Uwais Al Qarni Islam belum menang lagi...selepas zaman ini (zaman sekarang ialah zaman Dajjal) barulah Islam akan menang, insya'Allah. Semoga kita bersama-sama dgn org2 yang ingin meletakkan kembali al-Quran dan Hadith di tempat yang sepatutnya...Ingatlah, Perlembagaan Malaysia yg berasaskan/dirangka oleh Ketua Hakim England iaitu Lord Reid 1956 dahulu ialah undang2 SEKULAR/SECLORUS yang syirik...Syirik adalah dosa yg tak di ampunkan Allah...
November 6 at 5:28pm · · 3 peopleLoading...
Uwais Al Qarni Walaupun Mahathir bijak, (bijak sebenar ialah seperti rasulullah dan sahabat2 baginda- bijak Dunia sampai ke akhirat) tetapi perancangannya banyak silap, kerana beliau hanya menggunakan akal fikirannya semata2 untuk mencorakkan negara kita Malaysia...cth, Wawasan 2020 Malaysia menuju negara maju (maksudnya Malaysia Maju ikut acuan sendiri pd tahun 2020)...hakikatnya skrg, kenapa Idris Jala bentangkan kertas kerja, Malaysia Bangkrap 2019? Apa yg silap...silap siapa? Silap Mahathir, atau silap org2 yg mewarisi kepimpinannya?
November 6 at 6:15pm · · 3 peopleLoading...
Uwais Al Qarni itulah Islam suruh kita mengkaji, selain mengaji...org2 melayu sekadar mengaji, org2 putih/cina yg masuk Islam, mereka mengkaji.
November 6 at 6:24pm · · 1 personLoading...
Bolhassan Iskandar Dulu, dekat tempat aku ada bangunan cam tu tapi dah diroboh. Tak jumpa lagi penggantinya.. Teruskan diskusi ini... Saya seronok lihat ada juga yang berusaha menyingkap hijab. Ingatkan seorang saja yang berteriak ke langit...
November 6 at 11:30pm ·
何場合 aku setuju ngn info ni...demokrasi ciptaan yahudi jdi xhairan la jika parti politik dalam negara kita juga ada unsur2 bawaan mereka...yahudi sengaja buat begini kerana nak menjauhkan kita dari hukum, undang2 & sistem politik dari allah...xkira apa parti politik pun aku langsung xmnat sebab tiada perpaduan yang dijanjikan pemimpin kita...
November 7 at 11:26am ·
Demokrasi asal dr yunani. Maksudnya 'utk rakyat'...(perubahan kerajaan bergantung kpd rakyat, rakyat kena faham, sistem demokrasi bergantung kpd majoriti/desakan rakyat) kita tengok skrg, jika rakyat MENDESAK, BARULAH PEMIMPIN GELABAH...BAR...ULAH TAK JADI BUAT ITU, BUAT INI, CTH TERBAIK JUDI BOLA... masalahnya pemimpin yg terpilih/setelah terpilih, lama2 cuba mengekang kuasa rakyat dr berubah...dgn memperkenalkan pelbagai Akta/peraturan. Merka juga pakai kaedah MELALAIKAN RAKYAT, target dia, utk mengekalkan kuasa di tangannya...ini rakyat WAJIB FAHAM.See More
November 7 at 1:38pm · · 5 peopleLoading...
Nurina Awanis Intan Thankz!!
November 7 at 4:52pm ·
Uwais Al Qarni Kerajaan yg korup/rasuah/salahguna kuasa suka sgt kalau rakyat lalai dgn maksiat/atau dah boring dgn politik. Segala penyelewengan yg dilakukan akan cuba ditutup rapi, serapi-rapinya. Salah satu caranya ialah dgn menguasai Media, (media cetak dan elektronik).
November 7 at 8:40pm · · 2 peopleLoading...
Uwais Al Qarni Mereka berckp psl Demokrasi (MEREKALAH YG MELANGGAR PRINSIP DEMOKRASI)...padahal, mereka bercakap psl Kuasa mereka (sama mcm Amerika) hipokrit, demokrasi dilaungkan selagi demokrasi berpihak kpd mereka, apabila demokrasi tidak lagi menyebelahi mereka maka, mereka PERSETAN DGN DEMOKRASI, CTH NYA GAZA.
November 7 at 9:03pm · · 1 personLoading...
