Wednesday, December 22, 2010

2010/11/24

Kajian dengan dua universiti iktiraf produk herba mampu jadi perubatan alternatif

BUKAN mudah sebenarnya untuk meyakinkan sesiapa saja mencuba sebarang produk perubatan alternatif berasaskan herba, apatah lagi ketika ini begitu banyak produk sebegitu muncul di pasaran dan pada masa sama kecanggihan teknologi perubatan moden seakan-akan menafikan keberkesanan yang ada pada sebahagian produk herba.

Lebih menyukarkan keadaan apabila produk herba tidak dikelas sebagai ubat disarankan pakar perubatan di hospital dan penjualannya juga tidak menjalani proses seperti ubat moden lain yang mudah diperoleh di farmasi atau klinik swasta.

http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/BannerSource.asp?FlightID=1909107&Page=&PluID=0&Pos=8281

Malah, jika diperhalusi hanya segelintir yang berani mencuba ubatan herba dan mereka biasanya datang dari kampung. Mereka yang berada dan mampu membayar ribuan ringgit untuk kos perubatan, pastinya kaedah perubatan moden menggunakan mesin canggih akan menjadi pilihan.

Realitinya, mungkin ramai tidak menyedari sebenarnya ada negara sudah mengiktiraf keberkesanan produk herba dalam mengubati pelbagai penyakit dan digunakan secara meluas di hospital kerajaan, malah doktor pakar juga berani menyarankan penggunaan beberapa jenis herba kepada pesakitnya.

Difahamkan juga, negara kita turut dalam proses menjadikan produk herba sebagai ubat alternatif di hospital, namun ia masih pada peringkat kajian kerana kebanyakan kaedah rawatan moden menggunakan bahan kimia dan penggunaan herba mungkin mewujudkan percanggahan dalam kaedah rawatan sedia ada.

Apa yang mungkin ramai juga tidak sedar, perawatan menggunakan herba bukan kaedah lama kerana saban hari ada saja produk baru ditemui daripada pelbagai sumber berbeza, malah sudah ada penawar untuk mengubati penyakit Aids yang turut menggunakan herba.

Justeru, suka atau tidak, perlu diakui ada produk herba terbukti berkesan, bukan sekadar selepas menjalani ujian kepada pesakit, tetapi sudah banyak pusat pendidikan serata dunia membuat analisis dan mengesahkan ia mujarab untuk mengubati pelbagai penyakit yang selama ini menelan belanja puluhan ribu ringgit untuk perawatan moden.
Sebenarnya, dalam negara ini bukan sedikit herba yang berupaya menyembuhkan pelbagai penyakit, malah dikatakan ada hampir 6,000 tumbuhan di Malaysia mempunyai potensi dijadikan ubat. Ia sebenarnya sudah diakui ramai termasuk pakar dari Eropah apabila beberapa herba memperlihatkan hasilnya seperti Tongkat Ali, Misai Kucing, Kacip Fatimah, Ubi Jaga dan pelbagai lagi.

Menyedari begitu banyak ruang mencipta produk sebegitu dan pada masa sama membantu pesakit mencari alternatif selain perubatan moden yang menelan belanja tinggi, Pengerusi Nasar Teguh Trading, Prof Datuk Dr Badaruddin Nordin, mencuba satu herba unik, buah castella untuk diterjemah sebagai produk perubatan.

Menurutnya, banyak pendedahan mengenai herba yang berpotensi untuk dijadikan produk perubatan ditulis dan dikaji penyelidik dari Eropah, tetapi tidak semuanya diteroka untuk diterjemah menjadi agen perubatan oleh sesiapapun termasuk penemuan mengenai khasiat dimiliki castella yang sebenarnya tumbuh banyak di Malaysia.

Menyedari penyakit yang berpunca daripada kelemahan fungsi jantung antara tertinggi di negara ini, beliau nekad mencuba pelbagai herba yang pada peringkat awal untuk membantu abangnya menderita akibat tiga saluran jantung tersumbat.

Dulu, ketika masalah jantungnya serius, beliau cepat penat, kadangkala bibirnya berubah menjadi biru pucat selepas berjalan beberapa puluh meter. Ia mengakibatkannya sukar bernafas. Banyak kali beliau mendapatkan rawatan di hospital termasuk berjumpa pakar jantung.

