Pembohongan, sandiwara langkah terdesak Anwar demi kelangsungan politik
Oleh Syed Imran
bhnews@bharian.com.my
2010/12/02
DALAM dunia politik, macam-macam hal berlaku dan dilakukan mereka yang bercita-cita tinggi. Tidak kira sama ada ia betul dan dibolehkan atau tidak oleh undang-undang dan agama. Yang penting, cita-cita yang tersemai dalam hati tercapai dalam apa cara sekalipun.
Di Malaysia, banyak tokoh politik yang bangun, jatuh dan bangun semula. Ada yang meninggalkan dunia politik setelah ditolak rakyat. Ada yang menerima penyingkiran dengan tenang. Ada yang membantah dan melenting apabila digugurkan sebagai calon pilihan raya ataupun daripada jawatan yang disandang. Ada yang cuba mendapatkan penghakiman di mahkamah ekoran daripada pemecatan jawatan dalam parti mahupun pentadbiran.
Antara mereka yang dipecat daripada jawatan parti dan kerajaan yang tidak dapat menerimanya ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau dipecat selaku Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri, orang pertama dan setakat ini satu-satunya yang dipecat sedemikian rupa.
Siapakah Anwar yang sanggup memburuk-buruk negara sendiri di luar negara dan mempersalahkan negara sendiri apabila segerombolan penunjuk perasaan upahan di Jakarta membaling najis ke dalam Kedutaan Besar Malaysia dan mahu berperang dengan kita.
Nama Anwar, anak kelahiran sebuah kampung bernama Cherok Tok Kun dekat Bukit Mertajam, Pulau Pinang mula disebut pada 1970-an sebagai pemimpin pelajar yang berani bersuara, walaupun ramai tidak tahu apa yang disuarakannya itu bukan semuanya benar dan betul.
Mungkin ramai di kalangan generasi muda yang tidak tahu akan peristiwa Baling, iaitu satu pembohongan besar mengenai ‘manusia mati kebuluran’ yang dijadikan alasan oleh Anwar untuk menentang kerajaan.
Pada Disember 1974, dalam Perhimpunan Agung Khas UMNO, Menteri Pelajaran ketika itu, (Tun) Dr Mahathir Mohamad, memaklumkan persidangan bahawa segelintir pelajar universiti bertindak secara liar dan tidak bertanggungjawab dengan mengadakan perhimpunan pada 3 Disember di kawasan Kelab Selangor (sekarang Dataran Merdeka).
Tujuannya ialah menentang kerajaan bersabit dengan kenaikan harga barang keperluan dan kejatuhan harga getah yang didakwa mengakibatkan rakyat menderita. Dr Mahathir menegaskan bahawa bagi membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan, mereka menyebar khabar angin kononnya berlaku beberapa kematian akibat kebuluran di Baling, Kedah.
Beberapa hari kemudian, sepasang suami isteri, Arifin Manas dan Kalthum Abdullah, yang serentak kematian anak-anak mereka, muncul dan menyatakan bahawa mereka didatangi oleh beberapa orang yang menawarkan RM1,000 dan bantuan lain supaya mereka membuat akuan kepada umum yang anak-anak mereka mati kerana kebuluran.
Arifin dan Kalthum menolak tawaran itu dan menegaskan bahawa anak-anak mereka mati akibat demam panas dan bukan kerana tidak ada makanan (kelaparan).
Pembohongan besar itu hampir-hampir menghuru-harakan negara sekiranya kerajaan tidak tegas mengambil tindakan termasuk menahan beberapa orang dalang dan pemimpin pelajar di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Antara yang ditahan ialah Anwar.
Kita tahu bahawa orang Melayu, lebih-lebih lagi di kampung, tidak akan membiarkan jiran mereka kebuluran.
Selain itu, di kampung banyak bahan makanan yang tidak perlu dibeli seperti ubi, buah-buahan, sayur-sayuran dan ulam-ulaman serta ikan air tawar. Manusia tidak akan kebuluran.
Pembohongan serupa yang seakan-akan membabitkan ‘kematian’ diulangi beberapa tahun lalu apabila Anwar mengadu dia diracuni (racun arsenik) melalui satu konspirasi atau pakatan untuk membunuhnya.
Muslihat itu, sama seperti pada 1974, gagal walaupun ia lebih hebat dan mendapat perhatian dan reaksi beberapa orang pemimpin asing yang ‘simpati’ dengan Anwar termasuk dari Amerika Syarikat.
Usaha Anwar untuk berkuasa masih diteruskan semasa dia menjalani hukuman penjara enam tahun.