Ahmad Saufee Haron ape2 pon juz berpegang teguh ngan ajaran islam my fren..
insyaallah ALLH S.W.T lindungi kte dri bnde2 yg cmni..
amin~
November 7 at 9:25pm · · 4 peopleLoading...
Mohammad Taufik nmpk nye buku teks sejarah kne tuka la kn
November 7 at 10:54pm · · 5 peopleLoading...
A.f. Haron jangan pentingkan diri sendiri..
selamatkan umat Islam..
pergerakan harus dilakukan...
November 7 at 11:35pm · · 1 personLoading...
Mohamad Firdaus btl ke?klo kemungkinan bsr je...bek x yah..
November 8 at 8:53pm ·
Ghazali Bin Mat Nor Setiap mukmin dan mukminah harus baca kertas kerja ini, supaya tidak menjadi mangsa pemimpin-pemimpin agen Yahudi dan Nasrani, yang membawa kepada kecelakaan yang berpanjangan ke atas Ummah.
November 8 at 11:36pm ·
Mohamad Firdaus sume bnde nk dikaitkn dgn freemason..ssh r cmtu..mybe ia cme stu kbetulan...
November 9 at 1:01am ·
SirAlmu'tasimu Badrul AlamShah HABEH SEMUA ORG PERCAYA! HAHAHA aku ada bukti bik MAMA ahli freemason 3rd degree. ffffuuuuuuuuuuuuuuuuuu
November 9 at 3:45pm · · 1 personLoading...
Syafiq Aqwa dasat2,,skrg ni mmg heboh sal freemason ek..entahla,,tgok/bace cte cam best..pape pon,kalu btol,ini semua takdir tuhan,,kat mane2 negara pon,islam akan menang akhirnya,,org ckp,kalu btol btol la,,kalu tk btol,,nace tok isik mase lapang pn ok,,hehe~
November 9 at 10:37pm ·
Uwais Al Qarni Ni semua kajian manusia...sekadar sebagai sempadan, berhati2, bukan nak buat iktiqad..iktiqad kita hanya al-Quran dan Hadith, zaman skrg ada ijma' ulama' dan Qias. Wallahu a'lam
November 9 at 11:06pm · · 3 peopleLoading...
Uwais Al Qarni Tapi mesti yakin yg musuh2 Islam sentiasa berusaha menjahanamkan umat Islam, musuh2 kita Iblis laknatullah, syaitan2, dajjal, jin2 kafir, org2 kafir yg memusuhi kita...Yahudi, +zionis, Kristian, musyrik dan lain2... Mereka ada segala2nya...kelengkapan, kita pulak? kita ada Allah...cukuplah Allah sebagai tempat mengadu dan memohon perlindungan, berpandukan al-Quran dan sunnah.
November 9 at 11:16pm · · 1 personLoading...
Tahniah Rizie Ahmad atas fakta yg anda cuba tampilkan kan ini. sgt menarik dan teruja utk dibaca. kpd semua yg memberikan komentar , tahniah juga sy ucapkan kerana mempunyai keinginan ingin tahu.