Sukar mengubati masalahnya kerana alat yang mahu dimasukkan ke saluran jantung tidak muat disebabkan saluran lebih kecil. Doktor mencadangkan kaedah pembedahan pintasan jantung sebagai jalan terbaik, tetapi ia dianggap jalan terbaik di kalangan kami semua.

Peluang pulih selepas pembedahan itu hanya 40 peratus. Sebenarnya ketika itu saya sudah menjalankan kajian selama dua tahun ke atas buah castella. Untuk menguji keberkesanannya, saya mencadangkan abang mencubanya dan Alhamdulillah laluan tersumbat itu kembali terbuka, katanya.

Bukan itu saja yang meyakinkan beliau untuk menghasilkan produk minuman herba ini kepada umum, tetapi beliau turut mencuba kepada tiga pesakit yang mengalami masalah saluran jantung tersumbat dan sekali lagi, ia berjaya memulihkan mereka.

Bagi memastikan produk itu mendapat pengesahan dari agensi bertauliah, beliau menjalankan kerjasama dengan Universiti Kuala Lumpur dan Kolej Lincoln, sekali gus mengiktiraf air dari buah castella mempunyai ciri-ciri terapi yang baik untuk jantung dan asid galic bagi memecahkan kolesterol.

Uniknya, produk herba berpotensi untuk mengubati penyakit lain yang tidak terduga, sama seperti Castella kerana meskipun minumannya dihasilkan untuk merawat masalah jantung dan kolesterol, ada pengguna yang mendakwa berjaya memulihkan penyakit demam denggi.

Menurut Badarudin, ia bukan mustahil, jika dilihat kepada tujuan asal penghasilan pil Viagra ialah mempercepatkan kadar denyutan jantung bagi menangani masalah pesakit jantung, tetapi akhirnya lebih popular sebagai ubat bagi menguatkan fungsi alat kelamin.

Penjagaan pokok dokong

http://www.utusan.com.my/pix/2010/1122/Utusan_Malaysia/Agrobiz/ag_02.1.jpg

Terdapat tiga jenis dokong yang berbeza dari segi kualiti buah iaitu dokong kering, dokong air dan dokong biji.


Dokong tergolong dalam famili Meliaceae dan nama saintifiknya ialah Lansium domesticum corr.

Pokok dokong boleh mengeluarkan hasil selepas tujuh tahun ditanam dan kebiasaannya pengeluaran buah tidak menentu memandangkan ia bergantung kepada cuaca semasa dan kesuburan pokok dan tanah.

Pokok dokong boleh hidup dengan baik di tanah lanar sungai dan tanah lom berpasir yang mempunyai saliran yang baik dan tidak bertakung.

Terdapat tiga jenis dokong yang berbeza dari segi kualiti buah iaitu dokong kering, dokong air dan dokong biji. Antara perbezaan yang boleh dilihat dari fizikal buah adalah seperti yang berikut:

Dokong kering

Isi buah mempunyai rasa yang sangat manis, kulit tidak bergetah dan kandungan biji yang kurang.

Kandungan air yang kurang dan mempunyai pasaran yang baik dan ekonomik.

Dokong air

Isi buah kurang manis jika dibandingkan dengan isi buah dokong kering. Kulitnya nipis dan mempunyai getah pada kulitnya apabila dikupas. Kandungan air dalam buah jenis ini adalah tinggi. Ia tidak mempunyai nilai ekonomik di pasaran.

Dokong biji

Isinya sangat nipis, tidak berair dan rasanya masam-masam manis. Kulitnya lebih tebal dari dokong kering dan dokong air dan tidak bergetah.

Setiap ulas mengandungi satu biji benih yang besar. Tiada pasaran tetapi biji benih digunakan sebagai pokok penanti.

Laman sesawang bantu IKS dilancar

KUALA LUMPUR 16 Nov. - Small and Medium Enterprise Corporation Malaysia (SME Corp.) hari ini memperkenalkan laman sesawang, SME Toolkit Kiosk bagi memudahkan industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan mendapatkan segala maklumat berkaitan perniagaan di negara ini.

