding kebanyakan umat Islam di negara luar yang menghadapi pelbagai masalah, penindasan dan pergolakan.
Apa lebih unik ialah kita merayakan setiap perayaan bersama rakyat pelbagai keturunan, agama dan warna kulit dalam keadaan bersatu padu, majmuk dan muhibah. Buktinya, Melayu, Cina, India dan kaum minoriti lain meraikan semua jenis perayaan dalam citra gagasan 1Malaysia sebagai sebuah negara bangsa berjaya.
Untuk itu setiap seorang daripada kita wajib bersyukur kerana diberi peluang dan ruang menikmati keamanan serta kepelbagaian terbabit.
Bagi umat Islam, Hari Raya Korban mempunyai nilai signifikan yang cukup tinggi dengan memperlihatkan nilai pengorbanan, keikhlasan dan kesanggupan terpuji yang perlu dimiliki setiap individu Muslim.
Namun, konsep pengorbanan ini sebenarnya juga amat signifikan dan perlu dihayati dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang bangsa.
Hal ini penting kerana elemen pengorbanan menjadi asas kepada pencapaian kemerdekaan dan pembentukan negara kita. Di samping pengorbanan wira kemerdekaan kita dalam mempertahankan negara serta memperjuangkan kemerdekaan dari penjajah, pengorbanan dari segi keterbukaan dan perpaduan kaum memainkan peranan penting dalam sejarah kemerdekaan negara ini.
Antara pengorbanan yang menjadi batu asas pembentukan negara kita ialah pengorbanan orang Melayu yang sanggup menerima orang India dan Cina sebagai warga negara ini dengan pemberian pelbagai bentuk keistimewaan yang jelas termaktub dalam Perlembagaan kita.
Dalam pada itu, pengorbanan semua kaum yang ada pada zaman prakemerdekaan yang sanggup mengetepikan kepentingan peribadi dan kaum masing-masing demi untuk bersatu ke arah memperjuangkan kemerdekaan juga tercatat kemas dan tersimpan erat dalam lipatan sejarah negara kita.
Pengorbanan generasi terdahulu tiada tolok bandingnya. Buktinya, generasi pada hari ini sedang menikmati hasil tanaman yang ditanam dan dibaja generasi terdahulu dalam bentuk perpaduan nasional yang utuh melalui perjanjian keramat kontrak sosial yang kemudiannya menjadi asas pembentukan Perlembagaan.
Justeru, apa yang diharapkan ialah generasi sekarang akan insaf dan segera mengambil iktibar daripada peristiwa pengorbanan generasi terdahulu agar kita terus kekal aman dan makmur sepanjang masa.
Mutakhir ini pelbagai isu sensitif menyentuh sensitiviti dan hak sesuatu kaum mula kedengaran. Isu seperti hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera, keistimewaan Raja-Raja Melayu atau institusi kesultanan, kedudukan Islam sebagai agama rasmi serta bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan mula dipersoalkan dan diperdebatkan secara terbuka di khalayak.
Sepatutnya golongan yang mencanangkan isu ini serta meniup api kemarahan kalangan rakyat negara ini perlu batasan dalam membicarakan isu sensitif seperti ini yang terpelihara kemas dalam Perlembagaan kita. Mereka sewajarnya malu kepada nenek moyang kita yang begitu memelihara keharmonian dan perpaduan antara kaum dengan nilai pengorbanan yang sangat terpuji dan ikhlas.
Kenapa kita masih mempersoalkan apa yang termaktub jelas dan terperinci dalam Perlembagaan? Bukankah kontrak sosial yang dipersetujui setiap pemimpin mewakili kaum masing-masing ketika kemerdekaan sudah cukup adil, telus dan saksama?
Kedegilan terus berdebat isu seperti ini mencerminkan seolah-olah kita tidak menghormati keputusan yang dicapai dan dimeterai nenek moyang kita.
Perlembagaan sedia ada cukup jelas yang mana ia memelihara hak semua kaum di negara ini. Jadi, apa lagi yang tidak kena ataupun di mana silapnya? Kenapa perlu mentafsir Perlembagaan mengikut kehendak dan kepentingan sendiri?
Kita perlu sedar tindakan ini boleh meruntuhkan keharmonian kaum, perpaduan nasional serta kesepakatan yang sedia terjalin dalam kalangan semua kaum. Usah bermain api dan menggamit peristiwa berdarah 13 Mei. Cukup sekali peristiwa hitam itu menghantui kita.
Justeru, yang diharapkan bersempena Hari Raya Korban ini ialah semua kaum dan setiap individu rakyat Malaysia bermuhasabah diri dan melihat kembali sejarah pembentukan negara ini. Hormati dan hargai pengorbanan nenek moyang kita.
Suburkan kembali budaya pengorbanan dan tolak ansur dalam kalangan masyarakat terutama generasi muda yang dilihat tidak begitu peka kepada isu nasional. Generasi kini juga dilihat buta sejarah dan tidak mahu mengambil iktibar sejarah pembentukan negara ini.
Penulis ialah Penolong Pendaftar Kanan Pusat Kesihatan UPM.
Peguam Syarie Menulis: Facebook bukan saluran terbaik atasi konflik rumah tangga
Oleh Mohamad Isa Abd Ralip
2010/11/17
Masyarakat perlu mengetahui penggunaan teknologi maklumat untuk kebaikan, elak disalah guna
FACEBOOK satu alternatif perhubungan di seluruh dunia mempunyai banyak kebaikan antaranya memudahkan perkongsian maklumat, pertukaran idea serta pandangan.
Selain itu, dari sudut ekonomi Facebook adalah ruang yang boleh menjana pendapatan seperti menjual barangan secara dalam talian (online) yang semakin berkembang kerana menjimatkan kos pengiklanan.
Ada juga perkongsian ilmiah dan dakwah Islamiah melalui sebaran artikel ataupun video untuk pengetahuan umum dalam Facebook dan ini menjadikan ia antara kaedah dakwah terkini yang dapat memberi kebaikan serta kesedaran kepada semua pihak.
Di sebalik banyak kebaikan, tidak dinafikan Facebook turut disalah guna untuk mendatangkan kemudaratan seperti pendedahan keaiban pihak tertentu, penyebaran gambar tidak sepatutnya dan video berunsur seks.
Tidak kurang menggunakan Facebook untuk meluahkan perasaan geram, benci, sedih dan lebih memburukkan, apabila ia dipanjangkan dengan komentar tidak sepatutnya terutama jika luahan berhubung hal rumah tangga.
Kesannya, akan timbul tekanan dan kemungkinan boleh mengundang pertengkaran suami isteri sehingga berlaku perceraian. Isu kecil menjadi besar seperti api kecil ditambah kayu api serta disiram petrol.
Mana-mana pihak yang mempunyai masalah rumah tangga diingatkan untuk tidak menggunakan Facebook sebagai tempat melepaskan geram atau marah kerana perbuatan itu hanya memberi kesan buruk kepada rumah tangga.
Kaedah terbaik adalah merujuk segala permasalahan kepada keluarga, ibu bapa, kaunselor agama yang bertauliah atau merujuk unit khidmat nasihat yang disediakan di pejabat agama.
Akhir-akhir ini banyak perkara tidak wajar ditemui dalam laman Facebook seperti video mengenai pihak tertentu sama ada dimuatkan sendiri oleh empunya diri atau dilakukan pihak tidak bertanggungjawab dengan niat tidak baik.
Semua maklum, akaun Facebook bukan milik orang dewasa saja kerana remaja bawah umur juga dengan mudah boleh akses ke laman sembang itu yang mana turut memuatkan video tidak sesuai dengan usia mereka.
Terbaru, video menunjukkan dua individu bercium di khalayak ramai sehingga mengundang kemarahan orang awam disebarkan dalam Facebook. Ada dua andaian boleh dibuat daripada insiden itu.
Pertama, jika dinilai dari sudut kebaikan, individu yang memuatkan video itu berkemungkinan berniat ingin memberitahu orang ramai bahawa tindakan tergambar dalam video yang disebarkan itu adalah salah.
Sekali gus ini amaran supaya tidak melakukan perkara sembarangan kerana mungkin aksi memalukan itu akan dirakam dan disebarkan di Facebook.
Dari sudut lain, penyebaran video itu bagi sesetengah remaja memberi konotasi ia bukan perbuatan salah dan meniru perbuatan berkenaan sedangkan dari sudut undang-undang jenayah syariah, mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Undang-Undang Jenayah Syariah atas kesalahan berkelakuan tidak sopan.
Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Seharusnya cara pencegahan sepatutnya perlu diambil. Masyarakat dan orang awam mungkin tidak tahu mereka juga mempunyai kuasa melakukan pencegahan bukan menjadi penonton, pemberi komen atau menyalahkan pihak berkuasa semata-mata.
Orang awam perlu dimaklumkan jika ada perkara tidak sopan berlaku di mana-mana tempat, orang awam masih boleh mengambil tindakan dengan membuat aduan kepada penguatkuasa di Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) untuk tindakan selanjutnya.
Jika pelakuan itu dimuat dalam laman web, tiada tindakan diambil dan akhirnya menyebabkan masyarakat memandang ia sebagai satu perkara biasa. Niat untuk mencegah perkara mungkar tidak akan sampai kepada maksudnya.
Masyarakat perlu memahami setiap ilmu, maklumat dan teknologi jika digunakan secara positif, hasilnya juga akan positif dan begitulah sebaliknya. Justeru, Facebook tidak boleh disalahkan, tetapi bagaimana kita menggunakannya perlu diberi perhatian.