Melalui Parti Keadilan Rakyat (PKR) pimpinan isteri beliau, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, serta disokong beberapa orang sahabat karib beliau semasa memimpin ABIM dan pemimpin DAP, Lim Kit Siang, Anwar menaruh harapan tinggi untuk menjadi Perdana Menteri. Sesuatu yang menjadi idamannya dan hampir-hampir tercapai jika Dr Mahathir tidak bertindak tegas memecatnya.
Negara terselamat daripada malapetaka kewangan dan ekonomi apabila Anwar dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kemudian Timbalan Presiden dan ahli UMNO.
Berdasarkan latar belakang peristiwa Baling dan episod menagih simpati dan sokongan seterusnya, kita hairan apa yang dimaksudkan oleh Wan Azizah yang menyifatkan suaminya itu sebagai ‘anugerah Tuhan’ bagi memimpin rakyat negara ini.
Ketika menyampai ucapan dasar bagi merasmikan Kongres Nasional Tahunan PKR Sabtu lalu, Wan Azizah turut menyatakan suaminya itu seorang insan hebat yang bersifat amanah, tegas serta berani dan berwibawa.
Jika dilihat dari sudut sejarah perjuangan Anwar dalam arena politik, kita pasti sedar bahawa apa yang diperkatakan oleh Wan Azizah hanya sebabak sandiwara politik demi kelangsungan hidup politik Anwar. Ia tidak lebih daripada satu usaha yang terdesak untuk menyambung nafas perjuangan suaminya sendiri dan PKR.

KOWAMAS teroka bidang hartanah
2010/12/02
SHAH ALAM: Koperasi Wawasan Malaysia Bhd (KOWAMAS) mengembangkan sayap pelaburan dalam bidang hartanah bagi memacu pendapatan koperasi yang beroperasi sejak 1996.
Permintaan tinggi terhadap pasaran hartanah menjadi faktor koperasi Bumiputera berdaftar itu menceburi bidang berkenaan dengan tumpuan kepada perumahan dan bangunan perniagaan di kawasan strategik.
Pengerusi KOWAMAS, Datuk Mohamed Farid Zawawi, berkata KOWAMAS dijangka merintis kejayaan pertama bidang itu apabila dua projek pembangunan di Kota Bharu bernilai RM31 juta siap menjelang 2012.
"Kedua-dua projek itu akan dilaksanakan sedikit masa lagi membabitkan pembinaan Dataran KOWAMAS, projek pembangunan komersial 10 unit kedai dan pangsapuri kos sederhana," katanya pada majlis penyampaian hadiah cabutan bertuah Cerianya Raya Bersama e-wawasan, di sini, baru-baru ini.
Seramai 16 pemenang membawa pulang hadiah sebuah Perodua Myvi, enam motosikal Modenas, lima TV LCD dan empat pakej umrah berjumlah RM166,000.
Pemenang hadiah utama, Foziah Rossly, menyifatkan kereta yang diperoleh tidak pernah diimpikan, malah tidak menyangka walaupun masih baru menjadi ahli KOWAMAS, sudah dipilih memenangi sesuatu yang agak lumayan.
Pemenang adalah peminjam melalui skim pinjaman peribadi e-wawasan yang diperkenalkan Kowamas kepada ahli terdiri daripada kakitangan kerajaan dan badan berkanun.
Mohamed Farid berkata, walaupun pelaburan dilakukan membabitkan kos agak besar, pihak pengurusan komited mampu memberikan pulangan dividen 30 peratus kepada ahli yang kini berjumlah hampir 10,000.
"Dengan pasaran hartanah di Malaysia terus berkembang, koperasi yakin pelaburan dalam sektor ini dapat meningkatkan perolehan syarikat dan menjana pendapatan ahli.
"Koperasi juga yakin pulangan dividen 30 peratus yang diberikan sejak 2008 mampu dikekalkan dan tidak mustahil akan meningkat," katanya.
Kemampuan pembayaran bersandarkan pertumbuhan 100 peratus dicatatkan KOWAMAS sejak 2008, di samping strategi ampuh koperasi dalam mengembangkan cabang perniagaan ke pelbagai bidang berpotensi.
Apa pun, kata Mohamed Farid, koperasi masih menumpukan kepada produk terasnya iaitu pembiayaan peribadi yang mencatatkan peningkatan memberangsangkan dengan jumlah nilai mencecah hampir RM457 juta
ejadian pecah rumah meningkat
2010/12/02
PAROI: Kira-kira 2,500 penduduk Taman Bukit Margosa di sini, hidup dalam kebimbangan berikutan kejadian pecah rumah di taman itu semakin meningkat dengan kes terbaru berlaku Jumaat lalu.