SME Toolkit Kiosk dibangunkan dengan kerjasama pembangun penyelesaian teknologi, IBM dan syarikat perunding perniagaan, Dun & Bradstreet (M) Sdn. Bhd. (D&B).

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp., Mahdi Mohd. Ariffin berkata, laman itu merupakan salah satu usaha pihaknya membantu IKS tempatan mendapatkan maklumat keperluan pembinaan entiti perniagaan dengan lebih bersistematik.

"Ia merupakan penambahan nilai dalam perkhidmatan SME Corp. yang dapat menjimatkan kos sama ada kepada agensi ini serta IKS sendiri.

"Antara maklumat terkandung dalam laman sesawang itu seperti bagaimana mendapatkan sumber kewangan, pencarian tenaga kerja, peluang pemasaran dan peraturan-peraturan perniagaan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan SME Toolkit Kiosk di menara Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) di sini.

Turut Hadir ialah Ketua Perniagaan Umum IBM Malaysia, Sanjeev Magotra dan Pengarah Jualan D&B, Dennis Seah.

Menurut Mahdi, ketika ini, satu-satunya SME Toolkit Kiosk hanya terdapat di Menara Matrade.

"Bagaimanapun orang ramai boleh mengakses laman sesawang itu di mana sahaja asalkan mempunyai kemudahan internet. Mereka boleh melayari http://malaysia.smetoolkit.org.

"Kandungannya akan dikemaskini setiap enam bulan atau secepat mungkin mengikut kesesuaian serta keperluan sesuatu maklumat," jelasnya.

Tambah beliau, menjelang pertengahan tahun depan sesudah perpindahan ibu pejabat SME Corp. ke KL Sentral, lebih banyak kiosk akan disediakan di ibu pejabat baru itu.

"Pengenalan laman sesawang ini adalah seiring dengan perbincangan yang telah diadakan di Jakarta baru-baru ini berhubung penyediaan sistem maklumat kepada IKS di negara-negara ASEAN.

"Kami akan mengetengahkan kemudahan seperti ini di kalangan negara ASEAN agar dapat berkongsi mengenai IKS masing-masing supaya integrasi pasaran dapat diwujudkan di rantau ini," kata beliau lagi.

Beliau menyarankan semua pihak dalam IKS mahir menggunakan internet bagi memudahkan mereka mencari idea serta peluang untuk mengembangkan perniagaan masing-masing

Syarat tuntut pampasan

Dokumen lengkap, tiada unsur tipu mudahkan usaha pembayaran polisi
Rohaniza Idris
(roha@bharian.com.my)

SERING kali pemegang polisi insurans mengeluh ketika membuat tuntutan insurans kerana mendakwa lewat dan sukar untuk membuat tuntutan. Tidak kurang yang mendakwa syarikat insurans menaburkan 'janji palsu' apabila saat tuntutan mahu dibuat atau mengenakan syarat ketat ketika tuntutan dimohon.

Benarkah dakwaan itu atau masalah berkaitan tuntutan sebenarnya disebabkan kesilapan dan kecuaian pemegang polisi yang tidak menyertakan dokumen lengkap atau tidak benar-benar memahami manfaat insurans yang ditawarkan?

http://www.bharian.com.my/bharian/Adv/images/prud-foto3.jpg

Pengurus Kewangan dan Eksekutif Kanan, Prudential Assurance Malaysia Berhad , Mohd Haniff Mohd Ramza, berkata, pemegang polisi sukar membuat tuntutan disebabkan mereka tidak memberi maklumat lengkap atau sepenuhnya ketika membeli insurans.

Pada masa sama, ejen insurans pula tidak mengambil maklumat diperlukan seperti yang termaktub dalam borang insurans.

"Saya percaya jika semua maklumat diberikan pemegang polisi tepat ketika mengisi borang insurans seperti butiran kesihatan serta penyakit yang sedia ada, maka isu tuntutan tidak dibayar syarikat insurans tidak akan timbul," katanya.

Mohd Haniff berkata, kaedah membuat tuntutan itu turut bergantung kepada setiap kes individu dan laporan perubatan pihak doktor jika ia membabitkan insurans hayat dan kesihatan.