Lagi satu, kepada pemilik akaun Facebook, berfikir sebelum memasukkan perkara mengaibkan diri sendiri akhirnya atau bertujuan memalukan orang lain kerana setiap perbuatan jenayah boleh dikenakan hukuman.
Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM).
Iqra: Meningkatkan kefahaman umat mengenai korban, akikah
2010/11/17
- Tajuk: Sabil Al Muhtadin Hikmah Korban, Aqiqah, Perburuan, Sembelihan dan Pemakanan
- Penulis: Syeikh Muhammad Arsyad Abdullah al-Banjari
- Penerbit: Telaga Biru Sdn Bhd
- Penyunting: Datuk Md Hashim Yahaya
- Pengulas: Hasliza Hassan
- Harga: RM26 (Semenanjung Malaysia), RM28 (Sabah dan Sarawak)
KORBAN dan akikah ibadah yang mulia kerana fadilat serta kesannya amat besar. Malangnya, masih ramai umat Islam yang samar-samar atau kabur kefahaman mengenai amalan ini dan tidak kurang yang memandang ringan mengenainya.
Buku Sabil Al Muhtadin Hikmah Korban, Aqiqah, Perburuan, Sembelihan dan Pemakanan membantu kefahaman masyarakat mengenai ibadah korban serta akikah. Ini diharap dapat menimbulkan keinginan untuk mencari pahala dengan melaksanakannya.
Antara persoalan yang dibincangkan penulis buku ini ialah apakah sebenarnya korban dan akikah, hukum melaksanakan, tuntutan melakukannya, syarat binatang yang hendak dikorban serta hikmah bakal diperoleh kerana melakukan kedua-duanya.
Pensyariatan ibadat korban yang dilakukan pada tiga hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah bertujuan menghidupkan syariat Nabi Ibrahim yang kemudian disyariatkan kepada Nabi Muhammad.
Firman Allah bermaksud: Dan telah Kami jadikan unta itu sebahagian daripada syiar Allah, kamu memperoleh kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah rebah (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur. (Surah al-Hajj: 36)
Bagi mereka yang sudah memenuhi syarat, ibadat korban hukumnya sunat muakkad (sunat yang dituntut). Bagaimanapun, hukum sunat itu menjadi wajib bagi mereka bernazar melakukan ibadat korban atau akikah.
Hikmah dan fadilat korban antara lain mendidik jiwa ke arah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah, mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta ke jalan Allah.
Kitab karangan Syeikh Mohammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari ini relevan untuk panduan seluruh umat Islam dalam menghuraikan segala permasalahan berkaitan ibadat korban dan aqiqah. Penerbit mengekalkan pola ayat lama dalam tulisan jawi untuk rujukan pembaca yang memerlukannya berserta terjemahan Bahasa Malaysia moden.
Boleh Add Paiman, Bazir , Abdul Quddus, Sabri Abidin sulong, Subre, Harizan, Sabaruddin Lan, Awang Ngah Ismail, Rosmiah selamat, Rosli Munsyi, Amran Salleh, Ruzaini Abdul Ghani, Azlina Mohd Yunus, Siti Halilah Sidek, Sham Sinah Mohd Yusof, dll. Add le deme.
Semua itu pelajar MPSAH, Windsor Paul John pun ade
'Ajaran Islam larang keganasan'
2010/11/18
JEMAAH melontar jamrah sebelum mengelilingi Kaabah untuk melengkapkan haji, kelmarin.
Mufti Besar Arab Saudi perjelas isu dalam khutbah haji di Padang Arafah
MAKKAH: Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah dalam khutbah Haji di Padang Arafah kelmarin menegaskan bahawa keganasan adalah dilarang oleh agama Islam dan perbuatan berkenaan tidak sepatutnya diikuti dengan perbuatan membalas dendam dalam sebarang bentuk.
Sheikh Abdul Aziz berkata, Allah menganugerahkan manusia dengan akal untuk membolehkan manusia membezakan antara perbuatan baik dan buruk.
“Islam percayakan mengenai wujudnya mengenai semua perbuatan yang bertujuan menunjukkan perselisihan dalam masyarakat. Pertumpahan darah manusia membangkitkan kemurkaan-Nya.”
Kira-kira dua juta jemaah berhimpun di Padang Arafah sebagai kemuncak pelaksanaan ibadat haji di tempat yang sama Rasulullah menyampaikan amanat terakhir baginda.
Menteri Dalam Negeri Arab Saudi, Putera Nayef bin Abdul Aziz, berkata minggu lalu tidak menolak kemungkinan al-Qaeda akan cuba mensabotaj ibadat haji.
Tetapi, kumpulan al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP) menegaskan, mereka tidak akan mensasarkan haji.
“Kami beri jaminan kepada umat Islam bahawa kami menentang jenayah yang mensasarkan perhimpunan haji,” menurut kenyataan onlinenya.
Sheikh Abdul Aziz berkata, keamanan dan keharmonian diperlukan bukan hanya bagi aktiviti duniawi tetapi juga ibadat.
“Jika umat Islam mematuhi undang-undang syariah dalam hidup mereka, semua ujian dan kesusahan akan terbalas.
Jabatan statistik dan penerangan umum berkata, 2,789,399 orang menjalani ibadat haji tahun ini termasuk 1,799,601 dari luar negara, peningkatan 11.2 peratus berbanding 1,618,855 jemaah asing tahun lalu.
Sementara itu di Mina, jemaah menjalani ibadat haji di arab Saudi dengan melontar batu di tiga jamrah yang melambangkan syaitan sebagai simbol menolak kejahatan, ketika umat Islam seluruh dunia meraihkan hari raya korban.
Hari pertama melontar juga menandakan permulaan Hari Raya Aidiladha atau hari raya korban. Umat Islam seluruh dunia menyembelih ternakan kambing dan lembu sempena memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim yang mengorbankan anaknya Nabi Ismail. – Agensi
Ujian kehidupan tersirat 1,000 hikmah
Oleh Nik Salida Suhaila Nik Saleh
2010/11/18
Pasrah atas apa berlaku adalah sifat mulia, terpuji dituntut ajaran Islam
HARI Raya Korban mengingatkan umat Islam pengorbanan Nabi Ibrahim dan puteranya, Nabi Ismail. Kisah mereka menjadi sebutan dan sering menjadi cerita yang diulang setiap kali menjelang Aidiladha.
Tidak ramai yang mengambil iktibar atas ketaatan dan pengorbanan Nabi Ibrahim sekeluarga mentaati suruhan Allah SWT.
Walaupun menunggu lama untuk menimang cahaya mata. Nabi Ibrahim tidak berputus asa, sebaliknya berusaha dan berikhtiar seperti mana patut dilakukan oleh seorang manusia. Benar, ujian-Nya bagi menguji sejauh mana iman dan kesabaran seorang hamba.
Bukan saja Nabi Ibrahim, malah isteri baginda, Siti Hajar, juga diduga dengan kepayahan hidup ditinggal suami di padang pasir yang jauh daripada manusia, hanya bermukim bersama seorang putera yang tidak mengerti apa-apa.
Tidak cukup dengan itu, si putera yang masih kecil pula berkorban demi ayahanda tercinta yang setia menurut perintah Yang Esa. Jika tidak kerana kesediaan si anak yang reda mengorbankan diri supaya ayahnya akur pada kehendak Ilahi, tentu sukar Nabi Ibrahim mengutuhkan imannya kepada Allah.
Justeru, segetir mana pun ujian yang harus dilalui dalam kehidupan ini, kita tidak harus berputus asa, sebaliknya bersedia menghadapi apa saja asalkan tidak menyimpang daripada kehendak-Nya.
Pasrah atas apa yang sudah berlaku dan menganggap setiap ketentuan Allah SWT tersirat seribu hikmah, adalah sifat mulia dan terpuji yang dituntut Islam. Agama juga mendidik umatnya sentiasa reda melakukan kebaikan, menerima kejahatan serta ujian.
Ketetapan Ilahi adalah sesuatu yang tidak mampu ditandingi, apatah lagi kita ingkar kerana kita hamba yang selalu diuji untuk menambahkan keimanan dalam diri.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Daripada Suhibul Raumi ia berkata: Sabda Rasulullah SAW: Betapa ajaibnya orang yang beriman itu. Sesungguhnya semua perkara adalah baik bagi mereka. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin. Jika memperoleh kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya dan jika ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya.” (Hadis riwayat Al-Imam Muslim)
Sebagai hamba, setiap umat Islam perlu pasrah menerima hukum Allah SWT dan penghakiman lain yang ditetapkan melalui wahyu disampaikan Rasulullah SAW. Kepatuhan dan ketaatan terhadap suruhan dan larangan-Nya menunjukkan keredaan kita terhadap apa yang digariskan agama, apatah lagi jika dilakukan dengan ikhlas dan bertanggungjawab.
Ketika melalui ujian yang tidak tertanggung, jelas dilihat pada wajah orang beriman sifat pasrah atas suratan dan mereka pasti bahawa hikmah yang tersirat lebih istimewa daripada kesusahan dihadapi. Maklumlah kita tidak mengetahui, justeru keyakinan terhadap kekuasaan-Nya sahajalah yang mampu mengubat hati.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Daripada Anas, ia berkata: Sabda Rasulullah SAW: Bila Allah cinta kepada suatu kaum, mereka diuji. Barang siapa reda menerima ujian itu, Allah reda pula kepadanya. Dan barang siapa yang marah (tidak reda), maka Allah pun murka kepadanya.” (Hadis riwayat At-Tarmizi)
Sifat pasrah dan reda hanya dimiliki orang beriman kerana orang menentang ketetapan dan suratan Allah SWT tidak tergolong dalam golongan beriman.
