Wednesday, December 22, 2010

Zaen Kasturi tokoh muda penggerak inspirasi

Oleh Mulia Kurniawan

Segala-galanya bermula dengan sebaris mantera yang tertera di dalam sehelai lipatan kain kuning kepunyaan almarhum ayahnya, seorang tukang rumah dan perahu: "hu Aliff empunya tuju…" Dari sumber ini Zaen Kasturi mencari dimensi lain daripada terkaan inderanya yang sebenarnya amat sempit lalu ketemu jawapan seada-adanya, dengan prinsip kefahaman bahawa "Kita dekat, Dia Dekat", "Kita jauh, Dia Jauh.". Maka, 'Dia" itulah yang bernama "Aliff".

Zaen Kasturi, nama pena kepada Zainal Bin Palit, seorang pengarang generasi baharu Malaysia yang cemerlang pada masa kini pernah mendapat pendidikan hingga di Universiti Malaya, sebelum melanjutkannya di University of London dalam bidang kajian kesusasteraan.

Tahun ini panel penilai SEA Write Award anjuran kerajaan Thailand memilih Zaen Kasturi sebagai penerima dari negara ini. Beliau menerima hadiah wang tunai RM6,796.77 (Bath 70,000) dan telah disampaikan oleh Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn dan Puteri Srirasm pada Malam Gala di Hotel Mandarin Oriental, Bangkok Jumaat lalu.

Penglibatan awal Zaen Kasturi dalam bidang penulisan kreatif bermula sekitar pertengahan tahun 1980-an lagi. Semasa menuntut di Universiti Malaya, Zaen Kasturi mengasaskan penubuhan Grup Setanggi. Dari situ, beliau mula mengorak langkahnya dalam bidang penulisan sastera kreatif. Zaen Kasturi sangat konsisten dan seringkali disifatkan seorang pengarang yang konsisten dalam berkarya. Bakat besar Zaen mula dicungkil melalui pemilihannya sebagai peserta Minggu Penulis Remaja, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Zaen Kasturi merupakan hasil atau nukleus Minggu Penulis Remaja 1 1985 yang berbakat besar dalam penulisan cerpen dewasa yang kemunculan dan kehadiran cerpen-cerpen tersendirinya di Dewan Sastera, Berita Minggu, Watan dan Mingguan Malaysia. Sebuah cerpennya, Sat Malangkaii memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1989/1990.

Sesungguhnya Zaen Kasturi bermula dengan kekaguman terhadap khazanah puisi tradisional Melayu seperti syair, gurindam, pantun, seloka dan mantera. Beliau juga kagum dengan mantera yang diamalkan tukang-tukang Melayu. Daripada bapanya, dia banyak belajar tentang ilmu firasat Melayu. Segala yang menjadi khazanah pustaka ilmu Melayu melebur di tangannya menjadi kristal-kristal pada patah-patah kata yang dileraikan dalam bentuk bait-bait puisi.

Katarsis (1993) merupakan kumpulan puisi awal Zaen Kasturi yang terpenting. Selain itu, beliau cuba menjadikan cerpen sebagai satu bentuk pengucapan untuk meramal, menanggap, menyaran dan jika boleh mencipta sesuatu yang bukan semata-mata bersifat hipotesis untuk masa hadapan mengenai apa yang terkandung di dalam teks-teks klasik.

Misalnya, cerpen Sat Malangkaii yang hanya seimbas lalu disebut di dalam Tuhfat al-Nafis sebagai 'induk' orang Bugis, tetapi bagi Zaen Kasturi terdapat kehidupan di dalamnya sebagai satu watak. Zaen Kasturi menghidupkan watak tersebut untuk menyaksikan kecerdikan dan kebodohan, kegagahan dan kedayusan, serta keagungan dan keruntuhan bangsanya

Zaen Kasturi menulis dalam hampir semua genre kesusasteraan. Sejak muncul dengan kumpulan puisi pertamanya Katarsis (1993), Zaen Kasturi telah memperlihatkan kehadiran yang beridentiti. Kumpulan puisi ini membicarakan manusia, peristiwa dan idea dalam jalinan puisi yang kompleks tetapi indah, dengan metafora segar serta sindiran tajam. Selanjutnya, kumpulan puisi Iga (2005), semakin mengukuhkan dirinya sebagai salah seorang penyair angkatan baru yang tidak wajar diketepikan.

Penafsir

Puisi-puisinya sebagai hiperteks amat menuntut khalayaknya untuk berfikir dan menjadi perenung serta pentafsir kehidupan. Kekuatan Zaen Kasturi bagaimanapun amat terserlah dalam bidang penciptaan sajak dan cerpen. Ini terbukti melalui pencapaian yang cemerlang dengan menerima pelbagai hadiah kesusasteraan di Malaysia. Selain itu, Zaen juga memenangi Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank (kini Hadiah Sastera Kumpulan Utusan - ExxaonMobil), dan lain-lain. Zaen Kasturi antara pengarang yang paling kerap memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan.

Zaen Kasturi juga aktif berpersatuan. Antaranya, Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), dan merupakan anggota jawatankuasa Persatuan Penulis Kuala Lumpur singkatnya Kalam. Zaen Kasturi turut aktif dalam kegiatan-kegiatan deklamasi, memberi bimbingan penulisan kreatif, membentangkan kertas-kertas kerja di seminar, dan menganggotai panel penghakiman hadiah-hadiah kesusasteraan. Mempunyai pengalaman yang luas sebagai Editor Dewan Sastera.

Antara karya terpenting Zaen Kasturi ialah Ke Ruang Katarsis, menenangi Hadiah Puisi Kebangsaan ESSO-Gapena, 1989, Kacipan Nafas Pertama, memenangi Hadiah Puisi Kebangsaan ESSO-Gapena, 1989, 100 Matahari memenangi Hadiah Puisi Dewan Bahasa dan Pustaka-Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBP-DBKL

BAHASA IDENTITI NEGARA

- BERNAMA

SEKUMPULAN pakar, pencinta dan aktivis bahasa yang mewakili agensi kerajaan dan swasta, persatuan dan individu pada perbincangan Meja Bulat Memartabatkan Bahasa Melayu, April lalu, mencadangkan supaya Jawatankuasa Khas Kabinet ditubuhkan khusus untuk memperjuangkan hal berkaitan Bahasa Melayu.

Jawatankuasa itu diharap akan membolehkan sebarang perkara berhubung bahasa kebangsaan mendapat perhatian kerajaan dan diselaraskan antara kementerian dan agensi yang berkaitan, khususnya Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Pada pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 5 Oktober lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menggesa PBT memainkan peranan dalam membantu kerajaan memperkasa penggunaan bahasa kebangsaan di tempat awam.