"Jika pemegang polisi menggunakan kad perubatan,proses tuntutan adalah amat mudah dan cepat kerana pemegang polisi hanya perlu mendapat kelulusan doktor untuk dimasukkan ke wad. Proses kemasukan wad menggunakan kad perubatan perlulah diikuti dengan bayaran pendahuluan antara RM200 hingga RM300 kepada pihak hospital dan pihak hospital pula akan mendapat kelulusan melalui pihak Prudential sama ada polisi pemegang polisi masih aktif.

"Perlu diingat, kad perubatan tidak boleh digunakan untuk tujuan kemasukan wad jika polisi insurans itu sudah tamat tarikh luputnya. Jadi, sebagai pemegang polisi mereka perlu sentiasa ingat membayar premium insurans tepat pada masanya untuk mengelak polisi daripada luput," katanya. Beliau berkata, di Prudential, pemegang polisi yang menggunakan kad perubatan harus mendapat kelulusan rasmi (Surat Jaminan Awal) daripada Jabatan Tuntutan di syarikat berkenaan.

"Semua proses ini akan dikendalikan antara hospital dan Jabatan Tuntutan di Prudential. Pihak ejen pemegang polisi boleh membantu mempercepatkan proses kemasukan wad menerusi panggilan ke Jabatan Pelanggan bagi mendapatkan status terkini proses itu.

"Sebelum pihak pemegang polisi keluar wad, pihak hospital perlu sekali lagi mendapatkan kelulusan terakhir bagi bayaran penuh bil hospital. Lazimnya, mana-mana syarikat insurans menetapkan pihak pemegang polisi perlu membayar 10 peratus ko-insurans daripada jumlah bil penuh hospital ketika keluar wad.

"Bagi pemegang polisi Prudential pula, ko-insurans 10 peratus akan dikenakan tetapi syarikat kami meletakkan had minimum bayaran ko-insurans antara RM300 hingga RM1,000. Dengan cara ini, pemegang polisi mendapat manfaat yang lebih kerana walaupun bil sepenuh hospital kemungkinan mencecah RM50,000 tetapi pihak pemegang polisi hanya perlu membayar RM1,000 sebagai bayaran maksimum ko-insurans," katanya.

Mengulas tempoh penyelesaian tuntutan insurans, Mohd Haniff berkata, jika pihak pemegang polisi membuat bayaran sendiri dulu ke atas bil hospital dan diikuti dengan tuntutan melalui borang ditetapkan, dokumen berkenaan perlu diisi doktor yang merawat pemegang polisi ketika dirawat di hospital.

"Bagi tuntutan kematian, kehilangan anggota badan dan 36 penyakit kritikal, semua borang tuntutan ini juga perlukan diisi doktor berserta semua laporan yang relevan contohnya laporan polis, laporan kemalangan, surat kematian/surat pengebumian, sijil kematian dan juga laporan perubatan.

"Proses mendapatkan tuntutan berkemungkinan mengambil masa sebulan jika ada dokumen yang tidak lengkap atau tidak cukup. Pemegang polisi perlu berhubung dengan pihak insurans ejen atau melalui pihak Jabatan Pelanggan untuk segala tuntutan," katanya.

Bagaimana pula pandangan pengguna atau pemegang polisi insurans? Bagi pelanggan insurans Prudential yang hanya mahu dikenali sebagai Loke, soal lewat mendapat bayaran atau kesukaran membuat tuntutan insurans tidak timbul.

"Proses itu sangat mudah dengan adanya bantuan ejen insurans,"katanya yang disahkan menghidap barah otak dan selamat menjalani pembedahan membuang tumor.

Beliau yang kini kembali pulih juga lega kerana tidak perlu pening kepala memikirkan bayaran hospital.

"Ejen insurans, Sarah Ng amat prihatin kerana membantu menyelesaikan tuntutan insurans yang pada mulanya saya ingat hanya dapat dimanfaatkan oleh anak dan isteri apabila saya meninggal dunia. Saya lupa bahawa insurans yang saya bayar setiap bulan itu rupanya memasukkan perlindungan jika kita menghidap penyakit kronik.