Cabaran dan dugaan adalah fasa normal dalam kehidupan manusia dan ia adalah masa paling sesuai untuk dimanfaatkan dalam membuat pertimbangan sama ada mahu terus menghadapi masalah berkenaan dengan cekal, berikhtiar untuk menyelesaikan segala kekusutan ataupun menyalahkan takdir semata-mata.
Penulis ialah Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia, kini melanjutkan pelajaran di United Kingdom
Tafsir Ayat: Perbanyak zikir pada hari Arafah, hari korban dan hari tasyrik
Oleh Engku Ahmad Zaki Engku Alwi
2010/11/18
ALLAH berfirman bermaksud: "Dan sebutlah kamu akan Allah (dengan takbir semasa mengerjakan haji) dalam beberapa hari yang tertentu bilangannya. Kemudian sesiapa yang segera (meninggalkan Mina) pada hari kedua, maka ia tidaklah berdosa dan sesiapa yang melambatkan (meninggalkan Mina) maka ia juga tidaklah berdosa; (ketiadaan dosa itu ialah) bagi orang yang bertakwa dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan ketahuilah sesungguhnya kamu akan dihimpunkan kepadanya." (Surah al-Baqarah, ayat 203).
Hari yang berkaitan dengan haji sudah pun ditentukan iaitu hari wukuf di padang Arafah, hari Aidiladha dan juga hari tasyrik dari hari ke-11 hingga 13 Zulhijjah. Selama tempoh ditentukan itu, hendaklah dipenuhi dengan menyebut nama Allah dan berzikir.
Semuanya sudah ditentukan oleh Allah, diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya. Hari berzikir dan menyebut nama Allah (dengan bertakbir dan bertahmid) mengikut pendapat yang rajih ialah hari Arafah, hari korban dan hari tasyrik selepasnya.
Ujar Ibn Abbas yang dimaksudkan dengan hari tertentu ialah hari tasyrik. Ujar Ikrimah, maksud berzikir pada Allah pada hari tertentu itu ialah bertakbir pada hari tasyrik selepas menunaikan sembahyang fardu iaitu ucapan Allahu Akbar, Allahu Akbar.
Sewaktu wukuf di padang Arafah sehingga bermalam di Muzdalifah, jemaah haji dianjurkan mengucapkan talbiah. Selama berma-lam di Mina pula, jemaah mengucapkan takbir, tahmid dan tahlil. Begitu juga selama tempoh melontar di ketiga-tiga Jamrah di Mina, setiap jemaah mengucapkan Bismillahi Allahu Akbar.
Syeikh al-Maraghi berkata, selepas Allah memerintahkan untuk berzikir di Masy’aril Haram, mereka tidak berzikir kepada-Nya di sana dan memerintahkan dengan zikirnya ketika sempurna menunaikan ibadat haji selepas hari Mina. Ini kerana pada tempoh itu, mereka lebih banyak menyebut kelebihan nenek moyang mereka. Lantas Allah menyuruh mereka berzikir pada hari Mina.
Berkaitan tempoh bertakbir pula, Ali, Abu Yusuf dan Muhammad berpendapat, waktu takbir bermula daripada solat fajar hari Arafah hingga selepas solat Asar pada akhir hari tasyrik. Ibn Mas’ud dan Abu Hanifah pula berpendapat waktu bertakbir adalah dari solat fajar hari Arafah hingga solat Asar hari raya.
Manakala Ibn Umar, Zaid bin Thabit, Ibn Abbas dan ‘Ata’ berpendapat, ia bermula dari selepas solat Zuhur hari korban hingga selepas Asar pada akhir hari Tasyrik.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan ketahuilah sesungguhnya kamu akan dihimpunkan kepadanya,” mengingatkan kita dengan pemandangan di Padang Mahsyar sesuai dengan pemandangan haji. Ia merangsang perasaan takwa dalam hati mereka di hadapan pemandangan mahsyar yang ngeri itu”
Ayat ini ditutup supaya manusia beriman seterusnya melakukan amalan salih yang dihiasi sifat ketakwaan kerana yakin kepada hari balasan. Hal ini menunjukkan segala tindakan manusia akan dihitung di hadapan Allah.
Pada hari itu, tidak boleh memberi manfaat kepadanya oleh harta benda dan anak pinak kecuali amalan yang salih. Mudah-mudahan kita menjadi hamba yang beriman dengan segala rukun iman dan beramal dengan amalan yang salih.
Penulis ialah Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin
Sambutan Aidiladha di perantauan tuntut pengorbanan
Oleh Khairunneezam Mohd Noor
2010/11/18
Pelajar di Desa Bundoora anjur majlis solat sunat, kenduri bagi pupuk semangat dan kecekalan
HARI raya korban memberi makna yang sungguh mendalam terutama bagi rombongan jemaah haji di Makkah yang menjadi 'tetamu Allah' bagi menyempurnakan rukun Islam kelima.
Begitu juga di seluruh pelosok dunia, kemeriahan sambutan perayaan ini begitu terasa dengan amalan solat sunat Aidiladha dan laungan takbir sehinggalah tamat hari tasyrik iaitu pada 13 Zulhijjah.
Ditambah lagi dengan penganjuran aktiviti korban dan menyembelih binatang seperti lembu, kambing dan unta yang dilakukan demi memperingati sejarah pengorbanan simbolik Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail serta kejayaan menepis godaan syaitan menambahkan rasa takwa dan taat kepada Allah.
Ibadah korban sangat berkesan merapatkan silaturahim antara penduduk setempat serta memberi ruang untuk bergembira menyambut hari raya korban bagi golongan miskin dan yatim piatu yang menerima sumbangan daging korban.
Menyambut hari raya korban di perantauan kebiasaannya tidaklah semeriah seperti di tanah air. Menitip pengalaman penulis yang merantau ke Melbourne, Australia, sejak beberapa tahun lalu, perantau sekadar mendapat peluang bersolat sunat Aidiladha sama ada di masjid atau surau.
Ada juga dalam kalangan komuniti perantau seperti pelajar atau pekerja yang menganjurkan majlis kenduri kecil-kecilan atau takbir beramai-ramai, sama ada di Dewan Malaysia, rumah atau dewan komuniti.
Namun, suasana perayaan Aidiladha tahun ini agak berbeza bagi perantau Malaysia yang bermastautin di Desa Bundoora yang terletak di kawasan persisiran kota Melbourne.
Aidiladha tahun ini, komuniti Desa Bundoora (rata-ratanya pelajar pascasiswazah) menganjurkan majlis solat sunat hari raya dan kenduri sempena menyambut hari raya yang mulia ini. Sebilangan ahli komuniti turut menyertai ibadah korban dan aqiqah.
Seluruh warga Desa Bundoora bertungkus-lumus dalam menjayakan program ini sejak beberapa minggu lalu seperti menempah dewan bagi solat sunat hari raya, menguruskan tempahan serta penyembelihan lembu dan kambing, selain persiapan majlis rewang kenduri.
Semua pihak rela ‘berkorban’ masa, tenaga dan wang demi menjayakan majlis ini. Bukan mudah untuk melihat suasana harmoni seperti ini dalam sesebuah masyarakat, apatah lagi yang berada jauh beribu batu dari Malaysia.
Peluang berhimpun beramai-ramai seperti ini memberikan ruang kepada semua untuk melepaskan rindu terhadap sanak-saudara di tanah air, bertukar fikiran, berkongsi suka duka dan sama-sama menghayati erti tersirat mengenai pengorbanan.
Sambutan perayaan mungkin sederhana tetapi jauh di lubuk hati kami sedar bahawa kami sedang melaksanakan erti pengorbanan yang bukan calang-calang. Pengorbanan meninggalkan keluarga tercinta di tanah air untuk menimba ilmu dan mencari pengalaman di bumi asing.
Semua pengorbanan ini tetap bersandarkan kepada matlamat mendapatkan keredaan Allah SWT, membawa balik segala ilmu dan pengalaman yang ditimba di luar negara untuk dikongsi bersama anak bangsa serta meningkatkan martabat negara.
Hari raya korban memberikan maksud cukup signifikan mengenai kewajipan menunaikan tanggungjawab sebagai insan yang menyumbangkan kepakaran dan tenaga kepada pembangunan serta kemakmuran insan sejagat.
Sambutan hari raya korban membuka pintu hati dan minda golongan perantau perlunya bersabar, melipatgandakan usaha dan lebih gigih dalam urusan kerja masing-masing dan akhirnya bertawakal kepada Allah SWT.
Akhirnya, tidak dinafikan menyambut hari raya korban di perantauan dapat memupuk kesedaran pengorbanan yang tidak boleh disalahertikan dengan melakukan perbuatan tidak bersesuaian pada perspektif masyarakat dan agama. Untuk melaksanakan pengorbanan, seseorang perlu mengikut saluran dan cara yang diredai Allah SWT, selaras aspirasi agama, bangsa dan negara.
Penulis ialah pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kini melanjutkan pengajian peringkat Doktor Falsafah di La Trobe University, Melbourn
Sikap gopoh, tergesa-gesa punca masyarakat jadi korban jalan raya
Oleh Aminudin Mansor
2010/11/18
KEMALANGAN ngeri yang berlaku banyak menimbulkan persoalan, malah ramai yang memberi pandangan mengenai punca kemalangan tetapi boleh dikatakan setiap hari ada saja tragedi yang dilaporkan.