apa2 pun teruskanlah byk membaca dan mengkaj...i fakta2 sejarah,tak kira dari mana sumber ia datang. barat. timur, selatan , utara. Apa itu iblis ? apa itu dajjal ? apa itu Rasul ? apa itu Nabi Isa d akhir zaman? apa itu Imam Mahadi ? adakah mereka lambat lg nk muncu ? atau mereka sudah muncul? kalau muncul pun, dgn fakta dan kehebatan apakah yg anda semua ingin analisa dan yakin bahwa org itu adalah watak2 yg dinamakan Iblis, Dajjal, Nabi Isa, Imam Mahadi? Sy berasa amat yakin sekali apabila mereka itu sudah menzahir @ tampil @ keluar semakin byk org xambil kisah pun... Apa yg penting pd masa skrang adalah kemajuan, kekayaan, hiburan terutama bg golongan muda... mereka tak berapa berminat utk bercakap benda2 mcm ni. Jd bagaimanakah cara psikologi komunikasii yg terbaik utk menarik golongan muda. SEbab nabi telah bersabda : " di akhir zaman, anak2 muda yg mengajar org tua" . ayat ini bermaksud, byk pepimpin agama di akhir zaman adalah terdiri dari golongan muda. Jd , kalau begitu dgn apa cara golongan muda tertarik utk belajar dan mengkaji benda2 mcm ni? Apa yg pasti selera anak muda itu sudah muak kalau kita hanya pandai berhujah dan melontarknkan kata walaupun ianya adalah fakta. kerana ia tidak terlalu menarik bg anak muda. Yg menarik adalah apabila fakta itu dpt dizahirkan menjadi realiti. dgn erti kata lain ,kekuatan Firman dan sabda itu mengatakan bahawa Islam itu 'selamat' dan paling kuat dpt dizahirkan menjadi realiti. Realitinya bukan dgn pedang,batu, bom, motar, nuklear. tetapi betapa keramatnya Al-Quran itu. seperti firman : " jika Aku letakkan Quran di atas sebuah gunung. pasti hancur gunung tadi oleh kerana keramatnya Quran". jd jika ada manusia boleh membuktikan dgn HANYA dgn Allah, dan Kekasihnya, manusia itu bisa selamat dan menang. maka manusia itu adalah org2 yg benar. Cuba anda semua kaji apakah rahsia dan ilmu kehebatan dan kemenangan Iskandar Zulkarnaain dpt menakluk dunia walaupun usia Beliau ketika itu sgt muda. Nah, itulah jawapan kekuatan dan kemenagan Islam yg sy dpt huraikan buat masa ini.- selamat mengkaji dan beramal. peace no war ♥See More
Wednesday at 9:23am · · 1 personLoading...
Nama Saya Syafiq thank 4 the info...
Wednesday at 11:57am ·
Azie Azman owh..dasyat.. =l
Wednesday at 11:45pm ·
Nur Hida masyaallah..YA ALLAH,teguhkan iman kami..matikan kami dalam IMAN dan ISLAM..aminn..
Thursday at 12:58am · · 1 personLoading...
محمد امين yangg anwarr ubrahumm tuhh , betoii kerww ?
Thursday at 1:07am ·
محمد امين * ibrahim
Thursday at 1:07am ·
Radin Mohd Akhimullah Kalau nak selamat dari fitnah dajjal, maka adakanlah majlis-majlis taklim (bacaan-bacaan hadis) di rumah masing-masing setiap hari. Maka Allah akan lindungi rumah tersebut dari dimasuki fitnal dajjal.
Thursday at 3:03am ·
John Alang Thanks :)
Thursday at 11:13am ·
Uwais Al Qarni Baca masa tahiyyat akhir ayat lindungi dr Dajal
Thursday at 12:00pm ·
Saidol Gindol tidak ada yg mustahil bagi yg maha kuasa
Thursday at 1:56pm ·
Jimmy Enozo inilah m'sia kite..
Thursday at 3:51pm ·
Ezaz Affandi ok..smpai malaysia pon ada kaitan ngan freemason...so whats next?
Thursday at 8:05pm ·
Adam Asykin Hah?!
memerlukn masa utk pghayatan + mndalami ilmu baru.
ape2 pon...
TQ
Yesterday at 2:22am ·
Dini FleXor artikel langsung x authentic, trlampau byk loophole ngan sejarah.. speculation melampau dengan x dak sokongan fakta secara nyata.. perbandingan bersifat radikal, pendek kata toksah pcaya bnda nieh..
Yesterday at 4:43am ·
Mohammed Syirazi Hauzi aik yang atas ni....ko nak menyebelahi sape?
Yesterday at 5:55am ·
ak of korse islam cuma artikel nie byk loophole, baca btoi2, wat cross reference and hg akn tau.. ak yakin adanya freemason dan illuminati tapi ap yg artikel nie tulis xdak sokongan fakta.. sory ak xkan amek sesuatu yg org suap ak wifout fa...kta yg releven, ak realistik dan sikit sbyk yg penulis artikel nie wat speculation yg x dak base yg strong.. nasihat ak byk baca dan research and wat cross reference.. ak cma menasihat jgn kita lepas baca terus wat conclusion.. pembacaan ilmiah xkan jadi ilmiah kalu kita x wat research.. trpulang larh kalu hangpa nak pcaya cuma jgn jadi blind faith sudah..See More
Yesterday at 6:03am ·
Mohammed Syirazi Hauzi ok2...goodboy!