"Selepasnya semuanya selesai, barulah saya sedar bahawa industri insurans amat membantu dan begitu cepat bertindak di saat-saat kita amat memerlukan mereka," katanya.

Info : Maklumat Tuntutan Insurans Prudential

  • Tuntutan kemasukan wad atau Daily Allowance Benefit,biasanya mengambil masa dua minggu jika segala borang dan dokumenlengkap.
  • Bagi pampasan kematian pula mengambil masa sekurang-kurangnya sebulan. Namun, pemegang polisi perlu maklum, semuanya bergantung kepada dokumen relevan diperlukan Jabatan TuntutanPrudential lengkap, tiada sebarang unsur penipuan atau sebarang kegagalan mengisytihar maklumat ketika membeli insurans pada masa hari pertama.
  • Jikalau pemegang polisi ada membuat penipuan atau kegagalan mengisytihar penyakit sedia ada, atau pun pihak ejen insurans tidak mengisytiharkan maklumat sepenuh semasa pemegang polisi mengisi borang insurans, syarikat insurans berhak untuk tidak membayar apa-apa tuntutan kepada pemegang polisi.

Antara manfaat utama insurans kepada pemegang polisinya:

  • Perlindungan - Pembayaran pampasan kematian atau kehilangan anggota badan apabila pemegang polisi menimpa kecelakaan atau kemalangan. Bayaran pampasan dapat membantu keluarga pewaris ketika ketiadaan pemegang polisi. Bayaran pampasan ini boleh digantikan sebagai pendapatan bulanan semasa ketiadaan pasangan sama ada ibu/isteri dan/atau bapa/suami yang sudah meninggal dunia. Ia juga membantu pendidikan anak yang kehilangan ibu atau bapa.
  • Simpanan - Insurans hari ini bukan setakat memberi jaminan perlindungan tetapi juga skim simpanan masa depan pihak pemegang polisi. Elak persepsi negatif duit bayaran premium itu akan hangus. Ini kerana bagi jangka masa panjang, ia boleh dianggap simpanan masa depan atau untuk hari tua.
  • Kad Perubatan - Sebagai bantuan perubatan apabila pemegang polisi perlukan rawatan di panel hospital yang lazimnya hospital swasta. Rawatan perubatan di hospital biasanya melindungi pihak pemegang polisi yang mempunyai kad perubatan. Melalui kad perubatan ini, pemegang polisi dapat kelebihan menggunakan kad perubatan di mana mana panel hospital swasta di setiap negeri apabila terjadinya kecederaan akibat kemalangan atau pun dijangkiti penyakit kronik yang berpanjangan
  • Pelan Kecemasan - Walaupun ramai memiliki perlindungan disediakan pihak majikan, pemegang polisi yang mempunyai pelan insurans sendiri boleh disifatkan mempunyai kelebihan kerana ada satu pelan ketika waktu kecemasan. Contohnya, pekerja tidak perlu risau ketika berlaku keadaan seperti pengambilalihan syarikat, syarikat muflis, gabungan syarikat dan seterusnya boleh menyebabkan pekerja hilang kerja.
  • Aset Masa Depan/ Pelan Persaraan - Insurans juga boleh disifatkan sebagai aset masa depan atau pelan Persaraan kerana jikalau pemegang polisi sihat sepanjang hayat dan tidak pernah membuat sebarang tuntutan, pada akhir jangkamasa pelan matang, pemegang polisi masih akan mendapat satu jumlah wang simpanan. Ini juga boleh dijadikan sebagai aset masa depan pemegang polisi.

Produk Insurans

  • Insurans hayat
  • Insurans am,
  • Insurans berkaitan pelaburan.

Insurans pelan bertempoh (endowment plan) contohnya sehingga 20 atau 30 tahun serta insurans jangka pendek, maksudnya hanya melindungi jangkamasa setahun.

Produk Prudential Assurance Malaysia Berhad:

  • PRUcash
  • PRUcash premier
  • PRUretirement growth
  • PRUretirement accumulator
  • Takafulink
  • PRUlink investor account
  • PRUlink global investor account

No comments:

Post a Comment