Hingga ada kala tragedi berlaku terutama yang menyebabkan kematian ramai mangsa menimbulkan perasaan trauma dalam kalangan pemandu kerana jika bukan kita membuat silap, tindakan gopoh pemandu lain turut mengheret kita yang mungkin berada di jalan raya ketika itu.
Justeru, sikap gopoh ketika memandu perlu dielakkan bagi mengelak perkara tidak diingini kerana sikap terburu-buru membuat kita hilang pertimbangan yang akhirnya akan mendatangkan penyesalan hingga akhir hayat.
Kesesakan lalu lintas, sikap pemandu di hadapan ibarat sedang makan angin hingga mengganggu kelancaran pemanduan kereta lain sebaiknya dilihat sebagai dugaan ketika di jalan raya kerana manusia mempunyai perangai yang pelbagai.
Ada yang bertimbang rasa dan ada yang angkuh ketika di jalan raya. Hanya kesabaran dan kemampuan mengawal emosi akan membantu pemandu berhadapan cabaran ketika menyusuri jalan raya atau lebuh raya.
Firman Allah bermaksud: “Allah pelindung orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya (iman).” (Surah al-Baqarah, ayat 257)
Oleh itu, hendaklah yakin bahawa tindakan bersabar dan sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas tidak akan merugikan kita. Kesabaran juga dapat mengelak sikap terburu-buru ini.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud; “Sabar adalah separuh daripada iman dan keyakinan adalah seluruh keimanan.” (Riwayat At-Thabrani dan Al-Baihaqi)
Hakikatnya, banyak perkara yang sering kita abaikan kerana merasakan ia tidak perlu sedangkan Rasulullah SAW sudah memberi peringatan dan panduan untuk kita melakukan setiap perbuatan serta mendapat keberkatan.
Rasulullah SAW akan menunaikan solat sunat sebelum keluar memulakan perjalanan dan berapa ramai antara kita yang mengingatkan diri serta ahli keluarga untuk menunaikan solat sunat sebelum memulakan perjalanan jauh seperti balik kampung pada waktu cuti perayaan.
Sebaliknya, semua tergesa-gesa dan hanya mengingati barang keperluan yang hendak dibawa supaya tidak tertinggal, yang kadang-kadang ada juga terlupa dibawa. Sebenarnya, waktu solat sunat itu adalah waktu bertenang kepada setiap ahli keluarga untuk bersedia memulakan perjalanan.
Digalakkan memulakan perjalanan pada awal pagi dan berdoa sebelum memulakan perjalanan seperti: “Maha suci Allah yang telah tundukkan bagi kami (kenderaan) ini dan tidaklah kami dapat mengawalnya dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah tempat kami kembali.”
Bukan tidak boleh memandu pada waktu malam kerana dengan persediaan tidur yang cukup serta sikap berhati-hati untuk berhenti rehat seketika bagi melepaskan lenguh dan tenang ketika memandu, dengan izin Allah perjalanan tetap lancar.
Cuma, apabila memandu pada waktu siang, penglihatan lebih luas dan jika ada yang tidak kena akan disedari lebih mudah dan cepat.
Diriwayatkan sudah menjadi kebiasaan, Rasulullah SAW apabila Baginda kembali dari sesuatu perjalanan biasanya ia dilakukan pada waktu Dhuha. Pertama, Baginda akan ke masjid menunaikan dua rakaat solat Nafilah dan duduk dalam masjid bertemu orang ramai buat seketika sebelum kembali ke rumah. (Hadis riwayat Imam Al-Bukhar
Kunta Kinte: Dunia Islam tanpa pemimpin
2010/11/19
DUA Jumaat lalu, Kunta Kinte tulis mengenai keadaan umat Islam yang daif. Dua hari lepas, umat Islam sambut Hari Raya Haji. Dalam khutbah sembahyang sunat Aidiladha, khatib cerita pasal orang Islam wajib bersatu padu dan berkorban.
Jadi, minggu ini Kunta Kinte nak sambung sikit lagi hal umat Islam di dunia ini.
Memanglah masa kita di Makkah tunai haji, kita rasa perpaduan ummah dan kita rasa Muslim kuat pasal bilangan kita ramai.
Itu pun kalau Allah Taala tak suruh kita sabar, tolak ansur dan banyak berdoa, darah kita naik juga sebab bukan semua jemaah haji sopan, tertib dan bersih macam jemaah Malaysia.
Kunta Kinte dah lama pergi haji. Tapi pengalaman itu Kunta Kinte ingat sampai hari ini. Memang betul jemaah haji kita dijaga sangat baik oleh Tabung Haji sampai kita jadi manja dan penakut.
Nak salahkan Tabung Haji pun tak boleh juga sebab memang kita nak jaga jemaah kita supaya sihat, selamat dan selesa.
Ini bukan pasal apa, tapi pasal kita mampu. Banyak lagi jemaah haji dari negara miskin yang boleh kata pergi kerja haji sehelai sepinggang. Mereka tak pilih jadi miskin. Tapi pasal bumi yang kering kontang, bencana alam, perang dan kerajaan yang haprak, boleh kata majoriti umat Islam di dunia hari ini hidup miskin dan susah.
Lebih teruk lagi, banyak negara Islam yang kaya, dibagi hasil bumi banyak dan wilayah yang luas oleh Allah Taala pun kacau-bilau dan lemah sampai jadi alat kepada orang kafir.
Dalam masa dua juta lebih umat Islam buat haji, tak jauh dari Makkah rakyat Palestin di Gaza dibom, dikepung dan dijajah Israel.
Di Iraq, 400,000 dokumen rahsia yang disebar oleh laman web Wikileaks, dengan jelas buktikan bagaimana orang awam di negara Islam itu diseksa dan dibunuh di depan mata tentera penakluk Amerika.
Di Afghanistan, penaklukan oleh tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang tujuan asalnya nak tangkap Osama Bin Laden bukan saja tak berjaya, malah telah sebabkan huru-hara yang lebih teruk.
Keganasan di Afghanistan merebak ke Pakistan. Bukan saja dah jadi peperangan antara tentera kerajaan dengan Taliban, tapi dah jadi perang sesuka hati. Akibatnya Muslim bunuh Muslim, Sunnah bunuh Syiah dan Syiah bunuh Sunnah.
Yang seronok orang kafir dan negara kafir. Lagi teruk, orang Islam bergaduh sesama sendiri lagi baik bagi Amerika dan sekutunya, terutama sekali Israel.
Sekarang Amerika melaga-lagakan Dunia Arab dengan Iran pula. Amerika kata, negara-negara Arab kena tambah senjata pasal Iran hendak dominasi Timur Tengah.
Sedangkan kita semua tahu, penaklukan Amerika ke atas Iraq telah menolong golongan radikal Syiah jadi lebih kuat dan berkuasa di Iraq.
Taktik melaga-lagakan ini berkesan. Baru-baru ini diumumkan yang Arab Saudi akan beli senjata canggih, termasuk jet pejuang jenis F-15, dari Amerika dengan harga AS$60 bilion (kira-kira RM192 bilion).
Sebelum tu, Iraq diizinkan Amerika beli kapal terbang pelatih dari Serbia. Kunta Kinte hairan dan terkejut pasal apa beli dari Serbia sedangkan negara dan bangsa inilah yang bunuh orang Islam beramai-ramai di Bosnia-Herzegovina pada tahun 1990-an.
Amerika tahu, dengan melaga-lagakan Dunia Arab dengan Iran, tumpuan kepada Israel akan berkurangan dan negara-negara Islam, khasnya di Asia Barat, akan terus bergantung kepada Amerika dan Barat.
Arab Saudi kena bayar AS$60 juta untuk beli kapal terbang perang daripada Amerika, tapi Israel beli senjata Amerika atas dasar IOU (aku berhutang kepada kamu) yang sebenarnya jarang sekali dibayar.
Maka Kunta Kinte tak hairan langsung bila sebelum umum jual senjata kepada Arab Saudi, Amerika sudah jual 20 pesawat F-35 Stealth Fighter kepada Israel dengan opsyen menjual 75 buah lagi.
Pesawat F-35 ini adalah yang terbaru dan termoden dalam kelengkapan perang Amerika. Ia boleh terbang dari Israel ke Iran tanpa dikesan. Dalam erti kata lain, Amerika tidak akan benarkan negara-negara Arab miliki senjata yang lebih baik daripada Israel.
Inilah akibat dan malapetaka menimpa Dunia Islam dan 1.57 bilion umatnya kerana tidak bersatu padu, terumbang-ambing dan saling bercakaran.
Kesudahannya, Dunia Islam didominasi dan ditakluki oleh kuasa Judeo-Christian Barat. Selain Iran, nampaknya tak ada lagi negara Islam yang berani angkat kepala melawan hegemoni Judoe-Christian Barat yang dipelopori Amerika. Wallahualam
Banjir kilat di kota Makkah
2010/11/20
JEMAAH melalui satu kawasan banjir selepas hujan lebat melanda Makkah, semalam.
JEMAAH menolong saudara yang lanjut usia menghadapi banjir.
SEORANG jemaah meredah air selepas banjir kilat di Makkah.