Mereka boleh menguatkuasakan Undang-undang Kecil Iklan dan Garis Panduan Papan Iklan bagai memastikan tiada lagi paparan iklan dan penamaan bangunan serta premis yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan.

Dalam urusan seharian, beliau mahu semua pemimpin korporat supaya tidak meminggirkan bahasa kebangsaan.

"Penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan syarikat berkaitan kerajaan, institusi perbankan, kewangan dan insurans seperti penggunaan dokumen rasmi, papan tanda dan borang yang digunakan, perlulah diberi penegasan," katanya. Selepas 53 tahun Malaysia merdeka dan sematang usianya, gesaan Timbalan Perdana Menteri itu bukan remeh tetapi penting untuk memastikan bahasa kebangsaan kekal relevan dalam dunia perniagaan dan perdagangan hari ini.

Penegasan semula penggunaan Bahasa Melayu ini dalam urusan rasmi seperti mesyuarat dan urusan kerajaan turut diungkap pada persidangan meja bulat itu dalam memorandum yang dicadang dihantar kepada Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran.

Kata mereka, penggunaan ayat atau istilah atau perkataan dalam bahasa lain hanya patut dibenarkan dengan izin seperti yang dipraktis di Parlimen.

Kebanyakan mereka memberi penekanan kepada usaha ini di peringkat sekolah - 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Kebetulan penganjur ialah Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM).

Apa yang ditekankan ialah usaha memberikan nilai dan kepentingan bahasa kebangsaan. Antaranya syarat lulus Bahasa Melayu dalam pensijilan terbuka, hendaklah ditingkatkan daripada lulus (Gred E) kepada kepujian gred C.

Pelajar tingkatan enam sepatutnya diwajibkan mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu dan syarat kelulusan Bahasa Melayu untuk kemasukan ke tingkatan enam, IPTA dan IPTS perlu ditingkatkan.

Dengan meluasnya pendedahan anak muda kepada bahasa SMS, berbual di Internet, twitter dan facebook misalnya, dibimbangi tahap pengungkapan Bahasa Melayu mereka semakin merosot.

Seorang aktivis mencadangkan supaya ujian lisan diwajibkan di sekolah-se kolah dan dijadikan syarat kelayakan menyambung pengajian di universiti.

Antara usaha menggalakkan penuturan Bahasa Melayu yang betul juga ialah dengan menganjurkan aktiviti untuk pelajar. Umpamanya jika sekolah-sekolah sering mengadakan aktiviti sehari berbahasa Inggeris, sepatutnya aktiviti yang sama boleh dibuat untuk Bahasa Melayu.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Pawang Ana tokoh penglipur lara?

Oleh Ani Awang

SIAPA Pawang Ana? Satu kajian mengenai ketokohan penglipur lara, Allahyarham Pawang Ana perlu dijalankan bagi memastikan generasi muda mengenali tokoh tersohor di Perak.

Ia bertujuan mengenang kembali Pawang Ana yang suatu masa dulu juga dikenali sebagai seorang dukun dan pendekar.

Generasi muda masa kini sudah tentu tidak mengetahui kebolehan penutur cerita rakyat yang dulu dituturkan dari mulut ke mulut.

Menurut catatan bekas Pegawai Inggeris di Tanah Melayu, R.O. Winstedt, Pawang Ana telah menuturkan lima cerita penglipur lara yang menjadi karya agung di negara ini.

Antara karya itu ialah Hikayat Raja Muda, Hikayat Malim Deman, Hikayat Malim Dewa, Hikayat Anggun Cik Tunggal dan Hikayat Awang Sulung Merah Muda.

Kelima-lima cerita Pawang Ana itu telah menjadi karya agung telah dibukukan oleh Winstedt.

Mengikut catatan sejarah, Pawang Ana berasal dari Rao, Sumatera Barat. Dia berhijrah ke Kampung Pulai, Gopeng Perak dan menetap di Temoh sekitar tahun 1850-an.

Pawang Ana pernah menamakan Kampung Batu Masjid, Temoh setelah kawasan itu dibuka oleh Lebai Tenggam pada 1895.

Justeru, bagi mengenang kembali Pawang Ana, Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Perbadanan Perpustakaan Awam Perak, Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Yayasan Perak dan Persatuan Jalinan Rao Malaysia (JARO) telah mengadakan Seminar Pawang Ana di Auditorium JKKN di Ipoh baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin ketika menutup seminar itu meminta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) membuat kajian mengenai Pawang Ana bagi memastikan generasi muda mengetahui tokoh-tokoh sejarah sastera lisan dan sastera rakyat yang berjuang dalam pelbagai bidang yang menjadi aset warisan negeri.

Beliau berkata, kerajaan memberi sokongan jika ada pihak yang sanggup meneruskan kajian termasuk kajian terhadap ketokohan pawang dan kepahlawanan Pawang Ana.

"Banyak maklumat mengenai Pawang Ana diperoleh dari manuskrip yang tersimpan di London setelah penjajah menjajah negara ini.

"Pawang Ana terkenal sebagai penglipur lara yang menuturkan karya-karya agung sebagai sastera rakyat tinggi mutunya dan hidup sepanjang zaman," katanya.

Zainol Fadzi berkata, itu bertepatan dengan langkah kerajaan negeri yang bercadang membina sebuah Muzium Budaya dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) untuk menjadikan Ipoh sebagai bandar raya seni.

Sementara itu, satu pameran bertajuk 'Pawang Ana dan Karyanya' turut dipamerkan di ruang legar Perbadanan Perpustakaan Awam di Ipoh sebagai bahan penting dalam membuktikan ketokohan Pawang Ana sebagai anak Perak yang berjasa.

Pameran tersebut juga mempamerkan biografi ringkas dan lakaran ilustrasi wajah Pawang Ana oleh R.O Winstedt yang diterbitkan dalam Malayan Memories pada tahun 1916 di London.

Lakaran wajah Pawang Ana pernah ditemui oleh mantan Karyawan Tamu Universiti Malaya (UM), Mohd. Zamberi Abdul Malek ketika membuat penyelidikan mengenai R.O Winstedt di London.

Pengarah JKKN Perak, Abdul Mutalib Abdul Rahman berkata, seminar itu merupakan usaha untuk mengetengahkan ketokohan Pawang Ana yang terkenal di Perak.