Dalam kejadian itu, seorang ibu tunggal menjadi mangsa apabila kediamannya diceroboh penjenayah yang melarikan barang kemas dan wang tunai bernilai kira-kira RM30,600.
Timbalan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) taman itu, Azizul Rahman Mohd Yusof, 39, berkata kejadian itu berlaku pada waktu siang ketika mangsa berusia 50-an bersama tiga anaknya keluar bekerja.
Katanya, penceroboh dipercayai memasuki rumah dengan memecahkan pintu belakang dan mengumpil jeriji sebelum masuk ke bilik utama dan melarikan barang kemas bernilai kira-kira RM30,000 dan wang tunai kira-kira RM600.
"Mangsa menyedari rumahnya dipecah masuk sebaik pulang kira-kira jam 5 petang dan membuat laporan polis di Balai Polis Seremban 2.
"Kedudukan rumah yang terlindung dari jalan besar mungkin memberi ruang kepada penjenayah memasuki rumah itu," katanya.
Azizul Rahman berkata, kejadian jenayah seperti itu sudah lama tidak berlaku di taman itu, terutama pada waktu malam sejak KRT mewujudkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) awal tahun ini dan mengadakan rondaan setiap malam.
Berikutan kejadian pecah rumah itu, katanya, KRT mengeluarkan notis kepada semua penduduk taman untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan memastikan keselamatan rumah masing-masing.
"Sebelum ini, kejadian pecah rumah berlaku pada waktu malam dan awal pagi, tetapi penjenayah mengubah taktik melakukan pada waktu siang ketika sebahagian besar penghuni keluar bekerja.
"Rondaan SRS yang ketika ini hanya dijalankan pada waktu malam mungkin diperluaskan pada waktu siang bagi mengelak kes itu berulang," katanya.
Sebagai langkah jangka panjang, katanya, KRT merancang bekerjasama dengan polis menjayakan program Rakan Cop untuk membolehkan lebih ramai penduduk menjadi ahli, sekali gus mendapat maklumat berkaitan keselamatan.
"Saya berharap kerjasama dengan polis dapat menangani kegiatan jenayah di taman ini dan memastikan keselamatan penduduk terjamin," katanya.
Petani digalak edar sendiri hasil kebun
2010/12/02
NILAI: Petani yang sebahagian besar masih dikaitkan dengan kemiskinan dan berpendapatan rendah mampu mencapai taraf hidup lebih tinggi jika mereka turut menceburi bidang hiliran sektor pertanian.
Penasihat Projek Berimpak Tinggi (HIP) Ladang Kontrak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Mariam Lebam, berkata kebanyakan petani ketika ini hanya terbabit dalam kerja pertanian, sedangkan mereka boleh menceburi bidang pengedaran, pembekalan dan pemborong hasil pertanian.
Katanya, keupayaan petani menjalankan lebih banyak kerja pada satu masa bukan saja menunjukkan kemampuan mereka sebagai petani berilmu dan berfikiran jauh, malah dapat meningkatkan taraf hidup keluarga.
"Jika petani menanam lima jenis sayur dan buah serta mengutip hasil tanaman daripada petani lain dan menjual di pasar atau kepada pemborong, sudah tentu jumlah pendapatan mereka lebih tinggi," katanya ketika ditemui selepas perasmian Bengkel Pembangunan Industri Tebu dan Pendaftaran Penanaman Tebu, di sini.
Seramai 120 petani industri tebu dari Negeri Sembilan, Melaka dan Johor menghadiri program sehari anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan kerjasama FAMA.
Mariam yakin kebanyakan petani moden mampu menjalankan lebih satu kerja kerana mereka lebih mudah mempelajari pelbagai perkara baru, termasuk penggunaan peralatan berteknologi tinggi yang dapat meningkatkan hasil pertanian.
Sementara itu, beliau meminta petani mengusahakan tanaman tebu di ketiga-tiga negeri ini supaya mendaftarkan Ladang Kontrak mereka menerusi Sistem E-Ladang bagi membolehkan mereka saling berhubung dan mengikuti perkembangan semasa.
Katanya, ini juga membolehkan FAMA membuat jadual pengeluaran, merancang penanaman dan menyediakan bantuan pasaran serta mewujudkan rangkaian pengeluar di kalangan petani berdaftar.
"Negeri Sembilan adalah pengeluar tebu kuning atau telur terbesar dan FAMA dapat membantu petani dari segi hasil pengeluaran supaya bukan saja berkualiti, malah mengelak berlaku pengeluaran berlebihan yang merugikan mereka," katanya.