Yesterday at 6:07am ·
Enchanting Atyra no komen:(
13 hours ago ·
kadang2 halusinasi kita yg melampau langsung x bleh mnlg kita bergerak maju.. sebbkan bnda2 camnie yg wat kita fobia dan takot yg amat wat kita sndiqi bertindak seperti org yahudi. xprasan ka skang sestgh umat islam nie dah mula bersikap sp...erti yahudi, takot x kena tempat, risaukan musuh yg mungkin x ad dan secara zahirnya kita pown x pasti wujudnya.. setakat ak bacalah, smpai skang x dak bukti kukuh, smuanya spekulasi - spekulasi dan seterusnya spekulasi sahaja. ak mungkin salah so betulkan tpi mngkin juga ak betol. ak sedaq ak x baca keseluruhannya lagi tpi wajarkah kita terlampau taksub dengan benda2 nieh? kalu lah dulu pihak2 german dpt wat propaganda yg hmpir sebegini xkan hampa smua x pcaya yg waktu skang juga mampu wat propaganda sebegini?.. skrang byk musuh islam lain yg cuba cari peluang atau cari alasan yg munasabah untuk mencondem org islam. jagn bagi mereka sebab untuk kondem. sekian, ini sekadar pendapat saya. wallahualam betoi ke tidak.See More
13 hours ago ·
Pijat Cogox syal yahudi!!!!!
12 hours ago ·
semuanya ada kaitan dengan Freemason, Iluminati, Yahudi, USA dan sebagainya kan. yang tu sebabnya, sampai Upin Ipin boleh dikaitkan dengan benda2 ni.
Kawan2 ku. artikel di atas seronok dibaca, menjadikan kita bersemangat untuk menentang kon...spirasi. tetapi, kene ingat, dalam Islam, banyak kaedah dan cara kita perlu gunakan untuk membuktikan satu2 dakwaan. berdasarkan artikel diatas, sumbernya kita tidak tahu dari mana, dan mengaitkan semua benda yang berlaku dengan Freemason. adakah kita tidak percaya Qada Qdar, lebh percayakan teori Konspirasi yang ntah dari mana datangnya sumber, dan entah siapa yang meriwayatkan cerita ini.
Sori to say.... info ini tidak membina, bahkan memberikan publisiti free sahaja kepada mereka2 terbabit.See More
11 hours ago ·
Dini FleXor alhamdullillah ad lar jugak org yg prasan.. syukur..
11 hours ago · · 1 personLoading...
Jundullah Osman yang risau, takut orang di sebalik penyebar konspirasi ni ada orang Yahudi sendiri, saje nak buat kucar, kacir otak umat Islam. ... duk terfikir benda ni,je.
11 hours ago ·
Dini FleXor haha kawn dah prasan lama dah.. makin lama issue illuminat ngan freemason smuanya dah makin melalut, habis smuanya nak dikait smpai rmai org2 islam nie konfius.. ak sikit pown x rasa artikel atas nie besifat ilmiah, mana nak ilmiahnya kalu spekulasi jar berlmbahk x berdasarkan fakta langsung.. mmg dah naik bohsan ngan isu yg x dpt disahkan nie..
11 hours ago · · 1 personLoading...
Bella Bolat au tau bgnn tu yg kat johor tuh..kat area danga bay + datran johor..(lau xsalah ar)..tp.......cm susah nk caye pon ade..
9 hours ago ·
Uwais Al Qarni Konspirasi utk berkuasa di dunia telah berlaku sejak lama dahulu, kita ambik zaman nabi Ibrahim (Nabi Ibrahim kita baca masa tahiyyat akhir) kenapa kita baca? Nabi Ibrahim lawan Namrod/Nimrod yg mengaku berkuasa, dan ada patung2 sembahan yg kecil dan besar 9Nabi Ibrahim pecahkan yg kecil, tinggalkan 1 yg besar)...negara mana Namrod ni duduk...eh Babylon kat Iraq...apsal Amerika minat sgt duk kt iraq, ada minyak....kebetulan kot...
8 hours ago ·
Firaun Mesir lwn nabi Musa...Israel, yahudi... semua dh tahu citer dia. Nabi isa lahir dalam empayar Rom, difitnah pendita yahudi...ini semua pasal kekuasaan, iaitu mengekalkan kekuasan politik empayar Rom dan juga kebesaran/kemegahan pangk...at pendita Yahudi...