"Kita sedia membantu memastikan usaha memartabatkan tokoh-tokoh seni dikenali oleh generasi akan datang," katanya.

Puisi: Melurut Kejujuran

Usah dibiarkan akar ketidakjujuran itu membelit diri tapi lurutkan ia hingga menjadi lurus dan panjang kemudian cantumkan ke tali iman.

Berjalanlah di atas batas-batas kebenaran
meskipun ranjau dan duri

bisa tertusuk di telapak kaki
namun tabahkan hati.

Teruskanlah perjalanan itu
tanpa henti-henti

melurut kejujuran
meskipun amat sukar
untuk sampai ke jalan kebenaran
jalan yang di redhai-Nya.


Adi Pujangga
Cheras, Kuala Lumpur.

Puisi: Rumah Rindu

1 Baru kutahu dalam rumah rindu ada resah yang berat ada sepi yang dahsyat

2
Baru kusedari

di rumah rindu ini
perasaan selalu gelisah
hati selalu gundah


3

Tuhanku
keluarkan aku
dari rumah rindu
ke rumah syahdu
dalam satu ikatan
yang Kau redakan
bersama wanita pilihan


Pena Mutiara,
Taman Keramat Permai, Kuala Lumpur

Novel Bersiri - Cikgu Rania (Siri 14): Bintang Jadi Saksi

Oleh Samsiah Mohd Nor

BANYAK rahsia yang tersembunyi rupa-rupanya! Kalau tak dibongkar Rania sudah pasti sampai sekarang dia tidak tahu cerita yang terselindung di sebalik kabut silam. Kasihan Ros Ilyani, dia masih bersendirian pada saat aku sudah pun mendapat pengganti.

Lebih malang, kukira Ros Ilyani sudah bernikah padahal dia masih sendiri. Daripada Rania, banyak cerita tentang Ros Ilyani dan Halim diketahui. Yang menjadi tanda tanya pada dirinya ialah mengapa dulu Ros Ilyani berubah tiba-tiba? Tanpa alasan kuat, dia minta hubungan diputuskan. Tiada jodoh, tuturnya. Semudah itu kata dilafaz?

Bukan dia tidak mencari Ros Ilyani, tetapi mereka sekeluarga telah berpindah. Khabar terakhir yang dia dapat ialah Ros Ilyani sudah berkahwin. Barangkali si penyampai cerita sudah keliru. Yang kahwin ialah Halim, adik Ros Ilyani dan bukan Ros Ilyani.

Apa yang mampu aku buat? Aku harus pasrah walaupun hati bagai disiat-siat mendengar berita pernikahan tersebut. Nasib baik ada Haryati. Walaupun Haryati sudah lama dikenali tapi mereka mulai rapat selepas berita Ros Ilyani berkahwin disampaikan padanya. Haryati kini sah menjadi tunangannya dan sedikit masa lagi mereka akan dijabkabulkan. Alih-alih dapat berita Ros Ilyani belum bernikah.


Sihat dan sejahterakah Ros Ilyani? Walaupun menurut Rania, Ros Ilyani reda dengan apa yang berlaku tapi jauh di sudut hati Rais, tetap terpercik rasa bersalah. Hati pula masih bergetar tiap kali kenangan bersama Ros Ilyani singgah di laman hati. Sejak mengetahui duduk perkara yang sebenar, Rais jadi gelisah. Perasaannya libang libu. Perlukah dia menziarahi Ros Ilyani untuk bertanya khabar dan menjenguk Halim yang tidak sihat? Kalau Haryati dapat tahu bagaimana pula? Sampai sekarang cerita tentang Ros Ilyani tidak dimaklumkan pada Haryati.


"Bang, jom makan," ajak Rania sewaktu melintasi Rais. Punah ingatan Rais. Sambil mencapai akhbar, Rais menuju ke meja makan. Rania pula menghala ke dapur dan muncul semula dengan sepinggan besar cekodok udang yang masih berasap.

"Cekodok ni Ren yang buat."

Wajah Rania bercahaya. Rais angguk cuma. Dalam pada itu, dia teruja melihat gerak pantas Rania. Baru sekarang dia perasan Rania banyak berubah. Dulu, dia jarang menjengah dapur tapi sekarang sudah mahir memasak.

"Sedap?" tanya Puan Sri Zalia. Dia duduk di sebelah Rais.

"Ehm, sedap ma, pandai Ren masak."

"Sekarang dia dah hebat di dapur. Pandai masak. Ayah kamu bukan main suka makan masak tempoyak ikan patin yang Ren buat," pujian ibunya melambung. Rais tumpang gembira. Kemudian ibu mengajak Rais menyaingi mereka ke pangsapuri Rania.

"Ren dah pindah ke sana ke?"

"Tidaklah pindah. Dia buat rumah hinggap. Pangsapuri dekat sekolah. Senang dia nak ulang-alik sesekali kalau ada aktiviti di sekolah," jelas ibunya.

Lepas itu, melaratlah cerita ibu. Banyaknya cerita tentang Rania. Mendengar cerita ibunya, terselit rasa kagum Rais pada sang adik. Adik yang dulunya begitu rapat dengannya tapi kini masing-masing seperti aur dalam belukar. Kenapa jadi begitu? Sejak Rania pulang ke Semenanjung, hubungan mereka jadi dingin. Sebab dia bertunang dengan Haryatikah? Atau sebab lain? Marahkah Rania bila dia putus kasih dengan Ros Ilyani?

"Dulu kecewa juga tapi sekarang Ren dah boleh terima lebih-lebih lagi Ren dah tahu duduk perkara sebenar. Lagipun ada Kak Haryati pula sekarang, rumit nanti..."

Penjelasan Rania melegakan Rais.

"Terima kasih kerana Ren memahami," Rais renung adiknya.

"Oh ya petang nanti, abang nak ikut ke pangsapuri Ren," sambung Rais.

Jauh di sudut hati, dia sangat berharap agar hubungannya dengan Rania mesra kembali.

"Oh ya ke? Terima kasih bang," Rania senyum manja.

Senang hati Puan Sri Zalia melihat kemesraan hubungan abang adik kembali berputik. Irama lagu "Biar Bulan Bicara Sendiri" bergema daripada telefon bimbit Rania. Diintai Rania. Ummar Qayyum yang menelefon. Rais nampak wajah adiknya bercahaya. Rania pandang ibu dengan abangnya bergantian sebelum dia minta diri.

"Tengah buat apa tadi?" suara Ummar Qayyum bergema.

"Sedang sembang dengan abang."

"Abang? Abang betul ke abang sayang?"