Bantah rampas shisha
Oleh Betty Subaryati
bhkb@bharian.com.my
2010/12/02
SEBAHAGIAN peniaga dan peminat shisha membuat bantahan terhadap pihak berkuasa tempatan selepas mereka dihalang menjual dan menghisap di tempat terbuka.
Peniaga minta MPKB kemuka bukti larang jual di premis
KOTA BHARU: Kira-kira 300 peniaga shisha menuntut supaya Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) mengemukakan bukti peruntukan undang-undang melarang penjualan bahan terbabit di premis masing-masing.
Mereka mendakwa, tindakan MPKB membuat operasi merampas peralatan shisha dari kedai makan yang menyediakan peralatan itu tanpa mengemukakan akta yang jelas, menjejaskan perniagaan dan menyebabkan mereka kerugian antara RM2,000 hingga RM4,000 seorang.
Wakil peniaga terbabit, Hafizul Adli, 25, mendakwa kerugian antara RM1,000 hingga RM2,000 setiap kali MPKB menyerbu kedai makannya di bandar ini dan merampas peralatan shisha yang disediakan untuk langganan orang ramai.
"Apabila saya mempersoalkan tindakan mereka termasuk meminta waran terhadap tindakan yang diambil, mereka menengking.
"Ketika saya ke MPKB untuk menuntut semula peralatan shisha itu dan bertanyakan kesalahan yang dilakukan, mereka hanya menambah kompaun asal daripada RM450 kepada RM900," katanya di sini, kelmarin.
Pengusaha kedai makan di Jalan Berek 12 yang turut menyediakan shisha, Zamer Han Abd Halim, 21, berkata mereka kesal kerana MPKB sering membuat serbuan merampas peralatan shisha yang ditawarkan peniaga sekitar bandar ini.
"Apa yang saya tahu, shisha ini dijual di seluruh negara. Malah, turut dijual di Makkah, bandar suci Islam yang mengharamkan penjualan babi dan arak.
"Walaupun jualan shisha dikatakan dilarang di bandar ini, tetapi setahu kami tiada akta dikuatkuasakan, sekali gus membuatkan serbuan MPKB itu mengelirukan banyak pihak," katanya.
Berita Harian sebelum ini melaporkan, shisha yang sering dijadikan tarikan pengusaha restoran dan warung pada waktu malam bagi menarik pelanggan.
Sejak awal tahun ini, penguatkuasa MPKB sudah merampas lebih 100 unit shisha hasil serbuan ke atas 15 premis restoran dan warung yang menyediakan peralatan itu untuk dihisap oleh pelanggan mereka.
Ketua Pegawai Penguatkuaa MPKB, Ramly Hussain, dipetik sebagai berkata peralatan itu dirampas kerana penjualan shisha menyalahi syarat lesen niaga dikeluarkan PBT itu.
Katanya, walaupun MPKB tidak dapat menguatkuasakan larangan jualan peralatan shisa, alatan itu dirampas mengikut Undang-Undang Kecil Pengawalan, Penyeliaan Establishment Makanan 1987 (Pindaan 2003) yang tidak membenarkan penggunaan dan penawaran alat di premis yang dilesenkan.
Sentral: Tiada tong besar
Oleh Mohd Shukor Amin
2010/11/23
Sampah dibuang tepi jalan jadi tarikan babi, anjing
SABAK BERNAM: Penduduk Taman Air Manis di sini resah apabila sampah dibiar bertaburan sehingga menyakitkan pandangan berikutan ketiadaan tong besar untuk memudahkan mereka membuang sampah selepas hampir enam bulan mereka mendiami taman perumahan itu.
Penduduk, Ahmad Idris, 52, berkata kebanyakan penduduk terpaksa membuang sampah di persimpangan keluar masuk perumahan itu sebelum dikutip pekerja kontraktor.
Bagaimanapun, katanya, kuantiti sampah yang dibuang di situ semakin banyak berikutan pertambahan penduduk di taman perumahan itu.
"Sudahlah sampah semakin banyak, pihak yang menjalankan kerja mengutip sampah tidak buat kerja. Keadaan ini menyebabkan sampah menimbun dan hampir menutup jalan keluar masuk taman," katanya ketika ditemui di taman perumahan itu, baru-baru ini.
Seorang lagi penduduk, Baharuddin Jamaluddin, 42, berkata jika sampah sebelum ini hanya menutup separuh jalan sebelum dikutip pihak bertanggungjawab, ia kini tidak lagi dikutip mengikut waktu sehingga menyusahkan penduduk keluar masuk.