Masih lagi aspek sama, kekuasaan dunia.See More
8 hours ago ·
Zaman skrg pon sama...satu perkataan magik 'kekuasaan'... Semua yg berkuasa berusaha utk mengekalkan 'kekuasaan', walaupon dgn apa cara sekalipon..pd awal abad ke 20, DUNIA DIPERINTAH OLEH KULIT PUTIH, selepas Perang dunia ke-2, pusat berpi...ndah ke Amerika sampai skrg...Jadi! Amerika pastilah mengambil sikap dan tindakan sama mcm pemerintah2 tadi, Namrod, Firaun, Empayar Rom + Rabbi Yahudi...apa dia? Mengekalkan KEKUASAAN DGN APA CARA SEKALIPON. Samalah dgn Umno...dgn cara halal, atau haram... MATLAMAT MENGHALALKAN CARA... Kalau buat secara rahsia, JADILAH DIA 'KONSPIRASI'...See More
8 hours ago ·
Memang Xdinafikan gerakan Freemason dan Iluminati memng bijak mengatur agenda2 die sejak dulu lagi..di Malaysia memng sudah menjadi tapak...itu memng realitinye...
Sebagai umat islam kite kena sentiasa beringat dan bersedia,
Kiamat itu benar,...Dajal yang akan memesongkan umat islam tetap akan wujud diakhir zaman dan kite semua adalah umat akhir zaman..Tetapi apekah persediaan kite sumua?????
Tentang artikel di atas nie..Pada pendapat aku laaa...
Dari atas sampai abis aku bace sambil merujuk beberape sumber yg lain...
Ade beberape part yg tidak bole dipercayai sangat sebab sumber dari mane pon aku xdpat kesan...nanti ade gak yang terpesong fahaman kalo main percaya bulat2...
Nasihat aku kepada penulis semangat nk mengkaji memng dah bagus, tapi jangn terlampau percaya sangat tentang ape yang kite bace dan dan kite paham...bnyakkan bertukar-tukar pendapat ....dan yang paling penting skali rujuklah mane2 sumber yang betul2 sahih...:)
(Maaf kalo ade salah silap aku pun xde laa sempurna...salam)See More
4 hours ago ·
Minda: Syukurilah masa lapang, sihat
Oleh Wan Mohd Ruzlan Wan Omar
MASA adalah modal kehidupan. Frasa kata ini menjelaskan kepada kita bahawa dengan masa manusia mampu melalui pelbagai kegiatan hidup. Jika ditinjau dalam al-Quran, kita akan dapati begitu banyak ayat Allah yang memperkatakan tentang masa. Hal itu sepatutnya kita sebagai umat Islam prihatin dalam mengurus dan menggunakan masa dengan aktiviti berfaedah.
Berapa ramai antara kita yang hanya melepaskan masa berlalu begitu saja tanpa sebarang kegiatan bermanfaat. Malah, berapa ramai antara kita yang menggunakan masa dengan perkara yang langsung tidak berfaedah kepada diri sendiri mahu pun untuk manfaat orang lain. Inilah dua keadaan sifat manusia dalam penggunaan masa. Islam memang secara konkrit telah memberi panduan yang jelas bagaimana menggunakan masa. Rasulullah s.a.w sejak awal lagi telah memberikan amaran kepada kita mengenai pengabaian masa. Kata Nabi: “Dua nikmat yang selalu dilalaikan iaitu masa sihat dan masa lapang.” (Hadis riwayat Bukhari).
Inilah satu peringatan penting buat setiap manusia agar memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin.
Kata Ibnu Jauzi: “Terkadang manusia berada dalam keadaan sihat, namun ia tidak memiliki waktu lapang disebabkan kesibukan mengerjakan urusan dunianya. Dan terkadang pula seseorang itu mempunyai masa lapang, tetapi ia dalam keadaan tidak sihat. Apabila terkumpul pada seseorang waktu lapang dan nikmat sihat, maka sungguh akan datang rasa malas dalam melaksanakan ketaatan.” Itulah manusia yang telah tertipu (terpedaya). Ini nasihat yang amat baik buat semua dan tetap relevan sepanjang zaman kerana kita sangat mudah terpedaya dengan masa sihat dan waktu lapang. Sepatutnya masa itu kita gunakan dengan urusan dunia dan akhirat.