"Hah?" Rania kurang mengerti.

"Abang yang mana?"

"Abang I lah. Abang nombor dua."

"Owh! Ada banyak abang!"

"Kenapa?"

"Dah agak lama kita 'berkasih', baru tahu you ada abang."

Terkejut besar Rania mendengarnya. "Berkasih?"

"Kenapa? Tak boleh berkasih dengan you?" giat Ummar Qayyum. Meskipun seperti bergurau, hakikatnya secara tidak sengaja, dia ingin menyampaikan sesuatu - tentang isi hatinya.

Untuk menghilangkan debar yang bergembur, Rania tertawa geli hati.

"Tertawa pula!"

"Habis nak kata apa?" potong Rania.

"Okey, I faham. Terima kasih sayang ... terima I," dengan selamba, sekali lagi lelaki itu meletuskan ucapan sesuka hatinya.

"Sama-sama," sahut Rania bersenda juga.

"Sama-sama apa? Sama-sama kasih?" tak jemu dia mengusik Rania.

"Apa-apa sajalah, asal you bahagia, I tumpang bahagia!"

"Indahnya kata-kata you, menyegarkan pagi I. Umpama air terjun yang bernyanyi di telinga."

Rania diam seketika. Hilang punca.

"Boleh tanya lagi?"

"Tanyalah."

"Selain abang, siapa lagi adik-beradik you? Ibu bapa you?" korek Ummar Qayyum.

"Er...er,"

"Tak sudi beritahu?"

"Bukan tak sudi..."

"Belum bersedia? Tak apa. Ambil masa you. I perlu hormati hak peribadi you bukan?"

"Bukan tak nak beritahu, cuma..."

"Cuma apa?"

"Nak dapat informasi tentang you pun susah juga," Rania sorong papan.

"Laa, cakap pada I apa you nak tahu?" cabar Ummar Qayyum. "Sekarang juga I jawab."

"Errr...," Rania teragak-agak. Kalau ikut hati mahu saja ditanya tentang Murni, tapi aduhai, malulah pula. Nampak sangat aku cemburu padahal antara aku dengan Qayyum bukan ada apa-apa ikatan pun.

"Tanyalah...," desak Ummar Qayyum.

"La, lupalah pula."

"Buat-buat lupa ya."

"Betul. I lupa."

"Bila-bila you ingat, terus tanya I ya!"

"Insya-Allah..."

"Tahu kenapa I telefon you?"

"Tak tahu. Kenapa?"

"Ada yang suruh."

"Siapa?"

"Hati I. Dia rindu pada you...," Qayyum senyum seorang diri.

Tak tentu arah Rania dibuatnya. Ummar Qayyum nakal sekali! Rania kerling ibu dengan abangnya yang nampak sibuk mahu tahu.

"Er Encik Qayyum, I ada kerja, kita sambung nanti boleh?"

"Eh, I baru nak mukadimah, you dah nak noktahkan."

"I ada kerja, nanti kita sambung balik ya...," ujar Rania terbata-bata. Tak boleh ikut rentaknya. Nanti aku nampak macam gila bayang.

"Kenapa? Abang you tengah curi-curi dengar?"

Rania terkedu. Mana dia tahu? Bijak sekali dia menduga. Rania selalu mati akal dengan lelaki yang terlebih akal itu.

"Kenapa diam? Betul ke tekaan I tu?"

"Taklah."

"Okey, nak minta tolong..."

"Apa dia?"

"Lain kali, jangan sebut Encik Qayyum ya."

"Habis nak panggil apa? Panggil Pak Ucu?" Rania tertawa sinis. Kali ini dia pula dapat peluang menyakat lelaki itu.

"Lebih baik daripada berencik-encik."

"Baik Pak Ucu," tawa Rania masih bersisa.

"Okeylah Mak Ucu! I tak nak ganggu Mak Ucu I. Anyway, terima kasih kerana sudi menjawab panggilan I. Kita berbual lagi kemudian ya." Talian dimatikan.

Mak Ucu? Kurang asam! Pandai dia mengenakan aku balik. Hendak tergelak juga tapi ditahan sahaja tatkala menyedari mata ibu dan abangnya sedang menelusuri langkah.

"Cakap dengan siapa tadi?" tanya Puan Sri Zalia. Dia memandang tepat ke mata Rania. Mencari jawapan di situ. Direnung begitu, Rania kalah.

"Dengan kawan."

"Kawan mana?"

"Kawan baru di sekolah?" Rais menyampuk.

Rania tidak tahu mahu menjawab apa.

"Bukan Farhan kan?" soal Puan Sri Zalia.

"Kalau dia, Ren tak jawab."

"Eh, kenapa pula. Apa salahnya?"

"Ren tak suka dia ma..."

"Kalau bukan Farhan, siapa?" tanya Puan Sri Zalia.

Memang dia perasan, kebelakangan ini Rania selalu dihubungi seseorang. Siapa agaknya? Bisik Puan Sri Zalia sendiri.

"Kawan lain," Rania masih mahu berahsia. Belum masanya untuk bercerita pada mama.

"Kalau Ren dah ada kawan special, bawalah jumpa mama. Mama nak kenal."

Kawan special? Aku belum pasti, kata hati kecilnya

"Patutlah akhir-akhir ni rajin sangat di dapur, rupa-rupanya dah ada mambang," usik Puan Sri Zalia.

Merah padam muka Rania digiat sedemikian.

**********

BERBEZA dengan situasi Rania, lain pula dengan Ummar Qayyum. Senyumnya masih meleret. Riang benar rasa hati dapat menyakat Rania. Hujung minggu sejak kebelakangan ini agak membosankan. Sewaktu Asyraf Daniel tinggal bersamanya tidak terasa sangat tapi sejak anak buahnya dibawa Bakhtiar ke Los Angeles, hidupnya terasa kosong dan hambar.

Ranialah tempatnya mengusik. Kalau ikutkan hati mahu mengajak Rania keluar setiap minggu tapi pelik pula sebab antara mereka belum ada ikatan yang pasti. Mahu ke rumahnya tak tahu arah mana. Rania bukan macam gadis biasa yang mudah sahaja mendedahkan identiti diri. Siapa dia sebenarnya ya?

Kenapa dia sangat berahsia? Siapa ibu ayahnya? Di mana rumahnya? Kampung halamannya? Semua dia tidak tahu. Satu-satu tempat yang selalu dituju bila bosan membelenggu ialah di Kampung Daun Pisang, kampung ibunya. Tapi kini situasi sudah berbeza. Selepas putusnya hubungan antara dirinya dengan Murni, ibu nampak memendam perasaan. Murni pula walaupun masih bertandang di rumah ibu tapi tidak sekerap dulu.