Air naik ganggu jemaah ke Kaabah selepas lontar jamrah di Mina
MINA: Hujan menyebabkan di beberapa tempat di kota Makkah dinaiki air semalam sekali gus mengganggu sebahagian jemaah dari Mina yang dalam perjalanan ke Kaabah bagi menunaikan ibadat terakhir Haji tahun ini selepas melontar jamrah.
Hujan melanda Mina sejak petang kelmarin ketika jemaah mula keluar dari kawasan perkhemahan di Mina bagi melontar jamrah pada hari ketiga.
Air separas buku lali memenuhi jalan raya dari Mina ke Makkah dan menyebabkan lalu lintas tersekat. Kenderaan terkandas di jalan raya yang dinaiki air. Anggota polis trafik dilihat membantu kereta kecil keluar dari air banjir.
Air dilihat menuruni bukit di Mina dan masuk ke dalam khemah jemaah menyebabkan tilam dan barang lain dihanyutkan.
“Di sesetengah khemah, keadaan agak kelam-kabut. Orang ramai berlari untuk mengelak daripada arus air deras,” kata seorang jemaah kepada jurugambar Arab News.
Selepas air surut, jalan raya di Mina dipenuhi pelbagai jenis sampah. Jam tangan dan barang kemas dihanyutkan manakala peniaga tepi jalan meninggalkan kedai bagi mengelak hujan lebat.
Hujan lebat memeranjatkan jemaah namun ia tidak mengejutkan pihak berkuasa Pengurusan Jemaah Asia Selatan. Seorang daripada mereka berkata: “Kami sedia menghadapi hujan seperti diramal.
“Syukur, hujan berlaku pada hari terakhir Haji ketika jemaah berada di Mina. Jika hujan turun lebih awal, keseluruhan jentera pentadbiran akan kucar kacir.”
Televisyen Saudi menunjukkan jemaah terus melontar jamrah dan mengelilingi Kaabah. Ribuan jemaah masih berada di Mina bagi menghabiskan acara melontar.
Jemaah yang gagal meninggalkan Mina sebelum malam perlu tinggal sehari lagi. Ramai jemaah gembira dapat menyelesaikan haji. Pengulas India Muslim terkenal, Ausaf Vasfi, berkata semuanya lancar. – Agen
Misteri Parsi diresapi budaya Arab terungkai
Oleh Mohd Radzi Othman
2010/11/20
Pengaruh Islam tukar imej, peradaban
SAAD bin Abi Waqqas menghitung jumlah penduduk daerah Ctesiphon ketika beliau membuka kota itu kira-kira 137,000 orang namun bangsa berkenaan lenyap selepas berlalu beberapa waktu. Persoalannya ke mana hilang seluruh bangsa Parsi itu?
Ibn Khaldun berkata, sesuatu bangsa yang sudah dikalahkan dan berada di bawah kekuasaan bangsa lain, akan cepat lenyap.
Kemudian beliau berkata lagi, peraturan Islam adalah dikenal kerana keadilannya, maka Islam tidak membenarkan umatnya membunuh kafir zimmi tanpa hak yang benar. Begitu juga darah seorang Muslim itu haram atas Muslim yang lain.
Maka misteri lenyapnya bangsa Parsi beberapa waktu selepas mereka dikalahkan bangsa Arab adalah kerana diresap budaya dan teori muatan rohani, bukannya kerana ketidakadilan Islam atau kekejaman umatnya.
Dalam percampuran budaya atau kemasukan kebudayaan, akan muncul paling kurang tiga bentuk tindak balas iaitu akulturasi, asimilasi atau akomodasi.
Akulturasi adalah penggabungan dua budaya sehingga terbentuk budaya baru tanpa menghilangkan unsur budaya asli sementara asimilasi adalah pertembungan dua budaya sehingga terbentuk budaya baru.
Akomodasi pula adalah penyesuaian dua budaya yang akhirnya akan memenangkan budaya yang dominan sehingga budaya minoriti terhapus. Kaum minoriti akan melazimi budaya kaum majoriti bagi menghindari konflik.
Maka dalam kes bangsa Parsi lenyap selepas ditakluk bangsa Arab adalah kerana bangsa itu sudah diserap dalam bangsa Arab sehingga mereka berbicara dengan lidah Arab, berpakaian Arab dan mengamalkan budaya hidup orang Arab.
Akhirnya mereka menjadi bangsa Arab sehingga hilang unsur bangsa sendiri. Lebih utama, bangsa Parsi meninggalkan agama Majusi dan beralih kepada Islam, maka mereka berkongsi kepercayaan dengan bangsa Arab.
Bapa Sosiologi Ibn Khaldun, membawakan teori ‘minda kaptif’ atau minda terjajah. Menariknya, minda terjajah ini tidak berlaku kepada penganut Islam yang baru lantaran Islam menyebar bukan mahu mengorek kekayaan atau menghambakan manusia, tetapi mahu memerdekakan manusia dari perhambaan dan memerdekakan jiwa dari kesyirikan.
Ibn Khaldun berkata mengenai minda terjajah: “Yang ditakluki selalunya mahu meniru yang menang dalam hal perilaku, caranya berpakaian, pekerjaannya dan pelbagai keadaan dan adat resam. Sebabnya ialah kerana jiwa selalunya melihat kesempurnaan pada diri orang yang berupaya menakluki jiwa itu dan kepada orang yang menjadi tempatnya bernaung. Dia melihat tokoh berkenaan sebagai sempurna, sama ada disebabkan jiwa itu dipengaruhi oleh rasa hormat terhadapnya, atau kerana jiwa itu silap dalam mengandaikan bahawa perasaan patuh kepada orang itu bukanlah disebabkan kekalahan tetapi kerana kesempurnaan orang yang menakluki itu. Sekiranya andaian yang salah itu sudah sebati dalam jiwa, maka ia akan membentuk sebuah keyakinan yang kukuh. Jiwa itu kemudiannya akan menerima seluruh perilaku dan tindak-tanduk orang yang menang dan mengasimilasikan diri dengannya. Inilah yang dimaksudkan dengan sebuah peniruan.”
Kini tanpa sedar, ‘Kemelayuan’ yang kita warisi semakin pudar ditelan globalisasi. Selama 400 tahun umat Melayu dijajah, sedikit sebanyak budaya kita berubah akibat pertembungan budaya.
Tanpa sedar juga rupanya kita masih menyanjung Barat sehingga ‘beriman’ akan kesempurnaan mereka pada semua sisi. Lantas kita meniru mereka dalam berpakaian, tingkah-laku hatta sehingga cara mereka berfikir dan berbahasa.
Begitulah kita menerima mereka dengan hati terbuka dan toleransi tinggi sehingga mengorbankan akal budi. Begitu juga kita merelakan seluruh cara fikir mereka menerobos minda dan jalan fikir kita untuk merasa maju. Tanpa sedar, pemikiran dan jalan fikir itu sangat berbahaya kepada kita.
Kita semakin lupa untuk tetap teguh kepada akidah yang sahih dan amal ibadat sempurna. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barang siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.” (Direkodkan oleh Abu Dawud)
PruBSN Ummah laksana haji badal bagi peserta tak sempat ke Makkah
2010/11/20
DARIPADA Fadl bin Abbas, seorang wanita dari Bani Khats'am berkata: "Wahai Rasulullah SAW! Sesungguhnya Allah sudah mewajibkan haji kepada hamba-Nya, bapaku seorang yang sudah berumur, tidak mampu mengadakan perjalanan, apakah boleh aku menghajikannya?” Rasulullah SAW menjawab: Boleh."
Orang Muslim yang hendak menunaikan badal haji perlu mengikuti syarat antaranya mereka terlebih dulu sudah menunaikan haji untuk diri sendiri dengan sempurna, hanya menunaikan haji untuk seorang saja pada satu-satu musim haji dan melakukan haji mengikut yang diamanahkan.
Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, Rasulullah SAW mendengar seorang lelaki berkata: “Aku penuhi panggilan-Mu untuk Syabramah. Rasulullah SAW bertanya: “Apakah engkau telah melaksanakan haji untuk dirimu? Ia menjawab: Belum. Baginda bersabda: Hajilah untuk dirimu kemudian laksanakan haji untuk Syabramah.”
Sebut saja amalan menunaikan haji untuk mereka yang sudah meninggal dunia serta yang hilang upaya kekal, boleh dikatakan semua umat Islam mengetahui mengenainya tetapi ada juga keliru apabila bertemu dan mendengar terma ‘haji badal’.
Prudential BSN Takaful Berhad yang menawarkan pelan takaful PruBSN Ummah sejak 3 November lalu menerima banyak pertanyaan mengenai badal haji yang termasuk dalam manfaat diterima peserta pelan takaful berkenaan.
Pegawai Syariah Prudential BSN Takaful Berhad, Mohammed Farouq Abdul Jalil, berkata badal yang bermakna ganti adalah haji yang ditunaikan oleh seseorang untuk orang lain yang layak menunaikan ibadat itu tetapi tidak berkemampuan disebabkan keuzuran atau sudah meninggal dunia.
Justeru katanya, bagi memenuhi niat peserta PruBSN Ummah yang menyimpan dengan pelan itu tetapi tidak kesampaian untuk menunaikan haji, hasrat itu akan ditunaikan melalui haji badal yang terangkum dalam manfaat pelan takaful PruBSN Ummah.
“Inilah keunikan pelan takaful PruBSN Ummah sebagai pelan komprehensif kerana selain faedah perlindungan, pelan ini turut mengambil kira tujuan asal peserta menabung iaitu untuk menunaikan haji dan umrah.