Selain itu, Ibnu Jauzi juga memberi nasihat: “Dunia adalah ladang beramal untuk menuai hasil di akhirat kelak. Sesiapa memanfaatkan waktu lapang dan sihat dalam rangka agenda ketaatan, maka dialah yang akan berbahagia. Sebaliknya, sesiapa memanfaatkan kedua-duanya dalam kancah kemaksiatan, dialah yang betul-betul telah tertipu. Sesudah waktu lapang, akan datang waktu penuh dengan kesibukan. Begitulah pula sesudah masa sihat, maka akan datang pula kesakitan yang tidak menyenangkan.” Namun, jika dilihat senario semasa yang melanda anak-anak muda Islam kini, ternyata mereka kurang menghayati kehendak agama yang menganjurkan kepada penggunaan masa secara baik. Melakukan pelbagai gejala negatif menunjukkan betapa kurang pekanya generasi muda tentang kepentingan menggunakan masa dengan urusan bermanfaat. Saidina Umar al-Khattab pernah mengatakan: “Aku tidak suka melihat seseorang yang berjalan seenaknya tanpa mengendahkan ini dan itu, iaitu yang tidak mempedulikan urusan kehidupan dunianya dan tidak pula dengan urusan akhiratnya.” Jadi, kegiatan tidak berfaedah bukan satu urusan kehidupan dunia yang dituntut Islam dan sewajarnya setiap mukmin khususnya remaja menghindarinya. Semasa usia mudalah remaja Islam sepatutnya memanfaatkan masa dengan kegiatan bermanfaat seperti menerokai ilmu pengetahuan, bergiat dalam pertubuhan belia yang menjurus kepada kegiatan amar makruf dan nahi mungkar. Ingatlah pesanan Ibnu Mas’ud: “Aku sangat membenci orang yang menganggur, iaitu orang yang tidak mempunyai amalan untuk kehidupan dunia atau akhirat.” Sebenarnya banyak perkara boleh dilakukan anak-anak muda kita demi memanfaatkan masa. Tetapi disebabkan mereka dibelenggu hawa nafsu dan mudah terikut dengan gelodak rasa jiwa muda, masa muda dan sedang sihat dianggap akan berpanjangan. Ingatlah, selepas masa muda pasti akan tiba masa tua. Malah, bukan sedikit yang masih muda tidak sempat menjadi tua, kerana meninggal dunia dalam keasyikan hiburan dunia. Banyak berita dipaparkan di media massa mengenai remaja meninggal dunia ketika asyik berfoya-foya atau terbabit dalam kejadian tidak diingini. Ini sepatutnya menjadi iktibar.
Prof Dr Yusuf al-Qardhawi menegaskan soal waktu atau masa bukan sekadar salah satu daripada persoalan kehidupan Muslim, bahkan ia merupakan permasalahan utama. Waktu adalah kehidupan. Setiap detik dan saat, jam dan hari adalah umur seorang insan. Tokoh sufi terkemuka, Hasan al-Basri mengingatkan kita dengan kata-katanya: “Tiadalah suatu hari yang memancarkan sinar fajarnya melainkan diseru, “Wahai anak Adam! Akulah kejadian yang baru, aku menjadi saksi ke atas amalanmu. Maka ambillah bekalan daripadaku, sesungguhnya apabila aku berlalu pergi, aku tidak akan kembali lagi sehingga hari kiamat.” Daripada kata-kata dua tokoh Islam itu jelas bahawa mukmin seharusnya memperkasakan diri dengan sikap pandai mengurus masa secara efektif dan produktif. Ada syair Arab berbunyi: “Tiada yang lain bagi seseorang melainkan ‘penunggang’ umurnya, pada permusafiran yang membinasakan dirinya dengan hari dan bulan. Bermalam dan berpagi-pagian pada setiap hari dan malam, jauh dari dunia tetapi dekat dengan kubur.” Inti pati bait syair ini mengingatkan kita bahawa memanfaatkan masa sangat mustahak kerana sebarang pengabaian akan membawa natijah negatif. Kita juga diingatkan semakin hari semakin bertambah dekat kita dengan tarikh luput kehidupan kita di dunia, iaitu kematian. Oleh itu, untuk menjadikan kita umat terbaik dan mampu membina tamadun unggul sebagaimana yang pernah digarap generasi awal terdahulu, kita seharusnya memperkasakan nilai pengurusan masa secara optimum dan maksimum dengan amalan budaya yang berkesan.