Kasihan ibu, sendirian di kampung kini. Dulu ada Murni dan Ashraf Daniel menemani tapi sekarang dua-dua sudah hilang. Ada baiknya aku pulang ziarah ibu. Tidak kiralah bagaimana penerimaan ibu, aku harus pulang. Tanpa melengahkan masa, Ummar Qayyum kemaskan beg pakaian dan selepas itu kereta mewahnya meluncur laju menuju destinasi biasa.

Dalam rajuk-rajuk ibu, kepulangan anak bongsu disambut dengan senyum sehiris. Tangan tua ibunya dikucup Ummar Qayyum.

"Sihat mak?" tanya Ummar Qayyum. Wajah ibu celung sedikit.

"Sihat cuma sepi tak macam dulu."

Ummar Qayyum ke dapur. Buka tudung saji dan dilihat ada masak lemak pucuk paku.

"Ada ikan kering?" tanya Ummar Qayyum. Tak dicanda rintihan ibu takut melarat pula nanti.

"Ada. Belum bergoreng. Nanti emak goreng," sahut Nenek Ninda.

Ditenggek kuali atas dapur sedang Ummar Qayyum bergerak ke anjung belakang. Emak baru panggil tukang buat anjung. Besar sekali anjung tersebut. Anjung beratap gentian ringan tanpa dinding. Ummar Qayyum mengira pula bilik-bilik yang ada dalam rumah tersebut. Ada enam semuanya. Besar-besar pula. Mahu tak bosan ibu duduk sendirian dalam rumah yang sebesar itu.

Tapi waktu Bakhtiar sekeluarga pulang, meriah dan gamat rumah ibu. Bukan main gembira anak-anak Bakhtiar waktu pulang baru-baru ini. Kata mereka rumah nenek unik. Bila nenek pelawa tinggal, cepat-cepat isteri Bakhtiar menolak. Berubah air muka emak sedang Bakhtiar buat muka bodoh.

Kasihan emak!

Bau ikan goreng menyengat hidung Ummar Qayyum. Seleranya makin menjadi-jadi.

"Kalau Murni ada, dialah yang menggoreng ikan kering. Dimasukkan penuh sebotol. Tahan setengah bulan," imbas emak. Diselaknya satu-persatu kenangan bersama Murni. Sambil itu disendukkan nasi ke pinggan Ummar Qayyum.

"Emak makan sekali?" Ummar tukar topik. Dicancang nostalgia ibu.

"Emak dah makan tadi," Nenek Ninda lempar pandang segenap ruang yang dapat disapu mata tuanya.

"Sejak Murni patah hati, dia jarang berkunjung ke sini, emak rasa rumah ni jadi hambar," Nenek Ninda luah luka di jiwa.

Dalam dicanda, rasa bersalah menunda jua. Ummar Qayyum menekuni nasi di pinggan.

"Acap pun dah diambil ayahnya." Kesal bunyi suara Nenek Ninda. Ummar Qayyum makan dengan berselera.

"Bila kamu nak bawa kawan kamu datang jumpa emak?" tanya Nenek Ninda tiba-tiba. Tersedak Ummar Qayyum dibuatnya. Emak unjuk air suam pada anak. Ummar Qayyum capai dan teguk. Matanya nampak perit.

"Tersedak pula! Ada orang menyebut agaknya."

Sakit rasa dadanya bila tersedak mendadak begitu. Ummar Qayyum usap dadanya.

"Boleh bawa teman kamu jumpa emak. Emak nak kenal."

Putih mata Ummar Qayyum pandang emaknya. Teringat pula akan kata-kata ibunya dulu, "Kamu ni burung terbang dipipiskan lada."

Janganlah aku menerima nasib seperti peribahasa Melayu itu, fikirnya tapi dalam hati dia sudah merancang sesuatu.

Sesudah Isyak, tanpa ragu-ragu dia menelefon Rania. Banyak hal yang tak berkenaan dibualkan sebelum dia sampai ke tujuan asal. Suara yang mulanya mendatar berubah romantis. Sunyi di kamar membangkitkan suasana yang sukar dimengerti. Gelora di hati lain pula rentaknya.

"I nak buat pengakuan," akhirnya dia berkata.

Dada Rania bergetar. Sunyi pun berumbu-rumbu datang. Suasana jadi hening tiga ratus enam puluh darjah seolah-olah dalam dunia itu hanya tinggal mereka berdua.

"Dah lama I pendam," tambah Ummar Qayyum bila sepi kian menguasai.

Berbicaralah Qayyum. Aku sedang mendengar. Hanya telinga yang mampu kuberi tapi tidak kata kerana di kala ini lidahku kelu amat. Bagai seaksara huruf pun tak bisa kupintal menjadi sebuah kata.

Sepi kian mendominasi. Rania kaku di kerusi. Dapat diduga ada sesuatu yang sangat penting mahu diucapkan oleh Ummar Qayyum. Dengus Ummar Qayyum meresap masuk ke telinganya, merangkak ke jiwa. Perlahan, dia bangkit menuju ke katil. Dia duduk di birai. Tangan kanannya membuka laci dengan perlahan sekali. Dikeluarkan tasbih pemberian nenek. Tasbih kayu kokka, kata nenek. Dihitung di hujung jarinya, tasbih berlari. Dalam hatinya, zikir pun bernyanyi. Saat-saat hati berkocak sedemikian, dia perlukan pertolongan Allah kerana rasa hatinya terlalu aneh kini!

Ya Allah, tunjukkan pada aku melalui gerak hatiku. Hanya pada Kau aku memohon.

"Seikhlasnya, I nak sunting you jadi suri hidup I."

Mata Rania terpejam. Langit malam seperti menyanyi-nyanyi. Lagunya dari buluh perindu. Iramanya dari ayat-ayat kalbu. Aduhai.

"Sudi?"

Hanya helaan nafas Rania yang terdengar di telinga Ummar Qayyum.

"Rania,..." suara itu merdu seperti nyanyian ombak.

"I dengar," dan suaranya seperti pasir. Pasir yang berbisik di pesisir.

"You sudi?"

"Ya..."

Sinkof itu sudah cukup bermakna. Ummar Qayyum melepaskan sebuah desah. Nikmatnya malam nan sepi. Ummar Qayyum pandang langit yang bertaburan bintang.

"Terima kasih sayang kerana sudi menerima cinta ini."