“Jika hasrat itu tidak tertunai kerana peserta meninggal dunia atau hilang upaya kekal, PruBSN Ummah tetap menyempurnakan niat mereka melalui haji badal yang akan dilakukan oleh pihak ketiga,” katanya.
Bagi peserta takaful yang sudah ke Tanah Suci untuk menunaikan haji tetapi tidak sempat menyempurnakannya dan perkara itu jelas dibuktikan, maka dia juga layak untuk mendapat faedah haji badal kerana manfaat itu masih tertakluk dalam pelan PruBSN Ummah.
Mohammed Farouq berkata, bagi memastikan niat menyempurnakan rukun Islam kelima itu terlaksana, badal haji akan dilaksanakan sama ada oleh penama yang dipilih peserta atau dengan kerjasama pihak ketiga iaitu Tabung Haji Travels and Services Sdn Bhd.
“Sementara itu, waris kepada jemaah yang meninggal dunia di Tanah Suci akan mendapat jumlah perlindungan dua kali ganda dan khairat kematian.
Selain menyimpan untuk tujuan ibadah, pelan ini turut memberi perhatian kepada kepentingan keluarga,” katanya.
Beliau berkata, melihat perkembangan semasa termasuk kos menunaikan haji yang tidak dapat dinafikan semakin meningkat, umat Islam khususnya golongan muda digalakkan menabung dari sekarang sebagai persediaan perancangan menunaikan haji.
Katanya, bagi tujuan itu mereka juga perlu bijak merancang kerana selain simpanan di Lembaga Urusan dan Tabung Haji (Tabung Haji), tidak rugi untuk yang memasang niat menyahut seruan Baitullah mempunyai simpanan sokongan yang menawarkan pelbagai manfaat.
“Kita juga galakkan yang menyertai pelan takaful PruBSN Ummah pergi menunaikan haji dalam tempoh berkenaan supaya mereka mendapat manfaat penuh yang ditawarkan pelan ini sepanjang berada di Tanah Suci,” katanya.
PruBSN Ummah turut menawarkan penulisan wasiat dengan kerjasama AmanahRaya Berhad (AmanahRaya) sebagai perkhidmatan pilihan dengan kadar bayaran berpatutan bagi memudahkan pelanggan menguruskan harta/simpanan mereka.
PruBSN Ummah menawarkan pelan perlindungan dan simpanan untuk tempoh dari sepuluh tahun dengan kadar minimum RM50 sebulan.
Mereka yang berusia dari 19 hingga 60 tahun boleh menyertai pelan ini yang turut menyediakan perlindungan tambahan bagi penyakit kritikal.
Maklumat lanjut boleh diperoleh daripada ejen Prudential BSN Takaful atau laman web www.prubsn.com.my
Bakal guru musykil status ijazah
2010/11/20
SAYA adalah seorang guru pelatih daripada sebuah Institut Pendidikan Guru (IPG). Saya ingin meminta penjelasan daripada pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pelajaran berkaitan status dan nilai sah taraf Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian (SR).
Ini kerana pada masa kini semua guru pelatih di IPG seluruh Malaysia sedang dan sudah mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) sama ada dengan Open University Malaysia (OUM) atau IPG sendiri.
Kemusykilan saya, adalah berdasarkan kenyataan dalam laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) yang menyatakan program pengajian Ijazah Sarjana Muda masih dalam proses mendapatkan pengiktirafan kerajaan.
Terbaru ialah status Ijazah Sarjana Muda di bawah program PISMP IPG yang baru saja melalui penilaian pihak MQA. Persoalan saya adakah ijazah di bawah program PISMK OUM dan PISMP IPG diiktiraf dan disahkan kerajaan terutamanya MQA?
Untuk pengetahuan pihak MQA dan Kementerian, suasana serta pengajaran dan pembelajaran (P&P) di IPG adalah sangat berbeza jika dibandingkan di universiti. Ini kerana suasana, cara dan kaedah yang digunapakai IPG adalah bersifat kursus dan latihan.
IPG bukanlah sebuah pusat untuk melahirkan graduan berijazah semata-mata tetapi lebih menekankan penerapan nilai keguruan dan kemahiran mengurus dan mentadbir sekolah. Di IPG, semua guru pelatih perlu membabitkan diri dalam program dan aktiviti di peringkat IPG dan negara.
Pelbagai program yang menjurus ke arah pengurusan sekolah perlu disertai seperti Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), praktikum, kajian dan ujian amali. Itu adalah program wajib yang terkandung dalam silibus PISMP.
Bagaimana pula dengan guru pelatih yang perlu menyertai program anjuran kementerian dan Bahagian Pendidikan Guru (BPG) seperti human graphic untuk sambutan Hari Kemerdekaan setiap tahun dan penyertaan dalam sesuatu sukan seperti Sukan Sekolah Asia?
Mereka ini perlu meninggalkan IPG dan kuliah selama berminggu-minggu, adalah mustahil untuk pensyarah mereka menggantikan kuliah kerana terdapat pelbagai halangan seperti kekurangan masa dan sebagainya disebabkan guru pelatih itu sendiri pula perlu menjalani PBS dan praktikum.
Kesemua program dan aktiviti yang dibuat oleh IPG dan BPG sebenarnya suatu bentuk latihan dan penerapan kemahiran sama ada secara formal atau tidak formal dalam usaha untuk menjadikan setiap guru lepasan IPG mempunyai pelbagai kemahiran dan ilmu untuk mentadbir dan mengurus sekolah serta mendidik. Oleh itu, pendekatan pembelajaran akademik yang menjurus ke arah gaya universiti adalah tidak sesuai untuk dilaksanakan di IPG.
Akhir sekali, saya berharap pihak kerajaan terutamanya kementerian dan MQA berbincang untuk mencari penyelesaian agar semua ijazah di bawah program PISMK dan PISMP diiktiraf oleh kerajaan.
GURU KOMITED,
Jemaah kembali ke Mekah
|
|
| Beribu-ribu jemaah haji kembali ke Mekah untuk menunaikan tawaf mengelilingi Ka’abah, semalam. – REUTERS |
MEKAH 19 Nov. – Seramai 2.8 juta jemaah haji bergegas menyempurnakan ibadah melontar jamrah di Mina hari ini dan kembali ke Mekah bagi menunaikan tawaf dan saie, ketika ribut melanda kawasan itu, sekali gus memburukkan lagi kesesakan di jalan-jalan raya dari Mina menuju Mekah.
Jemaah haji yang selesai melontar jamrah di Mina pada sebelah pagi, bergegas kembali ke kota suci itu untuk menunaikan tawaf seterusnya ibadah saie.
Barisan panjang jemaah memenuhi jalan Raja Abdul Aziz yang menyambungkan tapak melontar jamrah di Mina dengan Masjidil Haram di Mekah.
Hujan dan ribut melanda Mina dan Mekah semalam ketika beribu-ribu jemaah yang tidak dibenarkan berkumpul di laluan pejalan kaki, sekali gus menyesakkan lagi laluan menuju ke Mekah.
Ribut yang tidak dijangka itu berlaku petang semalam selepas hujan renyai-renyai mengakibatkan khemah-khemah jemaah yang menyelinap masuk ke lembah ini tanpa permit diterbangkan angin.
Walaupun hujan semakin reda, namun ia telah menyebabkan jalan-jalan menuju ke Mekah dipenuhi lopak dan mengakibatkan jemaah terpaksa berbaris panjang untuk menaiki koc ke Mekah hari ini.
Musim haji tahun ini secara rasminya berakhir hari ini, hari ketiga Tashrik bagaimanapun jemaah yang bergegas untuk menyempurnakan ibadah haji dan meninggalkan Mekah boleh melakukannya pada hari kelima.
Statistik yang dikeluarkan kerajaan Arab Saudi pada Selasa lalu menunjukkan kira-kira 2.8 juta jemaah haji dari seluruh dunia menunaikan haji musim ini, meningkat daripada anggaran asal kira-kira dua juta orang.
Jumlah itu terdiri daripada 1,799,601 jemaah dari luar Arab Saudi dan 989,798 jemaah tempatan.
Peningkatan itu berikutan kebanjiran jemaah yang tidak memiliki permit, menurut pihak berkuasa Arab Saudi. – AFP
Mina banjir sukarkan pergerakan jemaah
|
|
| Jemaah meredah banjir di sebatang jalan raya di Mekah selepas berlaku hujan lebat kelmarin. – REUTERS |
MINA 19 Nov. – Hujan lebat di Mina sejak petang semalam menyukarkan pergerakan jemaah untuk mengerjakan ibadah haji, yang kini semakin menghampiri penghujungnya.
Hujan mula turun di lembah kering ini sejak pukul 3 petang semalam (pukul 8 malam waktu Malaysia) ketika kebanyakan jemaah mula meninggalkan khemah masing-masing untuk melakukan ibadah melontar jamrah untuk hari ketiga.
Sejak tengah hari semalam, Mina diselubungi awan hitam dan angin kuat sebelum hujan turun. Walaupun reda selepas beberapa jam, hujan gerimis berterusan menyebabkan banjir pada paras buku lali di jalan-jalan raya di Mina menuju ke Mekah.
Kenderaan terkandas di jalan raya yang ditenggelami air dengan polis trafik membantu mengeluarkan kenderaan kecil.
Air banjir yang menuruni bukit menderu masuk ke dalam khemah-khemah dan menghanyutkan tilam dan barangan lain yang diletakkan di lantai, mencetuskan kekecohan di kalangan jemaah.