Salah faham amalan gantung ayat al-Quran
Oleh - Nawawi Subandi
Sedar atau tidak apabila kita berjalan dan singgah di restoran-restoran atau kedai-kedai tertentu, akan melihat beberapa bentuk mushaf (lembaran) atau gambar-gambar ayat-ayat suci al-Quran digantung dengan pelbagai bentuk dan corak. Biasanya ia digantung pada dinding, sama ada bersebelahan atau di belakang kaunter bayaran. Amalan ini begitu popular di kebanyakan premis-premis perniagaan orang Melayu dan restoran-restoran mamak negara kita.
Ayat-ayat al-Quran yang menjadi pilihan seperti Surah ath-Thalaq dari ayat dua hingga ayat tiga, atau lebih dikenali “ayat seribu dinar”. Wallahualam, tidak diketahui dari mana nama tersebut diambil. Ada juga beberapa ayat al-Quran lain digunakan dari Surah al-Fatihah dan ayat al-Kursi. Tujuan menggantung ayat-ayat ini menurut mereka, antaranya bagi meraih hasil perniagaan yang baik (sebagai pelaris dan mengelakkan kerugian), sebagai penolak bala, dan juga perhiasan.
Terlebih dahulu, kita perlu faham al-Quran sebuah kitab diturunkan dengan penuh barakah dan petunjuk bagi mereka yang membaca, mempelajari, memahami, dan mengamalkannya. Allah SWT berfirman (maksudnya): “Ini adalah sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan barakah (kebaikan) supaya mereka memerhatikan (mentadabbur) ayat-ayatnya agar mendapat pelajaran bagi orang-orang yang berakal.” (Surah Shaad, 38: 29)
Pada ayat yang lain, Allah menyatakan al-Quran itu sebagai huda (petunjuk), al-furqon (pemberi peringatan), penjelas (mubin), busyro (berita gembira), rahmat, dan juga sebagai syifa (penyembuh bagi penyakit hati). (Rujuk: Syaikh Manna’ al-Qaththan, Mabaahis fii ‘Ulumul Qur’an, m/s. 17-21). Bukannya sebagai penangkal dan pelaris, mahupun sebagai barang-barang perhiasan.
Menjadikan ayat-ayat al-Quran sebagai penangkal, pelaris, dan perhiasan adalah di antara contoh salah faham terhadap al-Quran oleh sebahagian masyarakat Islam hari ini. Dalam masa sama, ia juga turut menyalahi tujuan asal al-Quran diturunkan.
Sekiranya perbuatan tersebut adalah suatu yang haq (benar), maka kita perlulah mengemukakan contoh (bukti penjelasan) daripada Rasulullah SAW dan para sahabat Nabi yang melakukan amalan-amalan seperti itu. Malah sekiranya kita meneliti dengan baik ayat-ayat al-Quran yang digunakan tersebut seperti contohnya “ayat seribu dinar” dipetik dari surah ath-Thalaq, maka kita akan mendapati maksudnya sebagaimana berikut:
“Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Sesiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendaki-Nya dan Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.” (ath-Thalaq, 65: 2-3)
Ayat ini menyentuh dan menekankan persoalan taqwa, yang dengan ketaqwaan tersebut Allah berjanji akan mengadakan jalan keluar (dari kesusahan), memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka, serta mencukupkan segala keperluan seseorang hamba. Adapun yang dimaksudkan dengan taqwa tersebut adalah sentiasa berusaha menjaga diri dari kemurkaan dan kemarahan Allah SWT, iaitu dengan melaksanakan segala apa diperintahkan dan menjauhi apa jua larangan dalam agama dengan bersungguh-sungguh.
Syaikh Dr Nashir Abdurrahman al-Judai hafizahullah berkata: “Sebilangan besar ulama generasi awal Islam, ketika memperkatakan adab-adab yang khusus terhadap al-Quran, mereka menetapkan secara mutlak dibencinya menulis al-Quran di dinding-dinding, di dalam masjid, dan selainnya, atau pada pakaian dan seumpamanya. Mereka tidak mengecualikan tulisan yang tujuannya mencari keberkatan.