Rania melihat langit yang sama. Bintang berkelip-kelip di dada malam.

Dua hati bersatu di sana!

Timur: Gua bertapa
Oleh Mohammad Ishak

2010/11/14

GUA dijadikan tempat bertapa dan memuja menjejaskan imej pelancongan pantai Bukit Keluang di Besut.

Pantai Bukit Keluang tumpuan kaki judi, pengikut ajaran sesat

JERTIH: Keunikan pusat perkelahan Bukit Keluang di Besut yang mempunyai banyak gua batu menjadikan tempat itu sentiasa dikunjungi ramai pengunjung dan pelancong.

Selain ada lebih 15 gua pelbagai bentuk, Bukit Keluang mempunyai daya tarikan tersendiri kerana pantainya bersih serta pemandangan indah terutama panorama waktu senja.

Pusat perkelahan terletak kira-kira 15 kilometer dari bandar ini sudah lama popular dan antara pusat pelancongan paling menarik kerana mempunyai gua di tepi pantai.

Bagaimanapun, populariti pusat pelancongan terkenal itu kini terjejas apabila ada pihak tidak bertanggungjawab dikatakan menjadikan beberapa gua di situ sebagai tempat pemujaan, mengamalkan ilmu hitam, termasuk memohon nombor ekor yang secara tidak langsung meninggalkan imej buruk kepada masyarakat setempat dan pengunjung.

Tinjauan Edisi Timur ke Bukit Keluang mendapati kebanyakan gua dicemari dengan sampah sarap serta alat pemujaan seperti lilin, kertas, kain kuning yang ditinggalkan pengamalnya.

Orang ramai yang berkunjung mendakwa kerap melihat individu dan berkumpulan antara tiga hingga lima orang keluar masuk ke beberapa gua di situ yang dikatakan dijadikan pusat bertapa dan pemujaan ilmu hitam

Seorang pengunjung, Mohd Zainuddin Mohamad, 42, mendakwa pernah menemui kumpulan seramai sembilan orang sedang melakukan pemujaan di dalam salah satu gua di bukit itu kira-kira jam 1 pagi.
Saya sering datang ke sini untuk memancing di muara sungai pada waktu malam dan kerap menemui mereka yang keluar masuk dari gua berkenaan.

"Saya tidak pasti apa yang mereka lakukan tetapi saya dimaklumkan ada orang yang melakukan pemujaan ilmu hitam," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Ramlan Ali, mendakwa beliau sendiri pernah menemui beberapa ahli kumpulan menjadikan gua di Bukit Keluang itu sebagai tempat bertapa.

"Kes terbaru ketika gerakan mencari gadis yang sering ghaib, Siti Balqis Mohd Noor, 22, apabila saya ternampak beberapa orang di dalam beberapa gua di Bukit Keluang lewat malam, kira-kira sebulan lalu.

"Mereka seperti bertapa yang turut membawa kain kuning dan lilin," katanya yang percaya mereka melakukan amalan khurafat dan bertentangan dengan syariat Islam.

Berikutan itu, Ramlan meminta pihak berkuasa agama termasuk Pejabat Agama Daerah Besut membuat siasatan dan memantau pergerakan individu atau kumpulan menjadikan gua di Bukit Keluang yang juga tempat pelancongan, sebagai

Assalamualaikum...

wong sekelilingku kabeh wong jowo,

kawit cilik sampekla wes gede,

wong melayu ngomong jowo, wong banjar ngomong jowo, wong cino pon ngomong jowo,

tapi keroso sebel nang dodo nek ngenengke naseb awak,

wes lah wong jowo turunan tapi nang umah langsung orak ngomong jowo koro adik-beradik,

langsung orak ngomong jowo koro mak'e bapak'e,

nek disual ngopo orak reti ngomong jowo,

tak jawab orak enek subjek bahasa jowo nang sekolah ku,

nek disual ngopo orak gelem ngomong jowo nang ngumah,

tak jawab isin arek ngomong kuatir salah,

iki nulis jowo keneng pulak?

tak jawab emboh ye emboh orak pon ki.

salah sopo?

nyong...

tapi percoyolah aku orak isin dadi wong jowo,

nek wong takoni aku jowo opo orak?

ye aku wong jowo...

terjemahan:

orang sekeliling aku semuanya orang jawa,

dari kecil hinggalah dah besar,

orang melayu cakap jawa, orang banjar cakap jawa, orang cina pun cakap jawa,

tapi terasa sebak di dada mengenangkan nasib badan,

dah lah keturunan jawa tapi di rumah langsung tak cakap jawa dengan adik-beradik,

langsung tak cakap jawa dengan mak bapak.

kalau ditanya kenapa tak pandai cakap jawa,

aku jawab tak ada subjek bahasa jawa kat sekolah,

kalau ditanya kenapa tak cakap jawa kat rumah,

aku jawab malu takut salah,

ini buat tulisan jawa boleh pulak?

entah betul entah tak ni...

salah siapa?

saya...

tapi percayalah aku tak pernah malu jadi orang jawa,

kalau orang tanya aku jawa ke?

ya aku orang jawa...

Kepada organisasi sama ada pihak kerajaan atau swasta yang ingin menjemput HAMZAH SAMSUDIN dan rakan-rakan kami dari TERAJU MILINEUM KONSULTAN untuk menyampaikan ceramah p&p SEPERTI Pengajaran Mastery, Pengajaran Koperatif, Sastera, Drama, Didik Hibur dll,atau sebarang kursus motivasi secara in-house ATAU aktiviti OUTDOOR, sila hubungi 019-5698179 untuk maklumat yang lebih terperinci: atau emailkan surat permohonan Tuan/Puan ke: Hamzah_ipgm@yahoo.com

Orang yang tidak suka menghormati orang lain, adalah orang yang tidak terhormat. Orang yang dihinakan itu belum tentu dia akan hina atau tidak, tetapi perbuatan menghinakan orang itu sudah tentu menjadi bukti atas kehinaan diri kita sendiri. (Hamka)