Jalan raya Mina akhirnya dipenuhi pelbagai jenis sampah-sarap termasuk jam tangan dan barangan kemas yang tidak sempat diselamatkan.
“Kami sudah bersiap sedia menghadapi hujan seperti yang dijangka. Alhamdulillah, hujan turun pada hari terakhir ibadah haji ketika jemaah berada di Mina.
‘‘Jika hujan turun lebih awal maka semua mekanisme pentadbiran akan mengalami kesukaran besar,” kata seorang pegawai Pertubuhan Jemaah Asia Selatan.
Televisyen Arab Saudi merakamkan keadaan jemaah yang melontar dan melakukan tawaf rukun mengelilingi Kaabah ketika hujan.
Beratus-ratus jemaah masih berada di Mina untuk melakukan ibadah melontar yang memerlukan mereka menetap di sana sehari lagi untuk berbuat demikian.
Bagaimanapun kesemua jemaah berpendapat hujan yang turun merupakan tanda ibadah haji mereka diterima dan memuji pihak berkuasa Arab Saudi atas usaha memudahkan urusan menunaikan rukun Islam kelima itu pada tahun ini.
Sementara itu, Pertahanan Awam menempatkan anggota keselamatan di Mekah dan di tapak-tapak suci untuk menghadapi sebarang kemungkinan ekoran hujan lebat petang semalam.
“Tiada yang dilaporkan mati lemas atau kecederaan akibat hujan lebat di Mekah.
Bagaimanapun, persediaan telah dibuat untuk memindahkan kem-kem di Mina jika ia diancam banjir,” kata Ibrahim. – AGENSI
Kereta Api Mashair hadapi gangguan litar pintas
MEKAH 19 Nov. - Perkhidmatan Kereta Api Mashair yang diperkenalkan pada musim haji tahun ini untuk mengangkut jemaah antara Mina dan Arafah mengalami gangguan litar pintas, semalam berikutan hujan lebat.
Perkhidmatan itu yang sebelum ini berjalan lancar mengalami sedikit gangguan lintar pintas ketika hujan lebat semalam, sekali gus menyebabkan perkhidmatannya tergendala beberapa minit.
Menurut jurucakap Pertahanan Awam untuk Haji, Mejar Abdullah Al-Harithi dalam satu kenyataan di Mina, gangguan litar pintas itu berlaku di stesen kereta api di Mina, bukan di dalam gerabak.
"Perkhidmatan kereta api disambung semula selepas masalah itu atasi dalam tempoh hanya beberapa minit dan insiden itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan.
"Perkhidmatan kini disambung semula dan kembali berjalan lancar. Kereta api itu dilengkapi teknologi moden untuk memadamkan kebakaran dan mengeluarkan amaran awal," kata Abdullah.
Sementara itu, Pengarah Jemaah Domestik di Kementerian Haji, Ibrahim al-Jabri berkata, kejadian itu tidak menyebabkan gangguan kepada jemaah, semalam. - Agens
Takaful bantu mangsa banjir
|
|
| Sukarelawan Takaful Malaysia turut menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan kepada Madrasah Haji Wan Salleh di Kampung Sungai Baru, Jitra baru-baru ini. |
PRIHATIN dengan mangsa banjir yang di utara tanah air terutama ketika sambutan Hari Raya Aidiladha, Syarikat Takaful Malaysia Berhad (Takaful Malaysia) turut menghulurkan bantuan dalam membantu mangsa banjir di Kedah.
Ia sejajar dengan tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) yang dikenali melalui jenama Takaful myJalinan Kasih.
Bagi menjayakan tanggungjawab sosial itu, sukarelawan Takaful Malaysia Wilayah Utara telah berkumpul bagi membantu penduduk Kampung Sungai Baru yang terletak di Jitra, Kedah.
Mereka berganding bahu dengan sukarelawan dari Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) serta para penduduk kampung telah bergotong-royong membersihkan Madrasah Haji Wan Salleh yang rosak teruk akibat banjir.
Sesi gotong-royong itu bermula seawal pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 5 petang.
Hasil daripada usaha sukarelawan itu Madrasah tersebut bukan hanya dapat beroperasi seperti biasa, malah telah berwajah baru.
Mereka bukan sahaja membersihkannya daripada kesan lumpur dan kotoran tetapi turut mengecat semula madarasah tersebut.
Selepas sesi gotong-royong berkenaan, wakil Pengurus Wilayah Utara Takaful Malaysia, Badrul Asri Ahmad telah menyampaikan sumbangan kepada madrasah berkenan.
Selain daripada sumbangan berbentuk wang tunai, antara barangan yang telah disampaikan adalah permaidani, sejadah dan juga beberapa naskah al-Quran.
Turut menerima sumbangan pada majlis itu adalah 10 buah keluarga daripada Kampung Sungai Dua yang rumah mereka terjejas teruk disebabkan oleh banjir tersebut.
Wakil penduduk Kampung Sungai Dua amat berbesar hati dengan sumbangan yang diberikan yang mana ia sekurang-kurangnya dapat membantu mereka menyambut Aidiladha.
Pengarah Urusan Kumpulan Takaful Malaysia, Datuk Mohamed Hassan Kamil dalam kenyataannya berkata, bantuan yang dihulurkan kepada mangsa banjir adalah salah satu usaha Takaful Malaysia untuk membantu mereka yang memerlukan dan kurang bernasib baik.
"Ini adalah salah satu tanggungjawab sosial korporat dan negeri Kedah merupakan salah satu negeri tempat kami beroperasi.
"Malah terdapat warga Takaful Malaysia yang turut menjadi mangsa banjir.
"Saya juga berpendapat bahawa bantuan kepada seluruh mangsa banjir adalah satu tanggung jawab bersama yang harus dikongsi.
"Oleh itu, kami di Takaful Malaysia akan terus membantu melalui pelbagai landasan yang kami mampu demi kesenangan semua pihak," katanya.
Katanya, pihak Takaful Malaysia juga kini berusaha untuk memastikan tuntutan pampasan takaful lebih berkesan dan cepat kepada pelanggan.
Katanya, Takaful Malaysia akan membayar semua tuntutan dalam masa 10 hari bekerja sekiranya segala dokumen yang diperlukan adalah lengkap.
Nabi Yunus yang kecewa
DAN mengapa tidak ada (penduduk) suatu kota yang beriman, lalu imannya itu bermanfaat kepadanya selain kaum Yunus? Tatkala mereka (kaum Yunus itu) beriman, Kami hilangkan daripada mereka azab yang menghinakan dalam kehidupan dunia, dan Kami beri kesenangan kepada mereka sampai kepada waktu tertentu. (Yunus: 98)
Terdapat sebuah negeri yang bernama Ninawa yang mana kebanyakan penduduknya menyembah berhala. Hampir setiap rumah di negeri tersebut dipenuhi dengan patung-patung yang diperbuat daripada batu. Penduduk di situ hidup dalam kejahilan, kegelapan, kesesatan dan menyimpang daripada jalan Allah.
Untuk menyedarkan penduduk di kampung tersebut, Allah telah mengutuskan Nabi Yunus untuk memberi cahaya melalui agama Allah dan menghindarkan mereka daripada kegelapan menyembah patung berhala. Nabi Yunus tidak mempunyai ikatan persaudaraan atau perkauman dengan penduduk tersebut. Kehadirannya adalah sebagai orang asing hanya ingin berdakwah serta membimbing mereka ke jalan yang benar. Nabi Yunus mahu mereka insaf dan sedar bahawa berhala-berhala yang disembah itu adalah barang buatan yang tidak berguna. Tuhan yang harus disembah ialah Allah, yang telah menjadikan bumi, langit, bulan, matahari dan segala-galanya.
Apabila penduduk di negeri tersebut mendengar dakwah yang dibawa oleh Nabi Yunus, mereka menjadi sangat terkejut dan menganggap ia bertentangan dengan tradisi kehidupan mereka turun-menurun iaitu menyembah berhala dan memuja batu yang berupa patung. Tambahan pula mereka tidak akan tunduk dan patuh kepada kata seseorang daripada kalangan rakyat biasa, bukan raja atau bangsawan, apatah lagi yang tidak mempunyai kekayaan dan kekuasaan.
Demikianlah nasib yang dialami oleh Nabi Yunus. Baginda dimaki, dihina, disanggah habis-habisan setiap kali ingin berdakwah dan mengajak mereka menyembah Allah. Dengan penuh kesabaran dan budi bahasa yang tinggi, Nabi Yunus menghadapinya dengan tenang selama bertahuntahun. Namun mereka tetap mengingkari ajakan Nabi Yunus.
Kerana keingkaran mereka itu, Nabi Yunus berasa bimbang dan takut mereka akan ditimpa seksaan dan azab daripada Allah, seperti mana yang dialami oleh bangsa-bangsa sebelum mereka. Sudah puas Nabi Yunus menasihati mereka. Sebaliknya mereka menganggapnya sebagai suatu yang lucu dan hanya cakapcakap kosong sahaja. Mereka mengatakan bahawa mereka tidak akan tunduk kepada Allah dan tidak takut akan seksaan Allah itu. Mereka mencabar supaya didatangkan seksaan itu sekiranya benar.
Nabi Yunus tidak dapat menahan kesabarannya lagi. Hatinya marah tidak terhingga sehingga baginda sudah berputus asa. Nabi Yunus berjanji tidak akan berhubung dan menemui mereka lagi. Lalu Nabi Yunus berjalan dan keluar meninggalkan kampung dan bangsanya yang ingkar itu. Baginda ingin merantau ke negeri lain dengan hati yang kesal dan putus asa.