Dengan ini, menulis ayat-ayat al-Quran di dinding-dinding dan seumpamanya atau menulisnya di atas lembaran, papan, medium tertentu, dan seumpamanya, kemudian menggantungkannya dengan tujuan mencari atau mengambil berkat kebaikan atau dengan harapan dapat menolak bahaya, maka perkara ini adalah tidak disyariatkan. Bahkan ia termasuk perkara yang diada-adakan (membuat bidaah) dan bertentangan dengan petunjuk Rasulullah SAW, para sahabat, para imam salaf (ulama generasi awal) yang diredhai.” (Syaikh Dr. Nashir B ‘Abdurrahman al-Judai’, at-Tabarruk Anwa’uhu wa Ahkamuhu, m/s. 239, Maktabah ar-Rosyad (Riyadh, 1411H))
Manakala berkenaan ayat al-Kursi, disebutkan pula melalui hadis-hadis yang sahih, bahawa sesiapa mengamalkan membacanya pada awal pagi atau awal malam, maka ia akan dilindungi daripada gangguan syaitan. Hadis ayat al-Kursi tersebut sama sekali tidak menyebutkan supaya kita menggantungkannya di dinding-dinding sebagai perhiasan mahupun sebagai tangkal, tetapi adalah dengan membacanya, memahaminya dan mengamalkannya.
Bahkan lebih bahaya, perbuatan menggantung ayat-ayat al-Quran tertentu ini sebenarnya boleh menjerumuskan pelakunya kepada syirik. Ini boleh berlaku sekiranya si pelaku berkeyakinan (mempercayai) bahawa dengan cara menggantung atau meletakkan ayat-ayat al-Quran, mampu mendatangkan barakah (kebaikan), dapat menolak bala atau sial, mendatangkan rezeki, memberi keuntungan dan seumpamanya. Sedangkan tiada dalil sama ada dari al-Quran mahupun as-Sunnah yang mendukung perbuatan seperti itu.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya ruqyah (bacaan mantera), tamimah (tangkal atau azimat – pent.), dan tiwalah (sihir pengasih) adalah syirik.” (Hadis Riwayat Ahmad, 6/110, no. 3615. Abu Daud, 10/386, no. 3385. Dinilai sahih oleh al-Albani dan Syu’ aib al-Arnauth). Dari itu adalah lebih baik perbuatan tersebut ditinggalkan melainkan padanya didukung oleh dalil yang jelas daripada al-Quran dan as-Sunnah.
Perlu kita ketahui bahawa ayat-ayat al-Quran bukanlah barang-barang perhiasan. Perbuatan menggantung pada dinding-dinding atau cermin-cermin kenderaan tertentu dengan tujuan perhiasan adalah termasuk perbuatan merendah-rendahkan al-Quran. Ini semua perlu dikembalikan kepada tujuan asal penurunan al-Quran. Adakah menjadikannya sebagai barang perhiasan termasuk di antara tujuannya? Pernahkah ia dicontohkan oleh Nabi SAW dan para ulama generasi awal di tiga kurun yang utama? Atau ia termasuk perkara baru yang diada-adakan dalam agama? Justeru, sama-samalah kita menilainya berpandukan ilmu di atas sumber yang benar.
Kesimpulannya:
1 – Ambillah ayat-ayat al-Quran dengan cara yang betul, iaitu dengan bimbingan ilmu, membaca, berusaha memahami dan mempelajarinya (mentadabbur), sekali gus mengamalkannya.
2 – Apa disarankan melalui ayat surah ath-Thalaq, 65: 2-3 itu sendiri menyuruh kita bertakwa yang dengannya Allah akan mengeluarkan dari kesusahan, memberi rezeki dari jalan tidak disangka-sangka, dan mencukupkan keperluannya. Bukan menggantungkan, sama ada di dinding-dinding sambil mengharap sesuatu.
3 – Ayat-ayat al-Quran bukan bahan untuk dijadikan tangkal dan alat pelaris. Perbuatan mempercayai tangkal itu sendiri termasuk dalam perkara syirik dan berdosa besar.
4 – Langkah terbaik untuk meminta pertolongan ialah dengan cara bertakwa dan berdoa kepada Allah SWT - Maha Pemurah, Maha Penyayang, dan Maha Pemberi Rezeki. Sentiasa berinisiatif meningkatkan daya usaha dan mempelbagaikan strategi pemasaran perniagaan yang betul. Wallahualam.
*Dari meja Biro Multimedia & Penerbitan Sekretariat Ulama Muda Umno (ILMU
No comments:
Post a Comment