LAMPIRAN

JAWATANKUASA LATIHAN PERKHEMAHAN PENTAULIAHAN LEFTENAN MUDA

KRS-KDC-AMBILAN JANUARI 2009

09 HINGGA 12 NOVEMBER 2010

PANGKOR VILLAGE,PULAU PANGKOR, PERAK

8. KAPTEN (KRS) NOR AZNI YAHYA - LDK

- KEBAJIKAN /KESELAMATAN

- DISIPLIN

- AKTIVITI DARAT/KEMBARA

- AKTIVITI AIR

8. KAPTEN (KRS) NOR AZNI YAHYA - LDK

- KEBAJIKAN /KESELAMATAN

- DISIPLIN

- AKTIVITI DARAT/KEMBARA

- AKTIVITI AIR

8. KAPTEN (KRS) NOR AZNI YAHYA - LDK

- KEBAJIKAN /KESELAMATAN

- DISIPLIN

- AKTIVITI DARAT/KEMBARA

- AKTIVITI AIR

8. KAPTEN (KRS) NOR AZNI YAHYA - LDK

- KEBAJIKAN /KESELAMATAN

- DISIPLIN

- AKTIVITI DARAT/KEMBARA

- AKTIVITI AIR

8. KAPTEN (KRS) NOR AZNI YAHYA - LDK

- KEBAJIKAN /KESELAMATAN

- DISIPLIN

- AKTIVITI DARAT/KEMBARA

- AKTIVITI AIR

8. KAPTEN (KRS) NOR AZNI YAHYA - LDK

- KEBAJIKAN /KESELAMATAN

- DISIPLIN

- AKTIVITI DARAT/KEMBARA

- AKTIVITI AIR

8. KAPTEN (KRS) NOR AZNI YAHYA - LDK

- KEBAJIKAN /KESELAMATAN

- DISIPLIN

- AKTIVITI DARAT/KEMBARA

- AKTIVITI AIR

BIODATA

Hamzah bin Samsudin

SK.Sg.Sumun.(Parit 7 dalam)

SM.Khir Johari.Sg.Sumun

SM.Sri Perak.Teluk Intan.

Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim,Sg.Petani.Kedah

Posting Pertama dalam Bidang Perguruan : SM.Kerajaan Batu Lintang, Kuching Sarawak.

SMJK© San Min.Teluk Intan.Perak

SK.Kg.Baharu. Sg.Sumun.Perak

Menyambung Pelajaran Sepenuh Masa di UPM- Bac.Pendidikan (Pengajaran Bahasa Melayu 1)

Berkhidmat : SMK.Sultan Abdul Aziz. Teluk Intan.Perak

Menyambung Pelajaran Secara Sambilan : Master Sastera –Bidang Linguistik (BM)- UPM

Berkhidmat sebagai Pensyarah : Maktab Perguruan Sarawak.Miri.( 5 Tahun)

: Kajian KIA2M bersama guru-guru SK.Long Lamei- Ulu Baram, Miri-(Etnik Penan/Punan)

SK.Long Banga-Ulu Baram,Miri- (Etnik Saban)

SK.Long Pulutan-Ulu Baram,Miri-(Etnik Penan)

SK.Bario, Ulu Baram,Miri- (Etnik Kelabit)

SK.Batu 7, Bintulu-(Etnik Kayan)

SK.Batu Niah, Miri-(Etnik Iban,Penan)

2008 Berkhidmat di Institut Pendidikan Guru Kampus, Ipoh

-Jabatan Pengajian Melayu

-Jabatan Hal Ehwal Pelajar

-Unit Kokurikulum

-Penolong Penyelaras Pusat Latihan dalam Perkhidmatan (PLGDP)-Sg.Buloh

: Kajian KIA2M bersama guru-guru - SK.Pos, Batu 9, Sg.Siput –(etnik Semai)

-SK.Batu 7,Tapah-(Etnik Semai)

Kini sedang menyiapkan tesis PHD- UPSI-kajian perbandingan P@P suku kaum Sarawak dan Perak-Membaca.

Hamzah bin Samsudin (019-5698179)

TERAJU MILENIUM KONSULTAN

( Pakej: Motivasi/ Aktiviti Darat/ Aktiviti Air

Team Building/Outdoor)

Untuk pelajar SK,SMK, IPT,IPTS,IPG dan

kilang)

Teater tingkatkan minat membaca

Oleh IKHWAN IDERIS
ikhwan.ideris@kosmo.com.my

PARA peserta program Jom Baca mempersembahkan teater bertajuk Ali Baba dan Satu Setengah Penyamun yang diadakan di Dewan Persatuan Penduduk Gombak Setia baru-baru ini.



SEIRING dengan usaha kerajaan bagi membasmi masalah buta huruf dalam kalangan rakyat Malaysia, Global Peace Mission Malaysia (GPM) mengambil pendekatan kondusif melalui pementasan teater.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Asri Abdul berkata, pementasan drama itu dibintangi oleh 40 orang kanak-kanak sekolah rendah yang baru sahaja tahu membaca setelah mengikuti program Jom Baca anjuran pihaknya.

Menurutnya, kanak-kanak itu sebelum ini mengalami masalah kurang keyakinan diri dan hilang semangat untuk belajar disebabkan buta huruf.

“Jadi, kita adakan pertandingan pementasan teater ini bagi membantu meningkatkan keyakinan diri pelajar dengan menempatkan mereka di atas pentas dan bercakap di hadapan khalayak ramai.

“Kita harap apabila mereka membaca dan menghafal skrip yang diberikan untuk persembahan ini, ia dapat membantu penguasaan bahasa mereka. Malah, ia membantu mereka memiliki pola ayat yang baik untuk digunakan dalam penulisan dan pertuturan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika pementasan drama dalam program Jom Baca yang diadakan di Dewan Persatuan Penduduk Gombak Setia, Selangor baru-baru ini. Acara itu dirasmikan oleh penasihat program tersebut, Prof. Emeritus Datuk Nik Safiah Karim.

Asri berkata, program Jom Baca itu disediakan secara percuma kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik bermula sejak tahun 2006 lagi. Sehingga kini, lebih 700 orang kanak-kanak kini sudah boleh membaca melalui program berkenaan.

“Kami memberi tumpuan kepada kanak-kanak tahun empat hingga enam di kawasan daerah Gombak memandangkan pelbagai kekangan yang dihadapi terutamanya dari segi sumber kewangan dan logistik.

“Biasanya, kira-kira 60 jam masa diperlukan untuk mengajar mereka. Ketika musim persekolahan, kami mengajar pada sebelah malam dan mengambil masa sehingga tiga bulan manakala ketika musim cuti sekolah kami mampu menghabiskannya dalam masa sebulan setengah sahaja,” katanya.

Menurut Asri, ini merupakan kali pertama pihaknya mengadakan pertandingan pementasan teater yang diserapkan ke dalam Program Jom Baca. Ia dilihat sebagai satu peningkatan dalam program tersebut.

“Kini, kami tidak lagi hanya mengajar kanak-kanak membaca, tetapi juga memberi peluang dan pendedahan kepada kanak-kanak ini untuk menonjolkan bakat mereka,” katanya.