"Kami pun tidak mahu buang sampah di situ tetapi masalahnya tiada tong sampah besar disediakan. Mula-mula seorang dua penduduk membuang sampah di situ, lama kelamaan ia diikuti penduduk lain. Takkan kita hendak simpan sampah di rumah," katanya.
Tinjauan Sentral mendapati sampah yang tidak dikutip dan dibuang di tempat terbuka itu bukan saja mencemarkan keadaan keluar masuk taman tetapi turut berbau busuk dan meloyakan apabila dihinggap lalat dan ulat
Sampah itu juga menjadi daya tarikan babi, biawak, kucing dan anjing mencari makanan menyebabkan sampah berbungkus menjadi bersepah.
Penduduk, Saiful Hayat Abd Khalid, 28, tertanya-tanya mana kebuk atau tong besar yang dijanjikan bagi membolehkan sampah diurus dengan baik dan menjamin kebersihan penempatan.
"Kalau orang yang datang bermalam sekali sekala tidak mengapa, tetapi kami yang duduk di sini berasa terlalu teruk apabila keadaan sampah berterabur dan baunya begitu meloyakan selepas hujan," katanya.
Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abd Rahman Bakri, ketika membuat tinjauan simpati dengan masalah tempat pembuangan sampah yang dihadapi penduduk taman itu, selain rumput panjang.
"Pada masa inilah, kerajaan negeri perlu merealisasikan apa yang dijanjikan. Selesaikan segera masalah ini supaya penduduk di sini dapat hidup dengan selesa," katanya.

Timur: Lubang dalam
Oleh Ahmad Rabiul Zulkiffli
2010/11/23
Penduduk Kampung Teluk Menara gesa PBT bertindak
KUALA TERENGGANU: Penduduk Kampung Teluk Menara, Manir, di sini diancam bahaya berikutan sebahagian jalan utama ke kampung itu berlubang sejak empat bulan lalu hingga ramai pemilik kenderaan terbabit nahas terutama penunggang motosikal.
Sehubungan itu, penduduk menggesa pihak bertanggungjawab, segera membaik pulih kerosakan sebelum kejadian tidak diingini, termasuk kemalangan maut menimpa penduduk kampung berkenaan.
Peniaga, Muhammad Asri Mohamed, 33, berkata dia hampir terjatuh ke dalam lubang sedalam satu meter ketika melalui jalan berkenaan pada suatu malam baru-baru ini.
"Mujurlah saya sempat menekan brek, jika tidak, pasti saya terhumban ke lubang berkenaan. Maklumlah, keadaan jalan itu gelap kerana tiada lampu jalan dan saya terlupa kewujudan lubang itu.
"Sejak kejadian itu, saya sentiasa berhati-hati ketika melalui jalan berkenaan, sekiranya mempunyai jalan alternatif, saya pasti tidak akan menggunakan jalan yang berbahaya ini lagi," katanya.
Muhammad Asri berkata, penduduk kampung sudah mengajukan masalah itu kepada pihak berkuasa, tetapi sehingga sekarang tiada tindakan susulan diambil.
"Kami mohon pihak bertanggungjawab segera membaiki jalan itu sebelum bencana menimpa penduduk kerana kami terpaksa melalui keadaan berbahaya ini setiap hari.
“Sekarang, penduduk kampung menggunakan kayu sebagai tanda jalan itu berlubang. Kami bimbang jika kerosakan itu tidak dibaiki segera, lubang akan bertambah besar apabila tanah mendap terutama pada musim tengkujuh ini," katanya.
Rakannya, Syafie Abdullah, 45, berkata dia juga mempunyai pengalaman menakutkan ketika melalui jalan itu apabila tayar belakang keretanya terjatuh ke dalam lubang berkenaan.
"Cemas juga apabila tayar belakang kenderaan terjatuh ke dalam lubang berkenaan, apa tidaknya jalan itu menjadi sangat sempit selepas lubang itu semakin membesar.
"Jalan ini perlu dibaiki secepat mungkin bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang kepada orang lain. Penduduk kampung mungkin mengetahui masalah jalan itu, tetapi orang luar yang berkunjung ke rumah rakan atau saudara mereka di kampung ini sangat terdedah kepada bahaya," katanya.
Pesara, Yusop Mamat, 56, berkata, dia bimbang keselamatan pelajar sekolah terutama di sekolah rendah yang setiap hari berulang-alik berjalan kaki atau berbasikal melalui jalan itu.
“Sebagai mewakili ibu bapa, saya memohon pihak bertanggungjawab membaik pulih jalan berkenaan, saya tidak berhasrat untuk menuding jari kepada mana-mana pihak tetapi demi kepentingan orang ramai saya merayu,“ katanya.
No comments:
Post a Comment