Belum pun jauh perjalanan Nabi Yunus dari negeri itu, turunlah bala dan seksaan Allah ke atas penduduk yang sombong dan bongkak itu. Mula-mula Allah menurunkan cuaca panas yang sangat tinggi sehingga mengubah warna kulit sehingga menjadikan mereka cacat dan jelik. Mulai timbul di hati mereka akan kebenaran kata-kata Nabi Yunus dahulu.
Mereka berasa sangat takut dan mula memanggil-manggil nama Nabi Yunus. Mereka mula teringat akan azab dan seksaan yang pernah diturunkan terhadap kaum Nabi Nuh, bangsa 'Ad dan Tsamud. Lalu mereka pun ingin bertaubat dan menurut segala ajaran Nabi Yunus. Tetapi sayang, Nabi Yunus sudah pergi dan tidak seorang pun mengetahui ke ke mana baginda pergi.
Di kala itu mereka meminta ampun dan bertaubat kepada Allah seperti mana yang pernah diajarkan oleh Nabi Yunus dahulu. Taubat itu benar-benar timbul dalam hati mereka yang ikhlas. Lalu Allah pun menghentikan seksaan yang telah diturunkan itu. Mereka kembali hidup dalam keadaan biasa, aman dan tenteram. Mereka amat berharap akan kehadiran Nabi Yunus dan ingin mengangkat baginda menjadi pemimpin mereka. Tetapi Nabi Yunus tidak juga muncul-muncul. Baginda telah membawa dirinya dari situ dengan hati yang penuh kesal dan kecewa.
lPetikan daripada buku 366 Kisah daripada Al-Quran terbitan Edusystem Sdn. Bhd
Peguam Syarie Menulis: Sejarah beri panduan bina masa depan cemerlang
Oleh Tuan Musa Awang
2010/11/24
CADANGAN kerajaan menjadikan subjek Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) wajar dipandang dari perspektif positif, meskipun ada beberapa pihak menentangnya. Sebagai seorang yang mengambil subjek Sejarah sejak di bangku sekolah menengah, saya menyokong syor ini.
Sejarah bukan hanya untuk dikenang, dibukukan atau dijadikan rekod tawarikh untuk ditelaah oleh generasi akan datang, tetapi sejarah adalah satu bentuk pendidikan berterusan agar kita menghargai apa yang dikorbankan oleh tokoh terdahulu atau tidak mengulangi kesalahan sama yang pernah dilakukan oleh orang terdahulu. Bukti menunjukkan bahawa sejarah itu berulang-ulang, cuma watak, latar tempat dan plotnya saja berbeza.
Daripada sejarah kita belajar bagaimana Nabi Muhammad SAW yang berasal daripada seorang anak yatim, miskin dan buta huruf mampu menjadi pemimpin agung, sehingga suatu ketika Islam menjadi tamadun peradaban yang mendominasi sebahagian besar dunia, kemudian menjadi lemah sehingga sekarang, akibat kesalahan dan kesilapan yang dilakukan oleh sebahagian umat Islam yang lupakan sejarah. Daripada sejarah juga kita belajar bagaimana Kesultanan Melayu Melaka menjadi sebahagian daripada tamadun Nusantara, yang kemudian jatuh ke tangan penjajah Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun akibat kesilapan yang dilakukan oleh sebahagian pemimpin dan rakyat yang lupakan sejarah.
Sejarah membuktikan bahawa undang-undang Islam yang pernah menjadi hukum kanun kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dan sebahagian besar negeri Tanah Melayu telah dipinggirkan selepas penjajahan. Hakikatnya kini, Mahkamah Syariah berada pada taraf, status, kedudukan dan bidang kuasa yang lebih rendah dan sempit berbanding mahkamah sivil.
Sejarah ketamadunan Mesir di tepian Sungai Nil mengajar kita mengenai sejarah sistem kalendar, penyimpanan mayat dan piramid. Sejarah ketamadunan China dari tepian sungai Huang Ho dan Yang Tze mengajar kita mengenai sejarah penemuan kertas, sutera, dan sistem pertanian. Sejarah perang dunia pertama dan kedua mengajar kita mengenai relovusi dan perkembangan teknologi seperti pesawat terbang, kapal selam, senjata dan komunikasi. Dari sejarah, kita belajar bahawa pemimpin yang mencapai cita-cita politik mereka dengan bermandikan darah, air mata, dan penderitaan rakyat seperti Firaun, Stalin dan Hitler akan dikenang walaupun dari sudut negatif.
Belajar sejarah menjadikan kita semakin bijak untuk membangun dunia pada masa akan datang, bukan mengulangi kesalahan yang pernah dilakukan. Belajar sejarah menurut Islam adalah untuk memberi kesedaran, mengambil iktibar dan juga untuk menambah keimanan kepada Allah SWT.
Dianggarkan satu perenam daripada kandungan kitab suci Al-Quran adalah terdiri daripada kisah sejarah. Sebagai contoh, Surah al-Qasas, sebahagian besarnya menceritakan kisah Nabi Musa (as) menentang Firaun dan kaumnya. Firman Allah dalam ayat ke-4 surah itu yang bermaksud: Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui batas, serta ia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Ia menindas sepuak di antaranya dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah ia daripada golongan yang membuat kerosakan.
Surah al-Kahfi pula menceritakan kisah sekumpulan pemuda yang tidur di dalam gua. Ayat 9 hingga 13 surah itu yang bermaksud: Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah Ashabul Kahfi dan Ar-Raqim itu saja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami? (Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya. Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji siapakah dari dua golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu). Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambah mereka dengan hidayah petunjuk.
Nationwide Express tawar khidmat urus bagasi jemaah haji
Oleh Haryani Ngah
2010/11/24
BERSLOGANKAN Tenang Ibadah, Segalanya dipermudahkan, Insya-Allah, syarikat Nationwide Express menawarkan perkhidmatan penghantaran pulang bagasi lebihan kepada jemaah haji terus ke muka pintu.
Nationwide Express mempunyai pengalaman luas dalam mengendalikan penghantaran pulang bagasi kepada jemaah haji dan syarikat perkhidmatan penghantaran milik Bumiputera itu diberi kepercayaan untuk menyediakan perkhidmatan itu sejak tujuh tahun lalu.
Selain jemaah haji Malaysia, perkhidmatan itu turut disediakan buat jemaah dari Brunei dan Singapura.
Pengerusi Nationwide Express, Rozilawati Basir, berkata Nationwide Express adalah Sahabat Korporat Tabung Haji 2010 dan dilantik untuk menyediakan perkhidmatan penghantaran pulang bagasi kepada jemaah haji.
Jemaah hanya dibenarkan untuk membawa bagasi tidak melebihi 25 kilogram dan jika lebih, mereka akan dikenakan caj. Bagi mengatasi masalah ini, jemaah haji tidak perlu risau kerana mereka boleh menghantar barangan mereka seperti air zam-zam dengan menggunakan perkhidmatan yang kami sediakan.
Dengan menggunakan perkhidmatan ini, jemaah haji mendapat ketenangan fikiran untuk menunaikan ibadah kerana kami menguruskan semuanya hingga sampai ke pintu rumah mereka.
Perkhidmatan yang kami berikan cekap dan menjanjikan barangan yang dihantar diterima dengan selamat dalam masa tujuh hari bekerja, katanya.
Katanya, syarikatnya mengambil berat dengan pandangan pengguna berhubung cara pengendalian barangan seperti air zam-zam, buku agama, kitab dan al-Quran yang memerlukan pengendalian secara tertib dan tidak boleh dilangkah.
Untuk itu pengguna tidak perlu risau kerana kebanyakan kakitangannya beragama Islam dan mereka sudah diberi panduan untuk mengendalikan barangan berkenaan.
Bagi memastikan penyelenggaraan penghantaran bagasi dapat berjalan lancar, Nationwide Express menggunakan sistem teknologi terkini dengan kos yang berpatutan.
Dengan menggunakan sistem track and trace yang disediakan di laman web juga memungkinkan status barangan mereka dijejaki, di samping penggunaan PDA untuk mengoptimumkan perjalanan operasi.
Kotak pelbagai saiz juga disediakan di semua kaunter Nationwide Express dan konsultasi juga diberikan secara percuma buat pelanggan.
Harga yang ditawarkan untuk penghantaran bagasi ialah 15 Saudi Riyal sekilogram bagi Semenanjung dan 20 Saudi Riyal untuk Sabah dan Sarawak.
Bagi penghantaran pulang air zam-zam, caj pengurusan termasuk pembungkusan dan penghantaran ialah 120 Saudi Riyal untuk Semenanjung dan 140 Saudi Riyal bagi sebotol air seberat 10 liter.
Kaunter perkhidmatan penghantaran pulang bagasi terletak di hotel terpilih di Makkah dan Madinah. Kaunter dibuka 24 jam sehari dan beroperasi sejak Oktober hingga berakhirnya musim haji.
Kami memberi pilihan buat pelanggan untuk menghantar barangan mengikut mana-mana alamat yang mereka mahukan.
Pelanggan juga boleh membuat pilihan untuk mengambil barangan mereka di tempat kami sebaik mereka pulang dari mengerjakan haji, katanya.
Untuk kemudahan pelanggan, Nationwide Express berada di 180 lokasi membabitkan cawangan dan pusat penghantaran di seluruh negara.
No comments:
Post a Comment