Orang ramai dan badan-badan korporat yang berminat dalam program tersebut atau ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi GPM di talian 03-6188 3230.

Air terjun warisan

Oleh ZAKI SALLEH
zaki.salleh@kosmo.com.my



DI SEBALIK hutan batu yang sering membayangi imej Pulau Pinang sebagai bandar raya moden, sebenarnya ada lokasi yang masih tidak tersentuh flora dan faunanya.

Dengan hanya berkenderaan kira-kira 40 minit perjalanan dari bandar George Town atau hanya 20 minit dari kawasan pelancongan paling popular negeri itu iaitu Batu Feringghi, lokasi yang dimaksudkan tersebut sedia menanti.

Terletak di laluan di atas Teluk Bahang ke Balik Pulau, nama Air Terjun Titi Kerawang kurang diketahui ramai kecuali penduduk negeri ini sahaja atau pengunjung yang memang gemar ‘memburu’ air terjun.

Bagaimanapun untuk mencarinya tidak sesukar mana. Bagi pengunjung luar yang berhajat memandu mengelilingi pulau itu pula, mereka pasti akan melalui Titi Kerawang kerana kedudukannya di salah satu selekoh tajam di tengah-tengah laluan tersebut.

Cuma kedudukan air terjunnya yang sedikit tersorok iaitu kira-kira 100 meter dari jalan besar mungkin menyebabkan ada yang terlepas pandang. Tetapi papan tanda nama Air Terjun Titi Kerawang yang jelas terpampang boleh dijadikan panduan.

Sejarah nama Titi Kerawang

Terletak di kawasan berbukit yang menghampar hampir 90 peratus muka bumi daerah Balik Pulau dan Teluk Bahang, suasana nyaman benar-benar terasa. Apa tidaknya, pokok-pokok hutan berusia ribuan tahun yang memayungi rimba di sini memberi pemandangan menghijau yang mendamaikan.

PELANCONG boleh mendapatkan pelbagai produk cenderamata di gerai berdekatan air terjun.



Titi Kerawang bermaksud titi kayu beluti yang disusun bersimpang-siur dan terputus-putus atau tidak tersusun lurus rapi. Mengikut cerita orang tua, dahulunya terdapat titi beluti dibina bagi melintasi kawasan air di sini sehingga ke bawah bukit.

Bagaimanapun, kini laluan itu telah diganti dengan titi kayu yang dibina lebih kuat bagi memudahkan pengunjung yang datang beriadah ke sini.

Ada juga yang berpendapat nama Titi Kerawang diambil sempena nama sebuah jambatan konkrit yang dibina penjajah British yang menghubungkan jalan di situ yang mempunya hiasan berbentuk seperti kerawang di kiri dan kanannya.

Berdiri di atas jambatan itu pula membolehkan pengunjung melihat Selat Melaka serta dataran daerah Balik Pulau yang terhampar.

Menyapa pengunjung sebaik kaki menapak masuk ke air terjun ini ialah rantaian paip air yang mengalir dari kawasan takungan air bersih atas bukit milik Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) Sdn. Bhd.

Sumber air bersih itu disalur untuk membekalkan air terawat kepada penduduk setempat termasuk ke beberapa kawasan pertanian. Terkenal dengan dusun buah-buahan, tidak hairanlah mengapa hasil jualan di sekitar kawasan itu menjadi buah mulut ramai.


AIR Terjun Titi Kerawang antara kawasan hijau warisan yang perlu dipertahankan kerana menjadi tarikan pelancong.


Difahamkan, sumber air di takungan air di situ cukup untuk kegunaan pengguna biarpun jika Pulau Pinang dilanda musim panas berpanjangan kerana rimbanya berupaya menakung air.

Atas sebab keselamatan juga, maka laluan ke tingkat atas air terjun dipagar setelah diwartakan sebagai kawasan larangan PBAPP.

Dihiasi dengan bongkah batu-batu besar yang seperti tersusun kemas di kiri dan kanannya, desiran air terjun yang mencurah laju pada ketinggian kira-kira 20 meter menggambarkan betapa indahnya air terjun, yang suatu ketika dahulu terkenal sebagai tempat merendamkan tubuh para pegawai British pada hujung minggu.

Walaupun kawasan air terjun Titi Kerawang tidak seluas kebanyakan kawasan rekreasi lain iaitu hanya kira-kira 200 meter persegi, bezanya air yang mengalir deras di sini adalah air bukit yang cukup segar dan sejuk.

Di sebalik ruang yang terhad itu, ia memadai untuk pengunjung datang berehat sambil melepaskan lelah atau berkelah membawa bersama keluarga.

Malah, berada di sini membawa minda lupa seketika yang diri sebenarnya berada di sebuah negeri ‘pulau’ yang pesat membangun dan paling moden terutama bagi pengunjung tempatan dari luar Pulau Pinang.

Bagi kebanyakan pemandu pelancong pula, Air Terjun Titi Kerawang antara lokasi wajib yang ditunjukkan kepada pelancong. Walaupun sekadar singgah sekejap antara 10 hingga 20 minit, ternyata air terjun yang masih kekal persekitaran aslinya ini tidak lepas daripada lensa kamera mereka.

PELBAGAI jenis buah dijual di gerai berdekatan jalan masuk ke Air Terjun Titi Kerawang.



Jika ingin membawa pulang ole-ole, singgah sahaja di deretan gerai yang terletak kira-kira 50 meter dari jalan masuk ke air terjun itu.

Menariknya, selain menjual kraftangan dan buah-buahan tempatan, di sini juga pengunjung boleh membeli buah pala mentah dan produk berasaskan buah ikonik Pulau Mutiara tersebut seperti ubat gosok dan bam. Turut dijual ialah bungkusan berisi rempah ratus seperti bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis dan buah berangan yang cantik dijadikan hiasan.

Jika ingin bertandang ke sini, disarankan memilih pada hari biasa sahaja kerana jika datang pada hari minggu atau cuti umum, Air Terjun Titi Kerawang sarat dengan pengunjung termasuklah pelancong asing.

Laluan dua lorong yang sempit di jalan berbukit di situ turut sesak dengan kenderaan orang ramai yang diletakkan di bahu jalan sahaja. Puncanya kerana tiada tempat meletak kenderaan.

Walaupun hanya meluangkan masa seketika, tetapi kunjungan ke sana sudah memadai untuk melihat antara kawasan hijau yang masih boleh menjadi warisan di Pulau Mutiara

No comments:

Post a Comment